About us
- Leenz Armani
- "Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."
29 November 2016
My girl ; Isha
Dear Isha,
We're stupid. We're weird. We're not perfect. But that's okay. I love the way we are. We laugh at the randomest things. You know my ugliest side. Even though we disagree but sometimes we never fight. When I'am sad, you were always there to make sure I'm okay. You mean so much to me.
Ever since we met, I've known that we're special. That the way we talk and laugh around each other is different than everybody else. Having you as my bestfriend is a wonderful things that happen in my life.
Hey, you know what? I never let you do stupid things alone. We laugh together almost 14 years. You know me so well. You know what I like and dislike. We share the same story with different situation. I don't know how my life will go on without you. We walk around talking to complete strangers. Laugh for absolutely no reason at all. Have a stupid fight. Having those weird conversations with you.
Well, soon we both will get married. Having life with another guys. Promise me that you'll never forget our friendship. I will miss our conversation like always. I will miss the moment where we have the same madness. I will miss our craziness.
Thank you for making my life more meaningful since I know you. Keep smiling!
With love,
LZS
My girl ; Alfie
Dear Alfie,
If you're alone, I'll be your shadow. If you want to cry, I'll be your shoulder. If you want a hug, I'll be your pillow. If you need to be happy, I'll be your smile. Anytime you need a friend, I'll just be me.
But, we couldn't be laugh together anymore when I get married soon. I will leave you. I will not be there for you when you need me. I don't want to be like that. I want to be with you forever but who I am to fight my fate, my destiny?
If tomorrow never comes, I'm sorry for all the mean things I might have said. For all the things I did or I didn't do. I'm sorry if I ever ignored you. I'm sorry if I ever made you feel bad or put you down. I'm sorry, okay?
If we don't talk anymore, it doesn't mean that I've forgotten about you, it doesn't mean that I no longer care. I still do. I do my best to make sure that you always happy. But even everything's changed, I just want you to know that I'm still here. I'll still lend you my shoulders and my ears. I don't care what time is it, what I'm doing. Don't be hesitate to talk to me when you need me. I will miss your laugh, your potpetpotpet, your anger. I will miss everything about us.
Thanks for always listening to me, supporting me, and encouraging me. You're my bestfriend ever and I want you to know how much I love and appreciate you. Thanks you for being such a good friend for me.
With love,
LZS
23 November 2016
Same characters, different story
Well, sementara menunggu mee segera aku kembang, aku nak curik waktu untuk menulis something kat sini. Tengah bulan gini, mee segeralah peneman aku masa lunch hour. Paham paham sendirilah.
So, apa yang aku nak tuliskan ni adalah mengenai pertanyaan Alfie kelmarin, "Kenapa kau suka tulis cerita menggunakan nama dan watak yang sama?" Maksud Alfie kat sini adalah mengenai cerpen-cerpen yang aku tulis sebelum ni, kalau korang follow, korang mesti perasaan ada dua cerpen yang berbeza tapi nama watak yang sama. Watak-watak tersebut adalah Izwan, Irwan dan Fadzley. Even nama watak tersebut lain-lain ejaan tapi bunyi tetap sama. Fyi, aku tak pernah guna nama yang sama dalam cerpen-cerpen yang aku tulis.
Cerpen Aku Pergi dan sambungannya Kisah Romantis dan watak utamanya adalah Iezwan, Iyrwan dan Fadzley manakala untuk cerpen Jatuh Cinta 1 dan Jatuh Cinta 2 pula menggunakan nama Ieszwan, Ierwann dan Fadzley. Kedua-dua cerpen ni nampak macam sama tapi sebenarnya jalan cerita yang berbeza. Apa kau ingat TriVago je ada trademark macam tu?
Sinopsis Aku Pergi & Kisah Romantis.
Aku Pergi
Armani dan Fadzley merupakan pasangan kekasih yang sangat sweet sehinggalah suatu hari Fadzley meminta Armani untuk memadankan Iezwan, sepupu Fadzley kepada salah seorang kawan Armani iaitu Arissa. Ketika Armani merancang triple date dengan tujuan untuk merapatkan hubungan antara Iezwan dan Arissa. Dalam diam, Fadzley mulai tertarik dengan keperibadian Arissa. Tanpa pengetahuan Armani, Fadzley cuba mencuri hati Arissa. Sehinggalah suatu hari, Fadzley ingin memutuskan hubungannya dengan Armani kerana Arissa. Armani terkilan apabila mendapat tahu bahawa kawan baiknya sendiri menikam dia dari belakang. Iezwan turut rasa dikhianati. Aliesya yang merupakan kawan baik kepada Armani sering menjadi tempat mengadunya. Aliesya selalu mengikuti kisah percintaan kedua sahabat baiknya itu dari tunangnya, Iyrwan yang merupakan abang kepada Iezwan. Armani membuat keputusan untuk menyambung belajar di luar negeri. Sebelum dia berangkat pergi, dia sempat meluahkan perasaan terhadap Iezwan dan ternyata selama ini Iezwan juga memendam perasaan terhadapnya.
Kisah Romantis
Setelah 3 tahun berada di negara orang, Armani pulang ke tanah air. Iezwan menjadi wakil kepada kawan-kawannya untuk menjemput Armani kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Walaupun saling berhubung, Armani tetap janggal apabila bertentang mata dengan lelaki itu. Dia mulai kekok untuk berbual dengan Iezwan. Armani mengharapkan berita gembira dari kawan baiknya, Aliesya namun apa yang diharapkan tidak seperti yang dia harapkan. Hubungan Aliesya dan Iyrwan mulai renggang dek kerana Iyrwan lebih mementingkan pekerjaan berbanding hal perkahwinan mereka. Manakala hubungan Arissa dan Fadzley juga tidak lari dari dilanda badai. Keluarga Fadzley yang sangat mementingkan taraf membuatkan Arissa sedar diri akan kedudukan dirinya apatah lagi bersaing dengan calon-calon yang telah ditentukan oleh orang tua Fadzley. Fadzley buntu untuk memujuk hati ibunya agar menerima Arissa sebagai calon isterinya. Arissa membawa diri pulang ke kampung kerana tidak sanggup dihina. Suatu hari, Fadzley meminta Armani untuk menyamar sebagai teman wanitanya demi untuk membatalkan rancangan ibunya yang ingin menjodohkan dia dengan perempuan yang tidak dicintai. Demi ingin melihat kawan baiknya bahagia, akhirnya Armani setuju dengan rancangan Fadzley. Pertunangan Armani dan Fadzley berjalan lancar walaupun semua itu hanya pura-pura. Dalam kekalutan, Aliesya terlibat dalam kemalangan jalan raya tetapi tidak sedikitpun merendahkan ego Iyrwan. Lelaki itu sudah sering menyakiti Aliesya dengan sikap panas barannya yang tak menentu. Risau Armani akan jatuh cinta kembali kepada Fadzley, Iezwan pergi mencari Arissa agar dia dapat menggantikan tempat Armani dengan segera. Tempoh yang diberi semakin singkat. Sama ada rela atau terpaksa, Armani akan menjadi isteri Fadzley. Iezwan tidak berdiam diri. Dia tidak sanggup melihat orang yang dia cintai dirampas lagi. Sebaik sahaja Arissa muncul di majlis pernikahan antara Armani dan Fadzley, sekaligus membuatkan orang tua Fadzley terdiam dan mengubah fikiran. Kedatangan Armani ke pejabat Iyrwan untuk menyedarkan lelaki itu. Dia nekad untuk memulihkan kembali hubungan kawan baiknya, Aliesya dan Iyrwan. Akhirnya Iyrwan sedar kembali akan kesilapannya terhadap Aliesya. Setelah semua masalah selesai, mereka kembali berkumpul bersama-sama. Tiba-tiba Iezwan mula bersuara dan melamar Armani dihadapan kawan-kawannya.
Sinopsis Jatuh Cinta 1 & Jatuh Cinta 2
Jatuh Cinta 1
Kisah kehidupan 3 sekawan yang mencari cinta sejati. Isha yang baru putus cinta bangkit kembali dari kesedihan selepas mendapat khabar akan kepulangan teman sepermainannya, Ierwann. Ierwann merupakan kawan baiknya sejak dari kecil namun hubungan mereka terpisah dek kerana Ierwann mengikut orang tuanya ke luar negara dan tinggal disana. Alfie, teman serumah Isha sering diganggu oleh seorang lelaki tua di tempat kerjanya. Kehadiran Fadzley disitu, membuatkan lelaki tua itu tidak berani lagi mengganggu Alfie. Alfie mulai tertarik untuk mengenali lelaki yang telah menyelamatkannya. Arleen, seorang penulis bebas dan tinggal serumah dengan Alfie dan Isha runsing apabila orang tuanya ingin menjodohkannya dengan Haniff, musuh ketatnya. Arleen nekad menemui Haniff untuk membatalkan rancangan orang tuanya. Hubungan Alfie dan Fadzley semakin rapat, Fadzley nekad untuk membawa Alfie berjumpa dengan keluarganya. Kerana berebutkan sekeping cd limited edition, Arleen hampir bergaduh dengan seorang lelaki keras kepala bernama Ieszwan. Semenjak pertemuan Alfie dengan orang tua Fadzley, Alfie mulai menjauhkan diri dari Fadzley selepas diberi amaran oleh Datin Almira, ibu Fadzley yang lebih mementingkan taraf berbanding kebahagiaan anak lelakinya. Keakraban Isha dan Ierwann menimbulkan curiga pada Ieszwan yang berfikir bahawa mereka berdua sedang bercinta. Isha sempat menyatakan hasrat untuk mengenalkan Ieszwan pada kawan baiknya, Arleen. Kepulangan Alfie ke kampung dengan alasan akan bertunang dengan lelaki yang tidak dia kenali. Apabila Fadzley mendapat tahu, dia langsung segera membatalkan rancangan pertunangan Alfie dengan lelaki tersebut. Permusuhan antara Arleen dan Ieszwan tidak habis disitu. Selepas insiden berebut cd, kini dia disimpah lopak air oleh lelaki itu. Walau bagaimanapun, lelaki itu bermurah hati untuk ganti rugi. Disebalik kebencian Arleen, terbit sedikit rasa cinta terhadap lelaki itu. Begitu juga dengan Ieszwan tetapi kedua-duanya tidak mahu mengakui. Fadzley merayu pada ibunya agar merestui hubungan dia dan Alfie.Tanpa pengetahuan Isha, Ierwann telah merancang sesuatu untuk gadis itu. Di hadapan tetamu yang hadir, Ierwann melamar Isha. Ieszwan turut ingin meluahkan perasaannya terhadap Arleen namun dia pendamkan hasratnya kerana takut ditolak. Berkat bantuan kawan-kawan terdekat, akhirnya Ieszwan berjaya melamar Arleen, si musuh ketatnya itu.
Jatuh Cinta 2
Arleen menyambung pengajiannya yang tertangguh selama 2 tahun di negara jiran membuatkan Ieszwan rindu berat pada gadis itu. Kekangan waktu membuatkan Ieszwan stress apatah lagi Arleen yang susah memberi khabar. Tengku Sheryna tiba-tiba mendekati Alfie dan mengenalkan diri sebagai bakal tunang Fadzley. Alfie sudah jenuh mendengar pengakuan demi pengakuan dari mana-mana perempuan yang datang kepadanya dan mengakui sedemikian sedangkan hubungan antara dia dan Fadzley kini telah direstui oleh Datin Almira. Arleen mengambil cuti pulang ke tanah air dengan hasrat ingin berjumpa dengan kekasih hatinya itu namun harapannya hancur apabila melihat Ieszwan dengan bergandingan dengan wanita lain. Fadzley menyedari kehadiran Arleen berdekatan dengan tempat kerja Ieszwan dan dia juga tahu apa yang membuatkan gadis itu terdiam membisu dan tidak mahu bertemu dengan Ieszwan. Fadzley tidak sanggup melihat Arleen sedih. Dia meminta Ieszwan untuk menyusul Arleen dan mencuri kembali hati gadis itu. Sewaktu Ierwann dalam perjalanan bertemu client, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ierwann disahkan mengalami amnesia. Isha yang mendengar khabar buruk itu langsung menemui Ierwann namun tidak sedikit pun dia mengenali gadis itu. Tengku Sheryna yang pernah ditolak mentah oleh Fadzley mulai mendekati Ierwann apabila dia mengetahui bahawa lelaki itu sedang amnesia. Dia cuba meracuni fikiran Ierwann. Ierwann mulai tertarik dengan Tengku Sheryna. Isha sedikit terkilan apabila mengetahui perempuan yang cuba merampas kawan baiknya dari Fadzley kini ingin merampas Ierwann dari tangannya. Malang sekali, Ierwann lebih menyebelahi Tengku Sheryna. Dek kerana marah dengan perubahan sikap Ierwann, Ieszwan mendesak Ierwann untuk mengingati kembali memori antara dia dan Isha sehingga lelaki itu benar-benar dapat kembali ingatannya. Setelah ingatan Ierwann kembali, Tengku Sheryna akhirnya mengakui kesalahannya.
Haa dah habis baca? Jenuh aku nak tulis sinopsis cerita ni. Padahal sebelum aku karang cerpen, tak pernah pun aku buat ringkasan cerita mahupun sinopsis. Aku main bedal tulis je. Nampak tak perbezaan jalan cerita kat atas tu? Aku akui memang ada mirip sikit tapi ianya tetap lain. Susah nak jelaskan dengan kata-kata. Mungkin aku sorang je kot yang faham apa perbezaannya.
Oh ye, lupa pula aku nak explain kenapa aku suka menggunakan ketiga-tiga watak (Ier, Iez, Fad) tu. Bila aku menulis menggunakan watak ketiga-tiga tu, aku rasa aku ada dalam dunia diorang. Watak tu seolah-olah hidup dalam dunia aku. Dan mungkin juga sebab diorang benar-benar wujud? Ahh tu cerita lama. Jadi disebabkan ketiga-tiga mereka tu pun hilang entah kemana, tak salah kot aku abadikan nama diorang dalam cerpen aku? Bila buat cerita pasal diorang, laju je idea aku keluar. Automatik. Bila diorang bertiga ada, haruslah ada pasangannya kan? Jadi, aku letakkan peranan aku, kau dan Isha dalam cerita ni supaya aku menjadi lebih excited untuk menulis sampai ending. Buktinya, kedua-dua cerita ni ada sambungannya.
Okay, kau pernah tanya "Tak ada nama lain ke selain diorang bertiga?" Hmm well, aku pulak yang nak bertanya "Kau ada baca cerpen aku yang lain tak?" Memang cerpen yang lain tu sedikit mengarut, tapi itulah buktinya cerpen lain tidak menggunakan nama yang sama.
Senarai cerpen yang aku telah publish dalam blog ni:-
- Secret Admire (Apr 2012)
- Kawan Aku Selamanya! (Aug 2012)
- Siapa Aku? (Aug 2012)
- Kawan Aku Forever! (Sept 2012)
- Fall In Love With You (Oct 2012)
- Aku Pergi (June 2015)
- Kisah Romantis (June 2015)
- Jatuh Cinta (Aug 2015)
- Cinta Ryana (Nov 2015)
- Budak Bandar VS Budak Kampung (Nov 2015)
- Menghapus Yang Terukir (Dec 2015)
- Don't Judge Book By It's Coverlah (Feb 2016)
- Jatuh Cinta 2 (June 2016)
- Umayra (June 2016)
- Teman Serumah (Sept 2016)
Sebenarnya banyak lagi cerpen lainnya yang aku nak publish dalam blog ni tapi bila aku baca balik jalan cerita yang aku tulis, hmm lebih baik aku tak payah publish. Nampak bodoh. Harap maklum, saya hanya penulis amatur sahaja. Tapi seingat aku, aku pernah publish cerpen lain dalam blog aku yang lama. Banyak. Sayangnya, blog yang lama tu aku dah delete. Aku ada simpan copy dalam lappy tapi lappy tu pulak buat hal. Jadi semua file hilang. Hmm yang ada hanya salinan copy dalam file. Nak tulis semua, memang berzamanlah nak siap. Apa nak buatkan...
So, Alfie...aku harap kau dapat jawapan aku dalam post aku kali ni. Insyaallah, lepas ni aku akan singkirkan 3 nama yang kau sebutkan tu untuk cerpen-cerpen aku yang lain. Aku tahu kau rimas. Haha. By the way, thanks sebab sudi beri kritikan dan komen pedas. I'll appreciate it so much. Thanks jadi pembaca setia aku.
P/S: I'm waiting so long for a new update on ur blog!
Wasalam.
- Leenz
22 Nov 2016 - 4:06pm
8 November 2016
I don't care
My mind sometimes is killing me.
I think it's funny that people who treat me like shit get offended when I finally do the same to them. People can be so cruel.
Nothing annoys me more than when someone expects me to be okay with something that they wouldn't be okay if I did it. Just don't let bitter, unhappy people drag you down to their level. Instead, use their behavior as an example of how not to behave and be grateful you are nothing like them.
No, I'm not mad. I'm just disappointed. There's a difference.
Just for you know, anger doesn't solve anything. It builds nothing, but it can destroy everything. Choosing not to act on an angry impulse and to feel the pain that lies beneath it is a very courageous thing to do. Anger is nothing more than an outward expression of hurt, tear, and frustration.
I always find time for the things that make me feel happy to be alive. From the outside looking in, it's hard to understand. From the inside looking out, it's hard to explain.
However, I am thankful for all those difficult people in my life, they have shown me exactly who I do not want to be.
Lao Tzu said; "The best fighter is never angry."
I am so sorry for existing.
Me,
Leenz
27 October 2016
Dear Alfie
Hai Alfie. How was your day?
Alfie, aku nak minta maaf sebab aku tak selalu ada dengan kau waktu kau sedang memerlukan seseorang untuk kau luahkan apa yang kau pendam. I know I'm not a good friend. Aku selalu cuba untuk jadi kawan yang baik, yang selalu ada untuk kau tapi aku tak mampu. Aku selalu biar kau sedih seorang diri. Maafkan aku, fie.
Hmm...tak lama lagi aku akan membawa haluan hidup aku sendiri. Itu berarti aku akan semakin tak ada waktu untuk kau. Aku tak mahu seperti itu tapi apa yang boleh aku buat? Aku dengan kehidupan baru aku dan kau dengan kehidupan kau yang sekarang. Status diri kita akan berbeza mulai tahun hadapan. Tapi itu tidak bermaksud yang aku akan lupakan kau sebagai kawan rapat aku. Kau tetap kawan aku, kawan rapat aku, kawan baik aku sampai bila-bila. Dan aku akan cuba, cuba cari waktu untuk luangkan bersama kau. Kau kawan aku dunia akhirat. Kau dan Isha. Walaupun lepas ni kita akan jarang lepak sama-sama, berbual macam selalu, please...jangan pernah lost contact okay!
Alfie, kau tau tak...sejak dari dulu lagi aku tak pernah terfikir untuk jadi kawan baik kau. Tak pernah. Sebab apa? Sebab dunia kita berbeza. Maksud aku, aku dengan perangai yang kadang tak boleh dijangka ni dan kau pulak dengan kehidupan skema kau. You know what I mean, right? But seriously, aku tak terfikir pulak dalam diam perangai kau pun boleh tahan ligat jugak ye. Bak kata orang, don't judge book by it's cover. Nampak pendiam, hakikatnya dia yang lebih advance dari kita. Gitew? Tapi itulah kan...tak sangka pulak dari tak pernah bertegur, tiba-tiba boleh jadi serapat magnet macam ni. Yang aku tau, otak ko start tercemar dengan perangai tak senonoh kitorang ni masa kau form 4/5. (Kot?) Tapi entah kenapa masa tu pulak aku berubah jadi budak skema. Bergaul pun dengan budak-budak nerd. Well, lagipun masa tu kita nak SPM kan. Jadi aku pun kenalah fokus betul-betul untuk dapatkan result yang lebih baik dari sebelum-sebelum tu. Hmm walaupun hakikatnya result aku cukup-cukup makan je. Cis. Cukuplah flashback setakat tu. Takut tersangkut pada cerita lama yang lain pulak karang.
Alfie, sebenarnya tujuan aku post pasal kau ni bukannya apa... Aku cuma nak meluahkan apa yang aku rasa sepanjang aku kenal dengan kau. I have nobody. Maksud aku, tak ada orang lain yang selalu ada dengan aku selain kau dan Isha. Isha pun kadang busy dengan kerja dia, jadi aku jarang cerita or luah apa-apa pada dia. In the end, kau jugaklah jadi mangsa aku. Kau tak kisah kan? *Mihmihmih*
Alfie, aku tahu terlalu banyak sangat masalah yang berkait soal hati terjadi dalam hidup kau. Aku tahu betapa beratnya untuk kau bangkit dari mimpi buruk kau. Aku tahu kau kuat. Kalau kau tak kuat, tak mungkin kau boleh bertahan sampai sekarang. Berapa banyak orang yang dah sakiti hati kau, kecewakan kau, buat kau sedih, tapi kau tetap mampu tersenyum. Aku salute dengan kekuatan diri kau. Walaupun berkali-kali kau cakap kau penat, kau give up, kau tak mampu, kau tetap berusaha untuk happy semula. Kau kuat. Tapi aku, aku tak mampu ubati rasa sakit hati kau, tak mampu buat kau ketawa, buat kau kembali tersenyum. Aku selalu sakiti hati kau, tambahkan duka lara kau. Aku memang kawan yang tak guna. Aku hanya mampu mendengar segala luahan hati kau dan kemudian berdiam diri tanpa memberi semangat pada kau. Padahal itulah yang kau perlukan waktu mood kau jatuh merundum. Aku memang teruk sebab aku tak mampu buat apa-apa untuk kawan baik aku ni. Hmm.
Alfie, percayalah. Setiap kekecewaan kau pasti akan diganti dengan kebahagiaan. Cuma kau perlu banyak sabar dan kuat. Jangan tanya aku berapa lama lagi kau boleh bersabar, sebab Allah selalu menguji. Dia nak tengok sama ada kau mampu atau sebaliknya. Sabarlah selagi terdaya. Kalau kau rasa tak ada lelaki lain lagi mampu bahagiakan kau, ingatlah yang kau masih ada aku dan Isha, family kau, dan kawan-kawan yang masih setia dengan kau. Pilihlah orang yang sayangkan kau berbanding orang yang kau sayang. Ikhlaskan segala yang telah Dia tentukan untuk kau. Trust to him. Everything happens for a reason.
Alfie, terima kasih sudi jadi kawan aku selama ni. Terima kasih sudi mendengar segala keluh kesah aku, omelan aku, bebelan aku dan sabar melayan karenah aku. Thank you for looking past my flaws and faults, for all the time you spend, for all the kind things that you do, I don't know how to thank you but I'm so lucky to have you in my life. Thank you for being such a wonderful bestfriend. I love you.
25 October 2016
It's my birthday
17 October 2016
Nobody knows me.
You think you know me? Think again.
Nobody knows the real me. Nobody knows how many times I've cried in my room when nobody was watching. Nobody knows how many times I've lost hope, how many times I've been let down. Nobody knows how many times I've felt like I'm about to snap, but I just don't, for sake of others. Nobody knows the thoughts that go through my head when I'm sad, how horrible they truly are. Nobody. Knows. Me.
Everyone thinks I am such a happy person and that I have it all together. What they don't know is that I'm dying on the inside. I don't have it all together. I'm falling apart. It's always worst than it seems. I'm always try to see myself through the eyes of someone else. That's what kill me inside.
One of the hardest parts of my life is deciding whether to walk away of try harder. There's nothing more depressing than having it all and still feeling sad. No one knows how unhappy I am. It doesn't mean that I always be sad but when I want to be happy, something inside me screams that I do not deserve it. I just want it all to end. I have had enough.
I'm sad but I smile. That's my life.
Me,
Leenz
13 October 2016
Being nice? I'm tired enough.
4 October 2016
I feel down
Allah...Allah...Allah...
Aku rasa terhina dengan diri aku sendiri. Yelah, bila time susah je aku baru teringat pada Allah. Time senang, aku alpa. Allahuakbar. Inikah perubahan yang aku mahukan? Tak...aku nak berubah ke arah yang lebih baik, yang diredhai Allah S.w.t. Tapi aku hanya manusia biasa yang mudah alpa, leka dengan duniawi. Ibadah dan amalan ku masih belum cukup sempurna. Malah kosong. Aku seakan hipokrit dengan Allah. Ampunkan aku Ya Allah...
Aku tak tahu kenapa mood aku seminggu dua ni rasa down sangat-sangat. Selalunya kalau aku berperasaan sedemikian, aku mesti luahkan pada penulisanku, paling tidak, aku akan menulis cerpen walaupun masa tu idea kelaut. Entahlah. Aku rasa down sangat-sangat-sangat. Walau di rumah mahupun di luar rumah. Perasaan tu tetap sama. Seakan aura kebencian dari orang-orang yang ada disekeliling aku sedang menyelubungi diri aku saat ni.
Kadang-kadang tu aku sendiri tak faham dengan diri aku sendiri. Fyi, aku ni seorang yang mudah simpati pada orang sampaikan aku tak dapat beza sama ada orang yang aku patut simpati tu orang baik atau orang jahat dan aku tak tahu sama ada aku patut bersyukur dikurniakan perasaan ni ataupun tidak. Kenapalah aku mudah sangat bersimpati dengan orang lain sedangkan orang tu langsung tak peduli yang aku sedang ambil berat tentang dia. Kawan aku pernah bebel kat aku, "Leenz, tolonglah tak payah nak kesian sangat dengan orang. Dia bukan kisah pun sama ada kau kesian kat dia ke tak." Thanks for your lessons.
Aku selalu terfikir...banyak kali. Kenapa bila aku buat baik dengan orang, orang tu balas balik dengan kebencian, kedengkian, keburukan, kejahatan. Apa salah aku? Aku ada buat salah ke dengan diorang? Aku tak faham. Inikah yang sepatutnya aku terima? I care too much for others and then I gets hurt the most. Sometimes, I just don't understand and nobody knows what I feel inside. It's hurting me. So much.
1 October 2016
Stressfull
- Leenz
14 September 2016
Cerpen: Teman Serumah
Nama aku Amyrah. Aku merupakan anak tunggal dalam keluarga aku. Sejak keluarga aku berpindah ke selatan tanah air sebab ayah aku ditukarkan kerja di sana, aku tinggal sendirian jelah kat utara ni. Hujung bulan je aku dapat balik kesana itupun kalau aku dapat cuti. Kerja macam aku ni manalah senang nak dapat cuti. Sejak aku tinggal sendirian ni, aku pun mulalah nak mencari rakan serumah supaya kurang sikit beban aku nak membayar duit sewa rumah tiap bulan yang hampir cecah sebulan gaji aku. Kalau sampai hujung bulan ni, masih tak ada orang nak duduk menyewa dengan aku, nampaknya aku kena kerja keras lagilah nak cari duit buat bayar sewa rumah, bil air dan api, makan minum aku, belum tambah dengan pengangkutan awam lagi. Nak cari duit sekarang bukan senang. Kiranya aku bersyukurlah dah ada kerja yang boleh menanggung segala beban aku tiap bulan.
Alhamdulillah, sebelum sampai hujung bulan akhirnya ada juga orang nak tinggal menyewa dengan aku. Kurang beban. Teman serumah aku ni namanya Arifa. Cantik orangnya, kulit dia putih melepak macam baru lepas kena siram tepung. Rambut dia panjang mengurai. Ini kalau dah malam, buatnya rumah blackout, silap hari bulan aku ingat dia ni pontianak. Huishhh...celupar mulut! “Okay, ini bilik awak. Sebelah ni bilik saya. Buatlah macam rumah sendiri.” ujar aku. Arifa hanya memandang tanpa sebarang expresi. Atleast, senyum ke, apa ke... Arifa ni sebenarnya dia seorang yang pendiam dan suka buat hal sendiri. Tapi tak apalah, bagus juga perangai dia macam tu. Tak adalah nanti dia sibuk jaga tepi kain aku. Oh ye, setahu aku, Arifa ni masih belajar dan kadang-kadang dia buat kerja part time. Gigih dia kan? Aku pernahlah ajak dia berborak tapi dia hanya menggangguk dan menggeleng bila perlu. Aku pun tak tahulah dia ni faham cerita aku ke tak? “Arifa, family awak tinggal kat mana sekarang?” tanya aku, sengaja nak mulakan perbualan. Dia tunjuk sekeping gambar pada aku. Gambar keluarga dia. Aku jadi terpinga-pinga. Apa motif dia tunjuk gambar tu pada aku? “Diorang semua dah meninggal.” jawab Arifa. Tersentak kejap aku dengar jawapan Arifa. Serba salah aku sebab tanya soalan yang buat dia tersinggung. “Sorry Arifa, saya tak tahu...” belum sempat aku teruskan percakapan aku, tiba-tiba Arifa bangkit dari tempat duduk dia dan terus masuk ke bilik. Hmm dia betul-betul tersinggung kot. Aduhai...
Hari ni hari minggu, itu bermakna aku cuti hari ni. Tapi berbeza dengan Arifa, walaupun dia tiada kelas tetapi dia gunakan masa terluang tu dengan kerja part time. Awal-awal pagi lagi Arifa dah keluar. Tinggal aku sorang jelah kat rumah ni. Sedang aku mengemas rumah, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku jawab panggilan tu. Kedengaran suara perempuan bertanyakan mengenai bilik untuk disewa. Aku pun beritahu pada dia yang bilik tu dah ada orang sewa. Perempuan tu merayu pada aku supaya bilik tu disewakan untuk dia. Katanya dia betul-betul perlukan tempat tinggal memandangkan dia baru berpindah kerja di daerah sini. “Baiklah, nanti saya bincang dengan rakan serumah saya sama ada dia setuju atau tak untuk berkongsi bilik dengan awak. Nanti saya akan hubungi awak semula.” jelasku. Serba salah aku jadinya.
Malam tu aku bincang dengan Arifa mengenai perkongsian bilik dengan perempuan yang hubungi aku pagi tadi. Arifa sekadar menggangguk tanda setuju. Alhamdulillah, beban aku sedikit berkurangan. Aku pun terus sahaja hubungi perempuan tersebut untuk memberi lampu hijau. Dalam beberapa hari lagi perempuan tu akan pindah masuk ke rumah sewa aku. Itu bermakna sewa rumah akan dikongsi kepada dari 2 orang menjadi 3.
“Lana, ini Arifa, rakan sebilik awak. Arifa, inilah Lana yang saya pernah cerita pada awak tu.” ujarku sambil mengenalkan kedua-dua rakan sebilik itu. Arifa tidak membalas kata-kataku, dia juga tidak menyambut salam perkenalan dari Lana. Lana terkesan dengan sikap Arifa. Sangkaannya Arifa seorang yang sombong. Sebelum Lana tinggal lebih lama dengan Arifa, aku sempat menceritakan sedikit sebanyak mengenai Arifa dan akhirnya Lana memahami mengapa Arifa berkelakuan sedemikian sewaktu pertama kali dia melihat aku dan Arifa yang seakan tidak bersefahaman.
Kehidupan kami berjalan seperti biasa. Aku sibuk dengan tugas kerjaku, Arifa pula sibuk menyiapkan assignment dan Lana pula memandangkan dia baru sahaja ditukarkan kerja disini, dia masih ada berada dalam mood bercuti. Jadi apabila salah seorang dari kami yang ada waktu terluang diharuskan untuk mengemas rumah. Sewaktu Lana sedang mengemas biliknya, tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu utama ditutup. Dia menjenguk sedikit ke arah pintu utama. Tiada orang. Dia meneruskan kembali kerjanya sambil mendengar lagu yang sedang bermain di telefon bimbitnya. Sedang enak dia menghayati lagu sambil menyapu habuk di bawah katil, tiba-tiba dia terpandang sepasang kaki di hujung katilnya. Dia langsung mendongak ke atas. Tiada sesiapa. Lana mulai menelan air liur. Dia cuba mententeramkan hatinya. “Arifa, kau dah balik ke? Myrah...kau ke tu? Korang janganlah main-main.” Lana langsung mencapai batang mop yang dia berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Perlahan-lahan dia keluar dari bilik sambil memegang erat batang mop tersebut. Risau jika rumah sewanya itu di masuki orang asing. Kedengaran bunyi gelas di ruang dapur, Lana langsung kesana. Sebaik sahaja sampai kedapur, alangkah terkejutnya dia, ternyata Arifa sedang menuang air mineral dari cerek ke dalam gelas. Lana menarik nafas lega. “Ya Allah...kau rupanya! Aku mati-mati ingat ada perompak masuk rumah kita ni tadi. Nasib baik aku tak terpukul kau.” omel Lana sambil membebel. Arifa terpinga-pinga. “Awal pulak kau balik hari ni? Alang-alang kau dah ada kat rumah, apakata kau tolong aku masak? Nanti kita boleh makan sama-sama, nak?” ujar Lana sambil mencari bahan untuk dimasak. Arifa hanya terdiam. Dia buat apa yang patut. Sepanjang mereka berdua di dapur, Lanalah yang lebih banyak bercakap dan bercerita, manakala Arifa sekadar mendengar.
“Rajinnya kau masak...” ujarku sebaik sahaja membuka tudung saji. “Alah...daripada aku lapar tunggu kau balik tapaukan makanan, lebih baik kitorang masak.” ujar Lana. “Kitorang?” tanyaku. Hairan, Lana maksudkan siapa? “Aku dengan Arifalah. Arifa balik awal tadi. Tu yang aku ajak dia masak sama-sama.” ujar Lana. Aku hanya mampu terdiam. Bukan ke tadi Arifa mesej aku beritahu yang dia tak dapat balik awal sebab dia terus buat part time? Biar betul Lana ni? “Mana Arifa?” tanyaku, mencari kepastian. “Kat bilik kot. Kau macam tak kenal pulak dengan kawan kita sorang tu. Dia mana nak luang waktu dengan kita memalam gini. Keluar dari bilik bila perlu je.” ujar Lana. Arifa tak jadi balik lewat kot. Mungkin benarlah yang bersama Lana itu adalah Arifa.
Awal pagi lagi Lana sudah keluar dengan tergesa-gesa. Mungkin ada kerja yang harus dia selesaikan pagi ini. Tinggallah aku berdua bersama si gadis pendiam. “Arifa tak ada kelas ke hari ni?” Arifa sekadar menggeleng. Susah betul nak suruh Arifa ni bersuara. Kadang-kadang aku tengok Arifa ni macam pelik sikit. Misteri sangat hidup dia. “Hari ni saya pulang kampung. Abang saya sakit.” ujar Arifa. “Okay, hati-hati dalam perjalanan nanti. Dah sampai, beritahu aku.” ujarku. Eh, kejap...bukankah Arifa pernah beritahu pada aku yang ahli keluarga dia semua dah meninggal? Mungkin abang angkat dia atau abang saudara dia kot. Biarlah...aku malas nak campur. Dia pun bukan nak cerita panjang-panjang. Yang penting dia selamat pergi dan selamat pulang. “Myrah hati-hati tinggal sorang kat rumah. Kalau ada apa-apa, call saya.” pesan Arifa. Jarang sekali dia mengeluarkan kata-kata sepanjang itu. Selalunya nak dengar dia bercakap sepotong ayat pun sikit punya payah. Adakah Arifa ingin berubah?
Kini hanya tinggal aku dan Lana berdua sahaja di rumah. Walaupun Arifa tak selalu berkumpul dengan kami berdua tetapi malam itu aku tetap merasa sangat sunyi walhal Lana ada di rumah menemani aku. Namun, malam ini Lana juga tidak banyak bercakap. Dia juga seakan seperti Arifa yang lebih banyak memerapkan diri di dalam bilik. Ada masalah di tempat kerjakah dia? Tak apalah, aku pun taknak ganggu dia. Biarlah dia berehat secukupnya. Aku melayani komputer riba aku sambil menonton televisyen. Sekejap mataku memandang kearah televisyen, kemudian beralih ke komputer riba. Aku terbaca sebuah artikel mengenai pembunuhan seorang wanita yang tak dikenal pasti identiti dirinya. Lokasi kejadian berdekatan dengan kawasan perumahan aku. Ya Allah, gara-gara aku selalu sibuk dengan pekerjaan sampaikan aku tak pernah ambil tahu apa-apa kes yang terjadi di kawasan perumahan aku ni. Bergaul dengan jiran tetangga apatah lagi. Aku ni selalu cakap Arifa tu pendiam, jarang bergaul walhal aku pun sama juga. Sedang asyik aku baca artikel pembunuhan itu, tiba-tiba pintu rumahku diketuk. Siapa pula yang datang kerumah aku malam-malam buta ni? Takkanlah Arifa pula yang balik? Bukankah tadi dia ada beritahu aku yang dia dah sampai di kampung tadi? “Siapa tu...?” Ingin sahaja aku mengejutkan Lana dari tidurnya untuk menemani aku tapi tak sampai hati. Aku cuba beranikan diri untuk menjenguk gerangan di balik pintu. “Myrah, cepat buka pintu ni.” kedengaran suara Lana di luar pintu sambil mengetuk pintu dengan keras. Seketika aku tersentak. Kalau Lana yang berada di luar sekarang ni, siapa pulak ada dalam bilik tu...? Aku langsung buka pintu setelah didesak berkali-kali oleh Lana. “Tutup pintu cepat Myrah!” ujar Lana sambil termengah-mengah. Ini memang Lana! “Kau dari mana ni? Bila masa kau keluar?” tanyaku, mencari jawapan. “Masa aku balik kerja tadi, lepas turun dari bas, aku syak ada orang ikut aku dari belakang. Aku takut, aku terus lari. Aku tak tahu orang tu masih ikut aku ataupun dia dah pergi tempat lain.” jelas Lana sambil mencari nafas. Kejap... Kalau tadi Lana cakap dia baru balik kerja, habis tu siapa pula yang teman aku kat rumah dari tadi? Siapa yang sedang tidur dalam bilik Lana tu? “Apakata esok kita pergi buat repot polis. Tadi aku ada terbaca artikel mengenai pembunuhan dekat kawasan perumahan kita ni. Ishh...seram aku. Kau tunggu kejap, aku pergi dapur ambilkan air untuk kau.” Aku malas nak fikir bukan-bukan, aku langsung ke dapur dan ambilkan segelas air untuk Lana. Sebaik sahaja aku kembali membawa segelas air, tiba-tiba Lana tiada disitu. “Lana...kau dah masuk bilik ke?” Hairan, tadi Lana ada di ruang tamu sambil tercungap-cungap. Aku langsung ke bilik Lana, kelihatan Lana ada di katilnya sambil berselubung dengan selimut. “Lana, pergilah bersihkan diri dulu lepas tu baru tidur.” pesanku sambil meletakkan gelas berisi air yang aku bawa tadi di atas meja yang terletak bersebelahan katil Lana. Lana hanya diam membatukan diri di balik selimut. Mataku juga sudah mulai mengantuk, aku pun langsung masuk ke bilik dan tidur.
Sewaktu aku ingin mengejutkan Lana supaya dia tidak terlambat ke tempat kerja, aku lihat Lana sudah tiada di bilik. “Awalnya dia pergi kerja? Ada ke bas pagi-pagi buta ni? Bahaya betullah dia pergi waktu-waktu macam ni. Buatnya orang semalam ekori dia lagi... Aku baru je ingat nak ajak dia pergi balai polis untuk buat repot pasal semalam, alih-alih dia pulak dah menghilangkan diri pagi-pagi lagi.” omelku. Tiba-tiba aku mendapat pesanan ringkas dari Arifa. Rindu kat akulah tu. “Myrah okay?” tanya Arifa. Aku pun balas okay je. Rajin pula minah pendiam tu mesej aku pagi-pagi. Minah ni memang peliklah. Mesej aku tanya aku okay ke tidak? Lain kali tanyalah aku dah makan ke belum, aku sihat ke tidak.
Sejak peristiwa Lana diekori lelaki tak dikenali tu, aku tengok Lana lebih banyak mendiamkan diri berbanding sebelum-sebelum ni. Sakitkah dia? Kadang-kadang aku lihat dia seakan menunduk sedih. “Lana, kau okay tak ni?” aku cuba memujuk Lana, kalau-kalau dia ingin ceritakan masalah dia. Lana langsung menepis tanganku dan dia berlari masuk ke bilik. Makin risau aku tengok keadaan Lana. Aku cadang nak bawa dia klinik kalau keadaan dia bertambah buruk keesokan hari. Tiba-tiba aku mendengar suara perempuan menangis. Lana kah? “Lana, bukalah pintu ni. Kau okay tak?” aku cuba membuka pintu bilik Lana tetapi berkunci. Seandainya Arifa ada, pasti dia dapat bukakan pintu bilik itu memandangkan dia dan Lana tinggal sebilik. Tangisan itu semakin kuat. Seakan berada dekat denganku. Sewaktu aku sedang berusaha memujuk Lana agar membuka pintu biliknya, aku terasa seakan ada seseorang dibelakangku. Bulu romaku mulai tegak berdiri. Inginku toleh tetapi perasaan takutku melebihi segalanya. “Lana, tolong buka pintu ni cepat.” ujarku sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Lana. Ingin sahaja aku menangis di situ namun aku harus kuatkan diri tanpa menoleh kebelakang sedikitpun. “Lanaaaaa!” aku terpaksa menjerit kerana terlalu takut. “Hei Myrah.” panggil Lana sambil menepuk bahuku. Aku langsung menoleh kebelakang. Lembaga yang berada di belakang aku sejak dari tadi itu ternyata adalah Lana? Aku terkaku di situ. “Kau kenapa?” tanya Lana. Kenapa Lana boleh ada di belakang aku? Bukankah tadi dia berada di dalam bilik sambil menangis? “Myrah...myrahhh.” suara Lana menjadi sayup. Kakiku sudah tidak berdaya menahan tubuhku yang mulai lemah. Aku terjelupuk jatuh di hadapan bilik Lana. Sebelum aku rebah, aku sempat melihat sekepul asap berterbangan di atas kepalaku. Dalam samar-samar, wajah Arifa muncul sebelum aku memejamkan mata.
Keesokan paginya, sebaik sahaja aku membuka mata, Arifa berada di sebelahku. Seperti biasanya, Arifa tidak bersuara tetapi dia langsung menghulurkan segelas air minuman untukku. “Bila awak sampai?” tanyaku dengan penuh kebingungan. Arifa tidak menjawab pertanyaanku. Dia langsung menghulurkan senaskah surat khabar. Aku terpinga-pinga dengan perlakuan Arifa. Penting sangat ke berita dalam surat khabar ni? Lebih hairan lagi surat khabar tersebut bertarikh 2 bulan yang lepas. Aku ingin bertanya motif Arifa memberi aku surat khabar lama ini tetapi aku tahu jika aku bertanya pasti Arifa tidak akan menjawab pertanyaanku, aku pura-pura membaca sambil membelek surat khabar tersebut. Entah kenapa tiba-tiba mata aku terhenti di sebuah artikel. Artikel pembunuhan yang aku baca di dalam internet tempoh hari. “Seorang wanita berusia 21 tahun diperkosa sebelum dibunuh. Mangsa, Lana Erina dipercayai telah dipukul dengan objek keras berikutan terdapat kesan kecederaan serius di muka dan di beberapa bahagian di badannya...” badanku mulai menggigil. Entah kerana berita itu atau aku sangat mengenali nama yang terpapar disitu. Aku memandang Arifa, mencari kepastian. Arifa melepaskan keluhan. Dia mengerti apa yang sedang aku fikirkan. Aku langsung mencapai telefon bimbitku. Aku ingin mencari wajah mangsa yang bernama Lana Erina itu. Adakah itu orang yang aku kenali atau orang lain. Tanganku menggigil apabila keputusan pencarianku benar-benar di luar jangkaan. Lana yang aku kenali dengan Lana Erina itu ternyata adalah orang yang sama! Teman serumahku. Kalau Lana Erina dah meninggal 2 bulan yang lepas, habis tu selama ni siapa yang jadi teman serumah aku?
Aku langsung menceritakan pada Arifa segala yang berlaku selama dia pulang ke kampung. Arifa kelihatan tenang mendengarnya. Kemudian dia pula menceritakan pengalaman yang dia alami selama menjadi 'teman sebilik' Lana. Ternyata bukan aku seorang yang di ganggu Lana, tapi Arifa juga. Menurut cerita Arifa, waktu pertama kali aku mengenalkan Lana padanya, Arifa mengatakan bahawa dia tidak melihat ada sesiapa waktu itu. Sangkaannya mungkin aku sedang stress atau overdose. Jadi aku seakan gila dan berkhayal. Sebab itulah dia jarang ingin bergaul denganku mahupun melayani setiap perbualanku. Dia mula rasa tak sedap hati semenjak aku memberi keizinan pada Lana untuk menjadi 'teman sebiliknya'. Kerana tidak mahu bermasam muka denganku, dia mengalah dan hanya akur dengan cadangan pelik aku itu. Patutlah selama ni aku tak pernah nampak Arifa dan Lana berbual, ternyata Arifa tidak melihat kehadiran Lana sebaliknya aku sahaja yang nampak. Arifa juga pernah diganggu sewaktu dia berada di bilik berseorangan. Dia terdengar ada suara berbisik padanya tetapi dia pura-pura tidak mendengar. Bahkan sewaktu dia ingin tidur, dia merasa seakan ada seseorang di katil sebelahnya tetapi dia tidak mahu terlalu melayani 'teman sebiliknya' itu lalu dia abaikan sahaja dan langsung tidur. Merasa dirinya sering diganggu, dia akhirnya membuat keputusan untuk bawa diri ke kampung dengan memberi alasan abangnya sakit walhal dia ingin mengelakkan diri dari diganggu tetapi seketika dia terlupa yang dia pernah memberitahu padaku bahawa kesemua ahli keluarganya sudah meninggal. Selama berada di kampung, dia juga ada membaca artikel mengenai pembunuhan tersebut. Nama Lana terpapar disitu. Dia mulai mensyaki ada yang tak kena dengan teman sebilik yang pernah dikenalkan oleh aku padanya. Kebetulan abang saudaranya merupakan seorang anggota polis yang sedang menyiasat kes ini. Dari situ Arifa mencari tahu mengenai mangsa pembunuhan bernama Lana itu. Sejurus Arifa tahu mengenai hal itu, dia langsung kembali ke rumahku untuk memberitahu aku mengenai Lana kerana pembunuhan itu berada berdekatan dengan kawasan perumahan itu.
Walaupun aku tak mengenali mangsa dengan lebih rapat, tetapi aku sangat berharap agar pelaku yang telah membunuh Lana mendapat hukuman yang setimpal. Semenjak mayat Lana telah ditemui dan dikebumikan dengan cara yang sepatutnya, dia tidak lagi mendatangi kami. Malah kami yang selalu menziarahi kuburnya. Kemudian aku berniat ingin tinggal dengan keluargaku di selatan tanah air tetapi kerana kasihankan Arifa yang masih tinggal di rumah sewaku itu, aku batalkan niat tersebut. Kini aku dan Arifa telah menjadi kawan baik. Ternyata Arifa bukanlah seorang gadis yang pendiam sangat pun. Kalau dah kenal lama dengan dia, baru tahu perangai sebenar dia macam mana. Gila-gila juga si pendiam ni.
TAMAT.
Hasil nukilan: Leenz Armani
P/S: Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Wassalam.
- Leenz
14 Sept 2016 - 18:10pm
7 September 2016
Cerpen seram?
Sesiapa ada yang pernah atau suka baca cerpen / cerita seram? Aku yakin tak semua minat sebab ianya seram. Mungkin ada sesetengah orang memang suka dengan cerita-cerita seram. Apatah lagi yang berkaitan dengan hantu / mistik.
Well, aku ni pun nak kata suka pun tak sangat sebab aku ni boleh dikatakan seorang yang penakut jugaklah. (malu nak mengaku sebenarnya) Tapi aku suka tengok movie seram dan baca cerita-cerita seram asalkan bukan pada waktu malam. Gila kau layan movie / baca cerita seram waktu tengah malam buta? Feel dia lain macam beb! Apatah lagi masa tu kau sorang-sorang dalam bilik dengan cahaya lampu yang sangat limited edition. Perghhhh!
Ok, nak dijadikan cerita. Hari tu aku saja sakat si Alfie, penakut no.1 tu kalau aku cakap pasal hantu. Hahahahaha. Tuptup tengah sedap berborak dengan dia....tetiba pulak dia cabar aku untuk tulis cerita hantu. Kau rasa??? Seumur hidup aku dan sepanjang aku menulis cerpen, belum pernah aku terfikir nak menulis cerita / cerpen seram! Huishhh seram betul cabaran kau ni Alfie. Tapi takpa, cabaran yang sihat namanya tu. Aku pun sahutlah. Sesekali cari pengalaman baru. Before this, aku pernah jugaklah cuba nak tulis cerpen seram tapi separuh jalan je sebab feel seram tu tiba-tiba hilang. Yelah, time tu aku tulis pun waktu siang, matahari terpacak tegak. Manalah feel tu nak ada. Cuba kalau tulis cerita hantu tu malam-malam buta, suasana sunyi sepi, duduk pulak berseorangan dalam bilik dan hanya bertemankan cahaya laptop yang samar-samar tu. Confirm idea mencurah-curah! Tapi tak tahulah iman masih tegar atau tak masa tu. Buatnya aku tengah sedap-sedap menulis, tiba-tiba pulak ada orang berbisik kat telinga kau...takkan kau masih nak duduk diam pulak? Erghhhhhh...
Then, aku pun mencuba menulis cerpen seram lagi tapi tetap idea tu taknak datang. Memang nak kena cari feel tu malam-malam buta agaknya. So, Alfie...sorry to say. Kali ni aku mengalah. Aku memang tak ada bakat nak jadi penulis cerita seram. I am give up. *kibar bendera putih*
Dah lah, itu je yang aku nak cerita hari ni. Menulis cerita seram bukan minat aku tapi kalau ajak tengok cerita seram atau baca cerita seram, carilah aku. Hahahaha.
I gotta go. Bye.
Wassalam.
- Leenz
07 Sept 2016 - 17:07pm
6 September 2016
This is life
Hey,
You know, I'm always in trouble. Trouble never comes alone.
Yeah, sometimes we always own the option of having no opinion. There is never any need to get worked up or to trouble our soul about things we can't control. These things are not asking to be judged by us. Leave them alone.
Actually, it is easy to be happy. Happiness will come when we forgive ourselves, forgive others, and live with gratitude. There was never a selfish and ungrateful able to feel happy. Let alone make others happy. Life is giving, not asking.
Well, some stories don't have a clear beginning, middle, and end. Life is about not knowing the moment and making the best of it, without knowing what's going to happen next.
That's what we called life. Be grateful for what we have and who we have because we never know what happen next.
Me,
Leenz
(Quotes credit to Marcus Aurelius, TaufiqTroublemakerRhousing, GildaRadner. TQ)
1 September 2016
Terminate Policy Insurance
Anyone ada dapat panggilan dari mana-mana syarikat insurans yang menyatakan yang korang ada setuju dengan insurans dari syarikat diorang? Then, diorang call korang untuk dapatkan jawapan sama ada korang setuju atau tidak dengan polisi insurans syarikat diorang tu. Hmm...
Lets the story begin...
Nak diringkaskan cerita, pihak insurans tersebut call aku, dia baca nama, ic dan 4 nombor yang tertera di kad bank aku. Aku pulak masa tu tengah blur-blur (mood mengantuk), aku layankan jelah orang tu bercakap, padahal fikiran aku melayang entah kemana. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Macam sedang mendodoikan aku pulak dia punya bebel. Haha. So, katanya dia nak buat confirmation sama ada aku setuju atau tidak dengan penolakan RM170+ tu dari account bank aku? Katanya lagi insurans ni ditolak hanya setahun sekali sahaja. Ikutkan bulan 10 ni, insurans yang aku apply masa buat loan dengan Aeon dulu tu akan expired, kirenya diorang nak suruh aku renew untuk tahun akan datang punya, itu yang diorang tanya aku sama ada aku setuju tak untuk diorang potong duit sebanyak RM170+ tu dari account aku hujung bulan 9 ni? Kerana kelalaian aku, aku pun setujukan je. Hmm bodoh betul.
Sejak dari tu, policy insurance ni asyik bermain di fikiran aku. Betul ke aku ada apply apa-apa insurans dengan diorang? Bila masa? Aku rasa macam tak pernah. Macam mana diorang boleh dapat details-details aku? Arghh macam-macam lagilah bermain kat kepala otak aku ni. Then bila aku fikir-fikirkan semula, rasa macam menyesal pulak sebab dah setuju. So, aku pun decide untuk cancel semula policy insurans yang entah apa-apa tu. Serius, menyesal GILE. Hmm.
Aku dah malas nak fikir-fikir-fikir, aku pun call la syarikat insurans tu. Busy betul line diorang. Takpe, aku cuba lagi. Cuba, cuba, cuba and yessssssss! Panggilan dijawab. Aku pun bagitahu la yang aku nak cancel kan pasal insurans tu. Hmm...orang tu mintak no.ic aku untuk dia check. Then, lepas dia semak no.ic aku tu, dia pun bagi no.policy insurans atas nama aku. Lepas tu, diorang suruh aku email kat diorang untuk aku terminate polisi insurans tersebut. Hadoii...
So, untuk panduan korang macam mana nak hantar email pada diorang untuk cancel kan polisi insurans tersebut:-
Hi,
I wish to cancel my insurance policy with (insurans company name). Here my details:
Name:
IC No.:
H/P No.:
Policy No.:
Thank you.
Lepas tu email kepada email yang diorang bagi tu. Contoh: customercare.my@chubb.com
Bila korang dah hantar email tu, dia akan automatic reply.
Lebih kurang macam nilah email yang aku terima dari syarikat insurans tu. Tak tahulah kalau korang punya lain-lain. Yang penting, lepas korang email tu korang kena call semula syarikat insurans tersebut untuk memastikan sama ada diorang dah terima atau belum email dari korang. Tapi selalunya jawapan diorang, ia akan mengambil masa 14 hari untuk process dan pihak kami akan hubungi anda dalam tempoh tersebut. Ahh jangan ikutkan sangat. Nak tunggu diorang call korang, berjanggutlah. Adalah lebih baik korang follow up sendiri dengan diorang. Takut diorang tak buat kerja. Oh ye, jangan lupa ambil nama orang yang melayani korang tu. In case, korang boleh petik semula nama tu kalau-kalau ada sebarang kekeliruan atau masalah lain. Take note!
Aku update benda ni pun untuk sekadar share dengan korang supaya tak lalai macam aku. Ahaa...masa aku blur-blur tu, aku sempat jugaklah google pasal kes macam ni. Seriously, banyak yang dah terkena, salah satunya CHEMPAKA MERAH. Baca penulisan dia tu dan baca sekali komen yang ada. Harap-harap urusan aku untuk membatalkan polisi tersebut tak serumit yang orang lain dah alami. Hmm.
Dah lah, hilang mood.
Wassalam.
- Leenz
01 Sept 2016 - 16:34pm
29 August 2016
Philophobia
Apa itu Philophobia? Sejenis makanan kah? Sejenis penyakit kah? Sejenis perangai pelikkah? Let me explain. Philophobia ni merupakan sifat takut seseorang terhadap cinta. Everything about love. Takut pada cinta atau takut jatuh cinta dengan seseorang. Fobia pada cinta ni boleh terjadi apabila seseorang itu pernah disakiti atau terluka di masa lalunya.
Kenapa tiba-tiba aku rasa nak menulis pasal Philophobia ni? Haa ni semua gara-gara sesi meluah hati dengan si Alfie pagi tadi. Well, kebiasaan kami berdua ni kami akan saling bertukar cerita mahupun meluah masalah / melepaskan geram kerana si polan dan si polan. We are bestfriend what...
So, pagi tadi tu aku terstalk blog si Alfie (Aien Afiqah) then aku pun terbaca satu post ni, tentang masa lalunya. Hmm aku pun jadi curious lah. Aku terus wasap Alfie then tanya sama ada dia ok atau tak. Nasib baik masa tu mood dia ok. Kalau tak ok, memang kena bahan dengan akulah minah sorang tu. *ketawa jahat*
Alfie cakap yang dia naik rimas bila orang asyik bertanya "Bila nak kahwin?" Hmm soalan maut tu. Aku dah pernah hadap soalan-soalan macam tu. Kalau dulu aku tak tahu nak jawab apa sebab calon pun tak ada lagi but now aku dah lega. And sekarang turn si Alfie pulak hadap soalan-soalan panas tersebut. Wei, perempuan mana yang ada kat muka bumi ni yang tak nak berkahwin? Habaq maiiii! Semua orang teringin nak berkahwin, mendirikan rumah tangga, hidup bahagia dengan suami tercinta. Siapa yang tak nak? So, si Alfie ni bukannya taknak kenal dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan calon suami dia. Nak kata tak ada pilihan, ramai beb! Hensem ada, putih ada, oriental face pun ada. Fuhhh laku beb member gua ni. Tapi itulah...hati dia lebih keras dari batu. Huh! Katanya dia masih takut untuk buka hati pada mana-mana lelaki. Tapi itu tak bermaksud dia seorang pencinta wanita (lesbian). Aku lempang kang sesiapa yang fikir macam tu. Cuma dia takut kerana dia juga merupakan seorang Philophobia. Kita tak tahu apa yang pernah jadi pada masa lalu dia. Seberapa terlukakah dia? Seberapa pahitkah kisah lalu dia? Hanya dia dan Allah je yang tahu.
Haaa aku pun sempat jugaklah meluah perasaan pada si Alfie. Aku cakap dengan Alfie yang aku sebenarnya pun tergolong dalam kalangan si penderita Philophobia ni. Dari dulu sampai sekarang. So, aku memang faham sangatlah apa yang Alfie rasakan. Tapi aku ni pulak walaupun takut untuk jatuh cinta dengan seseorang, aku jugak seorang Thantophobia (The fear of losing someone you love) dan Pisanthrophobia (The fear of trusting people due to past experiences with relationships gone bad). Eh, banyak pulak fobia dia. Walau bagaimanapun, aku ni jenis cepat
Even sekarang aku dah ada seseorang pun, perasaan takut untuk teruskan sebuah hubungan tu tetap ada. Mudah percaya, mudah juga tertipu. Mudah jatuh cinta, mudah pula kecewa. Mudah dapat pengganti, mudah jugak ditinggalkan. Dunia ni ibarat sebuah roda. Ada baik, ada buruk.
So, back to the topic; Philophobia. Beberapa faktor yang mengundang kepada si penderita Philophobia ni:-
- Seseorang itu pernah merasakan sesuatu perlakuan yang tidak menyenangkan.
- Seseorang itu melihat sebuah pasangan yang sering terluka dan dilukai sehingga dia menjadi takut dan tak ingin hal tersebut terjadi pada dirinya/hidupnya.
- Tidak percaya pada diri sendiri mahupun orang lain.
- Pernah mengalami putus cinta / patah hati yang sangat terkesan.
- Dikhianati oleh insan yang tersayang.
- Hubungan yang diharapkan terputus di tengah jalan.
- Hidup dalam keadaan yang tidak bahagia.
Hal-hal di atas kadang-kadang boleh memberi pengaruh pada kehidupan seseorang. Even golongan ni mencuba untuk memulai cinta, ingin merasai erti kebahagiaan tetapi diorang tetap akan dibayangi oleh masa silam. Sukar melupakan apa yang mereka pernah alami. Bahaya tu. Sebab golongan ni boleh hilang rasa tertarik pada seseorang, apalagi meletak kepercayaan terhadap seseorang.
Tapi setiap penyakit pasti ada penawarnya. Penderita Philophobia haruslah keluar dari perasaan takut tersebut. Harus lebih yakin dengan apa yang diorang akan hadap di masa hadapan. Tak perlu hidup terpuruk dengan masa lalu. Bak kata orang, what past is past. Tak salah beri peluang pada insan lain. Sebab penyakit Philophobia ni datangnya dari diri sendiri jugak. Kalau diri sendiri tak nak berubah, sampai bila-bila pun korang takkan beri peluang pada hati korang untuk memulai kehidupan yang baru, yang lebih bahagia. Mencuba. Terluka, tersakiti, terkecewa, itu semua asam garam kehidupan. Yang penting, kuatkan iman.
Aku ni kalau tak kenal erti redha, aku pun belum tentu kuat nak bangkit dari masa silam. Setiap orang ada masa silam memasing. Tapi sampai bila nak hidup dengan mengingati hal-hal yang menyakitkan hati tu? Every single things that has ever happened in your life is preparing you for a something that's meant to come. Percayalah pada takdir Allah. Sehebat manapun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kehidupan kita. Kita ni hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Insyaallah, Allah akan berikan yang terbaik untuk korang. Amin.
"The most paintful things is taking risk to fall in love again." - Alfie
I am Philophobia, and you? Check it out: Jenis-jenis fobia !
Wassalam.
- Leenz
29 Aug 2016 - 17:36 pm
11 August 2016
DIY Slime
(Image from Mr. Google) |
Slime? Benda alah apa tu? Haa kalau korang nak tahu Slime ni sejenis cecair yang sama spesis dengan tanah liat atau lebih dekat dengan Play-Doh. Tau apa tu Play-Doh? Alaaa dia jenis tanah liat jugak tapi tanah liat versi mahal. Sebab apa aku cakap mahal? Sebab dia tak melekat dan melekit macam tanah liat murah tu. Aku tahu benda alah tu tak melekat melekit pun sebab aku pernah curi-curi main play doh anak sedara aku. Fuhhh budak-budak dulu kalau dapat Play-Doh, kira anak orang kaya beb!
(Image from Mr. Google) |
Sebenarnya sampai sekarang aku tak faham apa motif main benda alah lendir yang dipanggil slime ni? Apa motif dia eh? Haha. Bagi akulah, benda ni best buat main picit-picit gitu. Buat lepas geram pun boleh jugak.
Dulu-dulu ada kedai runcit berdekatan dengan rumah aku ada jual Slime ni. Tapi sekarang dah tak ada / susah nak jumpa kedai yang jual Slime. Entah kenapa datang tebiat aku rindu nak main benda alah tu. Daripada mencari kedai yang jual slime ni, lebih baik aku buat sendiri. Jimat kan? So, aku pun mulakan pencarian video cara-cara nak buat Slime / DIY Slime kat youtube. Haaaa hambik kau.... Berlambak weh! (Serius, aku baru tahu pasal ni. Erghh!)
Korang cari cara buat Slime yang paaaaaaaaaling simple! Dan aku pun akan tunjukkan cara paling senang untuk membuat Slime hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Jommmmm!
Step 1 (Bahan-bahan)
Bahan utama:-
- Gam / Glue
*Apa-apa jenis pun bole but I prefer Clear Glue
- Detergent (Liquid / Powder)
* Liquid detergent jenama DYNAMO paling cepat berfungsi.
Tambahan:-
- Mangkuk / Bekas Plastik
- Sudu / Garfu Plastik
Step 2 (Penyediaan)
- Masukkan gam cair ke dalam bekas / mangkuk.
- Masukkan pula sedikit cecair detergent ke dalam mangkuk berisi gam cair tadi.
Step 3 (Proses)
Mee dalam plastik
Hey, dah tengah hari nak masuk petang dah ni. Korang dah lunch? Lunch apa? Kenyang tak?
Aku nak beritahu yang aku baru je nak lunch. Hmm...lapar. Menu lunch aku hari ni simple dimple! Kalau semalam aku bawa bekal sendiri tapi hari ni macam malas pulak nak masak. So, aku tapau jelah. Aku beli mee dalam plastik. My favourite ever kot! Pernah dengar apa tu mee dalam plastik?
Mee dalam plastik |
Jemput makan semua |
8 August 2016
Bad day
Assalamualaikum.
Allahuakbar. Dugaan apalah yang Allah cuba beri pada aku hari ni. Seriouly, hari ni aku rasa downnnn sangat sangat sangat.
Kalau tak ada mood, hmm mulalah kerja yang aku buat serba tak kena. Ada aja kesalahan. Busuk nama aku kat kastam hari ni gara-gara buat salah. Dugaan Allah sangat hebat. Kita sendiri pun kadang tak dapat menduga apa yang Allah cuba berikan.
Walaupun orang nampak aku selalu ketawa, boleh bergurau, tersenyum bahagia tapi dalam hati...? Allahu. Aku harus kuat. KUAT.
Dalam banyak-banyak hari, aku tak tahu kenapa hari ni aku rasa macam... "Arghhhhhhh apehal semua orang nak marah aku?!" Hmm itulah apa yang hati aku cuba sampaikan.
1st, its about TRUST. Apa perasaan korang bila orang yang korang percaya, korang kongsi masalah dgn dia, tiba-tiba dia pecah amanah. Dia beritahu rahsia korang pada orang lain. Kau rasa? Sakit beb. Pedih ulu hati. Nak marah, salah sendiri jugak sebab percayakan orang yang salah. Nak dimaki, dah terlambat pulak. Nasi dah jadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata musnah dunia. Hmm takdelah sampai tahap tu. So, benda pertama buat aku down pasal kepercayaan yang dikhianati.
2nd, its about JUDGE. Tak tahulah kenapa sesetengah manusia kat dunia ni cepat sangat, mudah sangat, senang sangat menilai sesuatu situasi tu tanpa memahami. Let say, cuba korang letak diri korang di dalam situasi di mana orang tersebut merasai betapa sukarnya untuk dia pendam dan tak tahu pada siapa dia nak ngadu. Then korang pulak senang-senang je cakap dia ini dia itu. Dia tersepit, ada korang paham? Nope. Nobody understand you. Nobody understand me too. Sakit rasanya.
And 3rd. Enough, I'm TIRED. Hmm sudahlah mood tengah down dari pagi. Ingatkan bila aku call my moodbooster, kuranglah sikit perasaan down aku tu. Tuptup tetiba aku kena marah tak pasal2? Apa salah aku? Aku mengganggu ke? Aku ada salah cakap ke? Aku call tak kena waktu ke? Curious curious curious. Bukan sebab aku kena marah tak pasal-pasal. Tapi sebab kenapa semua orang nak marah aku hari ni? Kalau ayat kasar, "Apa punya suwey la aku hari ni?" Haaa tudia.
So, cukuplah untuk hari ni. Aku dah terlalu penat untuk menjaga hati orang lain bahkan hati aku sendiri. Aku harap malam ni aku dapat tidur dengan lena tanpa memikirkan masalah-masalah yang sedang membelenggu hidup aku pada hari ni. Dan semoga hari esok lebih baik berbanding hari ni. Tolonglah cepat hari esok!
Enough for today. Kesimpulan aku sebelum aku menutup tirai malam ni;
"Allah boleh ubah hidup bahagia kepada kesedihan hanya dalam beberapa saat sahaja. Jangan pernah sombong dengan Dia."
Thank you pada sudi mendengar keluhan bicara hatiku.
Selamat malam.
Wassalam.
- Leenz
08 August 2016 - 10:16 pm
6 August 2016
Pokemon GO?
Semua dah sedia maklum mengenai game yang tengah viral ni, tak lain tak bukan adalah Pokemon GO yang hampir seluruh pelusuk dunia dok gila melayan!
Pokémon Go merupakan sebuah permainan mudah alih percuma berdasarkan lokasi realiti diperkukuhkan yang dikembangkan oleh Niantic dan diterbitkan oleh The Pokémon Company sebagai sebahagian dari francais Pokémon. Ia telah dikeluarkan pada bulan Julai 2016 bagi peranti iOS dan Android. (Baca selebihnya: Wikipedia Pokemon GO)
Masa game ni belum masuk Malaysia, banyak keburukan dan kebaikan yang diorang boleh dapat semasa bermain dengan game Pokemon GO ni. Salah satu keburukan yang sangat jelas, beberapa individu akan menjadi leka dan tanpa sedar boleh mengakibatkan kemalangan kecil seperti contoh, terjatuh ke dalam sungai / parit sewaktu mengejar binatang pokemon tersebut. Kalau dah jatuh reti berenang, tak apalah jugak. Kalau jatuh lepas tu lemas lepas tu mati? Hmm.
Selain tu, keburukan pada game ni jugak boleh menyebabkan bateri telefon pintar korang cepat habis dan kuota / data internet korang pun akan menjadi cepat habis. Tetapi disebalik keburukan, adalah jugak kebaikannya dan salah satunya korang boleh travelling! Woaah pergi travel semata-mata nak mencari pokemon? Hmm not bad.
So, nak di jadikan cerita...aku pun sempat jugaklah terjebak layan game ni sebab nak merasai sendiri perasaan main game ni. Biasalah, jakun.
Well, bagi aku game ni membosankan sebab kau kena rajin berjalan. Kesana sini untuk mencari dan menangkap pokemon yang ada berdekatan dengan korang. Dah la penat berjalan, penat pulak nak menangkap pokemon yang tak reti duduk diam. Huh! Tapi walaupun aku kadang membebel ini itu pasal game ni, tuptup dah masuk level 2 beb! Persoalannya, haruskah aku bertahan atau uninstall kembali game ni? Yelah, aku ni dah lah jarang berjalan. Game ni pulak nak korang rajin berjalan. Hmm nantilah aku fikirkan.
Korang pulak macam mana? Enjoy tak layan Pokemon GO ni? Apapun, semoga korang pandai jaga diri dan hati-hati lah ye. Jangan sampai lupa diri dan tersasar dari tujuan asal pulak.
Okay, tu je aku nak tulis buat masa ni. Oh, by the way...korang tahu apa itu SLIME? Haaa kalau nak tau apa benda tu dan macam mana nak buat, keep stay on my blog okay?
Dah, bye!
Wassalam.
- Leenz
5 August 2016
New look!
Selamat malam korang. Hey, I'm back. Hmm macam hambar pulak.
By the way , korang nampak tak apa yang berbeza dengan blog ni? Segar tak bijik mata korang? Hmm aku pulak yang rasa tak puas hati dengan muka baru blog ni. Yes, it's pastel color. I don't know why I choose this color for my blog. Sweet la kononnya? Sebenarnya aku nak pakai 3 color je kat blog ni iaitu Merah, Hitam dan Putih. Tapi apakan daya, aku kehilangan idea. Nak tak nak, terpaksalah pakai background dan banner yang dah sedia ada. Aku dapat set background dan banner ni pun kat SINI (KLIK). Seriously, sooooo rambang mata! Belek punya belek, selak punya selak, last-last aku pakai background sekali 1 set dengan banner ala-ala pastel color ni ha. Padahal banyak lagi kot theme yang ada kat situ. Entah, aku rasa best pulak main dengan color pastel ni. Lembut je mata memandang. Eceh! Hmm maybe its just for temporary or just keep permanent? Apa-apa ajelah selagi mata aku sedap memandang. Oh ye, kenapa tiba-tiba warna pastel ni boleh muncul dalam kamus hidup aku? Hmm...ini semua pasal si Alfie.
Before that, biar aku bercerita kejap. Entah kenapa tiba-tiba Alfie tarik diri dari jadi salah seorang penulis kat blog ni. Jenuh mungkin? So, dia kata dia nak buat blog baru. Blog untuk dia sendiri. Hmm okay. Aku iyakan je. Sedih memang la sedih sebab pasni tak ada dah geng nak update blog ni. Isha pulak awal-awal dah kata dia tak pandai. Eleh...cari alasan letew. Its oklah. Aku dah biasa menaip sengsorang. So, disebabkan diorang dah tak nak bergabung dengan aku, and this blog officially be mine. Hahahahaha. Aku tukar segala info dan tajuk blog ni. Kalau sebelum ni nama blog ni aku letak "Kawan Aku Selamanya" tapi sekarang dah berubah jadi "LZS". LZS stand for 'something'. Jangan tanya apa dia. Aku tak akan jawab.
Okay sambung. Kononnya semangat dia nak buat blog sendiri. Hmm tapi tiba-tiba pulak si Alfie ni boleh lupa password email dia sendiri. What the....? Dia yang buat emel, dia sendiri lupa? Belum tua dah nyanyok. Haha. Aku pun tolong dia dapatkan balik emel dan password yang dia buat tu. Tak habis kat situ, dia minta aku tolong buatkan blog baru untuk dia. Hey....bukannya tadi dia kata dia nak buat blog sendiri? Hmm...aku tumbuk jugak minah ni kang. But its okaylah. Kebetulan aku tak banyak kerja, jadi aku melayanlah permintaan si Alfie. Sambil dalam hati berdoa semoga aku masih ingat cara-cara nak menghias, mengubah blog tu semua. And I did it! Alfie minta aku buatkan blog bertemakan warna pastel. Haaaaaaa....dari situlah aku pun jadi terjebak dengan dia!
Alhamdulillah, seperti yang dia minta, tak sarat dengan accessories dan kaler yang di pakai tak terlalu menjolok mata. Aku pulak jeles bila tengok blog dia jadi kemas, cantik dengan kaler lembut gitu. Hmm korang tengoklah sendiri > BLOG ALFIE.
Dari situ aku mula menukar dan menghias blog aku menjadi warna pastel tanpa aku sedar. Hmm not bad la kan.
Okaylah, tu je aku nak kongsi dengan korang hari ni. Lepas ni tiada lagi nama Alfie mahupun Isha yang update kat sini.
Selamat malam. Bye!
Wassalam.
- Leenz
05 August 2016 - 11:46 pm