(Image from Mr. Google) |
Slime? Benda alah apa tu? Haa kalau korang nak tahu Slime ni sejenis cecair yang sama spesis dengan tanah liat atau lebih dekat dengan Play-Doh. Tau apa tu Play-Doh? Alaaa dia jenis tanah liat jugak tapi tanah liat versi mahal. Sebab apa aku cakap mahal? Sebab dia tak melekat dan melekit macam tanah liat murah tu. Aku tahu benda alah tu tak melekat melekit pun sebab aku pernah curi-curi main play doh anak sedara aku. Fuhhh budak-budak dulu kalau dapat Play-Doh, kira anak orang kaya beb!
(Image from Mr. Google) |
Sebenarnya sampai sekarang aku tak faham apa motif main benda alah lendir yang dipanggil slime ni? Apa motif dia eh? Haha. Bagi akulah, benda ni best buat main picit-picit gitu. Buat lepas geram pun boleh jugak.
Dulu-dulu ada kedai runcit berdekatan dengan rumah aku ada jual Slime ni. Tapi sekarang dah tak ada / susah nak jumpa kedai yang jual Slime. Entah kenapa datang tebiat aku rindu nak main benda alah tu. Daripada mencari kedai yang jual slime ni, lebih baik aku buat sendiri. Jimat kan? So, aku pun mulakan pencarian video cara-cara nak buat Slime / DIY Slime kat youtube. Haaaa hambik kau.... Berlambak weh! (Serius, aku baru tahu pasal ni. Erghh!)
Korang cari cara buat Slime yang paaaaaaaaaling simple! Dan aku pun akan tunjukkan cara paling senang untuk membuat Slime hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Jommmmm!
Step 1 (Bahan-bahan)
Bahan utama:-
- Gam / Glue
*Apa-apa jenis pun bole but I prefer Clear Glue
- Detergent (Liquid / Powder)
* Liquid detergent jenama DYNAMO paling cepat berfungsi.
Tambahan:-
- Mangkuk / Bekas Plastik
- Sudu / Garfu Plastik
Step 2 (Penyediaan)
- Masukkan gam cair ke dalam bekas / mangkuk.
- Masukkan pula sedikit cecair detergent ke dalam mangkuk berisi gam cair tadi.
Step 3 (Proses)
- Selepas gam cair dan detergent tadi dah di campurkan bersama, haaa apa tunggu lagi? Kasi gaul la sampai sebati dia jadi melekat dan jadi macam sebuah ketulan. (lihat gambar kedua)
Step 4 (Pengeringan / Penjemuran)
- Selepas dah jadi ketulan (lihat gambar pertama)
- Lebarkan saiz slime tersebut (lihat gambar kedua)
- Biarkan beberapa minit. (5-10 minit)
Step 5 (Percubaan)
- Kalau korang pegang dan slime tersebut masih melekat pada jari jemari halus korang tu, korang boleh letakkan sedikit air putih / air mineral / air masak ke dalam mangkuk berisi slime tu.
- Korang jugak boleh pakai baking soda tau untuk elakkan dari melekat di jari jemari. Baking soda tu korang larutkan dalam air masak. Lepas tu rendamkan slime korang dalam air yang bercampur baking soda tu. Tak lupa jugak korang boleh letakkan sedikit Johnson Baby Oil pada slime tersebut.
Step 6 (Finish)
- Taraaaaaaaaaaaaaa! Finally berjaya jugak tau! Untuk nak nampak lebih cantik, korang boleh tambah glitter / pewarna pada slime korang.
Fuhhhhh.... Ha amacam? Rasa terjebak nak buat tak? 2 bahan je tau.
Hahaha. Sebenarnya before aku jumpa solution untuk buat slime sampai betul-betul menjadi ni, banyak jugaklah bahan-bahan lain aku dah cuba guna, macam sabun serbuk jenama Breeze, Top, softlan, sabun pencuci pinggan jenama Labour. Selain tu, aku ada cuba buat pakai Tapioca Starch (Tepung jagung) & baking soda. Korang boleh jugak cuba pakai air titis mata (eyes drop). Dan bahan-bahan ni semua untuk menggantikan borax powder.
So, itu jelah yang aku nak share dengan korang hari ni.
Selamat mencuba!
P/S: Tidak boleh dimakan, dirasa, ditelan. Aku takkan bertanggungjawab untuk sebarang kemungkinan buruk yang berlaku. Pandai-pandai koranglah ye. #Peace
Wassalam.
- Leenz
11 August 2016 - 16:49 pm
Here I'm also going to share with you about slime with laundry detergent makeing ideas and ways to make at home.
ReplyDeleteHi, thank you for sharing!
Delete