Well, sementara menunggu mee segera aku kembang, aku nak curik waktu untuk menulis something kat sini. Tengah bulan gini, mee segeralah peneman aku masa lunch hour. Paham paham sendirilah.
So, apa yang aku nak tuliskan ni adalah mengenai pertanyaan Alfie kelmarin, "Kenapa kau suka tulis cerita menggunakan nama dan watak yang sama?" Maksud Alfie kat sini adalah mengenai cerpen-cerpen yang aku tulis sebelum ni, kalau korang follow, korang mesti perasaan ada dua cerpen yang berbeza tapi nama watak yang sama. Watak-watak tersebut adalah Izwan, Irwan dan Fadzley. Even nama watak tersebut lain-lain ejaan tapi bunyi tetap sama. Fyi, aku tak pernah guna nama yang sama dalam cerpen-cerpen yang aku tulis.
Cerpen Aku Pergi dan sambungannya Kisah Romantis dan watak utamanya adalah Iezwan, Iyrwan dan Fadzley manakala untuk cerpen Jatuh Cinta 1 dan Jatuh Cinta 2 pula menggunakan nama Ieszwan, Ierwann dan Fadzley. Kedua-dua cerpen ni nampak macam sama tapi sebenarnya jalan cerita yang berbeza. Apa kau ingat TriVago je ada trademark macam tu?
Sinopsis Aku Pergi & Kisah Romantis.
Aku Pergi
Armani dan Fadzley merupakan pasangan kekasih yang sangat sweet sehinggalah suatu hari Fadzley meminta Armani untuk memadankan Iezwan, sepupu Fadzley kepada salah seorang kawan Armani iaitu Arissa. Ketika Armani merancang triple date dengan tujuan untuk merapatkan hubungan antara Iezwan dan Arissa. Dalam diam, Fadzley mulai tertarik dengan keperibadian Arissa. Tanpa pengetahuan Armani, Fadzley cuba mencuri hati Arissa. Sehinggalah suatu hari, Fadzley ingin memutuskan hubungannya dengan Armani kerana Arissa. Armani terkilan apabila mendapat tahu bahawa kawan baiknya sendiri menikam dia dari belakang. Iezwan turut rasa dikhianati. Aliesya yang merupakan kawan baik kepada Armani sering menjadi tempat mengadunya. Aliesya selalu mengikuti kisah percintaan kedua sahabat baiknya itu dari tunangnya, Iyrwan yang merupakan abang kepada Iezwan. Armani membuat keputusan untuk menyambung belajar di luar negeri. Sebelum dia berangkat pergi, dia sempat meluahkan perasaan terhadap Iezwan dan ternyata selama ini Iezwan juga memendam perasaan terhadapnya.
Kisah Romantis
Setelah 3 tahun berada di negara orang, Armani pulang ke tanah air. Iezwan menjadi wakil kepada kawan-kawannya untuk menjemput Armani kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Walaupun saling berhubung, Armani tetap janggal apabila bertentang mata dengan lelaki itu. Dia mulai kekok untuk berbual dengan Iezwan. Armani mengharapkan berita gembira dari kawan baiknya, Aliesya namun apa yang diharapkan tidak seperti yang dia harapkan. Hubungan Aliesya dan Iyrwan mulai renggang dek kerana Iyrwan lebih mementingkan pekerjaan berbanding hal perkahwinan mereka. Manakala hubungan Arissa dan Fadzley juga tidak lari dari dilanda badai. Keluarga Fadzley yang sangat mementingkan taraf membuatkan Arissa sedar diri akan kedudukan dirinya apatah lagi bersaing dengan calon-calon yang telah ditentukan oleh orang tua Fadzley. Fadzley buntu untuk memujuk hati ibunya agar menerima Arissa sebagai calon isterinya. Arissa membawa diri pulang ke kampung kerana tidak sanggup dihina. Suatu hari, Fadzley meminta Armani untuk menyamar sebagai teman wanitanya demi untuk membatalkan rancangan ibunya yang ingin menjodohkan dia dengan perempuan yang tidak dicintai. Demi ingin melihat kawan baiknya bahagia, akhirnya Armani setuju dengan rancangan Fadzley. Pertunangan Armani dan Fadzley berjalan lancar walaupun semua itu hanya pura-pura. Dalam kekalutan, Aliesya terlibat dalam kemalangan jalan raya tetapi tidak sedikitpun merendahkan ego Iyrwan. Lelaki itu sudah sering menyakiti Aliesya dengan sikap panas barannya yang tak menentu. Risau Armani akan jatuh cinta kembali kepada Fadzley, Iezwan pergi mencari Arissa agar dia dapat menggantikan tempat Armani dengan segera. Tempoh yang diberi semakin singkat. Sama ada rela atau terpaksa, Armani akan menjadi isteri Fadzley. Iezwan tidak berdiam diri. Dia tidak sanggup melihat orang yang dia cintai dirampas lagi. Sebaik sahaja Arissa muncul di majlis pernikahan antara Armani dan Fadzley, sekaligus membuatkan orang tua Fadzley terdiam dan mengubah fikiran. Kedatangan Armani ke pejabat Iyrwan untuk menyedarkan lelaki itu. Dia nekad untuk memulihkan kembali hubungan kawan baiknya, Aliesya dan Iyrwan. Akhirnya Iyrwan sedar kembali akan kesilapannya terhadap Aliesya. Setelah semua masalah selesai, mereka kembali berkumpul bersama-sama. Tiba-tiba Iezwan mula bersuara dan melamar Armani dihadapan kawan-kawannya.
Sinopsis Jatuh Cinta 1 & Jatuh Cinta 2
Jatuh Cinta 1
Kisah kehidupan 3 sekawan yang mencari cinta sejati. Isha yang baru putus cinta bangkit kembali dari kesedihan selepas mendapat khabar akan kepulangan teman sepermainannya, Ierwann. Ierwann merupakan kawan baiknya sejak dari kecil namun hubungan mereka terpisah dek kerana Ierwann mengikut orang tuanya ke luar negara dan tinggal disana. Alfie, teman serumah Isha sering diganggu oleh seorang lelaki tua di tempat kerjanya. Kehadiran Fadzley disitu, membuatkan lelaki tua itu tidak berani lagi mengganggu Alfie. Alfie mulai tertarik untuk mengenali lelaki yang telah menyelamatkannya. Arleen, seorang penulis bebas dan tinggal serumah dengan Alfie dan Isha runsing apabila orang tuanya ingin menjodohkannya dengan Haniff, musuh ketatnya. Arleen nekad menemui Haniff untuk membatalkan rancangan orang tuanya. Hubungan Alfie dan Fadzley semakin rapat, Fadzley nekad untuk membawa Alfie berjumpa dengan keluarganya. Kerana berebutkan sekeping cd limited edition, Arleen hampir bergaduh dengan seorang lelaki keras kepala bernama Ieszwan. Semenjak pertemuan Alfie dengan orang tua Fadzley, Alfie mulai menjauhkan diri dari Fadzley selepas diberi amaran oleh Datin Almira, ibu Fadzley yang lebih mementingkan taraf berbanding kebahagiaan anak lelakinya. Keakraban Isha dan Ierwann menimbulkan curiga pada Ieszwan yang berfikir bahawa mereka berdua sedang bercinta. Isha sempat menyatakan hasrat untuk mengenalkan Ieszwan pada kawan baiknya, Arleen. Kepulangan Alfie ke kampung dengan alasan akan bertunang dengan lelaki yang tidak dia kenali. Apabila Fadzley mendapat tahu, dia langsung segera membatalkan rancangan pertunangan Alfie dengan lelaki tersebut. Permusuhan antara Arleen dan Ieszwan tidak habis disitu. Selepas insiden berebut cd, kini dia disimpah lopak air oleh lelaki itu. Walau bagaimanapun, lelaki itu bermurah hati untuk ganti rugi. Disebalik kebencian Arleen, terbit sedikit rasa cinta terhadap lelaki itu. Begitu juga dengan Ieszwan tetapi kedua-duanya tidak mahu mengakui. Fadzley merayu pada ibunya agar merestui hubungan dia dan Alfie.Tanpa pengetahuan Isha, Ierwann telah merancang sesuatu untuk gadis itu. Di hadapan tetamu yang hadir, Ierwann melamar Isha. Ieszwan turut ingin meluahkan perasaannya terhadap Arleen namun dia pendamkan hasratnya kerana takut ditolak. Berkat bantuan kawan-kawan terdekat, akhirnya Ieszwan berjaya melamar Arleen, si musuh ketatnya itu.
Jatuh Cinta 2
Arleen menyambung pengajiannya yang tertangguh selama 2 tahun di negara jiran membuatkan Ieszwan rindu berat pada gadis itu. Kekangan waktu membuatkan Ieszwan stress apatah lagi Arleen yang susah memberi khabar. Tengku Sheryna tiba-tiba mendekati Alfie dan mengenalkan diri sebagai bakal tunang Fadzley. Alfie sudah jenuh mendengar pengakuan demi pengakuan dari mana-mana perempuan yang datang kepadanya dan mengakui sedemikian sedangkan hubungan antara dia dan Fadzley kini telah direstui oleh Datin Almira. Arleen mengambil cuti pulang ke tanah air dengan hasrat ingin berjumpa dengan kekasih hatinya itu namun harapannya hancur apabila melihat Ieszwan dengan bergandingan dengan wanita lain. Fadzley menyedari kehadiran Arleen berdekatan dengan tempat kerja Ieszwan dan dia juga tahu apa yang membuatkan gadis itu terdiam membisu dan tidak mahu bertemu dengan Ieszwan. Fadzley tidak sanggup melihat Arleen sedih. Dia meminta Ieszwan untuk menyusul Arleen dan mencuri kembali hati gadis itu. Sewaktu Ierwann dalam perjalanan bertemu client, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ierwann disahkan mengalami amnesia. Isha yang mendengar khabar buruk itu langsung menemui Ierwann namun tidak sedikit pun dia mengenali gadis itu. Tengku Sheryna yang pernah ditolak mentah oleh Fadzley mulai mendekati Ierwann apabila dia mengetahui bahawa lelaki itu sedang amnesia. Dia cuba meracuni fikiran Ierwann. Ierwann mulai tertarik dengan Tengku Sheryna. Isha sedikit terkilan apabila mengetahui perempuan yang cuba merampas kawan baiknya dari Fadzley kini ingin merampas Ierwann dari tangannya. Malang sekali, Ierwann lebih menyebelahi Tengku Sheryna. Dek kerana marah dengan perubahan sikap Ierwann, Ieszwan mendesak Ierwann untuk mengingati kembali memori antara dia dan Isha sehingga lelaki itu benar-benar dapat kembali ingatannya. Setelah ingatan Ierwann kembali, Tengku Sheryna akhirnya mengakui kesalahannya.
Haa dah habis baca? Jenuh aku nak tulis sinopsis cerita ni. Padahal sebelum aku karang cerpen, tak pernah pun aku buat ringkasan cerita mahupun sinopsis. Aku main bedal tulis je. Nampak tak perbezaan jalan cerita kat atas tu? Aku akui memang ada mirip sikit tapi ianya tetap lain. Susah nak jelaskan dengan kata-kata. Mungkin aku sorang je kot yang faham apa perbezaannya.
Oh ye, lupa pula aku nak explain kenapa aku suka menggunakan ketiga-tiga watak (Ier, Iez, Fad) tu. Bila aku menulis menggunakan watak ketiga-tiga tu, aku rasa aku ada dalam dunia diorang. Watak tu seolah-olah hidup dalam dunia aku. Dan mungkin juga sebab diorang benar-benar wujud? Ahh tu cerita lama. Jadi disebabkan ketiga-tiga mereka tu pun hilang entah kemana, tak salah kot aku abadikan nama diorang dalam cerpen aku? Bila buat cerita pasal diorang, laju je idea aku keluar. Automatik. Bila diorang bertiga ada, haruslah ada pasangannya kan? Jadi, aku letakkan peranan aku, kau dan Isha dalam cerita ni supaya aku menjadi lebih excited untuk menulis sampai ending. Buktinya, kedua-dua cerita ni ada sambungannya.
Okay, kau pernah tanya "Tak ada nama lain ke selain diorang bertiga?" Hmm well, aku pulak yang nak bertanya "Kau ada baca cerpen aku yang lain tak?" Memang cerpen yang lain tu sedikit mengarut, tapi itulah buktinya cerpen lain tidak menggunakan nama yang sama.
Senarai cerpen yang aku telah publish dalam blog ni:-
- Secret Admire (Apr 2012)
- Kawan Aku Selamanya! (Aug 2012)
- Siapa Aku? (Aug 2012)
- Kawan Aku Forever! (Sept 2012)
- Fall In Love With You (Oct 2012)
- Aku Pergi (June 2015)
- Kisah Romantis (June 2015)
- Jatuh Cinta (Aug 2015)
- Cinta Ryana (Nov 2015)
- Budak Bandar VS Budak Kampung (Nov 2015)
- Menghapus Yang Terukir (Dec 2015)
- Don't Judge Book By It's Coverlah (Feb 2016)
- Jatuh Cinta 2 (June 2016)
- Umayra (June 2016)
- Teman Serumah (Sept 2016)
Sebenarnya banyak lagi cerpen lainnya yang aku nak publish dalam blog ni tapi bila aku baca balik jalan cerita yang aku tulis, hmm lebih baik aku tak payah publish. Nampak bodoh. Harap maklum, saya hanya penulis amatur sahaja. Tapi seingat aku, aku pernah publish cerpen lain dalam blog aku yang lama. Banyak. Sayangnya, blog yang lama tu aku dah delete. Aku ada simpan copy dalam lappy tapi lappy tu pulak buat hal. Jadi semua file hilang. Hmm yang ada hanya salinan copy dalam file. Nak tulis semua, memang berzamanlah nak siap. Apa nak buatkan...
"What's done is done, what's gone is gone. One of life's lessons is always moving on. Getting over a first love, dealing with heartbreak, dealing with death and dealing with life. It's ok to look back and think of fond memories, but keep moving forward and you will live your life happily."
So, Alfie...aku harap kau dapat jawapan aku dalam post aku kali ni. Insyaallah, lepas ni aku akan singkirkan 3 nama yang kau sebutkan tu untuk cerpen-cerpen aku yang lain. Aku tahu kau rimas. Haha. By the way, thanks sebab sudi beri kritikan dan komen pedas. I'll appreciate it so much. Thanks jadi pembaca setia aku.
P/S: I'm waiting so long for a new update on ur blog!
Wasalam.
- Leenz
22 Nov 2016 - 4:06pm
No comments:
Post a Comment