About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

6 August 2016

Pokemon GO?

Assalamualaikum.


Semua dah sedia maklum mengenai game yang tengah viral ni, tak lain tak bukan adalah Pokemon GO yang hampir seluruh pelusuk dunia dok gila melayan!

Pokémon Go merupakan sebuah permainan mudah alih percuma berdasarkan lokasi realiti diperkukuhkan yang dikembangkan oleh Niantic dan diterbitkan oleh The Pokémon Company sebagai sebahagian dari francais Pokémon. Ia telah dikeluarkan pada bulan Julai 2016 bagi peranti iOS dan Android. (Baca selebihnya: Wikipedia Pokemon GO)

Masa game ni belum masuk Malaysia, banyak keburukan dan kebaikan yang diorang boleh dapat semasa bermain dengan game Pokemon GO ni. Salah satu keburukan yang sangat jelas, beberapa individu akan menjadi leka dan tanpa sedar boleh mengakibatkan kemalangan kecil seperti contoh, terjatuh ke dalam sungai / parit sewaktu mengejar binatang pokemon tersebut. Kalau dah jatuh reti berenang, tak apalah jugak. Kalau jatuh lepas tu lemas lepas tu mati? Hmm.

Selain tu, keburukan pada game ni jugak boleh menyebabkan bateri telefon pintar korang cepat habis dan kuota / data internet korang pun akan menjadi cepat habis. Tetapi disebalik keburukan, adalah jugak kebaikannya dan salah satunya korang boleh travelling! Woaah pergi travel semata-mata nak mencari pokemon? Hmm not bad.

So, nak di jadikan cerita...aku pun sempat jugaklah terjebak layan game ni sebab nak merasai sendiri perasaan main game ni. Biasalah, jakun.


Well, bagi aku game ni membosankan sebab kau kena rajin berjalan. Kesana sini untuk mencari dan menangkap pokemon yang ada berdekatan dengan korang. Dah la penat berjalan, penat pulak nak menangkap pokemon yang tak reti duduk diam. Huh! Tapi walaupun aku kadang membebel ini itu pasal game ni, tuptup dah masuk level 2 beb! Persoalannya, haruskah aku bertahan atau uninstall kembali game ni? Yelah, aku ni dah lah jarang berjalan. Game ni pulak nak korang rajin berjalan. Hmm nantilah aku fikirkan.

Korang pulak macam mana? Enjoy tak layan Pokemon GO ni? Apapun, semoga korang pandai jaga diri dan hati-hati lah ye. Jangan sampai lupa diri dan tersasar dari tujuan asal pulak.

Okay, tu je aku nak tulis buat masa ni. Oh, by the way...korang tahu apa itu SLIME? Haaa kalau nak tau apa benda tu dan macam mana nak buat, keep stay on my blog okay?

Dah, bye!

Wassalam.
- Leenz

No comments:

Post a Comment