About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

29 August 2016

Philophobia

Assalamualaikum.


Apa itu Philophobia? Sejenis makanan kah? Sejenis penyakit kah? Sejenis perangai pelikkah? Let me explain. Philophobia ni merupakan sifat takut seseorang terhadap cinta. Everything about love. Takut pada cinta atau takut jatuh cinta dengan seseorang. Fobia pada cinta ni boleh terjadi apabila seseorang itu pernah disakiti atau terluka di masa lalunya.


Kenapa tiba-tiba aku rasa nak menulis pasal Philophobia ni? Haa ni semua gara-gara sesi meluah hati dengan si Alfie pagi tadi. Well, kebiasaan kami berdua ni kami akan saling bertukar cerita mahupun meluah masalah / melepaskan geram kerana si polan dan si polan. We are bestfriend what...

So, pagi tadi tu aku terstalk blog si Alfie (Aien Afiqah) then aku pun terbaca satu post ni, tentang masa lalunya. Hmm aku pun jadi curious lah. Aku terus wasap Alfie then tanya sama ada dia ok atau tak. Nasib baik masa tu mood dia ok. Kalau tak ok, memang kena bahan dengan akulah minah sorang tu. *ketawa jahat*

Alfie cakap yang dia naik rimas bila orang asyik bertanya "Bila nak kahwin?" Hmm soalan maut tu. Aku dah pernah hadap soalan-soalan macam tu. Kalau dulu aku tak tahu nak jawab apa sebab calon pun tak ada lagi but now aku dah lega. And sekarang turn si Alfie pulak hadap soalan-soalan panas tersebut. Wei, perempuan mana yang ada kat muka bumi ni yang tak nak berkahwin? Habaq maiiii! Semua orang teringin nak berkahwin, mendirikan rumah tangga, hidup bahagia dengan suami tercinta. Siapa yang tak nak? So, si Alfie ni bukannya taknak kenal dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan calon suami dia. Nak kata tak ada pilihan, ramai beb! Hensem ada, putih ada, oriental face pun ada. Fuhhh laku beb member gua ni. Tapi itulah...hati dia lebih keras dari batu. Huh! Katanya dia masih takut untuk buka hati pada mana-mana lelaki. Tapi itu tak bermaksud dia seorang pencinta wanita (lesbian). Aku lempang kang sesiapa yang fikir macam tu. Cuma dia takut kerana dia juga merupakan seorang Philophobia. Kita tak tahu apa yang pernah jadi pada masa lalu dia. Seberapa terlukakah dia? Seberapa pahitkah kisah lalu dia? Hanya dia dan Allah je yang tahu.

Haaa aku pun sempat jugaklah meluah perasaan pada si Alfie. Aku cakap dengan Alfie yang aku sebenarnya pun tergolong dalam kalangan si penderita Philophobia ni. Dari dulu sampai sekarang. So, aku memang faham sangatlah apa yang Alfie rasakan. Tapi aku ni pulak walaupun takut untuk jatuh cinta dengan seseorang, aku jugak seorang Thantophobia (The fear of losing someone you love) dan Pisanthrophobia (The fear of trusting people due to past experiences with relationships gone bad). Eh, banyak pulak fobia dia. Walau bagaimanapun, aku ni jenis cepat move on keluar dari tersekat di masa lalu. Kadang aku jadi cepat percaya pada seseorang walaupun mengambil masa yang agak lama untuk dapatkan kepercayaan tu.

Even sekarang aku dah ada seseorang pun, perasaan takut untuk teruskan sebuah hubungan tu tetap ada. Mudah percaya, mudah juga tertipu. Mudah jatuh cinta, mudah pula kecewa. Mudah dapat pengganti, mudah jugak ditinggalkan. Dunia ni ibarat sebuah roda. Ada baik, ada buruk.

So, back to the topic; Philophobia. Beberapa faktor yang mengundang kepada si penderita Philophobia ni:-
- Seseorang itu pernah merasakan sesuatu perlakuan yang tidak menyenangkan.
- Seseorang itu melihat sebuah pasangan yang sering terluka dan dilukai sehingga dia menjadi takut dan tak ingin hal tersebut terjadi pada dirinya/hidupnya.
- Tidak percaya pada diri sendiri mahupun orang lain.
- Pernah mengalami putus cinta / patah hati yang sangat terkesan.
- Dikhianati oleh insan yang tersayang.
- Hubungan yang diharapkan terputus di tengah jalan.
- Hidup dalam keadaan yang tidak bahagia.

Hal-hal di atas kadang-kadang boleh memberi pengaruh pada kehidupan seseorang. Even golongan ni mencuba untuk memulai cinta, ingin merasai erti kebahagiaan tetapi diorang tetap akan dibayangi oleh masa silam. Sukar melupakan apa yang mereka pernah alami. Bahaya tu. Sebab golongan ni boleh hilang rasa tertarik pada seseorang, apalagi meletak kepercayaan terhadap seseorang.

Tapi setiap penyakit pasti ada penawarnya. Penderita Philophobia haruslah keluar dari perasaan takut tersebut. Harus lebih yakin dengan apa yang diorang akan hadap di masa hadapan. Tak perlu hidup terpuruk dengan masa lalu. Bak kata orang, what past is past. Tak salah beri peluang pada insan lain. Sebab penyakit Philophobia ni datangnya dari diri sendiri jugak. Kalau diri sendiri tak nak berubah, sampai bila-bila pun korang takkan beri peluang pada hati korang untuk memulai kehidupan yang baru, yang lebih bahagia. Mencuba. Terluka, tersakiti, terkecewa, itu semua asam garam kehidupan. Yang penting, kuatkan iman.

Aku ni kalau tak kenal erti redha, aku pun belum tentu kuat nak bangkit dari masa silam. Setiap orang ada masa silam memasing. Tapi sampai bila nak hidup dengan mengingati hal-hal yang menyakitkan hati tu? Every single things that has ever happened in your life is preparing you for a something that's meant to come. Percayalah pada takdir Allah. Sehebat manapun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kehidupan kita. Kita ni hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Insyaallah, Allah akan berikan yang terbaik untuk korang. Amin.


"The most paintful things is taking risk to fall in love again." - Alfie

I am Philophobia, and you? Check it out: Jenis-jenis fobia !

Wassalam.
- Leenz

29 Aug 2016 - 17:36 pm

No comments:

Post a Comment