Assalamualaikum.
Anyone ada dapat panggilan dari mana-mana syarikat insurans yang menyatakan yang korang ada setuju dengan insurans dari syarikat diorang? Then, diorang call korang untuk dapatkan jawapan sama ada korang setuju atau tidak dengan polisi insurans syarikat diorang tu. Hmm...
Lets the story begin...
Nak diringkaskan cerita, pihak insurans tersebut call aku, dia baca nama, ic dan 4 nombor yang tertera di kad bank aku. Aku pulak masa tu tengah blur-blur (mood mengantuk), aku layankan jelah orang tu bercakap, padahal fikiran aku melayang entah kemana. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Macam sedang mendodoikan aku pulak dia punya bebel. Haha. So, katanya dia nak buat confirmation sama ada aku setuju atau tidak dengan penolakan RM170+ tu dari account bank aku? Katanya lagi insurans ni ditolak hanya setahun sekali sahaja. Ikutkan bulan 10 ni, insurans yang aku apply masa buat loan dengan Aeon dulu tu akan expired, kirenya diorang nak suruh aku renew untuk tahun akan datang punya, itu yang diorang tanya aku sama ada aku setuju tak untuk diorang potong duit sebanyak RM170+ tu dari account aku hujung bulan 9 ni? Kerana kelalaian aku, aku pun setujukan je. Hmm bodoh betul.
Sejak dari tu, policy insurance ni asyik bermain di fikiran aku. Betul ke aku ada apply apa-apa insurans dengan diorang? Bila masa? Aku rasa macam tak pernah. Macam mana diorang boleh dapat details-details aku? Arghh macam-macam lagilah bermain kat kepala otak aku ni. Then bila aku fikir-fikirkan semula, rasa macam menyesal pulak sebab dah setuju. So, aku pun decide untuk cancel semula policy insurans yang entah apa-apa tu. Serius, menyesal GILE. Hmm.
Aku dah malas nak fikir-fikir-fikir, aku pun call la syarikat insurans tu. Busy betul line diorang. Takpe, aku cuba lagi. Cuba, cuba, cuba and yessssssss! Panggilan dijawab. Aku pun bagitahu la yang aku nak cancel kan pasal insurans tu. Hmm...orang tu mintak no.ic aku untuk dia check. Then, lepas dia semak no.ic aku tu, dia pun bagi no.policy insurans atas nama aku. Lepas tu, diorang suruh aku email kat diorang untuk aku terminate polisi insurans tersebut. Hadoii...
So, untuk panduan korang macam mana nak hantar email pada diorang untuk cancel kan polisi insurans tersebut:-
Hi,
I wish to cancel my insurance policy with (insurans company name). Here my details:
Name:
IC No.:
H/P No.:
Policy No.:
Thank you.
Lepas tu email kepada email yang diorang bagi tu. Contoh: customercare.my@chubb.com
Bila korang dah hantar email tu, dia akan automatic reply.
Lebih kurang macam nilah email yang aku terima dari syarikat insurans tu. Tak tahulah kalau korang punya lain-lain. Yang penting, lepas korang email tu korang kena call semula syarikat insurans tersebut untuk memastikan sama ada diorang dah terima atau belum email dari korang. Tapi selalunya jawapan diorang, ia akan mengambil masa 14 hari untuk process dan pihak kami akan hubungi anda dalam tempoh tersebut. Ahh jangan ikutkan sangat. Nak tunggu diorang call korang, berjanggutlah. Adalah lebih baik korang follow up sendiri dengan diorang. Takut diorang tak buat kerja. Oh ye, jangan lupa ambil nama orang yang melayani korang tu. In case, korang boleh petik semula nama tu kalau-kalau ada sebarang kekeliruan atau masalah lain. Take note!
Aku update benda ni pun untuk sekadar share dengan korang supaya tak lalai macam aku. Ahaa...masa aku blur-blur tu, aku sempat jugaklah google pasal kes macam ni. Seriously, banyak yang dah terkena, salah satunya CHEMPAKA MERAH. Baca penulisan dia tu dan baca sekali komen yang ada. Harap-harap urusan aku untuk membatalkan polisi tersebut tak serumit yang orang lain dah alami. Hmm.
Dah lah, hilang mood.
Wassalam.
- Leenz
01 Sept 2016 - 16:34pm
Sekarang nie sudah ok kah insurans akak tu ? Diaorang sudah terminate terus kah ? Sbb saya nie pun sama kes dgn akak.
ReplyDeleteSekarang nie sudah ok kah insurans akak tu ? Diaorang sudah terminate terus kah ? Sbb saya nie pun sama kes dgn akak.
ReplyDeletehi, maaf saya baru sempat baca n reply ur komen. Alhamdullilah pasal policy insurans ni telah pun selesai seperti yang dijanjikan. cuma kite kena rajin follow up dgn pihak insurans tu je walaupun org tu rimas sebab kite asyik call dia untuk reminder. memang patut pun kite kena buat macam tu supaya pihak policy tersebut tidak lepas tangan kan. harap2 kes awak pun dah selesai dengan jayanya. have a nice day!
DeletePertanyaan sikit,kalau ace insurans tu yg mana pula atau pun sama juga dgn chubb insuran tu, 1syarikat nama ja lain2
DeleteSaya pun sama .. Chubb insuran juga...sebulan rm54,
ReplyDeleteHi, ok then dah terminate belum atau terus proceed?
DeleteWaalaikumussalam. Seingat sy masa tu, sebelum diorang nak tolak duit saya, saya cepat2 minta terminate dulu. Tapi kebanyakan orang cakap, duit tu yg diorang dah ambik tu tak dapat refund (burn).
ReplyDeleteini insuran tahunan ye? aku baru kena insuran bulanan... tq share cara nak cancel.. btw aeon dan chubb ni anak beranak kroni
ReplyDeletemost welcome bro! ya, maybe ini insurans tahunan / bulanan gitu la. sy ni memang jenis malas nak dengar promoter2 bebel. selalu mmg terus letak, tapi masa sy jawab panggilan tu mmg tgh mengantuk, itu yg main setuju je tanpa sedar. kite bukannya kedekut ke ape ke kan, cumanya kite ni takut kena scam je dengan benda-benda macam ni. daripada rasa ragu-ragu better jangan ambil/cancel. takut duit tu melayang kemana je karang, nyesal tak sudah. even RM100 je yang dia ambik, itupun duit jugak. btw, sorry bro lambat reply.
Deletenk call dulu or tros anta email nk terminate..call manjang xdpt
ReplyDeleteaku ada 2 insurance dgn chubb nie gak..dan diorg masih call nak upgrade ntah ape..bile tnye pasal terminate diorg suruh aku walk in ke company dkat kl..naya sungguh..thx bagi cara terminate gune email je..
ReplyDeleteThanks awak. Sy dah 2 thun kena. Tak guna punya chubb insurance
ReplyDeleteBertahun fikir kenapa la tiap2 bulan tolak rm48.. Kadang2 gaji je terus keluarkan semua.. Tp gaji seterusnya x sempat keluarkan semua dia potong 2bulan.. Sebelum x pernah pula setuju mana2 insurans dalam panggilan telefon tp ada hutang aeon.. Atau masa kte hutang aeon tu diorg call cakap pasal insurans? Rasanya xde pulak setuju apa2.. Tlg.. Apa nk buat sekarang.. 4-5ahun..kira2 dah dekat 3ribu
ReplyDeleteHi, apa kata awk try email ke pihak insurans tu untuk cancel pemotongan tiap bulan seperti yg saya tunjukkan di atas tu. atau kalau ada contact number, direct call pihak tersebut untuk inform yang awk nak cancel.
DeleteDapat balik tak duit yang diaorang potong tu?
ReplyDeletetak dapat semula pun wak. tp dapat cancel pun dh lega hati sy.
Delete2023 pun masih ada awak chubb insurans ni email. Dia hantar pdf cakap tahniah mendaftar. Bila masa pulak aku daftar insurans ni, kerja pun tidak hang nak tolak duit apa drpd akaun. Saya dah email seperti sis ajar diatas, harap tak berlanjutan. Tak silap saya ada satu call ni daripada bnk untuk dafatr insurans tapi dah cakap baik² tak nak daftar sebab tak bekerja. Ate depa ke p daftar ..
ReplyDeletealamak risau betul tiba2 awk dpt email mcm tu. well, zaman skrg zaman scammer bersepah kan. apa2 pun awk kena rajin check acc bank tau. jika ada penolakan yg mencurigakan, cepat2 call bank untuk confirmation.
Deleteok ke bagi no ic kat diorang? Saya baru dapat emel katanya nama saya didaftarkan dlm insurans tersebut. Dalam emel tersebut ada pdf surat perjanjian (boleh ke kita buka pdf tersebut? Bahaya ke tal sbb sebelum buka kene masukkan pass hari lahir kita) Bengong la chubb insuran ni, dh emel pembatalan .. tpi xtry call lagi
ReplyDeleteKita tak boleh suka2 hati bagi nombor ic pada orang tau, melainkan untuk dia check record (kot), then yg pasal pdf tu, saya rasa benda tu selamat sbb pass dia pakai hari lahir kita kan cuma jangan accept apa2 perjanjian tanpa awk baca dahulu. apa2 pun awak emel je diorang utk cancellation then call & follow up sampailah diorang takkan tolak apa2 bayaran dari akaun. zaman skrg zaman scam, hati2 tau.
DeleteSis, lepas email tu dia terus terminate ke? Lama tak process tu?
ReplyDeleteAstaga saya pun baru bgn tido dpt call dr aeon insuran..sy iya2 kan je..mcm mana tu..sy nk terminate la sbb mamai lagi masa sambut call dorang..
ReplyDelete