15/5/2012 - 4:50 p.m
Selasa - Cerah
Salam all. I'm back. Dua tiga hari ni aku rasa tak berapa nak sihat. Aku rasa makin teruk lak. Lepas sakit kepala, sakit perut pulak dan akhirnya demam pun datang.
Gara-gara hilang selera makan, aku asyik sakit perut je. Cirit birit kot. Pil chi kit teck-aun jugak aku carik... Itupun bertahan setakat 5-10 minit je. Lepas je dari tu dia menjadi2 sakitnya... Macam mayat hidup je aku rasa diri aku masa tu. Terkeluar dengan semangat2 aku skali masa aku duk dalam tandas tu...
Biarpun sesakit mana, aku gagahkan jua diri aku yang kerdil ini... Ahad lepas, bf aku ajak teman dia pergi konvoi keta kancil. Diorang buat family day kat Balau. Kul 8amq kitorang baru gerak ramai2 ke Balau.
Ni serba sedikit gambar yang bf aku sempat ambik dan ade jgk yg aku curik kat fb budak2 kereta ni...
Memang happening ! Pukul 5:30 petang baru kitorang gerak balik. Anyway, thanks to my bf sebab bawak saya!
Esoknya lepas bf aku upload gambar, aku pun mula gatal tangan nak menge-like gambar2 berkenaan. Dan...dengan automatiknya satu demi satu friend request masuk. Rupa-rupanya budak2 kereta tu yang add aku. Hahahaha... Now, ada sorang budak ni rapat dengan aku. NANA (Bukan nama sebenar-Lelaki), rajin betul layan aku kat pm. Orangnya not bad la. Muka dia memang 'jambu' habissss. Tapi still single. Alahai... sayangnya, aku yang dah berpunya. Tapi tak salah kan kalau aku dan dia berkawan... bak kata orang, berkawan biar beribu berkasih biar satu.
Okaylah, hari ni aku nak balik awal sikit. Dapatlah rehatkan fikiran yang tengah berserabut dan kepala yang masih berdenyut2 ni. So, korang pun rehatkanlah diri yang tak cukup rehat tu okay ! Kalau aku rajin, aku akan update lagi. Babai all~~~
Salam.
-Leenz-
15/5/2012 - 5:44 p.m
No comments:
Post a Comment