About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

12 May 2012

Hariku...

12/5/2012 - 8:19 a.m
Sabtu -  Cerah


Salam all. Lama tak update. Busy dengan tanggungjawab hidup. 
Semalam aku memang nak update tapi mata, fikiran dan badan aku tak larat langsung. Lemah selemah lemahnya... So, aku rasa hari ni aku patut update. 


Oh ya, khamis kelmarin aku, mama dan kakak aku pergi mall. Saje lapangkan fikiran lepas balik kerja. Memang tension sesangat minggu ni. Ini itu nak kena catch up & follow up. Tak menang tangan ek bak kata orang. Okay, berbalik pada topik Tesco tadi. Masa kitorang jalan-jalan tetiba aku tersinggah kat tempat haiwan peliharaan. Aku tertarik dengan seekor hamster ni. Aku teringin sangat nak bela hamster. Dulu memang family aku pernah bela tapi last2 hamster tu mati. Tak cukup penjagaan rapi kot. Start dari tu, rumah kitorang sunyi je. Aku ada cakap dengan mama yang aku nak bela kucing tapi mama tak izinkan. Sedih... Aku rindukan Shiro. Aku nak bela tapi mama tak bagi. So, aku nak bela hamster baru mama kasi akhirnyaaaaaa...! Then, aku pun pilih white hamster sebab aku rasa dia comel sesangat !!! 


Macam dalam gambar contoh ni...




Comel kan! Aku beli dua ekor. Satu betina satu lagi jantan. Kalau dia sekor je nanti dia takde kawan. Alamatnya mati kesunyianlah dia nanti... Hehe...


Rumah dia, makanan dan sewaktu dengannya...aku beli semua kelengkapan dia. Bila dah beli, mestilah kena ada nama, kan... Aku letak nama Choki untuk yang jantan dan Chiko untuk yang betina. 


Sejak ada Choki dan Chiko kat rumah, aku asyik balik kerja awal je. Kalau boleh aku nak sangat bawak diorang pergi tempat kerja. Tapi mama tak kasi sebab mama pun suke main dengan diorang. Setiap kali aku tengah buat kerja je, aku mesti teringat kat diorang. 


Sebenarnya aku malas gila nak pergi kerja tadi. Kepala ni ha...masih berat je rasa. Badan pun still lemah. Tapi demi kerja, aku gigihkan diri gak. Semalam mama ada larang aku pergi kerja hari ni tapi aku memang degil. Memikirkan kerja banyak pending dan masih bertimbun kat opis tu, aku kene kuat!


Salam.


-Leenz-


12/5/2012 - 8:40 a.m

No comments:

Post a Comment