24/5/2012 - 7:44 p.m
Khamis - Redup
Salam. Tatkala jari jemariku ligat menari sambil mengikut rentak susunan huruf yang bakal aku coretkan di sini, saat ini juga fikiran aku tak pernah lekang dari hal itu... Hal yang sering membuatkan aku runsing, resah, gelisah, dan paling ketara... kesedihanku... Bilakah hidup aku akan ceria tertawa seperti dahulu... Adakah mengenalinya serta merta meragut senyuman di wajah polosku ini...
Bukan niatku untuk bermadah kata mahupun berjiwang karat. Tidak. Entah kenapa aku rasa hari ini agak berlainan dari hari-hariku yang lain... Adakah ini tanda2 bahawa aku akan bersedih lagi... Aku tak mahu... Aku tak mahu mati kerana kemurungan. Cukup dengan apa yang aku pernah alami suatu ketika dahulu... Terlalu sakit untuk di kenang kembali...
Semalam, sahabatku bertanya bagaimana perkenalanku dengan si dia... Ah...aku sama sekali tidak mahu mengingatinya... Bukan kedekut mahupun menunjuk tapi... tersangat pedih... Hati ini sudah terlalu banyak kali terluka... Sehinggakan aku sendiri tak pasti sampai bila aku harus telan semua kedukaan ini... Hanya satu visi yang tertanam dalam diri aku... Iaitu...akan kujalani kehidupan ini sebagaimana tuhan telah tentukan untuk aku. Biar perit manapun, aku tetap ingin mencuba bertahan selagi aku termampu. Andai ini takdirnya...aku redha, aku pasrah...
Maafkan ku wahai sahabat andai diri ini tidak mampu untuk membuka cerita tentang perkenalan antara aku dan dia... Segalanya telah aku coretkan dari awal di blogku lagi satu. Jemput baca... Andai segala penulisan ku penuh dengan kekasaran mahupun menyinggung hati, maafkanku... Aku hanya manusia biasa yang sering membuat kesilapan.
Andai masih ada esok untukku, akan kucoretkan lagi segala luahan hati aku di sini... Aku harus pulang. Sudah agak lewat aku berada di pejabat. Jaga diri.
Salam.
-Leenz-
24/5/2012 - 7:59 p.m
No comments:
Post a Comment