About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

31 May 2012

hari yang paling sakit hati...

semalam aku geram sangat dekat 1 budak ni..cara dia gurau dah melampau sangat..aq tahu yang niat dia nak bergurau tapi agak agak lah sikit.jangan sampai kau cakap benda yang terlalu peribadi..karang aku cakap yang kau tak tahu adab , kau tahu lak nak marah...

kalau orang lain boleh lah kau nak cakap macam tu..kalau dengan aku mintak maaf bebanyak lah der...aku bukan jenis perempuan macam tu..aku rasa kalau kau cakap dengan awek kau macam tu pun awek kau akan sakit hati..

kalau dengan attitude kau yang macam ni memang susah lah perempuan nak dekat..perangai dah lah macam hampeh..kalau awek tu tinggal kan kau jangan nak salah kan budak tu..sebaliknya kau cermin lah dulu diri kau tu..

30 May 2012

I'll be alone...

30/5/2012 - 4:30 p.m
Rabu - Mendung


Salam all

Hari ni... Hurm...semangat aku tak berapa nak ada... Sebab apa? Sebab... Hurmm... semalam aku ada buat kesilapan dalam kerja aku... Semua ni asalnya memang salah aku. Biasalah...tak ada manusia yang sempurna kerjanya. Dan manusia tak pernah lari dari kesilapan. Termasuk aku. Kerana kesilapan aku ni lah dah buat orang lain kusut nak fikirkan kesimpulan. Silap apa... Aku taknaklah cakap. Segan pulak... Biarlah ianya berlalu macam tu je okeh...

And 1 more thing yang buat aku bertambah sedih dan tak bersemangat... Bila dia beritahu aku tentang tawaran belajar yang dia dapat tadi. Kalau dekat aku dah lama hurayyy hurayyy tapi ni... Hurmm...Kuantan sana haaa... Jauhnye... Dia dapat tawaran belajar kat Polysas Kuantan. Bukan aku tak suka dia nak pergi belajar kat sana cuma...aku tak tahu sama ada aku boleh menahan rindu atau tak... Walaupun sukar, aku akan tetap cuba... Mungkin ini takdir yang tuhan tentukan untuk aku. Ya, mungkin ini saatnya untuk aku belajar menerima hakikat dan redha dengan takdir ini... 

He said to me "... I will try my best for you..." Seriously...aku tak tahu nak cakap macam mane... Aku...aku terharu sangat... Mungkin benda ni biasa je bagi orang lain tapi bagi aku, tak...

Tapi...aku tak nak kekecewaan bertandang dalam hati aku lagi... Dan aku tak nak letak harapan yang terlalu tinggi dalam hubungan ni. Kelak memakan diri. Insya-Allah, sedikit demi sedikit aku akan cuba ubati luka lama di hati ni...

Walau seperit mana luka tu, aku akan tetap menyayangi dia... 


Salam.

-Leenz-

30/5/2012 - 5:16 p.m

29 May 2012

apa mungkin aku akan
bahagia dengan cara ini
apa yang patut aku lakukan
adakah aku mampu terus bertahan
dalam keadaan sebegini
perit sekali sakit nya yang terpaksa
ku tanggung sendirian
tak termampu untuk aku luah kan nya
sungguh aku tak berdaya untuk menghadapi nya
aku bukan setegar mana

25 May 2012

Di mana semangatku...

25/5/2012 - 5:39 p.m
Jumaat - Redup


Salam all. 


Perasaan ini...seredup cuaca hari jumaat yang indah ini... Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku sedang fikirkan. Semangatku hilang... Kemana dia menghilang... Kembalilah wahai semangat... Satu demi satu yang membuatkan aku semakin hilang semangat serta rasa yakin pada diri... Aku tak mampu alami semua ni...


Bila aku dapat tau yang dia terima tawaran kerja kat Selangor, aku rasa macam hidup aku tetiba kosong... Aku tak dapat berfikir macam mana hidup aku lepas ni bila dia jauh dari aku... Tapi dari sudut lain, aku harus redha... Ini semua adalah penentu hidup dia... Untuk masa depan dia... 


Ya, itulah yang harus aku fikirkan... Aku dan dia belum ada apa-apa ikatan yang sah. Aku tak punya hak untuk menghalang. Biarlah dia pergi jika itu dapat menjamin masa depan dia... Aku di sini...akan terus memberi semangat serta dorongan untuk dia...biarpun tiada di sisiku lagi...


Bangkitlah wahai semangat...


Jumpa lagi esok... Jage diri...


Salam.


25/5/2012 - 5:46 p.m

24 May 2012

Coretanku...

24/5/2012 - 7:44 p.m
Khamis - Redup


Salam. Tatkala jari jemariku ligat menari sambil mengikut rentak susunan huruf yang bakal aku coretkan di sini, saat ini juga fikiran aku tak pernah lekang dari hal itu... Hal yang sering membuatkan aku runsing, resah, gelisah, dan paling ketara... kesedihanku... Bilakah hidup aku akan ceria tertawa seperti dahulu... Adakah mengenalinya serta merta meragut senyuman di wajah polosku ini...


Bukan niatku untuk bermadah kata mahupun berjiwang karat. Tidak. Entah kenapa aku rasa hari ini agak berlainan dari hari-hariku yang lain... Adakah ini tanda2 bahawa aku akan bersedih lagi... Aku tak mahu... Aku tak mahu mati kerana kemurungan. Cukup dengan apa yang aku pernah alami suatu ketika dahulu... Terlalu sakit untuk di kenang kembali... 


Semalam, sahabatku bertanya bagaimana perkenalanku dengan si dia... Ah...aku sama sekali tidak mahu mengingatinya... Bukan kedekut mahupun menunjuk tapi... tersangat pedih... Hati ini sudah terlalu banyak kali terluka... Sehinggakan aku sendiri tak pasti sampai bila aku harus telan semua kedukaan ini... Hanya satu visi yang tertanam dalam diri aku... Iaitu...akan kujalani kehidupan ini sebagaimana tuhan telah tentukan untuk aku. Biar perit manapun, aku tetap ingin mencuba bertahan selagi aku termampu. Andai ini takdirnya...aku redha, aku pasrah...


Maafkan ku wahai sahabat andai diri ini tidak mampu untuk membuka cerita tentang perkenalan antara aku dan dia... Segalanya telah aku coretkan dari awal di blogku lagi satu. Jemput baca...  Andai segala penulisan ku penuh dengan kekasaran mahupun menyinggung hati, maafkanku... Aku hanya manusia biasa yang sering membuat kesilapan. 


Andai masih ada esok untukku, akan kucoretkan lagi segala luahan hati aku di sini... Aku harus pulang. Sudah agak lewat aku berada di pejabat. Jaga diri.


Salam.


-Leenz-


24/5/2012 - 7:59 p.m



21 May 2012

patut ke tak ye..????

hari ni dapat lah balik awal..macam tau tau aje yang aku ni penat tak terkata...almaklum lah 4 hari kena keluar buat promosi....tapi alhamdulilah dapat jugak 30 orang yang daftar...lagi pun penggerai dekat situ semua nya ramah ramah..kire bole layan kepala jugak lah..

sepanjang aku kerja dekat sini dah ada yang ajak jadi ejen insurans lah , pegawai pelaburan lah..semua ejen ni cakap yang aku ada asas yang kuat..tak salah untuk praktik kan apa yang aku dah belajar dulu..main problem nya aku sendiri tak ada masa nak buat benda ni semua..kadang rasa macam nak amik lesen untuk jadi ejen insurans dengan ejen pelaburan..

tapi bila difikir kan balik cukup ke masa untuk aku nak buat semua tu..mana nak kena bahagi kan masa untuk jumpa clien lagi..nak wat keje full time aku ni lagi..confrem confrem lau aku jadi ejen ni kena sentiasa turun buat promotion..kalau tak macam mana nak ada clien..kalau betul betul aku terbuka hati nak jadi ejen pelaburan dengan ejen insurans, baru aku decide untuk ambil exam ni..

jangan nanti apa yang aku dah dapat tertinggal sebab aku sibuk kejar benda yang lain..aku tak nak lah tergopoh gapah..

20 May 2012

penat sangat

semalam rasa kaki macam nak tercabut aje...orang yang datang ke hari bnelia boleh dikata kan agak ramai jugak..jenuh gak berdiri dari dari dengan pakai wedges...rasas macam nak tanggal kan aje kasut..

alhamdulilah jugak lah,ramai jugak yang daftar...tapi ada 1 insiden yang berlaku dekat aku..dalam besar nya ruang dekat angsana tgu kenapa lah aaku boleh tgerserempak dengan dia...aku rasa yang dia tak perasan yang tu aku..time tu aku saje je nak keluar tengok keadaan event kat luar..

sekali aku boleh ternampak hamba allah ni..time tu memang rasa nak lari je ke tempat lain..tak nak lalu dekat situ..tapi bile difikir kan balik buat apa aku nak kena mengelakkan diri dari dia..lagipun ni kan tempat awam.

muka dia memang nampak blushing macam tahan malu..aku buat tak tahu je....biar lah dia yang malu sendiri...lagi aku tak ada buat salah dekat dia...dia yang buat hal..so take it or leave it  

19 May 2012

argh...tension...

minggu ni straight keja..kena keluar buat promisi dekat plaza angsana..almakluh lah ada hari belia..so company aku pun take part dalam event tu gak...nasib lah dapat tempat yang ok jugak...petang rabu lepas aku dapat call dari bos..dia suruh aku buat promosi dekat angsana..dia siap cakap minggu ni tak payah off..aku ok je..tak pelah bukan nya selalu pun..

seronok jugak buat promosi dekat sana...penggerai yang lain pun ramah ramah...so   tak adalah bosan sangat...jadi suasana dekat sana jadi happening...walaupun badan agak  letih tapi ok jugak lah..

15 May 2012

Konvoi

15/5/2012 - 4:50 p.m
Selasa - Cerah


Salam all. I'm back. Dua tiga hari ni aku rasa tak berapa nak sihat. Aku rasa makin teruk lak. Lepas sakit kepala, sakit perut pulak dan akhirnya demam pun datang.


Gara-gara hilang selera makan, aku asyik sakit perut je. Cirit birit kot. Pil chi kit teck-aun jugak aku carik... Itupun bertahan setakat 5-10 minit je. Lepas je dari tu dia menjadi2 sakitnya... Macam mayat hidup je aku rasa diri aku masa tu. Terkeluar dengan semangat2 aku skali masa aku duk dalam tandas tu... 


Biarpun sesakit mana, aku gagahkan jua diri aku yang kerdil ini... Ahad lepas, bf aku ajak teman dia pergi konvoi keta kancil. Diorang buat family day kat Balau. Kul 8amq kitorang baru gerak ramai2 ke Balau. 


Ni serba sedikit gambar yang bf aku sempat ambik dan ade jgk yg aku curik kat fb budak2 kereta ni...











Memang happening ! Pukul 5:30 petang baru kitorang gerak balik. Anyway, thanks to my bf sebab bawak saya!

Esoknya lepas bf aku upload gambar, aku pun mula gatal tangan nak menge-like gambar2 berkenaan. Dan...dengan automatiknya satu demi satu friend request masuk. Rupa-rupanya budak2 kereta tu yang add aku. Hahahaha... Now, ada sorang budak ni rapat dengan aku. NANA (Bukan nama sebenar-Lelaki), rajin betul layan aku kat pm. Orangnya not bad la. Muka dia memang 'jambu' habissss. Tapi still single. Alahai... sayangnya, aku yang dah berpunya. Tapi tak salah kan kalau aku dan dia berkawan... bak kata orang, berkawan biar beribu berkasih biar satu.


Okaylah, hari ni aku nak balik awal sikit. Dapatlah rehatkan fikiran yang tengah berserabut dan kepala yang masih berdenyut2 ni. So, korang pun rehatkanlah diri yang tak cukup rehat tu okay ! Kalau aku rajin, aku akan update lagi. Babai all~~~


Salam.


-Leenz-


15/5/2012 - 5:44 p.m

13 May 2012

penat jugak

hari ni aku kat kluang..almaklum lah sepupu kawen hari ni..tapi hari ni sedara mara aku bukak mukadimah agak lain skit..tapi aku tak lah direct kena..juz kena tempias aje..yang kesian nya dekat sepupu aku yang sorang ni..umo dia dalam 30 an..tapi still single lagi..jenuh jugak dia nak menjawap..aku juz dengar kan aje..tolong jawap apa yang patut je..dah tu time nak balik boleh pulak sepupu aku yang sorang ni gi tanya soalan wajib tu kat aku..almaklumlah lama tak jumpa jadi aku tak berapa cam muka dia..confuse antara abang ajak @ abang man..sebelum abang man tanya soalan wajib ni kat aku , dia ley tanya dulu yantg aku ni wat apa sekarang..aku jawap lah dah 3 taun keje..lepas tu dia ley tanya dah kawen ke..aku cakap lah belum lagi..masih mencari..dia ley cakap ingatkan dah kawen senyap senyap..aku jawap lah insyallah nanti nak buat orang pertama yang ain akan bagi kad mesti abang man..

pandai betul abang sepupu aku yang sorang ni tanya soalan wajib tu dekat aku..kadang rasa macam malas je nak pergi majlis kawen macam ni..nanti mulalah mak cik mak cik duk kepoh tanya bila nak kawen,tak ada pak we lagi ke..adoi pening pening...kenapa semua orang sibuk tanya soalan tu dekat aku..aku ni baru 22 tahun..agaknya dia orang ni tak ada ke nak bagi soalan lain dari soalan tu...balik ballik soalan tu..tension seh..bila aku cakap tak ada dia orang siap nak jadi ejen untuk aku lagi..dah macam aku ni anak diaorang lak.
depan depan aku boleh pulak gi promote aku kat orang..excuse me ye..aku ni bukan patung untuk di buat display macam dekat kedai baju tu..

.
  

12 May 2012

Hariku...

12/5/2012 - 8:19 a.m
Sabtu -  Cerah


Salam all. Lama tak update. Busy dengan tanggungjawab hidup. 
Semalam aku memang nak update tapi mata, fikiran dan badan aku tak larat langsung. Lemah selemah lemahnya... So, aku rasa hari ni aku patut update. 


Oh ya, khamis kelmarin aku, mama dan kakak aku pergi mall. Saje lapangkan fikiran lepas balik kerja. Memang tension sesangat minggu ni. Ini itu nak kena catch up & follow up. Tak menang tangan ek bak kata orang. Okay, berbalik pada topik Tesco tadi. Masa kitorang jalan-jalan tetiba aku tersinggah kat tempat haiwan peliharaan. Aku tertarik dengan seekor hamster ni. Aku teringin sangat nak bela hamster. Dulu memang family aku pernah bela tapi last2 hamster tu mati. Tak cukup penjagaan rapi kot. Start dari tu, rumah kitorang sunyi je. Aku ada cakap dengan mama yang aku nak bela kucing tapi mama tak izinkan. Sedih... Aku rindukan Shiro. Aku nak bela tapi mama tak bagi. So, aku nak bela hamster baru mama kasi akhirnyaaaaaa...! Then, aku pun pilih white hamster sebab aku rasa dia comel sesangat !!! 


Macam dalam gambar contoh ni...




Comel kan! Aku beli dua ekor. Satu betina satu lagi jantan. Kalau dia sekor je nanti dia takde kawan. Alamatnya mati kesunyianlah dia nanti... Hehe...


Rumah dia, makanan dan sewaktu dengannya...aku beli semua kelengkapan dia. Bila dah beli, mestilah kena ada nama, kan... Aku letak nama Choki untuk yang jantan dan Chiko untuk yang betina. 


Sejak ada Choki dan Chiko kat rumah, aku asyik balik kerja awal je. Kalau boleh aku nak sangat bawak diorang pergi tempat kerja. Tapi mama tak kasi sebab mama pun suke main dengan diorang. Setiap kali aku tengah buat kerja je, aku mesti teringat kat diorang. 


Sebenarnya aku malas gila nak pergi kerja tadi. Kepala ni ha...masih berat je rasa. Badan pun still lemah. Tapi demi kerja, aku gigihkan diri gak. Semalam mama ada larang aku pergi kerja hari ni tapi aku memang degil. Memikirkan kerja banyak pending dan masih bertimbun kat opis tu, aku kene kuat!


Salam.


-Leenz-


12/5/2012 - 8:40 a.m

11 May 2012

tentang cinta yang
mengintai dalam hatiku
adakah benar dia tercipta untuk ku
dapatkah aku dan
dirinya bahagia selamanya
adakah ruang untuk
aku menganali hati nya
lebih dalam lagi
adakah peluang untuk
aku mengisi ruang didalam
hatinya
izinkan aku untuk melepas
lelah mengejar bayang mu
sepi hidup ku
tanpa kehadiran mu
yang selalu menemani ku
ku ingin lontarkan
rindu ku ke lautan
rasa tidak tertanggung dihati ini
selalu ku berharap
agar dirimu turt sama
merasa rindu seperti yang
ku alami ini
bukan mudah untuk aku
jatuh cinta sekali lagi
kerna kenangan lalu
amat menyakitkan bagiku
pernah dulu aku dilukai
hanya kerana cinta
cinta yang selama ini
ku anggap tulus tapi
rupa nya palsu
setelah aku mula menyayangi nya
diri nya melangkah
pergi meninggal kan ku
ku dambakan ketenangan
yang selama ini ku cari
ku pendam semua rasa
didalam hati
ku ingin melihat
pelangi yang bersinar indah
menerangi hari ku
ku ingin meniti hari
dengan senyuman dan
tinggalkan semua kenangan
yang menyakitkan
seraut wajah yang
sering ku tunggu
tetap tak kunjung tiba
kadang terasa seperti diri
tak dihargai
saban malam aku merenung
bintang ditemani sepi
bila bersendirian kadang
sepi merantai hati
tapi aku hanya mampu berserah pada NYA
Ingin ku sambut tangan mu
Tapi entah kenapa
Aku tidak mampu untuk
Menggapainya
Berulang kali aku
Mencuba tapi aku tetap gagal
Aku hanya mampu
Melihat tapi tidak dapat
Untuk memiliki
Namun aku tetap
Akur dengan kehendak NYA
Sudah puas aku berlari
Tiba waktu nya untuk
Aku berhenti dari
Dari mengejar sesuatu yang
Sudah pasti bukan
Milik ku
Sudah tertulis suratan
Takdir mengkehendakinya
Sebegitu
Suatu penantian yang menyakitkan
Mungkin kah akan ada
Sinar di penghujung nya
Adakah aku akan temui
Kebahagiaan yang selama ini
Aku cari
Terkadang air mata ini
Gugur jua
Terasa berat untuk
Ku tanggung semua
Ini sendiri
Bila aku berdiam diri
Itu tanda nya aku
Berkecil hati dengan
Perlakuan mu
Tapi adakah dirimu
Menyedari akan hakikat nya
Yang hati ini acapkali
Terluka
Apa mungkin aku akan mampu bertahan

9 May 2012

Berkelah

9/5/2012 - 6:31 p.m
Rabu - Mendung


Salam all. Hai blogger. What up all? Hope everything will be ok!


Hah! Ahad yang lepas aku dan family aku pergi berkelah kat Desaru! Malam sabtu hari tu lah baba aku tetiba cakap nak berkelah kat Desaru. Apelagi, malam tu gak kena beli bahan2 nak buat masak makanan untuk bawa pergi berkelah esoknya. Then, aku cakap dengan mama baba, boleh tak aku ajak bf aku join sekali? Diorang kata boleh! Green light!!! Memang happy sangat bila diorang kasi aku ajak bf aku. Hehe...


So, pagi Ahad tu kami pergilah berkelah. Memang happening wooooo !!! Yelah, 1st time si dia join event kami sekeluarga. Dapat makan sama-sama, berenang sama-sama, luang masa sama-sama.  Tapi... masuk waktu tengahhari, tiba-tiba hujan turun. Hurm...terpaksa balik. Walau apapun, aku rasa puas ! Even kulit aku dah bertukar warna sikit, yang pasti aku gembira. Ape pun, terima kasih my bf sebab sudi join kami sekeluarga !


Salam !


-Leenz-


9/5/2012 - 6:37 p.m

8 May 2012

tak tahu nak buat apa

SELAMAT PAGI

emmm...still rasa malas mengulit diri ni..tak ada ke dalam dunia ni ubat untuk kurang kan rasa malas...kalau ada alangkah bagus nya..malas bercampur dengan sakit hati  lagi..macam mana nak kurang kan rasa sakit ni ye..aku ni  lak lau dah sakit hati kat seseorang tu memang tak ley nak cover...ada  member yang cakap yang aku ni lau dah sakit hati dengan orang memang akan nampak dengan jelas sangat...bila ingat balik apa yang sis tu buat memang sakit hati...

yelah kalau mulut tu  dah macam puaka memang tak ley nak ubah agak nya...lain kali kalau tak mampu jangan lah nak mengata yang bukan bukan ye..ni lagi 1 hal , adalah 1 minah ni consider macam awek kawan aku sorang ni , g lah mengadu kat member aku sal abg kat opiz aku ni menggatal dengan dia..amik gambar siap pegang pinggang dia...masalah nya dekat sini gurl tu tak melawan pun bile abg tu buat macam tu..so benda ni kire consider atas kerelaan sendiri lah..kalau jau tak suke confrem kau akan tepis right..

kalua dah macam tu tak payah nak banyak bunyi...nak cakap orang gatal lah , and so on.. kalau tepuk sebelah tangan takkan berbunyi ye der...so kau nilai lah sendiri awek kau tu jenis yang macam mana..

BYE..

7 May 2012

hari yang mendung

rasa macam malas je nak gi keje hari ni..dengan someone yang macam ada yang tak puas hati dengan aku je..tak habis habis nak sakit kan hati aku..makin lama makin fed up lak rasa nya dengan dia..kalau ye pun nak cakap pasal orang pun tolong lah cermin diri sendiri tu dulu..kalau cantik macam neelofa tak pe lah jugak..yang ni macam kak limah je..sapai kan apa yang aku pakai pun dia nak komen..macam macam yang dia cakap..nampak gemuk lah , berat lah..eeeuuwww tolong lah ye...parents aku pun tak ada nak kongkong apa yang aku nak pakai..as long as aku tau bezakan mana yang baik dengan yang buruk dah lah..

sebelum nak berbual tolong lah cermin diri tu dulu ye sis..tak payah nak banyak bunyi sangat lah ye...jangan lah rasa diri tu sempurna sangat..mana lah ada manusia yang sempurna dalam dunia ni..sebelum nak komen pasal pakaian orang lain tengok dulu   cara pemakaian sis tu..dah cukup elok ke..kalau setakat pakai ala ala yang ado je baik duduk diam..

5 May 2012

hari yang memenatkan

walaupun cuti hari ni tapi tetap kena siap awal..nak gi mana ye..?..emmm...mesti lah nak balik muar...ada kenduri kawen..aku ni agak lemah sikit kalau nak gi majlis kawen ni..almaklumlah soalan jangkaan aku mesti akan dihadap kan dekat aku..hai..nasib badan..sampai je kat kampung memang lepak gile...tengah sedap sedap rehat tu boleh pulak ada yang datang tercegat kat depan pintui..bila da berborak dengan mak , mula lah dia orang ni nak cari ruang dan peluang untuk tanya soalan yang aku dah memang jangka...tapi kali ni ada 1 sepupu aku ni siap nak jadi ejen cari jodoh aku lagi...ni dah tahap parah ni..excuse me tak yah lah nak over excited sangat..sampai nak apply jadi ejen cari jodoh aku bagai..rimas lah...

makin lama makin ramai pulak yang datang..sampai kan pak cik aku duk tumpang sekaki tanya tun aku ni bile..dah tu siap tinggal kan pesanan penaja lagi..bile aku wat majlis tunang ti jangan ikat lama lama..aku memang rimas kalau orang lain sibuk nak jaga tepi kain anak orang lain..baik lah jaga tepi kain anak sendiri..lepas tu ada lah 1 makcik ni dengan bangga nya cakap yang dia dah ada 5 orang menantu...siap boleh tanya lagi dekat mak aku nye turn bila lak nak dapat menantu..terus hilang selera aku dibuat nya..tak yah lah nak bangga sangat..

balik je jb , aku terus check email yang leenz hantar..dia tolong adjust  kan resume yang aku nak hantar dekat someone..anyway thanks a lot ye leenz coz tolong adjust kan resume aku..alahai esok nak kerja..rasa penat ni tak hilang lagi...

tinggal lagi seminggu je lagi nak sampai 13.05.2012..aku nak kena ngadap semua saudara mara dan sepupu sepupu aku lagi sekali..kira nya kali ni semua sepupu aku akan ada dekat rumah pak cik aku dekat kluang...pak cik aku akan baut majlis kawen sebelah lelaki.. 

3 May 2012

hari yang ceria..

sepanjang family day dekat gunung ledang resort memang best...semua nya berjalan dengan lancar..part yang paling best semesti nya acara sukan..semua nya bersemangat betul..almaklum lah nak rumah sukan yang disertai menang..paling tak boleh lupe time  futsal..ada lah satu cikgu ni, excited nak tepis bola sekali dengan dia skali yang terjatuh masuk dalam gol..tapi walau pun penat yang penmting semua hepi..time nak  balik jb lak memang peristiwa yang tak boleh dilupakan..gara tersalah dengar, tak pasal pasal tersalah jalan..pe lagi dari elok elok boleh sampai awal terus sampai lambat...jenuh jugak nak cari sign board plus highway.. tapi tak sempat nak naik ke air terjun..time tu dah tak larat lagi nak naik ke air terjun..