About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

16 January 2015

When you're in love...

16/01/2015 - 12:47pm
Jumaat - Cerah

Hai !

Assalamualaikum.

Halo halo. Sekian lama aku sibuk dengan rutin harian yang macam nak gila aku rasa, baru sekarang aku ada masa nak membebel lagi kat sini. So, seperti tajuk di atas, hari ni aku nak membebel pasal cinta. Cewahhhhh kengkonon dah hebat sangat lah tu bab-bab cinta ni. Haha takdelah.

Aku pun pernah bercinta jugak dan pernah selalu gagal. Itu bermakna, aku belum jumpa cinta sejati aku yang sebenar. Yg kengkonon berjanji sehidup semati tu tapi last-last putus jugak, tak payah la nak berjanji bagai ehh. Semua tu sweet talker je. Haaaa aku suka ayat yang sekarang macam viral kat sosial media, yang ni ha...

Haha yeke? Tapi hidup je sampai sekarang kan. So, tak payah lah nak bermanis mulut janji macam-macam kat orang kalau tak mampu tunaikan. (Ceeeewah ayat aku!)

Back to the title!

Apabila korang bercinta, korang akan rasa semuanya indah. Betulkan? Samalah macam aku. Tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal kisah cinta aku. Tak tak. Aku tahu korang tak berminat nak ambik tahu sangat pun.

Okay, seperti contoh korang pernah nampak tak sepasang pasangan, girl dia cantik tapi boy dia biasa-biasa je. Pernah? Mesti pernah. Dan dalam hati korang mesti akan keluar pertanyaan ni; "Macam mana diorang boleh jadi pasangan?" Ayat macam menyindir tapi sebenarnya bukan menyindir tapi itu perasaan ingin tahu. Sebab tu aku cakap bila bercinta, yang buruk pun boleh jadi cantik, indah di mata.

Oh ye, pagi tadi aku sempat on facebook dan stalker segala news feed kat facebook aku dan aku ternampak satu status ni...



Dan aku sangat setuju dengan statement cik Mawar Biru a.k.a. Cik Sepet ni. Orang yang takde rupa langsung pun kalau hati dah kata suka, dia langsung tak akan peduli apa yang orang lain nak kutuk.

Buat korang yang nak bercinta dengan orang yang korang suka, bercintalah dengan dia bukan sebab rupa tapi hati. Untuk korang-korang yang rasa nak bercinta dengan orang yang ada rupa hensem/cantik ni, lebih baik korang kenal hati budi dia dulu. Lagipun kadang rupa yang hensem/cantik kalau hati hitam legam, lebih baik tak payah! Orang macam ni luaran je nampak lawa dalaman busuk. Aku taip macam ni secara random. Jadi korang tak payah nak terasa sangatlah kan. Tak mention nama sesiapa pun kat sini. Dan takde niat nak menyindir. 0-0 okay?

And moral of the story, tak perlu mencari yang sempurna kalau tuhan dah beri yang serba kekurangan untuk menyempurnakan hari-hari korang. (Perghhh betul ke aku yang taip ni? *gosok-gosok mata*)

Quotes of the day:-
"Everything is clearer when you're in love" - John Winston Lennon @ John Lennon

Salam Jumaat. Semoga berkah.

Okay, chawchaw!

Yang sewel,
Leenz


No comments:

Post a Comment