About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

16 January 2015

Pengenalan diri.

16/01/2015 - 22:00pm
Jumaat - Angin sepoi-sepoi bahasa

Hai !

Assalamualaikum.

Haha aku lagi? Ofcoz la aku sebab cuma aku je yang terlalu banyakkkk sangat masa free untuk membebel kat sini. If takde update di blog ini bermakna kami (aku, Alfie, Isha) masing-masing sedang busy.  Almaklum, kerja makan gaji. Tapi aku makan nasi la.

Macam pelik pulak baru sekarang aku nak buat pengenalan diri setelah sekian lama blog ni wujud. Whateverlah, janji aku ada point nak membebel kat sini memalam buta ni.

So, seperti yang korang tau aku dikenali sebagai "Si sewel" sebab...aku pun tak tau kenapa diorang suka panggil aku sewel. Aku skema kot! Nama aku Leenz. So, korang panggil je aku si sewel Leenz. Perangai aku memang macam ni. Selalu takde arah tujuan yang tetap. Kemana jari aku berlari, kesitulah tulisan tu pergi. (Huh?) Aku suka menulis macam sekarang ni (Ni bukannya tengah membebel ke?) Seriously, aku suka menulis cerpen. Aku tulis apa saja idea yang tetiba muncul di kepala otak aku ni. Kalau nak di ikutkan adalah dekat 50+ cerpen yang aku buat. Dan hanya 10 daripada tu je cerpen yang ada ending, yang lagi separuh tu ending kelaut. Hahahahaha jahanam. One more thing aku nak pesan, kalau orang yang belum kenal aku, maybe diorang akan fikir aku ni sombong dan tak peramah. Hakikat sebenar, aku seorang yang banyak bercakap. So, kalau korang kenal aku atau ternampak aku tapi aku tak perasaan, korang tegurlah aku sebelum menilai aku ni sombong. (Nampak tak ayat aku macam tengah mintak perhatian? Haha)

Kemana Alfie si minah typo + jiwang karat haktuih yang selalu bermadah helah kat blog ni pergi? Dulu dia memang rajin kerja update ayat-ayat jiwang karat dia kat blog ni sebab dulu kerja dia mengadap komputer dan sekarang bila dia dah tukar kerja, memang masa yang dia ada hanya untuk buat kerja. Kesian kau Alfie jadi kuli yang selalu kene buli dengan si tuli. (Err...aku tengah merepek ke ni?) Alfie ni seorang yang banyak cakap jugak macam aku cuma bezanya aku ni kalau cakap kasar sikit (banyak kot!) dan cakap main lepas je tapi si Alfie ni pulak memula dia akan jadi orang bisu (pendiam) dan malu-malu kucing kadang tu annoying sangat sebab dia selalu buat bodoh bila orang cakap dengan dia (hahaha) tapi kalau korang kenal betul-betul dengan si Alfie ni, haaaa siaplah. Dia kalau bercakap jangankan kasar, laser pun dia boleh keluarkan. Tahan pedih ulu hati jelah kalau korang kena dengan dia ni. Dan dia jugak seorang yang berhati sensitif. Sebab tu dia suka bermadah helah puisi bagai kat sini. HAHAHA ni kalau dia baca, habislah aku kene tibai dengan dia. *bendera putih*

Dan di mana pula sahabat aku yang lagi sorang ni si Isha? Isha memang belum pernah update apa-apa kat blog ni sebab aku baru je suggest nak ajak dia tulis blog. Tapi dia pernah cakap dia tak suka kerja depan komputer. Taktau apa spesis member aku yang sorang ni pulak. Tengok skrin handphone rajin pulak? Teknologi. Si Isha ni pulak perangai dia lain macam. Entah masalah otak dia kurang normal atau dari lahir dia memang macam tu. (Hahahaha kutuk habis kannn) Takdelah masalah sangat. Saje je buat gimik. Isha ni jenis terbuka. Maksud aku perangai dia. (korang fikir ape?) Dia ni sporting, tak cepat sensitif dan senang di bawak bergurau. Tapi taktau lah kan sekarang ni macam mane kan. Adakah masih sama macam dulu atau dah berubah sebab faktor usia. Tepuk hati, tanya otak.

Apapun jadi, aku happy sangat dapat kawan macam diorang! Tak sangka kitorang masih berkawan sampai sekarang. 12 tahun kot! Dari form 1 sampailah sekarang. Bayangkan...

Tipulah kalau aku cakap kitorang tak pernah renggang. Pernah sangat. Dulu aku tak rapat dengan Alfie sebab aku rasa dia annoying. Macam yang aku cakap, kalau orang tak kenal dengan si Alfie ni mungkin orang akan nilai dia sombong dan annoying. Tapi sebenarnya tak. Dia sangat gila. Sebab tu aku lambat kenal dengan Alfie ni. Sebab fikiran buruk aku terhadap orang lain. Yang aku suka dengan Alfie, dia seorang yang sangat sabar dan baik budi bicara dia. Dan Isha pulak, aku lebih kenal dengan Isha dulu berbanding Alfie. Kalau nak suruh aku flashback balik macam mana aku kenal dengan Isha, sorry to say lah sebab ingatan aku dah mula berkarat. Tapi yang aku ingat, dulu aku pernah gaduh dengan Isha sebab satu hal. Sungguh, bila aku fikir balik rasa macam bodoh gile kot aku buat kawan baik aku macam tu. Padahal niat Isha baik kot nak suruh aku berbaik dengan lelaki yang dah buat aku totally benci kat dia. Kerana lelaki tu, Isha jadi mangsa kemarahan aku sampai aku sanggup nak putuskan persahabatan aku dengan Isha. Oh please Leenz, why you so stupid ha? Seriously, aku nyesal pernah buat Isha macam tu. Apa yang aku nak cakap, Isha memang seorang pendengar dan penghibur yang baik.

Aku memang pelik. Diri aku yang pelik. Aku tak ramai kawan dan tak suka berkawan. Dulu aku sempat join yahoo messenger untuk mencari kawan tapi tak satupun kawan yang aku boleh anggap sebagai kawan. Sebab tulah sekarang aku dah malas nak cari ramai-ramai kawan. Mana yang rasa nak kawan dengan aku, tegurlah aku dulu sebab (aku pemalu). Tapi girls only. Lelaki? Pastikan perangai tu sekepala dengan aku. Dan sebab tulah kawan yang aku ada sekarang hanyalah Alfie dan Isha. Aku sayang gile kot dengan korang! Walaupun suatu hari nanti korang akan berkahwin, ada suami, ada anak (pinak), ada kehidupan sendiri, aku harap korang takkan lupakan aku. Kalau korang ada masalah, jangan ragu-ragu nak petik nama aku. Anytime.

I love you girls!
So, sampai sini je kot pengenalan yang aku mampu bagi. Next update, aku akan membebel lebih banyak lagi pasal benda lain pulak. Malam pun dah semakin larut. Waktunya merehatkan mata.

Oh ye cakap pasal mata ni... Aku nak tolong promote something untuk korang yang 24jam ngadap komputer/laptop macam aku ni, mesti mata korang nampak sembap je kan. Eye bags apatah lagi. So, untuk mengelakkan dari semua simptom-simptop mata kurang sihat, korang boleh try Collagen Eyes Mask (Gold) sebelum tidur / lelapkan mata korang. Caranya senang je, korang basuh muka dan mata korang dengan air suam dulu, lepas tu korang bukak paket eyes mask tu dan tampal topeng mata tu kat bawah mata korang. Biarkan selama 15-20 minit lepas tu barulah korang boleh tanggalkan topeng mata tersebut dan cucilah mata/muka korang dengan air yang bersih. Insyaallah untuk penggunaan yang kerap akan hilanglah segala mata sembap dan eyes bags korang tu.

CRYSTAL COLLAGEN GOLD POWDER EYE MASK




Ni contoh eyes mask yang aku ada dalam simpanan aku. Untuk benda alah lagi satu tu dia dalam spesis yang sama cuma bezanya itu untuk mulut. Buat korang-korang yang ada masalah bibir kusam atau kering, korang boleh try lip collagen mask tu. Tinggal lekatkan kat mulut macam cara-cara pemakaian eyes mask tadi.

Buat korang yang nak order benda-benda alah ni, korang boleh wasap kat penjual dia:-
Whatsapp: 01117518798 (Linda)
Harga per pcs: RM 1.00

Cewahhh ada tokoh2 meniage rupanya aku. Tolong kawan-kawan meniage apa salahnye kan. Semoga berjaya aku doakan.

I've go to go guys! Goodnight everyone!

Okay, chawchaw!

 
Yang sewel,
Leenz

No comments:

Post a Comment