About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

26 January 2015

I lost my voice :(

26/01/2015 - 17:15pm
Isnin - Mendung

Hai !

Assalamualaikum.

Holaaaaa. Aku tanya apa khabar...?  Aku tanya apa khabar...? Semua... (lagak-lagak macam Joe Felizow yow!)

Aku? Khabar tak baik sebab aku terjebak dengan musim demam. *crying*

Aku tau korang pun mengalami simptom yang sama macam aku alami sekarang kan? Cewah simptom bagai kau! No lah. Cuma aku rasa sekarang ni macam ramai pulak orang yang demam. Mungkin sebab cuaca sekarang ni kejap hujan, kejap panas, kejap salji (salji????) kot. So, buat korang yang belum demam tu, take care yourself okay! Make sure korang pun tak jangkit sekali. Seksa separuh mati wooo!

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal demam tapi pasal suara aku hilang. (efek dari demam jugaklah ni) So, what happen with my voice? *shocked* Tapi takdelah sampai jadi bisu, still boleh keluar suara cuma serak-serak basah sikit. Eh tapi serak-serak basah seksi lagi tau berbanding situasi aku ni, nak keluarkan suara rasa separuh mati terseksa tau. Kejap ada, kejap hilang, susah gilalah nak bercakap dengan orang. Sampai orang buat muka pelik sebab nak cuba memahami apa yang aku cuba sampaikan kat diorang. Nampak tak betapa terseksanya aku yang nak bercakap dan betapa susahnya orang nak paham? Aku pun pelik kenapa boleh jadi macam ni? Padahal sebelum ni aku takde batuk-batuk pun. Batuk ngengade tu adelah sikit. Since aku makan ubat (macam gula-gula strepsil) yang aku ambik kat klinik hari tu, terus suara aku jadi macam ni buruk. Garau mengalahkan lelaki. *sigh*

Ingatkan aku sorang je yang rasa macam tu. Rupanya mama aku yang turut ambik ubat yang sama dengan perasa lain pun mengalami apa yang aku alami. Adakah ubat itu memberi efek buruk? Aku pun taktau lah. Tak berapa nak pakar bab-bab ubatan ni. Mungkin aku je kot yang terlalu negative thinking. *efek gagal dapat kelayakan nurse*

Ada orang cakap minum air suam banyak-banyak. Oh nooooo. Aku paling tak suka minum air suam sebab dia suam-suam dan rasa tawar. Tapi disebabkan orang dah bagi nasihat untuk orang sakit macam aku ni kan, nak tak nak aku kena minum jugaklah kan. Dan ada jugak yang suruh minum air limau campur madu. Ahaaaa kalau yang ni feveret aku. Hahaha ngada kan tekak aku ni. Sebab aku rasa kalau aku makan ubat, macam takde efek je. Sakit tak kebah-kebah pun. Sebab tu bila demam je aku tak suka ambik ubat dan makan ubat.

Bila time sakit tekak ni, macam-macam jenis orang pulak ngajak bercakap. Apatah lagi time kerja. Ada saje orang yang aku nak kena call tanya pasal kerja. *sigh* Orang dalam tepon tu pulak ibarat bercakap dengan orang bisu. *LOL* Lebih parah lagi, ada yang menyampah dengar suara "garau" aku ni ha. Siap suruh aku balik rumah dan rehat. *terharu* Haha. Takde beza kot kalau aku kerja dengan duduk rumah. Sebab tekak aku je yang sakit, badan aku still boleh buat kerja. Tapi yang buat aku geram, dah tau aku kehilangan suara, ada pulak yang suruhnya aku call orang ini itu suruh tanya ini itu. Ada jugak orang tak paham bahasa kan! *angry* Hadoilah... orang macam ni aku rasa nak bagi "kamehameha wave" je kat dia. (pengaruh kartun Dragon ball *lol*)

Buat korang-korang yang sakit tekak macam aku ni, jomlah kita kurangkan makan makanan berminyak, pedas dan manis. (Tapi aku makan jugak semua tu *misi gagal*)

Jom checklist petua untuk redakan batuk dan sakit tekak!


  • KERAK NASI:-
    Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  • BUAH PISANG:-
    Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
  • SAYUR PEGAGA:-
    Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
  • MADU LEBAH:-
    Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
Dan untuk korang yang nak kurangkan batuk dan merawat sakit tekak korang tu, jom baca ni:-
  • MENGURANGKAN BATUK
    Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
  • MERAWAT SAKIT TEKAK
    Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Selamat mencuba buat korang. (me also!) Semoga aku dan korang cepat sembuh dan terhindar dari sebarang penyakit lepas ni. Amin.

P/S: Sakit tu kan penghapus dosa. (Insyaallah, mudah-mudahan dengan izin-Nya)

Oh ye, petua di atas ni diambil dari sini :) Thanks to owner / admin! Semoga bermanfaat.

Okay, chawchaw!


Yang sewel,
Leenz

No comments:

Post a Comment