Sabtu - Cerah
Hai !
Assalamualaikum.
Kali ni aku nak story pasal sambutan birthday si girl, Alfie. Sambungan dari semalam punya update lah kononnya. Hehe...
So, semalam after settlekan semua kerja
Around 7 petang barulah Isha habis meeting. Dengan berdesupnya kitorang terus ke rumah Alfie. Kesian si Alfie dah lama tunggu kedatangan kitorang. Ala-ala tetamu kehormat gitu la...cewah!
Sampai-sampai je nampak makanan! Memang ngamlah datang dengan perut lapar. Tapi rilek dulu. Kitorang lepak-borak macam biasa. Dah macam rutin harian pulak dah. Sampailah parents si Alfie ni jemput makan, barulah kitorang dengan muke malu-malu kucing, kitorang ambik pinggan kemdian tengok kanan kiri... oh yeah line clear bebeh! Ketang ketung ketang ketung (Efek bunyi pinggan kaca). Nampak tak betapa gelojohnya kitorang ambik makanan?
Taraaaa....!
Dari kiri belah atas ada pulut kuning ala-ala dodol (sebab nampak liat tapi sedap!), lepas tu dari kanan belah atas ada sayur lobak merah yang dicincang bersama bawang dan bahan-bahan lain, dari kiri belah bawah pulak macam yang korang nampak kat situ ada nasi. Sebenarnya nasi jagung (sebab ada jagung kat nasi tu) dan sebelah dia ada kari ayammmmm! Yummmmy.... kenyang perut aku malam tu. Hahahaha! (ketawa jahat)
P/S: Abaikan tin biskut jacobs tu sebab dia tak termasuk dalam menu malam tu. Wakakaka!
Then, lepas kitorang sumbat makanan dalam perut... (kau ingat tong sampah nak main sumbat-sumbat?) kitorang pun sambung borak-borak, gelak-gelak, usik-usik. Tuan rumah dah naik masak dengan perangai kitorang yang tak peduli keadaan sekeliling kalau dah berjumpa. Nasib nasib.
Eh lupe, kalau birthday mesti ada kek kan. Dan si Alfie pun support kek untuk diri sendiri memandangkan dia kerja kat kedai kek. Hohoho.
Kek ini dinamakan Kek Royal Hazelnut (Apa korang ingat orang je ada nama best-best?)
Tapi...memandangkan aku tak berapa suka dengan full coklat (walaupun aku tau ini bukan kek coklat), rasa coklat yang sangat pekat dan mampat membuatkan aku sedikit mual. Tapi not bad lah rase dia sebab aku bukan penggemar coklat jadi aku tak tau nak komen apa. Buat peminat hazelnut, korang boleh try kek ni. Confirm terpikat! Dijual dengan harga mampu milik (kau ingat macam nak beli rumah mampu milik?)
Lepas habis makan-makan, borak-borak kitorang kembali ke kamar beradu untuk beradu nasib. Haha tujuan sebenar nak menyepahkan bilik si Alfie. Upsssss...! Taklah, sebenarnya si Isha kerja malam jadi dia memerlukan energy yang banyak untuk mengular waktu kerja nanti. HAHAHAHA
Selepas meniduri si Isha (tidurkan Isha lah), aku pun ikut tidur sekali. Mane boleh biar si Isha dibuai mimpi sorang-sorang! Kroihhh kroihhhhhh.... Sampailah si Alfie kejut kitorang pukul 10 malam! Tapi apakan daya anak beruang susah dikejut untuk bangun. Hahahaha comel pulak samakan Isha dengan anak beruang. Dan akhirnya hampir pukul 11 barulah si Isha sedar sepenuhnya dan bersiap untuk pergi kerja.
Dan...kitorang pun membawa haluan masing-masing. Thanks Alfie kerana sudi menjemput kitorang habiskan makanan kat rumah kau. Kalau ada banyak makanan lagi, jangan segan-segan panggil kitorang datang. Wakakaka.
Lepas hantar Isha pergi kerja, tinggallah aku bersendirian dilebuh raya yang sunyi. Hanya ditemani oleh lampu-lampu jalan yang kejap ada kejap takde (Tak ikhlas teman aku lah tu!)
Sunyi-sunyi gitu kalau terbayang benda bebukan...Haishhhhhhhh! Nak-nak pulak kalau tetiba radio pasang lagu berbau hantu. Amit-amit!
Nampak tak betapa forever alonenya aku drive malam sengsorang. Terasa panjang betul highway nak on the way balik kerumah. Teringat dulu ada seorang lelaki naik motosikal kemalangan kat highway tu. Dengar cite kepala dia putus......... Aku pun terus pecuttttttttttttt sampai kerumah. Gila kau sengsorang atas highway bawak slow-slow macam tengah bercinta. Silap-silap orang naik basikal boleh kayuh lebih laju dari aku! Eh tapi mane ade orang naik basikal malam-malam lalu highway. Err....
Sebelum aku habiskan cerita aku, ni sedikit sebanyak selfie kitorang. Dek kerana datang sebab nak makan, selfie pun tak banyak mane
"To be honest, I don't have the words to make you feel better, but I do have the arms to give you a hug, ears to listen to whatever you want to talk about, and I have a heart; A heart that's aching to see you smile again."
Dan secara rasminya aku berkongsi hasil selfie aku malam tadi berlatar belakangkan bilik si Alfie. HAHA. Jangan tenung lama-lama nanti jatuh cinta. Auchhhhh!
"I'm perfect in my imperfections, happy in my pain, strong in my weaknesses and beautiful in my own way because I'm me."
Sampai sini dululah cerita aku untuk hari ini. Once again, thanks Alfie and Isha. Koranglah sahabat aku yang paling setia sampai sekarang. Love you girls!
Happy weekends guys!
Okay, chawchaw!
Yang sewel,
Leenz
No comments:
Post a Comment