About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

9 January 2015

Happy Birthday ALFIE!

09/01/2015 - 15:12pm
Jumaat - Mendung

Hai !

Assalamualaikum.

Okay, hari ni aku nak bercerita pasal semalam...

Nak dipendekkan cerita, aku baru sedar kalau esoknya (hari ni) dah 9 January yang bermaksud hari jadi si Alfie. Dan lebih mengejutkan aku lg, aku tak nak sempat beli hadiah / prepare something special for her! Oh men, what should I do? Apa yang perlu aku hadiahkan untuk Alfie? Seriously, aku ingat lambat lagi sebab tu aku tak terfikir apa-apa pun. So, aku pun contact Isha, selaku pemerah otak aku. Tapi hmm...kecewa sebab Isha tak reply!

Waiting waiting and waiting...

Akhirnya Isha balas! Then, dia pun tengah blur fikir nak beli hadiah apa memandangkan hanya tinggal 1 hari je lagi. Have you realize what should we buy for birthday girl in 1 day left without any preparation / plan? Dan aku paling lemah bab mencari hadiah untuk orang. Bahkan untuk diri sendiri pun aku tak pernah terfikir nak hadiah apa. Takkan lah aku nak belikan patung Elsa dalam cerita Frozen tu pulak kan. Silap-silap kepala aku yang kene ketuk dengan patung tu nanti.

Lepas habis kerja aku pun terus pickup Isha kat tempat kerja dia then kita pusing2 kat sebuah shopping mall untuk mencari hadiah yang sesuai untuk si birthday girl ni.

Akhirnya...kitorang jumpalah hadiah yang agak sesuai dengan si birthday girl. Kitorang mintak amoi kedai hadiah tu bungkuskan , dan lepas tu kitorang pun terus pecut ke rumah Alfie memandangkan jam dah menunjukkan pukul 8 malam!

Sampai je depan rumah dia, dan muncullah kepala Alfie dari muka pintu. Muke dia kelihatan agak-agak blur dan terkejut sebab kitorang pakai serang datang rumah dia tanpa bagitahu kat dia dulu. Hahaha memang sengaja!

Bila perempuan2 andalusia ni dah berjumpa, memang boleh runtuh lah dinding rumah si Alfie ni sebab gelak bukan main sakan, dok menyakat pun boleh tahan. Biasalah...nama pun perempuan kan. Bergosip sambil mengunyah, bergosip sambil tengok hp (people nowadays), bergosip sambil layan tv. Borak-borak pasal perkembangan baru masing-masing. Dan yang paling kerap diborakkan oleh kaum2 perempuan adalah pasal.......pasangan memasing! Hahaha betul kan?

Cakap pasal pasangan, akhirnya Alfie pun buka rahsia bahawa dia tidak lagi single! Hahaha tahniah-tahniah. Kita tengok siapa kahwin dulu!

Lepas borak, diorang dok layan drama ZAHIRA kat TV3 start pukul 10 malam setiap hari Rabu dan Khamis. Bila jam hampir berganjak ke angka 11, Isha pun minta diri nak balik dan sambung tengok drama kesayangan dia kat rumah. (itupun kalau sempat.) Bila tiba iklan, punyalah kelam kabut dia nak balik kan. Perli iklan TV3 banyak sangat ke? Hahaha,..

Sebelum balik, Alfie sempat jemput kitorang datang rumah dia esok sebab mak dia kata ada buat makan-makan sikit. Yahuuuu! Dapat makan free. Dan dengan itu, aku pun ambil hadiah yang kitorang beli last minute kat shopping mall tadi dan bagi pada Alfie dengan cara spontan. Beli hadiah pun spontan jugak kan. Alhamdulillah Alfie suka dan aku tak expect pun dia suka warna pink, kebetulan sampul hadiah tu warna pink dan hadiah tu pun warna pink jugak. Haha minah pink rupenye!


P/S: Abaikan tulisan cakar ayam tersebut. :P


Dan sebelum aku tutup cerita aku ni, aku mewakili diri aku dan Isha kat blog ni nak wish... HAPPY 25TH BIRTHDAY to NURAFIQAH a.k.a. ALFIE! May your wish become true bebeh! Love you girl!

Okay, chawchaw!


Yang sewel,
Leenz

No comments:

Post a Comment