About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

20 January 2015

Masker time!

20/01/2015 - 17:23pm
Isnin - Cerah

Hai !

Assalamualaikum.

Hola, hari ni aku nak story pasal semalam. Kenapa apa aku tak update semalam? Sebab aku tertido dengan lenanya. Hohoho.

Semalam datanglah mood aku nak bermasker muka lah kan. Rasanya dah banyak sangat jejentik kat muka aku ni ha. Menggerutu dah rasa. Euwwww se-pengotor itukah aku? Taklah kan. Cuma rimas dengan black white dan black head yang sebok menumpang di hidung aku ni ha. Bila dah berblack white head bagai, anak-anak jerawat pun mulalah nak tumpang sekaki. Sebelum dia tumpang lebih lama, otomatik aku nyah kan dia dari muka aku. Setelah aku picit apa-apa yang patut kat muka aku, aku pun ambiklah sekeping masker (kenapa sekeping? Sebab dia dalam paket). Shiseido Black Mask menjadi pilihan aku malam tadi. Kenapa pilih hitam? Sebab aku rasa effect dia lebih best dari white mask. Segala anasir-anasir yang menyemak kat muka korang aku akan ikut melekat kat Shiseido Black Mask ni. Try it yourself!

Shiseido Black Mask

Nak di pendekkan cerita, aku pakailah kat seluruh muka. Nak tunggu kering, korang taulah berapa lama ambik masa. Kalau nak pakai cara cepat, korang boleh guna hairdryer dan pakai letak kelajuan yang paling perlahan dan korang gerakkan hairdryer tu ke seluruh muka korang yang dah pakai masker tu biar cepat kering. If tak nak pakai hairdryer, korang boleh tunggu dia kering sendiri. Adalah lebih kurang dalam 15 minit untuk penggunaan mask yang nipis dan kalau pengunaan mask yang tebal, dalam 30 minit. Dan aku pun tunggulah mask tu kering sendiri. Tunggu punya tunggu, akhirnya aku terlelap dengan jayanya. Hahaha efek penat sangat kot. Kalau dah terlelap, memang tak tahu lah berjaga pukul berapa kan. Bangun-bangun je aku rasa muka aku keras semacam. Ishhh peliklah apsal dengan muka aku ni kan. (Haa nampak tak aku bermonolog dalam hati?) Aku sentuh muka aku, aku pelik! Apsal licin semacam ni. Pergi kat cermin, dan aku pun.... OMAKKAU!!! Kussssss semangat! Terkejut tengok muka sendiri. Ingatkan dah jadi jelmaan orang minyak. Kau bayangkan kau dalam bilik yang lampu malap-malap pastu tengok muka kau macam tu kat cermin. Tak ke sakit jantung? Then, aku ingat balik, baru aku perasaan yang aku pakai mask tapi belum tanggalkan. Adalah dalam 3 jam mask tu melekat kat muka aku! Perghhh kalaulah blackhead tu ada nyawa, daripada melekat kat mask, siap patah balik kat tempat dia keluar tadi. Haishhhh jangan ditiru aksi di atas.

Selfie after putting Shiseido Black Mask on my face!

Kalau korang nak tau betapa bestnya Shiseido Mask ni, korang boleh test sendiri! Buat korang-korang yang nak beli Shiseido Mask ni, dia ada 3 paket, yang warna hitam, mask dia hitam lah kan, warna putih, mask putih dan warna gold, isi dia hitam juga sama dengan yang mask hitam.

Untuk korang-korang yang nak beli, korang boleh beli dengan kawan aku yang ada jual mask ni. (promote member nampak?) Tapi black mask dan white mask je yang available buat masa sekarang.

It's promote time!

Shiseido Black / White Mask - Remove black / white head, Whitening, Anti-Aging effect.


Dan lagi satu barang yang hari tu aku tak sempat cerita panjang, haaa nilah dia.

Eye Collagen Mask - Anti wrinkle, Remove black eyes, Moisture, Remove eyes pouches.


Lip Collagen Mask - Remove dead skin cells, Lip soft & smooth, Anti-Aging, Remove wrinkles.


How to order?
Order to: Linda - 011-17518798 / Ipin - 012-7399577 (SMS / Whatsapp only)
Price per item (not include postage): RM: 1.00

Buat korang yang taktau macam mana cara-cara nak pakai, korang boleh refer gambar di atas. Semoga kecantikan korang kekal sampai tua!

Okaylah. Cukup ini dulu update aku hari ni. Harap korang tak bosan dengan bebelan dari aku.

Okay, chawchaw!


Yang sewel,
Leenz

No comments:

Post a Comment