About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

8 January 2015

Truth or Dare?

08/01/2015 - 09:58am
Khamis - Cerah

Hai !

Assalamualaikum.

Korang pernah main permainan TRUTH or DARE?

Hmm...nak dijadikan cerita...aku pun ajak la Isha dan Alfie main truth or dare ni. Tapi takde yang berani pun sahut cabaran aku tu. (Huh!) Katanya segan lah, takut lah. Alahai korang ni. Baru je niat nak kenakan korang. Hahaha.

Sebenarnya permainan ni seronok tau dan lagi seronok apabila korang atau member korang tu sporting dan kepala gila-gila! Apalagi bila korang tengah bosan, tak tahu nak buat apa, kawan korang pandang korang, korang pandang tembok, tembok pandang korang balik. Haaa nampak tak betapa bosannye hidup korang? So, try lah main truth or dare dengan kawan korang yang sama-sama bosan dengan korang tu.

Dan buat korang yang nak main truth or dare dengan member2 korang, nih aku bagi idea untuk korang. Let's cekidot!

TRUTH - Bagi jawapan kepada soalan yang diberikan dengan jujur.
  • Apa moment paling memalukan dalam hidup korang?
  • Korang pernah mimpi yang bukan-bukan?
  • Jika diberi peluang, apa yang korang nak ubah dalam hidup korang?
  • Adakah korang pernah jatuh hati pada mana-mana teman lelaki kawan korang atau kawan teman lelaki korang?
  • Apakah hal yang paling gila yang korang pernah buat di pusat membeli-belah?
  • Apakah hal yang paling hina yang pernah korang buat / alami?
  • Korang pernah menipu orang tua korang mengenai apa?
  • Andai diberi peluang, pada siapa korang nak luahkan perasaan korang?
DARE - Sahut cabaran yang diberikan.
  • Merenung seseorang yang korang tak kenal dan kenyit mata padanya.
  • Makan dengan gelojoh di hadapan lelaki kacak.
  • Cakap "saya suka awak" pada seorang lelaki yang ada berdekatan dengan korang.
  • Memaksa kawan korang buat hal yang diorang tak suka
  • Makan makanan korang order yang dengan cara paling tidak sopan.
  • Meminta menu makanan paling pelik pada pelayan.
  • Duduk di sebelah seorang lelaki yang korang tak kenal dan berbual dengannya selama 3 minit.
  • Membuat pengakuan apa-apa pun pada kawan korang.

Hah, sedikit sebanyak idea aku dah bagi kat korang. Buat yang nak mencuba, make sure korang listkan dulu apa yang korang nak kawan korang buat dalam game truth or dare ni. Tapi kebanyakannya selalu dalam keadaan spontan je. Lagi-lagi bila nak kenakan kawan sendiri, automatik kan idea jahat nakal selalu muncul. Aku pun macam tu jugak. Haaa, jangan lupa fikirkan jugak risiko-risikonya. Dan jangan pulak laki orang pun korang nak kacau. Naya2. Yang paling penting, maruah diri korang ataupun kawan-kawan korang terjaga. Nama pun permainan kan, asal tak melampaui batas sudahlah ye.

So, ini dululah yang aku nak membebel hari ini.

Gudluck & have a nice day!

Okay, chawchaw!

Yang sewel,
Leenz

8 comments: