Jumaat - Cerah
Salam all. Semalam aku berbuka puasa dengan budak2 office aku. Di support oleh 2nd big bos kitorang. Awalnya, kitorang dah booking kat New York Hotel tapi tetiba kena cancel sebab 2nd big bos dah booking kat Starhill Kempas. So, we all accept jelah memandangkan big bos yang nak support semua. Kitorang datang tinggal makan je apa yang dah di hidangkan.
Hurm...sebut pasal Starhill. Buat aku teringat akan seseorang... Ye, Khairi pernah kerja kat sini. Tapi dia kata dia dah berhenti kerja sana. Whatever la... Siapa Khairi ??? Khairi merupakan ex-bf aku. Aku dengan dia tak lama mane pun. Dia yang buat perangai dulu. Ape tidaknye, dalam diam ada perempuan lain. Perempuan tu orang yang aku kenal pulak tu. Kalau dah ada gf, tak perlulah nak sorokkan dari aku. Tu yang aku terus pergi dari hidup dia. Then, one day aku dapat tau dia dah break dengan perempuan tu. Lepas tu baru dia nak carik aku semula. Huh ! Kau dah khianat aku, kau datang kat aku balik ? Eh, pergilah... ! Okay dah stop cerita pasal dia.
Lepas sampai kat Starhill tu, rasa teruja jugaklah. Besar pun besar. Tapi...lepas je aku melantak semua makanan kat situ... Aku hanya boleh kasi 50% jelah. Makanan dia memang lawa la. Tapi rasa tu... macam kureng sikit. Bak kata orang, don't judge book by its cover. Sesuai betullah pepatah tu dengan makanan yang aku makan semalam. Okeh, masa aku tengah dok pilih2 makanan tu, tetiba aku terserempak dengan seseorang. Jeng jeng jeng...! Siapa lagi kalau bukan si Khairi tu. Aku terkejut jugaklah nampak dia. Dia pun terkejut tengok aku. Masa tu aku sempat jugaklah senyum kat dia. Tapi... dia buat tak kenal aku. Hmmm...
Sepanjang aku dengan budak2 office aku berbuka kat situ, aku buat tak nampak dia. Kak Zue ada cakap yang si Khairi asyik jeling2 kat aku. Tapi aku memang saja tak nak pandang dia. Siapa dia untuk aku pandang ? Tak perlu dah... Orang tak menghargai memang macam tu.
Okaylah, tamat sudah cerita iftar aku ni. Eh...macam tak logik pulak penamat macam ni. Lagipun aku dah takde idea dah nak taip ape. Sementara tunggu invoice dari customer tak sampai-sampai lagi ni, tu yang saje gatal tangan update blog.
Alhamdulillah, bonus raya dah masuk. Dapatlah aku beli persiapan untuk raya nanti. Syukur alhamdulillah.
So, let go to shopping raya !!!
Bye.
Salam.
-Leenz-
10/8/2012 - 5:03 p.m
No comments:
Post a Comment