About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

29 August 2012

Cerpen: Kawan Aku Selamanya!

Kawan aku selamanya !

            “Korang…lepas SPM ni, korang nak buat apa? Kerja ke belajar?” tanya Zarith. “Hurm…aku rasa macam nak kerja. Nak cari duit untuk masa depan.” Jawab Isha. “Aku pulak nak sambung belajar. Selagi otak ni mampu berfungsi.”sambung Alfie pula. “Hurm…aku pulak berserah pada takdir. Kalau ada rezeki, aku sambung belajar. Kalau tak, aku pun akan ikut jejak Isha iaitu bekerja. Kalau dua-dua takde rezeki, aku duduk rumah goyang kaki jelah.” Isha dan Alfie tersenyum nakal. “Ha… tunggu orang masuk minanglah tu!” ujar Isha dan Alfie serentak. “Hishh…merepeklah korang ni. Calon pun belum ada. Aku dalam dilema ni. Hati masih nak belajar tapi jiwa rasa macam nak menerjah ke alam pekerjaan. Kalau nak buat dua dalam satu memang aku tak mampulah. Hai…dilema dilema…” keluh Zarith. “Okay, whateverlah. Yang penting, kita akan tetap kawan selamanya!” ujar Isha sambil mengacukan jari kelingking tanda berjanji. “Macam budak-budak pulak kita ni.” Mereka bertiga tertawa besar.

Lapan tahun kemudian…

(Kisah Alfie)
            “Hari ni kita ada meeting dengan boss tentang report bulanan syarikat pukul 3 petang nanti. Jangan lupa sampaikan pesanan ni pada staf-staf lain.” Ujar Alfie sambil membimbit tiga fail di tangannya untuk dibawa kebilik data. Tugasnya sebagai Purchasing Assistant Manager memaksa dirinya agar bekerja dengan lebih gigih. Apabila Encik Aidil sedang bercuti, Alfie-lah yang akan mengambil alih tugas manager-nya.
           
“Huh…letihnya!” keluh Alfie sambil melabuhkan diri ke katil. “Meeting yang memenatkan… Di manakah Encik tunang saya… Mengapa sepi tanpa berita…” omel Alfie sambil menatap peti masuk di telefon bimbitnya. Kosong… Hampa menyelubungi diri. Akhirnya Alfie terlelap dengan sendiri.

(Kisah Isha)
            “Haishhh… malasnya aku nak kerja esok. Tapi kalau tak kerja, rasa rindu pulak aku kat si dia… Sebab adanya dialah, aku jadi semangat nak bekerja kat sana.” celoteh Isha sambil jarinya pantas menaip mesej di telefon bimbitnya.

                        ‘Selamat malam semangatku…’

Tidak lama kemudian, mesejnya di balas.

                        ‘Selamat malam juga, kegembiraanku…’

Isha tersenyum lebar tatkala mesej ringkasnya di balas oleh pujaan hati. “Rasa macam nak jerit I love you kat dia! Sumpah, aku dah jatuh cinta dengan dia!” tiba-tiba wajah Isha bertukar muram. “Tapi…macam mana kalau orang yang aku suka ni milik orang lain… Aku tak nak patah hati… Aku takut kecewa…”

(Kisah Zarith)
            “Ini pun tak boleh! Macam mana aku nak buat ni! Deadline makin dekat! Satu plot pun aku tak dapat nak huraikan… Hurm…otak ni pun dah jammed.

                        ‘Hai, boleh berkenalan?’

Kemarahan Zarith semakin memuncak. Dalam kesibukan dia mencari idea untuk penulisannya, tiba-tiba dia didatangi oleh mesej-mesej yang dia rasa teramat membuang masanya. Serta merta telefon bimbitnya dicampak.
            Tak lama kemudian barulah dia tersedar akan tindakan gopohnya itu. “Ya Rabbi…masuk ni dah kali yang kelima handphone aku jahanam… Bankrupt aku kalau setiap bulan asyik kena beli handphone baru je…” sambil mengomel, tiba-tiba Zarith terkenang akan kenangan tika dia di bangku sekolah.

            “Saya nak kamu semua buat sebuah cerpen yang mengandungi unsur-unsur patriotik. Esok, saya tahu semuanya dah siap. Faham?” tegas Puan Faridah, selaku guru Bahasa Melayu. Sebaik sahaja Puan Faridah keluar dari kelas, Isha dan Alfie terus sahaja menerpa kearah Zarith. “Ha…korang berdua ni kenapa tersengih-sengih macam kambing pulak ni…? Eh, kejap. Ini tak lain tak bukan mesti nak curik idea aku ni. Tak pun paling kejam, mesti nak suruh aku buatkan untuk korang. Betul tak?” Isha dan Alfie terkebil-kebil. “Fuyooo…pandailah kau Zarith. Belum sempat kitorang cakap apa-apa lagi, kau dah dapat teka. Kau memang pandailah Zarith… Ha…aku rasa kaulah orang pertama yang pernah tengok kambing senyum. Dahsyatlah kau…” perli Isha sambil di sertai gelak tawa Alfie. “Ha’ah. Memang dahsyat. Tapi lagi dahsyat bila korang mula ketawa macam kambing.” Isha dan Alfie terdiam dengan sindiran Zarith dan memandang tajam kearah Zarith. “Ok, dah! Stop it. Aku nak balik. Katilku yang empuk sedang menunggu kepulanganku… Babai!” ujar Zarith sambil berlari keluar dari kelas. Isha dan Alfie saling berpandangan. “Zarith!!! Tolonglah buatkan cerpen kitorang!” jerit Isha dan Alfie sambil mengejar Zarith yang masih tidak jauh dari situ. Akhirnya mereka bertiga sama-sama berkongsi idea dalam mencipta cerpen berunsur patriotik seperti yang diminta oleh Puan Faridah.

Kringggg…kringgg…

Deringan telefon rumah serta merta menyedarkan Zarith dari lamunannya. “Hei, kenapa dengan handphone awak? Saya call banyak kali tak dapat-dapat. Ada masalah lagi ke?” ujar kekasih hati di hujung talian. “Errr… My dear, it’s happen again…” jawab Zarith dengan perasaan serba salah. Sang kekasih mulai faham akan kata-kata Zarith. Sikap mencampak telefon bimbitnya sendiri semakin menjadi tabiat bagi Zarith apabila dia mulai baran. Mujurlah sang kekasih seorang yang penyabar dalam melayan karenahnya.

                                    *                                  *                                  *         

(Kisah Alfie)
            “Manalah Encik tunang ni. Bila call susah benar nak jawab. Mesej apatah lagi. Payah betullah! Nak ajak makan pun dah macam ajak Perdana Menteri. Kalau iye pun busy, takkanlah sampai tunang sendiri diabaikan!” omel Alfie sambil berusaha menelefon tunangnya sehingga panggilan berjawab. “Hello you. I busy ni. Kejap lagi I ada meeting dengan bos. Sorry I tak dapat nak lunch dengan you. You lunch dengan officemate you jelah ye. Sorry sangat!” pujuk tunang Alfie sebaik sahaja menjawab panggilan Alfie. Alfie mengeluh berat. “Ini ke lelaki yang dulunya sering meluangkan masa bersama aku… Ini ke lelaki yang dulunya selalu menyenangkan hati aku… Bagaimana hidup aku kelak kalau sekarang ini pun dia sering mengabaikan aku…” Alfie mati kata apabila dia mengenangkan sikap tunangnya yang semakin hari semakin rengang dengannya. Terkadang dia seakan putus asa akan hubungan itu…

(Kisah Isha)
            “Encik Hanif tak kisah ke kita lunch kat tempat jauh macam ni? Macam mana kalau bos marah kita masuk lambat?” ujar Isha penuh kerisauan. “Isha jangan risaulah. Saya dengan bos tu dah macam adik beradik. Kitorang ‘kamceng’. Dia tak akan marahlah… Saya kan pekerja kesayangan dia. Dah lah,  jom kita makan. Nanti sejuk pulak makanan tu.” Isha akur akan kata-kata Hanif, selaku atasannya. “Err…Encik Hanif, kalau tak kisah, boleh saya tahu kenapa tiba-tiba Encik Hanif ajak saya lunch sama? Ada apa-apa yang special ke hari ni?” Hanif menghabiskan kunyahannya sebelum dia menjawab pertanyaan Isha itu. “Actually, no something special for today. Saya saja nak ajak awak makan kat luar. One more thing, tak perlu panggil saya Encik. Terlalu formal pulak. Panggil saja saya Hanif. Boleh?” Isha tersenyum sipu. “Err…tapi girlfriend awak tak marah ke kita keluar berdua macam ni? Nanti kalau tiba-tiba dia nampak kita, habislah awak kena balun.” Hanif tertawa kecil. “Merepeklah… Semua tu tak akan terjadi. Jangan risau.”Hanif tersenyum memandang Isha. Isha meneruskan suapan demi suapan. “Oh ya, lepas ni temankan saya cari hadiah, boleh? Saya nak cari hadiah untuk… adik perempuan saya. Saya ni lemah sikit kalau nak mencari hadiah untuk perempuan. Awak tolong ya…”Isha menggangguk setuju.

(Kisah Zarith)
            “Pokai…pokai…beli handphone pun dah dekat seribu habis. Ni kalau jahanam jugak, aku pakai Nokia 3310-lah gamaknya… Ishh…plot tak siap lagi ni. Kena balik awal ni…” bebel Zarith sambil tergopoh-gopoh membawa barang-barangnya. DBUK! “Ya Rabbi… Handphone aku!” jerit Zarith apabila melihat telefon bimbitnya yang baru tercampak jauh sewaktu dia terlanggar seseorang. Terduduk Zarith di situ apabila dia hanya mampu melihat telefon bimbit yang baru dibelinya jatuh berkecai. Dunianya seakan kosong tiba-tiba… “Cik, maaf. Saya tak sengaja…” tegur perempuan yang berlanggar dengannya tadi. “Seribu dah melayang… Seribu ringgit… Seribu… Seribu penyesalan…”setitik demi setitik air matanya jatuh tanpa dia sedari. “Cik tak apa-apa?” Perempuan itu serba salah apabila melihat keadaan Zarith yang terduduk di situ tanpa memperdulikan orang-orang di sekeliling. Zarith mengangkat muka selepas mengelap air matanya. Tiba-tiba wajahnya terbungkam. “Eh, kau!” jerit Zarith dan perempuan itu dengan serentak. “Kau ni Isha Aieysha, kan?” Zarith mencari kepastian. “Zarith ke ni?” Senyuman Zarith semakin melebar apabila tekaannya benar. Hal telefon bimbitnya sebentar tadi serta merta dilupakan. “Isha! Aku rindu kau!” ujar Zarith sambil memeluk Isha seeratnya. “Zarith…mana kau menghilang selama ni. Aku pun rindukan kau jugak.” ujar Isha. Kehadiran jejaka disebelah Isha mematikan perbualan antara Zarith dan Isha. “Eh, alamak Zarith… aku kena balik office semula ni. Apa kata kau tinggalkan nombor handphone kau pada aku. Nanti kalau ada masa, kita ‘lepaking’.” Tiba-tiba Zarith teringat akan handphone-nya yang berkecai tadi. “Hurm…apakata kau je yang bagi nombor kau dulu. Nanti kalau handphone buruk aku ni dah okay, aku contact kau.” ujar Zarith dengan nada yang lemah.

                                    *                                  *                                  *

(Kisah Zarith dan Isha)
            “Dah lama rasanya kita tak lepak macam ni. Tak sangka pulak boleh terserempak hari tu. Aku ingatkan lepas SPM masing-masing dah bawa diri jauh-jauh, rupa-rupanya berada dekat-dekat je. Aku pernah cuba call number lama kau, tapi asyik tak dapat je. Sejak dari tu, aku give up. Aku ingat kau dah tak nak kawan aku…” cerita Isha sambil menunduk sedih. “Nombor lama aku tu aku dah tak pakai. Macam-macam manusia asyik mengacau. Aku geram, aku patahkan simcard tu. Tak terfikir pulak ada nombor-nombor penting dalam tu. Menyesal tak sudah… Eh, Alfie apa cerita?” Isha mengangkat bahu. “Agak-agak dia masih belajar lagi ke? Dia tu kan gila belajar.” ujar Isha, sinis. “Ish…gila kau. Tak mungkinlah umur dah tua bangka macam kita ni still nak belajar lagi. Boleh jammed kepala otak!” ujar Zarith disertai gelak tawa Isha. “Kau tu yang dah tua. Aku muda lagi.” sambung Isha sambil gelak.
            Ketika sedang asyik mereka berborak, tiba-tiba Isha terdiam. Terkejut melihat si pujaan hati sedang berjalan berduaan dengan perempuan lain. “Isha? Kau tengok apa tu?” tanya Zarith kehairanan melihat sahabatnya tiba-tiba berdiam diri. Zarith mengekori pandangan Isha kearah sepasang kekasih. “Oh…kau jealous ye tengok pasangan tu. Kalau jealous, pergilah call ‘abang sayang’ kau hari tu.” Isha masih dalam situasi berdiam diri. “Isha, serius je muka ni, kenapa?” Zarith melambai-lambai tangannya di hadapan Isha. “Dia…dia tengah jalan dengan perempuan lain…” Zarith kebingungan. “Dia dah tipu aku… Rupa-rupanya dia ada perempuan lain.” Setitis demi setitis air mata Isha mengalir ke pipinya yang gebu. “Menangislah Isha. Menangislah andai itu boleh buat kau lega. Aku akan temankan kau sampai kau tenang…”

(Kisah Alfie)
            “Ni hadiah untuk you tanda maaf I sebab selama ni I asyik abaikan you dan lebih pentingkan kerja. I minta maaf. I kerja kuat pun untuk masa depan kita. I harap you tak marah kat I lagi.” Alfie menerima sejambak bunga dan sekotak hadiah dari tunangnya. “I maafkan you. Terima kasih untuk semua ni.” Si jejaka berjaya menambat hati Alfie. Namun, kegembiraan Alfie tidak selamanya kekal. Tiba-tiba tunang Alfie mendapat panggilan dari pejabat untuk memintanya datang ke pejabat dengan segera. Sekali lagi Alfie makan hati. “I’m sorry.” Alfie tunduk sedih.

                                    *                                  *                                  *

(Kisah Alfie, Zarith, dan Isha)
            “Isha, aku pernah terfikir nak buat reunion untuk kita bertiga. Aku, kau dan Alfie. Kita pergi bercuti. Syok jugak, kan… Dapatlah aku cari inspirasi kat sana nanti.” Isha tersenyum mendengar kata-kata Zarith yang begitu semangat demi mencari idea untuk penulisannya. “Kau ni dari dulu sampai sekarang masih kekal hobi menulis kau tu. Dah lah nak menulis kena perah otak. Salah perah, lain hasilnya nanti.” Zarith tertawa kecil mendengar kata-kata Isha. “Eh Isha, tu kalau tak silap aku… Itu macam Alfie, kan?” ujar Zarith sambil menunjuk kearah seorang perempuan sedang berjalan seorang diri sambil memegang sejambak bunga serta sebuah kotak berbalut sampul hadiah. Zarith cuba mendekati untuk memastikan dengan lebih jelas. “Alfie? Alfieqah Aien, kan?” Perempuan itu mengangkat muka apabila namanya disebut. “Zarith? Zarith Amani?” Zarith tersenyum lebar apabila tekaannya sekali lagi benar. Isha melambai-lambai dari tempat duduk.

            “Tak sangka kita dapat berkumpul macam ni lagi. Teringat zaman sekolah dulu. Sekarang korang pun dah banyak berubah. Umur masing-masing pun dah tua. Aku je muda lagi.” ujar Zarith sambil tertawa melihat Isha dan Alfie mencebik muka. “Ha…Alfie, apa cerita kau ni jalan sorang-sorang tadi. Kena tinggal pakwe ye…” tanya Zarith dengan niat bergurau. “Correction. Bukan pakwe tapi tunang aku.” Terbeliak mata Isha dan Zarith apabila mengetahui bahawa Alfie sudah menjadi tunangan orang. “Ehem…aku terbau nasi minyak ni. Kau ada bau tak, Zarith?” Zarith mengiyakan gurauan Isha. “Member kita sorang ni dah pandai senyap-senyap je kan. Tunang kau orang mana, Fie?” tambah Zarith. “Orang Johor jugak. Hanif namanya.” Isha hampir tersedak tatkala nama Hanif disebut. “Nama penuh dia?” Isha mencari kepastian. “Amboi… Nama penuh dia Mohd Hanif bin Mohd Haziq. Ha, kenapa?” Isha terdiam apabila telahannya benar belaka. Hanif yang dia kenali selama ini ternyata adalah tunang Alfie. ‘Perang akan bermula’ getus hati kecil Zarith. “Mana dia? Kenapa tak bawak sekali?” tanya Isha lagi. “Katanya ada kerja. Tiba-tiba ada urgent call.” Isha mulai curiga. “Cuti-cuti pun dia naik kerja? Pekerja contoh…” Zarith mencuit bahu Isha dengan isyarat agar tidak terlalu keterlaluan. “Tadi aku baru lepas jumpa dialah ni. Hadiah ni pun dia yang kasi. Kadang-kadang terkilan jugak sebab dia asyik busy  je. Nasib baik jumpa korang…kalau tak boring aku dibuatnya.” luah Alfie. “Hadiah tu semestinya rantai berloket alphabet ‘A’, kan?” Alfie terkedu. “Macam mana kau tau?” Alfie kehairanan. ‘Busy konon! Kerja mengular sepanjang masa. Dasar Hanif penipu!’ jerit hati kecil Isha. “Satu benda aku nak pesan kat kau, Fie. Jangan pernah meletak harapan yang tinggi pada orang yang kau belum cukup kenal sikap buruknya.” ujar Isha sambil bangkit dari tempat duduk. “Aku ada hal. Aku pergi dulu. Jumpa lagi.” Alfie masih kebingungan. Zarith hanya mampu berdiam diri walaupun dia mengetahui situasi sebenar.

                                    *                                  *                                  *

(Kisah Alfie)
            Sewaktu Hanif ke tandas, Alfie mengambil kesempatan untuk menyemak peti masuk di telefon bimbit tunangnya yang mengandungi pelbagai mesej seperti yang diarahkan oleh Isha. Kelu lidah Alfie untuk berkata-kata apabila dia membaca pelbagai kemesraan yang terdapat di dalamnya. “Hanif, apa semua ni… Saya mula percayakan awak tapi ini balasan yang awak bagi pada saya? Saya tak nak hidup dengan orang macam awak. Saya benci awak! Mulai hari ni, saat ini…awak dan saya tak ada apa-apa lagi hubungan. Esok saya akan suruh keluarga saya pulangkan cincin tanda. Pertunangan kita dibatalkan!” Hanif terduduk sesal.

(Kisah Alfie, Isha, dan Zarith)
            “Now what girls?” tanya Zarith. “What are you waiting for?” soal Alfie pula. “Jom bercuti!” jerit Isha. Setelah memberi kata sepakat, akhirnya mereka bertiga membuat keputusan untuk bercuti ke Pulau Tioman dengan hasrat dapat mencari ketenangan serta kegembiraan bersama-sama disana.

- END -

Ehem…inilah kisah aku… seburuk apa pun mereka, sejahat manapun mereka, mereka tetap sahabat-sahabat aku. Sebab, dalam berkawan pun haruslah ada ‘give and take’ dan harus juga menerima baik buruk diri kawan kita. Kalau sifat-sifat ni ada, barulah namanya kawan sejati. Anyway, thanks untuk korang semua kerana selalu beri sokongan serta dorongan untuk meneruskan hobi menulis ni.

Alfie, cerpen ni adalah permintaan dari kau. Aku harap kau enjoy dan boleh menerima baik buruk cerpen ni seperti mana kau terima baik buruk diri aku. Lalala…

I love you, friends! Thanks for everything!

Nukilan oleh: Leenz Armaniey

No comments:

Post a Comment