About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

28 December 2019

Takziah Alfie...


Assalamualaikum.

Aku taktau macam mana nak mulakan. Pagi ni aku rasa cuaca sangat muram disertai dengan berita yang aku baru dengar dari kawan baik aku, Alfie. Sungguh, aku resah dan tak tentu arah bila dapat panggilan dari Alfie jam 10 pagi tadi. Hampir beberapa bulan jugak aku tak contact Alfie, fikiran aku mungkin dia sedang busy dengan tugasan kerjanya dan tugasan harian dia. Tapi setiap hari aku rasa gelisah semacam. Entah apa yang akan berlaku dalam waktu terdekat ni. Kenapa fikiran aku tak henti memikirkan Alfie. Jadi hari tu aku cuba untuk hubungi Alfie tapi kekangan masa membuatkan aku membatalkan hasrat aku untuk menghubungi Alfie. Sorry Alfie.

Berbalik kepada pagi tadi. Alfie tiba-tiba menghubungi aku dengan nada suara yang sangat sebak. Ya, dia menangis teresak-esak. Aku cuba menangkap apa yang dia cuba sampaikan. "Mak aku dah tak ada, Lin." Sama ada aku sedang mengelamun atau bermimpi. Aku suruh Alfie ulang semula apa yang dia cakapkan. Mulanya aku fikir dia sedang bergurau tetapi selepas mendengar nada suara Alfie yang sebak tu, aku sedikit demi sedikit cuba hadamkan apa yang dia sampaikan. "Mak aku dah tak ada kat dunia." Masa tu semangat aku langsung luluh, jatuh merundum. Bammmm. Seolah-olah seperti aku sedang berada di dalam situasi Alfie. Badan aku jadi menggigil selepas mendengar berita tersebut. Puan Azizah, ibu Alfie yang aku kenali seorang yang sangat ceria dan peramah. Puan Azizah dah tak ada. Allahuakbar. Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku meminta penjelasan dari Alfie walaupun aku tahu masa tu emosi dia tengah tak stabil. Mengikut penjelasan Alfie, ibunya menghidap penyakit kanser hati. Pada mulanya, arwah tidak mengetahui pun tentang penyakit tersebut. Selepas membuat scan badan di sebuah hospital, barulah doktor mengesan penyakit kanser hati yang dihidapi oleh ibunya kini di tahap terakhir yang membuatkan kanser itu telah memakan sepenuh tubuh ibunya. Wallahualam.

Pagi Sabtu, 28/12/2019 iaitu pagi ni, Alfie sempat berborak dengan ibunya. Dengan tiba-tiba ibunya sesak nafas. Dia langsung memanggil doktor untuk memeriksa keadaan ibunya. Selepas doktor yang merawat memeriksa, tiba-tiba doktor tersebut mengatakan... "Dik, adik ibu dah tak ada." Allahuakbar. Aku yang mendengar ni langsung merembes air mata aku. Aku tak dapat bayangkan andai aku ada ditempat Alfie. Ya Allah...

Aku sebagai kawan Alfie, aku rasa aku bukanlah kawan yang baik untuk dia. Aku tak ada dengan Alfie masa dia perlukan sokongan. Aku minta maaf, Alfie... Aku minta maaf. Selama aku mengenali Alfie, aku sangat gembira bila berkunjung kerumah Alfie sebab ibunya yang sangat peramah dan rajin melayani aku dan Isha. Rumah Alfie seakan rumah kedua bagi aku kerana keluarganya sangat mesra. Bila aku dapat tahu ibu dia meninggal dunia, aku pun seakan terasa kehilangannya.

Last day masa aku lepak rumah Alfie beberapa bulan yang lalu, aku sempat berborak dengan ibunya. Meriah. Tapi tak sangka hari tu merupakan perbualan terakhir kami.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga arwah ibu Alfie tenang di alam sana. Semoga amal ibadahnya diterima disisi-Nya. Kau kena kuat, Alfie. Kau kena kuatkan semangat walau apa cara sekalipun. Kau tunggak utama dalam keluarga kau. Kau tak boleh tunjuk kau lemah. Aku dan Isha akan selalu ada untuk kau meskipun aku tak mampu hadir disisi kau. Maafkan kami.

Salam takziah, Alfie.

Wassalam.
- Leenz

28 December 2019 - 1:00pm

12 December 2019

Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

Assalamualaikum.


Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau dalam bahasa melayunya, penyakit kompulsif dimana ia adalah sejenis penyakit mental dan mempunyai dua kompenen iaitu obsesif dari segi pemikiran dan kompulsif pula dari segi tindakan.

Ramai orang menyimpul orang yang terlalu mementingkan kesempurnaan atau dipanggil perfectionist ini merupakan salah seorang dari kategori OCD. Namun sebenarnya OCD ini membawa maksud yang berbeza. Jom kita semak ciri-ciri personaliti seseorang yang mempunya OCD ni:-

Personaliti OCD:-
- Ianya sejenis kecelaruan personaliti seorang individu yang amat mementingkan ketelitian, kesempurnaan, dan keinginan untuk mengawal persekitaran serta dalam perhubungan. Biasanya ia bermula dari peringkat awal dewasa dan lebih banyak dialami oleh kaum lelaki berbanding kaum wanita. Jangan terkejut kerana selama ini kita selalu berfikir bahawa kaum wanitalah yang lebih mementingkan ketelitian dan kesempurnaan, anda silap.

Macam mana kita nak tahu sama ada kita mempunyai sifat OCD atau tidak?

Jika anda adalah seorang yang sentiasa mempunyai keinginan untuk mencapai kesempurnaan dan cenderung mengawal persekitaran dan hubungan dengan orang lain secara berterusan, jawapannya YA, anda mempunyai sifat OCD tersebut.

Ok, jika anda mempunyai sifat yang disenaraikan ini, bermakna anda cenderung kepada OCD:-
- Terlalu fokus pada perincian dan ketelitian sesuatu objektif utama dalam sebuah aktiviti.
- Terlalu berusaha untuk mencapai kesempurnaan sehingga kadang kala terlambat menyiapkan tugasan.
- Terlalu mementingkan pekerjaan dan produktiviti sehingga mengabaikan masa untuk diri sendiri serta keluarga mahupun kawan-kawan.
- Sukar membahagikan kerja / tugas kepada orang lain kerana bimbang bahawa orang lain itu tidak mampu mencapai tahap yang diingini.
- Sukar untuk membuang barangan yang tidak lagi digunakan kerana memikirkan bahawa ia mungkin berguna suatu hari nanti.
- Sukar untuk belanjakan duit untuk diri sendiri atau orang lain kerana bimbang duit tersebut mungkin diperlukan untuk masa hadapan.

Obesesif (Pemikiran)
- Pemikiran yang tidak rasional dan imej atau idea yang berulang.
- Pemikiran ini juga adalah sangat mengganggu sehingga adakalanya individu tersebut melakukan tindakan kompulsif sebagai langkah untuk mengalihkan perhatian dari pemikiran tersebut.



Kompulsif (Tindakan)
- Kompulsif secara ringkasnya adalah desakan untuk melakukan sesuatu yang akan meringankan rasa tidak selesa akibat pemikiran obsesif.
- Contoh perlakuan kompulsif adalah:-
   - Mencuci tangan berulang kali untuk memastikan bahawa ia benar-benar sudah bersih.
   - Memeriksa pintu berulang kali bagi memastikan bahawa ianya berada dalam keadaan terkunci.
   - Mengira sesuatu nombor berulang kali untuk memastikan bahawa kiraan yang dikehendaki
     adalah tepat.
   - Berulang alik ke dapur untuk memastikan bahawa gas telah ditutup.



Penyakit obsesif kompulsif ini boleh menjejaskan kehidupan seharian kerana individu tersebut didominasi oleh pemikiran atau obsesi yang mengganggu diikuti perbuatan kompulsif secara berulang-ulang untuk mengurangkan keresahan yang dialami. Seandainya individu yang mempunyai OCD ini tidak mendapatkan rawatan, ia akan mudah berasa penat dan lelah kerana mengulangi perbuatan yang sama.



Punca seorang individu mempunyai ciri-ciri OCD ini:-
- Genetik atau keturunan.
- Keabnormalan pada struktur otak serta fungsi otak atau jangkitan pada bahagian otak tertentu boleh mencetuskan gejala penyakit ini.
- Trauma. Pengalaman trauma pada masa lampau seperti penderaan fizikal atau seksual.
- Konflik atau tekanan.

Jika kalian merasa kalian mempunyai penyakit ini, segeralah dapatkan rawatan di hospital yang menawarkan perkhidmatan psikitari. Rawatan dan penyesanan awal dapat membantu merawat penyakit ini dengan lebih baik.


P/S: Beberapa ciri di atas juga sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran dan tindakanku. Adakah aku juga salah seorang dari OCD?


I have a mental disorder? (OCD)

Tanda-tanda OCD

Have a nice day!

Wasalam.
- Leenz
12 Dec 2019 - 2:41pm

30 October 2019

Game berhantu?

Assalamualaikum.



Kita sering kali dimomokkan dengan cerita-cerita mistik suatu ketika dulu sehingga kini kita sering menjadi takut sekiranya terdapat bunyi-bunyi aneh yang ada disekeliling kita. Namun ada juga yang beranikan diri untuk mencari tahu, tetapi ada juga yang tidak berani. Sebenarnya diorang semua juga adalah makhluk Allah S.W.T. Siapalah kita nak menafikan? Eh jap. Apa ni?

Back to the topic. Aku malas nk buat prolog, jadi kita terus ke cerita asal. Seperti malam-malam biasa, aku akan bermain game online yang sedang popular dikalangan masyarakat kita tak lain tak bukan, adalah Player Unkwown Battle Royale atau lebih mudah dikenali sebagai sebutan Pab-ji (PUBG). Permainan ini bergenre battle royale (peperangan) dimana yang para pemain dia boleh bermain dengan 100 orang sekaligus secara online. Dalam permainan ni, pemain juga boleh bermain secara sendiri (solo) atau berdua (duo) ataupun berempat (squad). Hmm bukan tadi aku dah cakap tak nak buat prolog (intro) ke? Err...

Okay, berbalik pada tujuan asal penulisan kali ni. Aku bukan nak cerita yang game ni berhantu sampai orang lain tak boleh nak lepas pandang, hmm itu normal kot. Ceritanya macam ni, malam tadi around jam 1.00 pagi (anggaran), aku baru lepas habis layan Pubg. Selepas aku off game, aku settlekan kerja aku yang bertangguh sebelum aku balik kerja tadi. Well, bawak balik kerja dah jadi kebiasaan aku, lepas tu bila aku off game, aku on pulak Discord. Err...discord ni sejenis aplikasi yang membolehkan pengguna bercakap antara satu sama lain melalui internet. Asalnya aplikasi ni digunakan untuk pemain yang sedang bermain permainan video. Macam game dulu-dulu tak ada komunikasi sesama pemain kan? Jadi discord boleh menghubungkan gitu la. Sekarang discord ni dah dikira sebagai alat penghubung sama ada sedang atau tidak bermain game. Okay, jadi bila aku on discord ni, aku tengok ramai jugak yang online, boleh dikatakan diorang yang sedang layan game tengah berada di dalam discord. Walaupun aku tak bermain, tapi aku tetap nak join discord diorang. Kononnya sebagai peneman gitulah. Sedang aku enak melayani perbualan kosong diorang, tak semena mena, aku terdengar suara perempuan menangis. PEREMPUAN MENANGIS tau! Bunyi dia sayup2 je. Aku fikir diorang yang ada kat dalam discord tu yang saje nak buat-buat menangis ke ape, rupanya TAK! Aku tanya diorang siapa yang menangis dan kenapa menangis, masing-masing cakap tak ada dengar orang menangis. Maigadddd. Masa ni dah meremang bulu tengkok. Aku tak tunggu lama. Aku terus off dari discord dan siap-siap masuk tidur. Kalau aku melayan, entah apa akan jadi seterusnya. Allahu.

Esoknya, aku terjaga dari tidur agak awal sikit sebab aku mimpi buruk malam tadi. Mimpi seram. Damn! Semuanya gara-gara suara perempuan menangis tulah. Then, aku tanya lagi kat diorang melalui aplikasi whatsapp. Tapi tak seorang pun perasan / dengar suara menangis tu. Aku terkedu weh. Kenapa aku sorang je yang dengar? Aku tak puas hati sebab perbualan dalam discord semalam tak dapat dirakam. Mujur seorang streamer yang sering buat live di facebook ketika dia bermain game bagi tahu suruh check live, dimana kebetulan dia sedang live sambil bermain game sambil berbual bersama para pemain melalui discord semalam. Dari situ aku terus tengok balik live semalam and YESSSS! Suara perempuan menangis tu masuk dalam live! Aku suruh diorang sama-sama check live tu dan diorang pun dengar suara menangis tersebut. Jadi dah terbukti aku tak buat cerita. Dan benda tu memang betul-betul terjadi. Persoalannya, siapa yang menangis?

Satu hari ni aku tak boleh nak fokus pada kerja hanya sebab memikirkan tentang suara menangis tu. Allahuakbar. Semoga aku dan kalian dilindungi-Nya. Amin.

Oh, by the way... untuk yang nak dengar sama-sama suara tersebut, korang boleh klik kat link ni:-

⇒ Suara perempuan menangis di dalam discord (skip ke minit ke 1:56:06)
    ➤ minit 1:56:06 (perempuan ketawa sinis)
    ➤ minit 1:56:07 (perempuan menangis)

Harap-harap malam ni tak ada lagi kejadian-kejadian mistik macam ni. Insyaallah.

Wasalam.
- Leenz
30 October 2019 - 4:10pm

16 October 2019

Depresi membunuh

Assalamualaikum.


Baru-baru ni aku dikejutkan dengan kematian salah seorang artis K-pop yang aku pernah suka iaitu Sulli, seorang aktress korea yang pernah popular dengan drama To The Beautiful You dimana dalam drama tersebut Sulli membawa watak sebagai seorang gadis yang menyamar sebagai seorang budak lelaki semata-mata untuk mendekati idolanya di sebuah kampus lelaki dengan tujuan untuk memberi semangat kepada idolanya yang sudah putus harapan itu. Selain itu, dia juga pernah menjadi tetamu di dalam rancangan hiburan Running Man dan dia sangat comel okay dan terbaru ni, dia baru sahaja selesai menjadi cameo di dalam drama (kot) bertajuk Hotel Del Luna. Mengikut berita yang dikhabarkan, Sulli mati bunuh diri kerana mengalami kemurungan di mana dia menghadapi siber buli oleh netizen yang suka menjatuhkan semangatnya, akan tetapi kes itu masih dalam siasatan.

Jadi kat sini, aku nak berceloteh mengenai depresi. Apa itu depresi? Depresi dari segi psikologi adalah penyakit kemurungan. Kemurungan adalah reaksi normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan disorder kebimbangan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan kemurungan kebimbangan dapat dirawat dengan kejayaan, biasanya melalui bantuan campuran dari kaunseling dan ubat-ubat.
Gangguan kemurungan sangat umum, dengan satu dalam 10 orang mengalami sakitan ini pada suatu masa dalam hidup mereka.

Gejala-gelaja depresi adalah:-

Kebimbangan boleh menjejaskan berlainan orang dengan berlainan cara:
Kesukaran untuk tidur (Insomnia)
Debaran jantung yang sangat cepat
Bergetaran, kepeningan
Kesukaran bernafas.
Merasa rengsa, tidak senang, tidak dapat rehat atau tiada kawalan
Tidak dapat memikir dengan jelas atau berkonsentrasi
Nausea, muntah-muntah, cirt-birit
Merasa tercekik atau bengkak di dalam kerongkong
Berpeluh
Pening kepala
Otot tegang
Mudah merasa pengsan


Ubat-ubat berpraskripsi yang dapat menolong termasuk:-
Ubat-ubat anti-kerisauan dan sedatif
Ubat-ubat anti-kemurungan

Kenapa aku rasa nak up topik pasal depresi? Ahaaa disebabkan aku terbaca status whatsapp salah seorang kenalan aku yang lebih senang dikenali sbg Kinda (bukan nama sebenar);

"Depression is real. Anxiety is real. Mental illness is real. Is more than stress. Depression people was the best and a good actor. Depression isn't always suicide notes and pill bottles. Sometimes, it's all smiles and take laughter depression isn't always easy to notice. Depression is not stress, if they stress, they will kill you. So, pls stop judge depression people. Just held them with your care. Give hope, give help and give healing to them."

I just curious, kenapa dia up status sedemikian? Adakah Kinda sedang dalam kemurungan? Who knows right? Hati orang, kita tak boleh nak baca. Kadang-kadang depresi ni juga berpunca dari orang-orang terdekat yang ada disekeliling kita. Kebanyakannya orang yang mengalami depresi ini apabila di luaran, dia terlihat mudah tertawa, tersenyum, malah bergurau senda, namun jauh disudut hatinya, kita takkan dapat baca apa yang sedang bermain di fikiran dan di dalam jiwanya. Adakah dia sedang terluka? Bersedih? Murung? Sebab itulah, kita sebagai kawan kita kena berada dekat dengan orang sebegini dengan tujuan supaya dia dapat meluahkan segala masalah yang dipendam. Adalah sangat bahaya ye jika ia menyimpan beban itu sendiri. Kita memang takkan 100% dapat selesaikan masalah / beban yang dia hadapi, tapi sekurang-kurangnya kita dapat meringankan sedikit kerisauan dan kebimbangan yang bersarang di dalam dirinya dengan mendengar masalahnya. Last but no least, jangan pernah biarkan diorang merasa sunyi. Kerana kesunyian juga boleh membunuh. Uishhhhh ayat aku, bukan kaleng-kaleng eh.

Aku pernah merasa depresi. Aku pernah menjadi seorang yang depresi. Tapi aku cepat sedar. Aku pernah telan sepapan panadol ketika aku putus cinta dengan seseorang yang sangat aku sayang dengan harapan orang itu akan mengambil berat pasal aku. Mujur saja aku cepat sedar dan aku langsung mengeluarkan kesemua pil panadol yang aku cuba telan itu. Itu kali pertama. Kali kedua, aku pernah duduk sendirian di dalam bilik, aku memandang ke siling dan kipas yang berpusing. Aku terfikir untuk menggantung diri disitu, namun aku cepat membuang perasaan itu. Kali ketiga, ketika aku sedang memotong sayuran, aku cuba untuk mengelar pergelangan tanganku dengan menggunakan pisau memotong sayur yang aku sedang pegang, tetapi apakan daya, aku tak berani. Benar, ketika kita berniat sedemikian (bunuh diri), akan ada bisikan-bisikan jahat yang membantu mendorong kita untuk meneruskan niat itu. Dan sejak dari itu, aku mula terfikir mengapa aku ingin menamatkan kehidupan aku dengan cara bodoh setelah bertahun-tahun hidup di muka bumi ini? Rasa macam sia-sia je hidup kalau akhirnya memilih jalan untuk bunuh diri. Lebih baik dari kecik lagi minta kena bunuh. Syukur, Allah kuatkan iman. Cuma ada kalanya, bila aku rasa down, aku akan bawa diri kemana saja tanpa arah tujuan sehinggalah aku benar-benar rasa penat, dan masa tu aku akan kembali ke tempat di mana aku mula.

Depresi tidak memilih orang. Sedangkan seorang ustazah yang semua orang tahu imannya kuat pun boleh menjadi depresi hanya kerana tinggal berjauhan dengan suaminya, inikan pulak kita, manusia biasa yang cetek pengetahuan tentang ilmu agama. Jadi korang pun janganlah mudah menilai orang depresi ni lemah iman / akidah atau cetek pemikiran, kerana kita tak pernah tahu mahupun merasa ada di tempat mereka. Manusia memang mudah menilai, mudah juga menjatuhkan, namun sukar untuk membimbing, membantu dan menyemangati orang-orang yang menghadapi kemurungan ini.

Depression is real.
It can strip away energy, motivation, even every positive memory you've ever had. It will lie to you and tell you that you are worthless, that you're nothing and have you believe it. If you've never had it, you have no idea as "a bit sad" doesn't even come close. People with depression need held, assistance, and understanding.




You are not alone. 

Wassalam.
- Leenz
16 Oct 2019 - 2:33pm

16 August 2019

Selamat pengantin baru, CRUSH.



Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tak tahu nak mula dari mana. Hati aku ni. Rapuh serapuh rapuhnya. Fikiran aku bercelaru. Aku pun tak tahu apa yang aku tengah fikirkan waktu ni. Lagipun dah lama aku tak menaip kat sini. Sorry, too busy with personal life. Ok jap, bagi aku cari mood untuk start bercerita dulu.

Ok dah.

Yesterday, ive got whatsapp from someone. Walimatulurus. Since dapat je undangan tu, hati aku berdegup kencang. I downloaded the image coz i set my whatsapp for not auto download for every picture who sent to me. Then, i saw the name. Isz... Yes, aku dapat wasap dari Isz tentang hari pernikahan dia yang akan berlangsung tak lama lagi. Ya allah, berderai air mata aku dengan tiba-tiba. Entah kenapa aku masih lagi tak boleh move on dari dia. Its almost 3 years. Its so hard to me to move on from him. Why why why?

Jujur, aku memang dah pasangan sendiri tapi hati dan fikiran aku masih pada Isz. Aku pun tak tahulah kenapa aku masih nak fikirkan orang yang takkan jadi milik aku. Entah aku yang bodoh ataupun hati ni yang bebal? Hati aku ni kirenye bukan tahap retak lagi tapi dah tahap hancur berderai. Paham tak?

Akhirnya, hari yang aku sangat takut akan tiba jua. Aku kena redha. Wajib! Walaupun tak rela. Aku akan cuba. Jadinya, satu hari ni aku pun melayani perasaan galau yang tak berkesudahan. Kerja entah kemana, makan entah kemana. Serabut, jahanam. Damn it.

Dari mengelakkan penantian yang tak berpenghujung ni, aku terus capai hp and scrolling his name. Isz. Aku whatsapp dia untuk meleraikan semua perkara yang masih tergantung selama hampir 3 tahun ni. We just have a simple chatting like confession, until I asked one question to him. "Do you love her?" then he replied; "Sama macam you." Aku terpinga-pinga kejap. Apa yang dia maksudkan sama tu? He asking me back. "Do you love him?" Agak lama kitorg terdiam kt situ. Perasaan aku terhadap pasangan aku tak sama macam mana perasaan yang aku simpan, aku pendam pada Isz selama ni. Paham tak perasaan dimana, korang saling menyayangi tapi buatlah cara apapun, korang takkan dapat bersatu. Seolah-olah ada halangan disitu. But I put trust on Allah, semua ini mesti ada hikmahnya. Allah is the best planner ever. Hati aku tak bertepuk sebelah tangan, aku tahu dari dulu lagi cuma macam aku cakap tadi, halangan. Halangan dimana-mana.

Sambil aku menaip ni, sambil tangan aku menggigil menahan sedih tak terhingga. Tak pernah aku rasa sesedih, sesebak, segalau macam ni. Walaupun luaran orang nampak aku gelak ketawa macam tak ada masalah je dalam hidup aku. Tapi dalaman ni, hanya Allah yang tahu. Aku masih berharap semua ni hanyalah mimpi.

Kalaulah 7 tahun yang lepas, aku tak layan perkenalan dari Isz melalui kak Zue... mesti hati aku takkan serapuh ni. Bukanlah aku tak pernah patah hati sebelum ni. Banyak je insiden yang buat aku broken heart, misalnya macam kes boyfriend aku kene sailang dengan pondan tu, remember that? Haha lupakan. Kes tu sekejap je aku boleh move on. Tapi tidak untuk kisah aku dan Isz. Kitorang tak pernah declare as partner or couple, jauh sekali ungkapkan perasaan masing-masing. We start from be friend selama 7 tahun. Ibarat hubungan rapat tanpa status. Sehinggalah sekarang ni, bila dia dah nak kahwin, barulah dia nak buat confession yang dia menyesal tak lamar aku dari dulu. Semuanya dah terlambat. Too late to regret it.

Sebelum aku sampai ke penamat, aku nak jadi orang yang paling awal bagi ucapan; Selamat Pengantin Baru Isz dan pasangan. Terima kasih Isz sudi jadi orang paling bermakna dalam hidup saya selama 7 tahun ni. Terima kasih untuk segala memori. Soon, awak akan buka buku baru dengan pasangan awak. Jangan pernah berpaling tadah. Cintai dia sebagaimana awak menyayangi hubungan persahabatan kita. Teruskan kehidupan dengan penuh bahagia bersama pasangan awak. Insyaallah, saya kuat untuk semua ni. ;')

Dah lah, walaupun payah, aku akan cuba untuk bangkit dari kesedihan ni. Ceh, dulu pun aku pernah cakap macam ni, tapi apa? Masih sama jgk kan. Haha hampeh. Don't worry, I'm strong enough. Okaylah, tenkiu pada korang yang sudi layan galau aku ni. Doakan aku kuat semangat untuk hadap muka pengantin bulan September nanti. Aku harap, aku tak kan buat kerja gila dengan bawak lari pengantin lelaki nanti. Hahahahahahahahahahahahahahahahaha.



P/s: Sementara tengah tak ada kerja ni, jom join aku baca cerpen lama pasal aku and Isz
→ http://kawanku4ever.blogspot.com/2015/12/cerpen-menghapus-yang-terukir.html (Part 1)
http://kawanku4ever.blogspot.com/2017/08/cerpen-menghapus-yang-terukir-2_8.html (Part 2)

Hmm I think I need some vacation for release all stress in my mind. Suggest the best place pls. TQ.

Wassalam.
- Leenz.
16 Aug 2019 - 1:58pm

9 April 2019

Warkah untuk Isha

Assalamualaikum

Dear my best friend ever, Isha.

Hey, tak lama lagi kau akan berpindah ke utara ikut suami kau, kan? Kau kata bulan ni kau last ada kat selatan tanah air ni. Nanti kau mesti rindu dengan kitorang kan? Aku pun sama. Alfie pun sama. Yelah, since kita bertiga ni dah bawak haluan (kerjaya) masing-masing ni, nak meet up pun tak menyempat. Kadang, bila aku and Alfie free, kau pulak tak free. Kadang tu, bila kau dah free, aku pulak takde masa. Susah, kan? Kalaulah kita bekerja di bawah satu bumbung, aku rasa kau pun akan naik boring tengok muka kitorang. Haha. Tapi nak buat macam mana kan, dah ini pilihan jalan hidup kita.

2 tahun kau tinggal berjauhan dengan suami kau. Sorang di utara, sorang di selatan. Jadi nak tak nak, salah seorang kenalah mengalah, kan. Dan kau buat keputusan yang betul untuk berpindah dan tinggal dengan suami kau kat sana sebab ini soal masa depan kau dan suami kau. Takkan korang nak selamanya tinggal berjauhan, ye dak? Cuma itulah…lepas ni kita dah tak boleh nak lepak bertiga macam dulu lagi. Dan tak mungkin jugak kitorang ke sana sebab… kau pun tahu aku tak pernah drive jauh-jauh sendirian sebab aku ni buta MAPS. Kalaupun aku nak kesana, aku mungkin akan bawak teman. Insyaallah.

Eh, jap. Aku belum habis coret lagi ni. Alang-alang aku dah mula menulis ni, apakata kita throwback sekejap. Kau ingat lagi tak peristiwa yang membuatkan kita jadi kawan baik? Takpe, biar aku ingatkan kau semula. Asalnya aku kenal kau dari kawan baik aku yang dulu merangkup jiran kau, Lyna. Lyna merupakan rakan sekelas aku kat sekolah. By the way, dulu kan aku selalu lepak rumah Lyna. Dan dialah yang kenalkan kau pada aku. Masa tu aku tak tahu pun perangai kau segila aku. Well, first time kenalkan. So, since aku dah kenal kau, kita selalu lepak bertiga kat depan rumah Lyna sampai lupa nak balik rumah sendiri. Then, sampailah satu hari tu aku dan Lyna dipisahkan sebab aku dan Lyna dah tak sekelas. Jadi, kat situ hubungan kitorang dah mula renggang. Tak lama lepas tu, aku tengok Lyna dah mula rapat dengan orang lain. Aku sedih beb. Sedih laaaa sebab kehilangan kawan yang terbaik yang aku pernah ada dulu. Tapi walau bagaimanapun, Lyna tetap anggap aku kawan dia. Aku terharuuuu. So, nak diringkaskan cerita, tuhan itu adil. Dia satukan aku dan kau dalam 1 kelas yang sama. Sejak dari tu, kau pulak jadi pengganti Lyna sebagai kawan baik aku. Dan masa tulah aku baru tau perangai gila kau. Macam mana kita boleh kenal Alfie pulak? Alfie ni kalau tak silap aku, dia rakan sekelas kau dulu, kan? Kau yang kenalkan dia pada aku. Pandangan pertama aku pada si Alfie ni pulak… 1 je ayat yang terlintas dalam hati aku. “Sombong giler minah ni.” Haha sorry Alfie. Bukan apa, masa tu Alfie ni dia punya pendiam agak menyakitkan hati. Tapi macam biasalah, don’t judge book by its cover, bila dah lama-lama dia sebenarnya open minded jugak. Takdelah sombong mana pun. Haipppp…aku tak habis lagi cerita. Lepas PMR kalau tak silap, kau sorang je masuk terlepas masuk kelas budak pandai, aku dan Alfie masuk kelas bawahan je. Tapi aku tak nak kehilangan lagi kawan baik aku. Jadi walaupun kita lain-lain kelas, waktu rehat kita tetap sama-sama. Dan sejak tu, aku pun rapat dengan Alfie memandangkan kitorang satu kelas. Alhamdulillah, dah dekat 16 tahun kita masih kekal berkawan. Aku harap sampai ketua kita masih kawan. Insyaallah.

So, bila kita dah bawak kerjaya memasing ni, kekangan untuk kita lepak sama-sama tu semakin berkurangan. Kalau ada pun kadang tak complete bertiga. Kadang tu, aku dengan Isha je, Alfie tak dapat join, Kadang pulak aku dengan Alfie je, kau pulak takde. Susah weh nak complete. Masa tu rasa sedikit awkward tau bila lepak berdua je sebab takde geng nak gelak besar sampai lupa orang sekeliling. Hey, ingat lagi tak peristiwa kat hutan bandar tu? Sampai sekarang aku masih ingat tau. Paling aku tak boleh lupa, muka abang yang serve kita tulah. Walaupun hensem tapi bila dia buat muka bengis tu, aku nak pandang pun jadi seram. Hahaha. Bilalah dapat buat kerja gila macam tu lagi, kan? Pastu2, kalau lepak kedai mamak / kedai makan, kita borak kadang macam tak ingat dunia. Pastu gelak jangan cakaplah… hantu kalau dengar pun, dia terus lari tau. Pastu lagi, kalau time birthday memasing, ada je surprise yang kita akan buat. Kadang kalau tak birthday pun, akulah dalang yang suka buat korang sakit jantung. Datang jumpa korang dengan mengejut. Haha rindu.

Tapi… semua itu tak mungkin dapat buat lagi dah. Kalau adapun, takkan sama macam dulu. Itulah kenyataan yang aku kena terima. Kita takkan dapat buat benda-benda pelik dan gila sama-sama macam dulu lagi. Kau akan pergi jauh dari kitorang. Kitorang pun tak berhak nak menghalang. Aku dan Alfie akan selalu rindukan kenangan waktu kita bersama. Takkan terganti.

Isha, aku dan Alfie akan selalu doakan kau dari jauh. Semoga kau dan suami terus sukses kat sana. Jangan pernah lupakan kitorang walau kau busy macam mana sekalipun. Tau? Aku dan Alfie akan selalu tunggu khabar dari kau. Sorry, mungkin kau rasa drama aku ni macam over sangat, macam kau nak pindah ke oversea pulak padahal dalam Malaysia lagi. Cuma kali ni aku rasa kehilangan sangat-sangat. Kita tak pernah jauh macam ni kan? Apapun, kau jaga diri kau baik-baik kat sana. Jangan leka, jangan cuai, jangan lalai macam selalu. Dan paling penting, jangan bawak perangai gila kau kat sana. Malu aku nanti. Hahaha. Terima kasih beb sebab sudi jadi kawan baik aku dan Alfie. Sudi terima kitorang dalam hidup kau. Bila balik sini nanti, jangan lupa roger. Dah, tu je aku nak tulis untuk kau. Sebenarnya banyak benda lagi aku nak bebel kat sini tapi takut kau terlelap je karang. Maklumlah, penulisan aku ni kan ibarat buku sejarah. Lebih banyak tulisan daripada gambar. Hahaha. Okey lah, aku pun ada banyak benda nak dibuat ni. Ada masa nanti, aku menulis lagi.

Take care Isha, we will miss you so much!

I love you, bestfriend.

Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu

Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya...

Wasalam,
Leenz.

9 April 2019 - 10:30am

26 March 2019

Bersahabat dengan diri sendiri

Assalamualaikum.


Izinkan aku mengutip sekeping demi sekeping hatiku yg telah hancur ini. Betapa beratnya untuk aku hadap semua ini. Sedih, pedih, kecewa, terluka. Tak tergambarkan oleh kata-kata. Mengapa disaat aku cuba melangkah pergi, aku cuba melupakan semuanya, dan kini kau kembali menambah duka di hati ini? Mengapa?

Terima kasih untuk insan yang pernah bertakhta di hati ini. Tak, aku tidak pernah membenci kalian. Aku cuma terluka. Aku hanya perlu belajar untuk teruskan hidup tanpa kalian. Biarlah aku pergi bawa diri ini walau entah kemana arah tujuan... Asalkan ianya tidak lagi berpaling pada kenangan lalu. Aku takut. Aku serik.

Maaf, aku cuma mampu mendoakan kebahagiaan kalian disamping insan yang berjaya menambat hati kalian. Maaf juga kerana aku tidak mampu membuat kalian bahagia selama aku mengenali kalian. Maaf untuk segalanya. Aku hanyalah insan biasa yang ingin merasa dikasihi.

Mungkin sudah saatnya untuk aku mencintai diri sendiri. Seperti dulu. Seperti sebelum aku mengenali kalian semua. Bersahabat dengan diri sendiri adalah jalan yang terbaik agar aku tidak akan merasa tersakiti lagi. Biarlah begini walaupun selamanya.

Walau bagaimanapun, aku sangat bersyukur masih dipanjangkan umur untuk terus merasakan erti kehidupan. Aku bersyukur kerana masih punya kawan-kawan yang setia mememani walaupun adakalanya aku lebih suka bersendirian. Terima kasih korang. Terima kasih untuk segalanya.


 
(Untuk Cinta by Hafiz ft Adira)

Wasalam,
Leenz.

26 March 2019 - 3:06pm

9 March 2019

Aku ingin bahagia

Assalamualaikum.

Seketika aku termenung sendirian di balkoni bilik sambil melihat pemandangan sekitar kawasan rumahku. Tenang. Aman. Damai. Itulah yang aku dapat gambarkan tapi...kenapa pemandangan itu tak sama dengan perasaan hati dan fikiran aku ini? Serabut. Kacau. Bilau. Entah apa yang aku fikirkan sejak kebelakangan ini? Terlalu banyak masalah yang terjadi dalam hidup aku selama ni. Dan aku sedar, masalah itu semua hanya mampu diselesaikan oleh aku sendiri namun apalah daya...aku lemah. Aku kalah dengan semua itu. Yang aku mampu hanya mengenang nasib diri yang tak pernah bahagia.

Mungkin orang lain melihat aku sebagai seorang wanita yang tegar, bersemangat dan ceria walhal... semua itu palsu belaka. Aku sering berpura-pura di hadapan orang supaya orang lain tak tahu apa yang aku pendamkan dalam hati ini.

Kadang, aku cemburu melihat orang lain tertawa bahagia bersama keluarga tercinta. Sedangkan aku? Walaupun aku masih punya keluarga yang sempurna tapi apalah arti semua itu? Aku diibaratkan tidak punya siapa-siapa lagi waimah orang tua sendiri. Hidup aku seakan porak peranda. Aku hidup seperti di dalam penjara. Bukan ini yang aku mahukan. Aku mahu hidup seperti orang lain. Bergurau senda dengan orang tua dan adik beradik yang lain. Aku cemburu dengan mereka. Aku ingin seperti mereka. Ingin sekali aku duduk semeja berborak, bergurau dan tertawa bahagia bersama keluarga seperti dulu. Kini, aku seakan disisihkan. Tapi tak mengapa, lebih baik begini dan aku redha dengan ketentuan takdir dan aku percaya akan ada hikmah di sebalik apa yang Kau telah aturkan dalam hidup aku ini. Insyaallah.

Wasalam,
Leenz

09 Mac 2019 - 2.40pm

11 February 2019

Pergilah kasih

Assalamualaikum.

Pernah tak korang rasa perasaan seolah-olah putus asa akan sesuatu hal? Dan korang jugak pernah tak rasa seperti tak dianggap? Apa yang korang rasa? Sakit? Pedih? Binasa? Undescribed.

Aku pernah hidup dalam dunia aku sendiri. Dunia yang aku cipta penuh dengan kegelapan dan kesunyian. Namun aku sedar tak selamanya aku mampu hidup sedemikian. Aku perlukan hiburan dan kebahagiaan. Tapi aku takut. Aku takut untuk masuk ke dalam kehidupan yang baru itu. Kerana aku tahu, akan ada banyak rintangan dan cabaran untuk ke arah sebuah kebahagiaan. Aku berpatah kembali ke dalam duniaku. Sehinggalah aku mengenali apa itu persabahatan. Dari situ, aku cuba untuk masuk ke dunia mereka. Dunia yang penuh tawa riang dari orang-orang sekeliling aku. Bahagia. Walaupun hanya sementara.

Sejak dari itu, aku mula mengenali erti cinta yang orang-orang sering berkata ianya sangat indah. Ya, memang indah. Segalanya nampak indah. Sehingga aku menjadi buta hati untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Benarlah kata orang, apabila kita dilamun cinta, semua yang buruk akan menjadi indah. Dan sampai aku sendiri tak dapat membezakan yang mana kaca dan permata. Tapi siapalah aku untuk menolak takdir tuhan? Apa yang datang, aku jalani seperti biasa. Walaupun sering diakhiri dengan kesedihan. Mengapa begini? Seandainya aku tahu perasaan jatuh cinta itu akan berakhir dengan kesakitan, aku takkan pernah mahu jatuh cinta.

Aku pernah jatuh tersungkur sehingga aku merasa apalah gunanya hidup di dunia ini lagi. Hanya kerana kehilangan sosok tubuh seorang lelaki yang amat aku cintai. Tapi aku sedar apa yang aku buat itu akan jadi sia-sia kerana aku tahu, yang pergi takkan kembali. Kita tak mampu kawal perasaan seseorang dan kita tak boleh nak paksa seseorang itu menerima kita kembali. Dan aku yakin ada hikmah disebalik semua ini.

Tapi...pernah tak korang berada dalam sebuah hubungan yang tak dianggap? Alah, yang macam lagu Kekasih yang tidak dianggap by Kertas band tu.


Mendalam bukan lirik dia? Macam tulah yang aku rasakan sekarang. Masa memula kenal, semuanya tampak bahagia. Walaupun dia buat benda paling bodoh pun kita akan rasa itulah hal paling sweet, kan? Tak kisahlah sama ada lelaki mahupun perempuan. Mula-mula kenal, tak pernah nak berenggang. Tapi itu masa dalam proses kenal hati budi lah. Bila dah masuk fasa yang lebih serius, ianya takkan sama macam masa mula-mula kenal, dan masa tu korang akan rasa sedikit kehilangan. Kehilangan seseorang yang selalu ada untuk korang suatu ketika dulu. Korang juga berharap ianya akan kembali seperti dulu? Mungkin dia akan kembali dan mungkin juga tidak. Kerana apa? Kerana dia telah jumpa hal yang baru dalam hidup dia. Dan lebih menyakitkan, hal baru itu lebih membahagiakan dia berbanding diri korang. Sedarlah. Kebahagiaan takkan dapat dimiliki untuk selamanya. Biarpun ianya dijaga dengan baik, yang pergi tetap akan pergi. Kita hanya perlu belajar apa erti redha dan pasrah. Kerana kehilangan itu sangat menyakitkan.

Kepada seseorang yang pernah memiliki separuh dari hati dan jiwaku ini, tolonglah... kembalikan padaku semula. Kerana kau tidak lagi layak memiliki semua itu. Berhentilah menyakiti dan jangan pernah memberi rasa kecewa dihati ini lagi. Ianya sakit. Sangat sakit.

Dulu, kau pernah sangat kucintai dan kugilai,
Tapi kau hanya menutup diri.
Sekarang ketika kau inginkan hatiku lagi,
kukatakan aku sudah undur diri.
Maaf, kau terlambat kembali. 
Dan jangan pernah kembali lagi.
Aku tidak sudi.


Thanks for all the memories...

Wasalam,
Leenz.

11 February 2019 - 4:21pm

7 February 2019

I'm changed?


Hi, how are you guys?

I don’t know what I should write here. My mind just like…uhhh. I just can’t describe and I don’t know how to describe this feeling. Or maybe I don’t have any feeling anymore?

I just decided that I didn’t want to feel like that anymore, or ever again. I’m not the same soul I once was. A lot has changed. A lot had to change. Don’t expect what I embodied in the past. For the part of me no longer exist. My life has changed and I’m changing with it.

No, I don’t blame anyone. I did this to myself. Actually, this is my fault. Everything is my fault. I hate getting close to people these days. I always regret sharing too much, caring too much, doing too much and feeling too much. All I want to do right now is cry and scream and let it all out because its killing me inside here (heart).

Sometimes, I want to be alone but not to be lonely. Deep in my heart I know I am a loner. I have tried to blend in with the world and be sociable, but the more people I meet the more disappointed I am, so I’ve learned to enjoy myself with a few good friend.  And I’m not afraid to try again. I’m just afraid of getting hurt for the same reason.

Actually, I miss the old me, happy me. But now, I’m not the same person I was a year ago, a month ago or even a week ago. I’m constantly changing and its my way of discovering who I am and who I want to become.

Sometimes, change is what I need. Life goes on. I need to move on and I don’t want to get hurt anymore.  Anymore.

END.

Me,
Leenz

7 February 2019 - 3.01pm