About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

28 December 2019

Takziah Alfie...


Assalamualaikum.

Aku taktau macam mana nak mulakan. Pagi ni aku rasa cuaca sangat muram disertai dengan berita yang aku baru dengar dari kawan baik aku, Alfie. Sungguh, aku resah dan tak tentu arah bila dapat panggilan dari Alfie jam 10 pagi tadi. Hampir beberapa bulan jugak aku tak contact Alfie, fikiran aku mungkin dia sedang busy dengan tugasan kerjanya dan tugasan harian dia. Tapi setiap hari aku rasa gelisah semacam. Entah apa yang akan berlaku dalam waktu terdekat ni. Kenapa fikiran aku tak henti memikirkan Alfie. Jadi hari tu aku cuba untuk hubungi Alfie tapi kekangan masa membuatkan aku membatalkan hasrat aku untuk menghubungi Alfie. Sorry Alfie.

Berbalik kepada pagi tadi. Alfie tiba-tiba menghubungi aku dengan nada suara yang sangat sebak. Ya, dia menangis teresak-esak. Aku cuba menangkap apa yang dia cuba sampaikan. "Mak aku dah tak ada, Lin." Sama ada aku sedang mengelamun atau bermimpi. Aku suruh Alfie ulang semula apa yang dia cakapkan. Mulanya aku fikir dia sedang bergurau tetapi selepas mendengar nada suara Alfie yang sebak tu, aku sedikit demi sedikit cuba hadamkan apa yang dia sampaikan. "Mak aku dah tak ada kat dunia." Masa tu semangat aku langsung luluh, jatuh merundum. Bammmm. Seolah-olah seperti aku sedang berada di dalam situasi Alfie. Badan aku jadi menggigil selepas mendengar berita tersebut. Puan Azizah, ibu Alfie yang aku kenali seorang yang sangat ceria dan peramah. Puan Azizah dah tak ada. Allahuakbar. Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku meminta penjelasan dari Alfie walaupun aku tahu masa tu emosi dia tengah tak stabil. Mengikut penjelasan Alfie, ibunya menghidap penyakit kanser hati. Pada mulanya, arwah tidak mengetahui pun tentang penyakit tersebut. Selepas membuat scan badan di sebuah hospital, barulah doktor mengesan penyakit kanser hati yang dihidapi oleh ibunya kini di tahap terakhir yang membuatkan kanser itu telah memakan sepenuh tubuh ibunya. Wallahualam.

Pagi Sabtu, 28/12/2019 iaitu pagi ni, Alfie sempat berborak dengan ibunya. Dengan tiba-tiba ibunya sesak nafas. Dia langsung memanggil doktor untuk memeriksa keadaan ibunya. Selepas doktor yang merawat memeriksa, tiba-tiba doktor tersebut mengatakan... "Dik, adik ibu dah tak ada." Allahuakbar. Aku yang mendengar ni langsung merembes air mata aku. Aku tak dapat bayangkan andai aku ada ditempat Alfie. Ya Allah...

Aku sebagai kawan Alfie, aku rasa aku bukanlah kawan yang baik untuk dia. Aku tak ada dengan Alfie masa dia perlukan sokongan. Aku minta maaf, Alfie... Aku minta maaf. Selama aku mengenali Alfie, aku sangat gembira bila berkunjung kerumah Alfie sebab ibunya yang sangat peramah dan rajin melayani aku dan Isha. Rumah Alfie seakan rumah kedua bagi aku kerana keluarganya sangat mesra. Bila aku dapat tahu ibu dia meninggal dunia, aku pun seakan terasa kehilangannya.

Last day masa aku lepak rumah Alfie beberapa bulan yang lalu, aku sempat berborak dengan ibunya. Meriah. Tapi tak sangka hari tu merupakan perbualan terakhir kami.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga arwah ibu Alfie tenang di alam sana. Semoga amal ibadahnya diterima disisi-Nya. Kau kena kuat, Alfie. Kau kena kuatkan semangat walau apa cara sekalipun. Kau tunggak utama dalam keluarga kau. Kau tak boleh tunjuk kau lemah. Aku dan Isha akan selalu ada untuk kau meskipun aku tak mampu hadir disisi kau. Maafkan kami.

Salam takziah, Alfie.

Wassalam.
- Leenz

28 December 2019 - 1:00pm

No comments:

Post a Comment