Assalamualaikum.
Seketika aku termenung sendirian di balkoni bilik sambil melihat pemandangan sekitar kawasan rumahku. Tenang. Aman. Damai. Itulah yang aku dapat gambarkan tapi...kenapa pemandangan itu tak sama dengan perasaan hati dan fikiran aku ini? Serabut. Kacau. Bilau. Entah apa yang aku fikirkan sejak kebelakangan ini? Terlalu banyak masalah yang terjadi dalam hidup aku selama ni. Dan aku sedar, masalah itu semua hanya mampu diselesaikan oleh aku sendiri namun apalah daya...aku lemah. Aku kalah dengan semua itu. Yang aku mampu hanya mengenang nasib diri yang tak pernah bahagia.
Mungkin orang lain melihat aku sebagai seorang wanita yang tegar, bersemangat dan ceria walhal... semua itu palsu belaka. Aku sering berpura-pura di hadapan orang supaya orang lain tak tahu apa yang aku pendamkan dalam hati ini.
Kadang, aku cemburu melihat orang lain tertawa bahagia bersama keluarga tercinta. Sedangkan aku? Walaupun aku masih punya keluarga yang sempurna tapi apalah arti semua itu? Aku diibaratkan tidak punya siapa-siapa lagi waimah orang tua sendiri. Hidup aku seakan porak peranda. Aku hidup seperti di dalam penjara. Bukan ini yang aku mahukan. Aku mahu hidup seperti orang lain. Bergurau senda dengan orang tua dan adik beradik yang lain. Aku cemburu dengan mereka. Aku ingin seperti mereka. Ingin sekali aku duduk semeja berborak, bergurau dan tertawa bahagia bersama keluarga seperti dulu. Kini, aku seakan disisihkan. Tapi tak mengapa, lebih baik begini dan aku redha dengan ketentuan takdir dan aku percaya akan ada hikmah di sebalik apa yang Kau telah aturkan dalam hidup aku ini. Insyaallah.
Wasalam,
Leenz
09 Mac 2019 - 2.40pm
No comments:
Post a Comment