About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

30 October 2019

Game berhantu?

Assalamualaikum.



Kita sering kali dimomokkan dengan cerita-cerita mistik suatu ketika dulu sehingga kini kita sering menjadi takut sekiranya terdapat bunyi-bunyi aneh yang ada disekeliling kita. Namun ada juga yang beranikan diri untuk mencari tahu, tetapi ada juga yang tidak berani. Sebenarnya diorang semua juga adalah makhluk Allah S.W.T. Siapalah kita nak menafikan? Eh jap. Apa ni?

Back to the topic. Aku malas nk buat prolog, jadi kita terus ke cerita asal. Seperti malam-malam biasa, aku akan bermain game online yang sedang popular dikalangan masyarakat kita tak lain tak bukan, adalah Player Unkwown Battle Royale atau lebih mudah dikenali sebagai sebutan Pab-ji (PUBG). Permainan ini bergenre battle royale (peperangan) dimana yang para pemain dia boleh bermain dengan 100 orang sekaligus secara online. Dalam permainan ni, pemain juga boleh bermain secara sendiri (solo) atau berdua (duo) ataupun berempat (squad). Hmm bukan tadi aku dah cakap tak nak buat prolog (intro) ke? Err...

Okay, berbalik pada tujuan asal penulisan kali ni. Aku bukan nak cerita yang game ni berhantu sampai orang lain tak boleh nak lepas pandang, hmm itu normal kot. Ceritanya macam ni, malam tadi around jam 1.00 pagi (anggaran), aku baru lepas habis layan Pubg. Selepas aku off game, aku settlekan kerja aku yang bertangguh sebelum aku balik kerja tadi. Well, bawak balik kerja dah jadi kebiasaan aku, lepas tu bila aku off game, aku on pulak Discord. Err...discord ni sejenis aplikasi yang membolehkan pengguna bercakap antara satu sama lain melalui internet. Asalnya aplikasi ni digunakan untuk pemain yang sedang bermain permainan video. Macam game dulu-dulu tak ada komunikasi sesama pemain kan? Jadi discord boleh menghubungkan gitu la. Sekarang discord ni dah dikira sebagai alat penghubung sama ada sedang atau tidak bermain game. Okay, jadi bila aku on discord ni, aku tengok ramai jugak yang online, boleh dikatakan diorang yang sedang layan game tengah berada di dalam discord. Walaupun aku tak bermain, tapi aku tetap nak join discord diorang. Kononnya sebagai peneman gitulah. Sedang aku enak melayani perbualan kosong diorang, tak semena mena, aku terdengar suara perempuan menangis. PEREMPUAN MENANGIS tau! Bunyi dia sayup2 je. Aku fikir diorang yang ada kat dalam discord tu yang saje nak buat-buat menangis ke ape, rupanya TAK! Aku tanya diorang siapa yang menangis dan kenapa menangis, masing-masing cakap tak ada dengar orang menangis. Maigadddd. Masa ni dah meremang bulu tengkok. Aku tak tunggu lama. Aku terus off dari discord dan siap-siap masuk tidur. Kalau aku melayan, entah apa akan jadi seterusnya. Allahu.

Esoknya, aku terjaga dari tidur agak awal sikit sebab aku mimpi buruk malam tadi. Mimpi seram. Damn! Semuanya gara-gara suara perempuan menangis tulah. Then, aku tanya lagi kat diorang melalui aplikasi whatsapp. Tapi tak seorang pun perasan / dengar suara menangis tu. Aku terkedu weh. Kenapa aku sorang je yang dengar? Aku tak puas hati sebab perbualan dalam discord semalam tak dapat dirakam. Mujur seorang streamer yang sering buat live di facebook ketika dia bermain game bagi tahu suruh check live, dimana kebetulan dia sedang live sambil bermain game sambil berbual bersama para pemain melalui discord semalam. Dari situ aku terus tengok balik live semalam and YESSSS! Suara perempuan menangis tu masuk dalam live! Aku suruh diorang sama-sama check live tu dan diorang pun dengar suara menangis tersebut. Jadi dah terbukti aku tak buat cerita. Dan benda tu memang betul-betul terjadi. Persoalannya, siapa yang menangis?

Satu hari ni aku tak boleh nak fokus pada kerja hanya sebab memikirkan tentang suara menangis tu. Allahuakbar. Semoga aku dan kalian dilindungi-Nya. Amin.

Oh, by the way... untuk yang nak dengar sama-sama suara tersebut, korang boleh klik kat link ni:-

⇒ Suara perempuan menangis di dalam discord (skip ke minit ke 1:56:06)
    ➤ minit 1:56:06 (perempuan ketawa sinis)
    ➤ minit 1:56:07 (perempuan menangis)

Harap-harap malam ni tak ada lagi kejadian-kejadian mistik macam ni. Insyaallah.

Wasalam.
- Leenz
30 October 2019 - 4:10pm

No comments:

Post a Comment