About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

15 June 2016

Yahoo Messenger will be closed?

Assalamualaikum.


Korang tahu apa itu Yahoo Messenger? Yahoo Messenger ataupun singkatannya YM / Y!M ni adalah seperti sebuah laman sosial program pengirim pesanan untuk berhubung dengan kawan-kawan maya yang ada di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Seluruh dunialah senang cerita. Sama ada korang saling kenal mahupun tidak. Jadi YM ni diwujudkan untuk tujuan ni lah. Sebelum wujudnya facebook, myspace, whatsapp, wechat ni, YM nilah yang jadi kegilaan ramai anak muda pada tahun 90an selain MiRC.


Untuk menggunakan aplikasi YM ni, korang perlu ada alamat emel untuk korang log masuk supaya dapat berhubung dengan rakan-rakan korang di dunia maya.

(Image from Mr.Google)
Nah, sebelum korang nak memulakan chat, korang mestilah kena download dulu benda alah ni kan. Lepas dah download dan muncul kotak macam ni, barulah korang boleh log masuk. Sebelum log masuk, haruslah ada Yahoo ID. Sebab tu korang kena buat alamat emel dulu. Tak kisah korang nak letak nama apapun, janji boleh log masuk. Tang password, jangan pulak korang letak password entah apa-apa / panjang2 sampai korang sendiri lupa password. Dah jadi menyusahkan diri sendiri, kannnn.

(Image from Mr.Google)
Haa...ini pulak contoh Yahoo ID yang berjaya login. Nampak tak friendlist dalam gambar tu? Korang klik salah satu dari nama-nama tu, then korang boleh mulakan chat dengan individu tersebut. Itu yang aku panggil single chat.

(Image from Mr.Google)
Selain single chat, korang boleh pergi ke Room lain untuk mencari lebih ramai lagi kawan dari bermacam tempat. Korang pilih jelah nak join yang mana satu pun. Serata dunia!

(Image from Mr.Google)
Hah, itu jelah yang mampu aku tunjukkan untuk basic. Kalau bahasa YM, diorang panggil benda alah ni "togel". Maksudnya, dia masuk tanpa ada apa-apa shield. Tak ada perisai. So, kalau kena "boot" (sejenis aplikasi menendang / mengeluarkan chatters dengan menggunakan aplikasi istimewa) dengan otai, boleh jahanam pc / komputer korang.

Untuk itu, dengan adanya aplikasi lain seperti Yahaven, Y!Epic, Yazak, Y!Supra, dan sebagainya. Dengan aplikasi-aplikasi yang aku sebutkan tadi tu boleh bertahan dari kena sepak terajang keluar dari Room yang korang join tu. Kalau orang yang dah pro, diorang lebih tahu cara-cara nak lawan balik atau nak stay kat dalam Room tu lebih lama. Based on experience memasing lah kan.

So, sekarang ni aku nak beritahu yang YM akan ditutup tak lama lagi. Kalau tak silap, officially closed on 5th August 2016. Huaaaa *icon menangis*

(Image from Mr.Google)
Aku sedih bukan apa, dari YM-lah aku dapat banyakkkkkkkkk kengkawan yang gila-gila. Dan dari YM jugalah aku kenal erti bahan membahan. Muahahaha. Aku start join YM dari tahun 2004 kot kalau tak silap aku. Masa tu umur aku baru 14 tahun. Baru-baru nak kenal dunia YM. Sampailah 2014, barulah aku stop main benda alah ni sebab masa tu dah tak boleh join Room and borak ramai-ramai. Aku dapat tahu yang YM akan ditutup ni pun dari salah sorang chatters yang kini dah jadi kawan rapat aku iaitu Cik Mawar Biru / Cik Sepet. Dia yang tag aku pasal benda ni.


Hmm...how much I miss that moment... Kalau zaman YM dulu, aku suka jadi "Pak Guard" kat room Johor: 3 tu. Dari pagi sampai ke malam, aku akan park ID aku. Selagi tak kena sepak, selagi tulah aku tetap ada dalam tu dengan menggunakan aplikasi Y!Supra. Kadang-kadang tu sampai room dah tak ada orang pun, aku tetap bertapak dalam tu. Haha gila tak gila kan? Bila bosan, barulah aku jenjalan pergi ke room lain. Kadang sampai ke room Indonesia. Masuk-masuk je dah kena tendang. Terer betul diorang ni. Tapi, siapalah aku... hanya chatters biasa yang malu nak pamerkan diri pada umum. Huahuahua ayat gua tak boleh blah. Pernah jugak aku jengah masuk ke room Johor: 1, kat sana memang tempat berkumpulnya otai-otai. Fuhh...sampailah ada satu chatters ni, kalau dia ada, aku mesti blah dari situ. Yelah, mulut dia memang puaka, kalau bahan orang tak peduli perasaan orang. Sebab tu aku benci gila dengan dia. Kalau boleh memang nak elakkan diri dari dia.

Tapi...siapa sangka, setelah bertahun tinggalkan dunia YM, kini chatters yang aku benci gila dulu tu rupa-rupanya calon jodoh aku. Hahahaha. Padan muka kau Leenz! Itulah orang cakap jangan benci sangat kat orang, nanti jadi suka. Bila aku dah kenal dengan si mulut puaka ni baru aku tahu yang dia ni takdelah teruk manapun. Aku ni je kekadang salah menilai orang. Sorry encik boyfriend.

So, itu jelah yang aku nak kongsi dengan korang hari ni.

Korang boleh baca artikel tentang YM akan ditutup tu di sini: Siakap Keli / ScoopWhoop

Kalau korang nak tahu tentang apa itu Yahoo Messenger, klik Wikipedia (EN) / Wikipedia (ID)

P/S: Weh, katanya ada produk baru yang diorang akan lancarkan pada 5 Ogos nanti untuk menggantikan Yahoo Messenger yang bakal terkubur ni, betul ke?

Wassalam.
-Leenz

No comments:

Post a Comment