(Image from Mr. Google) |
Ok, back to topic! Sebab itulah aku
(Image from Mr. Google) |
1. Adanya reunion di tengah-tengah lautan manusia.
- Dekat bazarlah korang akan jumpa dengan kawan-kawan / saudara mara yang jarang-jarang korang jumpa. TAPI, kot ye pun nak ber-reunion dengan diorang tu semua, tak perlulah korang block kat tengah-tengah jalan tu macam jalan tu korang yang punya. Kalau nak bertanya khabar sekalipun, tak perlu ambil masa lama sampai sejam dua jam kat tengah jalan tu sebab otomatik orang lain akan hilang sabar, terpaksa berhimpit dengan pengunjung yang lain sebab nak bagi ruang pada korang JE! Nak borak lama-lama, datang rumah. Boraklah korang sampai ke pagi pun tak kisah. Rumah korang, bukan rumah aku.
2. Berbaris di sepanjang gerai.
- Yang spesis ni pulak lain kategori. Diorang tak buat jem di tengah jalan tapi diorang 'menakluki' keseluruhan gerai tersebut dengan kaum kerabat yang datang bersama dengan diorang. Kalau gerai tu sepanjang jalan, sepanjang jalan jugaklah diorang berdiri depan juadah tu padahal tak membeli pun. Kalau korang nak menunggu kawan korang beli juadah, tunggu kat tepi je tak boleh ke? Tak perlulah korang pun dok sebok kat depan gerai tu walhal tak membeli apapun. Orang lain pun sedang tunggu giliran nak membeli jugak.
3. Cakap tak serupa bikin.
- Konon-konon tunjuk kuih ini kuih itu, lagak macam nak beli semua padahal beli satu jenis je. Dan ada jugak jenis yang suka menyusahkan orang lain. Orang tu siap dah bungkuskan, bila tengok juadah ditempat lain lagi sedap, dan-dan pulak korang tak jadi nak beli. Pindah pulak ke gerai sebelah. Tak baik tau kecewakan hati penjual yang mencari rezeki sesuap nasi. Selain tu, ada jugak yang acah-acah nak beli, siap dah singgah tapi last-last korang blah dengan muka tak bersalah. Hmm...terasa aku.
(Image from Mr. Google) |
- Walaupun aku ni perempuan tapi aku tak suka tengok perempuan jenis bajet cun, bajet hot, bajet seksi ni! Aku sangat tak paham kenapa spesis macam ni boleh ada kat bazar Ramadan? Nak cantik tak salah, tapi motif korang pergi bazar tu untuk cari juadah atau cari dosa? Dengan baju ketat korang, mekap korang, rambut karat korang, lentik liuk korang. Nak tunjuk kat siapa? Nak cari perhatian dari lelaki-lelaki bujang yang meniaga kat bazar tu? Itupun kalau diorang pandang koranglah. Tapi, ada jugak jenis, kita senyum kat dia tapi dia balas dengan muka berlagak dia. Fuhhh cantik betul perangai. Haishhh, korang ni buat kurang pahala orang lain je.
5. Bencinta
- Yang macam ni pulak jenis jalan lambat-lambat. Macam orang bercinta. Jalan perlahan-lahan macam jalan tu kau punya sorang. Kita ke kanan, dia pun ke kanan. Kita ke kiri dia ke kiri. Aku tendang kang, marah pulak.
6. Signal!
- Ahaaa...yang ni paling aku tak suka. Tengah sedap-sedap korang jalan sambil tengok juadah kanan kiri, tiba-tiba orang depan kau berhenti! Kau rasa? Kalau tak terlanggar takpa, tapi kalau terlanggar orang depan dan orang belakang pulak langgar korang? Dah boleh bukak gelanggang kat tengah-tengah bazar tu. Kot ye pun nak berhenti beli juadah, berilah signal masuk dulu ke ape ke. Ini main berhenti tetiba... Kalau terlanggar kang tau marah.
7. Don't judge book by it's cover
- Kali ni aku tuju pada si penjual pulak. Janganlah korang menilai sesuatu benda tu dengan pandangan mata korang. Aku ambil contoh, juadah karipap. Kebanyakan orang lebih suka karipap sardin kan? Termasuklah aku. Korang memang nampak karipap tu gebu, gemok, garing tapi hakikat sebenar, isi dalam tu hanyalah bawang! Bukan sekali, dua kali tapi berkali-kali aku dah terkena. Puas aku cari isi sardin tersebut tapi tersesat di dalam lautan bawang. Huh! Kalau nak menjual tu biarlah ikhlas. Kalau karipap sardin, isi la sardin tu banyak sikit. Kalau karipap tu isi bawang, tulis la kat tempat harga tu isi bawang. Tak adalah korang mengecewakan para pembeli.
Hmm...perut pun dah lapar ni tapi masih ada beberapa jam je lagi nak buka puasa. Lambatnyaaaaaaa!
So, aku tamatkan kat sini jelah ye. Eh, sebelum terlupa...apa yang aku bebelkan tadi hanya suka-suka sahaja. Janganlah korang ambil hati ye. Peace!
Selamat berpuasa yo!
Wassalam.
- Leenz
No comments:
Post a Comment