About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

19 June 2016

Resepi: Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum.

(Image from Mr. Google)
Resepi Kuih Bakar Pandan / Kuih Kemboja

Bahan-bahan:-
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (daun pandan yang telah dikisar)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
2 sudu mentega makan / minyak sapi
3 biji telur
1 / 2 sudu garam
Sedikit pewarna hijau. (jika perlu)
Bijan


Cara membuatnya:-
Campurkan kesemua bahan kecuali bijan. Adukkan bahan yang telah dicampur tadi hingga sebati.


Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk aluminium / loyang dan bakar hingga masak. (Sekiranya pakai loyang, oleskan dahulu minyak di atas loyang sebelum mula membakar)


Taburkan bijan diatas adunan tadi kemudian bakar pada suhu 180 C sehingga warnanya menjadi kekuningan / garing (lebih kurang 40 minit).



Dan siap!


Finally berjaya jugak aku buat kuih ni dengan kederat sendiri. Before this mesti nak kena tanya my mom macam mana nak buat ini itu.

Dah itu je, esok-esok aku share benda lain pulak. Bye!

Wassalam.
- Leenz

2 comments:

  1. Alina Aisha Abu Bakar3 January 2017 at 21:00

    Assalamualaikum tkasih kpd adik kerana kongsi kuih yang sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Hi kak Alina, maaf baru sempat baca n reply komen kak Alina. Terima kasih jugak untuk kak Alina sebab sudi singgah di blog saya. Have a nice day!

      Delete