About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

30 June 2016

Cerpen: Umayra

Umayra.

  “Tunggu. Pernikahan ini tak boleh diteruskan.” ujar Ardiana sekaligus mengejutkan para tetamu dan keluarga yang hadir di acara pernikahan Redza dan Umayra. “Kenapa ni Diana?” tanya Umayra, terpinga-pinga melihat tindakan nekad sahabatnya, Ardiana yang bertindak menghalang pernikahan tersebut. Ardiana hanya terdiam sambil memandang kearah pengantin lelaki, Redza Fahryan. “Maafkan aku, Mayra.” ujar Ardiana sambil tertunduk sedih. Redza bangkit dari tempat duduknya tadi dan mendekati Ardiana untuk mendapatkan penjelasan dari gadis itu. “Saya sayangkan awak, Reza.” Penjelasan Ardiana membuatkan suasana menjadi hinggar-binggar. Ruih sekali. Umayra terkaku diam disitu. Terkedu apabila dia mendengar ucapan dari mulut Ardiana, sahabat baiknya sendiri. “Maafkan saya.” ujar Ardiana sambil menarik Redza keluar dari perkarangan rumah yang sepatutnya menjadi saksi pernikahan Redza dan Umayra. Lebih memeritkan hati Umayra apabila melihat sahabat baik yang sangat dia percayai telah mengkhianatinya di hadapan keluarga serta tetamu yang hadir di majlis itu. “Kenapa baru sekarang kau nak mengaku...” gumam hati kecil Umayra. Air matanya menitik satu persatu. Ibu Umayra cuba memujuk hati anaknya walaupun mereka sedikit terkilan apabila melihat bakal menantu mereka telah dibawa lari oleh sahabat Umayra sendiri.

  Umayra membelek-belek barang hantaran yang sepatutnya diberi pada pihak lelaki siang tadi. Apabila dia terkenang kembali dengan apa yang terjadi pada siang tadi, Umayra langsung membuang hantaran tersebut ke lantai sehingga pecah berderai. Ibu Umayra yang berada di tingkat bawah langsung naik ke bilik Umayra kerana mendengar bunyi kaca pecah. “Ya Allah, apa dah jadi ni Mayra.” ujar Datin Melia, ibu Umayra apabila melihat barang-barang hantaran bertaburan di lantai. “Datin, tadi saya dengar bunyi kaca pecah dari tingkat bawah…” kata-kata Bik Anum terhenti apabila melihat keadaan bilik anak majikannya, Umayra. “Ya  ampun, ini kenapa dilempar semuanya kebawah?” tanya Bik Anum sambil mengemas. “Bik, buang semuanya. Saya tak nak tengok semua barang ni ada dalam rumah ni lagi.” arah Umayra sambil menarik selimut menutup muka dan tubuhnya. Memberi amaran agar dirinya tidak mahu diganggu. Selepas Bik Anum menyelesaikan tugasnya, dia langsung menutup lampu bilik Umayra dan menutup kembali pintu bilik anak gadis itu. Umayra menangis teresak-esak di balik selimut yang menyelimuti tubuhnya. Terkilan dengan kelakuan sahabat baiknya yang nekad merampas Redza dari hidupnya.

*** *** ***
  Selepas seminggu berkurung di dalam rumah dengan wajah yang tidak terurus dan badannya sedikit susut, akhirnya Umayra bangkit kembali dengan semangat baru. Tidak guna untuk dia menangisi apa yang telah terjadi dalam hidupnya selama ini. “Selamat pagi semuanya.” ujar Umayra sambil meletakkan beg tangannya di kerusi kosong di sebelahnya. Datin Melia sedikit terkejut melihat anak gadisnya kelihatan sangat ceria pagi itu. Bik Anum hanya tersenyum apabila melihat Umayra telah kembali ceria seperti selalu. “Hmm…sedapnya bau!” ujar Umayra sewaktu melihat Bik Anum membawa mangkuk yang berisi mee goreng itu. Datin Melia senang hati apabila dia dapat melihat kembali senyuman anak gadisnya itu. “Ibu tak kerja hari ni?” tanya Umayra apabila hairan melihat ibunya ada di rumah. Biasanya Datin Melia jarang terlihat ada di rumah kerana sibuk menguruskan butik dan juga produk kecantikannya. “Petang sikit baru ibu pergi butik.” ujar Datin Melia yang tak lekang melihat wajah anak gadisnya. “Kenapa ibu tengok Mayra macam tu? Make up Mayra tebal sangat ye bu?” tanya Umayra sambil membelek-belek wajahnya. Datin Melia tersenyum dengan keletah Umayra. “Anak ibu selalu nampak cantik. Lebih cantik kalau dia selalu tersenyum manis macam ni.” ujar Datin Melia sambil mengusap wajah Umayra. Umayra tersenyum malu apabila dipuji sedemikian. “Udah mulai kerja lagi?” tanya Bik Anum sambil menuangkan kopi panas di cawan Umayra. “Iya bik. Kesian diorang buat kerja tanpa saya. Entah apalah yang jadi dengan butik tu sekarang.” ujar Umayra sambil membuat mimik muka sedih. Profesionnya sebagai fashion designer dan wedding planner yang diwarisi dari ibunya telah membuatkan dia berjaya membuka sebuah butik pakaian dan bridal atas namanya sendiri. 

*** *** ***

  “Sofia Umayra!” jerit Fatihah, salah seorang pekerja merangkup teman gosipnya. “Kenapa nak datang tak beritahu?” tanya Fatihah. Umayra bercekak pinggang. “Kenapa nak kena beritahu pulak? Inikan butik aku, suka hati akulah nak datang bila-bila masa pun. Apasal kau tanya macam tu? Kau ada buat hal dengan customer ye?” tanya Umayra sambil mensyaki sesuatu. Fatihah kelihatan panik. “Eh, tak adalah. Cuma…” Fatihah tak sanggup meneruskan kata-katanya. Umayra menjengil mata. “Cuma hari tu dia termarah customer sebab ada customer tu cerewet sangat. Ini tak kena, itu tak kena. Last-last customer tu blah macam tu je. Lagipun siapa tahan kalau semuanya tak kena kat mata dia. Tak rugi pun kalau dia blah.” celah Ryan, lelaki berpewatakan lembut yang bekerja di butik Umayra. “Aku ingat pasal apa tadi. Korang ni buat aku risau je.” ujar Umayra sambil membelek buku catatannya. “Sofia…aku simpati dengan apa yang jadi pada hari pernikahan kau tu ye. Tergamak diorang buat macam tu pada kau.” ujar Fatihah yang lebih suka memanggil Umayra dengan nama Sofia. Umayra terdiam seketika. “Aku datang butik ni sebab nak settlekan kerja. Kalau kau nak ungkit pasal tu, lebih baik aku balik.” ujar Umayra, pura-pura merajuk. “Ok, ok. Aku minta maaf. Aku janji aku tak akan cakap pasal tu lagi.” ujar Fatihah dengan gelabah. Ryan tertawa kecil apabila menyedari bahawa Umayra sedang mengenakan 
Fatihah. Tahu benar dia dengan perangai nakal Umayra.

  “So, disebabkan aku tinggalkan korang selama seminggu ni, apakata lunch ni aku belanja korang? Korang cakap je nak makan apa dan di mana.” ujar Umayra yang memang terkenal dengan sifat pemurah hatinya itu. Fatihah bersorak kegirangan. “Murah rezeki kau, Fia.” ujar Fatihah. Tengahhari itu mereka membawa Umayra kesebuah restoran makanan jepun yang baru dibuka tidak jauh dari butik mereka. Entah kenapa hati Umayra seakan berat untuk kesana tetapi kerana dia telah berjanji dengan pekerjanya, dia ikutkan sahaja.
  Rasa tidak sedap hatinya akhirnya mendapat jawapan. Tanpa disedari, ternyata Redza, bakal suami yang dilarikan oleh sahabat baiknya berada di situ bersama si perampas, Ardiana. “Mayra, aku minta maaf.” ujar Ardiana setelah menyedari kehadiran Umayra disitu. Umayra pura-pura tidak mendengar dan menikmati hidangan yang telah sampai beberapa minit sebelum kedatangan Ardiana disitu. “Please Mayra…” rayu Ardiana. “Kau ni tak ada adab ke? Tak nampak kitorang tengah makan? Jangan ganggu kami and please mind your own business!” tegas Umayra. Redza memujuk Ardiana supaya kembali ke mejanya. Hati Umayra bagai dicarik-carik melihat layanan Redza terhadap Ardiana. Otaknya tak habis fikir kenapa Ardiana setega itu menyakiti hatinya walhal hubungan mereka ibarat adik beradik. Tidak sedikit pun dia merasa bahawa Ardiana akan mengkhianatinya sedemikian. Entah bila mereka bercinta sehingga dia sendiri tidak menyedari hubungan keduanya itu telah lama dibina tanpa pengetahuannya. Selera makannya seakan hilang selepas diganggu oleh kehadiran orang-orang yang dia benci. Ryan dan Fatihah hanya mampu terdiam apabila melihat Umayra seperti kehilangan mood.

*** *** ***

  “Cuba teka siapa saya?” ujar seorang lelaki sambil menutup mata Umayra yang tadi khusyuk membaca di ruang tamu. “Siapa pulak main tutup-tutup mata ni? Lepaslah!” marah Umayra kerana rimas apabila diperlakukan sedemikian. “Amboi…garangnya dia sekarang.” Umayra ternganga apabila melihat Azrief Iyrfan, abang kandungnya berada di hadapan matanya. “Abanggggggg!” jerit Umayra sambil memeluk abangnya dengan erat. “Bila abang balik? Tak cakap dengan adik pun…” ujar Umayra sambil memuncungkan bibirnya. “Baru je sampai tadi. Lepas nampak adik ada kat ruang tamu, itu yang abang ingat nak surprise adik tapi tetiba abang pulak kena marah. Itu haa, beg pun abang belum sempat bawa masuk bilik tau sebab excited nak jumpa dengan adik punya pasal.” ujar Azrief Iyrfan atau lebih senang dipanggil Iyrfan. “Siapa suruh usik adik macam tu? Mati-mati adik ingat lelaki tak guna mana entah yang saja nak cari pasal dengan adik.” ujar Umayra, sempat menyindir seseorang. Iyrfan memahami maksud di sebalik kata-kata adiknya itu. “Abang dah dengar pasal tu. Abang simpati dengan nasib adik.” ujar Iyrfan sambil mengusap lembut kepala Umayra. “Ahh…sudahlah. Lelaki tu pun belum mati lagi, buat apa nak bersimpati bagai.” Iyrfan sedikit terkejut apabila adik perempuannya yang dulu sopan dan lemah lembut kini telah berubah sikap. “Tak payah nak buat muka terkejut sangatlah abang. Yang ada depan mata abang ni memang Mayra. Adik abang satu-satunya. Memanglah dulu dia nampak macam budak baik. But she’s not real because she fell in love with someone yang dah hancur lumatkan hati naluri kewanitaan dia.” ujar Umayra dengan sungguh-sungguh. Iyrfan tersenyum melihat keletah nakal adiknya.
     “Next week Iyrfan dah boleh mula kerja dengan ayah-lah?” tanya Dato Ariffin, ayah kepada dua beranak itu. “Insyaallah ayah. Adik, nanti boleh tolong hantarkan abang tak?” tanya Iyrfan kepada Umayra. “Pergi office?” tanya Umayra pula. “Bukan. Abang nak pergi jumpa kawan abang. Maklumlah, abang dah lama menetap kat Jordan sampai lupa jalan-jalan kat sini. Boleh ye?” ujar Iyrfan. “No problem. Janji ada upah.” ujar Umayra sambil tersenyum nakal. “Berkira pulak ye.” ujar Iyrfan sambil menggumam geram. Datin Melia dan Dato Ariffin tersenyum melihat gelagat anak-anak mereka. Sejak Iyrfan sambung belajar di Jordan dan menetap di sana selama beberapa tahun, rumah mereka menjadi sunyi tetapi kini tidak lagi apabila Umayra telah mendapat kembali teman gaduhnya iaitu Iyrfan.

“Betul ke kawan abang tu nak jumpa abang kat sini?” tanya Umayra sambil memerhatikan keadaan sekeliling. “Abang rasa betul. Haa…itupun dia dah sampai.” ujar Iyrfan sambil menunjuk kearah seorang lelaki berbadan tegap membawa beg sandang tepi dan bertopi. “Jom dik.” ujar Iyrfan. “Jom apanya?” Umayra terpinga-pinga. “Alah, kita lepaklah kejap.” ujar Iyrfan sambil memegang tangan adiknya ibarat sepasang kekasih. “Malaslah. Kan tadi abang suruh adik hantarkan abang je.” ujar Umayra sambil mencuba melepaskan diri namun genggaman tangan abangnya terlalu erat. “Apa khabar bro?” ujar kawan Iyrfan sambil menyalami Iyrfan. “Alhamdulillah, baik.” balas Iyrfan. “Aku ingat kau datang sorang tadi. Tak sangka pulak kau bawa awek Jordan datang sini sekali.” perli kawan Iyrfan. “Awek Jordan mana pulak kau maksudkan ni?” tanya Iyrfan sambil melihat sekeliling. “Yang kat sebelah kau tu bukan awek?” ujar kawan Iyrfan sambil menunjuk kearah Umayra. Iyrfan tertawa apabila menyedari tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan Umayra. “Bro, ni bukan awek Jordan. Ini awek Pakistan mana entah terlepas dari imigresen semalam.” usik Iyrfan. Umayra sempat mencubit abangnya kerana mengejeknya. “Sorry, abang gurau.” bisik Iyrfan. “Dhani, kenalkan ini adik aku, Sofia Umayra.” ujar Iyrfan. Dhani hanya tersenyum memandang Umayra. Dia tidak menghulur salam pada Umayra kerana dia tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. “Dik, inilah kawan abang, nama dia Iman Firdhani tapi panggil je dia Dhani.” Umayra membalas senyuman Dhani walaupun dia sedikit kekok apabila berjumpa dengan kawan abangnya. Iyrfan rancak berbual dengan Dhani manakala Umayra hanya mampu mendengar tanpa mencelah sedikit pun. Dhani menawarkan diri untuk menghantar Iyrfan pulang apabila melihat Umayra kelihatan sedikit penat dan meminta gadis itu pulang dahulu.

*** *** ***

  Sewaktu Umayra sedang mencari-cari parking berdekatan dengan butiknya, tiba-tiba sebuah kereta telah melanggar bahagian belakang kereta Umayra. Umayra langsung keluar dari kereta untuk melihat keadaan bumper keretanya yang dilanggar. Untung sahaja hanya sedikit calar dan kemik jika tidak, dia terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan tersebut. Pemilik kereta yang telah melanggar bahagian belakang kereta Umayra langsung tidak mahu keluar dari keretanya. Umayra mendekati cermin di bahagian pemandu dan mengetuk cermin tingkap kereta tersebut. Kelihatan pemandunya merupakan seorang lelaki. “Encik, lain kali tolong hati-hati.” ujar Umayra selepas cermin tingkap kereta tersebut diturunkan. “Siapa suruh kau lembab sangat bawa kereta.” balas lelaki itu. Panas telinga Umayra apabila mendengar kata-kata lelaki itu. “Awak dah nampak saya tengah cari parking tadi, saya siap dah bagi signal kot. Yang awak tetiba langgar kereta saya kenapa? Buta ke?” amarah Umayra membuatkan lelaki tersebut tercabar. Lelaki itu terus membuka cermin mata hitamnya dan menjeling kearah Umayra. “You take this, and shut your mouth.” ujar lelaki itu sambil menghulurkan beberapa keping not RM50.00 kepada Umayra. Umayra terkejut melihat wajah lelaki itu. “Dhani?” lelaki itu hanya terdiam. Sebelum lelaki itu berlalu pergi, Umayra sempat menahan. “Saya tak peduli walau siapapun awak. Saya tak perlukan duit ni. Yang saya nak, awak minta maaf dengan saya.” ujar Umayra sambil memulangkan kembali duit yang diberi oleh lelaki itu tadi. “Tak nak sudah.” ujar lelaki itu sambil berlalu pergi tanpa mempedulikan Umayra yang terpekik-pekik memanggilnya. “Kurang ajar betul! Aku tak peduli sama ada dia tu kawan abang aku ke atau siapapun dia, aku nak dia minta maaf!” gumam Umayra.
“Bos, kenapa pagi-pagi lagi dah monyok je muka ni? Tak manislah.” tanya Ryan apabila dia melihat wajah majikannya muram sahaja. “Tadi ada orang langgar kereta aku. Lepas tu tak reti minta maaf. Aku hanginlah.” jawab Umayra. Ryan ternganga. “Habis tu bos ada cedera apa-apa tak? Kereta ada rosak ke?” tanya Ryan dengan cemas. Umayra kelihatan tenang sahaja. “Kemik dan calar sikit je. Itu aku tak kisah sangat. Paling tidak pun, say sorry ke, bagi penjelasan ke. Ini tidak, boleh pulak dia buat aku tambah hangin. Siap panggil aku lembab lagi. Huh!” marah Umayra sambil mengepam penumbuk seakan-akan ingin menumbuk wajah lelaki yang telah melanggar keretanya tadi.

“Kenapa bumper kereta adik tu?” tanya Iyrfan sambil membasuh kereta kesayangannya, Mazda RX-8 Sport. Ketika Umayra sedang memasuki perkarangan rumah, dia sempat melihat ada kecacatan di kereta adiknya. “Abang pergilah tanya kawan abang tu apa yang dia dah buat dengan kereta adik.” ujar Umayra dengan penuh perasaan sebal. Iyrfan terpinga-pinga. “Dhani ke?”

*** *** ***

“Kenapa tiba-tiba nak jumpa dengan aku ni? Bunyi macam penting je.” tanya Dhani sebaik sahaja sampai di tempat yang dijanjikan oleh Iyrfan. “Kereta adik aku tu macam ada orang langgar. Aku tanya dia siapa, dia tak nak beritahu. Dia suruh aku tanya dengan kau. Kau ke yang langgar kereta dia?” pertanyaan Iyrfan membuatkan Dhani garu kepala. Terpinga-pinga apabila tiba-tiba namanya terbabit. “Aku jumpa dia sekali tu jelah yang masa dengan kau. Lepas tu mana ada aku jumpa dia lagi.” ujar Dhani. “Betul ni? Hmm…kalau bukan kau orangnya, habis siapa? Kawan yang aku kenalkan pada dia cuma kau sorang jelah.” Iyrfan juga terikut menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Aku rasa aku tahu siapa.” ujar Dhani sambil tersenyum sumbing. Iyrfan tertanya-tanya. “Mungkin adik kau confuse antara aku dengan Dhaus.” Iyrfan menepuk dahi apabila mendapat jawapan di sebalik persoalannya. “Aku pun rasa macam tu.” Iyrfan tersenyum puas. “Apapun, aku minta maaf bagi pihak adik aku tu. Kau pun tahu jelah perangai si Dhaus tu, manalah dia nak mengalah dengan perempuan. Ego tinggi. Aku dah penat nasihatkan dia supaya jangan berkasar dengan perempuan.” ujar Dhani sambil mengeluh kecil. “Takpa bro, aku faham. Adik aku tu pun kadang tak nak mengalah bila dah lantang bersuara.” ujar Iyrfan.

“Adik, kawan abang dah minta maaf tentang kereta adik tu.” ujar Iyrfan apabila melihat kelibat Umayra di ruang tamu. “Perangai tak semegah rupa.” perli Umayra. Iyrfan hanya terdiam apabila adiknya sudah mula mengomel. “Esok abang hantar adik ye? Kereta adik masih di workshop kan.” ujar Iyrfan sambil memujuk adiknya. “Tak payah. Adik dah suruh Ryan ambil adik.” ujar Umayra tanpa memandang sedikit pun kearah Iyrfan. “Tak apalah kalau macam tu. Abang nak masuk tidur dulu. Selamat malam.” ujar Iyrfan. Dia sempat mengeluh dengan sikap Umayra yang semakin hari semakin keras kepala.

*** *** ***
  Hari pertama Iyrfan bekerja di syarikat milik ayahnya, berbagai jenis hadiah yang dia dapat dari staf-staf perempuan disitu. Pelbagai cara mereka cuba lakukan asalkan dapat mendekati Iyrfan dan menarik perhatian lelaki itu. “Encik Iyfran hari ni lunch dengan siapa?” tanya Nadine, receptionist di pejabat itu. “Err…saya tak tahu lagi.” ujar Iyrfan, kekok. “Kalau Encik Iyrfan tak kisah, nanti kita boleh lunch sama?” Iyrfan hanya mampu tersenyum tawar dengan tawaran Nadine. Terasa rimas dirinya apabila staf-stafnya seakan cuba mengambil kesempatan. Iyrfan langsung masuk ke pejabatnya dan mencapai telefon pintarnya. Nombor Umayra didail.

“Ye cik, boleh saya bantu?” tanya Nadine sewaktu Umayra sampai di pejabat abangnya. “I nak jumpa dengan boyfriend I.” ujar Umayra, selamba. “Maaf, boleh saya tahu siapa?” tanya Nadine. Umayra bercekak pingang. “Ini first and last I mention nama dia, Azrief Iyrfan. Remember that!” ujar Umayra dengan tegas. Nadine terkejut apabila mengetahui bahawa lelaki idamannya ternyata sudah mempunyai buah hati. “Cik boleh masuk ke pejabatnya sekarang.” ujar Nadine dengan perasaan kesal. Umayra sengaja pura-pura sombong dengan staf-staf disitu. Mengikut cerita dari abangnya, dia menjadi lemas dengan godaan dari staf-staf perempuan yang tidak habis-habis mencari perhatian darinya.
  “Apahal suruh adik datang sini? Nasib baiklah tak ramai customer kat butik tadi.” ujar Umayra sambil merehatkan badannya di sofa yang terdapat di sudut hujung pejabat abangnya. “Firstly, thank you for coming. Second, thanks too sebab sudi merelakan diri untuk berlakon sebagai girlfriend abang yang 'garang'.” ujar Iyrfan sambil mengambil tempat di sebelah adiknya. Umayra mencebik. “Diorang kacau abang eh?” tanya Umayra, mencari kepastian. “Tak adalah kacau tapi…” Umayra langsung memotong penjelasan abangnya. “Tapi diorang cuma nak menggatal dengan abang, kan? Sudahlah, adik dah tahu semuanya. Berkat novel yang adik baca dan drama di televisyen tu dah bagi jawapan pada adik. Kalau bukan abang tu hensem sangat, tak adanya diorang nak dekat. Cuba kalau muka abang sememeh je, adik pun taknak ngaku abang ni boyfriend adik. Euww.” seloroh Umayra. Iyrfan mencubit pipi adiknya kerana sempat bergurau nakal. “Kat dalam novel dengan dalam drama tu pun sama macam situasi abang ni ye?” tanya Iyrfan, hairan apabila adiknya cuba mengaitkan jalan hidupnya dengan novel dan drama yang dia tonton. “Alah, biasalah tu. Kalau anak bos masuk pejabat, bonus muka tampan, badan tegap, perempuan mana yang tak suka? Nasib baik bukan adik yang kerja dengan ayah, kalau tak habis semua staf perempuan kat sini adik pecat.” ujar Umayra dengan angkuh. “Fuhh…nasib baik ayah tak ajak adik kerja dengan dia. Lagipun adik ada bisnes sendiri kan? Haa…jangan berangan nak ambil tempat abang.” ujar Iyrfan, sempat menyekeh kepala adiknya. “Dah, jom kita pergi lunch dengan ayah sekali.” ujar Iyrfan. Umayra bersorak keriangan. Jarang sekali untuk dia dapat makan tengah hari bersama ayahnya.
  Sewaktu Iyrfan turun ke lobi bersama ayahnya dan Umayra, staf-staf perempuan yang melihat kemesraan mereka bertiga mulai merasa cemburu apalagi Nadine yang menyangka bahawa Umayra itu adalah girlfriend Iyrfan. Dan Umayra terlihat sangat mesra dengan Dato Ariffin, ayah Iyrfan. Sengaja Umayra menunjukkan kemesraan tersebut dengan memaut lengan ayahnya dengan manja di hadapan staf-staf perempuan tersebut. “Kalau ibu ada sekali, kan lagi best.” ujar Umayra. Iyrfan tersenyum mendengar harapan Umayra. Sayang sekali, ibu mereka juga mempunyai kesibukan masing-masing.

*** *** ***

  Sewaktu Umayra berada di lampu trafik, kelihatan seorang lelaki yang sangat dia kenali. “Kau!” jerit Umayra kearah kereta yang berada disebelahnya namun tidak diendahkan oleh pemandu lelaki tersebut. Umayra nekad untuk mengikuti lelaki yang pernah membuat dia marah gara-gara telah melanggar bumper keretanya. Kereta yang dipandu lelaki itu menuju masuk ke kawasan perumahan elit. “Mamat kurang ajar ni anak orang kaya rupanya. Patutlah macam orang tak ada adab!” Umayra mengomel sendirian. Umayra memberhentikan keretanya tidak jauh dari rumah lelaki itu. Selepas kereta lelaki tadi masuk kedalam pagar, kelihatan seorang lagi lelaki sedang keluar dengan membawa plastik hitam berisi sampah untuk dibuang kedalam tong sampah yang telah disediakan di luar rumah. Umayra sedikit hairan apabila melihat lelaki yang dia lihat di dalam kereta tadi berpakaian lain, manakala lelaki yang baru sahaja keluar itu pula berpakaian lain. “Cepatnya dia tukar baju?” tanya Umayra, sendirian. Keliru dengan apa yang dia lihat, akhirnya Umayra membuat keputusan untuk pulang semula ke butik.

  Iyrfan terlambat untuk ke pejabat. Dia terlupa bahawa pagi ini dia harus menemuduga calon pekerja yang akan bekerja sebagai pembantu peribadinya. Dia kelihatan tergesa-gesa keluar dari rumah dan memecut secepat yang mungkin. Kecuaiannya membawa nasib malang pada seseorang. Dia dengan tidak sengaja terlanggar lopak air yang terdapat di hadapan perhentian bas sehingga tersimbah seseorang yang berada disitu. Menyedari bahawa dia hanya ada beberapa minit sahaja sebelum sampai ke pejabat, dia langsung meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan mangsa yang terkena simbahan air tersebut. Nasibnya baik kerana temuduga tersebut ditangguhkan lagi setengah jam. Iyrfan sempat menyiapkan beberapa kertas kerja untuk pembentangan pada esok hari.

*** *** ***

  Ketika Umayra sedang mengemas butiknya, dia terjumpa sebuah kotak berisi pelbagai kertas yang pernah dia simpan dengan sahabat baiknya dulu. Setiap helaian kertas itu mempunyai sebuah kenangan manis. Dibeleknya sehelai demi sehelai.

“Kau suka dia ke? Kalau suka, pergilah terus terang dengan dia.” - Ardiana
“Aku malulah.” – Umayra
“Kenapa nak malu pula? Kalau kau tak terus terang dengan dia, sampai bila-bila pun dia takkan tahu isi hati kau.”  - Ardiana.
“Baiklah, aku akan cuba luahkan perasaan aku pada dia. Terima kasih Diana!” – Umayra

  Umayra mengenali Ardiana sejak dari zaman bangku sekolah lagi. Waktu itu Umayra bersekolah pada sesi petang manakala Ardiana pula bersekolah pada sesi pagi. Walaupun umur mereka sebaya tetapi Ardiana telah mendapat kelas lompat kerana kepandaian yang dia miliki. Sejak dari hari tu, mereka berhubung melalui sehelai kertas yang ditulis oleh Umayra pada awalnya tentang perasaan dia terhadap seorang lelaki yang dia sukai iaitu Redza Fahryan, dan kemudian dibalas oleh Ardiana. Begitulah kehidupan mereka setiap hari persekolahan sehinggalah Ardiana mengajak Umayra untuk berjumpa dan mereka akhirnya menjadi sahabat baik. Umayra sering bercerita tentang hubungannya dengan Redza. Selain itu, mereka juga sering bertukar-tukar cerita. Suatu hari, sewaktu Umayra meminta Ardiana menemaninya untuk dia berjumpa dengan Redza, dalam diam ternyata Ardiana menyimpan perasaan terhadap Redza. Tetapi dia tepis jauh-jauh perasaan tersebut demi menjaga hati sahabat baiknya itu.
  “Bos, dah petang ni. Bos tak nak balik ke?” tanya Ryan, sekaligus mematikan lamunan Umayra. “Ya Allah…aku mengelamun sampai tak sedar dah nak masuk waktu maghrib. Kau baliklah dulu. Aku nak kemas-kemas ni kejap lepas tu aku baliklah.” ujar Umayra sambil menyusun kembali helaian-helaian kertas itu dan dimasukkan kembali ke dalam kotak tadi. Sejurus selepas dia menutup lampu dan mengunci pintu butiknya, dia langsung pulang. Sebelum sampai kerumah, dia sempat berhenti di masjid berdekatan untuk mengelakkan dari tertinggal waktu maghrib yang hampir habis. Selepas menunaikan kewajipan sebagai umat islam, dia singgah pula ke kedai makan yang tidak jauh dari rumahnya. Perutnya sudah meminta diisi kerana dari siang tadi dia tidak sempat untuk makan tengahhari. Jika ditangguh lagi, pasti akan terkena penyakit gastrik. Nasi ayam penyet dan teh ais limau menjadi pilihannya sebagai alas perut malam itu.
    “Humairah?” tegur seorang lelaki. Umayra nyaris tersedak kerana namanya tiba-tiba disebut. Selepas meneguk air, dia langsung menoleh kearah suara yang memanggil namanya. “Dhani?” Entah dia harus mengelak atau memarahi lelaki itu kerana peristiwa yang masih tidak dapat dia lupakan sampai sekarang. “Ye, ini saya Dhani.” ujar lelaki itu sambil tersenyum. Umayra sedikit hairan kerana sikap Dhani berbeza dengan lelaki yang dia temui tempoh hari. Tidak sombong dan sopan tutur bicaranya. “Humairah sorang je ke?” Umayra menjeling kearah Dhani. “Nama saya Umayra bukan Humairah.” jawab Umayra sambil mendengus. Geram apabila namanya diubah-ubah. Dalam geram, dia sempat mengajak Dhani duduk satu meja dengannya. “Iyrfan tak ikut sekali?” tanya Dhani. “Saya baru balik kerja. Sebelum sampai rumah, saya isi perut dulu.” Dhani menggangguk faham. “Baiklah, kalau macam tu saya gerak dululah.” ujar Dhani sambil bangkit dari dudukkannya tadi. “Tak nak makan ke?” tanya Umayra. “Tak apa. Humairah makanlah. Lagipun tak baik saya duduk berduaan dengan Humairah ni. Maafkan saya sebab mengganggu.” ujar Dhani sambil meminta diri untuk pergi. Belum sempat Umayra ingin protes kerana Dhani memanggilnya Humairah bukannya Umayra, lelaki itu sudah jauh meninggalkan tempat itu.

*** *** ***

“Senyum lebar nampak?” tegur Umayra yang sejak tadi memerhatikan abangnya tak lekang dengan senyuman. “Sibuklah.” ujar Iyrfan. “Abang jangan cakap yang abang dah tangkap cintan dengan minah receptionist tu pulak? Apa nama perempuan tu? Sardin? Bidin? Samsudin? Apa-apalah.” ujar Umayra sambil mengingati nama salah satu staf di pejabat abangnya. “Nadine maksud adik? Memang taklah abang nak tangkap cintan dengan dia.” ujar Iyrfan, sempat tertawa dengan seloroh adiknya. “Habis tu, dengan siapa? Abang jangan nak jatuh cinta dengan perempuan yang entah apa-apa. Adik bantah habis-habisan.” ujar Umayra dengan nada mengugut. Iyrfan hanya tersenyum mendengar ugutan Umayra. Ingatannya beralih pula pada kejadian waktu hari temuduga tempoh hari.

“Maaf Encik Iyrfan, ada seorang wanita datang untuk ditemuduga kerja bagi jawatan yang Encik Iyrfan tawarkan tu. Saya dah beritahu pada dia yang waktu temuduga telah tamat tetapi wanita itu berkeras ingin mencuba nasib juga.” ujar Farah, salah satu staf di pejabat Iyrfan. “Tak apalah, saya tengah free ni. Panggil saja dia masuk ke pejabat saya.” ujar Iyrfan sambil mengemas mejanya.
“Assalamualaikum.” ujar wanita yang ingin ditemuduga itu. Iyrfan memandang tanpa berkelip. “Waalaikumussalam. Silakan duduk.” ujar Iyrfan, mencuba bersikap profesional. “Maafkan saya sebab terlambat. Sebenarnya tadi masa saya sedang tunggu bas untuk ke tempat Encik, tiba-tiba ada sebuah kereta melanggar lopak air sehingga terpercik kearah saya. Habis basah baju yang saya pakai tadi. Jadi, saya pulang kerumah semula untuk menukar baju. Sebab itulah saya terlambat sampai kesini.” ujar wanita itu dengan nada yang sangat lembut. Iyrfan terkedu mendengar cerita wanita itu. Dia teringat peristiwa di mana dia telah melanggar lopak air tersebut sehingga membuatkan seseorang kebasahan. “Jangan-jangan dia ni ke yang aku simbah tadi?” tanya hati kecil Iyrfan. Kerana merasa kasihan, Iyrfan tetap meneruskan temuduga tersebut. “Awak tinggal dengan siapa?” tanya Iyrfan setelah tamat menemuduga wanita yang mengenalkan dirinya sebaga Nur Fitria itu. “Saya anak yatim piatu. Orang tua saya dah meninggal dunia. Saya hidup sebatang kara sahaja.” ujar Fitria. Iyrfan serba salah kerana bertanyakan soalan sedemikian. “Saya rasa awak lebih memerlukan kerja ni berbanding orang lain. Mulai esok, awak boleh mula bekerja dengan saya.” ujar Iyrfan sambil menghulurkan salam tanda mengucap tahniah pada wanita itu namun salamnya tidak berbalas. “Terima kasih Encik Iyrfan.” ujar Fitria sambil menunduk tanda menerima ucapan tahniah dari Iyrfan tadi. Iyrfan akhirnya mengerti batas antara dia dan wanita itu.

  Umayra terlihat kelibat Dhani bersama seorang perempuan di sebuah kedai makan. Mereka terlihat sangat mesra. Apatah lagi perempuan tersebut dengan selamba melentokkan kepalanya di bahu Dhani. “Hipokrit betullah dia ni. Semalam bukan main lagi cakap tak baiklah duduk berduaan dengan aku. Padahal tempat tu ada ramai orang kot. Hishhhh! Alim-alim kucing.” marah Umayra sambil mengomel. Sengaja dia lalu di hadapan lelaki itu dan pura-pura terlanggar meja mereka. “Maaf, saya tak sengaja.” ujar Umayra dengan muka selamba. “Kau ni buta ke? Ruang punya besar, meja aku jugak yang kau nak langgar?” tempik lelaki itu. Umayra terkejut apabila diherdik sedemikian di hadapan ramai orang. “Aku dah minta maaf pun dah cukup baik!” Umayra tidak mahu kalah dengan lelaki itu. “Asal jumpa kau je nasib aku malang. Kau ni memang pembawa sial agaknya.” ujar lelaki itu dengan selamba. PANG! Entah kenapa ringan sahaja tangan Umayra melekat di pipi lelaki yang menengkingnya tadi. Perbalahan mereka mengundang perhatian orang-orang disekeliling. Lelaki itu cuba membalas tetapi dihalang seseorang. “Cukup Dhaus. Jangan kau berani sentuh perempuan ni.” ujar lelaki yang menghalang tindakan lelaki bengis tadi. Umayra melihat ada dua Dhani di hadapannya. Dia tergamam, terkaku, terkedu disitu. Kekeliruannya memberi jawapan.

  Setelah Dhani meleraikan pergaduhan antara Umayra dan Iman Firdhaus atau lebih senang dipanggil Dhaus, Dhani menjelaskan segalanya kepada Umayra. “Maafkan saya sebab dah buat awak keliru antara saya dan adik kembar saya, Dhaus. Saya harap awak tak ambil hati dengan perangai dia tu. Dia kadang-kadang memang panas baran. Tapi sebenarnya dia baik.” jelas Dhani. Umayra melepaskan keluhan. Sukar untuk dia membezakan antara Dhani dan Dhaus kerana wajah keduanya sangat mirip. Yang membezakan mereka hanyalah sikap masing-masing. “Terima kasih kerana tolong saya tadi. And please…jangan beritahu pada abang saya pasal ni. Saya tak nak dia masuk campur.” ujar Umayra. Dhani tersenyum tanda setuju. “Eh kejap. Macam mana awak boleh tiba-tiba muncul kat sini pula? Perfect time pula tu. Kalau tak habislah pipi saya berbekas tapak tangan adik kembar awak tu. Dah jadi masalah nak kena explain dengan abang Iyrfan balik nanti.” ujar Umayra sambil sempat berseloroh. “Kebetulan  saya lalu situ dan saya terdengar suara orang bergaduh. Bila saya masuk kesini, saya nampak awak dan Dhaus. Jadi saya cepat-cepat halang tindakan dia tu. Saya minta maaf bagi pihak adik saya.” ujar Dhani dengan penuh budi bahasa. Umayra merasa aman dan selamat apabila berada di sisi Dhani.

*** *** ***

  “Fitria, masuk ke bilik saya sebentar. Ada kertas kerja yang kamu salah buat ni.” panggil Iyrfan. Semenjak Fitria masuk kerja di bawah arahan Iyrfan, ada sahaja yang tak kena di mata Iyrfan.  Iyrfan sengaja mencari alasan supaya gadis itu sentiasa berada di depan matanya. “Saya nak awak buat di dalam pejabat saya.” tegas Iyrfan. Fitria menggumam geram kerana majikannya itu seakan sengaja mencari kesalahan walau sekecil kuman. Gadis bertudung dan berpakaian sopan itu berjaya mencuri hati Iyrfan dalam diam sejak hari pertama gadis itu datang ke pejabat untuk ditemuduga. Iyrfan tersenyum puas apabila dia berjaya membuli gadis yang dia cintai itu.

  Umayra kelihatan sangat bahagia. Kebahagiaannya jelas kelihatan dari riak wajahnya.  “Amboi…ada orang senang hatilah hari ni. Bisnes masyuk ke bos?” tanya Ryan dengan slang chinese-nya. “Bisnes saya memang selalu masyuk. Berkat kerja keras korang jugak.” ujar Umayra dengan penuh senyuman. “Sofia, ada orang nak jumpa dengan kau.” celah Fatihah. Umayra langsung ke ruangan di mana orang tersebut sedang menunggu. “Mayra…” Umayra langsung membelakangi lelaki itu. “Apalagi yang kau nak?” tanya Umayra dengan kasar. “Diana nak jumpa awak.” ujar Redza. “Untuk apa? Untuk tunjuk pada aku yang korang bahagia? Enough. Aku dan family aku dah cukup menanggung malu kerana perbuatan korang.” ujar Umayra tanpa menoleh sedikitpun wajah Redza. “Please Mayra, Diana nak sangat jumpa dengan awak.” rayu Redza. “Kalau tujuan kau datang sini sebab nak minta maaf, aku dah maafkan korang tapi untuk bertentang mata dengan perempuan tu…aku belum cukup sedia.” tegas Umayra. “Please Mayra.” rayu Redza lagi. “Kalau tak ada apa-apa lagi, kau boleh keluar dari butik ni sekarang.” ujar Umayra sambil kembali ke pejabatnya semula. Dia menyuruh Ryan supaya memastikan bahawa Redza keluar dari butiknya.

“Diana, kalau aku kahwin nanti, aku nak kau jadi pengapit aku tau.” ujar Umayra. “Eh, mestilah aku yang akan jadi pengapit kau. Kau kan kawan baik aku dunia akhirat.” ujar Ardiana sambil ketawa bersama. “Tapi, kalau aku mati nanti, aku nak kau melawat kubur aku dan sedekahkan al-fatihah banyak-banyak untuk aku nanti tau.” ujar Ardiana dengan nada sayu. “Apa kau ni Diana? Elok-elok kita tengah ketawa bahagia macam ni, kau boleh pulak cakap pasal mati. Tak syoklah.” rajuk Umayra. “Okaylah, sorry.” pujuk Ardiana.
“Umayra, dalam dunia ni…aku hanya ada kau sorang je tau. Since parents aku dah meninggal, hanya kau je yang aku ada. Aku nak kau tahu yang aku takkan lupakan persahabatan kita ni sampai bila-bila. Aku rela buat apa saja demi kebahagiaan kau. Aku sayangkan kau Mayra.” ujar Ardiana, sehari sebelum majlis pernikahan Umayra dan Redza berlangsung.

*** *** ***

Pagi itu hujan turun dengan lebatnya. Entah kenapa perasaan Umayra menjadi resah dan gelisah tiba-tiba. Sewaktu dia dalam perjalanan menuju ke butik, dia melihat sebuah van jenazah berada bersebelahan dengan keretanya. Hatinya terdetik dengan apa yang dikatakan oleh Redza kelmarin. Dia hairan kenapa Redza beria sangat meminta dia agar berjumpa dengan Ardiana. Sihatkah gadis itu? Apa khabarlah dia sekarang? Kejam sangatkah dirinya menghukum sahabat baiknya itu? “Aku dah lama maafkan kau Diana. Aku rindukan kau…” ujar Umayra sambil menahan sebak. Terlalu banyak memori indah sewaktu dia dan Ardiana berkawan rapat. Ardiana telah dia anggap seperti kakak kandungnya sendiri. Tidak tega untuk dia membenci kawan baiknya itu tapi ego mengatasi segalanya. Kerana ego, dia membunuh persahabatan yang terjalin sejak dari dulu. Sebaik sampai di butik, Umayra langsung mencapai telefon pintarnya dan cuba menghubungi Redza. Dia nekad untuk membuang segala egonya dan ingin menyambung kembali tali persahabatannya dengan Ardiana. Umayra hampa apabila Redza tidak menjawab satupun panggilan darinya.
Kedatangan Redza di butik Umayra menimbulkan pelbagai soalan di fikiran pekerja Umayra. “Susah sangat ke nak jawab call?” marah Umayra sebaik sahaja melihat kelibat Redza dibutiknya. “Maaf, tadi saya tengah uruskan pengebumian kawan saya.” Umayra terdiam. Fikirannya kembali pada tampilan van jenazah yang dia lihat sewaktu dalam perjalanan ke butiknya. “Maaf. Saya call awak sebab saya nak  jumpa dengan Diana.” ujar Umayra. Redza terdiam. “Awak ni pekak ke? Saya cakap saya nak pergi jumpa Diana. Bawa saya jumpa dengan dia sekarang.” tegas Umayra. Redza masih kaku disitu. “Redza Fahryan, tolong bawa saya…” belum sempat Umayra meneruskan kata-katanya, Redza langsung mencelah. “Diana dah tak ada.” ujar Redza sambil menunduk sedih. “Apa maksud awak?” Umayra terpinga-pinga. “Dia dah pergi buat selama-lamanya.” kata-kata Redza membuatkan Umayra terduduk disitu. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Redza. 
Menurut Redza, Ardiana yang merancang untuk membatalkan majlis pernikahan Redza dan Umayra kerana Ardiana mengetahui bahawa Redza sedang berlawan dengan penyakitnya. Ardiana tidak mahu melihat sahabat baiknya itu sedih kerana akan kehilangan lelaki yang dia sayangi, jadi Ardiana merancang untuk berpura-pura bercinta dengan Redza walhal dia hanya ingin menyelamatkan kebahagiaan sahabat baiknya itu. Jantung Redza semakin hari semakin lemah . Ardiana-lah yang sanggup berkorban dengan menderma jantungnya pada Redza agar lelaki itu dapat meneruskan hidup. Sebelum Ardiana menghembuskan nafas terakhirnya, dia ingin sangat bertemu dengan sahabat baiknya itu buat kali terakhir tetapi waktu itu Umayra lebih mementingkan keegoannya. Dan saat dia ingin bertemu dengan Ardiana namun semuanya telah terlambat apabila dia kehilangan sahabat baiknya itu buat selama-lamanya. “Maafkan aku Diana…maafkan aku…” ujar Umayra dengan linangan air mata yang membasahi pipinya, menyesali perbuatannya.
“Mayra, kalau aku ditakdirkan pergi dulu. Aku taknak kau menangisi pemergian aku tau. Sakit aku kat sana nanti. Jangan bazirkan air mata kau tau. Aku tak suka tengok kawan baik aku ni menangis macam budak kecik. Buruklah.” ujar Ardiana. Semakin Umayra teringat kenangan antara dia dan Ardiana, semakin lebat air matanya jatuh. Ryan dan Fatihah cuba menenangkan majikannya. Redza hanya mampu tertunduk sedih kerana tak sempat menemukan kedua sahabat itu.

*** *** ***

“Tahniah dik!”  ujar Iyrfan sebaik sahaja adiknya pulang dari tempat kerja. “Apa tetiba tahniah ni?” Umayra terpinga-pinga. “Elehh…buat-buat tak tahu pulak. Pandai adik berahsia dengan abang ye!” ujar Iyrfan. “Malaslah layan abang ni. Suka merepek bukan-bukan sejak dah ada girlfriend ni.” Umayra sempat menyindir abangnya. “Kita pulak yang dituduh merepek. Ni haa, siang tadi ada orang datang minang adik.” kata-kata Iyrfan sambil menunjukkan sekotak cincin belah rotan sekaligus menghentikan langkah Umayra. “Dari siapa?” tanya Umayra. “Elehhh…baik adik cakap yang adik tengah bercinta dengan siapa?” usik Iyrfan. “Tak ada siapa.” ujar Umayra tanpa perasaan. “Jangan tipu.” ujar Iyrfan yang tak habis-habis nak menyakat adiknya. “Tak nak caya sudah.” Umayra malas nak melayan abangnya. “Jangan ingat abang tak tahu hubungan adik dengan Dhani.” Umayra ternganga apabila nama Dhani dikaitkan dalam perbualan mereka berdua. “Takkanlah…?” Umayra teringat sesuatu.

“Boleh saya tanya sesuatu?” tanya Dhani. “Tanya jelah. Tak ada limit soalan pun.” ujar Umayra sambil menikmati aiskrim strawberi yang dia minta tadi. “Andai kata ada orang sukakan awak, apa awak nak buat?” soalan Dhani membuatkan fokus Umayra pada aiskrimnya hilang. “Buat apa? Masuk minang jelah terus. Untuk pengetahuan awak, saya dah pernah putus tunang dan saya juga pernah kehilangan bakal suami di saat saya hampir diijab kabulkan. Jadi sekarang saya dah malas fikir pasal cinta dan nak bercinta bagai ni. Adalah lebih baik kalau dah suka, teruskan pada hubungan yang lebih halal.” ujar Umayra dengan selamba. Dhani tersenyum.

Umayra langsung mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi nombor Dhani yang berada dalam simpanannya. Kedengaran salam diberi. Umayra sempat bertanya tentang apa yang diberitahu oleh abangnya tadi. Dhani memilih untuk berdiam diri. Umayra kelihatan tidak puas hati dengan jawapan Dhani. Sebelum Umayra mematikan panggilan, Dhani sempat menyampaikan pesanan “Kita kenal sampai halal.” Umayra tersenyum lebar mendengar kata-kata Dhani sebelum panggilan dimatikan.

*** *** ***

“Tahniah.” ujar Dhaus kepada kembarnya, Dhani yang ditemani oleh Umayra. Umayra menjeling tajam kearah Dhaus dengan wajah tak puas hati. Tiba-tiba dia mendapat idea untuk mengenakan bakal adik iparnya itu. “Lepas ni giliran aku yang akan buli kau.” bisik Umayra sewaktu berselisih jalan dengan Dhaus. Dhaus terdiam kaku disitu. Terlupa bahawa musuhnya itu bakal menjadi kakak iparnya. Pada mulanya, ingin sahaja dia merosakkan majlis tersebut apabila mengetahui bahawa Dhani memilih musuh ketatnya, Umayra sebagai suri hidupnya. Tetapi apabila melihat Dhani sangat beriya-iya menceritakan perasaannya tentang Umayra, dia akhirnya akur dengan pilihan Dhani.

  Tak lama selepas majlis pertunangan Umayra, giliran abangnya pula menghantar rombongan meminang pada gadis pilihan hatinya iaitu Fitria, pekerja yang sering dia buli namun tersimpan sebuah perasaan cinta pada gadis itu. Dhaus pula, setelah mengetahui bahawa Umayra akan menjadi kakak iparnya, dia langsung berubah pendirian. Walaupun mereka sering bergaduh namun mereka juga cepat saling memaafkan. Redza pula kini sudah mulai hidup baru dengan berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Harap-harap bisnes dia berjalan dengan lancar. Soal pilihan hidup, katanya dia masih belum terfikir untuk mencari calon isteri dan lebih memilih untuk fokus pada perniagaan dahulu.
“Assalamualaikum sahabatku.” ujar Umayra sambil mengusap-usap batu nisan yang tertulis nama Nurul Ardiana Binti Amin, sahabat baiknya. “Hari ni aku bawa banyak cerita yang nak dikongsi dengan kau, tapi aku tak tahu nak mula dari mana dulu. Oh ye, insyaallah tak lama lagi aku akan mendirikan masjid dengan lelaki pilihan hati aku. Nama dia Dhani, dia tu sebenarnya kawan kepada abang Iyrfan. Untuk pengetahuan kau dia ada adik kembar tau, namanya Dhaus. Kalau kau nak tahu, si Dhaus ni suka cari pasal dengan aku. Tapi memang taklah aku nak mengalah dengan dia. Aku kenakan dia balik sampai dia mengaku salah. Hmm…kalaulah kau ada, aku dah pasangkan kau dengan dia, biar perangai panas baran dia tu hilang bila kenal dengan kau. Yelah, kau kan air, dia pulak api. Kira adillah tu. Haa…sebelum terlupa, Redza ada kirim salam dengan kau tau. Walaupun dulu dia pernah hampir menjadi bakal suami aku, itu tak bermaksud yang kitorang tak boleh berkawan kan? So, dialah yang menjadi pengganti kau selama kau ada kat bawah tu. Terima kasih untuk segalanya, Diana. Aku sayang sangat kat kau. Maafkan aku kalau aku semakin jarang datang kesini melawat kau. Kau pun tau jelah kerja aku macam mana kan? Pasal Redza, kau jangan risau. Aku akan pastikan dia dapat girlfriend yang boleh jaga dia, sayangkan dia sebagaimana kau sayangkan dia dulu. Aku tau kau sukakan dia dari zaman sekolah lagi kan. Kau takkan boleh tipu aku. Aku kan kawan baik kau. Okaylah, aku nak balik dah ni. Esok-esok aku datang melawat lagi. Assalamualaikum.” ujar Umayra sebelum berlalu pergi.

TAMAT.

Nukilan oleh: Leenz Armani

Thanks guys!

Wassalam.
- Leenz

1 comment: