About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

31 May 2016

"Maafkan saya cikgu."

Assalamualaikum.

Hai korang, buat apa tu? Haa...kalau korang takda buat apa, apakata korang teman aku menangis hari ni. Huwaaaaaaaaa!!!!!

Ishhh...apesal tacing lembik sangat hati aku ni! *Sobsobsob*

Dah dah, korang tak payah dok fikir bebukan. Aku sedih bukan sebab putus cinta ke, putus urat kentut ke, apa yang korang perlu tau, aku sedih sebab......... ahhh malas nak taip bebanyak. Dah jom layan movie petang-petang gini.

Cerekarama apa yang aku nak ajak korang layan ni? Drama ni dah pernah main kat Tv3 hari Ahad (29 May 2016) yang lepas. "Maafkan Saya Cikgu," haaa itulah tajuk cerekarama yang aku maksudkan. Kalau korang dah tengok, jomlah tengok lagi. Fefeling tacing gitu. Biar mata korang pun ikut sembab macam aku. Hahahaha.

Eh jap. Kalau tak silap aku, cerita ni pernah viral kat facebook tau (before keluar movie ni kat tv3). Hmmm cerita tu betul atau tidak, bukan tugas aku untuk mencari tahu. Kihkihkih. Yang aku tau, cerita ni sangat menyentuh hati batu aku. Huwaaaa. *kesat air mata*

"MAAFKAN SAYA CIKGU" - video viral di facebook
(Credit to Zainal Kamal)

Untuk korang yang belum tengok movie "Maafkan Saya Cikgu" kat Tv3 hari tu, silalah klik link di bawah ni:-

(1) Maafkan saya cikgu - Youtube
(2) Maafkan saya cikgu - Blog DFM2U

Tapi untuk korang yang taktau pasal movie ni, meh sini aku bagi sinopsisnya.

Mengisahkan kehidupan dua beradik, Azali (Zali) dan Azirun (Yun) yang tinggal bersama ibu mereka dalam keadaan kemiskinan di mana Zali dan Yun berkongsi pakaian sekolah setiap hari. Yun bersekolah pada sesi pagi manakala Zali pula bersekolah pada sesi petang. Sebaik sahaja Yun pulang dari persekolahan sesi pagi, dia segera menemui adiknya, Zali yang telah sedia menunggu untuk bertukar pakaian. Namun Zali selalu dimarahi dan dirotan oleh Cikgu Marzuki, guru displinnya kerana sering terlambat kesekolah. Hal itu telah mendapat perhatian dari Cikgu Marzuki.

Pada mulanya, kehidupan mereka sekeluarga sangat bahagia. Kerana sebuah tragedi yang menimpa mereka sekeluarga, mereka kehilangan sosok seorang ayah. Walau bagaimanapun, mereka tetap perlu meneruskan kehidupan dengan membantu ibu mereka menjual nasi lemak.

Amacam? Sedih gila kan! Aku yang keras hati ni pun akhirnya rapuh jugak. Bak kata kawan aku, "Susah betul aku nak nampak tengok kau menangis." Hahaha aku menangis bila ada sebab tertentu je. Contoh, jajan aku kena curik. Haaa...cubalah curik cikedis aku kalau korang nak tengok aku melalak nanti. Cehh.

"Life can get hard and things can go wrong, but no matter what, you've got to stay strong."

Sebelum aku sampai ke penutup, aku nak bagi pendapat aku pasal movie ni. Seriously, korang kena tengok cerita ni. Daripada korang dok layan drama-drama cinta airmata bagai tu, baik layan cerita yang macam ni. Banyak pengajaran dan tauladan boleh dapat. Rasa insaf pun ada jugak ni. Aihh... 


Wassalam.
- Leenz

3 comments:

  1. Seriusli mmg la tiap kali ulang cerita ni kt youtube tiap kali tugak la basah pipi. Sebak sungguh part akhir tu. Putra sazwan dan binladen mmg pandai berlakon dan menjiwai watak. Cerita ni mmg kelas tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, tenkiu sudi singgah ke blog saya. Dan maaf sebab saya baru baca komen awak dan baru sempat reply. alhamdulillah, cerita macam ni kalau diperbanyakkan lebih berfaedah kan. btw, have a nice day for you!

      Delete
  2. Setahu aku cite ni adalah diciplak dpd sebuah video dithailand yg juga diciplak dpd sebuah video dpd television turki..

    ReplyDelete