About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

30 January 2016

Review film: Bajrangi Bhaijaan

30/01/2016 - 10:43am
Sabtu - Cerah

Hai!

Assalamualaikum.

Korang dah tengok filem "BAJRANGI BHAIJAAN" lakonan Salman Khan dan Kareena Kapoor tu? Kalau belum, pergilah tengok sekarang tapi sebelum tu aku nak me-review sikit pasal cerita ni.

Fyi, aku ni bukanlah jenis yang suka layan filem hindustan / tamil sebenarnya. Tapi, bila aku tengok orang asyik post & komen pasal filem Bajrangi Bhaijaan ni, aku jadi tertarik untuk tahu sejauh mana jalan cerita tu sampaikan orang kata boleh menangis layan filem tu dan yang membuatkan aku lebih teruja bila diorang cakap filem tu boleh mengalahkan cerita Dilwale lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol yang popular dengan lagu tema dia berjudul "Janam Janam" tu. Bila dekat 10 orang asyik bercerita pasal jalan cerita Bajrangi Bhaijaan tu, semestinya filem tu ada ciri-ciri tersendiri. Dan aku ni pulak jenis suka baca sinopsis sebuah cerita / filem tu dulu sebelum aku tonton sendiri. So, aku pun google-lah sinopsis filem tersebut. Jalan cerita dia pun dah buatkan aku teruja nak tengok filem tu. Dan sekarang aku nak share dengan korang sinopsis Bajrangi Bhaijaan ni.

Bajrangi Bhaijaan

Bajrangi Bhaijaan merupakan salah satu filem Bollywood terbaru yang romantik juga memberikan 1001 erti persaudaraan. Filem ni merupakan arahan pengarah ternama Bollywood, Kabir Khan yang turut dibintangi oleh Kareena Kapoor dan Salman Khan.

Sinopsis Film Bajrangi Bhaijaan ini mengisahkan tentang pendekatan mesra antara Bajrangi Bhaijaan / Pavan yang dilakonkan oleh Salman Khan dan  Rasika yang dilakonkan oleh Kareena Kapoor, dan filem ini juga mengisahkan tentang seorang gadis kecil yang tidak boleh bercakap yang berasal dari negara Pakistan yang bernama Shahida / Munni yang dilakonkan oleh Harshaali Malhotra di mana waktu itu dia terpisah dari ibunya pada sebuah stesen kereta api di negara India. Shahida yang tersesat itu kelaparan dan terdampar sehingga dia berjumpa dengan Pavan, salah satu penganut agama Hindu yang sangat dekat dengan anak-anak, taat pada agama, baik hati, jujur dan dalam diam dia juga menaruh hati pada Rasika, seorang gadis Hindu. Pavan merasa simpati melihat Shahida, akhirnya Pavan pun berusaha ingin menyatukan kembali Shahida dengan orang tuanya walaupun banyak sekali dugaan dan halangan yang perlu dia lalui sepanjang perjalanan dia menghantar Shahida pulang ke negera asal gadis kecil itu iaitu di Pakistan.

Dah, cukuplah setakat tu je sinopsis yang boleh aku kongsi. Selebihnya, korang tonton dan hayatilah sendiri. Semoga ada pengajaran yang korang boleh ambil di dalam filem Bajrangi Bhaijaan ni.

Untuk korang yang nak tonton cerita tu, sekarang dah boleh tengok dekat youtube. Atau kalau korang nak tengok kemudian, apakata korang download dulu di youtube downloader atau di link di bawah ni.

Youtube: Bajrangi Bhaijaan (Indo Sub)

Download: Bajrangi Bhaijaan

Wikipedia: Bajrangi Bhaijaan (Indonesia Wiki)

Untuk filem ni, aku rasa tak menyesal tonton. Antara 1-10, aku bagi 10 marks!

P/S: Psstt...salah satu sebab aku nak tengok filem ni pun sebab ada Salman Khan, my favourite actor! Haha.

Happy watching and have a nice day guys!

Yang sewel,
Leenz

No comments:

Post a Comment