Khamis - Hujan
Hai!
Assalamualaikum.
BR1M 2016 korang dah masuk? Yang dah dapat tu, alhamdulillah. Buat yang belum dapat, harap bersabarlah. Yang tak dapat pun janganlah marah sangat. Mungkin bukan rezeki korang. Btw, bukan pasal BR1M yang aku nak cerita sekarang. Tapi alhamdulillah, tahun ni aku masih diberi peluang untuk menerima BR1M. So, bila BR1M dah dapat, awal-awal lagi Alfie dah cakap nak shopping barang kat Kilang Bateri. Perghhh people nowadays. Ada duit, shopping. Habis duit, menangis. Haha just kidding.
Nak dijadikan cerita, after 5pm, mesin punch card bunyi je aku terus balik. Ibarat budak-budak sekolah dengar bell waktu balik, terus serbu pintu pagar sekolah sampai pagar pun boleh tumbang. Ganas budak-budak sekarang. Before pergi Kilang Bateri, kitorang singgah makan kat Big Daddy's Family Cafe dulu. Then, sempat jugak aku tapaukan my someone special dinner. Lepas tu barulah kitorang menapak ke Kilang Bateri. Kalau korang nak tahu, si Alfie ni baru first time rupanya pergi tempat ni. Dia apelagi...rambang matalah. Nasib baik dia pakai spek mata, kalau tak maunya mata dia terkeluar dari tengkorak dia (ok, aku gurau je Fie). Kat Kilang Bateri tu ada macam-macam kedai. Kedai baju, tudung, accessories phone, buku, barang antik, kasut, beg, perfume, kedai makan...arghhh korang yang suka shopping ni pergilah sendiri, baru tau betapa heavennya kat situ nanti.
Oh ye, semenjak dua menjak ni aku & Alfie dah lama cari minuman hipster yang orang dok tayang kat IG tu; Overdose! Kebetulan, kat Kilang Bateri ni ada jual minuman Overdose tu. Memang rezeki kitoranglah kan. Apa tu Overdose? Cenggini haaa rupa minuman hipster; Overdose yang aku cakapkan:
Picture from IG @leenzarmaniey |
After shopping ini itu, aku pun dah penat. Nak drive balik jauh lagi...so kitorang pun decide untuk balik kerumah memasing dan tidur. Alhamdulillah, duit BR1M berjaya dihabiskan dalam masa satu hari. Tahniah. Hahahahaha!
Eh, bila keluar berdua, haruslah berselfie, kan. Alah tipulah kalau korang cakap korang tak menyelfie bila hangout dengan kawan-kawan korang. Dah, before aku tutup cerita, biarlah aku menyemakkan post ni dengan gambar selfie kitorang.
In my car, at the traffic light. Lalala |
At Kilang Bateri, kau hado? |
By the way, thanks Alfie sudi menyewelkan kepala aku yang dah memang sewel ni. Kaulah satu-satunya minah otak senget yang aku pernah kenal selain Isha, si minah yang suka gelak sepanjang hari.
Have a nice day guys!
Yang sewel,
Leenz
that we called "true friend"..
ReplyDeletethank you bro :D
Delete- Leenz
Power sis
ReplyDelete