01/02/2016 - 16:21pm
Isnin - Cerah
Hai!
Assalamualaikum.
Korang mesti pernah rasa rimas apabila korang ajak kawan korang melepak, tapi memasing tak lekang dengan gadget diorang. So, kat sini aku nak kongsi beberapa tips yang boleh korang buat supaya korang tak merasa diabaikan ketika melepak dengan kawan2 korang.
Tips melepak tanpa gangguan alat telekomunikasi.
1. Cari tempat yang tiada jaringan internet / wifi.
- Kalau korang pergi tempat makan / tempat lepak yang terang-terang ada di sediakan wifi free macam kat fastfood / kedai mamak tu, memang sah la korang akan bercakap dengan tunggul kayu. Jadi korang patut ajak kawan korang tu lepak di tempat yang tiada jaringan internet. Lagi bagus kalau tempat tu langsung tak ada line telefon.
2. Kalau diorang ada data sendiri?
- Korang pura-puralah nak pinjam atau pegangkan phone / gadjet kawan korang tu, korang tutup data diorang atau lebih senang setkan pada mod airplane. Atau paling jahat pun, korang off je terus hp dia. Tak pun korang cabut je bateri phone kawan korang tu. Abes cite.
3. Jangan cas handphone.
- Before keluar rumah, korang pesan pada kawan korang tu supaya jangan cas handphone / jangan bawa powerbank. Kalau phone diorang tak ada bateri, otomatik diorang akan bosan dan mati kutu. Masa tulah korang boleh tarik perhatian kawan korang tu dengan berborak hal-hal isu semasa.
4. Jumpa depan-depan, tapi still berborak dalam whatsapp?
- Senang je, apakata korang remove je kawan korang tu / delete group tersebut. Dah jumpa depan-depan pun still nak berborak dalam group, apa cite?
5. Buat ayat touching.
- Korang pura-pura merajuk dengan kawan korang tu. Kalau diorang tak pujuk / buat tak tahu, segeralah angkat kaki dari situ. Itu bermaksud, korang memang tak penting pun bagi diorang.
6. Habiskan bateri.
- Apakata korang ajak kawan korang selfie guna phone diorang berkali-kali. Ataupun korang tengok video kat phone kawan korang. Ataupun korang habiskan je terus data diorang tu. Haha. Then, bila phone diorang berfungsi tanpa henti, bateri diorang akan cepat habis dan bila bateri phone diorang dah nyawa-nyawa ikan, barulah korang pulangkan balik. Kalau dah nyawa-nyawa ikan, takkanlah diorang masih nak ngadap phone tu lagi kan? Tapi jangan pulak korang baik hati pergi promote nak pinjamkan powerbank.
7. Jangan bawak phone.
- Sesekali korang buat cadangan hari tanpa gadjet dengan kawan korang. Masa tu korang boleh uji kawan korang sama ada diorang boleh bertahan ataupun tak bila hidup tanpa phone / gadjet.
8. Upah orang untuk mencuri.
- Ini bukan idea baik tapi apa salahnya korang upah seseorang untuk pura-pura mencuri phone kawan korang tu. Hahaha.
9. Ajak bergosip.
- Perempuan dan gosip memang tak dapat dipisahkan. Ajaklah kawan korang bergosip, nescaya diorang akan leka dengan cerita korang.
10. Mereput.
- Kalau dah susah sangat, lebih baik korang mereput jelah kat rumah. Hakikat, people nowdays memang susah nak berpisah dengan gadjet. Kan?
Dah, tu je.
P/S: Semua tips yang tertulis di atas ni hanyalah gurauan semata-mata.
Have a nice day guys!
Yang sewel,
Leenz
No comments:
Post a Comment