About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

2 January 2016

Review: BigDaddy's Family Cafe

02/01/2016 - 10:17am
Sabtu - Mendung

Hai!

Assalamualaikum.

Firstly, Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua kawan-kawanku. Berazam baru terlalu mainstream. Apakata korang buat perubahan baru sempena tahun baru ni? Do something different. Goodluck!

(Poor me, lately aku tak dapat nak update blog sebab laptop aku problem. *cry*)

Tapi disebabkan sekarang pun dah masuk tahun baru, tahun 2016, aku pun dengan senang hati nak buat review baru tentang sebuah tempat makan baru yang sangat mesra pelanggan. Dah jom terjah!

"BIG DADDY'S FAMILY CAFE"

Address:
No 28 Jln Padi Emas 6/1,
Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
- Berhadapan Perodua Uda)
- Tapak lama Restoran Farish / Faris
Tel: (Not Available)

Operation hour:
(Monday to Friday)
10:30am until 2:00am
(Saturday to Sunday)
2:00pm - 2:00am
(Closed on Sunday every 2 weeks)

Facebook page: BigDaddy's Family Cafe
Instagram: BigDaddy's Family Cafe

Hati aku tergerak nak buat review pasal cafe ni sebab staff diorang very friendly with all customer. Bak kata Alfie, memang tip toplah diorang semua.

Apa yang menarik yang ada di BigDaddy's Family Cafe ni, semestinya ada Encik Daddy yang sangat BESAR. Ok, aku tipu je.

Yang menarik kat cafe ni semestinya ada WIFI! People nowadays memang tak boleh hidup tanpa data / wifi, kan? Termasuklah aku. Hahaha. Well, kalau ada data / wifi mestilah korang nak upload gambar-gambar selfie korang ke dalam laman sosial. Elehhh tipulah kalau cakap tak ada. Sebab aku pun dah buat. Lalala.

Selain staff yang mesra pelanggan dan ada wifi untuk korang ber-online, makanan kat sini memang sangat sedap. Tak menyesal kalau korang lepak kat sini tau! Harga menu dia pun sangat berbaloi. Nak tahu berapa? Alah...korang cubalah dulu.

Ada satu ketika tu masa aku lepak kat sini dengan Alfie, ada sorang staff cafe ni tetiba tegur Alfie dengan nada tegas. "Tadi awak ada ambil gambar ke?" Aku tengok muka Alfie dah pucat semacam. Dalam hati aku cakap, apehal mamat ni tetiba tanya soalan macam tu? Ada something wrong ke kalau kitorang ambil gambar kat cafe ni? Aku tengok Alfie dah tergagap nak jawab Ye atau Tidak. Kalau jawab ye, dia takut orang tu marah sebab tak minta izin dia kot. Kalau jawab tak, ada pulak nanti jadi perebutan handphone antara Alfie dan staff tersebut. Dan akhirnya terjadilah pertumpahan darah disitu. Ishh jauh betul imaginasi aku. So, Alfie pun angguk mengiyakan pertanyaan staff tadi. Dan staff tu pun terus cakap, "Nanti jangan lupa share dekat fb page dan instagram kitorang tau." Ish ish ishh....ingatkan staff tu marah ke apa rupa-rupanya sebab tu je? Buat suspen je. Dan tiba-tiba datang seorang staff perempuan ni, siap nak ambil gambar kitorang lagi tau. Dia kata dia nak share gambar kitorang kat facebook page diorang. Waduhhhhhh! Apapun, aku sempat gelakkan muka pucat si Alfie tadi tu. Haaa tau takut. Itulah, aku dah cakap jangan nak selfie memanjang bila tengah lepak! Hahaha. Tapi seriously, aku suka cafe ni. Servis diorang memang bagus.

Buku menu BigDaddy's Family Cafe
Haaa...dalam buku menu ni terdapat banyak menu-menu yang korang mesti cuba! Selain makanan western, korang pun boleh cuba local/asian menu seperti Mee, Nasi, Mihun dan bermacam-macam lagilah. Tak sanggup aku nak senaraikan satu persatu sebab air liur aku dah nak meleleh fikir pasal makanan. Haha.


Malas nak cerita panjang, ni korang tengok sendiri menu-menu yang ada untuk makan pagi dan tengahhari. Sorry gambar sedikit blur. Saje nak suruh korang pergi tempat tu dan tengok sendiri. Hahaha.

Selain korang boleh nikmati makanan, jangan tak tahu kalau kat sini pun korang boleh ubah hairstyle korang tau. BigDaddy Barbershop! Unik kan? Sambil makan, sambil cantas rambut. Sesekali terasa nak berpenampilan baru kannnnnn! Tapi aku tak pasti barbershop ni untuk lelaki sahaja atau perempuan pun boleh try sekali? Kalau korang nak tengok hairstyle yang dah diubah oleh si tukang barber ni, korang boleh jenguk di facebook page diorang DI SINI!

Korang nampak bahagian stall kecik kat depan tu? Haaa kalau korang nak tahu, kat situ korang boleh dapatkan Pisang Goreng Cheese Aiskrim yang tengah trend sekarang! Nampak marvelous gitewwww. Tapi apapun, pisang goreng cicah sambal kicap tetap jadi pujaan. Nyum nyummmm!

Ehhh sebelum terlupa, pada waktu malam korang boleh bershisha kat cafe ni tau. Buat yang suka bershisha, try la lepak kat sini pulak.
Dan ini merupakan salah satu menu yang aku order masa lepak bersama kawan-kawan aku yang comel.

Grilled Chicken Chop: RM12++

Prawn Mee: RM5++

BigDaddy Cool / ABC : RM5.00

Ladna Penang Kuew Teow: RM7++

Mushroom Soup: RM4++

Another menu? Koranglah pulak yang share. Hehe.
Bila perut sudah kenyang, mestilah nak balik kan? Eh tapi jangan pulak korang main lari macam tu je. Tak baikkkkk! Haruslah bayar dulu sebelum keluar dari cafe tersebut. Ahaa...kaunter dia pun dah menarik perhatian aku, apatah lagi staff diorang. Hahaha bak kata orang, cuci mata. Kehkehkeh.

So, setakat ini jelah yang dapat aku share dengan korang. Kalau aku share lagi banyak gambar, takut korang malas pulak nak survey sendiri. Sebelum aku tutup review kali ni, aku nak berterima kasih banyak pada owner / staff yang sudi melayani soalan dari aku di private message tentang BigDaddy's Family Cafe ni. Korang memang sporting dan kami pun puas hati. Keep it up!

Thank you BigDaddy's Family Cafe
Sekian sahaja review guaaaaaa.

Next review? Soon lah.

Have a nice weekend guys!

Yang sewel,
Leenz

No comments:

Post a Comment