Selasa - Cerah
Salam all. Tadi beria-ia aku nak update blog tapi lepas je aku ter-stalker fb seseorang ni... Aku terdiam, terpaku, tergamam, kelu... Dalam hati aku berkata, "ape semua ni..." Jika apa yang aku lihat itu benar... jadi benarlah aku hanya persinggahan untuknya? Apa makna setia aku untuk dia dulu... Hanyalah permainan dia? Sesalkah aku menunggu dia bertahun2, berbulan2? Siapa dapat jelaskan semua ni pada aku... Aku terluka... Aku telah pun terluka... Mengertikah dia tentang apa yang aku rasai ini... Walaupun dia hanya masa laluku tapi saat aku terkenang semula, aku sangat2 terluka...
Ini...
Ini juga...
Dan ini... !
Sesiapa...tolong jelaskan... Perempuan ini...suatu ketika dulu, si lelaki pernah memberitahuku bahawa dia membenci perempuan ini. Dia dah break dengan perempuan ini dan kalau boleh dia dah tak mahu ada apa-apa dengan perempuan ini tapi mengapa yang aku lihat tak seperti apa yang dia katakan pada aku dahulu... Mengapa masih bersama ! Bukan bermaksud aku membenci mahupun cemburu tapi aku...aku sakit hati... Kalau dia masih sayangkan perempuan ini, lepaskan aku dari dulu dan tak perlu memberi apa-apa harapan pada aku... Tak perlu... Dan kalau aku tahu tentang semua ini dari awal dulu lagi, tak perlulah aku sanggup menunggu dia selama 2 tahun...
2 tahun yang penuh sia-sia menunggu... Menunggu sesuatu yang sangat sulit untuk aku jalani tanpa dia... Bodohnya aku kerana pernah menunggu si lelaki... Terasa lebih bodoh bila aku ter-jatuh cinta dengannya dulu... Cintaku hanyalah permainan dia... Akulah boneka dan cintaku adalah hiasan bonekanya...
Syukurlah kerana aku masih punya teman yang setia menemani aku kala aku sedih mahupun berduka. Kerana merekalah, aku masih setabah ini. Terima kasih wahai temanku...
Kenangan hidupku
Salam.
-Zarsha-
4/7/2012 - 6:56p.m
No comments:
Post a Comment