About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

27 July 2012

Seandainya dia tahu...

* ANDAI LELAKI TAHU *

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


* SEMOGA BERMANFAAT *


#not my own#


-Leenz-

26 July 2012

sakit lagi..

  semalam terpaksa ambil cuti sakit coz migrain yang melampau..sebenar nya aku ni memang ada migrain dari dulu..biasalah time time belajar dulu banyak yang nak kena hafal..lagi lagi bila nak exam makin serabut lah jawabnya..tapi sejak dah bekerja ni rasa macam dah ok je migrain ni..rupa nya tak..

  hari selasa lepas migrain nya datang balik..sakit nya kepala memang tak larat nak tanggung..balik kerja terus makan panadol..ingat kan dah ok..rupa nya semalam jaadi makin teruk..last last kena pergi klinik jugak..bila wat check up doktor cakap yang sekarang ni aku kena gastrick dengan migrain..

  tapi nasib baik lah x ada apa apa penyakit yang serius..dah tu doktor siap pesan makan ikut masa..jangan lengah lengahkan..takut ti makin teruk pulak jadi nya...

  anyaway hari ni aku dah rasa sihat sikit dan boleh bekerja semula..harap lah hari ni aku dapat bertahan..

22 July 2012

ramadhan datang lagi..

hari ni masuk hari yang kedua umat islam menyambut ramadhan...alhamdulilah semalam dapat menunaikan rukun islam yang ketiga dengan sempurnanya..harap hari ni dan hari seterusnya dapat menunaikan tanggujawab ni dengan sempurna..

baru semalam first day puasa ayah dah ajak teman dia pergi beli perabot untuk raya..hurm tak pe lah ikot kan aje..lagi pun ayah yang bayar..so semalam kitaorang pergi dekat courts..memang banyak pilihan..habis 1 courts ayah melawat..naik lenguh jugak kaki ni berjalan..

anyway selamat berpuasa semua...

21 July 2012

Happy Ramadan !

20/7/2012 - 11:51 a.m
Sabtu - Cerah


Salam all. Haiiiiiiiiiii ! Lama tak update blog. Busy... Anyway, Happy Ramadan to all ! Korang puasa tak? Ha...jangan tak puasa dengan sengaja. Nanti kena ganti, payah tau ! 


Aha...hari ni hari sabtu. Public holiday kan. Tapi kenapa aku berada di office? Ha...sebab aku berhajat nak menyiapkan kerja2 yang semalam aku tak sempat nak siapkan. So, lepas je siap aku terus la update blog. Pukul 12 aku dah nak balik dah. Actually, banyak benda aku nak membebel kat sini tapi masa pun tak mengizinkan. Jam kat atas ni menunjukkan pukul 11:51 a.m kan. Itu bermakna lagi beberapa minit je aku kena get away from this office. 


Okeylah. Masa ni makin lama makin cepat pulak berlalu. I gotta go. Ada masa nanti, aku rajin2 kan diri untuk update okeh ! 


Bye !  Salam.



-Leenz-


20/7/2012 - 11:59 a.m

18 July 2012

hal yang menyakitkan hati

dah lam aku tak update blog..sampai kan leenz pun dah tanya..sejak kebelakangan ni macam macam hal yang jadi dekat aku....kalau leenz selalu tension dengan kerja dia..aku pulak tension dengan management tempat kerja aku ni...makin lama makin fedup lak aku nak kerja...sebenar nya aku ni dah tak ada hati lagi nak kerja dekat sini..

ada lah 1 staff ni pakai duit company sampai rm2765..tanpa inform dekat office..sebelum ni pun memang dia dah pernah buat jugak..yang buat tak sedap nya manager still bagi peluang dekat staff ni..kalau company lain confrem dah kena buang..kes ni dah masuk dalam pecah amanah..pengurus cakap yang staff ni lebih banyak kelebihan dari kekurangan...

aku sendiri pun dah makin malas nak mengadap benda ni semua...cakap diaorang ni macam bagus je..kalau oarng dengar confrem akan cakap sistem kerja dekat sini bagos...padahal indah khabar dari rupa 
kau sentiasa ada
bila aku perlukan dirimmu
sentiasa memberikan ku semangat dan dorongan
dikala diri ini hampir jatuh
sering berkongsi suka dan duka
ku tahu dirimu selalu ada
setia menemani ku
tanpa mengira waktu
jika tiada dirimu disisi
ku rasa dunia ku seakan
hilang seri dan warnanya
kau lah sahabat ku




credit to leenz
sincerly fropm alfie

7 July 2012

Kerja oh kerja

7/7/2012 - 5:21 p.m
Sabtu - Mendung


Salam all. Huh...dingin sungguh hari ni. Atau mungkin aku sorang je kot yang rasa sejuk. Nama pun duduk depan aircond. Mesti la sejuk. 


Hurm...pelik tak kenapa waktu2 macam ni aku masih di office? Actually, kerja aku berlambak giler. Tapi semua tu bukan hari ni punya. Semua tu hari isnin yang punya. Cuma aku tak nak kelam kabut hari isnin nanti. Tu belum campur shipment2 yang belum sampai punya tu. Aku rasa aku boleh jadi gila sebab keje. Tension sesangat. Tadi aku bukan main semangat nak buat keje. Tapi lepas je aku tengok schedule untuk kapal minggu depan punya tak masuk lagi, terpaksalah aku postpone semangat kerja tu hari isnin nanti. Haishhh... Hilang dah semangat nak buat keje aku. 


So, terpaksalah aku balik sekarang sebelum baba aku membebel sebab aku tak balik2 dari tadi. Ape taknye, patutnya hari ni aku half-day tapi sekarang dah jadi full day pulak. Kira OT la ni. OT aku bersebab tau ! Sebabnya nak siapkan keje ! Bukan mengular tawww !!! 


Okaylah, mama aku pun baru lepas call aku. Mahu atau tak, terpaksalah aku balik dan terpaksa jugaklah aku tangguh kerja tu sampai isnin nanti. 


Isnin, confirm aku tension bagai nak gila ! Tunggu jelah...


Aku nak balik dah. Happy weekend friends !

Salam.

-Leenz-


p/s: Happy birthday Jack - Yang ke-31 !

7/7/2012 - 5:30 p.m

3 July 2012

Permainanmu...

4/7/2012 - 6:27 p.m
Selasa - Cerah


Salam all. Tadi beria-ia aku nak update blog tapi lepas je aku ter-stalker fb seseorang ni... Aku terdiam, terpaku, tergamam, kelu... Dalam hati aku berkata, "ape semua ni..." Jika apa yang aku lihat itu benar... jadi benarlah aku hanya persinggahan untuknya? Apa makna setia aku untuk dia dulu... Hanyalah permainan dia? Sesalkah aku menunggu dia bertahun2, berbulan2? Siapa dapat jelaskan semua ni pada aku... Aku terluka... Aku telah pun terluka... Mengertikah dia tentang apa yang aku rasai ini... Walaupun dia hanya masa laluku tapi saat aku terkenang semula, aku sangat2 terluka...


Ini...

Ini juga...

Dan ini... !

Sesiapa...tolong jelaskan... Perempuan ini...suatu ketika dulu, si lelaki pernah memberitahuku bahawa dia membenci perempuan ini. Dia dah break dengan perempuan ini dan kalau boleh dia dah tak mahu ada apa-apa dengan perempuan ini tapi mengapa yang aku lihat tak seperti apa yang dia katakan pada aku dahulu... Mengapa masih bersama ! Bukan bermaksud aku membenci mahupun cemburu tapi aku...aku sakit hati... Kalau dia masih sayangkan perempuan ini, lepaskan aku dari dulu dan tak perlu memberi apa-apa harapan pada aku... Tak perlu... Dan kalau aku tahu tentang semua ini dari awal dulu lagi, tak perlulah aku sanggup menunggu dia selama 2 tahun... 

2 tahun yang penuh sia-sia menunggu... Menunggu sesuatu yang sangat sulit untuk aku jalani tanpa dia... Bodohnya aku kerana pernah menunggu si lelaki... Terasa lebih bodoh bila aku ter-jatuh cinta dengannya dulu... Cintaku hanyalah permainan dia... Akulah boneka dan cintaku adalah hiasan bonekanya... 

Syukurlah kerana aku masih punya teman yang setia menemani aku kala aku sedih mahupun berduka. Kerana merekalah, aku masih setabah ini. Terima kasih wahai temanku...


Kenangan hidupku
Salam.
-Zarsha-
4/7/2012 - 6:56p.m