About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

23 April 2012

Psssstttt... pikat hati si jejaka...

23/4/2012 - 4:54 p.m
Isnin - Mendung


Salam all.


Okay la, hari ni aku nak bentangkan sedikit sebanyak tips untuk memikat hati jejaka... Ehem2...menarik ni... Jum kite semak apa tips2 tersebut...


1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
- Orang yang sombong selalu rugi. Rugi sebab tak orang nak kawan dengan dia. Boooooo!

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
- Okay, kali ni aku setuju dengan statement ni. Tapi...aku sendiri pun tak berapa nak pandai memasak. Takpelah...belajar sikit2 lama2  nanti pandailah kan... Belajarlah memasak pada yang tak pandai memasak sebab kebanyakkan lelaki memang suka perempuan pandai memasak! Sebab apa? Sebab diorang tu tukang makan je. Hahaha.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka
- Kalau yang ni mengikut individu tersendiri...  Kadang2 ada yang mengatakan, sesetengah lelaki tak pandang pada rupa tapi pada hati. Tapi bagi aku, sama je kot... dah jarang lelaki pandang pada hati budi or whatever la... Kebanyakkannya, pandang pada rupa dan akhirnya menemui jalan kekecewaan... Kah kah kah!

4. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
- Aha... betul jugak kadang2. Sebab kebanyakkan lelaki, mudah rimas dengan sikap perempuan. Yelahkan, benda yang dia tak suka, kita buat jugak. Tu namanye nak mintak maki. Kalau korang buat jugak benda yang dia tak suka,  jawabnya babai lah.

5. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
- Ofcoz! Lelaki memang suka dan mudah cair dengan perempuan yang bersikap lemah lembut serta baik sifatnya. Tapi jangan tak tahu, ada jugak lelaki yang tak mudah terpikat dengan sikap lemah lembut perempuan. Terpulang pada individu tersendiri. Bak kata orang... Jadi diri sendiri lebih baik.

6. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
- Macam yang aku katakan tadi...jadi diri sendiri. Tapi perlulah kena pada keadaan. Asalkan tak terlalu over ataupun terlalu gedik. Kadang2 ada jugak perempuan yang terlalu nervous sampai tak dapat nak kawal diri sendiri. So, belajarlah kawal diri.

7. Jangan terlalu mengongkong.
- Yang ni penting. Kebanyakkan lelaki memang tak suka di kongkong! Kalau boleh, dia nak rasa bebas everytime. Mana dia nak pergi, dengan siapa dia lepak, apa yang dia buat... bagi diorang, itu semua hak diorang. Ada sesetengah perempuan, even tak ada apa-apa relation pun dengan lelaki tersebut tapi tetap nak mengongkong. Oh please... Lelaki tersebut mungkin akan mudah tawar hati dengan perempuan bersifat sedemikian. Yelahkan...belum ada apa-apa hubungan, dah mengongkong nanti kalau dah berhubungan, macam mana pulak tu...?

8. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
- Nak tau betul atau tak, cubalah...

9. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya
- Okay, kepada sesiapa yang suka buat suprise, korang boleh cuba buat untuk insan yang korang minati tu... Manalah tahu dapat respon positif. Goodluck!

10. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
- Setuju! But remember! Tak semua perkara boleh share dengan lelaki. Ada sebabnya kenapa lelaki suka perempuan yang berterus terang. Dalam 1 masa, dia juga boleh jadi pendengar setia kita. Dan kadang2 ada lelaki tak nak tengok perempuan bergelumang dengan 1001 masalah so, agak2 perlukan teman berbual, carilah lelaki sedemikian... Tapi jangan pergi cari laki orang buat teman pulak ye.

11. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
- Jengjengjeng...control diri.

12. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
- Bak kata orang... Orang jual mahal, selalu rugi. Tapi ada guna jugak kalau perempuan jual mahal. Supaya maruah seorang perempuan tak di pijak2.

13. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- Kalau perempuan bijak suaikan diri dengan keadaan sekeliling, takdelah nampak kekok sangat kannnnnn...


14. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
- Lelaki ni kadang memang malas nak melayan hal-hal tak berfaedah ni. Buang masa katanya...


15. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
- Lelaki memang paling tercabar kalau ada perempuan suka membanding-banding diri dia dengan bekas kekasih korang. Tak caya, cubalah buat.


16. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Fakta membuktikan bahawa kebanyakkan lelaki mudah jatuh cinta dengan perempuan kerana ada orang caring dengan dia seperti yang tertulis di atas ni...


17. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
- Membangkanglah bila perlu.


18. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
- Pastikan tidak melampaui batas!



19. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
-Lepas ni ramailah perempuan yang suka pakai high heels bila berjalan dengan jejaka idaman. Hehe...

20. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
- Take a note girls! Pastikan rupa korang tidak menyerupai hantu cina.

21. Mengetahui bila hari lahirnya.
- Perempuan wajib tahu! Tapi bab-bab tarikh ni lelaki suka lupa. Hmm...

22. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
- Kebudak-budakan bukan tak boleh tapi jangan terlalu over. Takut dia malu pulak nak bergaul dengan korang.

23. Agresif.

24. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
- Nanti cepat bosan pulak...

25. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
- Upssss...pastikan pandai menjaga tatatertib dan pergaulan.

26. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.

27. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

28. Kenali siapa diri sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
- Siasat latar belakang lelaki yang diminati itu.

29. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
- Sesiapa pun tak suka kalau seseorang itu berpenampilan jelek!

30. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

31. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

32. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

33. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

34. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

35. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Okeh! Cukup sampai sini sahaja tips2 yang dapat aku kongsi dengan korang semua. 

Oh ya, aku peroleh sumber2 ni semua daripada 

So, enjoy !

Salam.

-Zarsha-

23/4/2012 - 5:25 p.m


No comments:

Post a Comment