Secret Admire
Hai, nama aku Zarsha Armaniey. Aku baru je berusia 22 tahun. Dalam usia muda ni aku harus mencapai objektif utama dalam hidup aku iaitu mencari cinta sejati aku. Target aku kahwin adalah 25 tahun. Aku tak mahu di gelar andartu kelak. Oh ya, pasal family aku pula…My dad selalu kerja luar kawasan dan kehidupan kami sering berpindah randah kerana mengikut ayah. My mom pula seorang surirumah sepenuh masa. Walau bagaimanapun, my mom selalu sibuk setiap masa. Aku pula? Aku merupakan anak tunggal dalam keluarga aku. Kini kami menetap di Johor kerana my dad di tukar kerja di negeri ini pula.
Mengenai cinta aku… Dah 9 orang lelaki yang aku pernah jalinkan hubungan. Namun semuanya putus di tengah jalan. Tiada yang kekal… Entah sampai bila aku harus menanti cinta yang benar-benar sejati…yang tak akan menemui jalan kecuncang dalam dunia percintaan aku ini.
“Sha, ada kiriman untuk kamu…”
Kiriman lagi? Aha…! Aku lupa nak beritahu korang semua. Sejak aku berpindah ke Johor ni, ada seseorang sering memberi bermacam-macam jenis kiriman untuk aku seperti bunga, coklat, gula-gula, perfume, cupcake dan teddy pun ada. Berapa banyaklah duit yang dia dah belanjakan untuk semua barangan tu? Sanggup keluar duit semata-mata untuk beri aku bermacam-macam jenis hadiah.
“Sha, siapa sebenarnya yang rajin benar beri kamu macam-macam hadiah ni? Kamu kenal orang tu?”
“My secret admire…maybe…”
My mom kebingungan. Sebenarnya aku juga bingung kerana kiriman-kiriman tersebut tak bernama dan tidak meninggalkan sebarang nota untuk aku mengesan empunya kiriman. Pelik… Namun, kesemua kiriman itu aku simpan baik-baik. Pemberian orang, haruslah dihargai.
Tapi bila difikirkan balik, entah-entah orang yang hantar ni tersalah rumah kot. Ish, tak ke malu nanti. Lepas ni aku rasa nak suruh parents aku letak CCTV kat depan pintu rumah aku ni. Biar aku dapat tahu siapa yang selalu kasi macam-macam benda tapi…tak mungkinlahkan. Kalau aku buat macam tu, nanti aku tak dapat sebarang hadiah lagi. Ah…keji jugak aku ni. Okay, dah cukup Sha! Sekarang bukanlah masanya untuk berfikir tentang hal remeh macam ni. Tujuan aku sekarang adalah untuk cari duit simpanan masa hadapan! Bukan aku nak kata tanggungan yang my dad cari untuk kami sekeluarga ni tak cukup, malah lebih dari cukup cuma aku saja yang sengaja nak cari duit tambahan. Aku pun teringin juga nak cuba belajar berdikari. Duduk kat rumah hari-hari pun bosan juga. So, lebih baik aku buat benda yang boleh beri aku rezeki. Aku harus kerja!
Tup…tup…dah seminggu aku kerja di Saloon Zaza ni. Masa mula-mula minta kerja kat sini, macam-macam sijil dia mintak. Inilah itulah… Aku memang minat dalam bidang solekan ni tapi sayangnya aku tak ada sijil-sijil yang berkaitan dengan bidang solek-menyolek. Kebetulan, masa tu datang seorang customer ni, dia minta make-over kan dia last minit. Miss Zaza, selaku tuan punya saloon tu minta aku buktikan yang aku boleh ubah penampilan customer dia dalam kadar segera. Aku pula dengan yakinnya sahut cabaran Miss Zaza kerana itulah kebolehan aku. Bila customer puas hati dengan hasil kerja tangan aku, Miss Zaza terus mengambil aku bekerja di Saloonnya. Miss Zaza seorang wanita yang baik sangat. Dia baru je bukak Saloon ni. Dan memang kebetulan dia mencari seorang pembantu. Akulah pembantu baru dia. Miss Zaza memang cantik orangnya. Tapi dia dah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Untungnya…
Dalam masa seminggu ini juga aku dah berhenti dari mendapat kiriman-kiriman misteri dari si Mysterious. Kenapa ye? Dah pokai ke sampai dah tak kirimkan apa-apa untuk aku. Actually, aku taklah kemaruk sangat nak menagih hadiah dari orang misteri tu. Cuma aku masih tertanya-tanya siapa gerangan yang mengirimkan barangan tersebut. Aku memang nak sangat tahu siapa…Kusutnye fikiranku!!!
Petang sabtu yang amat bosan. Mesti korang nak tahu kenapa aku tak melepak dengan kawan-kawan aku yang lain, kan ? Sejak aku pindah ke Johor ni, aku manalah ada kawan. Kawan-kawan aku semua tinggal kat Kuala Lumpur sana . Aku sunyi…sorang-sorang je kat Johor ni. Nak cari kawan bukannya senang, kena ambil masa sikit. Miss Zaza tulah satu-satunya kawan yang aku ada sekarang ni sebab aku kerja dengan dia.
Oh ya, aku nak cerita dengan korang pasal semalam. Adalah sorang customer ni datang Saloon Miss Zaza. Iaitu seorang lelaki yang hensem, segak dan maskulin. Iras-iras Aaron Aziz. Memang cair aku tengok dia. Miss Zaza cakap, inilah kali pertama dia menerima customer lelaki sejak aku kerja kat tempat ni. Selama lelaki maskulin tu berada di Saloon tu, aku terasa dia asyik merenung kearah aku yang sedang asyik membelek majalah. Tapi yang pasti, aku rasa macam nak peluk je tubuh lelaki tu semalam dan ingin mengatakan padanya bahawa aku suka sangat tengok dia!
Pada petang yang bosan ni jugalah aku membawa diri ke fastfood McDonalds. Lepak sensorang sambil surfing internet. Hari ni Saloon tutup sebab Miss Zaza ada hal peribadi yang perlu diuruskan. My mom pula menemani my dad untuk menghadiri jemputan. Bukannya nak ajak aku sekali…Sedihnya…
Masa aku sedang syok melayari internet tiba-tiba datang seorang pekerja McDonalds menegur aku sambil menghulurkan sebuah beg berisi sehelai dress. Cantik! Tiba-tiba aku teringat akan kiriman-kiriman yang aku terima selama ni.
“Eh, awak ke yang selama ni beri saya pelbagai barangan?”
“Err…sebenarnya cik, tadi ada orang pesan minta sampaikan benda ni pada cik. Maaf. Saya minta diri dahulu”
Ish…apalah aku ni. Main serkap jarang je. Kan dah termalu sendiri. Ala …sos dah habis pula… Sewaktu aku ingin bangkit dari tempat duduk untuk menambah sos tiba-tiba seseorang telah tertumpahkan air minumannya ke baju yang aku pakai. Habis lenjun! Aku terus mencapai tisu dan mengelap tempat yang dibasahi. Huh…mandi Pepsi aku hari ni. Saat fikiran aku buntu, aku teringat akan kiriman dress tadi. Aku terus mencapai beg itu dan terus ke tandas untuk menyalin pakaian. Nasib baiklah ada baju spare. Sebelum itu, sempat juga aku menitip pesan pada orang yang menumpahkan air minumannya itu.
“Encik, tolong jagakan tempat saya sekejap.”
Setelah beberapa minit siap menyalin pakaian, aku kembali ke tempat dudukku tadi. Aku lihat lelaki itu masih setia di situ.
“Encik, terima kasih kerana jagakan tempat saya. Maaf lama menunggu.”
Eh, lelaki ni…! Lelaki yang iras-iras Aaron Aziz itu. Lelaki yang pernah datang ke Saloon Zaza. Aku yakin itu memang dia. Tak sangka aku dapat berjumpa dengan dia lagi. Alahai…cair aku tengok wajah dia…
“Erm…maaf. Kalau awak tak kisah, boleh saya tumpang duduk disini? Sebab tempat lain dah penuh. Err..itupun kalau awak tak kisahlah. Saya janji saya tak ganggu awak dan maaf atas kejadian tadi. Saya tak sengaja.”
“It’s okay. Saya tak ambil hati pun pasal tu. Erm, awak duduk sajalah disini. Saya memang seorang je kat sini. Silakanlah…”
Ya, aku akui memang tempat dah penuh. Petang sabtu, kebanyakkannya orang-orang gemar melepak di fastfood lebih-lebih lagi remaja macam aku. Dan salah aku juga kerana duduk di meja besar yang boleh menempatkan ramai orang walhal aku seorang saja duduk di sini. So, tak salah rasanya aku mengajak dia duduk bersama aku. Hmm…segan pula aku nak makan depan lelaki ini… Takkan nak senyap macam ni je. Fokus aku pada laptop pun dah lari. Tumpuan utama aku sekarang pada lelaki hensem di hadapan aku ini.
“Er…senyap je…?”
Wah…dengan beraninya aku bersuara! Lelaki di hadapan aku ini hanya tersenyum memandangku. Oh tidak! Jangan pandang aku sedemikian. Kelak jatuh cinta...
“Saya dah janji tadi yang saya tak akan ganggu awak.”
Err…macam mana aku nak ‘pancing’ dia supaya aku dapat berborak dengan dia…
“Nama saya Zarsha. Kalau awak tak kisah, kita boleh berborak sebab saya rasa tak selesa pula senyap macam ni. Lagipun tumpuan saya pada laptop ni dah lari…”
Dia tersenyum lagi…cutenya…
“Saya Ryan. Full name Adryan Qasha Hanieff. Nice to meet you, Zarsha..”
Fulamak full name dia!!! Setampan tuan punya nama!
Start dari hari tu, kami mula rapat… Bermacam-macam cerita kami kongsikan. Bagi aku, inilah perkenalan terindah apabila dapat berbual dengan insan yang aku minati. Sejak perkenalan itu, pertemuan demi pertemuan sehingga akhirnya membawa kepada soal hati dan perasaan… Aku…aku dah jatuh sayang pada Ryan! Adakah dia akan menjadi lelaki kesepuluh yang akan menjadi pendamping aku? Takdir di tangan tuhan… Aku mencintai Ryan…
Aku perkenalan Ryan kepada kedua orang tuaku setelah Ryan melamarku untuk jadikan aku sebagai cinta hatinya. My mom and dad merestui hubungan kami. Syukur sangat kerana sepanjang perhubungan kami, Ryan tak pernah menyakiti hatiku. Mengasari jauh sekali… Aku gembira disampingnya…
Kiriman lagi…kali ini kad ucapan birthday yang aku terima dari si Mysterious. Siapa sebenarnya dia… Setelah sekian lama dia dah tak muncul kini dia kembali lagi. Malah, dia tahu bahawa hari ini adalah hari lahir aku. Apapun, aku amat berterima kasih kepada pengirim misteri tersebut kerana mengingati hari lahir aku. Aku juga menceritakan semua ni kepada Ryan. Ya, Ryan berhak tahu. Syukur kerana Ryan memahami aku.
Kiriman demi kiriman aku terima setiap hari. Dan sehingga kini, aku masih menyimpan kesemua pemberian orang misteri itu. Aku yakin suatu hari nanti, aku akan tahu juga siapa gerangan yang baik hati memberi aku bermacam-macam hadiah. Psiko sungguh secret admire aku ni!
Setelah setahun lebih aku menjalin hubungan dengan Ryan, kami dah rancang untuk bertunang dan seterusnya bernikah. Dalam mengecap pintu kebahagiaan, tiba-tiba Fariesh datang menagih kasih pada aku semula. Fariesh…cinta lamaku… Aku terpaksa lepaskan Fariesh dari hati aku demi sahabat baik aku, Deanna yang sebenarnya dalam diam mencintai Fariesh. Aku pasrah. Tapi aku tak sangka pula Fariesh dapat menjejaki aku hingga ke Johor. Untuk apa lagi dia kembali…
“I still loving you, Amani. Please…kembalilah pada saya.”
Hati aku kini milik Ryan…Bukan lagi Fariesh. Aku tatap wajah Ryan. Dia terluka…
Ryan meminta diri untuk beredar dari situ. Tidak! Aku tak mahu Ryan pergi dari sisi aku. Aku harus tamatkan semua ni!
“No Fariesh…What past is past okay? Hati saya tidak lagi pada awak. Saya bawak diri ke sini pun adalah untuk lupakan awak. Supaya awak boleh berbahagia dengan Deanna. Now, please leave me. Leave me from your life… Saya hanyalah masa lalu awak. Kini hati saya milik orang lain. Saya hanya cintakan Ryan. Hanya dia di hati saya…selamanya…”
Fariesh tertunduk sedih. Maafkanku Fariesh. Mengertikah kau pada suatu ketika dahulu…aku sangat-sangat terluka melihat kau bersama dengan kawan baik aku sendiri. Itu sangat-sangat menyakitkan…
“Pulanglah kepangkuan Deanna. Dia lebih menyayangi awak.”
Aku meminta diri untuk pergi dari situ dan kembali kesisi Ryan yang setia menungguku.
Detik bersejarah dalam hidup aku akhirnya tiba jua. 5 minit yang lepas Ryan berjaya melafazkan akad nikah dengan sempurna yang berwalikan ayahku. Kini aku telah pun menjadi isteri Ryan yang sah pada usia aku yang hampir cecah 24 tahun. Haha…lari dari target aku.
“Ryan, sejak kita kahwin…saya dah tak menerima apa-apa kiriman lagi dari orang misteri tu. Dia frust ke…?”
“Dia tak frust malah dia gembira sebab dia dah capai apa yang dia mahukan selama ni…”
“Mana awak tahu? Awak pun nak jadi psiko juga ke?”
“Bukanlah. Dia dah tak hantar apa-apa kiriman sebab dia dah pun jadi milik sah kepada orang yang dia suka tu.”
“Maksud awak…? Ryan, awak ke orang misteri tu?”
“100 markah untuk isteriku yang tersayang ni! Actually, saya dah jatuh cinta dengan awak sejak dari dulu lagi…dan saya hanya mampu memerhatikan awak dari jauh sahaja sehinggalah kita berkenalan kat McDonalds tu. Memang saya sengaja tumpahkan air kat pakaian awak sebab saya nak tengok awak pakai dress yang saya hadiahkan untuk awak. Awak memang cantik memakai dress tu. Dan saya rasa saya orang yang bertuah kerana dapat memiliki hati awak. Terima kasih untuk segalanya sayang. I love you.”
“I love you too sayang!”
-EnD-
Nukilan oleh: Zarsha
24/4/2012 - 3:09 p.m
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete