30/4/2012 - 5:04 p.m
Isnin - Panas
Salam all. Happy Labour Day to all ! Opsss... Aku tahu bukan hari ni tapi esok. 1/5/2012 adalah esok. So, oleh kerana aku cuti esok, aku nak wish hari ni. Untuk semua pekerja2 yang bekerja. Eh, ape pelik ayat aku ni. Tak kisahlah...
Esok, aku dan family dah rancang nak pergi bercuti. Memula ingat nak ajak Pame dengan bakal suami dia join skali tapi esok diorang keje pula. So, aku, mama, baba, dengan adik2 aku jelah join. Kitorang rancang nak pergi Desaru !
So, pukul 5:30 ptg jap lagi aku dah nak balik. Pame ajak gi buat facial muka. Nak tak nak kenalah temankan dia jugak. Okaylah... Happy holiday !
Jage diri okay !
Bye, salam.
-Leenz-
About us
- Leenz Armani
- "Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."
30 April 2012
holiday time
yeeay....hari yang ditunggu sampai jugak akhirnya...gunung ledang here i come...hope perjalanan semua ok...rasa macam dah tak sabar sabar nak ke sana ni..sabar ye wahai hati..
- afiqah - :-)
- afiqah - :-)
27 April 2012
penantian yang sakit
masa sekolah dulu aku pernah lah terjatuh hati dekat 1 abang senior ni..orang nya tak lah sekacak mana..tapi sepatah kata katijah yang dia ni ada rupa jugak..tapi time tu abang ni form5..almaklum lah masa itu aku tak berani nak cakap apa apa...juz tengok dari jauh je..9 tahun kemudian . aku jumpa abang tu balik..tapi time tu aku tak cam tu dia yang sebenar nya...almaklum la time sekolah dulu dengan sekarang muka dia boleh dikatakan ada perbezaan sikit..tapi entah macam mana aku boleh tau tu dia..mula ya dia yang berbual dengan aku dulu..almaklum lah . ramai yang cakap aku ni sombong...aku ni bukan seorang yang sombong tapi agak susah nak berbual dengan orang yang baru aku kenal..tapi entah kenapa bila dengan dia ni aku jadi peramah lak..aku pernah tanya yang dia ni tak ada awek ke..dengan confident dia cakap yang dia dah 2tahun putus dengan awek dia..part yang paling best dia cakap yang ex dia dah kawen & ada anak 1 orang..first time jumpe dia . dia datang ambil aku bawak pergi makan.lepas tu , kita orang janji nak keluar tengok wayang hujung minggu..boleh dikatakan aku tak cukup rehat jugak sebab setiap malam dia akan call @ msg aku...aku pulak excited sebab oarng yang selama ini aku admire bagi respon..bila hujung minggu aku pun tunggu dia datang dekat tempat yang kita orang janji..sebelum tu aku dah rasa macam tak sedap hati je..aku cerita dekat linda yang aku nak keluar jumpa dengan dia..linda ada bagi cadangan suruh aku call dulu dia..tapi aku tak nak takut menggangu..sampai je dekat tempat yang dijanjikan,aku ada cuba untuk hubungi dia tapi tak berangakat..aku mula terpikir yang dia takkan datang..rupanya betul apa yang aku jangka kan..hanya pada linda aku bagi tau..mula nya linda agak marah dengan apa yang dia buat dekat aku..mas tu aku tetap berfikir yang dia ada masa pada masa tu..lepas 3 minggu , dia ada hubungi aku mintak maaf sebab tak dapat datang..aku dah dapat rasa yang dia ni macam ada sorok kan sesuatu..tak lama lepas tu aku dapat tahu yang sebenar nya dia dah 2 tahun bertunang..sebelum aku jumpa dia lagi..nampak sangat yang dia ni suke main kan perasaan perempuan..aku pun tak tahu entah berapa ramai perempuan yang dia kecewakan..rasa nya tak salah kalau aku label kan dia ni sebagai kasanova..nacib baik aku dapat tahu awal sebelum aku betul jatuh sayang dekat dia..aku ambil masa yang agak lama jugak untuk lupa kan.apa yang dia dah buat dekat aku..dalam pada tu aku agak kesian dekat tunang dia..aku percaya yang 1 hari nanti apa yang dia pernah buat akan berbalik semula pada dia ..siapa yang takmarah bila seseorang tu menipu tenatng status dia yang sebenar..aku bersyukur yang aku dapat tahu siapa dia yang sebenar nya...
ku cuba berdiri
tapi aku tidak berdaya
ku cuba untuk bertahan tapi ternyata aku tidak
setegar mana untuk menghadapi semua ini
aku hanya seorang manusia yang lemah
mampukah aku bertahan
menghadapi semua ini
terkadang letih mengulit diri
untuk terus berdepan dengan persoalan yang tidak
pasti jawapan nya
adakala aku mahu mengalah dengan semua dugaan ini
tapi aku tidak berdaya
ku cuba untuk bertahan tapi ternyata aku tidak
setegar mana untuk menghadapi semua ini
aku hanya seorang manusia yang lemah
mampukah aku bertahan
menghadapi semua ini
terkadang letih mengulit diri
untuk terus berdepan dengan persoalan yang tidak
pasti jawapan nya
adakala aku mahu mengalah dengan semua dugaan ini
tak pernah hadir mu ku hargai
selalu sahaja aku
persiakan mu
setelah ku tewas dalam
mengejar cinta yang tak pasti
baru kini ku sedar
dirimu tercipta untuk ku
tapi sudah terlambat bagiku
dirimu pergi meninggalkan ku
buat selama lamanya
betapa besar penyesalan
yang harus ku tanggung
kerna mempersiakan mu
selalu sahaja aku
persiakan mu
setelah ku tewas dalam
mengejar cinta yang tak pasti
baru kini ku sedar
dirimu tercipta untuk ku
tapi sudah terlambat bagiku
dirimu pergi meninggalkan ku
buat selama lamanya
betapa besar penyesalan
yang harus ku tanggung
kerna mempersiakan mu
26 April 2012
Sad :'(
26/4/2012 - 8:44 a.m
Khamis - Cerah
Salam all. Aku...aku tengah sedih sesangat... Tak tahu nak kata macam mane. Tapi aku rasa kat sinilah tempat yang sesuai untuk aku 'curhat'. Biarlah aku menulis segala kesedihan aku kat sini...
Dari semalam hingga ke pagi ni, saat ni... aku tak dapat nak bendung perasaan sedih aku ni. Entah kenapa aku terasa sangat2 cemburu bila baca segala komen2 mesra kat fb dia. Antara dia dan kawan2 sejantina aku. Tersangat2 cemburu... Aku pernah alami segala perit tika menyayangi dia suatu ketika dulu. Sehingga kini aku masih lagi terkenang perkara pahit itu. Teramat pahit untuk aku telan semuanya... Kadang aku rasa tak mampu nak bertahan namun jauh di sudut hati kecil aku berkata bahawa aku harus kuat. Bertahan selagi termampu... Dan kadang aku selalu berfikir...tegakah aku membuat dia sedih, muram dan tak bersemangat... Salahkah aku memikirkan perasaan orang lain berbanding perasaan aku sendiri... Jujur, aku tak mengerti diri aku...
Aku rela terluka demi dia... Aku sanggup meniti hari2 yang selalu muram ini... Aku sanggup... Namun aku tak sanggup melihat dia bersama orang lain. Tapi aku redha jika aku bukan pilihannya... Ya, memang dia dah berubah. Tapi perubahannya seakan2 memberi kepahitan bagi aku... Aku akui yang dia semakin hari semakin menunjukkan bahawa dia benar2 sayangkan aku tapi... hati kecil aku sering kali ragu dengannya... Aku tak mahu di bayangi oleh masa silam... Segala pengkhianatan dan kelukaan dulu aku cuba buang jauh2... Walau payah, aku tetap akan cuba... Biarpun mengambil waktu yang cukup lama...aku cuba. Cuba menerima dia seadanya...mencintai dia apa adanya dan menjaga hatinya semampu aku...
Jika aku tak mampu untuk bertahan, aku redha... Dia akan terluka dan aku akan lebih terluka... Mungkin ini takdir yang tuhan tentukan untuk kami... Aku redha atas segalanya... Dan aku tetap akan pertahankan hubungan kami selama mana kami mampu bertahan. Insya-Allah. Amin.
Salam.
-Zarsha-
26/4/2012 - 8:54 a.m
Khamis - Cerah
Salam all. Aku...aku tengah sedih sesangat... Tak tahu nak kata macam mane. Tapi aku rasa kat sinilah tempat yang sesuai untuk aku 'curhat'. Biarlah aku menulis segala kesedihan aku kat sini...
Dari semalam hingga ke pagi ni, saat ni... aku tak dapat nak bendung perasaan sedih aku ni. Entah kenapa aku terasa sangat2 cemburu bila baca segala komen2 mesra kat fb dia. Antara dia dan kawan2 sejantina aku. Tersangat2 cemburu... Aku pernah alami segala perit tika menyayangi dia suatu ketika dulu. Sehingga kini aku masih lagi terkenang perkara pahit itu. Teramat pahit untuk aku telan semuanya... Kadang aku rasa tak mampu nak bertahan namun jauh di sudut hati kecil aku berkata bahawa aku harus kuat. Bertahan selagi termampu... Dan kadang aku selalu berfikir...tegakah aku membuat dia sedih, muram dan tak bersemangat... Salahkah aku memikirkan perasaan orang lain berbanding perasaan aku sendiri... Jujur, aku tak mengerti diri aku...
Aku rela terluka demi dia... Aku sanggup meniti hari2 yang selalu muram ini... Aku sanggup... Namun aku tak sanggup melihat dia bersama orang lain. Tapi aku redha jika aku bukan pilihannya... Ya, memang dia dah berubah. Tapi perubahannya seakan2 memberi kepahitan bagi aku... Aku akui yang dia semakin hari semakin menunjukkan bahawa dia benar2 sayangkan aku tapi... hati kecil aku sering kali ragu dengannya... Aku tak mahu di bayangi oleh masa silam... Segala pengkhianatan dan kelukaan dulu aku cuba buang jauh2... Walau payah, aku tetap akan cuba... Biarpun mengambil waktu yang cukup lama...aku cuba. Cuba menerima dia seadanya...mencintai dia apa adanya dan menjaga hatinya semampu aku...
Jika aku tak mampu untuk bertahan, aku redha... Dia akan terluka dan aku akan lebih terluka... Mungkin ini takdir yang tuhan tentukan untuk kami... Aku redha atas segalanya... Dan aku tetap akan pertahankan hubungan kami selama mana kami mampu bertahan. Insya-Allah. Amin.
Salam.
-Zarsha-
26/4/2012 - 8:54 a.m
24 April 2012
Cerpen: Secret Admire
Secret Admire
Hai, nama aku Zarsha Armaniey. Aku baru je berusia 22 tahun. Dalam usia muda ni aku harus mencapai objektif utama dalam hidup aku iaitu mencari cinta sejati aku. Target aku kahwin adalah 25 tahun. Aku tak mahu di gelar andartu kelak. Oh ya, pasal family aku pula…My dad selalu kerja luar kawasan dan kehidupan kami sering berpindah randah kerana mengikut ayah. My mom pula seorang surirumah sepenuh masa. Walau bagaimanapun, my mom selalu sibuk setiap masa. Aku pula? Aku merupakan anak tunggal dalam keluarga aku. Kini kami menetap di Johor kerana my dad di tukar kerja di negeri ini pula.
Mengenai cinta aku… Dah 9 orang lelaki yang aku pernah jalinkan hubungan. Namun semuanya putus di tengah jalan. Tiada yang kekal… Entah sampai bila aku harus menanti cinta yang benar-benar sejati…yang tak akan menemui jalan kecuncang dalam dunia percintaan aku ini.
“Sha, ada kiriman untuk kamu…”
Kiriman lagi? Aha…! Aku lupa nak beritahu korang semua. Sejak aku berpindah ke Johor ni, ada seseorang sering memberi bermacam-macam jenis kiriman untuk aku seperti bunga, coklat, gula-gula, perfume, cupcake dan teddy pun ada. Berapa banyaklah duit yang dia dah belanjakan untuk semua barangan tu? Sanggup keluar duit semata-mata untuk beri aku bermacam-macam jenis hadiah.
“Sha, siapa sebenarnya yang rajin benar beri kamu macam-macam hadiah ni? Kamu kenal orang tu?”
“My secret admire…maybe…”
My mom kebingungan. Sebenarnya aku juga bingung kerana kiriman-kiriman tersebut tak bernama dan tidak meninggalkan sebarang nota untuk aku mengesan empunya kiriman. Pelik… Namun, kesemua kiriman itu aku simpan baik-baik. Pemberian orang, haruslah dihargai.
Tapi bila difikirkan balik, entah-entah orang yang hantar ni tersalah rumah kot. Ish, tak ke malu nanti. Lepas ni aku rasa nak suruh parents aku letak CCTV kat depan pintu rumah aku ni. Biar aku dapat tahu siapa yang selalu kasi macam-macam benda tapi…tak mungkinlahkan. Kalau aku buat macam tu, nanti aku tak dapat sebarang hadiah lagi. Ah…keji jugak aku ni. Okay, dah cukup Sha! Sekarang bukanlah masanya untuk berfikir tentang hal remeh macam ni. Tujuan aku sekarang adalah untuk cari duit simpanan masa hadapan! Bukan aku nak kata tanggungan yang my dad cari untuk kami sekeluarga ni tak cukup, malah lebih dari cukup cuma aku saja yang sengaja nak cari duit tambahan. Aku pun teringin juga nak cuba belajar berdikari. Duduk kat rumah hari-hari pun bosan juga. So, lebih baik aku buat benda yang boleh beri aku rezeki. Aku harus kerja!
Tup…tup…dah seminggu aku kerja di Saloon Zaza ni. Masa mula-mula minta kerja kat sini, macam-macam sijil dia mintak. Inilah itulah… Aku memang minat dalam bidang solekan ni tapi sayangnya aku tak ada sijil-sijil yang berkaitan dengan bidang solek-menyolek. Kebetulan, masa tu datang seorang customer ni, dia minta make-over kan dia last minit. Miss Zaza, selaku tuan punya saloon tu minta aku buktikan yang aku boleh ubah penampilan customer dia dalam kadar segera. Aku pula dengan yakinnya sahut cabaran Miss Zaza kerana itulah kebolehan aku. Bila customer puas hati dengan hasil kerja tangan aku, Miss Zaza terus mengambil aku bekerja di Saloonnya. Miss Zaza seorang wanita yang baik sangat. Dia baru je bukak Saloon ni. Dan memang kebetulan dia mencari seorang pembantu. Akulah pembantu baru dia. Miss Zaza memang cantik orangnya. Tapi dia dah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Untungnya…
Dalam masa seminggu ini juga aku dah berhenti dari mendapat kiriman-kiriman misteri dari si Mysterious. Kenapa ye? Dah pokai ke sampai dah tak kirimkan apa-apa untuk aku. Actually, aku taklah kemaruk sangat nak menagih hadiah dari orang misteri tu. Cuma aku masih tertanya-tanya siapa gerangan yang mengirimkan barangan tersebut. Aku memang nak sangat tahu siapa…Kusutnye fikiranku!!!
Petang sabtu yang amat bosan. Mesti korang nak tahu kenapa aku tak melepak dengan kawan-kawan aku yang lain, kan ? Sejak aku pindah ke Johor ni, aku manalah ada kawan. Kawan-kawan aku semua tinggal kat Kuala Lumpur sana . Aku sunyi…sorang-sorang je kat Johor ni. Nak cari kawan bukannya senang, kena ambil masa sikit. Miss Zaza tulah satu-satunya kawan yang aku ada sekarang ni sebab aku kerja dengan dia.
Oh ya, aku nak cerita dengan korang pasal semalam. Adalah sorang customer ni datang Saloon Miss Zaza. Iaitu seorang lelaki yang hensem, segak dan maskulin. Iras-iras Aaron Aziz. Memang cair aku tengok dia. Miss Zaza cakap, inilah kali pertama dia menerima customer lelaki sejak aku kerja kat tempat ni. Selama lelaki maskulin tu berada di Saloon tu, aku terasa dia asyik merenung kearah aku yang sedang asyik membelek majalah. Tapi yang pasti, aku rasa macam nak peluk je tubuh lelaki tu semalam dan ingin mengatakan padanya bahawa aku suka sangat tengok dia!
Pada petang yang bosan ni jugalah aku membawa diri ke fastfood McDonalds. Lepak sensorang sambil surfing internet. Hari ni Saloon tutup sebab Miss Zaza ada hal peribadi yang perlu diuruskan. My mom pula menemani my dad untuk menghadiri jemputan. Bukannya nak ajak aku sekali…Sedihnya…
Masa aku sedang syok melayari internet tiba-tiba datang seorang pekerja McDonalds menegur aku sambil menghulurkan sebuah beg berisi sehelai dress. Cantik! Tiba-tiba aku teringat akan kiriman-kiriman yang aku terima selama ni.
“Eh, awak ke yang selama ni beri saya pelbagai barangan?”
“Err…sebenarnya cik, tadi ada orang pesan minta sampaikan benda ni pada cik. Maaf. Saya minta diri dahulu”
Ish…apalah aku ni. Main serkap jarang je. Kan dah termalu sendiri. Ala …sos dah habis pula… Sewaktu aku ingin bangkit dari tempat duduk untuk menambah sos tiba-tiba seseorang telah tertumpahkan air minumannya ke baju yang aku pakai. Habis lenjun! Aku terus mencapai tisu dan mengelap tempat yang dibasahi. Huh…mandi Pepsi aku hari ni. Saat fikiran aku buntu, aku teringat akan kiriman dress tadi. Aku terus mencapai beg itu dan terus ke tandas untuk menyalin pakaian. Nasib baiklah ada baju spare. Sebelum itu, sempat juga aku menitip pesan pada orang yang menumpahkan air minumannya itu.
“Encik, tolong jagakan tempat saya sekejap.”
Setelah beberapa minit siap menyalin pakaian, aku kembali ke tempat dudukku tadi. Aku lihat lelaki itu masih setia di situ.
“Encik, terima kasih kerana jagakan tempat saya. Maaf lama menunggu.”
Eh, lelaki ni…! Lelaki yang iras-iras Aaron Aziz itu. Lelaki yang pernah datang ke Saloon Zaza. Aku yakin itu memang dia. Tak sangka aku dapat berjumpa dengan dia lagi. Alahai…cair aku tengok wajah dia…
“Erm…maaf. Kalau awak tak kisah, boleh saya tumpang duduk disini? Sebab tempat lain dah penuh. Err..itupun kalau awak tak kisahlah. Saya janji saya tak ganggu awak dan maaf atas kejadian tadi. Saya tak sengaja.”
“It’s okay. Saya tak ambil hati pun pasal tu. Erm, awak duduk sajalah disini. Saya memang seorang je kat sini. Silakanlah…”
Ya, aku akui memang tempat dah penuh. Petang sabtu, kebanyakkannya orang-orang gemar melepak di fastfood lebih-lebih lagi remaja macam aku. Dan salah aku juga kerana duduk di meja besar yang boleh menempatkan ramai orang walhal aku seorang saja duduk di sini. So, tak salah rasanya aku mengajak dia duduk bersama aku. Hmm…segan pula aku nak makan depan lelaki ini… Takkan nak senyap macam ni je. Fokus aku pada laptop pun dah lari. Tumpuan utama aku sekarang pada lelaki hensem di hadapan aku ini.
“Er…senyap je…?”
Wah…dengan beraninya aku bersuara! Lelaki di hadapan aku ini hanya tersenyum memandangku. Oh tidak! Jangan pandang aku sedemikian. Kelak jatuh cinta...
“Saya dah janji tadi yang saya tak akan ganggu awak.”
Err…macam mana aku nak ‘pancing’ dia supaya aku dapat berborak dengan dia…
“Nama saya Zarsha. Kalau awak tak kisah, kita boleh berborak sebab saya rasa tak selesa pula senyap macam ni. Lagipun tumpuan saya pada laptop ni dah lari…”
Dia tersenyum lagi…cutenya…
“Saya Ryan. Full name Adryan Qasha Hanieff. Nice to meet you, Zarsha..”
Fulamak full name dia!!! Setampan tuan punya nama!
Start dari hari tu, kami mula rapat… Bermacam-macam cerita kami kongsikan. Bagi aku, inilah perkenalan terindah apabila dapat berbual dengan insan yang aku minati. Sejak perkenalan itu, pertemuan demi pertemuan sehingga akhirnya membawa kepada soal hati dan perasaan… Aku…aku dah jatuh sayang pada Ryan! Adakah dia akan menjadi lelaki kesepuluh yang akan menjadi pendamping aku? Takdir di tangan tuhan… Aku mencintai Ryan…
Aku perkenalan Ryan kepada kedua orang tuaku setelah Ryan melamarku untuk jadikan aku sebagai cinta hatinya. My mom and dad merestui hubungan kami. Syukur sangat kerana sepanjang perhubungan kami, Ryan tak pernah menyakiti hatiku. Mengasari jauh sekali… Aku gembira disampingnya…
Kiriman lagi…kali ini kad ucapan birthday yang aku terima dari si Mysterious. Siapa sebenarnya dia… Setelah sekian lama dia dah tak muncul kini dia kembali lagi. Malah, dia tahu bahawa hari ini adalah hari lahir aku. Apapun, aku amat berterima kasih kepada pengirim misteri tersebut kerana mengingati hari lahir aku. Aku juga menceritakan semua ni kepada Ryan. Ya, Ryan berhak tahu. Syukur kerana Ryan memahami aku.
Kiriman demi kiriman aku terima setiap hari. Dan sehingga kini, aku masih menyimpan kesemua pemberian orang misteri itu. Aku yakin suatu hari nanti, aku akan tahu juga siapa gerangan yang baik hati memberi aku bermacam-macam hadiah. Psiko sungguh secret admire aku ni!
Setelah setahun lebih aku menjalin hubungan dengan Ryan, kami dah rancang untuk bertunang dan seterusnya bernikah. Dalam mengecap pintu kebahagiaan, tiba-tiba Fariesh datang menagih kasih pada aku semula. Fariesh…cinta lamaku… Aku terpaksa lepaskan Fariesh dari hati aku demi sahabat baik aku, Deanna yang sebenarnya dalam diam mencintai Fariesh. Aku pasrah. Tapi aku tak sangka pula Fariesh dapat menjejaki aku hingga ke Johor. Untuk apa lagi dia kembali…
“I still loving you, Amani. Please…kembalilah pada saya.”
Hati aku kini milik Ryan…Bukan lagi Fariesh. Aku tatap wajah Ryan. Dia terluka…
Ryan meminta diri untuk beredar dari situ. Tidak! Aku tak mahu Ryan pergi dari sisi aku. Aku harus tamatkan semua ni!
“No Fariesh…What past is past okay? Hati saya tidak lagi pada awak. Saya bawak diri ke sini pun adalah untuk lupakan awak. Supaya awak boleh berbahagia dengan Deanna. Now, please leave me. Leave me from your life… Saya hanyalah masa lalu awak. Kini hati saya milik orang lain. Saya hanya cintakan Ryan. Hanya dia di hati saya…selamanya…”
Fariesh tertunduk sedih. Maafkanku Fariesh. Mengertikah kau pada suatu ketika dahulu…aku sangat-sangat terluka melihat kau bersama dengan kawan baik aku sendiri. Itu sangat-sangat menyakitkan…
“Pulanglah kepangkuan Deanna. Dia lebih menyayangi awak.”
Aku meminta diri untuk pergi dari situ dan kembali kesisi Ryan yang setia menungguku.
Detik bersejarah dalam hidup aku akhirnya tiba jua. 5 minit yang lepas Ryan berjaya melafazkan akad nikah dengan sempurna yang berwalikan ayahku. Kini aku telah pun menjadi isteri Ryan yang sah pada usia aku yang hampir cecah 24 tahun. Haha…lari dari target aku.
“Ryan, sejak kita kahwin…saya dah tak menerima apa-apa kiriman lagi dari orang misteri tu. Dia frust ke…?”
“Dia tak frust malah dia gembira sebab dia dah capai apa yang dia mahukan selama ni…”
“Mana awak tahu? Awak pun nak jadi psiko juga ke?”
“Bukanlah. Dia dah tak hantar apa-apa kiriman sebab dia dah pun jadi milik sah kepada orang yang dia suka tu.”
“Maksud awak…? Ryan, awak ke orang misteri tu?”
“100 markah untuk isteriku yang tersayang ni! Actually, saya dah jatuh cinta dengan awak sejak dari dulu lagi…dan saya hanya mampu memerhatikan awak dari jauh sahaja sehinggalah kita berkenalan kat McDonalds tu. Memang saya sengaja tumpahkan air kat pakaian awak sebab saya nak tengok awak pakai dress yang saya hadiahkan untuk awak. Awak memang cantik memakai dress tu. Dan saya rasa saya orang yang bertuah kerana dapat memiliki hati awak. Terima kasih untuk segalanya sayang. I love you.”
“I love you too sayang!”
-EnD-
Nukilan oleh: Zarsha
24/4/2012 - 3:09 p.m
23 April 2012
Psssstttt... pikat hati si jejaka...
23/4/2012 - 4:54 p.m
Isnin - Mendung
Salam all.
Okay la, hari ni aku nak bentangkan sedikit sebanyak tips untuk memikat hati jejaka... Ehem2...menarik ni... Jum kite semak apa tips2 tersebut...
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
- Orang yang sombong selalu rugi. Rugi sebab tak orang nak kawan dengan dia. Boooooo!
Isnin - Mendung
Salam all.
Okay la, hari ni aku nak bentangkan sedikit sebanyak tips untuk memikat hati jejaka... Ehem2...menarik ni... Jum kite semak apa tips2 tersebut...
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
- Orang yang sombong selalu rugi. Rugi sebab tak orang nak kawan dengan dia. Boooooo!
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
- Okay, kali ni aku setuju dengan statement ni. Tapi...aku sendiri pun tak berapa nak pandai memasak. Takpelah...belajar sikit2 lama2 nanti pandailah kan... Belajarlah memasak pada yang tak pandai memasak sebab kebanyakkan lelaki memang suka perempuan pandai memasak! Sebab apa? Sebab diorang tu tukang makan je. Hahaha.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka
- Kalau yang ni mengikut individu tersendiri... Kadang2 ada yang mengatakan, sesetengah lelaki tak pandang pada rupa tapi pada hati. Tapi bagi aku, sama je kot... dah jarang lelaki pandang pada hati budi or whatever la... Kebanyakkannya, pandang pada rupa dan akhirnya menemui jalan kekecewaan... Kah kah kah!
- Kalau yang ni mengikut individu tersendiri... Kadang2 ada yang mengatakan, sesetengah lelaki tak pandang pada rupa tapi pada hati. Tapi bagi aku, sama je kot... dah jarang lelaki pandang pada hati budi or whatever la... Kebanyakkannya, pandang pada rupa dan akhirnya menemui jalan kekecewaan... Kah kah kah!
4. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
- Aha... betul jugak kadang2. Sebab kebanyakkan lelaki, mudah rimas dengan sikap perempuan. Yelahkan, benda yang dia tak suka, kita buat jugak. Tu namanye nak mintak maki. Kalau korang buat jugak benda yang dia tak suka, jawabnya babai lah.
5. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
- Ofcoz! Lelaki memang suka dan mudah cair dengan perempuan yang bersikap lemah lembut serta baik sifatnya. Tapi jangan tak tahu, ada jugak lelaki yang tak mudah terpikat dengan sikap lemah lembut perempuan. Terpulang pada individu tersendiri. Bak kata orang... Jadi diri sendiri lebih baik.
6. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
- Macam yang aku katakan tadi...jadi diri sendiri. Tapi perlulah kena pada keadaan. Asalkan tak terlalu over ataupun terlalu gedik. Kadang2 ada jugak perempuan yang terlalu nervous sampai tak dapat nak kawal diri sendiri. So, belajarlah kawal diri.
7. Jangan terlalu mengongkong.
- Yang ni penting. Kebanyakkan lelaki memang tak suka di kongkong! Kalau boleh, dia nak rasa bebas everytime. Mana dia nak pergi, dengan siapa dia lepak, apa yang dia buat... bagi diorang, itu semua hak diorang. Ada sesetengah perempuan, even tak ada apa-apa relation pun dengan lelaki tersebut tapi tetap nak mengongkong. Oh please... Lelaki tersebut mungkin akan mudah tawar hati dengan perempuan bersifat sedemikian. Yelahkan...belum ada apa-apa hubungan, dah mengongkong nanti kalau dah berhubungan, macam mana pulak tu...?
8. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
- Nak tau betul atau tak, cubalah...
9. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya
- Okay, kepada sesiapa yang suka buat suprise, korang boleh cuba buat untuk insan yang korang minati tu... Manalah tahu dapat respon positif. Goodluck!
10. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
- Setuju! But remember! Tak semua perkara boleh share dengan lelaki. Ada sebabnya kenapa lelaki suka perempuan yang berterus terang. Dalam 1 masa, dia juga boleh jadi pendengar setia kita. Dan kadang2 ada lelaki tak nak tengok perempuan bergelumang dengan 1001 masalah so, agak2 perlukan teman berbual, carilah lelaki sedemikian... Tapi jangan pergi cari laki orang buat teman pulak ye.
11. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
- Jengjengjeng...control diri.
- Jengjengjeng...control diri.
12. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
- Bak kata orang... Orang jual mahal, selalu rugi. Tapi ada guna jugak kalau perempuan jual mahal. Supaya maruah seorang perempuan tak di pijak2.
13. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- Kalau perempuan bijak suaikan diri dengan keadaan sekeliling, takdelah nampak kekok sangat kannnnnn...
14. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
- Lelaki ni kadang memang malas nak melayan hal-hal tak berfaedah ni. Buang masa katanya...
15. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
- Lelaki memang paling tercabar kalau ada perempuan suka membanding-banding diri dia dengan bekas kekasih korang. Tak caya, cubalah buat.
16. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Fakta membuktikan bahawa kebanyakkan lelaki mudah jatuh cinta dengan perempuan kerana ada orang caring dengan dia seperti yang tertulis di atas ni...
17. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
- Membangkanglah bila perlu.
18. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
- Pastikan tidak melampaui batas!
19. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
14. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
- Lelaki ni kadang memang malas nak melayan hal-hal tak berfaedah ni. Buang masa katanya...
15. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
- Lelaki memang paling tercabar kalau ada perempuan suka membanding-banding diri dia dengan bekas kekasih korang. Tak caya, cubalah buat.
16. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Fakta membuktikan bahawa kebanyakkan lelaki mudah jatuh cinta dengan perempuan kerana ada orang caring dengan dia seperti yang tertulis di atas ni...
17. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
- Membangkanglah bila perlu.
18. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
- Pastikan tidak melampaui batas!
19. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
-Lepas ni ramailah perempuan yang suka pakai high heels bila berjalan dengan jejaka idaman. Hehe...
20. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
- Take a note girls! Pastikan rupa korang tidak menyerupai hantu cina.
- Take a note girls! Pastikan rupa korang tidak menyerupai hantu cina.
21. Mengetahui bila hari lahirnya.
- Perempuan wajib tahu! Tapi bab-bab tarikh ni lelaki suka lupa. Hmm...
- Perempuan wajib tahu! Tapi bab-bab tarikh ni lelaki suka lupa. Hmm...
22. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
- Kebudak-budakan bukan tak boleh tapi jangan terlalu over. Takut dia malu pulak nak bergaul dengan korang.
23. Agresif.
24. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
- Nanti cepat bosan pulak...
- Nanti cepat bosan pulak...
25. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
- Upssss...pastikan pandai menjaga tatatertib dan pergaulan.
- Upssss...pastikan pandai menjaga tatatertib dan pergaulan.
26. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
27. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
28. Kenali siapa diri sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
- Siasat latar belakang lelaki yang diminati itu.
29. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
- Sesiapa pun tak suka kalau seseorang itu berpenampilan jelek!
- Sesiapa pun tak suka kalau seseorang itu berpenampilan jelek!
30. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
31. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
32. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
33. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
34. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
35. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Okeh! Cukup sampai sini sahaja tips2 yang dapat aku kongsi dengan korang semua.
Oh ya, aku peroleh sumber2 ni semua daripada
So, enjoy !
Salam.
-Zarsha-
23/4/2012 - 5:25 p.m
21 April 2012
cinta dan kasih sayang
- cinta tak boleh diukur oleh seberapa lama kamu menunggu tetapi bagaimana kamu memahami mengapa kamu menunggu dan apa yang kamu tunggu...
- kata kata cinta selalunya boleh membuaikan perasaan seseorang menjadi rawan , namun harus diingatkan bahawa kamu tidak perlu terlalu taksub dan leka , takut takut nanti semua kerja tak jalan...
- kamu hanya memerlukan 1 minit untuk menghancurkan seseorang , satu jam untuk menyukai seseorang , satu hari untuk mencintai seseorang tetapi kamu memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang...
- cinta dan kasih sayang ialah jiwa yang tak dapat nak dipisahkan .cinta sayang datang daripada ketulusan hati akan menjadi sejati . cinta bukanlah apa yang kamu lihat tapi apa yang kamu rasa...
_ cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum sambil mendoakan kebahagiaan untuk dirinya walaupun kamu terpaksa melepaskan si dia pergi...
- AFIQAH -
- kata kata cinta selalunya boleh membuaikan perasaan seseorang menjadi rawan , namun harus diingatkan bahawa kamu tidak perlu terlalu taksub dan leka , takut takut nanti semua kerja tak jalan...
- kamu hanya memerlukan 1 minit untuk menghancurkan seseorang , satu jam untuk menyukai seseorang , satu hari untuk mencintai seseorang tetapi kamu memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang...
- cinta dan kasih sayang ialah jiwa yang tak dapat nak dipisahkan .cinta sayang datang daripada ketulusan hati akan menjadi sejati . cinta bukanlah apa yang kamu lihat tapi apa yang kamu rasa...
_ cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum sambil mendoakan kebahagiaan untuk dirinya walaupun kamu terpaksa melepaskan si dia pergi...
- AFIQAH -
hari yang paling malang
semalam merupakan hari yang paling malang bagiku..dah le jumpe orang gatal..lepas tu terjumpa pulak kawan sekolah yang suka usik aku time belajar dulu.alahai kecik betul dunia ni..dah tu aku boleh tersalah hantar sms dekat 1 member aku ni..peh....malu gile aku dibuat nya..rasa macam nak pengsan aje bila tengok balik dekat sent item phone..patut lah kawan aku tu tak balas balas msg nya..
19 April 2012
gatal yang amat
geram siot gan 1 laki ni..tak yah lah nak menggatal gan aku..kang ada dapat penampar free..baik ko gi menggatal dekat orang lain..da tu tak puas hati cakap aq kerek..peh x hangin lak aq kan..dah le gah tensoin gan perangai ofizmate aq lagi yang makin menyebalkan..rasa makin fed up je..sabar je lah ain..nak buat macam mana..
18 April 2012
Welcome to our blog !
18/4/2012 - 10:33 a.m
Rabu - Cerah
Salam all. Selamat datang ke blog kami!
Yes, setelah aku delete blog peribadi kepunyaan aku, akhirnya aku buat keputusan untuk buat satu blog yang akan di update oleh aku sendiri dan juga Alfie. Sharing is caring kan. Haha. Segala suka duka akan kami kongsi disini. Hope korang tak meluat. *Lol*
Happy working okey!
Bye, salam.
-Zarsha-
18/4/2012 - 11:05 a.m
Rabu - Cerah
Salam all. Selamat datang ke blog kami!
Yes, setelah aku delete blog peribadi kepunyaan aku, akhirnya aku buat keputusan untuk buat satu blog yang akan di update oleh aku sendiri dan juga Alfie. Sharing is caring kan. Haha. Segala suka duka akan kami kongsi disini. Hope korang tak meluat. *Lol*
Happy working okey!
Bye, salam.
-Zarsha-
18/4/2012 - 11:05 a.m
Subscribe to:
Posts (Atom)