About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

30 June 2016

Cerpen: Umayra

Umayra.

  “Tunggu. Pernikahan ini tak boleh diteruskan.” ujar Ardiana sekaligus mengejutkan para tetamu dan keluarga yang hadir di acara pernikahan Redza dan Umayra. “Kenapa ni Diana?” tanya Umayra, terpinga-pinga melihat tindakan nekad sahabatnya, Ardiana yang bertindak menghalang pernikahan tersebut. Ardiana hanya terdiam sambil memandang kearah pengantin lelaki, Redza Fahryan. “Maafkan aku, Mayra.” ujar Ardiana sambil tertunduk sedih. Redza bangkit dari tempat duduknya tadi dan mendekati Ardiana untuk mendapatkan penjelasan dari gadis itu. “Saya sayangkan awak, Reza.” Penjelasan Ardiana membuatkan suasana menjadi hinggar-binggar. Ruih sekali. Umayra terkaku diam disitu. Terkedu apabila dia mendengar ucapan dari mulut Ardiana, sahabat baiknya sendiri. “Maafkan saya.” ujar Ardiana sambil menarik Redza keluar dari perkarangan rumah yang sepatutnya menjadi saksi pernikahan Redza dan Umayra. Lebih memeritkan hati Umayra apabila melihat sahabat baik yang sangat dia percayai telah mengkhianatinya di hadapan keluarga serta tetamu yang hadir di majlis itu. “Kenapa baru sekarang kau nak mengaku...” gumam hati kecil Umayra. Air matanya menitik satu persatu. Ibu Umayra cuba memujuk hati anaknya walaupun mereka sedikit terkilan apabila melihat bakal menantu mereka telah dibawa lari oleh sahabat Umayra sendiri.

  Umayra membelek-belek barang hantaran yang sepatutnya diberi pada pihak lelaki siang tadi. Apabila dia terkenang kembali dengan apa yang terjadi pada siang tadi, Umayra langsung membuang hantaran tersebut ke lantai sehingga pecah berderai. Ibu Umayra yang berada di tingkat bawah langsung naik ke bilik Umayra kerana mendengar bunyi kaca pecah. “Ya Allah, apa dah jadi ni Mayra.” ujar Datin Melia, ibu Umayra apabila melihat barang-barang hantaran bertaburan di lantai. “Datin, tadi saya dengar bunyi kaca pecah dari tingkat bawah…” kata-kata Bik Anum terhenti apabila melihat keadaan bilik anak majikannya, Umayra. “Ya  ampun, ini kenapa dilempar semuanya kebawah?” tanya Bik Anum sambil mengemas. “Bik, buang semuanya. Saya tak nak tengok semua barang ni ada dalam rumah ni lagi.” arah Umayra sambil menarik selimut menutup muka dan tubuhnya. Memberi amaran agar dirinya tidak mahu diganggu. Selepas Bik Anum menyelesaikan tugasnya, dia langsung menutup lampu bilik Umayra dan menutup kembali pintu bilik anak gadis itu. Umayra menangis teresak-esak di balik selimut yang menyelimuti tubuhnya. Terkilan dengan kelakuan sahabat baiknya yang nekad merampas Redza dari hidupnya.

*** *** ***
  Selepas seminggu berkurung di dalam rumah dengan wajah yang tidak terurus dan badannya sedikit susut, akhirnya Umayra bangkit kembali dengan semangat baru. Tidak guna untuk dia menangisi apa yang telah terjadi dalam hidupnya selama ini. “Selamat pagi semuanya.” ujar Umayra sambil meletakkan beg tangannya di kerusi kosong di sebelahnya. Datin Melia sedikit terkejut melihat anak gadisnya kelihatan sangat ceria pagi itu. Bik Anum hanya tersenyum apabila melihat Umayra telah kembali ceria seperti selalu. “Hmm…sedapnya bau!” ujar Umayra sewaktu melihat Bik Anum membawa mangkuk yang berisi mee goreng itu. Datin Melia senang hati apabila dia dapat melihat kembali senyuman anak gadisnya itu. “Ibu tak kerja hari ni?” tanya Umayra apabila hairan melihat ibunya ada di rumah. Biasanya Datin Melia jarang terlihat ada di rumah kerana sibuk menguruskan butik dan juga produk kecantikannya. “Petang sikit baru ibu pergi butik.” ujar Datin Melia yang tak lekang melihat wajah anak gadisnya. “Kenapa ibu tengok Mayra macam tu? Make up Mayra tebal sangat ye bu?” tanya Umayra sambil membelek-belek wajahnya. Datin Melia tersenyum dengan keletah Umayra. “Anak ibu selalu nampak cantik. Lebih cantik kalau dia selalu tersenyum manis macam ni.” ujar Datin Melia sambil mengusap wajah Umayra. Umayra tersenyum malu apabila dipuji sedemikian. “Udah mulai kerja lagi?” tanya Bik Anum sambil menuangkan kopi panas di cawan Umayra. “Iya bik. Kesian diorang buat kerja tanpa saya. Entah apalah yang jadi dengan butik tu sekarang.” ujar Umayra sambil membuat mimik muka sedih. Profesionnya sebagai fashion designer dan wedding planner yang diwarisi dari ibunya telah membuatkan dia berjaya membuka sebuah butik pakaian dan bridal atas namanya sendiri. 

*** *** ***

  “Sofia Umayra!” jerit Fatihah, salah seorang pekerja merangkup teman gosipnya. “Kenapa nak datang tak beritahu?” tanya Fatihah. Umayra bercekak pinggang. “Kenapa nak kena beritahu pulak? Inikan butik aku, suka hati akulah nak datang bila-bila masa pun. Apasal kau tanya macam tu? Kau ada buat hal dengan customer ye?” tanya Umayra sambil mensyaki sesuatu. Fatihah kelihatan panik. “Eh, tak adalah. Cuma…” Fatihah tak sanggup meneruskan kata-katanya. Umayra menjengil mata. “Cuma hari tu dia termarah customer sebab ada customer tu cerewet sangat. Ini tak kena, itu tak kena. Last-last customer tu blah macam tu je. Lagipun siapa tahan kalau semuanya tak kena kat mata dia. Tak rugi pun kalau dia blah.” celah Ryan, lelaki berpewatakan lembut yang bekerja di butik Umayra. “Aku ingat pasal apa tadi. Korang ni buat aku risau je.” ujar Umayra sambil membelek buku catatannya. “Sofia…aku simpati dengan apa yang jadi pada hari pernikahan kau tu ye. Tergamak diorang buat macam tu pada kau.” ujar Fatihah yang lebih suka memanggil Umayra dengan nama Sofia. Umayra terdiam seketika. “Aku datang butik ni sebab nak settlekan kerja. Kalau kau nak ungkit pasal tu, lebih baik aku balik.” ujar Umayra, pura-pura merajuk. “Ok, ok. Aku minta maaf. Aku janji aku tak akan cakap pasal tu lagi.” ujar Fatihah dengan gelabah. Ryan tertawa kecil apabila menyedari bahawa Umayra sedang mengenakan 
Fatihah. Tahu benar dia dengan perangai nakal Umayra.

  “So, disebabkan aku tinggalkan korang selama seminggu ni, apakata lunch ni aku belanja korang? Korang cakap je nak makan apa dan di mana.” ujar Umayra yang memang terkenal dengan sifat pemurah hatinya itu. Fatihah bersorak kegirangan. “Murah rezeki kau, Fia.” ujar Fatihah. Tengahhari itu mereka membawa Umayra kesebuah restoran makanan jepun yang baru dibuka tidak jauh dari butik mereka. Entah kenapa hati Umayra seakan berat untuk kesana tetapi kerana dia telah berjanji dengan pekerjanya, dia ikutkan sahaja.
  Rasa tidak sedap hatinya akhirnya mendapat jawapan. Tanpa disedari, ternyata Redza, bakal suami yang dilarikan oleh sahabat baiknya berada di situ bersama si perampas, Ardiana. “Mayra, aku minta maaf.” ujar Ardiana setelah menyedari kehadiran Umayra disitu. Umayra pura-pura tidak mendengar dan menikmati hidangan yang telah sampai beberapa minit sebelum kedatangan Ardiana disitu. “Please Mayra…” rayu Ardiana. “Kau ni tak ada adab ke? Tak nampak kitorang tengah makan? Jangan ganggu kami and please mind your own business!” tegas Umayra. Redza memujuk Ardiana supaya kembali ke mejanya. Hati Umayra bagai dicarik-carik melihat layanan Redza terhadap Ardiana. Otaknya tak habis fikir kenapa Ardiana setega itu menyakiti hatinya walhal hubungan mereka ibarat adik beradik. Tidak sedikit pun dia merasa bahawa Ardiana akan mengkhianatinya sedemikian. Entah bila mereka bercinta sehingga dia sendiri tidak menyedari hubungan keduanya itu telah lama dibina tanpa pengetahuannya. Selera makannya seakan hilang selepas diganggu oleh kehadiran orang-orang yang dia benci. Ryan dan Fatihah hanya mampu terdiam apabila melihat Umayra seperti kehilangan mood.

*** *** ***

  “Cuba teka siapa saya?” ujar seorang lelaki sambil menutup mata Umayra yang tadi khusyuk membaca di ruang tamu. “Siapa pulak main tutup-tutup mata ni? Lepaslah!” marah Umayra kerana rimas apabila diperlakukan sedemikian. “Amboi…garangnya dia sekarang.” Umayra ternganga apabila melihat Azrief Iyrfan, abang kandungnya berada di hadapan matanya. “Abanggggggg!” jerit Umayra sambil memeluk abangnya dengan erat. “Bila abang balik? Tak cakap dengan adik pun…” ujar Umayra sambil memuncungkan bibirnya. “Baru je sampai tadi. Lepas nampak adik ada kat ruang tamu, itu yang abang ingat nak surprise adik tapi tetiba abang pulak kena marah. Itu haa, beg pun abang belum sempat bawa masuk bilik tau sebab excited nak jumpa dengan adik punya pasal.” ujar Azrief Iyrfan atau lebih senang dipanggil Iyrfan. “Siapa suruh usik adik macam tu? Mati-mati adik ingat lelaki tak guna mana entah yang saja nak cari pasal dengan adik.” ujar Umayra, sempat menyindir seseorang. Iyrfan memahami maksud di sebalik kata-kata adiknya itu. “Abang dah dengar pasal tu. Abang simpati dengan nasib adik.” ujar Iyrfan sambil mengusap lembut kepala Umayra. “Ahh…sudahlah. Lelaki tu pun belum mati lagi, buat apa nak bersimpati bagai.” Iyrfan sedikit terkejut apabila adik perempuannya yang dulu sopan dan lemah lembut kini telah berubah sikap. “Tak payah nak buat muka terkejut sangatlah abang. Yang ada depan mata abang ni memang Mayra. Adik abang satu-satunya. Memanglah dulu dia nampak macam budak baik. But she’s not real because she fell in love with someone yang dah hancur lumatkan hati naluri kewanitaan dia.” ujar Umayra dengan sungguh-sungguh. Iyrfan tersenyum melihat keletah nakal adiknya.
     “Next week Iyrfan dah boleh mula kerja dengan ayah-lah?” tanya Dato Ariffin, ayah kepada dua beranak itu. “Insyaallah ayah. Adik, nanti boleh tolong hantarkan abang tak?” tanya Iyrfan kepada Umayra. “Pergi office?” tanya Umayra pula. “Bukan. Abang nak pergi jumpa kawan abang. Maklumlah, abang dah lama menetap kat Jordan sampai lupa jalan-jalan kat sini. Boleh ye?” ujar Iyrfan. “No problem. Janji ada upah.” ujar Umayra sambil tersenyum nakal. “Berkira pulak ye.” ujar Iyrfan sambil menggumam geram. Datin Melia dan Dato Ariffin tersenyum melihat gelagat anak-anak mereka. Sejak Iyrfan sambung belajar di Jordan dan menetap di sana selama beberapa tahun, rumah mereka menjadi sunyi tetapi kini tidak lagi apabila Umayra telah mendapat kembali teman gaduhnya iaitu Iyrfan.

“Betul ke kawan abang tu nak jumpa abang kat sini?” tanya Umayra sambil memerhatikan keadaan sekeliling. “Abang rasa betul. Haa…itupun dia dah sampai.” ujar Iyrfan sambil menunjuk kearah seorang lelaki berbadan tegap membawa beg sandang tepi dan bertopi. “Jom dik.” ujar Iyrfan. “Jom apanya?” Umayra terpinga-pinga. “Alah, kita lepaklah kejap.” ujar Iyrfan sambil memegang tangan adiknya ibarat sepasang kekasih. “Malaslah. Kan tadi abang suruh adik hantarkan abang je.” ujar Umayra sambil mencuba melepaskan diri namun genggaman tangan abangnya terlalu erat. “Apa khabar bro?” ujar kawan Iyrfan sambil menyalami Iyrfan. “Alhamdulillah, baik.” balas Iyrfan. “Aku ingat kau datang sorang tadi. Tak sangka pulak kau bawa awek Jordan datang sini sekali.” perli kawan Iyrfan. “Awek Jordan mana pulak kau maksudkan ni?” tanya Iyrfan sambil melihat sekeliling. “Yang kat sebelah kau tu bukan awek?” ujar kawan Iyrfan sambil menunjuk kearah Umayra. Iyrfan tertawa apabila menyedari tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan Umayra. “Bro, ni bukan awek Jordan. Ini awek Pakistan mana entah terlepas dari imigresen semalam.” usik Iyrfan. Umayra sempat mencubit abangnya kerana mengejeknya. “Sorry, abang gurau.” bisik Iyrfan. “Dhani, kenalkan ini adik aku, Sofia Umayra.” ujar Iyrfan. Dhani hanya tersenyum memandang Umayra. Dia tidak menghulur salam pada Umayra kerana dia tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. “Dik, inilah kawan abang, nama dia Iman Firdhani tapi panggil je dia Dhani.” Umayra membalas senyuman Dhani walaupun dia sedikit kekok apabila berjumpa dengan kawan abangnya. Iyrfan rancak berbual dengan Dhani manakala Umayra hanya mampu mendengar tanpa mencelah sedikit pun. Dhani menawarkan diri untuk menghantar Iyrfan pulang apabila melihat Umayra kelihatan sedikit penat dan meminta gadis itu pulang dahulu.

*** *** ***

  Sewaktu Umayra sedang mencari-cari parking berdekatan dengan butiknya, tiba-tiba sebuah kereta telah melanggar bahagian belakang kereta Umayra. Umayra langsung keluar dari kereta untuk melihat keadaan bumper keretanya yang dilanggar. Untung sahaja hanya sedikit calar dan kemik jika tidak, dia terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan tersebut. Pemilik kereta yang telah melanggar bahagian belakang kereta Umayra langsung tidak mahu keluar dari keretanya. Umayra mendekati cermin di bahagian pemandu dan mengetuk cermin tingkap kereta tersebut. Kelihatan pemandunya merupakan seorang lelaki. “Encik, lain kali tolong hati-hati.” ujar Umayra selepas cermin tingkap kereta tersebut diturunkan. “Siapa suruh kau lembab sangat bawa kereta.” balas lelaki itu. Panas telinga Umayra apabila mendengar kata-kata lelaki itu. “Awak dah nampak saya tengah cari parking tadi, saya siap dah bagi signal kot. Yang awak tetiba langgar kereta saya kenapa? Buta ke?” amarah Umayra membuatkan lelaki tersebut tercabar. Lelaki itu terus membuka cermin mata hitamnya dan menjeling kearah Umayra. “You take this, and shut your mouth.” ujar lelaki itu sambil menghulurkan beberapa keping not RM50.00 kepada Umayra. Umayra terkejut melihat wajah lelaki itu. “Dhani?” lelaki itu hanya terdiam. Sebelum lelaki itu berlalu pergi, Umayra sempat menahan. “Saya tak peduli walau siapapun awak. Saya tak perlukan duit ni. Yang saya nak, awak minta maaf dengan saya.” ujar Umayra sambil memulangkan kembali duit yang diberi oleh lelaki itu tadi. “Tak nak sudah.” ujar lelaki itu sambil berlalu pergi tanpa mempedulikan Umayra yang terpekik-pekik memanggilnya. “Kurang ajar betul! Aku tak peduli sama ada dia tu kawan abang aku ke atau siapapun dia, aku nak dia minta maaf!” gumam Umayra.
“Bos, kenapa pagi-pagi lagi dah monyok je muka ni? Tak manislah.” tanya Ryan apabila dia melihat wajah majikannya muram sahaja. “Tadi ada orang langgar kereta aku. Lepas tu tak reti minta maaf. Aku hanginlah.” jawab Umayra. Ryan ternganga. “Habis tu bos ada cedera apa-apa tak? Kereta ada rosak ke?” tanya Ryan dengan cemas. Umayra kelihatan tenang sahaja. “Kemik dan calar sikit je. Itu aku tak kisah sangat. Paling tidak pun, say sorry ke, bagi penjelasan ke. Ini tidak, boleh pulak dia buat aku tambah hangin. Siap panggil aku lembab lagi. Huh!” marah Umayra sambil mengepam penumbuk seakan-akan ingin menumbuk wajah lelaki yang telah melanggar keretanya tadi.

“Kenapa bumper kereta adik tu?” tanya Iyrfan sambil membasuh kereta kesayangannya, Mazda RX-8 Sport. Ketika Umayra sedang memasuki perkarangan rumah, dia sempat melihat ada kecacatan di kereta adiknya. “Abang pergilah tanya kawan abang tu apa yang dia dah buat dengan kereta adik.” ujar Umayra dengan penuh perasaan sebal. Iyrfan terpinga-pinga. “Dhani ke?”

*** *** ***

“Kenapa tiba-tiba nak jumpa dengan aku ni? Bunyi macam penting je.” tanya Dhani sebaik sahaja sampai di tempat yang dijanjikan oleh Iyrfan. “Kereta adik aku tu macam ada orang langgar. Aku tanya dia siapa, dia tak nak beritahu. Dia suruh aku tanya dengan kau. Kau ke yang langgar kereta dia?” pertanyaan Iyrfan membuatkan Dhani garu kepala. Terpinga-pinga apabila tiba-tiba namanya terbabit. “Aku jumpa dia sekali tu jelah yang masa dengan kau. Lepas tu mana ada aku jumpa dia lagi.” ujar Dhani. “Betul ni? Hmm…kalau bukan kau orangnya, habis siapa? Kawan yang aku kenalkan pada dia cuma kau sorang jelah.” Iyrfan juga terikut menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Aku rasa aku tahu siapa.” ujar Dhani sambil tersenyum sumbing. Iyrfan tertanya-tanya. “Mungkin adik kau confuse antara aku dengan Dhaus.” Iyrfan menepuk dahi apabila mendapat jawapan di sebalik persoalannya. “Aku pun rasa macam tu.” Iyrfan tersenyum puas. “Apapun, aku minta maaf bagi pihak adik aku tu. Kau pun tahu jelah perangai si Dhaus tu, manalah dia nak mengalah dengan perempuan. Ego tinggi. Aku dah penat nasihatkan dia supaya jangan berkasar dengan perempuan.” ujar Dhani sambil mengeluh kecil. “Takpa bro, aku faham. Adik aku tu pun kadang tak nak mengalah bila dah lantang bersuara.” ujar Iyrfan.

“Adik, kawan abang dah minta maaf tentang kereta adik tu.” ujar Iyrfan apabila melihat kelibat Umayra di ruang tamu. “Perangai tak semegah rupa.” perli Umayra. Iyrfan hanya terdiam apabila adiknya sudah mula mengomel. “Esok abang hantar adik ye? Kereta adik masih di workshop kan.” ujar Iyrfan sambil memujuk adiknya. “Tak payah. Adik dah suruh Ryan ambil adik.” ujar Umayra tanpa memandang sedikit pun kearah Iyrfan. “Tak apalah kalau macam tu. Abang nak masuk tidur dulu. Selamat malam.” ujar Iyrfan. Dia sempat mengeluh dengan sikap Umayra yang semakin hari semakin keras kepala.

*** *** ***
  Hari pertama Iyrfan bekerja di syarikat milik ayahnya, berbagai jenis hadiah yang dia dapat dari staf-staf perempuan disitu. Pelbagai cara mereka cuba lakukan asalkan dapat mendekati Iyrfan dan menarik perhatian lelaki itu. “Encik Iyfran hari ni lunch dengan siapa?” tanya Nadine, receptionist di pejabat itu. “Err…saya tak tahu lagi.” ujar Iyrfan, kekok. “Kalau Encik Iyrfan tak kisah, nanti kita boleh lunch sama?” Iyrfan hanya mampu tersenyum tawar dengan tawaran Nadine. Terasa rimas dirinya apabila staf-stafnya seakan cuba mengambil kesempatan. Iyrfan langsung masuk ke pejabatnya dan mencapai telefon pintarnya. Nombor Umayra didail.

“Ye cik, boleh saya bantu?” tanya Nadine sewaktu Umayra sampai di pejabat abangnya. “I nak jumpa dengan boyfriend I.” ujar Umayra, selamba. “Maaf, boleh saya tahu siapa?” tanya Nadine. Umayra bercekak pingang. “Ini first and last I mention nama dia, Azrief Iyrfan. Remember that!” ujar Umayra dengan tegas. Nadine terkejut apabila mengetahui bahawa lelaki idamannya ternyata sudah mempunyai buah hati. “Cik boleh masuk ke pejabatnya sekarang.” ujar Nadine dengan perasaan kesal. Umayra sengaja pura-pura sombong dengan staf-staf disitu. Mengikut cerita dari abangnya, dia menjadi lemas dengan godaan dari staf-staf perempuan yang tidak habis-habis mencari perhatian darinya.
  “Apahal suruh adik datang sini? Nasib baiklah tak ramai customer kat butik tadi.” ujar Umayra sambil merehatkan badannya di sofa yang terdapat di sudut hujung pejabat abangnya. “Firstly, thank you for coming. Second, thanks too sebab sudi merelakan diri untuk berlakon sebagai girlfriend abang yang 'garang'.” ujar Iyrfan sambil mengambil tempat di sebelah adiknya. Umayra mencebik. “Diorang kacau abang eh?” tanya Umayra, mencari kepastian. “Tak adalah kacau tapi…” Umayra langsung memotong penjelasan abangnya. “Tapi diorang cuma nak menggatal dengan abang, kan? Sudahlah, adik dah tahu semuanya. Berkat novel yang adik baca dan drama di televisyen tu dah bagi jawapan pada adik. Kalau bukan abang tu hensem sangat, tak adanya diorang nak dekat. Cuba kalau muka abang sememeh je, adik pun taknak ngaku abang ni boyfriend adik. Euww.” seloroh Umayra. Iyrfan mencubit pipi adiknya kerana sempat bergurau nakal. “Kat dalam novel dengan dalam drama tu pun sama macam situasi abang ni ye?” tanya Iyrfan, hairan apabila adiknya cuba mengaitkan jalan hidupnya dengan novel dan drama yang dia tonton. “Alah, biasalah tu. Kalau anak bos masuk pejabat, bonus muka tampan, badan tegap, perempuan mana yang tak suka? Nasib baik bukan adik yang kerja dengan ayah, kalau tak habis semua staf perempuan kat sini adik pecat.” ujar Umayra dengan angkuh. “Fuhh…nasib baik ayah tak ajak adik kerja dengan dia. Lagipun adik ada bisnes sendiri kan? Haa…jangan berangan nak ambil tempat abang.” ujar Iyrfan, sempat menyekeh kepala adiknya. “Dah, jom kita pergi lunch dengan ayah sekali.” ujar Iyrfan. Umayra bersorak keriangan. Jarang sekali untuk dia dapat makan tengah hari bersama ayahnya.
  Sewaktu Iyrfan turun ke lobi bersama ayahnya dan Umayra, staf-staf perempuan yang melihat kemesraan mereka bertiga mulai merasa cemburu apalagi Nadine yang menyangka bahawa Umayra itu adalah girlfriend Iyrfan. Dan Umayra terlihat sangat mesra dengan Dato Ariffin, ayah Iyrfan. Sengaja Umayra menunjukkan kemesraan tersebut dengan memaut lengan ayahnya dengan manja di hadapan staf-staf perempuan tersebut. “Kalau ibu ada sekali, kan lagi best.” ujar Umayra. Iyrfan tersenyum mendengar harapan Umayra. Sayang sekali, ibu mereka juga mempunyai kesibukan masing-masing.

*** *** ***

  Sewaktu Umayra berada di lampu trafik, kelihatan seorang lelaki yang sangat dia kenali. “Kau!” jerit Umayra kearah kereta yang berada disebelahnya namun tidak diendahkan oleh pemandu lelaki tersebut. Umayra nekad untuk mengikuti lelaki yang pernah membuat dia marah gara-gara telah melanggar bumper keretanya. Kereta yang dipandu lelaki itu menuju masuk ke kawasan perumahan elit. “Mamat kurang ajar ni anak orang kaya rupanya. Patutlah macam orang tak ada adab!” Umayra mengomel sendirian. Umayra memberhentikan keretanya tidak jauh dari rumah lelaki itu. Selepas kereta lelaki tadi masuk kedalam pagar, kelihatan seorang lagi lelaki sedang keluar dengan membawa plastik hitam berisi sampah untuk dibuang kedalam tong sampah yang telah disediakan di luar rumah. Umayra sedikit hairan apabila melihat lelaki yang dia lihat di dalam kereta tadi berpakaian lain, manakala lelaki yang baru sahaja keluar itu pula berpakaian lain. “Cepatnya dia tukar baju?” tanya Umayra, sendirian. Keliru dengan apa yang dia lihat, akhirnya Umayra membuat keputusan untuk pulang semula ke butik.

  Iyrfan terlambat untuk ke pejabat. Dia terlupa bahawa pagi ini dia harus menemuduga calon pekerja yang akan bekerja sebagai pembantu peribadinya. Dia kelihatan tergesa-gesa keluar dari rumah dan memecut secepat yang mungkin. Kecuaiannya membawa nasib malang pada seseorang. Dia dengan tidak sengaja terlanggar lopak air yang terdapat di hadapan perhentian bas sehingga tersimbah seseorang yang berada disitu. Menyedari bahawa dia hanya ada beberapa minit sahaja sebelum sampai ke pejabat, dia langsung meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan mangsa yang terkena simbahan air tersebut. Nasibnya baik kerana temuduga tersebut ditangguhkan lagi setengah jam. Iyrfan sempat menyiapkan beberapa kertas kerja untuk pembentangan pada esok hari.

*** *** ***

  Ketika Umayra sedang mengemas butiknya, dia terjumpa sebuah kotak berisi pelbagai kertas yang pernah dia simpan dengan sahabat baiknya dulu. Setiap helaian kertas itu mempunyai sebuah kenangan manis. Dibeleknya sehelai demi sehelai.

“Kau suka dia ke? Kalau suka, pergilah terus terang dengan dia.” - Ardiana
“Aku malulah.” – Umayra
“Kenapa nak malu pula? Kalau kau tak terus terang dengan dia, sampai bila-bila pun dia takkan tahu isi hati kau.”  - Ardiana.
“Baiklah, aku akan cuba luahkan perasaan aku pada dia. Terima kasih Diana!” – Umayra

  Umayra mengenali Ardiana sejak dari zaman bangku sekolah lagi. Waktu itu Umayra bersekolah pada sesi petang manakala Ardiana pula bersekolah pada sesi pagi. Walaupun umur mereka sebaya tetapi Ardiana telah mendapat kelas lompat kerana kepandaian yang dia miliki. Sejak dari hari tu, mereka berhubung melalui sehelai kertas yang ditulis oleh Umayra pada awalnya tentang perasaan dia terhadap seorang lelaki yang dia sukai iaitu Redza Fahryan, dan kemudian dibalas oleh Ardiana. Begitulah kehidupan mereka setiap hari persekolahan sehinggalah Ardiana mengajak Umayra untuk berjumpa dan mereka akhirnya menjadi sahabat baik. Umayra sering bercerita tentang hubungannya dengan Redza. Selain itu, mereka juga sering bertukar-tukar cerita. Suatu hari, sewaktu Umayra meminta Ardiana menemaninya untuk dia berjumpa dengan Redza, dalam diam ternyata Ardiana menyimpan perasaan terhadap Redza. Tetapi dia tepis jauh-jauh perasaan tersebut demi menjaga hati sahabat baiknya itu.
  “Bos, dah petang ni. Bos tak nak balik ke?” tanya Ryan, sekaligus mematikan lamunan Umayra. “Ya Allah…aku mengelamun sampai tak sedar dah nak masuk waktu maghrib. Kau baliklah dulu. Aku nak kemas-kemas ni kejap lepas tu aku baliklah.” ujar Umayra sambil menyusun kembali helaian-helaian kertas itu dan dimasukkan kembali ke dalam kotak tadi. Sejurus selepas dia menutup lampu dan mengunci pintu butiknya, dia langsung pulang. Sebelum sampai kerumah, dia sempat berhenti di masjid berdekatan untuk mengelakkan dari tertinggal waktu maghrib yang hampir habis. Selepas menunaikan kewajipan sebagai umat islam, dia singgah pula ke kedai makan yang tidak jauh dari rumahnya. Perutnya sudah meminta diisi kerana dari siang tadi dia tidak sempat untuk makan tengahhari. Jika ditangguh lagi, pasti akan terkena penyakit gastrik. Nasi ayam penyet dan teh ais limau menjadi pilihannya sebagai alas perut malam itu.
    “Humairah?” tegur seorang lelaki. Umayra nyaris tersedak kerana namanya tiba-tiba disebut. Selepas meneguk air, dia langsung menoleh kearah suara yang memanggil namanya. “Dhani?” Entah dia harus mengelak atau memarahi lelaki itu kerana peristiwa yang masih tidak dapat dia lupakan sampai sekarang. “Ye, ini saya Dhani.” ujar lelaki itu sambil tersenyum. Umayra sedikit hairan kerana sikap Dhani berbeza dengan lelaki yang dia temui tempoh hari. Tidak sombong dan sopan tutur bicaranya. “Humairah sorang je ke?” Umayra menjeling kearah Dhani. “Nama saya Umayra bukan Humairah.” jawab Umayra sambil mendengus. Geram apabila namanya diubah-ubah. Dalam geram, dia sempat mengajak Dhani duduk satu meja dengannya. “Iyrfan tak ikut sekali?” tanya Dhani. “Saya baru balik kerja. Sebelum sampai rumah, saya isi perut dulu.” Dhani menggangguk faham. “Baiklah, kalau macam tu saya gerak dululah.” ujar Dhani sambil bangkit dari dudukkannya tadi. “Tak nak makan ke?” tanya Umayra. “Tak apa. Humairah makanlah. Lagipun tak baik saya duduk berduaan dengan Humairah ni. Maafkan saya sebab mengganggu.” ujar Dhani sambil meminta diri untuk pergi. Belum sempat Umayra ingin protes kerana Dhani memanggilnya Humairah bukannya Umayra, lelaki itu sudah jauh meninggalkan tempat itu.

*** *** ***

“Senyum lebar nampak?” tegur Umayra yang sejak tadi memerhatikan abangnya tak lekang dengan senyuman. “Sibuklah.” ujar Iyrfan. “Abang jangan cakap yang abang dah tangkap cintan dengan minah receptionist tu pulak? Apa nama perempuan tu? Sardin? Bidin? Samsudin? Apa-apalah.” ujar Umayra sambil mengingati nama salah satu staf di pejabat abangnya. “Nadine maksud adik? Memang taklah abang nak tangkap cintan dengan dia.” ujar Iyrfan, sempat tertawa dengan seloroh adiknya. “Habis tu, dengan siapa? Abang jangan nak jatuh cinta dengan perempuan yang entah apa-apa. Adik bantah habis-habisan.” ujar Umayra dengan nada mengugut. Iyrfan hanya tersenyum mendengar ugutan Umayra. Ingatannya beralih pula pada kejadian waktu hari temuduga tempoh hari.

“Maaf Encik Iyrfan, ada seorang wanita datang untuk ditemuduga kerja bagi jawatan yang Encik Iyrfan tawarkan tu. Saya dah beritahu pada dia yang waktu temuduga telah tamat tetapi wanita itu berkeras ingin mencuba nasib juga.” ujar Farah, salah satu staf di pejabat Iyrfan. “Tak apalah, saya tengah free ni. Panggil saja dia masuk ke pejabat saya.” ujar Iyrfan sambil mengemas mejanya.
“Assalamualaikum.” ujar wanita yang ingin ditemuduga itu. Iyrfan memandang tanpa berkelip. “Waalaikumussalam. Silakan duduk.” ujar Iyrfan, mencuba bersikap profesional. “Maafkan saya sebab terlambat. Sebenarnya tadi masa saya sedang tunggu bas untuk ke tempat Encik, tiba-tiba ada sebuah kereta melanggar lopak air sehingga terpercik kearah saya. Habis basah baju yang saya pakai tadi. Jadi, saya pulang kerumah semula untuk menukar baju. Sebab itulah saya terlambat sampai kesini.” ujar wanita itu dengan nada yang sangat lembut. Iyrfan terkedu mendengar cerita wanita itu. Dia teringat peristiwa di mana dia telah melanggar lopak air tersebut sehingga membuatkan seseorang kebasahan. “Jangan-jangan dia ni ke yang aku simbah tadi?” tanya hati kecil Iyrfan. Kerana merasa kasihan, Iyrfan tetap meneruskan temuduga tersebut. “Awak tinggal dengan siapa?” tanya Iyrfan setelah tamat menemuduga wanita yang mengenalkan dirinya sebaga Nur Fitria itu. “Saya anak yatim piatu. Orang tua saya dah meninggal dunia. Saya hidup sebatang kara sahaja.” ujar Fitria. Iyrfan serba salah kerana bertanyakan soalan sedemikian. “Saya rasa awak lebih memerlukan kerja ni berbanding orang lain. Mulai esok, awak boleh mula bekerja dengan saya.” ujar Iyrfan sambil menghulurkan salam tanda mengucap tahniah pada wanita itu namun salamnya tidak berbalas. “Terima kasih Encik Iyrfan.” ujar Fitria sambil menunduk tanda menerima ucapan tahniah dari Iyrfan tadi. Iyrfan akhirnya mengerti batas antara dia dan wanita itu.

  Umayra terlihat kelibat Dhani bersama seorang perempuan di sebuah kedai makan. Mereka terlihat sangat mesra. Apatah lagi perempuan tersebut dengan selamba melentokkan kepalanya di bahu Dhani. “Hipokrit betullah dia ni. Semalam bukan main lagi cakap tak baiklah duduk berduaan dengan aku. Padahal tempat tu ada ramai orang kot. Hishhhh! Alim-alim kucing.” marah Umayra sambil mengomel. Sengaja dia lalu di hadapan lelaki itu dan pura-pura terlanggar meja mereka. “Maaf, saya tak sengaja.” ujar Umayra dengan muka selamba. “Kau ni buta ke? Ruang punya besar, meja aku jugak yang kau nak langgar?” tempik lelaki itu. Umayra terkejut apabila diherdik sedemikian di hadapan ramai orang. “Aku dah minta maaf pun dah cukup baik!” Umayra tidak mahu kalah dengan lelaki itu. “Asal jumpa kau je nasib aku malang. Kau ni memang pembawa sial agaknya.” ujar lelaki itu dengan selamba. PANG! Entah kenapa ringan sahaja tangan Umayra melekat di pipi lelaki yang menengkingnya tadi. Perbalahan mereka mengundang perhatian orang-orang disekeliling. Lelaki itu cuba membalas tetapi dihalang seseorang. “Cukup Dhaus. Jangan kau berani sentuh perempuan ni.” ujar lelaki yang menghalang tindakan lelaki bengis tadi. Umayra melihat ada dua Dhani di hadapannya. Dia tergamam, terkaku, terkedu disitu. Kekeliruannya memberi jawapan.

  Setelah Dhani meleraikan pergaduhan antara Umayra dan Iman Firdhaus atau lebih senang dipanggil Dhaus, Dhani menjelaskan segalanya kepada Umayra. “Maafkan saya sebab dah buat awak keliru antara saya dan adik kembar saya, Dhaus. Saya harap awak tak ambil hati dengan perangai dia tu. Dia kadang-kadang memang panas baran. Tapi sebenarnya dia baik.” jelas Dhani. Umayra melepaskan keluhan. Sukar untuk dia membezakan antara Dhani dan Dhaus kerana wajah keduanya sangat mirip. Yang membezakan mereka hanyalah sikap masing-masing. “Terima kasih kerana tolong saya tadi. And please…jangan beritahu pada abang saya pasal ni. Saya tak nak dia masuk campur.” ujar Umayra. Dhani tersenyum tanda setuju. “Eh kejap. Macam mana awak boleh tiba-tiba muncul kat sini pula? Perfect time pula tu. Kalau tak habislah pipi saya berbekas tapak tangan adik kembar awak tu. Dah jadi masalah nak kena explain dengan abang Iyrfan balik nanti.” ujar Umayra sambil sempat berseloroh. “Kebetulan  saya lalu situ dan saya terdengar suara orang bergaduh. Bila saya masuk kesini, saya nampak awak dan Dhaus. Jadi saya cepat-cepat halang tindakan dia tu. Saya minta maaf bagi pihak adik saya.” ujar Dhani dengan penuh budi bahasa. Umayra merasa aman dan selamat apabila berada di sisi Dhani.

*** *** ***

  “Fitria, masuk ke bilik saya sebentar. Ada kertas kerja yang kamu salah buat ni.” panggil Iyrfan. Semenjak Fitria masuk kerja di bawah arahan Iyrfan, ada sahaja yang tak kena di mata Iyrfan.  Iyrfan sengaja mencari alasan supaya gadis itu sentiasa berada di depan matanya. “Saya nak awak buat di dalam pejabat saya.” tegas Iyrfan. Fitria menggumam geram kerana majikannya itu seakan sengaja mencari kesalahan walau sekecil kuman. Gadis bertudung dan berpakaian sopan itu berjaya mencuri hati Iyrfan dalam diam sejak hari pertama gadis itu datang ke pejabat untuk ditemuduga. Iyrfan tersenyum puas apabila dia berjaya membuli gadis yang dia cintai itu.

  Umayra kelihatan sangat bahagia. Kebahagiaannya jelas kelihatan dari riak wajahnya.  “Amboi…ada orang senang hatilah hari ni. Bisnes masyuk ke bos?” tanya Ryan dengan slang chinese-nya. “Bisnes saya memang selalu masyuk. Berkat kerja keras korang jugak.” ujar Umayra dengan penuh senyuman. “Sofia, ada orang nak jumpa dengan kau.” celah Fatihah. Umayra langsung ke ruangan di mana orang tersebut sedang menunggu. “Mayra…” Umayra langsung membelakangi lelaki itu. “Apalagi yang kau nak?” tanya Umayra dengan kasar. “Diana nak jumpa awak.” ujar Redza. “Untuk apa? Untuk tunjuk pada aku yang korang bahagia? Enough. Aku dan family aku dah cukup menanggung malu kerana perbuatan korang.” ujar Umayra tanpa menoleh sedikitpun wajah Redza. “Please Mayra, Diana nak sangat jumpa dengan awak.” rayu Redza. “Kalau tujuan kau datang sini sebab nak minta maaf, aku dah maafkan korang tapi untuk bertentang mata dengan perempuan tu…aku belum cukup sedia.” tegas Umayra. “Please Mayra.” rayu Redza lagi. “Kalau tak ada apa-apa lagi, kau boleh keluar dari butik ni sekarang.” ujar Umayra sambil kembali ke pejabatnya semula. Dia menyuruh Ryan supaya memastikan bahawa Redza keluar dari butiknya.

“Diana, kalau aku kahwin nanti, aku nak kau jadi pengapit aku tau.” ujar Umayra. “Eh, mestilah aku yang akan jadi pengapit kau. Kau kan kawan baik aku dunia akhirat.” ujar Ardiana sambil ketawa bersama. “Tapi, kalau aku mati nanti, aku nak kau melawat kubur aku dan sedekahkan al-fatihah banyak-banyak untuk aku nanti tau.” ujar Ardiana dengan nada sayu. “Apa kau ni Diana? Elok-elok kita tengah ketawa bahagia macam ni, kau boleh pulak cakap pasal mati. Tak syoklah.” rajuk Umayra. “Okaylah, sorry.” pujuk Ardiana.
“Umayra, dalam dunia ni…aku hanya ada kau sorang je tau. Since parents aku dah meninggal, hanya kau je yang aku ada. Aku nak kau tahu yang aku takkan lupakan persahabatan kita ni sampai bila-bila. Aku rela buat apa saja demi kebahagiaan kau. Aku sayangkan kau Mayra.” ujar Ardiana, sehari sebelum majlis pernikahan Umayra dan Redza berlangsung.

*** *** ***

Pagi itu hujan turun dengan lebatnya. Entah kenapa perasaan Umayra menjadi resah dan gelisah tiba-tiba. Sewaktu dia dalam perjalanan menuju ke butik, dia melihat sebuah van jenazah berada bersebelahan dengan keretanya. Hatinya terdetik dengan apa yang dikatakan oleh Redza kelmarin. Dia hairan kenapa Redza beria sangat meminta dia agar berjumpa dengan Ardiana. Sihatkah gadis itu? Apa khabarlah dia sekarang? Kejam sangatkah dirinya menghukum sahabat baiknya itu? “Aku dah lama maafkan kau Diana. Aku rindukan kau…” ujar Umayra sambil menahan sebak. Terlalu banyak memori indah sewaktu dia dan Ardiana berkawan rapat. Ardiana telah dia anggap seperti kakak kandungnya sendiri. Tidak tega untuk dia membenci kawan baiknya itu tapi ego mengatasi segalanya. Kerana ego, dia membunuh persahabatan yang terjalin sejak dari dulu. Sebaik sampai di butik, Umayra langsung mencapai telefon pintarnya dan cuba menghubungi Redza. Dia nekad untuk membuang segala egonya dan ingin menyambung kembali tali persahabatannya dengan Ardiana. Umayra hampa apabila Redza tidak menjawab satupun panggilan darinya.
Kedatangan Redza di butik Umayra menimbulkan pelbagai soalan di fikiran pekerja Umayra. “Susah sangat ke nak jawab call?” marah Umayra sebaik sahaja melihat kelibat Redza dibutiknya. “Maaf, tadi saya tengah uruskan pengebumian kawan saya.” Umayra terdiam. Fikirannya kembali pada tampilan van jenazah yang dia lihat sewaktu dalam perjalanan ke butiknya. “Maaf. Saya call awak sebab saya nak  jumpa dengan Diana.” ujar Umayra. Redza terdiam. “Awak ni pekak ke? Saya cakap saya nak pergi jumpa Diana. Bawa saya jumpa dengan dia sekarang.” tegas Umayra. Redza masih kaku disitu. “Redza Fahryan, tolong bawa saya…” belum sempat Umayra meneruskan kata-katanya, Redza langsung mencelah. “Diana dah tak ada.” ujar Redza sambil menunduk sedih. “Apa maksud awak?” Umayra terpinga-pinga. “Dia dah pergi buat selama-lamanya.” kata-kata Redza membuatkan Umayra terduduk disitu. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Redza. 
Menurut Redza, Ardiana yang merancang untuk membatalkan majlis pernikahan Redza dan Umayra kerana Ardiana mengetahui bahawa Redza sedang berlawan dengan penyakitnya. Ardiana tidak mahu melihat sahabat baiknya itu sedih kerana akan kehilangan lelaki yang dia sayangi, jadi Ardiana merancang untuk berpura-pura bercinta dengan Redza walhal dia hanya ingin menyelamatkan kebahagiaan sahabat baiknya itu. Jantung Redza semakin hari semakin lemah . Ardiana-lah yang sanggup berkorban dengan menderma jantungnya pada Redza agar lelaki itu dapat meneruskan hidup. Sebelum Ardiana menghembuskan nafas terakhirnya, dia ingin sangat bertemu dengan sahabat baiknya itu buat kali terakhir tetapi waktu itu Umayra lebih mementingkan keegoannya. Dan saat dia ingin bertemu dengan Ardiana namun semuanya telah terlambat apabila dia kehilangan sahabat baiknya itu buat selama-lamanya. “Maafkan aku Diana…maafkan aku…” ujar Umayra dengan linangan air mata yang membasahi pipinya, menyesali perbuatannya.
“Mayra, kalau aku ditakdirkan pergi dulu. Aku taknak kau menangisi pemergian aku tau. Sakit aku kat sana nanti. Jangan bazirkan air mata kau tau. Aku tak suka tengok kawan baik aku ni menangis macam budak kecik. Buruklah.” ujar Ardiana. Semakin Umayra teringat kenangan antara dia dan Ardiana, semakin lebat air matanya jatuh. Ryan dan Fatihah cuba menenangkan majikannya. Redza hanya mampu tertunduk sedih kerana tak sempat menemukan kedua sahabat itu.

*** *** ***

“Tahniah dik!”  ujar Iyrfan sebaik sahaja adiknya pulang dari tempat kerja. “Apa tetiba tahniah ni?” Umayra terpinga-pinga. “Elehh…buat-buat tak tahu pulak. Pandai adik berahsia dengan abang ye!” ujar Iyrfan. “Malaslah layan abang ni. Suka merepek bukan-bukan sejak dah ada girlfriend ni.” Umayra sempat menyindir abangnya. “Kita pulak yang dituduh merepek. Ni haa, siang tadi ada orang datang minang adik.” kata-kata Iyrfan sambil menunjukkan sekotak cincin belah rotan sekaligus menghentikan langkah Umayra. “Dari siapa?” tanya Umayra. “Elehhh…baik adik cakap yang adik tengah bercinta dengan siapa?” usik Iyrfan. “Tak ada siapa.” ujar Umayra tanpa perasaan. “Jangan tipu.” ujar Iyrfan yang tak habis-habis nak menyakat adiknya. “Tak nak caya sudah.” Umayra malas nak melayan abangnya. “Jangan ingat abang tak tahu hubungan adik dengan Dhani.” Umayra ternganga apabila nama Dhani dikaitkan dalam perbualan mereka berdua. “Takkanlah…?” Umayra teringat sesuatu.

“Boleh saya tanya sesuatu?” tanya Dhani. “Tanya jelah. Tak ada limit soalan pun.” ujar Umayra sambil menikmati aiskrim strawberi yang dia minta tadi. “Andai kata ada orang sukakan awak, apa awak nak buat?” soalan Dhani membuatkan fokus Umayra pada aiskrimnya hilang. “Buat apa? Masuk minang jelah terus. Untuk pengetahuan awak, saya dah pernah putus tunang dan saya juga pernah kehilangan bakal suami di saat saya hampir diijab kabulkan. Jadi sekarang saya dah malas fikir pasal cinta dan nak bercinta bagai ni. Adalah lebih baik kalau dah suka, teruskan pada hubungan yang lebih halal.” ujar Umayra dengan selamba. Dhani tersenyum.

Umayra langsung mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi nombor Dhani yang berada dalam simpanannya. Kedengaran salam diberi. Umayra sempat bertanya tentang apa yang diberitahu oleh abangnya tadi. Dhani memilih untuk berdiam diri. Umayra kelihatan tidak puas hati dengan jawapan Dhani. Sebelum Umayra mematikan panggilan, Dhani sempat menyampaikan pesanan “Kita kenal sampai halal.” Umayra tersenyum lebar mendengar kata-kata Dhani sebelum panggilan dimatikan.

*** *** ***

“Tahniah.” ujar Dhaus kepada kembarnya, Dhani yang ditemani oleh Umayra. Umayra menjeling tajam kearah Dhaus dengan wajah tak puas hati. Tiba-tiba dia mendapat idea untuk mengenakan bakal adik iparnya itu. “Lepas ni giliran aku yang akan buli kau.” bisik Umayra sewaktu berselisih jalan dengan Dhaus. Dhaus terdiam kaku disitu. Terlupa bahawa musuhnya itu bakal menjadi kakak iparnya. Pada mulanya, ingin sahaja dia merosakkan majlis tersebut apabila mengetahui bahawa Dhani memilih musuh ketatnya, Umayra sebagai suri hidupnya. Tetapi apabila melihat Dhani sangat beriya-iya menceritakan perasaannya tentang Umayra, dia akhirnya akur dengan pilihan Dhani.

  Tak lama selepas majlis pertunangan Umayra, giliran abangnya pula menghantar rombongan meminang pada gadis pilihan hatinya iaitu Fitria, pekerja yang sering dia buli namun tersimpan sebuah perasaan cinta pada gadis itu. Dhaus pula, setelah mengetahui bahawa Umayra akan menjadi kakak iparnya, dia langsung berubah pendirian. Walaupun mereka sering bergaduh namun mereka juga cepat saling memaafkan. Redza pula kini sudah mulai hidup baru dengan berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Harap-harap bisnes dia berjalan dengan lancar. Soal pilihan hidup, katanya dia masih belum terfikir untuk mencari calon isteri dan lebih memilih untuk fokus pada perniagaan dahulu.
“Assalamualaikum sahabatku.” ujar Umayra sambil mengusap-usap batu nisan yang tertulis nama Nurul Ardiana Binti Amin, sahabat baiknya. “Hari ni aku bawa banyak cerita yang nak dikongsi dengan kau, tapi aku tak tahu nak mula dari mana dulu. Oh ye, insyaallah tak lama lagi aku akan mendirikan masjid dengan lelaki pilihan hati aku. Nama dia Dhani, dia tu sebenarnya kawan kepada abang Iyrfan. Untuk pengetahuan kau dia ada adik kembar tau, namanya Dhaus. Kalau kau nak tahu, si Dhaus ni suka cari pasal dengan aku. Tapi memang taklah aku nak mengalah dengan dia. Aku kenakan dia balik sampai dia mengaku salah. Hmm…kalaulah kau ada, aku dah pasangkan kau dengan dia, biar perangai panas baran dia tu hilang bila kenal dengan kau. Yelah, kau kan air, dia pulak api. Kira adillah tu. Haa…sebelum terlupa, Redza ada kirim salam dengan kau tau. Walaupun dulu dia pernah hampir menjadi bakal suami aku, itu tak bermaksud yang kitorang tak boleh berkawan kan? So, dialah yang menjadi pengganti kau selama kau ada kat bawah tu. Terima kasih untuk segalanya, Diana. Aku sayang sangat kat kau. Maafkan aku kalau aku semakin jarang datang kesini melawat kau. Kau pun tau jelah kerja aku macam mana kan? Pasal Redza, kau jangan risau. Aku akan pastikan dia dapat girlfriend yang boleh jaga dia, sayangkan dia sebagaimana kau sayangkan dia dulu. Aku tau kau sukakan dia dari zaman sekolah lagi kan. Kau takkan boleh tipu aku. Aku kan kawan baik kau. Okaylah, aku nak balik dah ni. Esok-esok aku datang melawat lagi. Assalamualaikum.” ujar Umayra sebelum berlalu pergi.

TAMAT.

Nukilan oleh: Leenz Armani

Thanks guys!

Wassalam.
- Leenz

22 June 2016

Cerpen: Jatuh Cinta 2

Assalamualaikum!

Hai korang. Hari ni mood nak menulis dah mai. Tapi sebelum aku mulakan penulisan untuk cerpen yang lain, aku nak post cerpen yang aku baru je siapkan. Actually, untuk cerpen Jatuh Cinta 2 ni merupakan sambungan dari cerpen JATUH CINTA yang aku pernah post pada 22 August 2015. Fuhh...lama betul. Aku pun tak expect akan ada sambungan dia. Tapi untuk kali ni, dia agak panjang meleret sikit.

Okaylah, silekan baca dengan senang hati and don't forget to drop your comment!
_______________________________________________________________

Jatuh Cinta 2

                “Aku rindu korang.” ujar Arleen di hujung talian. “Kitorang pun rindu sangat dengan kau. Come back soon!” ujar Alfie dan Isha sewaktu menghubungi Arleen yang jauh di perantauan. “Sure, I'll be back. Sampaikan salam aku pada Ierwann, Fadzley dan...” kata-kata Arleen terhenti apabila  tiba-tiba kenangan dia bersama Ieszwan bermain di minda. “Leen...Leen kau masih ada kat situ?” tanya Isha apabila hairan tiada sebarang suara di hujung talian. Tutt...tutt...tutt... Akhirnya panggilan dimatikan serta merta.

                Sudah 2 tahun Arleen berada di Indonesia untuk menyambung pengajiannya dalam bidang penulisan. Bukannya dia tidak mahu pulang ke tanah air untuk melepaskan kerinduan pada kawan-kawannya dan kekasih hati namun kekangan waktu membuatkan dirinya tidak dapat melakukan sedemikian. Terkadang perasaan dan hatinya meronta-ronta ingin menemui Ieszwan namun apakan daya, dia harus berpegang pada pendirian diri. Dia tidak mahu jadi seperti dulu lagi di mana dahulu dia tidak menghabiskan pengajiannya di sebuah universiti sehingga dia susah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan minatnya. Puas dipujuk oleh ayahnya supaya bekerja di syarikat ayahnya namun dia menolak dengan alasan tidak berminat dalam bidang perniagaan. Akhirnya dia memilih untuk menyambung belajar dalam bidang yang dia minati supaya dia dapat kelayakan untuk menjadi seorang penulis terkenal.

                “So, you are Alfieqha, right?” tanya seorang perempuan berkaca mata hitam itu. Alfie terpinga-pinga melihat perempuan yang menegurnya sewaktu dia sedang berbual dengan Isha, kawan baiknya di sebuah restoran. “Ye, saya Alfieqha. You are...?” tanya Alfie. Perempuan itu tersenyum sinis sambil membuka kaca mata hitamnya dan mengibas-ngibaskan rambutnya. Isha mencebik. “I am Tengku Sheryna, bakal tunang Fadzley Arryan.” terjungkit kening Isha apabila mendengar kata-kata dari perempuan yang mengenalkan dirinya sebagai Tengku Sheryna itu. Alfie tetap kelihatan tenang. “Oh, bakal tunang. Well, for your infomation, masuk ni dah 3 orang mengaku yang dia adalah bakal tunang Fadzley. And you are number four. So, kalau awak rasa nak suruh saya tinggalkan Fadzley demi awak...lupakanlah hasrat awak tu. Ataupun, apakata awak ambil nombor dulu then beratur.” ujar Alfie dengan selamba. Isha kelihatan sedang menutup mulut menahan ketawa. Tengku Sheryna kelihatan bengang dengan ucapan Alfie. “I never give up!” ujar Tengku Sheryna dengan nada keras. Sebaik sahaja perempuan itu berlalu, Isha tertawa besar. “Haa...gelaklah kau puas-puas. Kau tau tak, aku dah naik bosan dengan perempuan-perempuan yang datang pada aku then mengaku dialah girlfriend Fadz, dialah bakal tunang Fadz, belum tambah lagi dengan yang mengaku dia kekasih gelap Fadz tu. Aku dah naik lali dengan semua tu. Aku tak tahulah si anak Tengku apa nama dia tadi? Sirena? Sarina? Whateverlah kan. Aku tak tahulah apa masalah dia tiba-tiba datang dengan pakai cermin mata hitam dia lepas tu main libas-libas rambut dia kat sini. Nak tabur kutu ke apa?” omel Alfie sambil melakonkan kembali gelagat Tengku Sheryna tadi. Isha sudah terkekek-kekek mendengar omelan Alfie. “Kalaulah Arleen ada kat sini tadi, lagi gamat suasana.” Isha menyambung ketawa.

***        ***        ***

                “Hey, busy nampak?” tanya Ierwann sewaktu masuk ke pejabat Ieszwan. “Kalau tak busy, tak adanya aku terpacak kat office ni pagi-pagi buta. Ni semua sebab kaulah.” ujar Ieszwan. Ierwann hairan apabila tiba-tiba dirinya dipersalahkan. “Kalau tak sebab kau suruh aku kerja kat syarikat ni, tak adanya aku kena mengadap timbunan-timbunan fail ni.” Ierwann tergelak kecil mendengar rungutan adiknya, Ieszwan. “Alah...rilekslah. Memula kerja memang macam ni. Sambil kerja, sambil belajar. Nanti lama-lama kau biasalah tu.” pujuk Ierwann. Ieszwan mengeluh. “Aku tahu kau bukan marah pasal kerja.” Ieszwan terdiam. “Arleen tak call kau ye?” Ieszwan mengangkat muka apabila nama Arleen dipetik. Terkejut apabila Ierwann berjaya membaca fikirannya. “Sabarlah Iesz, nanti kalau dia dah tak busy, dia mesti call kau punya. Dah sekarang kau tak payah nak layan perasaan sangat. Aku perhati je dari tadi kau asyik marah staf tanpa sebab. Apakata kita pergi minum kopi dulu lepas tu baru sambung kerja?” Ieszwan mengangguk lemah.

                “Apahal monyok je muka mamat sorang ni?” tanya Fadzley. Ierwann tersenyum. “Biasalah...rindu kekasih yang jauh di perantauan.” Fadzley turut tersenyum. “Kalau tak silap aku, lagi setahun setengah je kan si Arleen tu belajar kat sana? Rileklah bro, setahun setengah bukan lama mana pun. Nanti dia dah habis belajar, baliklah dia.” ujar Fadzley. Ieszwan menjeling. “Korang cakap senanglah. Cuba kalau Alfie dengan Isha pun ikut jejak Leen, apa perasaan korang?” Ierwann dan Fadzley langsung terdiam.

                “You ni Ieszwan Ieskandar kan?” perbualan mereka bertiga terhenti apabila muncul seorang wanita tiba-tiba menegur Ieszwan. “Siapa?” tanya Ieszwan. “Hey, you dah lupa dengan I ke? I Eyriena-lah.” Ieszwan terkebil-kebil. “Kita pernah satu kelas dulu.” ujar perempuan bernama Eyriena itu. “Wait. Hey si montel, bulat-bulat macam ikan buntal.” ujar Eyriena sambil menyanyi dan mengepam-ngepam pipinya. “You rupanya!” Ieszwan kelihatan teruja apabila teringat kembali memori sewaktu dia pernah mengejek Eyriena di bangku sekolah dulu. “I dah agak you mesti dah tak kenal I.” Ierwann dan Fadzley terpinga-pinga. Memerhatikan gelagat Ieszwan dan Eyriena seronok berbual berdua. “Mana pergi badan you yang besar macam tong drum tu?” ujar Ieszwan tanpa bertapis. Eyriena menepuk manja tangan Ieszwan kerana mengejeknya. “How dare you... I diet dan bersenamlah. Sebab tu I boleh jadi kurus macam ni. You apa cerita sekarang? Makin handsome I tengok.” ujar Eyriena dengan nada manja. “Well, I memang handsome dari dulu.” Ieszwan memuji diri sendiri. Fadzley berdehem. Mematikan gelak tawa mereka berdua serta merta. “Eh, sorry I lupa nak kenalkan. Ier, Fadz, ini Eyriena, kawan sekolah aku dulu. Riena, ni Fadzley, cousin I dan sebelahnya Ierwann, my brother.” Eyriena tersenyum sipu. Ierwann menjeling tajam kearah Ieszwan. Apabila keadaan menjadi janggal tiba-tiba, Eyriena meminta diri untuk pergi. Sebelum dia mengundurkan diri, dia sempat bertukar nombor telefon dengan Ieszwan.

                “Ehem...berbual sampai lupa daratan.” sindir Fadzley. “Bukan tadi kita tengok dia dah macam orang hilang semangat hidup ke? Tuptup muncul perempuan tadi, bukan main happy lagi. Kau jangan main gila Iesz...” sahur Ierwann. Ieszwan hanya terdiam. Menyedari dirinya sedang diperli.

***        ***        ***

                “Nasib baik aku dapat apply cuti. Dapatlah aku jumpa diorang nanti. Tak sabarnya nak buat suprise! Orang pertama yang aku nak jumpa, mestilah si Ieszwan, my baby boo!” Arleen bermonolog sendiri sambil menarik luggage-nya. Dia langsung mengambil teksi dan menuju ke tempat kerja Ieszwan.

                “Finally...I miss this place so much!” Arleen sempat mengimbau kembali kenangan sewaktu dia bersama Ieszwan di syarikat tempat Ieszwan bekerja.
                Sewaktu Arleen ingin melangkah masuk ke bangunan yang berada dihadapannya itu, tiba-tiba dia terlihat kelibat Ieszwan bersama seorang perempuan berjalan menuju ke kereta. Dia terpaku disitu bersama luggage yang dia bawa dari airport tadi. Hancur hatinya melihat Ieszwan yang kelihatan sangat mesra dengan perempuan yang berada disampingnya. Bertepuk tampar, bergurau senda, tertawa riang dan mesra. Semuanya dia perhatikan dari jauh. Entah kenapa air matanya tiba-tiba mengalir.

                “Arleen...?” tegur seseorang dari belakang. Arleen segera mengesatkan air matanya sebelum dilihat oleh orang yang menegurnya itu. Sebaik sahaja Arleen menoleh, wajah Fadzley terpampang di hadapannya. “What are you doing here, Leen? Bila Leen balik?” tanya Fadzley sambil menoleh kearah luggage Arleen. “Leen baru je sampai pagi tadi. Ingatkan nak buat suprise pada Iesz sebab tu Leen tak beritahu dia yang Leen nak balik tapi...” hatinya menjadi sebak tiba-tiba. “Leen pula yang dapat suprise dari dia.” sambung Arleen sambil menahan air mata. Fadzley terpinga-pinga. “Maybe Leen balik salah time kot. Tak apalah, Leen tak nak ganggu Iesz kerja. Leen rasa lebih baik Leen balik apartment dulu.” ujar Arleen sambil menarik pergi luggage pakaiannya dan menahan sebuah teksi. “Err..Fadz, one more thing... tolong jangan beritahu Iesz yang Leen ada kat sini ye.” ujar Arleen sebelum berangkat pergi. Fadzley menjadi serba salah.

                “Kau pergi mana tadi?” tanya Fadzley sebaik sahaja Ieszwan sampai di pejabat. Ieszwan hairan dengan pertanyaan dari Fadzley kerana sebelum ini Fadzley tidak pernah ambil tahu kemana pun dia mahu pergi. “Aku pergi lunch dengan Eyriena. Dia datang office aku ajak lunch tadi.” jawab Ieszwan. Fadzley akhirnya mengerti dengan 'suprise' yang di maksudkan oleh Arleen tadi. “Aku nak tanya kau something.” ujar Fadzley. “Kau dengan Eyriena tu ada apa-apa ke? Aku tengok korang rapat semacam je.” tanya Fadzley, ingin tahu. “Kitorang kan kawan dari sekolah.” jawab Ieszwan sambil menyelesaikan tugasannya. “Memanglah korang kawan dari sekolah tapi tak bermaksud korang berdua boleh bertepuk tampar, bermanja, bermesra di khalayak ramai. Kau lupa yang kau dah ada Arleen?” Ieszwan berdecit. Mood-nya langsung hilang apabila nama Arleen dikaitkan. “Aku tak pernah lupakan dia tapi dia yang dah lupakan aku kat sini.” ujar Ieszwan sambil bangun dari tempat duduknya dan keluar dari pejabat. Fadzley simpati pada Arleen. Dia tahu benar hati gadis itu sedang terluka apabila melihat Ieszwan jalan beriringan dengan Eyriena tadi.

***        ***        ***

                “Kenapa balik tak beritahu?” tanya Alfie. “Saja nak suprisekan korang. Lagipun aku balik sekejap je. Minggu depan aku dah kena balik sana semula.” ujar Arleen sambil mengemaskan barang-barang yang berada di dalam luggage-nya. “Laa...kitorang ingat kau dah boleh balik sini terus.” celah Isha. “Korang apa cerita ni? Dalam chat bukan main, rindu akulah, banyak cerita nak cerita dengan akulah, haaa ceritalah cepat.” ujar Arleen. “Tapi sebelum tu, apakata kita pergi makan dulu? Sambil makan, sambil cerita. Lagi best!” ujar Isha. Arleen dan Alfie sekadar mengangguk tanda setuju.

                “Ehem...ada kawan kita ni tak lama lagi nak bertunang dah.” ujar Alfie dengan sinis. Terbeliak mata Arleen mendengar berita baik itu. “Serius? Dengan Ierwann?” tanya Arleen dengan penuh perasaan teruja. “Haruslah dengan Ierwann.” ujar Alfie sambil menjeling kearah Isha. “Wahhhhh...tahniah. Bila weh?” tanya Arleen lagi. “Alah...lambat lagi. Masih dalam perancangan. Alfie ni kecohlah.” ujar Isha sambil menepuk manja peha Alfie memandangkan Alfie berada disebelahnya. “Atleast, kau dah ada hala tuju lepas ni. I'm happy for you.” ujar Arleen sambil cuba mengukir senyuman. “Eleh...kau punya cakap ni macamlah kau tu single lagi.” ujar Alfie. “A'ah. Jangan kau tak tahu si Ieszwan tu hari-hari mengamuk kat office. Semua staf dia marah tanpa sebab.” ujar Isha. Arleen terkejut mendengar. “Ierwann cakap dia jadi macam tu sebab kau. Kau tak bagi khabar pada dia. He miss you so much, Leen.” tambah Isha. Arleen tertunduk sedih. Dia teringat kembali apa yang dia lihat sewaktu dia sampai di tempat kerja lelaki itu. “Dah jom makan.” ujar Arleen, cuba menukar topik. Alfie dan Isha saling berpandangan. Mensyaki sesuatu yang lain pada sahabatnya.

***        ***        ***

                “Apa khabar aunty?” ujar Tengku Sheryna sewaktu dia datang kerumah Datin Almira. Datin Almira kelihatan sedikit terkejut dengan kehadiran Tengku Sheryna, gadis yang pernah dia cuba untuk menjodohkan dengan Fadzley. “Baik.  Ryna datang sorang je ke?” tanya Datin Almira sambil melihat-lihat sekeliling. “A'ah, Ryna datang sorang je. Mama dengan Papa busy. Lagipun Ryna datang sebab rindu kat aunty. Aunty dah lama tak datang rumah Ryna.” ujar Tengku Sheryna. “Maafkan aunty. Aunty tak berapa sihat dua tiga hari ni.” ujar Datin Almira. “Hah? Aunty tak sihat? Aunty dah pergi klinik? Kalau belum, mari saya bawakan.” ujar Tengku Sheryna sambil berusaha memapah Datin Almira. “Eh, takpa-takpa. Fadzley dah bawakan aunty ke klinik kelmarin.” ujar Datin Almira sambil menolak bantuan dari Tengku Sheryna. “Oh ye, Fadzley apa khabar aunty? Lama tak nampak dia. Rindu pulak.” ujar Tengku Sheryna sambil tersenyum sipu. “Alhamdulillah, dia sihat.” ujar Datin Almira, melayan Tengku Sheryna dengan acuh tak acuh. “Fadzley tak ada kat rumah ye aunty?” tanya Tengku Sheryna sambil mencari-cari kelibat Fadzley. “Fadzley kerja. Dia memang jarang ada di rumah. Tak payahlah kamu cari dia kat sini.” Tengku Sheryna menyedari layanan Datin Almira yang dingin. “Tak apalah kalau macam tu aunty. Ryna balik dululah ye. Semoga aunty cepat sembuh.” ujar Tengku Sheryna sambil mencapai beg dan berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang lagi.

                “Apakata lepas ni kita pergi karaoke?” ujar Eyriena sambil memaut lengan Ieszwan. Ieszwan cuba mengelak namun Eyriena memeluk dengan lebih erat. “Sorry Riena, I penatlah. I mengantuk, I nak balik.” ujar Ieszwan sambil menguap. “Alah Iesz...malam masih muda.” ujar Eyriena dengan nada manja. “I said no means no!” ujar Ieszwan dengan tegas. Eyriena terdiam. Ieszwan langsung pergi meninggalkan Eyriena sendirian. Eyriena menghentakkan kaki tanda protes namun tidak dipedulikan oleh Ieszwan.

***        ***        ***

                “Leen, kau kata minggu depan baru kau balik? Tak sampai berapa hari pun kau kat sini.” ujar Isha, hairan melihat Arleen keluar sambil membawa luggage-nya. “Sorry, tiba-tiba diorang suruh aku balik sebab ada projek last minit. Insyaallah, kalau aku dapat cuti lagi, aku balik.” ujar Arleen sambil membawa masuk luggage kedalam teksi yang telah sedia menunggu. Isha melambai Arleen dengan wajah sedih.

                Arleen sengaja memberi alasan untuk pulang walhal dia ingin tinggal di sebuah hotel bajet untuk sementara waktu. Dia ingin menenangkan hatinya yang sedang berkecamuk tanpa diketahui oleh kawan-kawannya. Puas dia menatap skrin telefon bimbitnya. Ingin sahaja dia menghubungi kekasih hatinya itu namun hatinya sakit setiap kali dia teringat betapa mesranya Ieszwan dengan perempuan itu. “Kenapa kau buat aku macam ni…? Aku balik sebab rindukan kau tapi kau berfoya-foya dengan perempuan lain…” Air mata yang sejak tadi bergenang akhirnya tumpah. Arleen melelapkan mata sambil digenangi dengan air mata.

                Kelihatan nama Fadzley terpapar di skrin telefon bimbitnya. Arleen yang tersedar langsung menjawab tanpa melihat nama yang terpapar. “Iesz, I miss you.” ujar Arleen dengan separuh sedar. “Leen, ni Fadz la. Leen kat mana ni? Alfie cakap Leen dah balik sana semula, betul ke? Kenapa cepat sangat?” tanya Fadzley di hujung talian. Arleen menyedari kesilapannya menyebut nama Ieszwan di awal panggilan. “Leen ada projek last minit sebab tu Leen kena balik sana.” bohong Arleen. “Impossible. Leen saja nak elakkan diri dari Iesz kan?” Arleen cuba mencari alasan lain supaya Fadzley tidak mencurigai sesuatu. “Leen, Fadz tahu Leen kecewa sebab ternampak Iesz dengan perempuan lain hari tu. Tapi kalau Leen nak tahu, perempuan yang dengan Iesz hari tu adalah kawan sekolah dia dulu. Diorang tak ada apa-apa hubungan selain kawan. Trust me, Ieszwan tak ada hati pada perempuan lain melainkan Leen sorang je. He love you so much.” jelas Fadzley. Hati Arleen sedikit lega selepas mendengar penjelasan dari Fadzley tetapi kenapa mereka begitu mesra sehingga berpegang tangan dan berpelukan? “Thanks for your explaination Fadz. Actually, Leen masih ada kat sini lagi. Leen sewa bilik kat sebuah hotel bajet untuk sementara waktu ni. Lagipun Leen baru je nak pergi airport beli tiket.” ujar Arleen. Malu apabila dia telah salah menilai Ieszwan. “Boleh Fadz jumpa Leen sekejap?” pertanyaan Fadzley membuatkan Arleen hairan.

                “Kenapa Fadz tiba-tiba nak jumpa dengan Leen ni?” akhirnya Arleen bersetuju untuk berjumpa dengan Fadzley di restoran berdekatan dengan hotel yang Arleen menginap malam itu. "Tak ada apa. Fadz cuma risaukan Leen. Apatah lagi Leen stay sini seorang diri. Nanti kalau jadi apa-apa macam mana?” ujar Fadzley. Arleen rasa dihargai apabila ada orang yang merisaukan dirinya. "I'm not kids anymore, Fadz. Leen dah biasa hidup berdikari. Leen boleh jaga diri. Fadz jangan risaulah." ujar Arleen sambil tersenyum.

                "Fadz, thanks sebab temankan Leen makan, belikan tiket, dengar masalah Leen. I'll appreciate it so much." ujar Arleen selepas Fadzley menghantarnya pulang. "Leen tak nak jumpa dengan Iesz ke?" tanya Fadzley. Arleen terdiam seketika. Hatinya berbelah bahagi untuk menemui Ieszwan, sang kekasih hati. "Maybe next time." ujar Arleen sambil memberi senyuman pada Fadzley sebelum kembali ke biliknya.

***        ***        ***

                Arleen telah pun kembali ke Indonesia dan mula menyibukkan diri dengan tugasannya. Walaupun begitu, Fadzley tetap mengambil berat mengenai Arleen.

                "Wei Iesz, kau ni asyik berkepit dengan si Eyriena tu je aku tengok. Kau tak terfikir nak pergi jumpa Arleen kat Indonesia sana tu ke? Kalau dia tak ada khabar, apa salahnya kau yang pergi jumpa dia." cadang Fadzley sewaktu dia, Ierwann dan Ieszwan makan tengahhari bersama. "Betul jugak kata Fadz tu. Pasal kerja, kau jangan risaulah. Aku boleh handle. Eh tapi, bukan ke minggu lepas Arleen ada balik sini? Isha cakap dia balik dalam 2,3 hari gitulah lepas tu dia terpaksa balik sana semula sebab ada kerja last minit." Ieszwan terkesima mendengar kata-kata Ierwann. Fadzley hanya terdiam walaupun dia lebih tahu cerita di sebaliknya. "What? Arleen balik sini? Kenapa tak ada sesiapa pun beritahu pada aku?" marah Ieszwan. "Macam mana nak beritahu pada kau kalau kau 24 jam sibuk berkepit dengan si Riena tu. Lagipun kalau Leen balik, kau ada masa untuk dia ke?" celah Fadzley. "Fadz, kau pun tahu yang Leen ada balik sini? Weh, kita ni hari-hari berjumpa kat office tapi sikit pun korang tak beritahu pada aku pasal ni. Korang memang sengaja tak nak bagi aku jumpa dengan Leen? Atau korang memang nak rosakkan hubungan aku dengan Leen?" tempik Ieszwan, berang. "Bukan kitorang yang rosakkan hubungan kau dengan Leen tapi kau sendiri, Iesz. Kau rasa apa perasaan Leen bila first day dia balik sini terus pergi pejabat untuk jumpa kau tapi dia nampak kau bermesraan dengan si Eyriena tu? Kau fikirlah sendiri kenapa dia tak nak jumpa dengan kau!" balas Fadzley dengan nada marah. Ierwann terpinga-pinga mendengar penjelasan Fadzley. Ieszwan terdiam.

***        ***        ***

                "Hai Fadzley." tegur Tengku Sheryna. "You..." Tengku Sheryna langsung memotong. "Sheryna. Tengku Sheryna. I tahu you dah lupa dengan I tapi biar I ingatkan you. Mama you pernah jodohkan kita tapi you tolak. And lucky me sebab dapat jumpa dengan you lagi kat sini." ujar Tengku Sheryna sambil mendekati Fadzley. "Okay. So?" Fadzley bingung. "So? Apa kata you temankan I shopping hari ni?" ujar Tengku Sheryna sambil cuba memaut lengan Fadzley tetapi Fadzley pantas menepis. "Sorry, I banyak kerja
lain nak buat daripada layan perempuan macam you ni. I don't even know you." ujar Fadzley dengan tegas. Tengku Sheryna merasakan maruahnya seperti dipijak-pijak apabila buat kali kedua Fadzley menolaknya. "Aku takkan putus asa!" gumam hati kecil Tengku Sheryna.

                Atas nasihat Ierwann, akhirnya Ieszwan mengambil keputusan untuk menemui Arleen yang berada di Indonesia. "Maaf, boleh tumpang tanya?" tanya Ieszwan pada mahasiswi disitu. "Iya, mau nanya apa?" jawab mahasiswi itu. "Kamu kenal Arleen? Tahu tak kat mana dia sekarang?" tanya Ieszwan. "Arleen itu siapa? Ngapain nyariin dia? Mending sama saya ajah mas." ujar mahasiswi itu sambil tersengih. Ieszwan langsung pergi dari situ apabila mengetahui bahawa dirinya sedang digoda. "Pak, tumpang tanya. Disini ada yang namanya Arleen?" tanya Ieszwan kepada salah seorang tenaga pengajar disitu. "Arleen Amanda maksud kamu?" jawab lelaki itu. "Yes, Arleen Amanda. Pak tahu dia ada dimana?" tanya Ieszwan lagi. "Tahu bangetlah. Dia itu murid saya. Mari ikut saya." lelaki itu membawa Ieszwan ke tempat pengajian di mana Arleen berada.

                Sebaik sahaja sampai, Arleen terkejut melihat kedatangan Ieszwan disitu. Mahasiswi disitu juga terkesima melihat Ieszwan. Bagi mereka, Ieszwan merupakan lelaki idaman setiap wanita. "Kenapa datang sini?" tanya Arleen. "Aku rindukan kau." Arleen terdiam. "Aku tahu kau tak rindukan aku sebab tu kau tak cari aku, tak bagi khabar pada aku. Kau balik pun tak nak jumpa aku. Apa salah aku?" Arleen terkejut apabila Ieszwan tahu kepulangannya. Pasti Fadzley yang beritahu. "Awak tak salah apa-apa. Saya yang salah." Ieszwan bingung dengan apa yang dimaksudkan oleh Arleen. "Saya mencintai orang yang salah. Saya tak sepatutnya mengharap apa-apa dari awak." ujar Arleen sambil membelakangi Ieszwan. "Apa maksud kau?" tanya Ieszwan mencari kepastian. "Saya rela lepaskan awak untuk perempuan yang awak lebih cintai." ujar Arleen sambil cuba melangkah pergi dari sisi Ieszwan namun Ieszwan lantas menarik tangan Arleen. "Apa yang kau merepek ni?" marah Ieszwan. "Arleen Amanda, look at me." arah Ieszwan sambil memaut dagu Arleen. "Betapa sukarnya untuk aku dapatkan hati kau. Betapa susahnya untuk aku luahkan perasaan aku pada kau. Betapa terseksanya hati aku menahan rindu pada diri kau. Aku tak nak hubungan kita berakhir dengan sia-sia macam ni. Aku tahu aku bukanlah lelaki sempurna seperti yang kau inginkan. Maafkan aku selama ni aku selalu sakitkan hati kau. Tapi percayalah, aku..." kata-kata Ieszwan terhenti. "Aku benar-benar mencintai kau, Arleen Amanda." sambung Ieszwan sambil memegang erat jari jemari Arleen. Arleen menangis terharu apabila Ieszwan akhirnya meluahkan perasaan yang sesungguh padanya.

                Demi untuk memujuk hati Arleen, Ieszwan berada di Indonesia untuk beberapa hari. Ieszwan juga ada menceritakan tentang hubungannya dengan Eyriena yang hanya sebatas kawan. Namun hubungan dia dan Eyriena hanya mampu bertahan setakat itu sahaja kerana menurut Ieszwan, Eyriena merupakan gadis yang terlalu bersikap terbuka dan liar. Sebab itulah dia akhirnya memilih untuk menjauhi Eyriena.

***        ***        ***

                Ierwann kelihatan tidak bersemangat pagi itu. Mukanya kelihatan pucat. “Ier, kau okay tak ni? Lemah semacam je aku tengok dari tadi.” tanya Fadzley apabila melihat Ierwann tidak bersemangat. “Aku okay. Sakit kepala sikit je ni.” jawab Ierwann sambil memicit-micit kepalanya. “Aku rasa baik kau pergi klinik, ambil ubat lepas tu kau rehat je kat rumah.” ujar Fadzley. “Tak payahlah. Aku okay. Lagipun kesian kau kena handle kerja sorang. Ieszwan pun bukan ada kat sini.” ujar Ierwann sambil fokus pada pekerjaannya. Fadzley tidak yakin dengan jawapan Ierwann namun dia juga tidak berdaya untuk memaksa kehendak Ierwann. Dia langsung kembali ke pejabatnya.

                “Ier, kau nak kemana ni? Tergesa-gesa semacam.” tanya Fadzley sewaktu dia melihat Ierwann tergopoh-gapah keluar dari biliknya. “Aku lupa hari ni aku ada meeting dengan client. Aku dah lambat ni.” ujar Ierwann. Fadzley langsung menahan Ierwann. “Ier, biar aku je yang gantikan kau. Kau rehat je kat pejabat.” ujar Fadzley, menawar diri. “Tak boleh Fadz, ini kerja aku jadi biar aku yang handle sendiri. Kau jangan risaulah. Aku okay je. Oh, by the way…doakan aku dapat projek tu. Wish me luck.” ujar Ierwann sambil menepuk bahu Fadzley untuk meyakinkan bahawa dirinya masih mampu bekerja. Fadzley mengeluh kecil. Sahabatnya itu memang keras kepala. Dia langsung tidak pedulikan tentang kesihatan dirinya apabila sudah memasuki alam pekerjaan.

                Telefon bimbit Fadzley berdering tanpa henti. Nama Ierwann tertera di skrin telefonnya. Fadzley ketika itu sedang ada perbincangan dengan stafnya di bilik mesyuarat, manakala telefon bimbitnya ditinggalkan di pejabat. Sebaik sahaja tamat perbincangan, Fadzley segera menyemak panggilan masuk di telefon bimbitnya. “Mak aih…banyaknya miscall. Apehal si Ier ni call aku banyak kali?” terbeliak matanya memandang jumlah panggilan masuk dari telefon bimbitnya. Dia cuba menghubungi Ierwann kembali. “Hello Ier, kenapa call aku banyak kali ni?” ujar Fadzley di hujung talian. “Maaf Encik, kawan Encik terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kami cuba menghubungi Encik sejak dari tadi tapi tiada jawapan dari Encik. Telefon bimbit kawan Encik ini ada pada kami. Encik diminta datang ke HKL secepatnya. Terima kasih.” Panggilan langsung dimatikan. Fadzley tersentak apabila menerima berita buruk mengenai sahabatnya. “Ya Allah…” tangannya menggigil dengan tiba-tiba. Telefon bimbitnya jatuh tanpa dia sedari. Dia berusaha mencapai telefon bimbitnya dan cuba menghubungi Ieszwan yang masih berada di Indonesia untuk memberitahu tentang abangnya, Ierwann.

                Dengan kadar segera, dia langsung memecut ke HKL untuk melihat sendiri keadaan Ierwann. “Pesakit masih dirawat di ruang ICU. Sila duduk dulu di ruangan menunggu yang disediakan.” ujar jururawat yang berada di kaunter pendaftaran itu. Fadzley tidak henti-henti berdoa agar Allah panjangkan umur sahabatnya.
“Ini yang kau cakap tadi kau okay? Kenapa kau suka tipu diri sendiri Ier? Kau degil Ier...” omel Fadzley sendirian sewaktu menunggu Ierwann di ruangan kecemasan. Dia mencapai telefon bimbit dan segera menelefon Isha dan Alfie pula untuk memberitahu keadaan Ierwann.

                “Doktor, macam mana dengan keadaan sepupu saya?” tanya Fadzley sebaik sahaja doctor yang merawat Ierwann keluar dari ruangan ICU. “Pembedahan berjaya namun pesakit kini masih berada dalam keadaan koma. Kami akan selalu pantau keadaan pesakit setiap masa.” ujar doktor tersebut.

                Menurut cerita dari saksi yang menyaksikan kejadian itu memberitahu bahawa Ierwann memandu dalam keadaan merbahaya sehingga akhirnya dia melanggar penghadang jalan. Ierwann bernasib baik kerana besi penghadang yang dia langgar tidak mencederakan seluruh tubuh badannya. Hanya kepalanya sahaja  yang berdarah akibat hentakan di stereng kereta. Untung sahaja tiada mangsa lain yang terbabit. Fadzley menangkup muka. Perasaan serba salahnya semakin menebal. Kalaulah dia menghalang Ierwann dari pergi menemui clientnya dengan keadaan dia yang kurang sihat itu pasti semua ini tidak akan terjadi. Alfie cuba menenangkan Fadzley dari terus menerus menyalahkan dirinya sendiri.

***        ***        ***

                Ieszwan terus pulang ke tanah air apabila mendapat khabar dari Fadzley mengenai Ierwann. Selepas dia melawat keadaan Ierwann di hospital, dia langsung ke pejabat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang bertangguh dan menggantikan tempat Ierwann untuk sementara waktu. Kesemua staf disitu tidak berani mencuri tulang apabila Ieszwan telah kembali ke pejabat kerana mereka tidak mahu dimarahi seperti biasanya. Berbeza dengan Ierwann yang tidak pernah berkasar dengan pekerja-pekerjanya. Malah dilayan dengan baik dan lembut. Tidak mustahil semua pekerja ramah dengan Ierwann, selaku CEO di syarikat keluarganya itu. “Encik Ierwann…eh, maaf Encik Ieszwan.” ujar Nasha dengan tergagap-gagap sehingga tersasul menyebut nama Ierwann. “Ada wakil pemaju cari Encik Ierwann tentang salah satu projek yang Encik Ierwann pegang tu. Saya dah beritahu pada dia yang Encik Ierwann tiada di pejabat tapi dia tetap tak percaya.” jelas Nasha, sungguh-sungguh. “Panggil dia masuk jumpa dengan saya sekarang.” ujar Ieszwan dengan tegas.

                “Setiausaha saya dah beritahu pada awak yang Ierwann tiada di pejabat. Apa yang awak tak puas hati lagi?” tanya Ieszwan dengan nada marah. “Memang kami tak puas hati. Sepatutnya dua hari yang lepas Encik Ierwann perlu hadir dalam meeting penting tu tapi hampir 1 jam kami tunggu, dia tak muncul-muncul juga. Kalau macam ni lah cara dia uruskan projek besar ni dengan buat endah tak endah, lebih baik kami tarik diri dari projek ni.” ujar wakil pemaju itu. Ieszwan menjadi panas hati apabila mereka cuba memburukkan nama abangnya. “Dua hari yang lepas, Ierwann berusaha untuk menghadirkan diri dalam meeting tersebut dengan keadaan dia yang kurang sihat. Dan 1 jam sebelum dia sampai sana, dia telah terbabit dalam sebuah kemalangan jalan raya. Dan awak tahu ini berpunca dari siapa? Dari awak semua! Kalau awak tak desak dia, dia takkan koma di hospital sekarang!” jelas Ieszwan dengan nada marah. Wakil pemaju tersebut hanya mampu terdiam apabila mengetahui bahawa Ierwann terbabit dalam kemalangan sewaktu dia dalam perjalanan ke tempat meeting tersebut. “Kalau awak nak tarik diri dari projek ni, pergilah. Syarikat saya takkan rugi sesen pun dari awak! Masih banyak lagi company lain yang nak menjadi rakan kongsi kami. Kalau awak tak ada apa-apa nak dicakapkan lagi, keluar dari pejabat saya sekarang!” tempik Ieszwan. Kesemua staf disitu terkejut mendengar jeritan Ieszwan dari pejabatnya. Fadzley buat tidak endah seakan sudah masak dengan sikap baran Ieszwan. Jika Ierwann berada di pejabat, pasti dia sudah memberi amaran kepada Ieszwan agar tidak bersikap sedemikian dengan mana-mana wakil pemaju mahupun pekerja lainnya.

***        ***        ***

                Isha setia menjaga Ierwann sehingga lelaki itu sedar dari koma. “Tolong…tolong saya…” ujar Ierwann dengan nada suara yang tersekat-sekat. “Ierwann…? Alhamdulillah, awak dah sedar.” ujar Isha sambil berlari keluar untuk memanggil doktor yang merawat Ierwann. Doktor segera datang dan memeriksa keadaan Ierwann. “Alhamdulillah, keadaannya semakin stabil.” Isha mengucap syukur apabila mendengar khabar baik dari doktor tersebut. “Awak, saya rindu sangat dengan awak. Rindu nak dengar suara awak. Rindu nak tengok senyuman awak.” ujar Isha sambil menggenggam erat tangan Ierwann. Tiba-tiba Ierwann menarik tangannya dari genggaman Isha. “Awak ni siapa?” Isha tergamam mendengar soalan yang keluar dari mulut Ierwann. “Awak…ini sayalah, Isha.” Ierwann memandang Isha dengan hairan. “Maaf, saya tak kenal siapa awak. Apa awak buat kat sini?” Isha terduduk di lantai apabila Ierwann tidak mengenali dirinya. Air matanya mulai bergenang. “Tak…tak mungkin…” hal yang paling dia takuti akhirnya benar-benar terjadi. Isha tidak dapat menahan sebak. Dia langsung berlari keluar dari bilik itu.

                Doktor telah mengesahkan bahawa Ierwann mengalami amnesia iaitu hilang ingatan sementara akibat gegaran yang terjadi pada otaknya sewaktu kemalangan tempoh hari. “Sabarlah Isha. Kau kena kuat. Kan doktor cakap semua ni hanya sementara. Kita kena bagi sokongan pada Ierwann supaya dia cepat sembuh.” ujar Alfie sambil mengusap-usap belakang Isha untuk menenangkan sahabatnya itu.

                “Ier, kau memang langsung tak ingat apa-apa ke?” tanya Fadzley, mencari kepastian. Ierwann terpinga-pinga. “Ier tu siapa dan kau ni siapa?” tanya Ierwann dengan muka tak tahu apa-apa. Fadzley melepaskan keluhan berat. “Dengar ni, nama aku Fadzley Arryan. Tapi kau boleh panggil aku Fadzley atau Fadz je. Aku ni sepupu kau. Dan nama kau seperti yang tertulis dalam kad pengenalan kau adalah Ierwann Ieffandy Bin Ierfan Lim. Kau ada seorang adik lelaki bernama Ieszwan Ieskandar. Perempuan yang kau nampak masa mula-mula kau sedar dari koma tu adalah Isha Antasha, kekasih merangkup bakal tunang kau. Takkan kau tak ingat apa-apa langsung?” ujar Fadzley, panjang lebar. Ierwann hanya menggeleng. Fadzley mengeluh lagi. “Sudahlah. Tak guna aku paksa kau. Yang penting, kau dah sedar. Dan ingat, esok kau dah boleh balik. Ieszwan akan jemput kau dan hantar kau balik ke rumah korang. Sekarang aku kena balik office sebelum bapak singa tu buat hal.” ujar Fadzley sambil sempat menggelar Ieszwan sebagai bapak singa.

***        ***        ***

                “Ini rumah keluarga kita. Mama papa selalu tak ada kat rumah sebab diorang sibuk uruskan bisnes diorang kat Perancis. Jadi kau tak payahlah ambil tahu pasal diorang sebab diorang pun kadang tak ambil tahu pasal kita. Kejap lagi aku nak kena balik office settlekan kerja yang kau tinggalkan sebelum kau kemalangan hari tu. Kalau kau nak apa-apa, kau tinggal panggil maid kita tu je. Nanti dia akan uruskan semuanya. Sorrylah, aku tak dapat nak luang waktu dengan kau pagi ni. See you tonight bro.” ujar Ieszwan sambil mencapai kunci keretanya. “Nama kau siapa?” tanya Ierwann. Ieszwan menepuk dahi, menyedari kesilapannya kerana terlupa tentang amnesia yang dialami oleh Ierwann. “Aku rasa semalam Fadz dah beritahu pada kau tentang siapa aku. By the way, untuk menguatkan ingatan kau, akulah adik kesayangan kau, Ieszwan. Panggil je aku Iesz.” ujar Ieszwan sambil berlalu pergi sebelum pelbagai soalan akan keluar dari mulut Ierwann.

                “Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku rasa seolah-olah aku tinggal dengan orang asing. Orang yang aku tak kenal. Aku bosanlah. Kalau kau ada kat sini, atleast boleh hiburkan aku sikit.” protes Ieszwan dengan perangai Ierwann yang dingin dan membosankan. Fadzley hanya tertawa kecil mendengar rungutan Ieszwan. “Okaylah, untuk sementara waktu ni, aku akan tinggal kat sana.”  ujar Fadzley. Ieszwan tersenyum lebar apabila Fadzley memahami isi hatinya. “Thanks Fadz!”

***        ***        ***

                Isha tidak pernah berputus asa untuk membantu Ierwann agar ingatannya kembali pulih. Walaupun Ierwann sering menjauhkan diri dari Isha, Isha tetap setia menemani. “Saya tak ingat pun siapa awak tapi kenapa awak terlalu baik dengan saya?” tanya Ierwann. Isha hanya mampu tersenyum walaupun hatinya rapuh apabila Ierwann langsung tidak mengingati satu pun memori indah antara mereka berdua. “Rasulullah mengajar kita agar jangan saling membenci mahupun bermasam muka antara satu sama lain. Lagipun, awak kan kawan saya.” ujar Isha sambil menahan sebak. Apatah lagi sewaktu dia terpaksa menyebut hubungan antara dia dan Ierwann hanyalah sebatas teman. “Terima kasih kerana sudi jadi kawan saya.” ujar Ierwann sambil tersenyum. Isha telah lama merindukan senyuman itu.

                Sewaktu Fadzley membawa Ierwann keluar jalan-jalan, tiba-tiba dia terserempak dengan Tengku Sheryna. “Hai Fadz. Long time no see you. How are you?” ujar Tengku Sheryna sambil merapati Fadzley. “Fine.” jawab Fadzley dengan sikap acuh tak acuhnya. “Eh, Ierwann pun ada kat sini. Hai Ier, lama tak jumpa.” ujar Tengku Sheryna. Kali terakhir dia berjumpa dengan Ierwann sewaktu Fadzley, Ieszwan dan Ierwann lepak di sebuah café. Itupun setelah dia mendesak Fadzley untuk dikenalkan dirinya pada Ierwann dan Ieszwan. Ierwann terpinga-pinga melihat Tengku Sheryna. “Sorry, Ierwann terlibat dalam kemalangan tempoh hari hingga menyebabkan dia hilang ingatan sementara. Jadi tolong jangan ganggu dia.” jelas Fadzley. Tengku Sheryna  tersenyum lebar. Peluang dia untuk mendekati Ierwann semakin luas.

***        ***        **

                “Hai Ier. Nah, ini untuk awak.” ujar Tengku Sheryna sambil menghulurkan bakul berisi buah-buahan sewaktu dia datang melawat Ierwann di rumah. “Terima kasih, tapi awak ni siapa pulak?.” ujar Ierwann sambil tersenyum tawar. Tengku Sheryna membalas senyuman Ierwann sambil mengenalkan dirinya. “Saya Sheryna, your girlfriend.” ujar Tengku Sheryna. “Ier…awak ingat tak masa mula-mula kita kenal?” tanya Tengku Sheryna. Ierwann cuba mengingat namun gagal. “Masa tu kan, awak yang datang pada saya sambil menghulurkan sejambak bunga. Ohh, how sweet! Sejak dari tu, saya semakin jatuh hati dengan awak sebab awak melayan saya selayaknya pemaisuri.” ujar Tengku Sheryna sambil mereka cerita. Ierwann hanya mampu tersenyum walhal dia langsung tidak mengingati soal itu. “Tapi kenapa saya langsung tak nampak awak pun masa selama saya ada di hospital?” pertanyaan Ierwann membuatkan Tengku Sheryna tergamam. “Eh, siapa cakap yang saya tak datang melawat awak? Saya datang tapi saya hanya mampu tengok awak dari jauh je sebab masa tu diorang larang saya untuk mendekati awak. Diorang seakan-akan nak menjauhkan saya dari awak.” ujar Tengku Sheryna, memutar belitkan cerita. Berkerut dahi Ierwann apabila mendengar cerita bohong Tengku Sheryna. “Err…saya rasa saya patut balik sekarang sebelum adik awak yang garang tu balik. Ier, saya sayangkan awak.” ujar Tengku Sheryna sebelum mengundurkan diri. Ierwann termangu sendirian.

                “Tergamak korang nak menjauhkan aku dari orang yang aku sayang.” ujar Ierwann dengan tiba-tiba. Fadzley hairan dengan apa yang dikatakan oleh Ierwann. “Bila masa kitorang nak jauhkan kau dari Isha?” tanya Fadzley. “Selama ni korang memang sengaja suruh Isha rapat dengan aku dan ambil berat pasal aku. Supaya aku jatuh hati pada dia dan lupakan orang yang sepatutnya ada di sisi aku?” Fadzley dan Ieszwan terpinga-pinga dengan apa yang cuba disampaikan oleh Ierwann. “Apa yang kau cuba sampaikan ni? Berbelit-belit.” tanya Ieszwan, pening dengan persoalan Ierwann. “Perempuan yang aku cintai selama ni sebenarnya bukan Isha tapi Sheryna.” ujar Ierwann dengan nada tinggi. Fadzley ternganga mendengar nama Sheryna tiba-tiba keluar dari mulut Ierwann.

                “Ryna, apa yang you cuba buat pada Ierwann?” tanya Fadzley dengan nada marah sewaktu dia pergi menemui Tengku Sheryna apabila dia merasakan ada yang tak kena pada Ierwann. Tengku Sheryna tersenyum sinis. Rancangannya untuk mencuci otak Ierwann berjaya. “I buat apa? Manalah I tahu apa-apa pasal sepupu you tu.” ujar Tengku Sheryna dengan wajah selamba. “Kalau I tahu you apa-apakan dia, I takkan berdiam diri!” tegas Fadzley. “Kalau aku tak dapat kau, sepupu kau pun boleh.” ujar Tengku Sheryna selepas Fadzley pergi.

***        ***        ***

                Arleen pulang ke Malaysia untuk meraikan majlis pertunangan sahabat baiknya, Alfie yang akan bertunang dengan Fadzley pada hari ni. Majlis yang diadakan dengan sederhana berjalan dengan lancar. “Tahniah Alfie, akhirnya kau dah jadi tunangan orang.” ujar Arleen sambil memeluk sahabatnya. “Mana Isha?” tanya Alfie apabila dia tidak melihat kelibat Isha disitu. “Tadi dia kata dia keluar kejap.” ujar Arleen sambil mencari-cari kelibat Isha.

                “Apa kau buat kat sini Sha? Kenapa tak masuk tengok Alfie?” tegur Arleen. Isha segera mengelap air matanya. “Kau menangis?” tanya Arleen apabila melihat mata Isha yang kemerah-merahan seperti orang baru lepas menangis. “Eh, tak adalah… Aku terharu tengok member kita dah jadi tunangan orang.” ujar Isha sambil menyembunyikan perasaan sedihnya. “Sha, mulut kau boleh bohong aku tapi hati kau tak. Aku tahu kau sedih sebab Ierwann masih belum dapat ingat apa-apa kan? Dan mengikut perancangan, sepatutnya kau yang akan bertunang dulu dengan Ierwann tapi Alfie dah mendahului.” ujar Arleen, seakan memahami apa yang bermain di fikiran Isha. Arleen membantu Isha mengelap sisa air mata dan berusaha membuat Isha tersenyum kembali. “Dah, jom kita masuk jumpa Alfie.” ajak Arleen.

***       ***       ***

                Ierwann sering menemui Tengku Sheryna tanpa pengetahuan Fadzley dan Ieszwan. Dia cuba mencari memori antara dia dan Tengku Sheryna yang hilang. “Ier, saya tak paksa awak untuk ingat kembali memori antara kita. Yang dah lepas tu biarlah ia berlalu. Mulai hari ni, apakata kita cipta memori baru?” ujar Tengku Sheryna. Ierwann memandang tajam kearah Tengku Sheryna kemudian dia mengukir senyuman tanda setuju dengan cadangan Tengku Sheryna. Tengku Sheryna tersenyum puas.
                 Sewaktu Tengku Sheryna berjalan berpimpin tangan dengan Ierwann di sebuah mall, tiba-tiba mereka terserempak dengan Arleen, Isha dan Alfie yang sedang asyik membeli-belah. "Ierwann..." Isha terkejut melihat Ierwann bersama perempuan lain. Terbeliak mata Alfie apabila melihat kedekatan Tengku Sheryna dan Ierwann, teman lelaki Isha. "Hai girls. Oh, sebelum terlupa... Congratulations Alfieqha for your engagement. By the way, I takkan rebut Fadz dari you lagi sebab I dah jumpa lelaki yang lebih baik dari dia." ujar Tengku Sheryna sambil memaut mesra lengan Ierwan. Isha langsung pergi dari situ kerana hatinya teramat sakit melihat kekasih yang dia cintai dirampas orang. Arleen langsung mengejar Isha yang masih belum jauh. Tengku Sheryna hairan melihat gelagat mereka berdua. "Kau memang perempuan keji. Kitorang takkan biarkan kau meracuni fikiran Ierwann!" marah Alfie.​ ​Tengku Sheryna tersenyum puas.


​                “Isha, aku tak rasa yang diorang saling suka. Kau pun tau kan yang Ierwann masih belum sembuh sepenuhnya. Mungkin perempuan tu ada mereka cerita supaya Ierwann terpikat dengan dia. Kau banyakkan bersabar ya. ” ujar Arleen sambil memujuk hati Isha. Isha menunduk sedih. Kemudian dia berpatah balik kearah di mana dia menemui Ierwann bersama Tengku Sheryna.
                “Isha...?” Arleen hairan apabila melihat Isha merapati Tengku Sheryna. Tanpa diduga, tiba-tiba Isha menampar wajah Tengku Sheryna. PANG! Arleen dan Alfie terkesima melihat tindakan Isha. “Kau boleh gembira sekarang sebab dapat meracuni fikiran Ierwann tapi kau jangan menyesal kalau suatu hari nanti Ierwann akan kembali semula pada aku!” marah Isha. “Isha, apa yang awak buat ni!” tempik Ierwann apabila Isha tiba-tiba sahaja menampar perempuan kesayangannya. “Awak yang patut tanya dia apa yang dia dah buat pada awak.” ujar Isha sambil menunding jari kearah Tengku Sheryna. “Dia tak ada buat apa-apa. Sebaliknya kamu semua yang sengaja nak merosakkan hubungan saya dengan dia. Saya menyayangi dia.” ucapan Ierwann semakin menambahkan luka di hati Isha. Alfie cuba mententeramkan Isha. Akhirnya mereka mengalah dan pergi dari situ. Muak melihat muka Tengku Sheryna yang berpura-pura minta simpati dari Ierwann.

***        ***        ***
Fadzley mengetahui tentang hubungan Ierwann dan Tengku Sheryna dari tunangnya, Alfie. Dia langsung kerumah Ierwann untuk mendengar sendiri pengakuan dari mulut Ierwann. “Itu semua tak benar Ier. Dia mempergunakan kau sebab kau hilang ingatan. Sedarlah.” ujar Fadzley apabila tidak puas hati dengan pengakuan Ierwann. “Kau dengan Isha kenal dari kecil. Lepas kau balik ke sini semula, korang jadi semakin rapat sehingga korang saling jatuh cinta. Aku tahu kau tak dapat ingat apa-apa, atleast kau cuba dapatkan kembali memori kau.” sambung Fadzley.

Ieszwan yang baru pulang langsung ke ruang tamu di mana Fadzley dan Ierwann berada. “Apahal ni? Ada masalah apa lagi?” tanya Ieszwan sambil membuka tali lehernya. “Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan abang kau. Dia sikit pun tak nak cuba dapatkan semula memori dia, malah dia lebih suka dengar cakap perempuan keji tu.” ngadu Fadzley. “Perempuan keji?” Fadzley mengeluh. “Tengku Sheryna, perempuan yang mama aku pernah jodohkan dengan aku dulu tapi aku dah tolak dia. Dia tak dapat aku, jadi dia kacau Ierwann pula. Apatah lagi bila dia tahu yang Ierwann hilang ingatan.” jelas Fadzley pada Ieszwan sebaik sahaja Ierwann masuk kebiliknya. “Kurang ajar punya perempuan!” Ieszwan mulai geram apabila mendengar cerita sedemikian.

“Kau ambil ni.” ujar Ieszwan sambil menghulurkan sebuah album gambar yang mengandungi foto-foto sewaktu mereka masih kecil dulu. Ierwann terpinga-pinga. “Kau tengok gambar kita dengan seorang budak perempuan tu. Kau rasa tu siapa?” tanya Ieszwan sewaktu menunjuk kearah sekeping gambar. Ierwann menggelengkan kepala . “Budak perempuan yang ada dalam gambar tu adalah Isha. Isha, kawan kita masa kecil dulu. Dia selalu ada disisi kau begitu juga dengan kau yang selalu ada dengan dia bila dia sedih mahupun gembira. Bila aku buli dia sampai menangis, kau yang selalu pujuk dia.” ujar Ieszwan sambil mengingat kembali kenangan sewaktu mereka masih kecil. “Bila masing-masing dah besar, kita sambung study di oversea. Tinggallah Isha seorang diri di Malaysia. Walaupun korang jauh, korang tetap saling berhubung. Betapa kuatnya hubungan korang sehinggalah kau pulang ke Malaysia selepas habis belajar. Tak lama lepas tu, kau melamar Isha. Itu hasrat yang kau dah lama simpan bila kau nak balik ke Malaysia. And you did it!” cerita Ieszwan. Ierwann mendengar dengan penuh hairan. Berbeza dengan cerita yang dia dengar dari Tengku Sheryna. “2 years ago, kau melamar dia di sebuah majlis yang kau adakan sempena hari jadi Isha. Masa tu betapa bahagianya kau kerana Isha menerima lamaran kau.” sambung Ieszwan. Ierwann cuba mengingat namun fikirannya kosong. Tiba-tiba kepalanya menjadi sakit. Ieszwan cemas. Dia langsung menelefon doktor supaya segera datang kerumah. “Saya dah beri dia ubat penenang. Biarkan dia tidur untuk beberapa jam. Sebaiknya Encik Ieszwan jangan terlalu mendesak dia. Beri dia masa. Insyaallah, dia akan pulih secara perlahan-lahan.” ujar doktor yang merawat Ierwann.

***        ***        ***

                Kelihatan Ierwann sedang bersiap untuk ketempat kerja. “Morning.” ujar Ierwann kepada Ieszwan yang sedang bersarapan. Ieszwan hampir tersedak melihat penampilan Ierwann pagi itu. “Kau nak pergi mana?” tanya Ieszwan. “Dah pakai smart macam ni, pergi kerjalah takkan pergi pasar pulak?” jawab Ierwann sambil mencapai sekeping roti dan jem strawberi. Kunyahan Ieszwan terhenti apabila mendengar jawapan Ierwann. Dia menampar pipinya, berfikir adakah dia sedang bermimpi. “Cepatlah makan, nanti kita lambat sampai office.” Ieszwan yang masih terpinga-pinga menyambung kembali kunyahannya.
                Ierwann berdiri tegak di hadapan pintu. “Kau okay tak ni?” tanya Ieszwan. “Mana kereta aku?” tanya Ierwann apabila mendapati kereta tiada. “Oh, kereta kau masih ada di workshop.” jawab Ieszwan sambil menyarung kasut. “Kalau macam tu aku pergi dengan kau jelah.” ujar Ierwann. “Are you serious? Ier, kau kena stay kat rumah. Kau belum cukup sembuh lagi.” Ieszwan sedikit hairan melihat tingkah Ierwann. “Hey, come onlah. Aku dah lama tak masuk pejabat. Entah apa yang jadi dengan kerja aku kat office tu.” bantah Ierwann. “Tapi Ier…” Ieszwan cuba menghalang tetapi Ierwann terlebih dahulu memasuki kereta. Ieszwan mengeluh.
                Laju sahaja langkah Ierwann sebaik sahaja sampai di pejabat. “Hey Ierwann…” tegur Fadzley. “ Kau pun nak cakap yang aku patut duduk je kat rumah? Come onlah. Boring kot asyik terperap kat rumah.” ujar Ierwann sambil melajukan langkahnya. Fadzley terdiam. Ieszwan yang mengekori dari belakang mengangkat bahu dengan pertanyaan Fadzley tentang Ierwann. Lebih memeranjatkan mereka apabila Ierwann tahu kedudukan pejabatnya di mana tanpa diberitahu. Kesemua staf yang berjumpa dengan Ierwann mengucapkan selamat kembali kepada majikan mereka itu. Wajah mereka nampak ceria tidak seperti sebelumnya. Bagi mereka, apabila Ierwann sudah kembali, tidak akan ada lagi herdikan mahupun makian dari pengganti sementara Ierwann iaitu Ieszwan. Ierwann membuat kerjanya seperti biasa. Fadzley dan Ieszwan sempat memerhatikan Ierwann dari luar pejabat.

***        ***        ***

                Ierwann mengajak Fadzley dan Ieszwan melepak di tempat biasa. Fadzley membawa tunangnya, Alfie manakala Ieszwan pulak membawa Arleen yang kebetulan pulang ke tanah air kerana cuti semester. “Isha mana?” tanya Ierwann. Alfie dan Arleen ternganga mendengar Ierwann bertanyakan soal Isha. “Kenapa kau nak ambil tahu pasal dia lagi? Bukan ke kau lebih pedulikan si perempuan keji tu berbanding sahabat kitorang?” ujar Arleen tanpa berselindung. “Perempuan keji?” Ierwann hairan dengan panggilan tersebut. “Perempuan kesayangan kau tulah.” ujar Ieszwan. “Hanya Isha sorang je perempuan yang bertakhta di hati aku dari dulu sampai sekarang.” kesemua yang berada disitu ternganga mendengar penyataan dari Ierwann. “Kau dah ingat semuanya ke Ier?” tanya Fadzley. Sejak dari hari tu lagi dia ingin bertanya sedemikian. Ierwann hanya tersenyum.

                Arleen dan Alfie langsung mendapatkan Isha di biliknya sebaik sahaja pulang kerumah. “Seriously Sha, Ierwann dah dapat balik ingatan dia.” ujar Alfie dengan penuh teruja. Isha seakan tidak percaya. Dia kembali melayani drama korea di computer ribanya. “Iye beb. Tadi pun Ierwann ada tanya kenapa kau tak ikut kitorang tadi. Sikitpun dia tak ingat pasal perempuan keji tu. Aku yakin dia memang betul-betul dah sembuh.” ujar Arleen. “And one more thing… Ierwann sendiri yang mengaku hanya kau sorang je perempuan yang bertakhta di hati dia. Auww…so sweet.” sambung Arleen.

***        ***        ***

                “Iesz, kau tengok tu.” ujar Fadzley apabila dia ternampak kelibat Tengku Sheryna yang berada tidak jauh dari tempat mereka sedang lepak. “Perfect time.” ujar Ieszwan sambil tersenyum sinis. “Balak baru ke?” tanya Ieszwan sewaktu dia merapati Tengku Sheryna yang ketika itu sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki. Tengku Sheryna terkesima apabila melihat Ieszwan dan Fadzley. “Perempuan macam ni ke yang kau nak terima sebagai kakak ipar kau Iesz?” tanya Fadzley sambil menunjuk kearah Tengku Sheryna. “Jangan kata aku, parents aku pun belum tentu nak terima dia ni sebagai menantu. Jenis perempuan macam ni hanya suka ambil kesempatan je.” ujar Ieszwan, pedas. Tengku Sheryna mati kata. “Apahal ni bro?” tanya lelaki itu. “Kitorang tak kan cari hal kalau perempuan ni tak cari pasal dulu. By the way, hati-hati bro, perempuan ni bahaya. Saya takut suatu hari nanti segala harta benda bro jatuh ke tangan perempuan kaki kikis macam dia ni.” ujar Ieszwan sebelum minta diri untuk pergi dari situ. Fadzley tertawa besar selepas mereka berdua puas mengenakan Tengku Sheryna.
                Tengku Sheryna langsung menemui Ierwann di rumah. “Ier…diorang hina I kat restoran tadi.” Tengku Sheryna mengadu pada Ierwann tentang apa yang Fadzley. “So?” tanya Ierwann sambil melayan dengan acuh tak acuh. “You tolonglah marah diorang tu. Diorang dah melampau tau. Ada sahaja idea diorang nak pisahkan kita.” ujar Tengku Sheryna dengan nada manja. “Itu masalah you dengan diorang. I malas nak masuk campur.” ujar Ierwann. “Sampai hati you…” rengek Tengku Sheryna. “Kalau tak ada apa-apa lagi, baik you pergi balik.” ujar Ierwann dengan tegas. “Ier…you tak sayang I ke?” tanya Tengku Sheryna sambil merengek minta perhatian. “I tak pernah sayangkan you. Cukuplah. I dah penat dengan drama you. Tak cukup lagi ke dengan apa yang you dah buat pada hubungan I dan Isha?” Tengku Sheryna ternganga besar apabila mengetahui bahawa ingatan Ierwann sudah pulih. Dia cuba melarikan diri tapi sayangnya Ieszwan yang baru pulang langsung menghalang Tengku Sheryna dari pergi. “Buat apalagi kau datang kesini? Untuk meraih simpati dari abang aku? Come on Ryna. Everything is over now.” ujar Ieszwan sambil tertawa. “Maafkan I…” ujar Tengku Sheryna apabila mendapati dirinya terperangkap. “Kitorang boleh maafkan kau tapi dengan satu syarat.” ujar Ieszwan sambil memandang tajam kearah Tengku Sheryna. “Pulihkan kembali hubungan abang aku dan Isha.” sambung Ieszwan.

***        ***        ***

                Ieszwan mengajak Fadzley dan Ierwann serta Arleen, Alfie dan Isha berkumpul di sebuah café. Isha terlihat muram. Dia masih belum cukup yakin bahawa ingatan Ierwann telah kembali. Ierwann pula sengaja buat tak endah dengan Isha. “Korang, aku ajak korang lepak kat sini bukan nak tengok korang layan perasaan memasing. Ikutkan hati, aku ni yang patut layan perasaan sebab Arleen akan kembali ke Indonesia semula. Aku ni yang patutnya rasa sedih berbanding korang.” omel Ieszwan. Arleen tertawa kecil. “Hati batu macam awak ni pun ada perasaan sedih?” tanya Arleen dengan niat bergurau. Ieszwan mengetap bibir, geram dengan sindiran Arleen.
                “Maaf, saya terlambat.” kehadiran Tengku Sheryna membuatkan Isha tidak senang duduk. Tengku Sheryna mengambil tempat di tengah-tengah antara Ierwann dan Isha. Isha mengumam geram. “Ierwann, Isha…saya datang ni sebab nak minta maaf dengan korang.” Isha terkejut mendengarnya. “Saya tahu saya banyak buat salah dengan korang. Sejujurnya, saya cemburu dengan korang, cemburu melihat kebersamaan korang.” ujar Tengku Sheryna. “Isha, saya minta maaf sebab rosakkan hubungan awak dan Ierwann. Sebenarnya saya sengaja mereka-reka cerita pada Ierwann supaya dia menjauhi awak tapi ternyata Ierwann memang benar-benar sayangkan awak.” ujar Tengku Sheryna sambil menarik tangan Isha dan menghulurkannya pada Ierwann. Ierwann memegang erat tangan Isha sambil tersenyum. Isha tergamam. Ierwann memandang tepat wajah Isha. “Isha Antasha, please marry me.” ujar Ierwann sambil mencium tangan Isha. Isha mati kata. Arleen dan Alfie kelihatan teruja melihat cara Ierwann melamar Isha. “So sweet-nya diorang ni. Kalaulah Iesz buat macam tu pada aku…bestnya!” bisik Arleen pada Alfie. Tengku Sheryna memujuk Isha supaya menerima lamaran Ierwann. Pada mulanya Isha merasa ragu-ragu. Kemudian dia memandang Arleen dan Alfie. Mencari keyakinan dari sahabat baiknya. Kedua sahabatnya juga meminta dia supaya menerima lamaran Ierwann. Setelah dia benar-benar yakin, akhirnya dia menerima lamaran Ierwann. Ierwann tersenyum bahagia. Kawan-kawannya juga bersorak gembira. Tengku Sheryna mendapati kehadirannya sudah tidak diperlukan lagi disitu, akhirnya dia pergi membawa diri.
                “Sheryna.” panggil Arleen. Tengku Sheryna menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Kelihatan Arleen berlari anak kearah Tengku Sheryna. “Kenapa awak pergi?” tanya Arleen “Saya tak layak ada disana. Lagipun saya taknak suasana bahagia kalian dirosakkan oleh kehadiran saya.” ujar Tengku Sheryna. “Ishhh..tak baik cakap macam tu. Anyway, saya berterima kasih sangat pada awak sebab sudi mengaku salah dan memulihkan kembali hubungan kawan-kawan saya.” ujar Arleen. “Tapi, boleh saya tahu kenapa awak buat macam tu dengan diorang?” pertanyaan Arleen membuatkan Tengku Sheryna menunduk sedih. “Saya cemburu dengan korang. Persahabatan korang. Sejak dari kecil lagi, saya tak ramai kawan. Kalau adapun, diorang seolah-olah hanya ingin pergunakan saya dan mengambil kesempatan pada saya. Diorang tak ikhlas berkawan dengan saya. Sebab tu saya cemburu apabila melihat persahabatan korang semua. Maafkan saya.” ujar Tengku Sheryna sambil teresak-esak. Arleen cuba memujuk Tengku Sheryna. “Let’s join us.” Arleen mengajak Tengku Sheryna bergabung dengan yang lainnya. “No, thank you.” Arleen pura-pura tidak mendengar bantahan dari Tengku Sheryna. Dia langsung menarik tangan Tengku Sheryna hingga ke meja mereka. Ieszwan terkesima melihat Arleen membawa Tengku Sheryna kembali. “Terima kasih kerana kembali. Please join us.” ujar Ierwann sambil meminta Tengku Sheryna duduk di kerusi kosong yang berada di meja mereka. Tengku Sheryna teragak-agak. Arleen memujuk Tengku Sheryna supaya gadis itu tidak terlihat kekok. Akhirnya Tengku Sheryna mulai selesa dengan mereka. Dan mereka juga menerima Tengku Sheryna dengan tangan terbuka.

***        ***        ***

                So, inilah cerita aku. Berakhir dengan happy ending! Eh kejap, ada sikit lagi! Tak lama selepas majlis tunang Isha, aku pun terbang kembali ke Indonesia dan menyambung pengajian hingga ke semester akhir. Beberapa bulan selepas itu, akhirnya aku tamat pengajian. Horeyyy! Aku pulang ke tanah air membawa segulung ijazah. Akhirnya dapat juga aku kejar impian aku untuk menjadi penulis terkenal. Aku dan Ieszwan? Alhamdulillah, tak lama lagi aku juga akan mengikut jejak kawan-kawan aku yang sudah bergelar tunangan orang. Tengku Sheryna pula kini sedang membantu ayahnya menguruskan perniagaan keluarganya di Taiwan. Ehem…dengar cerita, ada lelaki nak masuk minang dia. Yelah, orang cantik siapa yang tak nak? Okaylah, aku nak sambung buat hantaran pulak ni. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

Tamat dah!

Nukilan oleh: Leenz Armani

P/S: Terima kasih korang!

Wassalam.