About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

30 January 2016

Review film: Bajrangi Bhaijaan

30/01/2016 - 10:43am
Sabtu - Cerah

Hai!

Assalamualaikum.

Korang dah tengok filem "BAJRANGI BHAIJAAN" lakonan Salman Khan dan Kareena Kapoor tu? Kalau belum, pergilah tengok sekarang tapi sebelum tu aku nak me-review sikit pasal cerita ni.

Fyi, aku ni bukanlah jenis yang suka layan filem hindustan / tamil sebenarnya. Tapi, bila aku tengok orang asyik post & komen pasal filem Bajrangi Bhaijaan ni, aku jadi tertarik untuk tahu sejauh mana jalan cerita tu sampaikan orang kata boleh menangis layan filem tu dan yang membuatkan aku lebih teruja bila diorang cakap filem tu boleh mengalahkan cerita Dilwale lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol yang popular dengan lagu tema dia berjudul "Janam Janam" tu. Bila dekat 10 orang asyik bercerita pasal jalan cerita Bajrangi Bhaijaan tu, semestinya filem tu ada ciri-ciri tersendiri. Dan aku ni pulak jenis suka baca sinopsis sebuah cerita / filem tu dulu sebelum aku tonton sendiri. So, aku pun google-lah sinopsis filem tersebut. Jalan cerita dia pun dah buatkan aku teruja nak tengok filem tu. Dan sekarang aku nak share dengan korang sinopsis Bajrangi Bhaijaan ni.

Bajrangi Bhaijaan

Bajrangi Bhaijaan merupakan salah satu filem Bollywood terbaru yang romantik juga memberikan 1001 erti persaudaraan. Filem ni merupakan arahan pengarah ternama Bollywood, Kabir Khan yang turut dibintangi oleh Kareena Kapoor dan Salman Khan.

Sinopsis Film Bajrangi Bhaijaan ini mengisahkan tentang pendekatan mesra antara Bajrangi Bhaijaan / Pavan yang dilakonkan oleh Salman Khan dan  Rasika yang dilakonkan oleh Kareena Kapoor, dan filem ini juga mengisahkan tentang seorang gadis kecil yang tidak boleh bercakap yang berasal dari negara Pakistan yang bernama Shahida / Munni yang dilakonkan oleh Harshaali Malhotra di mana waktu itu dia terpisah dari ibunya pada sebuah stesen kereta api di negara India. Shahida yang tersesat itu kelaparan dan terdampar sehingga dia berjumpa dengan Pavan, salah satu penganut agama Hindu yang sangat dekat dengan anak-anak, taat pada agama, baik hati, jujur dan dalam diam dia juga menaruh hati pada Rasika, seorang gadis Hindu. Pavan merasa simpati melihat Shahida, akhirnya Pavan pun berusaha ingin menyatukan kembali Shahida dengan orang tuanya walaupun banyak sekali dugaan dan halangan yang perlu dia lalui sepanjang perjalanan dia menghantar Shahida pulang ke negera asal gadis kecil itu iaitu di Pakistan.

Dah, cukuplah setakat tu je sinopsis yang boleh aku kongsi. Selebihnya, korang tonton dan hayatilah sendiri. Semoga ada pengajaran yang korang boleh ambil di dalam filem Bajrangi Bhaijaan ni.

Untuk korang yang nak tonton cerita tu, sekarang dah boleh tengok dekat youtube. Atau kalau korang nak tengok kemudian, apakata korang download dulu di youtube downloader atau di link di bawah ni.

Youtube: Bajrangi Bhaijaan (Indo Sub)

Download: Bajrangi Bhaijaan

Wikipedia: Bajrangi Bhaijaan (Indonesia Wiki)

Untuk filem ni, aku rasa tak menyesal tonton. Antara 1-10, aku bagi 10 marks!

P/S: Psstt...salah satu sebab aku nak tengok filem ni pun sebab ada Salman Khan, my favourite actor! Haha.

Happy watching and have a nice day guys!

Yang sewel,
Leenz

28 January 2016

Me & Alfie

28/01/2016 - 18:03pm
Khamis - Hujan

Hai!

Assalamualaikum.

BR1M 2016 korang dah masuk? Yang dah dapat tu, alhamdulillah. Buat yang belum dapat, harap bersabarlah. Yang tak dapat pun janganlah marah sangat. Mungkin bukan rezeki korang. Btw, bukan pasal BR1M yang aku nak cerita sekarang. Tapi alhamdulillah, tahun ni aku masih diberi peluang untuk menerima BR1M. So, bila BR1M dah dapat, awal-awal lagi Alfie dah cakap nak shopping barang kat Kilang Bateri. Perghhh people nowadays. Ada duit, shopping. Habis duit, menangis. Haha just kidding.

Nak dijadikan cerita, after 5pm, mesin punch card bunyi je aku terus balik. Ibarat budak-budak sekolah dengar bell waktu balik, terus serbu pintu pagar sekolah sampai pagar pun boleh tumbang. Ganas budak-budak sekarang. Before pergi Kilang Bateri, kitorang singgah makan kat Big Daddy's Family Cafe dulu. Then, sempat jugak aku tapaukan my someone special dinner. Lepas tu barulah kitorang menapak ke Kilang Bateri. Kalau korang nak tahu, si Alfie ni baru first time rupanya pergi tempat ni. Dia apelagi...rambang matalah. Nasib baik dia pakai spek mata, kalau tak maunya mata dia terkeluar dari tengkorak dia (ok, aku gurau je Fie). Kat Kilang Bateri tu ada macam-macam kedai. Kedai baju, tudung, accessories phone, buku, barang antik, kasut, beg, perfume, kedai makan...arghhh korang yang suka shopping ni pergilah sendiri, baru tau betapa heavennya kat situ nanti.

Oh ye, semenjak dua menjak ni aku & Alfie dah lama cari minuman hipster yang orang dok tayang kat IG tu; Overdose! Kebetulan, kat Kilang Bateri ni ada jual minuman Overdose tu. Memang rezeki kitoranglah kan. Apa tu Overdose? Cenggini haaa rupa minuman hipster; Overdose yang aku cakapkan:

Picture from IG @leenzarmaniey
Hipster sangat kannnnn? Haha. Harga untuk satu plastik tu, RM5 sahaja. Aku pilih perisa Green Tea manakala Alfie pilih perisa Cappucino. Sebenarnya dia nak perisa Chocolate tapi dah habis. Pendapat aku tentang minuman Overdose ni, rasa dia not bad-lah. Cuma terlalu banyak sangat ais batu dalam tu sampaikan bila sedut je, ais batu yang aku telan. Hmmm...untuk yang sakit tekak / batuk, aku tak galakkan korang minum minuman yang macam ni okay.

After shopping ini itu, aku pun dah penat. Nak drive balik jauh lagi...so kitorang pun decide untuk balik kerumah memasing dan tidur. Alhamdulillah, duit BR1M berjaya dihabiskan dalam masa satu hari. Tahniah. Hahahahaha!

Eh, bila keluar berdua, haruslah berselfie, kan. Alah tipulah kalau korang cakap korang tak menyelfie bila hangout dengan kawan-kawan korang. Dah, before aku tutup cerita, biarlah aku menyemakkan post ni dengan gambar selfie kitorang.

In my car, at the traffic light. Lalala

At Kilang Bateri, kau hado?
P/S: Post ini tidak wajib dibaca. Lalala.

By the way, thanks Alfie sudi menyewelkan kepala aku yang dah memang sewel ni. Kaulah satu-satunya minah otak senget yang aku pernah kenal selain Isha, si minah yang suka gelak sepanjang hari.

Have a nice day guys!

Yang sewel,
Leenz

27 January 2016

Review: Joe's Coffee

27/01/2016 - 3:34pm
Rabu - Mendung

Hai!

Assalamualaikum.

Hampir sebulan aku tak update apa-apa kat sini, kan? Hmmm... Ok dah, sekarang aku malas nak taip pepanjang panjang lebar sebab kali ni aku nak update sikit je. JE.

Joe's Coffee? Pernah dengar tak? But for me this is my first time. Alaa korang pun tau kan sekarang ni makin banyak minuman-minuman "hipster" yang tengah popular di kalangan masyarakat kini. Perghhh ayat gua! Contohnya, Kopi Ngences, Pirates Coffee, OverDose, Frozzy Cup, what else? Okay, banyak sangat nama yang unik yang diorang pakai untuk tarik perhatian-perhatian si pen-dahaga. So, apa kaitannya dengan Joe's Coffee?

Picture from IG @joes_coffee
Sebenarnya aku tertarik dengan Joe's Coffee ni pun sebab kawan satu sekolah aku yang jual. Aku tau gerai Joe's Coffee ni pun sebab dia ada post location dekat facebook. Bila aku tengok address dia dekat Gelang Patah, haaa apalagi memang dekat sangatlah dengan tempat tinggal aku. Support member, apa salahnya? Dah jom review apa yang ada kat Joe's Coffee ni!

Joe's Coffee
Area: Johor
Location: Berdekatan Maybank, berhadapan kedai tayar & gunting rambut, Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor.
Operation hour: 11:00am - 6:00pm
Available flavour: Chocolate, Vanilla, Mocha, Latte, Green Tea, Cappucino
Instagram: Joe's Coffee


Haaaa nampak tak cawan tu lagi besar dari tangan aku? Hahaha. Seriously, aku rasa berbaloi dengan RM10 (1 cup - RM5) boleh dapat dua minuman berperisa Chocolate & Green Tea bercawan besar ni. Gua dah cuba, korang bile lagi? Pergilah serbu!

Oh by the way, thanks Ms Leha & Ms Eka sebab sudi melayani permintaan daku. Huahuahua.

So, thats it for today.

P/S: Psstt...sebenarnya dulu kitorang ni musuh tau tapi bila dah buat haluan memasing ni tak sangka pulak kitorang berjumpa dalam keadaan yang sangat janggal dan saling tak kenal. Tapi last-last diorang cam jugak muka aku. Apa? Ingat kitorang nak bertumbuk ke? Memasing dah besar, kan...?

Have a nice day guys!

Yang sewel,
Leenz

2 January 2016

Review: BigDaddy's Family Cafe

02/01/2016 - 10:17am
Sabtu - Mendung

Hai!

Assalamualaikum.

Firstly, Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua kawan-kawanku. Berazam baru terlalu mainstream. Apakata korang buat perubahan baru sempena tahun baru ni? Do something different. Goodluck!

(Poor me, lately aku tak dapat nak update blog sebab laptop aku problem. *cry*)

Tapi disebabkan sekarang pun dah masuk tahun baru, tahun 2016, aku pun dengan senang hati nak buat review baru tentang sebuah tempat makan baru yang sangat mesra pelanggan. Dah jom terjah!

"BIG DADDY'S FAMILY CAFE"

Address:
No 28 Jln Padi Emas 6/1,
Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
- Berhadapan Perodua Uda)
- Tapak lama Restoran Farish / Faris
Tel: (Not Available)

Operation hour:
(Monday to Friday)
10:30am until 2:00am
(Saturday to Sunday)
2:00pm - 2:00am
(Closed on Sunday every 2 weeks)

Facebook page: BigDaddy's Family Cafe
Instagram: BigDaddy's Family Cafe

Hati aku tergerak nak buat review pasal cafe ni sebab staff diorang very friendly with all customer. Bak kata Alfie, memang tip toplah diorang semua.

Apa yang menarik yang ada di BigDaddy's Family Cafe ni, semestinya ada Encik Daddy yang sangat BESAR. Ok, aku tipu je.

Yang menarik kat cafe ni semestinya ada WIFI! People nowadays memang tak boleh hidup tanpa data / wifi, kan? Termasuklah aku. Hahaha. Well, kalau ada data / wifi mestilah korang nak upload gambar-gambar selfie korang ke dalam laman sosial. Elehhh tipulah kalau cakap tak ada. Sebab aku pun dah buat. Lalala.

Selain staff yang mesra pelanggan dan ada wifi untuk korang ber-online, makanan kat sini memang sangat sedap. Tak menyesal kalau korang lepak kat sini tau! Harga menu dia pun sangat berbaloi. Nak tahu berapa? Alah...korang cubalah dulu.

Ada satu ketika tu masa aku lepak kat sini dengan Alfie, ada sorang staff cafe ni tetiba tegur Alfie dengan nada tegas. "Tadi awak ada ambil gambar ke?" Aku tengok muka Alfie dah pucat semacam. Dalam hati aku cakap, apehal mamat ni tetiba tanya soalan macam tu? Ada something wrong ke kalau kitorang ambil gambar kat cafe ni? Aku tengok Alfie dah tergagap nak jawab Ye atau Tidak. Kalau jawab ye, dia takut orang tu marah sebab tak minta izin dia kot. Kalau jawab tak, ada pulak nanti jadi perebutan handphone antara Alfie dan staff tersebut. Dan akhirnya terjadilah pertumpahan darah disitu. Ishh jauh betul imaginasi aku. So, Alfie pun angguk mengiyakan pertanyaan staff tadi. Dan staff tu pun terus cakap, "Nanti jangan lupa share dekat fb page dan instagram kitorang tau." Ish ish ishh....ingatkan staff tu marah ke apa rupa-rupanya sebab tu je? Buat suspen je. Dan tiba-tiba datang seorang staff perempuan ni, siap nak ambil gambar kitorang lagi tau. Dia kata dia nak share gambar kitorang kat facebook page diorang. Waduhhhhhh! Apapun, aku sempat gelakkan muka pucat si Alfie tadi tu. Haaa tau takut. Itulah, aku dah cakap jangan nak selfie memanjang bila tengah lepak! Hahaha. Tapi seriously, aku suka cafe ni. Servis diorang memang bagus.

Buku menu BigDaddy's Family Cafe
Haaa...dalam buku menu ni terdapat banyak menu-menu yang korang mesti cuba! Selain makanan western, korang pun boleh cuba local/asian menu seperti Mee, Nasi, Mihun dan bermacam-macam lagilah. Tak sanggup aku nak senaraikan satu persatu sebab air liur aku dah nak meleleh fikir pasal makanan. Haha.


Malas nak cerita panjang, ni korang tengok sendiri menu-menu yang ada untuk makan pagi dan tengahhari. Sorry gambar sedikit blur. Saje nak suruh korang pergi tempat tu dan tengok sendiri. Hahaha.

Selain korang boleh nikmati makanan, jangan tak tahu kalau kat sini pun korang boleh ubah hairstyle korang tau. BigDaddy Barbershop! Unik kan? Sambil makan, sambil cantas rambut. Sesekali terasa nak berpenampilan baru kannnnnn! Tapi aku tak pasti barbershop ni untuk lelaki sahaja atau perempuan pun boleh try sekali? Kalau korang nak tengok hairstyle yang dah diubah oleh si tukang barber ni, korang boleh jenguk di facebook page diorang DI SINI!

Korang nampak bahagian stall kecik kat depan tu? Haaa kalau korang nak tahu, kat situ korang boleh dapatkan Pisang Goreng Cheese Aiskrim yang tengah trend sekarang! Nampak marvelous gitewwww. Tapi apapun, pisang goreng cicah sambal kicap tetap jadi pujaan. Nyum nyummmm!

Ehhh sebelum terlupa, pada waktu malam korang boleh bershisha kat cafe ni tau. Buat yang suka bershisha, try la lepak kat sini pulak.
Dan ini merupakan salah satu menu yang aku order masa lepak bersama kawan-kawan aku yang comel.

Grilled Chicken Chop: RM12++

Prawn Mee: RM5++

BigDaddy Cool / ABC : RM5.00

Ladna Penang Kuew Teow: RM7++

Mushroom Soup: RM4++

Another menu? Koranglah pulak yang share. Hehe.
Bila perut sudah kenyang, mestilah nak balik kan? Eh tapi jangan pulak korang main lari macam tu je. Tak baikkkkk! Haruslah bayar dulu sebelum keluar dari cafe tersebut. Ahaa...kaunter dia pun dah menarik perhatian aku, apatah lagi staff diorang. Hahaha bak kata orang, cuci mata. Kehkehkeh.

So, setakat ini jelah yang dapat aku share dengan korang. Kalau aku share lagi banyak gambar, takut korang malas pulak nak survey sendiri. Sebelum aku tutup review kali ni, aku nak berterima kasih banyak pada owner / staff yang sudi melayani soalan dari aku di private message tentang BigDaddy's Family Cafe ni. Korang memang sporting dan kami pun puas hati. Keep it up!

Thank you BigDaddy's Family Cafe
Sekian sahaja review guaaaaaa.

Next review? Soon lah.

Have a nice weekend guys!

Yang sewel,
Leenz