About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

31 May 2016

"Maafkan saya cikgu."

Assalamualaikum.

Hai korang, buat apa tu? Haa...kalau korang takda buat apa, apakata korang teman aku menangis hari ni. Huwaaaaaaaaa!!!!!

Ishhh...apesal tacing lembik sangat hati aku ni! *Sobsobsob*

Dah dah, korang tak payah dok fikir bebukan. Aku sedih bukan sebab putus cinta ke, putus urat kentut ke, apa yang korang perlu tau, aku sedih sebab......... ahhh malas nak taip bebanyak. Dah jom layan movie petang-petang gini.

Cerekarama apa yang aku nak ajak korang layan ni? Drama ni dah pernah main kat Tv3 hari Ahad (29 May 2016) yang lepas. "Maafkan Saya Cikgu," haaa itulah tajuk cerekarama yang aku maksudkan. Kalau korang dah tengok, jomlah tengok lagi. Fefeling tacing gitu. Biar mata korang pun ikut sembab macam aku. Hahahaha.

Eh jap. Kalau tak silap aku, cerita ni pernah viral kat facebook tau (before keluar movie ni kat tv3). Hmmm cerita tu betul atau tidak, bukan tugas aku untuk mencari tahu. Kihkihkih. Yang aku tau, cerita ni sangat menyentuh hati batu aku. Huwaaaa. *kesat air mata*

"MAAFKAN SAYA CIKGU" - video viral di facebook
(Credit to Zainal Kamal)

Untuk korang yang belum tengok movie "Maafkan Saya Cikgu" kat Tv3 hari tu, silalah klik link di bawah ni:-

(1) Maafkan saya cikgu - Youtube
(2) Maafkan saya cikgu - Blog DFM2U

Tapi untuk korang yang taktau pasal movie ni, meh sini aku bagi sinopsisnya.

Mengisahkan kehidupan dua beradik, Azali (Zali) dan Azirun (Yun) yang tinggal bersama ibu mereka dalam keadaan kemiskinan di mana Zali dan Yun berkongsi pakaian sekolah setiap hari. Yun bersekolah pada sesi pagi manakala Zali pula bersekolah pada sesi petang. Sebaik sahaja Yun pulang dari persekolahan sesi pagi, dia segera menemui adiknya, Zali yang telah sedia menunggu untuk bertukar pakaian. Namun Zali selalu dimarahi dan dirotan oleh Cikgu Marzuki, guru displinnya kerana sering terlambat kesekolah. Hal itu telah mendapat perhatian dari Cikgu Marzuki.

Pada mulanya, kehidupan mereka sekeluarga sangat bahagia. Kerana sebuah tragedi yang menimpa mereka sekeluarga, mereka kehilangan sosok seorang ayah. Walau bagaimanapun, mereka tetap perlu meneruskan kehidupan dengan membantu ibu mereka menjual nasi lemak.

Amacam? Sedih gila kan! Aku yang keras hati ni pun akhirnya rapuh jugak. Bak kata kawan aku, "Susah betul aku nak nampak tengok kau menangis." Hahaha aku menangis bila ada sebab tertentu je. Contoh, jajan aku kena curik. Haaa...cubalah curik cikedis aku kalau korang nak tengok aku melalak nanti. Cehh.

"Life can get hard and things can go wrong, but no matter what, you've got to stay strong."

Sebelum aku sampai ke penutup, aku nak bagi pendapat aku pasal movie ni. Seriously, korang kena tengok cerita ni. Daripada korang dok layan drama-drama cinta airmata bagai tu, baik layan cerita yang macam ni. Banyak pengajaran dan tauladan boleh dapat. Rasa insaf pun ada jugak ni. Aihh... 


Wassalam.
- Leenz

18 May 2016

Cara menghilangkan kesan liquid paper pada pakaian?

Assalamualaikum.

Sedang asyik aku men-scroll laman sosial wechat aku, tetiba aku terbaca satu status update dari member aku, si Alfie berbunyi begini...

"...tak pasal2 baju aku kena liquid paper. Habis comot. Ada tak sape2 tau macam mana nak hilangkan kesan liquid paper yang terkena pada pakaian?"

Tiba-tiba aku tergelak. Taktau kenapa.

Aku pun dengan gigihnya pergi google untuk carikan solution. Cari punya cari...then lost. Aku jadi pelik kejap. Apsal tak ada satu pun solution yang mencapai keyword aku tu? Orang kata google serba tahu, tapi apesal aku langsung tak jumpa solution untuk permasalahan ni??? Hahaha drama sungguh ayat gua!

Well, memandangkan otak aku kalau dah petang-petang gini sedikit lembab ibarat cuaca pada hari ni, jadi aku tak dapat berfikir dengan normal untuk mencari cara yang mustajab untuk aku bagi pada si Alfie. Aku tanya pada officemate aku memandangkan dia pernah mengalami hal yang sama. Korang tau dia bagi solution apa?

"Aku sental guna apa saja yang aku jumpa sampai hilang kesan. Last-last baju tu pun hancur."
"Apa susah, kau beli je baju baru."
"Kau bakar baju yang ada kesan liquid tu."

Best. Jawapan korang memang sangat bernas.

Then, aku pun serik taknak tanya diorang lg. Aku pun tanya my mom. My mom cakap guna thinner. Aduhh...apehal aku tak terfikir nak tanya my mom je dari tadi? Hmm...kan aku dah cakap otak aku lembab petang-petang gini. Eh, tapi thinner tu tak terlalu kuat ke untuk sehelai baju yang terkena liquid paper? Sejak dari tu otak aku tiba-tiba berfungsi. Daripada guna thinner, lebih baik cari alternatif lain. Dan tiba-tiba aku teringat nail polish remover yang ada kat bilik tido aku. Tapi tinggal botol dia jela. Cecair dalam tu habis kena sebat dengan adik aku. Entah apa dia buat dengan nail polish remover aku tu. Huh!

So, solution untuk masalah si Alfie tu pun dah jumpa. Masalah kecik macam ni pun aku nak beratkan otak untuk berfikir. Kahkahkah!

Btw, for another solution... korang boleh singgah tengok kat blog ni: KLIK SINI!

Ok dah, itu je aku nak kongsi dengan korang. Jumpa lain hari. Chawwwwww bebeh!

Wasalam.
- Leenz

16 May 2016

Kerja itu ibadah

Assalamualaikum.

Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja.


Well, hidup memerlukan duit. Macam mana nak dapat duit? Mestilah kena cari kerja. Kerja itu kan merupakan suatu ibadah. Kalau tak kerja, mana nak dapat duit untuk tampung kehidupan yang hampir keseluruhan tempat memerlukan duit. Sedangkan tandas awam pun nak masuk kena bayar.

"Bekerja yang dimaksudkan ibadah ini adalah seperti bekerja yang meliputi disiplin dalam mengendalikan waktu, duit dan tenaga sehinggalah menghasilkan sesuatu yang bermanfaat bagi diri sendiri dan orang-orang di sekeliling kita."



Cakap pasal kerja...hampir 6-7 tahun aku bekerja di tempat yang aku kerja sekarang ni. Dari badan aku kerempeng macam lidi hinggalah sekarang dah ada rupa macam beruang. You know beruang? Binatang berbadan besar, gempal tapi comel tu. Kalau dulu, diorang panggil aku si kurus, tapi gelaran tu dah berubah kepada si gemuk. Gemuk tang manapun aku tak tahulah. Aihhh...bukan pasal saiz badan yang aku nak cerita sekarang ni.

So, bila dah dekat 6-7 tahun bekerja di tempat yang sama maka timbullah erti jemu dalam kamus hidup aku. Yes, aku dah mulai jemu mengadap kerja yang sama 6 1/2 hari seminggu. Masalah jangan cakaplah, bermacam-macam yang timbul. Yang paling tak best, masalah dengan kastam. Fyi, kerja aku memang ada kaitan dengan kastam. Cuma aku bahagian documentation. Dekat dokumen tu, aku akan letak nama aku. In case, bila ada problem dengan dokumen yang aku buat tu, diorang akan blame pada aku. Sebab ada nama aku. Dan akulah yang akhirnya jadi pesalah. Walaupun pada hakikat, ada pihak-pihak lain boleh elakkan kesalahan tu. Tapi, sampai bila aku nak kena mengadap masalah-masalah yang macam ni?

Bf aku ada suruh apply kerja lain. Yes, I will tapi bukan dalam waktu terdekat ni. If aku resign kerja yang aku ada sekarang ni, mana aku nak cari dan kumpul duit untuk prepare everything for my future? Sayang memanglah sayang nak tinggal kerja yang sekarang ni. Sebab aku rasa macam-macam benefit aku boleh dapat kat company ni. Tapi itulah...tak ada kerja yang tak bermasalah.

Everyday I'm in stress mode. Siapa yang nak kerja dalam tekanan? Tapi nak buat macam mana...ini kerja yang aku pilih. Kalau aku berhenti kerja, aku takut nanti aku jadi semakin malas nak bekerja.

Hmm...entahlah. Serabut. Serabut. Serabut.

Selagi aku mampu bertahan, I choose stay. Sampailah aku dah hilang kesabaran, I will leave. Life is all about making choice.


Ok dah, aku nak melayan kepala serabut aku ni dulu. Just remember, nothing worth having comes easy.

Wasalam.
- Leenz