Rabu - Cerah
Hai!
Assalamualaikum.
Hipster everywhere... Best sangat ke jadi budak hipster? Apa faedahnya jadi budak hipster? Sebab boleh menarik perhatian orang lain? Sebab nak jadi popular? Eh tapi bukan pasal tu yang aku nak bebelkan hari ni tapi aku nak kenalkan korang pada beberapa minuman yang tengah trend sekarang.
Starbucks terlalu mainstream di mata masyarakat. Perghhh skema ayat gua! Tapi yang aku selalu nampak, kebanyakanya anak remaja yang suka lepak dekat Starbucks ni Order minuman, ambil gambar kemudian upload dekat laman sosial terutama laman instagram. Bak kata member gua, diorang post gambar cawan Starbucks tu sebab nak tunjuk kat orang lain yang dia mampu. Member aku cakap lagi, yang lepak Starbucks ni semua orang kaya. Hmm... Member akulah yang cakap, bukan aku. Apa tidaknya, secawan kopi Starbucks pun kadang mencecah RM10! RM10 kalau korang lepak dekat kedai mamak, korang siap dapat makan, minum dan free wifi lagi tau.
Picture from Google.com |
Kalau korang perasan kan, dah ramai yang buat bisnes jual air minuman dalam cawan bersaiz besar tu kan? Kalau tak pakai cawan pun, diorang pakai plastik air yang ditempah khas dengan pelbagai corak. Ibarat cendawan tumbuh. Di mana-mana ada saja minuman baru dengan pelbagai nama. Padahal konsepnya sama je kot. Yang membezakan adalah cawan / plastik yang digunakan.
Beberapa minuman "hipster" yang aku dah balun setakat ni:-
- Joe's Coffee
Minuman dari Joe's Coffee ni aku pernah update bulan lepas. Buat korang yang nak tau pasal Joe's Coffee ni, korang boleh klik link ini.
Dan komen / pendapat aku pasal minuman ni, rasa dia ok-ok je. Tak tawar dan tak manis sangat. Cuma perisa dia kurang pekat tapi not bad. Okay?
Perisa favourite gua: Chocolate & Green Tea
Harga: RM 5 (1 cup)
Lokasi: Taman Nusantara, Gelang Patah
Bean Burst adalah minuman kedua yang aku cuba. Apa yang aku suka pada Bean Burst ni, perisa yang dia gunakan tu buat gua ketagih tiap hari! Selain bancuhan air perisa, ais batu dan susu penuh krim yang diletakkan di dalam cawan besar gedabak tu, diorang juga ada letak karamel / coklat di atas tumpahan susu penuh krim tu. Yummmmy!
Perisa favourite gua: Green Tea
Harga: RM 5 (1 cup)
Lokasi: Taman Nusantara, Gelang Patah
Coffee Legend ni adalah minuman yang dicadangkan oleh budak opis aku. Hmm...untuk minuman kali ni, aku kurang suka sebab tiada rasa Green Tea seperti yang aku harapkan pun. Mungkin sebab dia menggunakan susu pekat manis kot. Dan minuman aku hanya rasa susu pekat manis tu je. So, aku sedikit kecewa dengan minuman kali ni. Hope diorang dapat perbaiki kekurangan yang ada.
Perisa pilihan gua: Green Tea
Harga: RM6
Lokasi: Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah
Siapa yang tak kenal dengan minuman paling popular setakat ni? Semestinya overdose! Yang best pasal overdose ni, perisa yang digunakan dibancuh secukup rasa. Bila aku nampak minuman ni dijual di mana-mana, wajib beli! Hahaha.
Perisa favourite gua: Green Tea
Harga: RM 5
Lokasi: Kilang Bateri, Johor
Superhero Coffee
Picture from facebook Bunga Azura Wc |
Btw, buat korang yang berdekatan dengan tempat dia (Pasir Gudang), korang boleh order minuman dengan perisa pilihan korang.
Details owner:
Pemilik: Ms Azura
Facebook: Bunga Azura
Lokasi: Pasir Gudang
Harga: RM 5
Flavour: Green Tea, Strawberry, Chocolate, White Coffee, Apple
Whatsapp: +6019-7234516
Sekian sahaja update gua hari ni.
P/S: Kurangkan minum minuman berais, kelak dapat batuk. Gua dah dapat, korang bile lagi? Hahaha. Oh btw, jangan tanya lagi kenapa semua minuman yang aku post perisa Green Tea. Sebab Green Tea dah jadi salah satu perisa favourite aku!
Have a nice day guys!
Yang sewel,
Leenz
No comments:
Post a Comment