About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

18 September 2012

Seorang teman bernama...

18/9/2012 - 1:00 p.m
Selasa - Cerah

Assalamualaikum. Hari ni aku nak bercerita tentang seorang teman bernama Nurafiqah Binti Mohd Yunos.

Apa aku nak cerita sebenarnya ek...?

So, kat sini aku nak cerita apa saja yang bermain dalam fikiran aku, okay ?

Aku kenal Nurafiqah ni... Errr..kejap ! Macam skema sangat pulak bila aku eja name budak ni... Kalau korang nak tahu, aku lebih selesa panggil dia Alfie. Orang kata nickname Alfie ni macam lelaki. Eh, kalau lelaki boleh pakai nama perempuan, takkan perempuan tak boleh pakai nama lelaki ? So, Alfie... Ko tak payah nak kisahkan sangat kalau2 orang ngejek nama Alfie ni lelaki ke ape ke... Yang penting, aku suka.

Hah ! Sambung balik. Aku kenal Alfie start dari form 1. Tarikh bile aku pun tak ingat... Dah hampir 10 tahun weh... Mustahil aku boleh ingat. Hmm...

Mengimbau kenangan lama yang penuh dengan kemanisan itu kan syok ! Sebenarnya, perkenalan antara aku dan Alfie ni memang lama tau nak ambik masa ! Kat sini aku nak berterus terang tentang sifat2 yang aku tak berapa gemar pada dia. Opsss...jangan kecik hati ye Alfie even hati ko memang kecik. Hehehe...

Masa dulu2 kenal, aku tengok Alfie ni dia macam manja-manja orangnya. Sopan dan pemalu tak bertempat ! Kadang2, bila dia tacing...mak oi... susah benar nak memujuk ! Seriously, memang susah nak dibuat kawan ! Tapi sekarang... aku berjaya merobohkan benteng kedegilan dia ! Yeah yeah ! 

Masa form 1 till form 3, aku dengan Alfie bukan satu kelas. Masuk form 4, baru kitorang jadi kawan sebab dia satu kelas dengan aku! (Eh, yeke ? Kalau tak silaplah... memori dah low beb !) Memula kawan, ayat pertama keluar dari kepala aku "Eh, annoyingnye dia ni..." Rupa-rupanya, best jugak kawan dengan budak pendiam ni... Diam-diam ubi berisi... Tiada pun istilah annoying tersebut... Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. 

Alfie...seorang yang memahami sebab...nasib kitorang adakalanya sama. Peraturan keluarga dia dengan keluarga aku, lebih kurang sama gak. Hidup kami takdelah sebagus mana pun.

Alfie oh Alfie... aku tak nak kau kecewa dan dikecewakan. Aku sebagai kawan, tak sampai hati bila dengar kau sedih dan nangis... Kalaulah aku mampu ada disisi kau... Akan aku tadahkan air mata kau tu dengan baldi mahupun besen. Cukup buat mandi bila tengah takde air!

Alfie, bukan aku tak nak kau bercinta mahupun dicintai... Aku takut kau merana... Aku tak nak kau sengsara... Aku tak suka kau menangis... Aku tak nak kau rasa apa yang aku pernah rasa... Memang...memang orang kata bercinta ada duka ada suka... Tapi aku tak nak kau rasa betapa berdukanya jika kau tak mampu bertahan dan mempertahankan...

Baru sebentar tadi kau beritahu yang kau dibuang keje... Perasaan aku? Tipulah kalau aku cakap aku takde perasaan... Otomatik, jari jemari aku berhenti menaip dari semua kerja-kerja aku. Terkejut... Seriously... aku tergamam kejap. Apa taknya, kelmarin kau beritahu yang kau nak hantar notis berhenti tapi hari ni... Tiba-tiba je kau cakap kau dah kena buang keje. Apa semua ni... 1 hal yang terlintas di fikiran aku... Aku harap kau tak menangisi apa yang sedang terjadi... Aku tahu kau kuat... Alfie yang aku kenal, tak pernah berdendam mahupun menyimpan dendam. Alfie yang aku kenali, tak mudah putus asa... Aku tahu kau tabah. Bak kata Alyah, yang patah tumbuh yang hilang berganti. 

Alfie... aku sayangkan kau... Sayang selamanya...

Hurm... itu jelah yang aku nak post untuk hari ni... 

Kalau2 aku free, aku update lagi, okeh !

Oh ya, Alfie... I'm waiting ur update !

Salam.



-Leenz- 18/9/2012 - 2:32 p.m

14 September 2012

Cerpen: Kawan Aku Forever !

Kawan Aku Forever !

“Tahniah Zarith! Akhirnya kau dah jadi tunangan orang. Ha…ingat tau, orang bertunang ni berdarah manis.” Pesan Alfie selepas selesai majlis pertunangan sahabatnya, Zarith. “Manis ekh? Habislah bersemut darah aku lepas ni…” gurau Zarith. “Eh, Isha mana? Dari tadi aku tak nampak dia pun.” Zarith kelihatan hampa apabila seorang lagi sahabatnya tidak kelihatan di majlisnya. “Err…sebenarnya Isha tak dapat datang. Maklumlah, hari ni hari kedua dia kerja kat tempat baru. So, tak dapatlah dia nak ambil cuti. Dia kirim salam je kat kau. Dia minta maaf sangat-sangat.” Zarith mengeluh kecil. “Waalaikumussalam.”

            Esoknya, Alfie kembali sibuk dengan kerjayanya. Kesibukannya sedikit sebanyak mengajar dirinya agar melupakan apa yang pernah terjadi dalam hidupnya. Dek kerana bekas tunangnya bermain kayu tiga, terlalu sukar untuk Alfie melupakan lelaki yang pernah mencuri hatinya. “Alfieqah, janganlah terlalu kuat sangat bekerja. Kasihan saya tengok awak. Sampai tak sempat nak lunch.” nasihat Dato’ Hafidullah, selaku pengarah syarikat tempat Alfie bekerja. “Tak ada apalah sangat Dato. Dah memang tugas saya siapkan kerja-kerja ni. Dato jangan risau, lepas saya siap audit data-data ni, saya pergi lunch. Anyway Dato, thanks atas nasihatnya.” ujar Alfie sambil tersenyum. Terasa dirinya dihargai kerana Dato’ Hafidullah sering mengambil berat akan dirinya. Sebaik sahaja Dato’ Hafidullah berlalu pergi, kehadiran Ierqhuan yang merupakan anak lelaki Dato’ Hafidullah di situ serta merta mematikan senyuman Alfie. “Apa senyum-senyum? Pergilah buat kerja! Selagi kerja kau tak siap, jangan harap kau dapat keluar lunch!” herdik Ierqhuan, majikannya. ‘Huh! Dasar singa jantan! Nak bagi aku mati kebulur agaknya sampai tak bagi aku keluar makan!’ rungut hati kecil Alfie. Kelihatan dari jauh, Ierqhuan tersenyum melihat wajah masam mencuka Alfie kerana dia berjaya mengusik Alfie.

            “Isha, awak betulkan surat yang awak taip ni! Saya tak akan terima selagi saya tak puas hati. Pergi betulkan sekarang!” herdik pengurusnya, Tengku Arfan. Isha melangkah lemah ke mejanya. “Masuk ni dah tiga kali dia rejectSusah betullah kerja sini… Ini itu nak kena perfect. Hishhh…bosan!” rungut Isha sendirian. “Amboi…bukan main panjang rungutan dia. Ada apa masalah lagi ni Sha. Tengku reject surat yang dia suruh kau buat tu ye. Sabar jelah Sha… Tengku tu, dua tiga hari ni dia punya marah mengalahkan orang perempuan datang bulan. Kita pun seram tau bila dia tengah marah. Selalunya kalau dia marah-marah, mesti bergaduh dengan girlfriend dialah tu…”celoteh Azrin, rakan sekerja Isha yang merupakan seorang lelaki lembut perwatakannya. “Aku rasa aku tak sesuai kerja macam ni. Seriously, aku benci kerja sini. Aku dah agak dah, mesti ada je yang tak kena. Seboleh-bolehnya, aku memang tak nak kerja kat sini. Kalau tak kerana kakak aku yang carikan kerja untuk aku, dah lama aku berhenti kerja.” omel Isha sambil menunduk sedih. “Janganlah berhenti kerja. Kita takde kawan nanti. Awak sabar jelah ya. Insyaallah, lama-lama nanti awak biasalah kerja kat sini macam kita.” Isha akur. “Dah habis mengumpat pasal saya?”  tegur Tengku Arfan yang tiba-tiba muncul di belakang Azrin. Dengan segera Azrin balik ke tempat duduknya dengan muka tak bersalah. “Isha, siapkan sebelum awak balik. Saya tak nak bertangguh lagi. Esok, ikut saya pergi meeting. Tiada bantahan.” ujar Tengku Arfan sambil melangkah pergi. Isha menangkup muka. Fikirannya seakan kosong. Tak dapat dia bayangkan akan hari esoknya. Azrin memandang Isha penuh simpati.

                                    *                                  *                                  *                                 

            “Huh…seriously, aku dah tak tahan kerja kat situ. Rasa macam nak mati je. Dah la aku belum cukup pandai nak sesuaikan diri dalam meeting esok. Buatnya dia suruh aku buat pembentangan, aku nak cakap apa nanti. Aduhai…” Zarith simpati akan nasib sahabatnya yang susah benar mahu sesuaikan diri dengan kerja-kerja pejabat. “Nasib kita macam sama je Isha. Bila Dato’ ada, sikit punya baik dia bercakap dengan aku. Tapi bila bapak dia tu takda, habis aku dimaki hamunnya.” cerita Alfie akan ketidak puas hatinya terhadap Ierqhuan. Zarith tersenyum kecil mendengar bebelan kawan-kawannya tentang orang atasan masing-masing. “Okaylah, stop it. Sekarang korang dah habis waktu kerja, kan? Tak usahlah fikir pasal kerja dah. Lagipun, sebenarnya korang beruntung tau kerja ikut office hour ni. Tak macam aku… selalu terkejar-kejar deadline. Lambat hantar, terus kena reject.” Isha memandang Zarith penuh pengertian. “Yelah, kita patutnya bersyukur sebab ada kerjaya masing-masing.” Alfie tersenyum kecil.
            “Eh, hai Isha.” Seorang lelaki tiba-tiba menegur Isha yang sedang asyik menjamah makanan. “Er…Tengku?”Alfie dan Zarith saling berpandangan. “Apa…apa Tengku buat kat sini?” tanya Isha dengan nada bergetar. “Saya nak makanlah. Kenapa? Awak nak temankan saya ke?” ujar lelaki yang dipanggil Tengku oleh Isha. “Er…seganlah. Siapalah saya nak duduk semeja dengan Tengku.” Isha hairan dengan sikap majikannya malam itu kerana selama dia bekerja, tidak pernah satu hari pun majikannya itu berlembut dengannya. “Saya gurau jelah. Saya nak tapau makanan lepas tu kena balik. Banyak kerja belum settle lagi ni kat rumah. Next time kita duduk semeja ya.” Isha semakin bingung. “Bos aku ke tu…” Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

                                    *                                  *                                  *         
            “Hai cik penulis. Busy nampak?” tegur si pujaan hati Zarith. “Awak rupanya, Saya tengah fikir idea ni. Macam manalah saya nak buat happy ending ni. Kusut…” keluh Zarith sambil menutup komputer ribanya. “Janganlah terlalu fikirkan sangat. Awak buat je cerita tentang kawan-kawan awak. So, apakata awak ambil plot cerita dari kehidupan kawan-kawan awak dalam mengejar cinta dan kemudian awak tambah la sikit konflik dalam cerita tu.” Zarith berfikir sejenak. Masih segar di ingatannya akan kata-kata Isha dan Alfie tentang cinta mereka kelmarin.
            “Kadang-kadang aku bosan dengan kehidupan aku ni. Sudahlah kerja macam kerja dengan singa. Tak tenteram rasa hidup aku ni. Kerja punya pasal sampai aku tak sempat nak fikir pasal cinta. Cinta tu…sebenarnya best ke? Sesiapa boleh bagi aku peluang untuk dicintai tak… Sunyi hidup aku tanpa cinta…”omel Isha sambil mengeluh.
            “Aku pulak sejak putus dengan Hanif, aku seakan fobia dengan cinta. Tapi jauh dari sudut hati aku ni, aku teringin miliki insan yang betul-betul mencintai diri aku apa adanya. Susah nak jumpa lelaki yang betul-betul ikhlas. Hurm…ada lagi ke lelaki yang betul-betul perfect? Aku harap aku masih diberi peluang untuk mencintai dan dicintai.” ujar Alfie.
            “Sayang? Okay ke tidak ni? Jauhnya mengelamun…” Zarith tersedar dari lamunannya apabila tunangnya menepuk bahu. “Sorry. Saya teringat kata-kata Isha dan Alfie kelmarin. Saya harap diorang cepat-cepat bertemu jodoh. Barulah dunia ni rasa adil. Kan sayang?” tunangnya menggangguk setuju.

                                    *                                  *                                  *

            “Awak ni tahu bekerja ke tidak? Bukan sekali ni saya bagi awak peluang! Awak tak pernah tunjuk pada saya prestasi kerja yang bagus!” herdik Tengku Arfan terhadap Isha. “Awak tahu tak, saya malu sangat bila awak tak mampu nak bentangkan apa-apa dalam meeting tadi! Kenapa awak ni lembab sangat!” sambung Tengku Arfan lagi. “Maafkan saya. Saya baru je dalam bidang ni. Tengku tak sepatutnya bawa saya masuk dalam meeting. Saya belum cukup mahir…” Tengku Arfan semakin berang apabila Isha sudah pandai menjawab kata-katanya. “Awak keluar dari bilik saya sekarang!” tengking Tengku Arfan yang semakin bengang dengan sikap Isha. Isha keluar dari bilik Tengku Arfan dengan perasaan sedih.

            “Ini dokumen yang saya suruh siapkan?” Alfie sekadar mengiyakan. “Baik awak keluar dari bilik saya sebelum saya campak fail ni kat muka awak!” Ierqhuan menyinga lagi. Alfie semakin bingung. “Besar sangat ke kesalahan yang aku buat sampai dia marah macam tu sekali. Tak boleh cakap elok-elok agaknya.” rungut Alfie sebaik sahaja keluar dari pejabat Ierqhuan tanpa dia sedari akan kehadiran Dato’ Hafidullah di situ. “Ada masalah dengan kerja ke Alfieqah?” Alfie tergamam. “Ierqhuan buang tebiat lagi ye?” Alfie terpana dengan kata-kata Dato’ Hafidullah. “Janganlah bermasam muka. Saya gurau je.” ujar Dato’ Hafidullah sambil tertawa kecil. ‘Aku tak faham betul dengan keluarga Dato ni.’ gumam hati kecil Alfie.

            “Zarith ke?” tanya seorang lelaki yang sejak tadi memerhatikan Zarith dari jauh. “Siapa awak?” jawab Zarith dengan nada tegas. “Aku pun kau tak kenal? Aku kan cinta pertama kau dulu.” Zarith mencebikkan muka. “Aku memang tak kenal kau. Pergilah!” ujar Zarith sambil berlalu pergi. “Eh, kejap! Serius ke kau dah lupa kat aku?” tanya lelaki itu seakan tidak puas hati. “Kau faham bahasa ke tidak? Atau kau memang nak aku guna bahasa yang betul-betul kau tak faham?!” Zarith mula bercekak pinggang. “Okay, aku Riefky. Mungkin dulu kau tak pernah ambil tahu pasal aku tapi aku selalu perhatikan kau. Aku sukakan kau.” Zarith menggumam geram. “Kau suka aku? Then, kenapa kau mengaku yang aku ni cinta pertama kau pulak? Tak malu ke?” lelaki yang mengenalkan diri sebagai Riefky itu terdiam. “Saya betul-betul sukakan awak.” Zarith semakin geram. “Wei, kau dengar sini baik-baik. Aku tak ada masa nak melayan orang macam kau ni! Cinta pertama aku hanya untuk seorang dan yang pasti orang tu bukan kau. So, jangan nak perasan sangat!” herdik Zarith sambil pergi meninggalkan lelaki itu.

            “Morning Isha. Macam mana dengan kerja hari ni? Everything okay?” Isha tergamam. “Isha, awak okay tak ni?” Isha semakin bingung.”Teng…Tengku okay ke tidak ni?” Lelaki itu tersenyum padanya. “Saya sentiasa okay. Er…bos Isha ada di dalam?” tanya lelaki itu sambil menunjuk kearah bilik yang Isha geruni. Bilik dimana Isha sering dimaki hamun. “Tengku? Itukan bilik Tengku dan Tengkulah bos saya.” lelaki itu tertawa pula. “Ini mesti kes Arfan tak ada cerita apa-apa ni. Isha, saya bukan Tengku Arfan tapi saya Tengku Irfan, saudara kembarnya.” jelas lelaki itu sambil tersenyum lebar. Isha ternganga selepas mendengar penjelasan dari lelaki yang bernama Tengku Irfan itu. “Azrin…” Isha mendapatkan Azrin yang tidak jauh dari mejanya selepas lelaki yang dikenali sebagai Tengku Irfan itu masuk kebilik saudara kembarnya, Tengku Arfan.

            Sewaktu di bilik mesyuarat, Dato’ Hafidullah asyik memandang Alfie. Ierqhuan menyedari pandangan itu. Demi kerjayanya, Ierqhuan bersikap profesional dan meneruskan juga mesyuarat itu. Alfie juga menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan namun dia abaikan sahaja andai itu mengganggu fokusnya di dalam mesyuarat.
            “Kenapa ayah asyik perhatikan dia? Ayah langsung tak fokus pada apa yang kita bincangkan tadi. Please ayah. Be professional.” omel Ierqhuan terhadap ayahnya, Dato’ Hafidullah selepas semua pekerja bersurai dari bilik mesyuarat. “Jangan ingat ayah tak tahu apa yang kamu rahsiakan dalam hati kamu itu.” ujar Dato’ Hafidullah sambil berlalu dari bilik mesyuarat. Ierqhuan terkesan dengan kata ayahnya.

                                    *                                  *                                  *

Pagi-pagi lagi Isha menerima sejambak bunga di atas mejanya berserta sekepil kad kecil.

‘Morning, Have a nice day. Happy working!’

            “Siapa pula bagi aku ni. Tak beritahu nama pula tu. Hurm…siapapun dia yang pasti dia sangat-sangat sweet!” ujar Isha sendirian sambil tersenyum memandang bunga di atas mejanya. Kedatangan Tengku Arfan menyepikan suasana. “Se..selamat pagi Tengku.” Tengku Arfan berlalu tanpa membalas ucapan Isha. Isha mengeluh kecil. “Morning Isha. Wah… pagi-pagi dah dapat bunga. Dari kekasih hati ye… Untunglah kau, Isha…” ujar Azrin yang tiba-tiba muncul di hadapan meja Isha sambil membelek-belek bunga yang diberi untuk Isha dari seseorang. “Eh, aku mana ada kekasih. Bunga ni pun aku tak tahu siapa yang kasi. Kad ni tak ada letak nama pengirim pun. Tak apalah. Walau siapapun orang yang bagi aku bunga ni, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Memandangkan atas meja aku ni takda bunga, lebih baik aku buat bunga ni sebagai hiasan meja aku. Barulah nampak berseri-seri. Kan Azrin?” ujar Isha sambil tersenyum lebar melihat hiasa mejanya, Azrin turut tersenyum melihat Isha mulai ceria semula.

            “Lama tak jumpa kau sekarang. Sejak kau ambil alih syarikat ayah kau, dah takda masa nak lepak dengan aku.” Alfie tersentak apabila terdengar perbualan Ierqhuan dengan seseorang. ‘Macam pernah dengar suara ni…Tak mungkin Hanif…’ tanya hati kecil Alfie. “Okaylah Qhuan, lepas ni aku nak pergi site pulak. Nanti ada masa, kita borak panjang lagi. Bye friend!” Alfie cuba mencari tahu empunya suara. “You?” Alfie terkejut melihat Hanif dihadapannya. “Kau kenal dia, Nif?” sapa Ierqhuan dari belakang. “Tak…saya tak kenal dia…” Alfie pantas mencelah apabila dia melihat Hanif ingin menjawab pertanyaan Ierqhuan. Hanif hanya terdiam. Selepas Ierqhuan menghantar Hanif ke muka pintu, barulah Alfie dapat melepaskan nafas lega. “Kenapa… kenapa mesti Hanif… Mengapa mesti Hanif yang menjadi kawan kepada Ierqhuan? Kenapa aku dipertemukan semula dengan dia…” tanpa disedari air matanya menitik sedikit demi sedikit. Alfie masih terluka. “Nah…” ujar Ierqhuan sambil menghulurkan tisu. Alfie terkedu akan kehadiran Ierqhuan di situ. “Jadi, awaklah bekas tunang Hanif? Maafkanlah dia… Dia dah banyak berubah…” Alfie tergamam mendengar kata-kata Ierqhuan mengenai Hanif. Tiba-tiba Alfie terasa malu akan pembohongannya yang mengatakan bahawa dia tidak mengenali Hanif.

                                    *                                  *                                  *
Hari demi hari berlalu dengan pantas. Masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka. Namun tidak sedikitpun menghalang Isha dan Alfie dalam mencari cinta.
            “Isha, awak dah berpunya?” kunyahan Isha terhenti apabila mendengar pertanyaan dari Tengku Irfan. “Orang macam saya ni siapalah yang mahukan… Tak macam Tengku… Kacak, berkarisma, petik jari je ramai yang datang nak isi borang. Senang cerita, Tengku ni sempurna serba-serbi.” Tengku Irfan tersenyum memandang Isha. “Tak…hidup saya masih belum cukup sempurna. Cinta…saya tak memiliki cinta.”Isha memandang wajah Tengku Irfan dengan pelbagai persoalan. Dia seakan tidak percaya bahawa lelaki dihadapannya masih belum dimiliki. “Kenapa tak cari?” Tengku Irfan tersenyum lagi. Terjerat dengan soalan Isha. “Dah jumpa cuma saya tak pasti adakah cinta dia milik saya. Atau…saya hanyalah bertepuk sebelah tangan.” Isha menunduk sedih. Jauh dari sudut hatinya mengatakan bahawa dia juga ingin memiliki sekeping hati lelaki itu namun harapannya seakan tipis kerana hati Tengku Irfan bukan untuknya. ‘Alangkah bahagianya andai Tengku Arfan juga berhati lembut macam Tengku Irfan.’

            “Sibuknya dia… Berhentilah dulu. Mari makan.” ujar tunang Zarith sambil menghulurkan sepinggan nasi kepadanya. “Saya rasa macam nak cari kerja lainlah. Bosan pulak kerja macam ni. Asyik terkejar-kejar deadline je. Sampaikan nak dating dengan awak pun tak berkesempatan. Kadang-kadang saya cemburu bila tengok awak selalu ada masa free. Dapat luang masa dengan kawan-kawan awak. Kesian awak sebab saya asyik abaikan. Sebab tu saya rasa macam nak berhenti mengarang.” Zarith menunduk sedih. Kesal dengan sikapnya yang sering meminggirkan tunangnya. “Sudahlah tu. Saya faham kerjaya awak. Tapi saya rasa kerjaya macam awak ni yang paling santai. Kalau kerja office ni, boleh jadi double stress. Cuba tengok kawan-kawan awak, busy sepanjang hari. Sampaikan nak kemana-mana pun susah. Nak cuti pun fikir dua tiga kali. Kalau awak, bila-bila pun boleh. So, jangan fikirkan sangat pasal kerjaya awak yang sekarang ni. Everthing gonna be okay, my dear.” pujuk tunangnya. Zarith mulai tersenyum selepas mendengar nasihat dari kekasih hatinya itu.

            “Dah lama awak kenal dengan dia?” tanya Ierqhuan kepada Alfie mengenai Hanif. Alfie terdiam. “Saya tak suka apabila pertanyaan saya diabaikan.” Alfie mengeluh kecil. “Tiga tahun kami berkenalan. Masa tu kami belajar di kolej yang sama. Tak lama selepas tu, dia pinang saya. Selepas masing-masing dah kerja…dia yang merosakkan segalanya…” Alfie mati kata. Air matanya mulai bergenang. “Habiskan makanan lepas tu kita balik ke office.” tegas Ierqhuan sambil menghabiskan suapan makan tengahharinya. Semenjak dua tiga hari ni, Ierqhuan semakin rajin mengambil berat tentang Alfie. Tiada lagi sifat baran yang sering jadikan Alfie sebagai mangsa makin hamunnya. Selepas pulang ke pejabat, Hanif  sedang menunggu di muka pintu. “Hanif, kita borak kat bilik aku.” ujar Ierqhuan sebaik sahaja menyapa sahabatnya itu. “Er…Qhuan, boleh aku jumpa dengan staff kau sekejap? Nanti aku kebilik kau.” Ierqhuan menggangguk faham dan terus melangkah kebiliknya. “Fieqah, boleh kita bercakap sekejap?” Alfie hanya mendiamkan diri. “Saya nak minta maaf tentang apa yang berlaku dengan hubungan kita dulu. Ya, saya ngaku saya yang salah. Saya alpa dengan dunia saya dulu. Lepas awak pergi dari hidup saya, saya rasa menyesal sangat. Sejak dari tu, saya dah berazam dengan diri saya yang saya nak berubah. Alhamdulillah. Saya dah tak lagi berhubungan dengan mana-mana perempuan sebab… hati saya masih pada awak.” Alfie masih lagi mendiamkan diri. “Saya sedar…yang saya tak mungkin dapat kembali semula pada awak. Tapi saya nak awak tahu, saya sayangkan awak. Maafkan saya atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan pada awak dulu. Saya khilaf…” ujar Hanif sambil berlalu pergi. Perasaan sedih dan kesal mula menyelubungi dirinya. Hajatnya untuk kebilik Ierqhuan dibatalkan serta merta. Dari jauh, Ierqhuan memerhatikan segalanya.

                                    *                                  *                                  *
            “Isha, hujung minggu ni awak free tak?” Isha berhenti menaip setelah disapa Tengku Irfan. “Hujung minggu ni…? Err…rasanya free. Kenapa?” tanya Isha. “Saya nak hantar rombongan meminang.” ternganga Isha mendengar kata-kata Tengku Irfan. “Untuk siapa? Dan dari siapa? Tengku Irfan bergurau ke ni?” Tengku Irfan tertawa melihat Isha kebingungan. Disangkanya Tengku Irfan sedang bergurau. “Saya tak bergurau. Saya serius. Saya nak hantar rombongan meminang dari saya untuk awak. Maaflah sebab saya buat keputusan dengan tiba-tiba. Saya cuma takut seandainya saya terlambat, insan yang sayangi itu akan diambil orang.” kelu lidah Isha untuk berkata-kata. “Saya juga selalu berharap…yang awak rasa apa yang saya rasa.” Sambung Tengku Irfan lagi. Dengan tiba-tiba Tengku Irfan berlutut seperti seorang putera raja ingin melamar seorang puteri. “Isha Airiesya, sudikah awak menjadi suri pertama dan terakhir dalam hidup saya?” lamar Tengku Irfan sambil menghulurkan sebentuk cincin emas putih kepada Isha. Isha tergamam. Kelu lidahnya untuk mengeluarkan sebarang kata-kata. Terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Tengku Irfan kerana lamaran itulah yang dinanti-nantikan olehnya selama dia berkenalan dengan jejaka bernama Tengku Irfan Firdaniel. “Wah…sweet-nya. Terima sajalah Isha. Tak usah berdalih lagi. Jodoh dah ada depan mata. Nanti melepas pulak…” Azrin satu-satunya kawan yang mengetahui akan isi hati Isha terhadap Tengku Irfan.
“Ya…saya sudi.” jawab Isha sambil menahan air mata yang bakal terjun dari kelopak matanya kerana terharu akan lamaran yang dibuat oleh jejaka idamannya itu. Kehadiran Tengku Arfan dengan tiba-tiba mematikan mood gembira yang sedang bertandang di hati Isha. Wajah serius Tengku Arfan membuatkan Isha tidak berani untuk memandang. “Isha… Welcome to my family.” Pantas Isha mengangkat muka apabila mendengar ucapan dari Tengku Arfan. Tengku Arfan memandang Isha dengan penuh senyuman.

            “Ini pengesahan cuti untuk awak. Dan ini pakej percutian untuk awak pergi tenangkan fikiran awak di sana nanti. Saya tak suka tengok pekerja saya buat kerja tapi tak fokus pada kerja.” ujar Ierqhuan tanpa beri peluang untuk Alfie membantah. “Bos aku ni baik pulak siap bagi pakej percutian untuk aku. Selalunya pantang silap sikit, ada sahaja nak dimarah. Hishhh… tak faham betul aku dengan sikap Ierqhuan ni. Tapi, segarang apa pun dia… Dia tetap seorang yang selalu ambil berat pasal aku.” ujar Alfie sambil tersenyum memikirkan sikap majikannya.

            “Haaa?? Seriously?! Wah…tahniah babe! Insyaallah, kalau tak ada apa-apa halangan, hujung minggu ni aku datang dengan tunang aku.” ujar Zarith dihujung talian bersama Isha. Zarith tersenyum gembira selepas panggilan tamat. “What a good news? Nampak happy je.” tanya tunang Zarith ingin tahu. “Mestilah happy sebab tak lama lagi, kawan baik saya akan ikut jejak saya.” Tunang Zarith terpinga-pinga sambil mengerutkan dahi. “Isha nak tunang hujung minggu ni. Akhirnya, kan…” ujar Zarith sambil tangannya ligat menaip sesuatu di laptop. “Aik…terus dapat idea?” tanya tunangnya sambil memerhatikan tingkah Zarith. “Saya dah jumpa happy ending untuk cerita yang saya karang ni. Lepas ni dah boleh submit!” ujar Zarith dengan begitu semangat.

                                    *                                  *                                  *

Hujung minggu yang dinanti-nantikan.
            “Welcome to the club, Isha!” ujar Zarith sebaik sahaja sampai ke majlis Isha dan terus memeluk sahabatnya itu. “Thank you my friend! Kau datang sorang je? Mana tunang kau? Kata nak bawak sekali?” tanya Isha. “Oh, ada kat luar. Terserempak dengan kawan dia tadi tu yang borak sampai lupa kat aku. Eh, Alfie tak sampai lagi ke?” tanya Zarith sambil tercari-cari kelibat seorang lagi kawannya. “Belum kot. Kalau dah, aku rasa dialah orang pertama yang dah terpacak depan mata aku.” seloroh Isha. Tak lama kemudian, Alfie datang dengan dua orang jejaka disisinya. “Hai korang!” Isha dan Zarith terdiam melihat Alfie bersama dua jejaka. “Okay, aku tahu apa yang korang pelik tengok aku. Sebelum tu, biar aku kenalkan dua orang jejaka ni kat korang. Sebelah kiri aku ni…rasanya aku tak payah kenalkan pun korang dah memang kenal dengan si Hanif ni kan. Dan yang belah kanan ni pulak adalah Ierqhuan. Bos aku merangkap… teman istimewa aku.” ujar Alfie sambil tersenyum memandang Ierqhuan. “Tahniah Isha. Akhirnya awak dah jadi tunangan orang.” ucap Hanif kepada Isha, perempuan yang suatu ketika dahulu pernah menambat hatinya. Zarith menarik Alfie jauh dari mereka. “Maaf, saya nak pinjam Alfie sekejap!” ujar Zarith sambil menarik tangan Alfie dan membawa Alfie jauh dari situ. “Aku tahu apa yang kau nak tanya. Sebab tu aku dah ready nak cerita.” Alfie tersengih.

            Mengikut cerita Alfie,  sebaik sahaja dia pulang dari bercuti, Alfie menerima panggilan dari Isha dengan tujuan untuk menjemput Alfie ke majlis pertunanganya. Tiba-tiba Alfie terfikir akan Hanif yang dulunya pernah menjadi rakan sekerja Isha. Entah mengapa hatinya tertarik untuk mengajak Hanif pergi bersama.
            “Saya tak akan benarkan awak pergi berdua dengan Hanif!” Alfie terkejut apabila tiba-tiba Ierqhuan mencelah perbualannya dengan Hanif. Pantas Ierqhuan merampas telefon bimbit yang sedang digunakan oleh Alfie. “Hanif, she’s mine!. Kau cuma masa lalu dia. Tolong faham perasaan aku.” rayu Ierqhuan dihujung talian. Hanif terdiam.
            Masih segar di ingatan Ierqhuan akan cadangan yang diajukan oleh ayahnya, Dato’ Hafidullah. “Ierqhuan, jangan biarkan dia pergi pada orang lain. Kelak kamu yang akan menyesal. Katakan pada dia tentang perasaan sebenar kamu. Luahkan segalanya pada dia. Jangan menyesal kalau semuanya dah terlambat.” pesan Dato’ Hafidullah. Ierqhuan terus sahaja mematikan panggilan dari Hanif dan mengembalikan semula telefon bimbit tersebut kepada Alfie. “Awak masih simpan perasaan pada dia?” Alfie hairan melihat sikap Ierqhuan. “Tolong buang jauh-jauh perasaan awak pada dia.” rayu Ierqhuan. Ierqhuan merenung wajah Alfie sedalam-dalamnya. Kulit wajah Alfie bertukar merah. Segan ditenung lelaki itu. “Apa…apa maksud Encik Ierqhuan ni?” Ierqhuan menunduk lesu. Kecewa apabila Alfie tidak mengerti perasaannya. Kedatangan Dato’ Hafidullah merubah suasana menjadi sepi.  “Selamat pagi Dato.” ucap Alfie. “Alfieqah, sudi tak jadi isteri saya?” ujar Dato’ Hafidullah. Bulat mata Alfie mendengar kata-kata Dato’ Hafidullah. Memang Alfie sedia tahu bahawa Dato’ Hafidullah seorang duda. Isterinya sudah meninggal dunia akibat barah. Sudah bertahun Dato’ Hafidullah hidup tanpa pasangan disisinya. Tidak mustahil Dato’ Hafidullah berhasrat ingin mencari pengganti teman hidupnya. “Apa yang ayah cakapkan ni!” marah Ierqhuan kerana dia berasa tercabar dengan permintaan ayahnya. “Maaf. Saya bergurau sahaja. Hajat saya datang kesini cuma nak tanya suatu perkara dengan Alfieqah…” berkerut dahi Alfie melihat sikap Dato’ Hafidullah yang penuh dengan agendanya tersendiri. “Alfieqah, sudi tak kamu jadi menantu saya?” ternganga Alfie mendengar lamaran Dato’ Hafidullah. “Fieqa, saya sukakan awak.” celah Ierqhuan. Alfie terbungkam melihat wajah anak beranak itu. Bingung dengan apa yang berlaku disekelilingnya. “Sudi tak awak terima saya untuk jadi yang teristimewa dalam hati awak?” lamar Ierqhuan sambil menunduk malu dengan wajahnya yang bertukar menjadi kemerah-merahan. Alfie tertawa melihat cara Ierqhuan yang sebelum ini terkenal dengan sifat tegasnya tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang sangat-sangat pemalu. Ierqhuan terasa hati apabila Alfie mentertawakannya. Alfie menyedari perubahan sikap Ierqhuan pantas dia mendekati Ierqhuan. “Encik Ierqhuan, tak perlulah bermadah bagai. Cukup hanya luahan perasaan Encik pada saya pun dah memadai kerana sebelum ni pun Encik Ierqhuan dah memang ada dalam hati saya. Saya pun sukakan Encik Ierqhuan.” ujar Alfie sambil tersenyum memandang wajah Ierqhuan yang kelihatan malu-malu. “Ehem… Alfieqah tak suka pada saya ke?” celah Dato’ Hafidullah. “Err…bak kata orang, apabila kita dah suka dengan anaknya, kita mestilah suka dengan keluarganya sekali. Terima kasih Dato kerana menerima kehadiran saya dalam keluarga Dato.” tutur Alfie. “Saya yang sepatutnya berterima kasih pada Alfieqah kerana berjaya merobohkan pendirian hidup Ierqhuan yang dulunya dia pernah kata yang dia tak akan bercinta dengan mana-mana perempuan dan hanya mahu fokus pada kerjayanya.” ujar Dato’ Hafidullah sambil memandang Ierqhuan yang telah tersipu malu. “Ha…tak habis-habis nak usik Qhuan!” marah Ierqhuan dengan nada manja.

            “Perghhh minah sorang ni! Lama betul kau mengelamun… Tak kesian ke dengan abang-abang kau tu menunggu kau sikit punya lama… Hishhh…mengelamun je anak dara sorang ni!” bebel Zarith. Isha tertawa besar melihat karenah sahabatnya yang mulai angau dengan cinta hatinya. “Okaylah korang. Aku nak pergi cari mamat sorang ni. Hilang kemanalah pulak dia.” omel Zarith sambil terkinja-kinja mencari tunangnya.
            “Kat sini awak rupanya. Penat saya cari awak sana sini.” rungut Zarith. “Eh…kau ni Riefky, kan?” tanya Zarith sebaik sahaja melihat lelaki yang bersebelahan dengan tunangnya. “Ye, saya Riefky.” Zarith mulai hairan. “Dia ni ke kawan yang awak nak jumpa tadi?” Zarith mulai curiga akan hubungan tunangnya dengan lelaki yang bernama Riefky itu. “Sayang,  I can explain. Sebenarnya, saya yang suruh Riefky menyamar untuk saiko awak. Saya buat semua ni sebab saya nak tengok sejauh mana awak mampu melayan lelaki macam Riefky ni.” Zarith mulai bercekak pinggang. “Awak ni kan, tak payah nak berdalihlah. Cakap jelah awak sengaja nak menguji tahap setia saya pada awak! Awak tahu tak, sekali saya kata saya sayang, selamanya saya tetap sayang. Tak payah nak ragu-ragu pada saya!” bebel Zarith sambil mencubit hidung tunangnya. “I love you!” jerit Hafiz, tunang Zarith sambil melarikan diri dari dihukum oleh tunangnya.

-TAMAT-

Nukilan oleh: Leenz Armaniey

Assalamualaikum. Finally I successfull to finish my next short stories! Kali ni cerpen bertajuk Kawan Aku Forever! ni merupakan kesinambungan kepada cerpen Kawan Aku Selamanya! Atas sokongan dari Alfie jugalah cerpen Kawan Aku Forever! ni berjaya disiapkan. Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah kering idea. Aku akui yang aku mulai kehilangan idea dan putus asa nak siapkan cerpen ni. Tapi alhamdulillah, dengan berkat kesabaran yang ada, aku berjaya juga! Happy happy happy ! So, aku harap korang pun enjoy bace cerpen aku yang tak seberapa ni okay. Aha...sebelum tu aku nak ingatkan kat korang, sebelum bace cerpen ni, sila bace cerpen yang bertajuk Kawan Aku Selamanya! kepada siapa yang belum bace tu. Okay, enjoy !

Wasalam

13 September 2012

Temuduga? Tak prepare apa-apa lagi ! Macam mane ni...

Salam all.

Seperti title di atas ni, aha...pasti ada yang buntu memikirkan soal persediaan menghadapi temuduga. Jom buat persediaan menghadapi temuduga !

Yang paling penting sekali, calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga.

Persediaan untuk temuduga
1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan.

2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon.

3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.

4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).

Penampilan dihari temuduga
1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.

2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.

3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.

4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).

5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.

6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

Tingkahlaku semasa ditemuduga

1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.

2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
3.Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.

4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.

6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.

7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.

8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.

9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.

10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.

11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.

12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.

13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.

14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.

15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.

16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.

17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.

18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.

20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.

21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.

23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.

24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.

25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.

Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.


Good luck !

Info diambil dari: http://eduline.tripod.com/temuduga.html

5 September 2012

Tips berhenti kerja dengan baik

Bagaimana cara untuk berhenti kerja dengan baik?

1. Siapkan surat berhenti kerja (resign letter) yang baik.
- Surat ini akan menjaga tingkah/sikap yang baik pada syarikat lama tempat kita bekerja. Tulislah dalam surat itu ucapan terima kasih kepada tempat kerja/syarikat yang akan kamu tinggalkan karena mereka telah memberi kamu kesempatan yang bagus untuk bekerja di tempat itu. Di samping itu berikan alasan positif yang menjelaskan alasan kamu mengundurkan diri. Perlu diketahui bahawa surat berhenti kerja itu umumnya diberikan dua minggu sebelum kita berhenti bekerja.

2. Jangan ceritakan hasrat berhenti kerja kamu pada teman2 kerja sebelum kamu memberitahu hal itu pada bos kamu. 
- Ajaklah berbincang secara empat mata dengan bos kamu ketika kamu melihat bos kamu tidak sibuk dengan kerjanya. Ketika bertemu dengannya nyatakan niat berhenti kerja kamu dengan baik. Jangan pernah beritahu tentang pengunduran diri kamu kepada pekerja lain kerana itu akan menimbulkan kesan psikologi terhadap pekerja yang bekerja di syarikat tersebut. Hal positif daripada tidak memberitahu tentang pengunduran diri kepada teman sekerja adalah dengan mencegah gossip2 tidak sedap yang mungkin akan memburukan imej syarikat. Hal ini tidak boleh terjadi, kerana walaubagaimanapun tempat kerja lama kamu telah memberi batu loncatan untuk kerjaya kamu yang lebih baik di tempat lain. Walaubagaimanapun, yang namanya gosip2 di persekitaran kerja akan merosakkan iklim kerja yang seharusnya kondusif.

3. Tawarkanlah bantuan kepada syarikat untuk mencari pengganti kedudukan yang kamu tinggalkan.
Jika kamu fikir ada kawan-kawan yang menurut kamu mempunyai kelayakan yang sama seperti kamu, kenapa tidak kamu cadangkan kepada bos kamu. Rekomendasikan orang itu jika anda fikir ia boleh dipercayai untuk menggantikan kedudukan kamu. Cara ini sangat membantu anda menjaga imej positif anda terhadap syarikat yang akan kamu tinggalkan. Tindakan ini pastinya sangat membantu kamu merasa senang hati untuk meninggalkan syarikat tersebut.

4. Jangan pernah tinggalkan syarikat tanpa menyelesaikan terlebih dahulu apa yang telah menjadi tugas kamu, misalnya menyelesaikan projek yang sudah kamu mulai.
Hal ini akan membantu juga menjaga imej peribadi kita di mata bos dan di mata pekerja lain. Ibaratnya, kita baru boleh meninggalkan syarikat jika kita merasa telah menyelesaikan hutang kerja kita. Inilah yang disebut dengan berhenti kerja secara profesional.

5. Tetap berhubung dengan teman2 atau pengurus kamu walaupun kamu sudah berhenti kerja.
- Yakni anda memerlukan surat cadangan daripada mereka. Sekarang ini syarikat-syarikat yang ingin mengambil pekerja sudah semakin sukar. Mereka tentunya tidak akan merekrut calon pekerja yang mempunyai rekod buruk di syarikat-syarikat sebelumnya. Maka dari itu, menjaga hubungan baik ataupun tetap berkaitan dengan bos atau teman2 kerja lama akan sangat membantu anda untuk mendapatkan surat cadangan kerja atau surat sokongan. Surat inilah yang digunakan sebagai kayu ukur diterimanya seseorang bekerja di syarikat baru.

Good luck!

-Leenz-

Sumber diambil dari: http://www.memobee.com/index.php?do=c.share_my_story&idms=392

4 September 2012

minggu yang memberi tekanan

dah lama jugak aku tak menulis dekat sini...rasa rindu pulak..apa apa pun sekarang ni deman gangam stail tengah melanda seluruh dunia...aku pun pernah tengok video tu..pada aku biasa biasa sahaja..ok lah kita lupa kan tentang ganggam stail tu...
 
   minggu ni merupakan minggu tekanan untuk aku...macam macam benda yangt jadi dekat aku...mula nya hari khamis lepas manager tempat aku kerja suruh aku kerja dekat cawangan leisure mall..aku tak nak sebab tak ada orang nak ambil balik..apa lagi manager aku pun start marah kan aku...dia cakap yang aku tak boleh nak cakap tak nak kalau arahan dah keluar..jangan ingat sekali orang tak ambil kau sampai bila bila tak ada orang nak ambil kau kat situ..masalah utamanya , aku dah pernah kena...sampai dekat pukul 12 malam baru aku sampai rumah...dah tu manager aku siap cakap kalau aku tak nak pergi cawangan , hantar je surat berhenti..sabar aku pun ada had nya jugak..hari itu jugak aku start cari kerja kosong..

   aku ingat lagi assitant manager aku siap cakap kalau aku nak balik pandai pandai sendiri...lepas tu hari sabtu lepas aku kena jaga cawangan skudai parade...gara nya kerani dekat sana ada masalah..entah lah..aku dengar cerita dia nak kena buang..tapi sampai sekarang still kerja lagi.. tu yang aku tak faham sampai sekarang ni...lepas tu aku dapat tahu yang aku kena jaga dekat sana sampai dapat orang baru...mati lah aku jawap nya...mana nak fikir untuk cari orang daftar lagi..silap silap migrain aku datang balik...

  hari ahad lepas aku mintak nak kerja dekat giant untuk hari isnin...pasal nya aku dah janji dengan akak aku yang kita nak makan sama..kitaorang dah plan nak masak..tapi diaorang tak bagi..petang tu mak aku call pengurus aku mintak tolong...pengurus aku siap cakap kenapa aku tak cakap awal awal..kalau tak dia boleh bagi..lagi 1 dia cakap yang aku ni susah nak bercakap..masalh nya kalau aku cakap pun bukan nya dia nak bagi...

   lepas tu semalam time dah dekat nak pergi boleh pulak assistant manager aku tu cakap suruh aku cari orang yang nak jaga skudai..cakap dengan nada yang agak "sopan" pulak tu..makin sakit lah hati aku..bila petang baru nak call aku tanya sape jaga sana.time tu pandai pulak nak cakap elok elok..memang sabar aku dah habis sepanjang kerja dekat sini..

  habis semua paper , internet . aku explore nak cari kerja kosong..sampai kan aku tanya kawan kawan gan mak cik aku kalau ada kerja kosong tolong bagitahu dekat aku..aku memang dah nekad nak angkat kaki dari sini secepat yang mungkin...
.