About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

22 August 2015

Cerpen: Jatuh Cinta

Jatuh Cinta
     “Sha, jomlah teman aku pergi beli barang.” ujar Arleen sambil mengendeng Isha yang sedang khusyuk bermain telefon bimbitnya. “Eh, hari ni tak boleh. Kejap lagi aku nak keluar dengan boyfriend aku. Sorry beb.” jawab Isha langsung ke biliknya untuk bersiap. Arleen mengeluh kecil.

     “Alfie…temankan aku pergi beli barang nak?” tanya Arleen kepada Alfie atau nama penuhnya Alfieqha. “Sorry Leen, kejap lagi aku kena pergi meeting. Maybe next time, okay?” ujar Alfie sambil mencapai kunci keretanya. Arleen mengalah. Akhirnya dia kembali ke biliknya dan mencapai sebuah novel.

     “Aduhhhh… kat mana lagi aku nak cari kerja ni. Semua tempat yang aku pergi, semuanya belum nak pakai pekerja. Bosannya duduk rumah sorang-sorang. Ada kawan serumah pun semua busy.” Arleen mengomel sambil mengeluh.

*** *** ***

     Isha kelihatan murung sejak kebelakangan ini. Sekejap dia menangis, sekejap dia mendiamkan diri. “Sha, kau okay? Aku tengok sejak kebelakangan ni kau macam muram je. Kau ada masalah?” tanya Arleen. Alfie yang sedang membaca novel langsung menutup novelnya dan mendekati Isha dan Arleen. “Isha, kalau kau ada masalah, ceritalah dengan kitorang. Inshaallah, kitorang boleh bantu kau.” ujar Alfie sambil mengusap bahu Isha dengan niat supaya kawan baiknya itu merasa sedikit tenang.

     “Rileklah, nanti kalau mamat tu dah cool, kau discuss lah baik-baik dengan dia. Now, apakata kita keluar makan. Aku belanja!” ujar Alfie sambil menarik tangan Isha supaya bangkit dari kemurungannya itu.

     “Sha, kau tak ada ke kawan-kawan lelaki kau yang bujang?” Isha terpinga-pinga dengan soalan Alfie. Arleen juga begitu. “Ada, tapi kau nak buat apa?” tanya Isha. Alfie tersenyum nakal. “Kau tak kesian ke tengok kawan kau yang sorang ni still menjanda sampai sekarang?” Isha menjeling kearah Arleen. Begitu juga dengan Alfie yang sejak dari tadi tersenyum nakal. “Hah? Korang cakap pasal aku ke?” suapan Arleen terhenti apabila dia melihat kedua temannya sedang memandang nakal ke arahnya. “Sejak bila pulak aku jadi janda? Kahwin pun belum. Calonnya pun tak ada lagi.” omel Arleen. “Aku ada calon untuk kau.” Isha mulai tersenyum selepas mendengar cadangan dari Alfie. Arleen kelihatan bingung melihat kedua kawannya.

*** *** ***

     “You’re coming back? Great! I will pick up you guys at airport tomorrow!” ujar Isha yang bernada ceria di hujung talian. “Yes, yes, yes! Finally I will meet them!” Keriuhan Isha membuatkan Arleen dan Alfie ingin tahu. “Kau nak jumpa siapa?” tanya Alfie, kepoh. “My old friend.” ujar Isha sambil mengenyitkan mata dan kemudian berlalu masuk kebiliknya. Arleen dan Alfie semakin bingung.

     “What? Flight delay? Hmmm…” Isha mengeluh kecil. Sejak dari pagi dia menunggu kepulangan kawannya itu di lapangan terbang namun hampa. Ternyata kapal terbang yang seharusnya mendarat pada jam 12 tengahhari itu akhirnya dijangka tiba sedikit lewat akibat cuaca buruk. Isha pulang dengan kehampaan. “Aires?” Isha sedikit terkedu melihat lelaki yang dia sayangi sedang berada di lapangan terbang bersama seorang wanita. “How dare you…” pertemuan yang tidak dijangka itu akhirnya mengundang seribu satu kesedihan di hati Isha. Walhal semalam Isha berusaha memujuk kekasih hatinya supaya menemani dirinya ke lapangan terbang, tetapi di tolak mentah oleh lelaki itu. Lelaki yang dipanggil Aires tadi cuba mencari alasan. “I datang sini sebab I nak jemput kawan I yang baru pulang dari Amsterdam. Kenalkan, ini Dania.” Perempuan yang bernama Dania itu langsung menghulurkan salam perkenalan. Isha memandang dingin mereka berdua. Salam dari Dania juga tidak disambut dengan baik. Baginya, perempuan itu ibarat pengganggu hubungan dia dan Aires. “You kata you nak jemput kawan you, where is he?” tanya Aires. “None of your business.” ujar Isha sambil berlalu pergi dengan perasaan marah.

*** *** ***

     “Daddy beri peluang pada kamu, kalau kamu tak berjaya cari calon suami sampai hujung tahun ni, daddy dan mummy nekad akan jodohkan kamu dengan anak kawan daddy, Haniff.” bulat mata Arleen mendengar nama Haniff, lelaki yang paling dia benci kerana sering membulinya. Sebolehnya Arleen ingin menolak cadangan ayahnya itu kerana dia sedikit pun belum terbuka hati untuk memikirkan soal perkahwinan. “Kerja pun belum tentu dapat, apatah lagi calon suami. Aduhai…” keluh Arleen sendirian.

     “Fiqa free tak petang ni?” tanya Mahfuz sambil tersengih-sengih. “Kenapa pakcik?” tanya Alfie kembali. “Kalau Fiqa free, abang ingat nak ajak Fiqa tengok wayang ke, teman abang jalan-jalan ke.” Alfie mencebik. Jelik mendengar ajakan dari Mahfuz, lelaki berumur 52 tahun yang seumur dengan ayahnya itu. “Pakcik ni memang tak faham bahasa ke? Saya pernah cakap dengan pakcik, saya tak akan keluar dengan lelaki macam pakcik. Pakcik sedar tak, pakcik dah ada anak bini?” omel Alfie sambil bercekak pinggang. “Abang tau. Tapi Fiqa kena ingat, lelaki ada 4 kuota. Abang mampu tanggung anak bini abang bermakna abang mampu tanggung Fiqa jugak. Tapi dengan syarat, Fiqa kena jadi bini kedua abanglah.” ujar Mahfuz sambil tersengih gatal. “Berhenti beranganlah pakcik. You’re not my taste!” ujar Alfie dengan suara bernada tinggi tanda memberi amaran pada Mahfuz.

     “Finally…Ierwann, you home!” ujar Isha mulai tersenyum lebar melihat kelibat kawannya yang bernama Ierwann itu. “Isha, do you know how much I miss you?” Isha langsung menyambut kepulangan kawannya itu dengan pelukan. “Wow, you looks amazing!” puji Isha sambil berpusing mengelilingi kawannya itu. “Come on, people changed. Oh ya, by the way… Aku tak pulang sendirian.” Isha terpinga-pinga. “Aku bawa my cousin, Fadzley.” senyuman Isha semakin lebar. Fadzley yang menyalami Isha turut kelihatan teruja. "Mana Ieszwan?" Isha mencari kelibat seseorang yang bernama Ieszwan, adik kepada Ierwann. "Ieszwan only left one semester. Dia akan balik bila dah tamat pengajian." jawab Ierwann selaku abangnya.

     “So, how your life without me?” pertanyaan Ierwann membuatkan Isha sedikit terkedu. Bukannya dia tidak mahu bercerita tentang kehidupannya tetapi dia sendiri tidak tahu ingin mulakan dari mana. Semenjak pemergian Ierwann ke United Kingdom 3 tahun yang lepas, Isha menjadi sunyi dan tidak seceria dulu. Walaupun kini dia sudahpun mempunyai kekasih, tiada sekelumit bahagia pun yang dia rasai sepanjang perhubungan itu. Berbeza apabila dia bersama dengan Ierwann walaupun hubungan mereka tidak lebih dari kawan baik. Dia mengenali Ierwann semenjak keluarganya berpindah bersebelahan dengan rumah keluarga Ierwann. Keluarga Ierwann yang tidak sombong serta merta telah merapatkan hubungan mereka sesama jiran. Tetapi sejak Ierwann berhijrah ke UK mengikut keluarganya, Isha membuat keputusan ingin hidup berdikari dan tinggal menyewa dengan kawan serumahnya yang lain. “Isha, are you okay?” tegur Ierwann. “Yes, I’m okay.” ujar Isha sambil berusaha tersenyum bahagia. “I know there have something you hide from me. But, it’s okay. Just take your time.” ujar Ierwann, memahami apa yang sedang dirasai oleh sahabatnya itu.

*** *** ***

     “Hari tu kau kata kau pergi jemput kawan lama kau kat airport?” tanya Alfie. Isha menggangguk. “Kau tak nak kenalkan kat kitorang ke?” Arleen mengusik. “Just wait and see.” ujar Isha. “Macam mana hubungan kau dengan Aires?” soalan Alfie membuatkan Isha terdiam seketika. “It’s over. You know what? Hari tu aku minta Aires temankan aku pergi airport tapi macam-macam alasan dia bagi. Then, esoknya bila aku sampai airport, aku nampak dia jemput seorang perempuan. Bila aku tanya, dia cakap kawan. Tapi yang aku nampak, hubungan diorang lebih dari kawan. Aku tak nak panjangkan masalah, so I decided to break up.” jelas Isha penuh emosional. Alfie dan Arleen cuba menenangkan hati Isha.

     “Fiqa, janganlah jual mahal sangat dengan abang.” ujar Mahfuz sambil menarik tangan Alfie. “Apa ni pakcik, lepaskan tangan Fiqa!” marah Alfie sambil meronta-ronta ingin melepaskan diri dari Mahfuz. “Fiqa cakap dulu Fiqa setuju nak keluar dengan abang.” pergelangan Fiqa semakin sakit dicengkam oleh Mahfuz. “Never! Let me go!” tengking Alfie tetapi tidak diendahkan oleh Mahfuz. Orang-orang disekeliling sekadar memerhatikan drama yang sedang berlaku di hadapan mereka. “Hey, lepaskan dia.” jerit seorang lelaki. “Siapa kau ni? Jangan sibuk hal aku dengan bakal isteri aku ni boleh tak?” lelaki itu terdiam. “Sorry, saya tak bermaksud nak mengganggu tapi encik tak boleh berkasar dengan perempuan.” ujar lelaki itu lagi. “ Encik, awak jangan percaya dengan apa yang orang tua ni cakapkan. Saya tak ada hubungan apa-apa pun dengan dia. Dia ni je yang paksa-paksa saya dari tadi.” ujar Alfie meminta pertolongan. “Encik, lebih baik encik berhenti mengganggu wanita ini. Kalau tidak, saya akan laporkan encik pada pihak polis.” Mahfuz terdiam apabila lelaki itu menggugut ingin melaporkannya kepada pihak polis. Akhirnya Mahfuz mengundurkan diri dan segera meninggalkan kawasan itu. “Encik, terima kasih sebab sudi tolong saya lepaskan diri dari orang tua tu.” ujar Alfie sambil menarik nafas lega. “Tangan cik okay? Ada cedera?” Alfie menggeleng tanda dia tidak terluka apa-apa. “Sebagai tanda terima kasih, apakata saya belanja encik?” tawar Alfie sambil mengajak ke sebuah café yang berdekatan.

     “Nama saya Alfieqha.” Alfie memperkenalkan dirinya pada lelaki yang menolongnya tadi. “Just call me Fadzley.” Alfie menggangguk setuju. “Pasal hal tadi, saya harap awak tak fikir yang bukan-bukan. Lelaki tadi tu sebenarnya bekas pekerja di tempat saya bekerja. Dia sebenarnya sudah mempunyai anak dan bini tapi entah kenapa dia asyik memaksa saya supaya jadi bini kedua dia. Oh please lah…” jelas Alfie sambil mencebikkan muka. Lelaki yang dikenali sebagai Fadzley itu sekadar tersenyum memandang wajah Alfie. “Mungkin sebab awak cantik.” Alfie terkedu mendengar kata-kata Fadzley. “Ish…tak adalah. Lelaki tua tu je yang gila nak berbini lagi. Tapi agak-agaklah. Tak sedar diri dah tua, nak berbini muda pulak. Ishh…” omel Alfie. Fadzley sekadar tertawa mendengar omelan Alfie.

     Fadzley menawarkan diri untuk menghantar Alfie pulang memandang hari sudah semakin gelap. “Wait a minute.” ujar Fadzley sebelum dia mula memandu. “Awak tak takut dengan saya ke?” Alfie bingung. “Kita baru je kenal tak sampai satu hari tapi awak boleh percayakan saya ke? Awak tak takut kalau saya buat yang bukan-bukan pada awak?” soalan Fadzley membuatkan Alfie berfikir dua kali untuk menerima tawaran dari lelaki itu. “Saya dah standby pisau lipat, pemedih mata, dan buku lima saya dalam beg tangan saya ni. Kalau awak berani buat yang bukan-bukan pada saya, bermakna awak dah bersedia untuk menghadapi risikonya.” Fadzley tertawa besar mendengar ugutan Alfie.

     Sebaik sahaja Alfie masuk kerumah, Arleen dan Isha langsung menerpa kearah Alfie. “Boyfriend baru ke?” tanya Arleen. “Calon suami yang ke berapa tu?” usik Isha. Alfie melopong dengan pertanyaan dari kawan-kawannya. “Dah lah, esok-esok aku cerita. Aku penat gila ni. Aku nak naik atas, aku nak rehat. Goodnight girls.” ujar Alfie segera masuk ke bilik dengan harapan Arleen dan Isha tidak mengekorinya. Alfie tersenyum sendiri apabila mengingati kembali perkenalan dia dengan lelaki yang bernama Fadzley itu. “Hensemnya dia, sopan, baik… for me, he is the most perfect guys that I ever meet!” ujar Alfie sedikit tinggi suaranya. “Wei, siapa wei?” sahut Arleen dan Isha sambil mengetuk pintu bilik Alfie bertalu-talu. Alfie tergamam. Dia menyangka bahawa kawan-kawannya sedang menonton televisyen di tingkat bawah. Ternyata telahannya salah. Sejak Alfie memasuki bilik, Arleen dan Isha langsung berlari kearah bilik Alfie dan mencuri dengar percakapan Alfie. Setelah agak lama Alfie mendiamkan diri, barulah Arleen dan Isha menyerah dan kembali ke bilik masing-masing.

*** *** ***

     Pagi-pagi lagi Isha sudah mengajak Arleen menemaninya kerumah kawannya yang berada di kawasan perumahannya dulu. Ierwann memberitahu bahawa keluarganya sudahpun kembali ke tanah air dan mendiami kembali rumah yang dahulunya telah ditinggalkan selama 3 tahun. “Sha, rumah siapa kita pergi ni? Besarnya…” ujar Arleen sambil melopong melihat sebuah banglo besar dan mewah dihadapannya. “Inilah rumah kawan aku tu. Kalau kau nak tahu, dulu sebelah rumah dia tu rumah keluarga akulah. Tapi keluarga aku pun dah pindah kat tempat lain. Kalau tak, aku dah boleh jumpa family aku kat sini.” Arleen mendengar sambil melopong melihat kemewahan rumah yang berada dihadapan matanya itu. Selepas pagar dibuka secara automatik, Arleen dan Isha disambut mesra oleh isi rumah tersebut. “Welcome to our residence.” jemput Ierwann. Arleen kelihatan kagum melihat dekorasi ala-ala inggeris di dalam rumah itu. “Ierwann, dia kawan aku, Arleen.” Isha memperkenalkan Arleen kepada Ierwann. “Hay, I'm Ierwann.” giliran Ierwann memperkenalkan dirinya. “Isha, aku panggil my mum kat atas kejap ye. Please have a sit.” ujar Iezwann dengan penuh tatatertib. “Sha, seriously, aku rasa macam berada di dalam istana. Betul ke tadi tu kawan kau?” tanya Arleen, ingin tahu. Isha hanya tersenyum.

     “Hai, kamu pastinya Isha Antasha, am I right?” ujar seorang wanita berumur dengan wajah sedikit kemelayuan. “Ye aunty, saya Isha. Aunty apa khabar?” tanya Isha dengan mesra. Arleen terkejut apabila mendengar wanita berwajah kacukan inggeris itu boleh bertutur dalam bahasa melayu. “I’m fine. Apa khabar dengan orang tua Isha? Still keep in touch with them?” Isha menggangguk. “Siapa gadis comel ni?” tanya wanita itu apabila melihat Arleen yang hanya terdiam di sebelah Isha. “She is my friend, Arleen. My housemate. Dia tinggal sorang di rumah, jadi Isha bawa dia sekali.” Wanita itu menggangguk faham. “Oh, I have prepared a breakfast. Let’s join us.” ajak wanita yang dikenali sebagai ibu kepada Ierwann dan Ieszwan itu.

     Sebaik sahaja Alfie ingin keluar makan tengahhari, tiba-tiba dia ditahan oleh Mahfuz. “Apalagi yang pakcik nak sebenarnya ni?” ujar Alfie dengan nada marah. “Macam yang abang pernah cakap, selagi Fiqa tak terima lamaran abang, selagi tulah abang akan cari Fiqa.” Alfie mulai mendengus. “Kenapa susah sangat Fiqa nak buka hati Fiqa untuk abang?” Alfie hanya mendiamkan diri dari menjawab pertanyaan Mahfuz. “Sebab dia dah ada saya.” tiba-tiba sahaja kedengaran suara Fadzley mencelah. Entah sejak bila lelaki itu berada di situ. “Saya harap encik tak akan mengganggu dia lagi sebab saya tak suka tengok encik dekat dengan dia. Kalau encik masih nekad, encik akan dapat balasannya nanti. Dan kalau encik sayangkan keluarga encik, lebih baik encik pergi jauh-jauh dari sini.” Fadzley memberi amaran keras pada Mahfuz. Mahfuz yang kelihatan takut segera pergi dari situ. “Macam mana awak tau tempat kerja saya?” tanya Alfie, bingung. “Technology.” ujar Fadzley, ringkas. Alfie semakin bingung.

*** *** ***

     “Korang, aku ada satu permainan.” ujar Arleen. Alfie dan Isha mendengar dengan penuh khusyuk. “Memandangkan kita bertiga masih single dan umur kita pun dah semakin meningkat, apakata kita buat satu perjanjian. Simple. Kalau salah satu di antara kita bertiga ada yang jatuh cinta pada orang yang kita sedang rapat, bermakna dia yang akan berkahwin dulu. Deal?” Isha dan Alfie saling berpandangan. “Deal.” jawab Isha dan Alfie, serentak. Arleen sedikit bingung dengan cadangannya kerana pada hakikatnya dia sendiri masih belum mempunyai pilihan hati.

     Setiap hari kelihatan Fadzley sering menjemput Alfie di rumah untuk ke tempat kerja. Isha dan Arleen sering mengintip untuk mengetahui identiti lelaki yang sedang rapat dengan Alfie. Namun, mereka tidak dapat meneka kerana lelaki tersebut bersembunyi disebalik tinted gelap keretanya. Sewaktu Isha dan Arleen sedang bergurau senda, tiba-tiba kedatangan Aires merosakkan segalanya. “Please Isha, I’m still loving you.” Isha pura-pura tidak mendengar. Baginya, Aires sudah menjadi sebahagian dari masa lalunya. “Stop it Aires. You’re not in my life anymore. Mana Dania yang you puja-puja dulu? Kenapa tak cari dia je?” ujar Isha sambil berpeluk tubuh. “I dengan Dania hanya kawan. Lagipun Dania dah ada boyfriend.” jelas Aires. “Oh, you nak cakap you menyesal pilih Dania sedangkan Dania pilih orang lain berbanding you? You know what...padan muka you!” ujar Isha langsung masuk ke rumah. Baginya, Aires bukan siapa-siapa lagi dalam hidupnya. Selayaknya dia menerima layanan seperti itu dari Isha sebagaimana dahulu dia mengutamakan Dania berbanding Isha, kekasihnya sendiri.

     “Leen, daddy nak Leen pulang ke rumah pada hari minggu ini. Daddy tak nak dengar apa-apa alasan lagi. It is almost end of the year. How many times I should wait for your choice?” ujar ayah Arleen di hujung talian. Arleen kelihatan lemah apabila disuruh pulang. Dia tahu benar tentang niat ayahnya yang ingin dia pulang pada hari minggu nanti.

*** *** ***

     “Daddy dah buat keputusan. Kamu tetap akan menjadi tunangan kepada Haniff. No matter what happen.” Arleen mencuba untuk membantah keputusan ayahnya. “Daddy, it is not fair!” Mummy Arleen hanya mampu setuju dengan cadangan ayahnya. “Dad, please. Give me last chance. I beg you.” rayu Arleen.

     “Kenapa kau tak nak terima aku sebagai calon suami kau?” tanya Haniff sewaktu Arleen mengajak Haniff berjumpa di sebuah taman. “Kau tanya aku kenapa? Kau lupa ke kau tu pembuli. Lagipun kau bukan jenis lelaki yang aku suka.” jelas Arleen. Arleen bangkit dari tempat duduknya dan ingin berlalu pergi tapi ditahan oleh Haniff. “Kau nak tau alasan aku selalu buli kau dulu? Sebab dari dulu aku memang sukakan kau.” langkah Arleen terhenti apabila mendengar pengakuan dari Haniff. “Aku buli kau dulu sebab aku sengaja nak dapatkan perhatian dari kau. Aku tak sangka pulak semua ni buat kau jadi makin benci pada aku. Maafkan aku…” ujar Haniff. Luluh hati Arleen mendengar kata-kata Haniff. “Aku dah lama maafkan kau. Aku pun nak minta maaf sebab… sebab aku tak dapat nak balas perasaan kau. Kau lelaki yang baik. Dan aku yakin, kau akan memiliki perempuan yang lebih baik dari aku. Terima kasih kerana selama ni kau selalu berusaha untuk mencari perhatian dari aku. By the way, apakata lepas ni kita jangan saling membenci lagi. Kita kawan?” ujar Arleen sambil menghulurkan salam. “Okay, kita kawan.” Haniff membalas salam dari Arleen sambil tersenyum gembira.

     "Isha, kenapa sejak kebelakangan ni kau lebih banyak termenung dan mengeluh? Kau ada masalah ke? Wanna share?" Isha memandang Ierwann kemudian menunduk sedih. "If you don't mind." ujar Isha, sendu. Ierwann tersenyum. Lantas Ierwann menarik dagu Isha dan mencubit pipi Isha. "Dari dulu lagi aku memang tak kisah pun kalau kau nak cerita apa-apa pada aku. Dah, tak payah sorok lagi. Ceritalah." Isha mengaduh kesakitan sambil mengusap-usap pipinya yang di cubit oleh Ierwann. "Sebenarnya, aku baru je break dengan boyfriend aku. Actually, aku masih sayang pada dia tapi dia pulak kejar perempuan lain. Then, bila dia dapat tau perempuan tu dah ada boyfriend, baru dia nak cari aku semula. Bila dah jumpa orang lain, dia lupakan aku lagi. Aku sedihlah..." Isha mulai terisak-isak. Ierwann menolak lembut kepala Isha ke bahunya. "Aku faham. Just for you know, ramai lagi lelaki yang lebih baik ada dalam dunia ni. Salah satunya akulah." Ierwann berseloroh. "Ierwann, aku minta maaf. Aku tau aku tak sepatutnya cerita semua ni pada kau. Tapi..." Isha menunduk sedih. "It's okay. Macam yang selalu aku cakap, kalau kau ada masalah, kau share dengan aku. Kita sama-sama cari jalan penyelesaian." Isha memandang Ierwann dengan penuh terharu. "Thanks Ierwann." Isha kembali tersenyum dan langsung mencubit pipi Ierwann. Membalas kembali cubitan Ierwann tadi.

*** *** ***

     Semakin hari hubungan Alfie dan Fadzley semakin rapat. Tiba-tiba Fadzley menyatakan hasratnya untuk membawa Alfie berjumpa dengan keluarganya. "Awak, saya takutlah..." Fadzley berusaha memberi Alfie keyakinan supaya tidak berasa gugup. "Jom masuk." ajak Fadzley.

     Sebaik sahaja Alfie melangkah kaki masuk ke rumah banglo mewah milik keluarga Fadzley, kelihatan seorang wanita sedikit berusia selayaknya ibu Fadzley sedang memandang Alfieqha dan Fadzley dan seorang lelaki berkumis dan rambutnya hampir dipenuhi dengan uban sedang membelek surat khabar itu pastinya ayah Fadzley. "Ma, pa, ini Alfieqha." Kedua-duanya langsung memandang ke arah Alfie dan Fadzley. "Fieqha, kenalkan ini mama saya, Datin Almira dan ini papa saya, Dato Farish." Alfie sedikit tergamam apabila mengetahui bahawa ibu dan ayah Fadzley adalah dari kalangan yang orang berpangkat besar. Sewaktu Alfie ingin menyalami tangan Datin Almira, cepat-cepat Datin Almira menarik kembali tangannya. Berbeza dengan layanan Dato Farish yang menyenangi kehadiran Alfie di situ. "Fadz, suruh maid sediakan minuman untuk tetamu." Fadzley menggangguk dan langsung ke dapur. "Apa hubungan kamu dengan anak saya?" tanya Datin Almira sebaik sahaja Fadzley berlalu. "Kami hanya kawan sahaja." jawab Alfie, gugup. "Bagus. Saya tak nak kamu ada hubungan rapat dengan anak saya, Fadzley. Kamu tak setanding dengan keluarga kami." ujar Datin Almira dengan angkuh. Dato Farish menegur kata-kata Datin Almira tetapi tidak diendahkan.

     "Hey bro, what's up men?" sebaik sahaja Ierwann masuk kerumah, Ieszwan langsung menerpa abangnya itu. "Iesz, bila sampai? Siapa jemput dari airport? Takde call pun." Ierwann kelihatan sedikit terkejut. "Baru je sampai tadi. Aku datang sini naik teksi lah. Call kau beratus kali pun tak pernah berjawab. Kau nak aku tidur kat airport ke apa?" marah Ieszwan, niat bergurau. "Sorrylah. Handphone aku tertinggal." Ierwann tersengih sambil mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas rak kasut. "Mana mummy and daddy? Aku balik, sorang pun takda kat rumah. Kecewanya... Nasib baik ada maid, kalau tak, bermalamlah aku kat depan pagar rumah ni." ujar Ieszwan sambil mengeluh. "Oh lupa nak beritahu. Mummy dan daddy pergi Kuantan, ada urusan kerja katanya. So, kau tolong jaga rumah ye. Aku nak keluar kejap." ujar Ierwann sambil tergesa-gesa keluar. Ieszwan tidak sempat membantah. Akhirnya dia mengeluh lagi kerana ditinggalkan sendirian di rumah. "Bosannya!!!"

     "Apalah nasib aku. Ingatkan balik Malaysia ni menyenangkan hati tapi lebih mengecewakan aku. Salah aku jugak nak balik tak beritahu awal-awal. Kononnya nak buat suprise. Padan muka kau Iesz." omel Ieszwan sewaktu dia berjalan sendirian di sebuah mall. "Comelnya..." puji Ieszwan sewaktu melihat seorang gadis yang baru sahaja berlalu dihadapannya. 'Ish...kenapa jantung aku berdegup semacam ni.'

     "Tolong, ada peragut, tolong!" jerit seorang gadis. Kebetulan, Ieszwan yang berada di situ segera memberi bantuan. "Mana kau nak lari hah? Selagi aku hidup, kau tak akan boleh bebas dari buat jenayah!" ujar Ieszwan sewaktu dia berjaya menangkap peragut tersebut. "Orang macam kau ni memang tak layak hidup! Badan je sihat tapi pemalas nak kerja." omel Ieszwan sekaligus memberi sebuah tumbukan pada muka peragut itu. "Encik, terima kasih." ujar gadis yang diragut tadi apabila mendapat kembali beg tangannya.

*** *** ***

     "Leen, dari tadi aku tengok kau ni tersengih-sengih. Angau ye?" tanya Isha. "Jangan-jangan kau dah jatuh cinta dengan seseorang ye..." usik Alfie sambil mengingatkan soal perjanjian mereka itu. "Ish...tak adalah. Aku cuma teringat peristiwa aku kena ragut hari tu." Isha dan Alfie langsung terkejut apabila mendenghar kawannya diragut. "Kau tak pernah cerita kat kitorang pun. Habis tu, peragut tu dapat ditangkap tak? Barang-barang kau ada yang hilang tak?" tanya Isha dan Alfie bertalu-talu. "Aku dapat balik beg tangan aku. Peragut tu pun dah ditangkap sejurus selepas dia ragut aku. Tak sangka ada seorang lelaki ni tolong aku kejar peragut tu dan lelaki tu jugaklah yang tolong aku buat report polis." jelas Arleen. "Haaa...lepas tu korang pun bertukar nombor telefon. Lepas tu pulak korang saling berhubung. Lepas tu....kau pun jatuh cinta dengan dia, kan?" ujar Isha dan Alfie saling membuat kesimpulan sendiri. "Haha salah. Kitorang takda pun bertukar nombor telefon. Jumpa situ, habis kat situ jelah. Nama dia pun aku lupa nak tanya." Isha dan Alfie memandang geram.

     "Aku tengok kau ni happy semacam je sejak balik Malaysia." Ierwann memerli Ieszwan yang sering terlihat bahagia sejak kebelakangan ini. "Hari tu aku ada tolong seorang mangsa ragut. Tapi aku lupa nak tanya nama dia dan tak sempat nak minta nombor phone dia." Ieszwan mulai angau. "Ohhh...dah jatuh cinta dengan gadis Malaysia lah ni?" sindir Ierwann. Sewaktu di UK dulu, Ieszwan pernah berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dia tidak akan jatuh cinta dengan gadis di Malaysia. Tapi ternyata dia akhirnya tidak dapat menahan diri dari janjinya itu. "Bukan hal kau." ujar Ieszwan dengan nada bengang sekaligus membuatkan Ierwann ketawa terbahak-bahak.

*** *** ***

     "Yes, ada pun cd lagu yang aku cari-cari selama ni. Limited edition pulak tu!" ujar Arleen dengan gembira sebaik sahaja jumpa cd lagu yang dia idamkan selama ini. "Eh, encik...itu saya punya." tiba-tiba datang seorang lelaki mengambil cd lagu limited edition tersebut. "Sorry? By the way, saya yang ambil dulu, jadi cd lagu ni milik saya." ujar lelaki itu dengan sombong. "Tapi saya nampak dulu. Encik yang tiba-tiba datang main ambik cd tu." ujar Arleen, tidak puas hati. "Hei cik adik, siapa cepat dia yang dapat. Siapa suruh tak ambik dari awal. Nasiblah." ujar lelaki itu tak mahu mengalah. "Bagi balik!" ujar Arleen sambil merampas cd tersebut dari tangan lelaki itu. "Apa masalah kau ni? Aku yang ambik dulu, maknanya cd ni aku yang punya!" lelaki itu mulai naik hangin apabila Arleen dengan selamba merampas kembali cd itu dari tangannya. "Siapa cepat dia yang dapat." ujar Arleen, mengulangi kata-kata lelaki itu tadi. Tanpa buang masa, Arleen segera membayar cd tersebut kerana takut dirampas semula.

     "Tak guna punya perempuan! Harap muka je comel, tapi perangai...!" omel Ieszwan apabila barang yang ingin dia beli tidak kesampaian. "Eh, aku macam pernah jumpa dengan perempuan tu, tapi kat mana?" Ieszwan bermonolog sambil berfikir.

     Alfie semakin menjauhkan diri dari Fadzley sejak di beri amaran oleh Datin Almira, ibu kepada Fadzley. "Saya tak suka anak saya bergaul dengan orang berstatus rendah macam kamu. Jadi saya minta kamu jauhkan diri dari Fadzley kerana tak lama lagi Fadzley akan bertunang dengan perempuan yang setaraf dengan kami." kata-kata Datin Almira masih terngiang-ngiang di fikiran Alfie. Dia sendiri tidak menyangka bahawa sikap ibu Fadzley seangkuh itu. Seandainya dia tahu dirinya akan dihina sedemikian, dia tidak akan pernah kenal dengan lelaki bernama Fadzley. Jauh sekali jatuh cinta dengan lelaki itu.

     "Mak, bukan Isha tak nak kahwin tapi Isha belum bersedia. Calonnya pun Isha belum jumpa. Sabarlah. Nanti kalau Isha dah ada calon yang sesuai, Isha bawak jumpa dengan mak, ayah ye. Sebelum terlupa, Aunty Maryanne, jiran sebelah rumah kita 3 tahun yang lepas kirim salam kat mak dengan ayah." ujar Isha sebelum menamatkan panggilan. Setelah itu dia mengeluh kecil. Hasrat mak dan ayahnya yang ingin melihat dirinya berada di atas pelamin bersama pasangan yang dipilih terpaksa ditunda dengan alasan belum bersedia. "Aires?" tiba-tiba Isha bertembung dengan Aires yang sedang berjalan berpimpin tangan dengan seorang gadis. Aires menjadi tidak tentu arah. "Still loving you konon..." ujar Isha sewaktu berselisih dengan Aires. Aires tersentak mendengar kata-kata Isha. "Isha..." langkah Isha terhenti apabila mendengar namanya dipanggil. "Tak ada apa lagi yang perlu kita bincangkan. Semuanya dah jelas. Semoga bahagia." ujar Isha tanpa mahu mendengar sebarang penjelasan dari Aires. Isha cuba menahan air matanya dari menitis.

*** *** ***

     "Forget him. Masih ramai lagi orang yang boleh bahagiakan kau." ujar Ierwann sambil memujuk Isha yang tidak henti-henti menangis. "I know but he gave me so much memories. Sampai hati dia permainkan hati aku. I'm regret to know him." Ierwann menepuk lembut bahu Isha. Sewaktu dia menerima panggilan dari Isha, dia segera menemui gadis itu. Tahu benar dia bahawa gadis itu sedang memerlukan bahu untuk bersandar. "I always beside you when you need me. Anytime. Anywhere. Because I love you so much." ujar Ierwann sekadar dalam hati.

     "Kenapa mama selalu pentingkan diri? Mama tak pernah fikir apa yang Fadz mahukan. Mama selalu rosakkan kebahagiaan Fadz. Why mama, why? Mama tak suka tengok Fadz bahagia ke?" ujar Fadzley sewaktu dapat tahu rancangan mamanya yang ingin menjodohkan dia dengan gadis yang setaraf dengan hidupnya dan ingin menyingkirkan Alfie dari hidup Fadzley. "Mama buat semua ni untuk kebahagiaan Fadz juga. Fadz nak hidup susah dengan perempuan kampung tu? Fadz tak malu ke dengan saudara mara kita bila dapat tahu pasangan Fadz bukan dari kalangan kita?" omel Datin Almira. "I don't care ma. I don't give a damn. Fadz tetap akan pilih Alfieqha." ujar Fadzley sambil berlalu meninggalkan mamanya yang termangu sendirian.

     "Iesz, ini Isha. Do you still remember?" ujar Ierwann sewaktu mengenalkan Isha pada Ieszwan. "Isha jiran sebelah rumah kita dulu tu kan? Yang dulu kita selalu main kejar-kejar, main pondok-pondok tu kan?" ujar Ieszwan sambil mengenang kembali zaman kanak-kanaknya bersama Ierwann dan Isha. "Ha'ah. Yang dulu kau selalu kena buli dengan kitorang. Balik rumah ngadu dengan mummy sebab kena buli. Hahaha. I really miss that moment." ujar Ierwann sambil mentertawakan Ieszwan yang sering menjadi mangsa buli abangnya dan Isha memandangkan umurnya lebih muda dari mereka berdua. "Shut up." Ieszwan bengang.

     "Korang berdua ni bercinta ke?" pertanyaan Ieszwan membuatkan Isha terbatuk dengan tiba-tiba. "Mana ada. Kan kitorang memang kawan dari dulu." ujar Ierwann cuba menyembunyikan perasaannya. "Takkan dari dulu nak berkawan je? Aku tengok korang pun dah macam belangkas." Ierwann dan Isha saling berpandangan. "Elehh...sibuk jodohkan orang, dia tu sampai bila nak hidup sengsorang?" pertanyaan Isha serta merta membuatkan Ieszwan terdiam. Ierwann turut menyokong Isha. "Aku lain. Aku dah biasa hidup tanpa perempuan ni." ujar Ieszwan cuba berlagak cool. "Iesz, kau nak tak kenal dengan kawan aku? Nama dia Arleen. Dia pun still single macam kau." ujar Isha yang cuba mengenalkan Ieszwan pada Arleen.

*** *** ***

     "Kenapa tiba-tiba kau nak balik kampung ni? Parents kau sakit ke?" tanya Arleen sewaktu Alfie memberitahu bahawa dia terpaksa pulang ke kampung. "Sebenarnya... aku nak bertunang." Isha dan Arleen menjerit serentak. "Kenapa tiba-tiba je? Kau tak pernah cerita dengan kitorang pun pasal ni." ujar Isha. "Sorry. Semua ni perancangan last minute. Nanti korang datanglah. Aku akan whatsapp kat korang alamat kampung aku, hari apa dan pukul berapa majlis tu nanti ye. Aku kena gerak sekarang ni. Bye!" ujar Alfie, kelihatan tergesa-gesa. Isha dan Arleen ditinggalkan dengan penuh kebingungan. "Dengan lelaki yang selalu ambik dan hantar dia balik tu ke?" tanya Arleen pada Isha. Isha sekadar mengangkat bahu kerana tidak mendapat apa-apa jawapan.

     "Hai Ier, mana Iesz?" ujar Isha sebaik sahaja sampai ke banglo milik keluarga Ierwann dan Ieszwan. "Dia ada kat atas. Kejap lagi dia turunlah tu." jawab Ierwann sambil menunjuk ke arah bilik Ieszwan. "Aku bawa Arleen datang sini. Nanti bolehlah Ieszwan kenal dengan Arleen." Ierwann tersenyum dengan cadangan Isha. "Hai Isha. Wahhh makin rajin datang jumpa Ierwann. Memang sah hubungan korang ni lebih dari kawan." ujar Ieszwan sambil menuruni anak tangga. "Tak payahlah nak usik kitorang. Tu ha, aku dah bawa kawan aku si Arleen tu. Dia ada kat halaman rumah. Kau pergilah borak dengan dia." ujar Isha sambil tersenyum melihat Ieszwan yang kelihatan tidak sabar ingin menemui Arleen.

     "Hai, saya Ieszwan." ujar Ieszwan sambil mengenalkan diri kepada Arleen yang sedang membelakanginya. Sebaik sahaja Arleen menoleh, kedua-duanya kelihatan terkejut. "Kau?!" jerit Ieszwan dan Arleen serentak. "Apa kau buat kat sini hah? Ha, aku tau...kau datang nak balas dendam kan? Balaslah, aku tak takut!" ujar Arleen, buat-buat berani. "Weh, apa yang kau merepek ni? Aku nak buat apa kat sini pun, suka hati akulah. Rumah ni, rumah aku. Kau tu ha buat apa kat sini? Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku?" balas Ieszwan yang turut sama meninggi suara. "Aku datang sini sebab nak temankan kawan aku. Kau tak payahlah nak perasan sangat yang aku nak cari kau. Buang masa je layan lelaki macam kau ni." ujar Arleen segera meninggalkan Ieszwan termangu sendirian. "Isha, jomlah balik. Sakit pulak hati aku lama-lama kat sini." Isha terpinga-pinga melihat Arleen yang tiba-tiba naik hangin. Ieszwan naik ke biliknya dengan perasaan marah. Ierwann menjadi hairan melihat adiknya tiba-tiba badmood. "Korang berdua okay ke tak?" tanya Isha, hairan. Arleen hanya terdiam.

*** *** ***

     Kedatangan Fadzley di rumah yang diduduki oleh Arleen dan Isha itu serta merta membuatkan mereka berdua terkejut. "Ada apa Fadz datang sini?" tanya Isha yang terlebih dahulu sudah mengenali Fadzley yang merupakan sepupu kepada Ierwann dan Ieszwan. "Fadz cari Alfieqha. Dah seminggu dia menyepikan diri. Korang tau tak dia kemana?" Isha dan Arleen menjadi semakin bingung apabila mengetahui bahawa Fadzley sedang mencari Alfieqha. "Apa hubungan Fadz dengan Alfie selama ni? Kenapa kitorang tak tau apa-apa pun pasal korang." Akhirnya Fadzley menceritakan serba sedikit tentang perkenalan antara dia dan Alfieqha. "Jadi selama ni lelaki yang Alfie sorokkan tu adalah Fadz?" tanya Isha mencari kepastian. Fadzley sekadar menggangguk lemah. "Kalaulah kitorang tau dari awal tentang hubungan korang, kitorang mesti dah halang dia dari pulang ke kampung. Rasanya masih belum terlambat untuk kita halang majlis tu." Fadzley terpinga-pinga dengan apa yang di maksudkan oleh Isha. "Majlis apa ni?" tanya Fadzley meminta kepastian. "Lusa nanti, Alfie akan menjadi tunangan orang." hati Fadzley bagai dipanah petir mendengar berita yang disampaikan oleh Isha.

     "Kenapa bayangan perempuan tu tak boleh padam dari ingatan aku? Aku tak suka dialah. Hishhhhhh....pergilah dari fikiran aku!" rungut Ieszwan apabila wajah Arleen sering bermain difikirannya. "Kalau tak kerana berebut cd lagu tempoh hari, mesti aku takkan jumpa dengan dia. Tapi kalau tak silap aku, aku pernah jumpa dia sebelum tu..." Ieszwan cuba mengingat kembali. "Oh ye, aku pernah selamatkan beg tangan dia dari peragut! Dan, dia jugalah perempuan comel yang aku nampak masa di mall tu. Kenapalah asyik dia je yang aku jumpa..." Ieszwan merungut kemudian mengeluh kecil.

     "Fadz, kenalkan ini Tengku Sheryna, anak perempuan kepada Tengku Shariff dan Tengku Sofia." ujar Datin Almira sebaik sahaja Fadzley pulang kerumah. "I'm not interested" ujar Fadzley langsung masuk kebiliknya. Datin Almira menebalkan muka apabila Fadzley bersikap tidak sopan terhadap Tengku Sheryna, gadis yang ingin dijodohkan dengannya. Tengku Sheryna mulai merajuk apabila salamnya tidak dibalas oleh Fadzley. Kerana malu dengan layanan yang diberi oleh Fadzley terhadap tetamu, akhirnya Tengku Sheryna meminta diri untuk pulang.

*** *** ***

     Fadzley meminta Isha untuk membawa dia ke kampung halaman Alfie dengan niat untuk menghalang dari pertunangan itu berlangsung. Arleen tidak dapat ikut kerana tiba-tiba dia diminta pulang ke rumah keluarganya. "Daddy, apalagi kali ni? Bukan ke hal Leen dengan Haniff dah selesai? Lagipun Leen dengar Haniff dah bertunang dengan orang lain." ujar Arleen, bengang dengan syarat yang ditetapkan oleh daddynya. "Daddy dah buat keputusan. Kalau lepas ni ada lelaki yang nak masuk minang kamu, daddy nak kamu kahwin terus dengan dia. Tak payah lagi ada pertunangan ni semua. Ingat, umur kamu bukan muda lagi. Daddy tak mahu nanti daddy terkilan tak dapat tengok anak daddy satu-satunya ni hidup bahagia." Arleen mengeluh kecil. "Daddy janganlah cakap yang bukan-bukan. Trust me, satu hari nanti Leen akan jumpa jugak dengan lelaki yang betul-betul boleh jaga Leen sebagaimana daddy jaga Leen selama ni. Please daddy, bagi Leen masa sedikit sahaja lagi." akhirnya lelaki tua itu bersetuju dengan anak gadisnya. "Jangan kecewakan daddy." Arleen menggangguk faham.

     Sesampainya Fadzley yang ditemani oleh Isha dan Ierwann ke kampung Alfie, Fadzley langsung mencari kelibat Alfie namun hampa. Beberapa minit sahaja lagi, Alfie akan menjadi tunangan orang. Fadzley langsung masuk dan menemui Alfie yang sudah bersiap di pelamin kecil yang digubah khas untuk majlisnya. "Alfieqha, awak tak boleh buat saya macam ni." Alfie terkejut melihat kehadiran Fadzley di majlisnya. "Apa Fadz buat kat sini." tetamu-tetamu yang hadir hairan melihat Fadzley mendekati Alfie. "Saya tak rela awak menjadi tunangan orang lain." Alfie cuba menahan air matanya. "Fadz, jangan buat saya macam ni. Awak tau kan keluarga awak dengan keluarga saya tak setaraf. Saya tak layak untuk awak. Lepaskan saya. Biarkan saya jalani hidup saya disini. Saya tak nak susahkan hidup awak lagi." Fadzley langsung menggenggam tangan Alfie. "Please be mine." pujuk Fadzley. Air mata Alfie yang sejak tadi bergenang akhirnya tumpah. Isha dan Ierwann sekadar memerhati dari jauh drama yang sedang dimainkan oleh Fadzley dan Alfie.

     Kelihatan Arleen duduk sendirian di sebuah stesen bas sambil termenung. Tiba-tiba datang sebuah kereta melanggar lopak air yang berada betul-betul dihadapan Arleen. Arleen kebasahan akibat lopak air yang dilanggar oleh kereta tersebut. Untung sahaja kereta itu langsung berhenti tidak jauh dari stesen bas itu. Arleen segera berlari ke arah kereta tersebut. "I'm sorry..." belum sempat pemandu kereta itu menghabiskan ayatnya, tiba-tiba Arleen langsung menampar pipi pemandu kereta itu. "Kau memang sengaja nak bagi aku naik darah!" tempik Arleen. "Kau rupanya. Aku bukan sengajalah nak langgar lopak air tu. Dan aku tak perasan pun kau ada kat situ." ujar pemandu lelaki yang dikenali sebagai Ieszwan itu. "Tak perasan ke atau kau memang sengaja? Cakap jelah kau nak balas dendam pada aku. Habis cerita." ingin sahaja Ieszwan membalas tamparan Arleen tadi tapi dia sedar bahawa orang-orang disekeliling sedang memerhatikan pergaduhan mulut antara dia dan Arleen. "Masuk dalam kereta aku sekarang." arah Ieszwan. Arleen hairan tapi dia pura-pura tidak mendengar. "Aku kata masuk, masuklah." ujar Ieszwan sambil menarik Arleen masuk kedalam kereta. "Kau nak bawak aku pergi mana? Baik kau cakap sebelum aku telefon polis!" ujar Arleen sambil menggeledah beg tangan untuk mencari telefon bimbitnya. "Diamlah. Kau selesa ke berjalan dengan pakaian basah tu? Aku nak bawak kau pergi ganti baju lain." Arleen terdiam mendengar kata-kata Ieszwan. 'Baik jugak dia ni rupanya.' ujar hati kecil Arleen.

     Selepas dibawa ke sebuah butik baju, Ieszwan meminta Arleen menemaninya makan. Arleen akur sahaja kerana lelaki itu telah membelikan beberapa pakaian untuknya sebagai tanda ganti rugi. "Apa kau buat kat stesen bas tadi?" tanya Ieszwan, memecahkan kesunyian. "Tunggu bas lah, takkan tunggu kau pulak." jawab Arleen, berseloroh. Ieszwan tertawa kecil. "Hakikatnya, kau sekarang dah memang ada dengan aku." balas Ieszwan sambil tertawa. Arleen menarik muka masam. "Kau duduk kat situ dengan beg tangan berlenggang kau tadi tu, kau tak takut kena ragut lagi ke?" pertanyaan Ieszwan mengingatkan Arleen pada peristiwa ragut yang pernah terjadi pada dirinya dulu. "Mana kau tau pasal tu..." Arleen berfikir sejenak. "Kejap. Lelaki yang tolong aku masa tu...kau ke?" tanya Arleen, mencari kepastian. Ieszwan mulai membangga diri. "Sebab tu aku taknak pisang berbuah dua kali." ujar Ieszwan sambil menyambung makannya. Arleen terdiam.

*** *** ***

     "Mama, I beg you. Please, restuilah hubungan kami." rayu Fadzley sambil berlutut pada mamanya, Datin Almira. Datin Almira masih tetap dengan pendiriannya. Hatinya begitu keras untuk merestui hubungan Fadzley dan Alfie, si gadis kampung. "Awak tak adil buat anak awak macam tu. Dia pun berhak bahagia. Awak jangan pentingkan diri awak sendiri. Lagipun dia dah besar, dia dah boleh tentukan hala tuju hidup dia lepas ni." ujar Dato Farish dengan hasrat isterinya itu memahami kehendak hati anaknya, Fadzley. "Saya nasihatkan awak, buanglah ego awak tu. Awak jangan terlalu angkuh dengan apa yang awak ada sekarang. Sedarlah, dulu pun masa sebelum awak kahwin dengan saya, awak pun tak jauh beza dari gadis kampung yang awak bencikan tu. Kaya atau miskin itu semua takkan menentukan kebahagiaan seseorang." nasihat Dato Farish kepada Datin Almira. Datin Almira tertunduk sedih apabila suaminya sendiri mengungkit kembali asal usul dirinya dulu.

     "Kesian aku tengok Fadzley. Kisah dia boleh di ibaratkan sebagai Cinta Terlarang. Tapi aku salute pada Fadzley. Walau macam mana pun jadi dalam hubungan dia dan Alfie, dia tetap setia menunggu Alfie. Romantiknya diorang.... Alangkah bahagianya kalau ada lelaki yang sanggup tunggu aku walau seribu tahun pun." ujar Isha sambil berangan. Ierwann tersenyum melihat gelagat Isha. "Kau pulak macam mana Ier? Ada tak orang yang kau suka selama ni? Ceritalah..." ujar Isha sambil merengek ingin tahu. "Masa kecik-kecik dulu, aku pernah suka pada seseorang ni. Tapi masa tu umur kitorang masih kecil jadi aku rasa macam tak sesuai untuk bercinta dengan dia waktu tu. Then, tiba-tiba aku terpaksa berjauhan dengan dia kerana mengikut keluarga aku berpindah keluar negara. Walaupun jauh dari dia, aku selalu ingat pada dia. Bila dah dapat balik sini, orang pertama yang aku akan cari adalah dia. Grateful, she's waiting for me too. Tapi sampai sekarang aku masih belum berani nak beritahu pada dia yang aku dah lama sukakan dia. Jadi aku putuskan untuk pendamkan perasaan aku terhadap dia sampai hati dia terbuka untuk aku." cerita Ierwann. "Kenapa tak terus terang je dengan dia? Kalau pendam je, mana lah dia tau kau suka kat dia. Kalau macam tu, sampai bila-bila pun hati dia tak kan terbuka untuk kau." ujar Isha. Ierwann sekadar tersenyum.

     "Aku rasa aku tau siapa yang dia maksudkan." entah sejak bila Ieszwan muncul di situ dengan tiba-tiba. Ierwann memberi amaran supaya tidak memberitahu Isha gerangan yang dia sukai itu. "Siapa orangnya? Cepatlah beritahu aku." Isha teruja. "Kaulah orangnya." Ierwann menunduk pasrah. Isha menjadi tergamam. "Haha, aku tipu jelah." Ieszwan tertawa besar. Isha mengeluh apabila Ieszwan mempermainkannya. Ierwann menarik nafas lega. Ieszwan sempat menjelirkan lidah kepada Ierwann yang terlebih dahulu menunjuk penumbuk kepadanya.

*** *** ***

     "Fadzley, mama minta maaf selama ni mama dah banyak susahkan kamu. Mama selalu paksa kamu untuk ikut kehendak mama. Mama selalu tak nak dengar permintaan kamu. Mama khilaf. Mama tau mama tak patut halang kamu untuk berhubungan dengan Alfieqha. Mulai sekarang, mama restui hubungan kamu dengan Alfieqha. Mama harap kamu bahagia dengan pilihan kamu. Kalau kamu bahagia, mama pun akan rasa bahagia." Fadzley terkejut melihat perubahan sikap mamanya pagi itu. "Seriously ma?" tanya Fadzley, seakan tidak percaya. Datin Almira menggangguk. Rancangannya untuk menjodohkan Fadzley dengan mana-mana anak hartawan mahupun usahawan langsung dilupakan. Dia cuma berharap anaknya itu bahagia dengan pilihan hatinya. "Thank you so much, ma! I love you so muchhhh!!!" ujar Fadzley sambil memeluk mamanya.

     Ierwann merancang sesuatu untuk hari lahir Isha malam itu. Setelah beberapa tetamu dijemput, Ieszwan mengupah beberapa pemuzik untuk memainkan beberapa lagu malam itu. Begitu juga dengan DJ yang akan mengatur acara dan sekaligus membantu untuk melaksanakan rancangan Ierwann. Acara tari menari akan diadakan di banglo keluarga Ierwann yang berlangsung pada jam 10 malam nanti sementara menunggu tepat jam 12 malam. "Everything is done?" Ieszwan menunjukkan simbol OK pada Ierwann.

     Fadzley menjemput Alfie, Arleen dan Isha ke acara yang diadakan di banglo keluarga Ierwann pada jam 8 malam itu. Sepanjang perjalanan, Isha tidak mensyaki apa-apa. Arleen dan Alfie sudah diberitahu lebih awal mengenai kejutan hari lahir untuk Isha. "Segannya..." ujar Isha sambil melihat suasana disekeliling yang penuh dengan tetamu-tetamu VIP. Sepanjang majlis, Isha langsung tidak melihat kelibat Ierwann di sana. Isha cuba bertanya pada Ieszwan keberadaan abangnya. "Majlis ni memang Ierwann yang adakan tapi tadi tiba-tiba dia terpaksa pergi sebab ada urusan kerja mendadak." Isha menggangguk faham. Dia mulai hilang semangat kerana ketiadaan Ierwann di situ.

     Tepat jam 10, acara tari menari dimulakan. Tema bertopeng menjadi pilihan Ierwann. Isha duduk sendirian di meja minum manakala Alfie dan Fadzley menari bersama begitu juga dengan Arleen dan Ieszwan. "Let's dance together, Miss." muncul seorang lelaki bertopeng penuh mengajak Isha menari bersama namun Isha menolak dengan baik. Lelaki bertopeng itu tetap memaksa Isha. Akhirnya Isha akur dan menari bersama lelaki tersebut walaupun dia tidak mempunyai semangat waktu itu. Isha mengajak Alfie dan Arleen pulang tetapi tidak diendahkan oleh sahabat-sahabatnya. Jam menunjukkan hampir pukul 12. Seminit sebelum pukul 12, lampu langsung dimatikan. Kebanyakan tetamu yang hadir berpura-pura takut. Begitu juga dengan Arleen dan Alfie. Isha hanya terdiam membisu. Tepat jam 12, Ierwann mendekati Isha dengan membawa kek yang bertiangkan 16 lilin. 16 lilin yang bermaksud tarikh lahir Isha pada malam itu. Dengan iringan lagu Selamat Hari Lahir yang dinyanyikan oleh tetamu dan kawan-kawannya, Isha dengan malu-malu meniup lilin dengan sepenuh hati. Isha kembali tersenyum apabila melihat Ierwann kini berada di depan matanya. "Selamat Hari Lahir Isha Antasha. May all your wishes will come true." ujar Ierwann sambil mencium dahi Isha. "I have something for you." ujar Ierwann sambil menggodeh poket Tuxedo yang dipakainya. Sebuah kotak kecil bersarungkan kain emas baldu dikeluarkan. Dengan lagak seorang putera raja, Ierwann berlutut menghadap Isha sambil menghulurkan sebentuk cincin kepada Isha. "Isha Antasha, will you be my love forever?" tanya Ierwann sambil menghulurkan sebentuk cincin emas putih. Isha tergamam dengan perlakuan Ierwann terhadapnya. Orang-orang disekeliling mulai bersorak untuk memberi semangat pada Isha supaya menerima lamaran dari Ierwann. Dengan wajah yang memerah, akhirnya Isha menerima lamaran dari Ierwann dan langsung memeluk Ierwann. Semua yang berada disitu akhirnya memberi tepukan gemuruh buat Isha dan Ierwann yang akhirnya rasmi menjadi pasangan kekasih.

     "Bestnya birthday girl hari ni dapat banyak suprise. Isha dah lepas. Alfie pun sama. Tinggallah aku sorang-sorang lagi kat rumah ni nanti. Takpelah, aku dah biasa." ngomel Arleen. "Elehhh, sorang-sorang konon. Ada orang tu nak kat dia, dia jual mahal siapa suruh." usik Isha sambil mencubit pipi Arleen. "Kalau ada, aku dah terimalah." ujar Arleen, angkuh. "Serious?" tanya Isha, mencari kepastian. Arleen menggangguk. Isha menepuk tangan memberi isyarat. Arleen hairan. "So, kau terima?" Arleen semakin bingung apabila Ieszwan tiba-tiba muncul dan bertanya sedemikian. "What?" tanya Arleen, mencari jawapan. "I want you." Arleen tergamam. Dia berlari pulang tanpa memberi jawapan kepada Ieszwan.

*** *** ***

     "Leen, kenapa semalam kau main lari macam tu je? Kesian Iesz tunggu jawapan dari kau semalam." tanya Isha. "Aku...aku tak tau nak bagi jawapan apa." jawab Arleen sambil menarik bucu-bucu bantalnya. "Weh, korang ingat lagi tak pasal perjanjian kita tu?" tanya Arleen cuba menukar topik. "Ingat, kenapa?" tanya Alfie. "Korang jatuh cinta dengan pasangan korang?" tanya Arleen lagi. Alfie dan Isha melopong. Seketika mereka berdua terlupa akan perjanjian tersebut ketika mereka berdua terlanjur mencintai pada pasangan masing-masing. "Okaylah, kitorang surrender. Kau tu je yang masih terlepas. Untunglah..." ujar Isha, akur. "Jadi, kita dah tak ada apa-apa perjanjianlah kan?" Isha dan Alfie menggangguk dengan pertanyaan Arleen. "Yes!" sorak Arleen membuatkan kedua-dua sahabatnya bingung.

     Arleen mengajak kedua sahabatnya bersama pasangan masing-masing lepak di sebuah cafe sambil berborak kosong. Ieszwan kelihatan muram sepanjang pertemuan. Arleen sekadar buat tidak endah. Arleen bangkit dari tempat duduknya dan membuat permintaan lagu kepada penyanyi yang menyanyi di cafe itu. "Kau request lagu apa?" tanya Isha. "Lagu tu aku tuju khas untuk seseorang, sekaligus jawapan kepada lamaran dia semalam." Ieszwan langsung mengangkat muka memandang Arleen. Arleen sekadar tersenyum.

     "Lagu seterusnya ini adalah permintaan dari pengunjung bernama Arleen Amanda yang dituju khas buat seorang insan yang bernama Ieszwan Ieskandar. Terimalah, Jatuh Cinta.


Aku tak bisa menyedari bau cinta aku
Tentang kamu tak pernah ku hargai

Kini aku jatuh cinta
Pada pertemuan yang terindah
Telah membuatku dekat padamu

Kini ku bisa menyedar erti cinta kamu
Tentang aku selalu kau hargai

Kini aku jatuh cinta pada diri kamu
Segenap hujung duniaku ingin kau tahu

Kini aku jatuh cinta semua tentang kamu
Sehingga hujung duniaku ingin kau tahu

Kini aku jatuh cinta semua tentang kamu
Sehingga hujung duniaku jatuh cinta

Kini aku jatuh cinta pada diri kamu
Segenap hujung duniaku ingin kau tahu

Kini aku jatuh cintas semua tentang kamu
Sehingga hujung duniaku jatuh cinta..."

     Ieszwan terharu mendengar lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut. Seketika dia teringat kembali maksud disebalik lagu itu. "Apa maksud kau tuju lagu ni untuk aku?" tanya Ieszwan pura-pura tak faham. Ierwann dan Fadzley menepuk dahi dengan soalan Ieszwan. Arleen mulai masam muka. "Am I too late?" tanya Arleen kembali. Ieszwan tersenyum kecil. "No matter how old you are, it is never too early or too late to fall in love." Arleen tersenyum lebar mendengar jawapan dari Ieszwan. "So, when I say I want you?" Arleen berkais lagi. "And I say I want you too." jawab Ieszwan dengan senyuman lebar. Arleen terlihat bahagia. Kawan-kawannya mulai bersorak meraikan kebahagiaan yang diraih bersama pasangan masing-masing. "I love you guys!"

- TAMAT-

Hasil nukilan: Leenz Armani




P/S: Yeayyyy! Siap satu lagi cerpen! Oh ya, btw...semua cerita ni tak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. So, aku harap korang tak berkecil hati mahupun tersinggung sekiranya ada tatabahasa mahupun ayat2 yang tak sepatutnya aku tulis di dalam cerpen ni. Hmmm...best tak rasanya jatuh cinta? Hehe. Have a nice day guys!

Okay, chaw chaw!


Wasalam.


Yang sewel,
Leenz
________________________________________________________________

NEW UPDATE!


Baca sambungannya > Cerpen: Jatuh Cinta 2


28 July 2015

Dear awak...

Dear awak...

Awak, sampai bila awak nak diamkan diri dari kesalahan awak?

Awak, saya selalu jaga hati saya untuk awak, tapi kenapa sampai hati awak balas
saya macam ni?

Awak, kesalahan takkan boleh ditutup sampai bila-bila.

Awak...

Sebenarnya saya dah lama tahu apa yang awak buat di belakang saya. Walaupun saya tak nampak, tapi tuhan selalu ada untuk memberitahu saya segalanya yang awak buat.

Awak, ketahuilah bahawa Allah itu tidak pernah tidur.

Awak, mungkin awak berubah sebab awak tak bahagia dengan saya. Saya tahu saya banyak kekurangan. Saya tau saya tak selalu ada untuk awak. Tapi awak jugak yang kata awak boleh terima segala kekurangan saya walaupun saya tahu awak cakap macam tu sebab nak sedapkan hati saya je kan? Nama pun dalam perkenalan. Perkenalan awal memang nampak semua indah pada awalnya. Tapi bila dah lama, semua hal yang indah tu akan jadi buruk. Betulkan awak?

Awak, dulu awak pernah cerita pada saya, ada seseorang menyukai awak dari dulu tapi awak tak boleh terima dia atas satu sebab. Dan sebabnya orang yang sukakan awak tu merupakan seorang yang sama jantina dengan awak. Lelaki. Jadi mungkin sebab tulah awak lebih memilih saya yang perempuan ni berbanding lelaki tu. Terima kasih awak.

Sejak dari tu saya happy dan bersyukur sangat sebab ciri-ciri lelaki idaman yang saya cari selama ni ada pada awak. Saya janjikan pada hati saya bahawa awaklah lelaki terakhir yang akan hadir dalam hidup saya sebab saya bukanlah jenis yang senang nak menerima mana-mana insan dalam hidup saya. Kerana saya merupakan salah satu wanita Philophobia (fear of love).

Bak kata pepatah, kusangkakan panas sampai ke petang rupa-rupanya
hujan di tengahhari.

Awak, masa birthday awak yang lepas, saya fikir saya dapatlah sambut hari lahir awak dengan cara sederhana sebab saya bukanlah jenis yang berharta sangat. Cukup dengan apa yang saya ada. Tapi awak tahu tak yang saya dapat hari tu bukanlah kebahagiaan tapi kekecewaan. Awak tahu tak sebab apa? Sakit hati saya bila teringat semula.

Awak, kenapa lelaki yang pernah suka pada awak tu muncul kembali dalam hidup awak? Dan kenapa dia harus muncul pada hari lahir awak? Hari yang sepatutnya jadi hari bahagia untuk saya dan awak. Awak, betapa sakitnya hati saya bila saya nampak dia rela tunggu awak sampai awak balik kerja. Saya kecewa, awak.

Tapi saya anggap mungkin dia pun nak sambut birthday awak dan nak jadi salah seorang yang spesel dalam hidup awak. Takpelah awak, saya tunggu birthday awak tahun depan untuk sambut sama-sama dengan awak. Untuk sekarang, biarlah saya bagi peluang pada orang lain dulu.

Layanan awak pada saya tak pernah berubah. Awak selalu ada masa untuk saya. Awak selalu buat saya tertawa. Sampai saya rasa awaklah satu-satunya lelaki yang berjaya buat saya tersenyum lebar. Awak berjaya. Berjaya tipu saya. :')

Awak, sejak awak dapat kerja shif malam, awak semakin berubah. Awak semakin jarang beri khabar pada saya. Kenapa awak? Saya ada buat salah apa pada awak? Awak selalu beri alasan, kerja malam buat awak mengantuk. Awak tidur dari jam awak balik kerja sampai awak bangun untuk pergi kerja semula. Lamanya awak tidur.Tak penat ke? Tapi takpelah awak, saya tunggu awak bagi khabar. Saya tetap tunggu awak.

Awak perasan tak makin hari awak makin tak ada khabar. Saya risau awak sakit. Saya risau terjadi apa-apa yang buruk pada awak.

Awak, perasan tak dari sebelum masuk bulan Ramadan lagi hubungan kita semakin rengang. Awak dengan hal awak, saya dengan hal saya. Kadang-kadang saya selalu marah-marah dengan awak kan?

Awak, saya marah bukan sebab saya pemarah ataupun saya suka-suka nak marah awak. Semua yang saya tegur tu bersebab. Dan semua tu pun demi kebaikan awak.

Awak, bila masuk bulan Ramadan hari tu, saya ingat nak ajak awak puasa sama-sama. Tapi saya tak tahu kenapa hubungan kita menjadi semakin rengang. Awak menjauhkan diri dari saya. Saya serba salah, awak. Saya selalu fikir apa salah saya pada awak. Awak, tolonglah beritahu apa salah saya?

Awak, awak pernah beritahu saya kalau awak selalu tak sempat nak bersahur sebab banyak kerja. Saya selalu risaukan awak bila awak tak sahur. Saya takut awak tak larat nak berpuasa sampai ke petang sebab tak sahur. Saya takut awak sakit. Sebab tu kadang saya marah awak. Marah demi kebaikan awak, itu pun salahkah?

Sampailah suatu hari saya dapat tahu bahawa dalam diam rupanya awak selalu bersahur dengan lelaki yang pernah suka pada awak tu. Kenapa dia? Awak tahu kan saya pantang bila dengar pasal dia. Tapi awak tetap rapat dengan dia jugak. Tak salah kalau awak nak berkawan dengan dia tapi atleast, awak beritahulah pada saya. Saya bukan tak suka awak berkawan dengan dia, tapi awak sedar kan dia tu lelaki dan dia ada perasaan pada awak. Awak sedar tak yang saya cemburu? Awak tahu kenapa saya cemburu? Sebab saya takut kehilangan awak. Saya takut kehilangan lelaki idaman yang saya cari selama ni. Lebih saya takut, bila awak memilih jalan yang songsang.

Bila saya tanya pasal tu, awak tak nak mengaku. Awak berlakon seolah-olah hal tu tak pernah berlaku dalam hidup awak. Malah, awak cakap saya yang tuduh awak bukan-bukan. Awak, apa salahnya awak jujur? Saya tak kan marah kalau awak mengaku hal yang betul. Tapi takpelah awak. Mungkin awak takut saya marah awak.

Sejak dari tu, awak layan saya macam nak tak nak. Sayakah yang bersalah dalam hal ni, awak?

Awak minta saya beri awak waktu untuk tenangkan hati dan fikiran awak. Saya akur. Saya mengalah. Mungkin pada awak, sayalah yang bersalah sebab menuduh awak buat benda yang awak tak buat.

Saya beri ketenangan pada awak seperti yang awak minta. Suatu hari, saya pulak dilanda pelbagai masalah. Dugaan demi dugaan tuhan turunkan pada saya. Awak tahu tak, orang pertama yang saya perlukan adalah awak. Saya ingat awak akan ambil berat pasal saya, beri semangat pada saya tapi...

Di mana awak ketika saya perlukan awak? Ketika saya dilanda pelbagai masalah dan dugaan hidup? Awak tahu tak awaklah penyemangat saya selama ni. Tapi dimana awak waktu itu?

Saya bangkit dari kegagalan. Saya belajar dari pengalaman. Dugaan berat itu saya hadapi sendirian. Saya berjaya awak. Masalah saya selesai satu persatu berkat semangat dari kawan-kawan dan keluarga saya. Saya bersyukur diorang ada disisi saya bila saya susah. Tapi jauh dari sudut hati saya, saya selalu berharap bahawa awak menjadi salah satu dari mereka. Harapan tinggal harapan. Takpelah awak...

Raya dah nak dekat. Saya fikir hubungan kita akan kembali bahagia macam dulu tapi awak tetap dengan keegoan awak. Kita memang takkan dapat kembali macam dulu kan? Macam waktu pertama kali kita kenal. Semuanya indah. Tapi tak mungkin hubungan yang dulu dapat kembali lagi. Saya rindu awak yang dulu. Saya rindu kita yang dulu, awak. :')

Awak, dulu saya pernah beritahu awak kalau saya nak pakai baju raya sedondon dengan awak. Awak pilih tema merah. Saya pun rancang nak beli baju raya warna yang sama tapi entah kenapa tiba-tiba saya rasa saya tak perlukan semua tu. Apalagi bila awak cakap awak kena kerja masa Raya pertama nanti. Kesian awak. Hmm...rupa-rupanya baju raya awak bukan warna merah tapi hijau. Nasib baik saya tak beli baju raya.

Tapi awak, bila saya dapat tahu sehari sebelum Raya awak balik kampung, saya gembira. Saya gembira sebab akhirnya awak dapat jugak sambut Raya dengan keluarga awak. Walaupun awak takde khabarkan pada saya kalau awak dapat beraya di kampung, saya tetap tumpang gembira. Syukur awak sampai ke kampung dengan selamat. Saya tunggu khabar awak. Tapi mungkin awak tengah sibuk tolong keluarga awak buat persiapan kot.

Hari Raya pun menjelang tiba. Saya tunggu ucapan Raya dari awak tapi awak langsung tak beri apa-apa khabar pada saya. Awak sihatkah? Akhirnya saya yang mengalah. Saya yang beri ucapan Selamat Hari Raya pada awak. Saya gembira awak balas. Tapi...kenapa macam tak ikhlas? Saya mengganggu awak ke? Maafkan saya.

Awak, kita pernah berbincang mengenai masalah hubungan kita yang semakin hari semakin tak berpenghujung ni. Tapi awak macam nak tak nak jawab. Saya tak paksa awak untuk mengganggap saya ada dalam hidup awak. Saya cuma mahukan jawapan yang pasti. Saya tak nak berada di dalam hubungan yang tergantung macam ni.

Awak kata awak tak nak keluar dengan saya sebab awak malu. Awak malu bila saya yang selalu datang ambil awak. Saya selalu support awak. Awak tahu tak, saya ikhlas buat semua tu. Sikitpun saya tak pernah berkira dengan awak. Yang saya nak, cukuplah dengan awak ada di sisi saya. Cuma saya hairan kenapa bila dengan lelaki yang sukakan awak tu, awak boleh je keluar dengan dia? Jalan-jalan dengan dia? Bergurau senda dengan dia? Awak ada fikirkan saya tak masa tu?

Awak tahu tak sakit hati saya bila dapat tahu hal-hal yang tak patut saya tahu?

Awak, hari ni saya dapat tahu sesuatu hal yang sangat-sangat-sangat mengecewakan hati saya. Rupa-rupanya sehari sebelum raya tu, awak balik kampung dengan lelaki yang sukakan awak tu. Patutlah awak takde beri khabar apa-apa pada malam raya hari tu. Tapi awak, kenapa harus dia...? Lebih teruk lagi, kenapa awak rahsiakan semua ni dari saya, awak? Salah ke awak beritahu saya? Siapa saya dalam hidup awak selama ni?

Awak, mungkin awak fikir saya tak tahu apa-apa pasal awak dan lelaki tu. Hakikatnya, saya pendam, saya telan semuanya. Sakit. Tapi saya redha, awak.

Saya dah cuba jadi yang terbaik buat awak tapi saya tak mampu. Saya tak mampu bahagiakan hidup orang yang saya sayangi. Saya tak mampu nak berikan apa-apa pada awak. Mungkin saya bukan lagi orang awak cintai. Takpe awak, saya dah redha. Cuma satu sahaja saya minta pada awak. Lepaskan saya dari hati awak jika saya tidak lagi layak ada disana. Saya tahu ada orang lain yang lebih layak untuk membahagiakan awak walaupun saya tahu awak takkan boleh bersama dengan dia untuk selama-lamanya.

Awak, awak pernah tanya pada saya seandainya awak ingin kembali semula pada saya, adakah masih ada peluang kedua untuk awak?

Awak, peluang kedua selalu ada untuk awak seandainya hati saya MASIH terbuka untuk awak. Saya tak boleh janji sampai bila hati saya akan terbuka. Tapi seandainya ia telah ditutup, ia tidak akan di buka untuk orang yang sama lagi... Setiap orang ada titik lelah dia kan?

Awak, terima kasih kerana pernah menyayangi diri saya seperti mana saya menyayangi awak dengan sepenuh hati saya. Terima kasih juga untuk balasan yang awak beri pada saya di atas kesetiaan saya menjaga hubungan kita selama ni.

Saya cuma terkilan bila dapat tahu awak lebih bahagia dengan lelaki yang menyukai awak selama ni. Saya lebih terkilan apabila saya tahu yang awak pun ada menyimpan perasaan pada dia. Semoga Allah menguatkan keimanan diri awak untuk pulang ke jalan-Nya.

Terima kasih awak.

Awak, pengalaman selalu mengajar saya agar saya boleh menjadi lebih dewasa. Terima kasih kerana awak menjadi salah satu dari pengalaman hidup saya.

Yang terluka,
Leenz.

22 June 2015

Cerpen: Kisah Romantis

Kisah Romantis. (Sambungan dari cerpen Aku pergi )

      “Ahhh…finally sampai jugak ke tanah air. I miss you, Malaysia.” ujar Armani sebaik sahaja sampai di airport. Sambil menarik luggagenya, dia tercari-cari bayangan kawan-kawannya yang berjanji ingin menjemputnya di sana sebaik sahaja sampai. “Hmm…mungkin diorang terlupa kot. Takpelah. Aku balik naik cab jelah.” Armani pasrah apabila tiada satupun kawan-kawannya datang menjemput dia di airport. “Miss, may I send you to your home?” tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki yang menawarkan diri untuk menghantar Armani pulang kerumah. “No, thanks.” balas Armani tanpa menoleh. Dengan tiba-tiba luggage Armani dirampas. “Hey, what are you doing!” marah Armani yang terkejut apabila luggagenya di ambil. “I nak hantar you baliklah.” Armani terdiam apabila melihat Ielaki yang mengambil luggagenya itu adalah Iezwan. “You ni main-mainkan I dari tadi ye!” Armani menggumam geram. “Eh, mana ada. I cuma nak usik you je.” gurauan Iezwan mendapat cubitan dari Armani. “Aduhh…I guraulah. Kan dah lama I tak sakat you. By the way….I miss you.” ujar Iezwan sambil menghulurkan 3 kuntum bunga mawar merah kepada Armani. Armani tersipu malu.

      Sepanjang perjalanan pulang kerumah, Armani merasa sedikit janggal berada disamping Iezwan. Tempoh 3 tahun hidup berjauhan, hanya application skype mahupun whatsapp yang mereka gunakan untuk saling berhubung. Segala masalah yang berlaku diantara kawan-kawannya yang lain sering diceritakan oleh Iezwan apabila mereka sama-sama online. “How UK?” tanya Iezwan, memecahkan kesunyian. “Okay, not bad. Rasa macam tak nak balik.” jawab Armani, ringkas. “Tak rindu kat I lah tu.” Armani tercengang. “Er…nothing.” Iezwan segera membetulkan keadaan. Takut dia dianggap bertepuk sebelah tangan, Iezwan langsung menukar topik perbualan.

      “Macam mana dengan Fadzley?” tanya Armani. “Dia okay je. Sekarang dia dah kerja dengan Iyrwan. Kebetulan papa I kena uruskan bisnes dia yang ada di Indonesia, jadi papa minta Iyrwan tolong uruskan syarikat papa yang ada kat sini. So, that why Fadzley diajak kerja dengan Iyrwan.” jelas Iezwan walaupun dia sedikit terkejut apabila Armani bertanyaan khabar Fadzley, bekas teman lelakinya itu. “You tak join sekali?” tanya Armani. “Bidang I bukan pada bisnes. I lebih minat jadi freelancer buat masa sekarang.” jelas Iezwan. “Kalau macam tu, you kerja dengan I jelah.” Iezwan sedikit terkejut apabila diajak bekerja dengan Armani. “Kerja dengan you? Kerja apa? You ada buat bisnes ke?” Iezwan hairan. “Kerja jaga hati I. Hahahaha.” Armani berseloroh. Iezwan menggumam geram tapi kemudian dia tersenyum senang.

**********************************************************

      “Postpone lagi?” tanya Armani mencari kepastian dari Aliesya yang tiba-tiba mengundurkan tarikh perkahwinan dia dan Iyrwan kerana masalah dalaman. “I have no choice. Iyrwan sekarang tengah sibuk uruskan bisnes papa dia. Lagipun dia masih belajar cara-cara nak menguruskan bisnes dengan baik. Jadi aku tak nak ganggu fikiran dia dengan hal perkahwinan.” jelas Aliesya walaupun hatinya sedang rapuh dengan keputusan pengunduran itu. Aliesya pandai menyembunyikan masalah hubungannya dengan Iyrwan. Sejak Iyrwan menguruskan pekerjaan papanya, lelaki itu semakin mengabaikan Aliesya. Apabila diajak berbincang soal hal perkahwinan, Iyrwan langsung kehilangan mood. Aliesya hanya mampu berdiam diri dengan masalah yang dia sedang hadapi.

      “Iyrwan, aku tengok sekarang kau dah jarang ada masa untuk tunang kau, Aliesya tu. Kau tak kesian ke dengan dia?” tanya Fadzley sewaktu keluar makan tengah hari dengan Iyrwan. “Maksud kau? Kau pun nampak kan aku punya sibuk macam mana. Kadang sampai tak ada masa nak keluar dating dengan dia. Buat masa ni, aku nak fokus pada kerja dulu.” jelas Iyrwan. “Masuk ni dah kali ketiga kau undurkan tarikh perkahwinan korang. Aku suggest pada kau, lebih baik kau dahulukan hal yang wajib. Kalau kau asyik melayan kerja je, memang tak akan habislah.” Iyrwan mulai rimas apabila Fadzley mula bercakap soal hal peribadinya. “Aku tahu uruskan hal peribadi aku sendiri. Kau tak payah sibuklah.” jawab Iyrwan sambil pergi meninggalkan Fadzley sendirian.

      “Hai bro! Monyok je muka apehal?” tegur Iezwan sebaik sahaja lihat sahabatnya itu sedang bermuram durja. “Nothing to share.” jawab Fadzley dengan ringkas. “Sombongnya.” ejek Iezwan. Jarang sekali dia melihat Fadzley diam seribu bahasa. Lelaki itu tidak pernah lekang dari sebarang perbualan. “Bro, kau ada masalah dengan Iyrwan ke?” Fadzley memandang Iezwan yang seakan-akan dapat meneka apa yang sedang bermain difikirannya. “Aku tak faham dengan Iyrwan tu. Aku nasihatkan dia benda yang baik, tapi dia macam tak nak terima. Aku kesian dengan hubungan dia dan Aliesya. Dia asyik sibuk dengan kerja dia. Aku suruh dia buat yang wajib dulu, kau tau dia cakap apa? Dia suruh aku jangan sibuk hal dia.” jelas Fadzley yang pada mulanya berat hati ingin berkongsi dengan Iezwan, adik kepada Iyrwan. “Aku pun dah pernah cuba nasihatkan Iyrwan tapi...biarlah. Dia dah besar, dia mesti boleh fikir mana baik mana buruk. Dahlah, kau jangan ambil hati dengan apa yang Iyrwan cakapkan tu.”

*************************************************************

      “Client Encik Iyrwan sedang menunggu di lobi.” pesan Shana, selaku penyambut tetamu. Iyrwan segera ke lobi untuk berjumpa dengan clientnya. “Hai, saya Irdina.” ujar wanita yang berbaju kemeja rapi dan memakai skirt paras lutut itu langsung memperkenalkan dirinya sebaik sahaja berjumpa dengan Iyrwan. Iyrwan memandang Irdina dengan penuh minat. “You dah makan? Kalau belum, jom kita pergi makan sambil kita discuss pasal bisnes kita.” Irdina akur dan hanya mengikut Iyrwan.

      Telefon bimbit Iyrwan berdering berkali-kali tapi tidak dijawab oleh Iyrwan. “Kenapa you tak jawab?” tanya Irdina apabila melihat Iyrwan menamatkan panggilan tersebut. “I tak suka diganggu bila I tengah ada discussion.” Irdina menggangguk faham. Mata Iyrwan tidak lepas pandang wajah Irdina. Entah kenapa hatinya menjadi berdebar-debar apabila berada dekat dengan wanita itu. "You single ke?" suapan Irdina terhenti apabila mendengar pertanyaan Iyrwan. "Sorry?" Iyrwan menyedari kelancangannya langsung menukar topik. "Maksud I, you anak tunggal ke?" Irdina tersenyum apabila Iyrwan segera membetulkan kesalahannya. "Yes, I anak tunggal. That's why daddy I suruh I tolong dia uruskan bisnes keluarga. Mulanya I tak minat pun, tapi kesian pula I tengok daddy I kerja keras untuk bagi keluarga dia makan minum. So, tak salah kot untuk I cuba belajar bidang bisnes. If you don't mind, boleh tak ajar I?" Iyrwan tersenyum lebar mendengar tawaran dari clientnya itu.

      "Encik Iyrwan, Cik Aliesya sedang menunggu Encik di pejabat." Iyrwan terkejut apabila mengetahui Aliesya berada di pejabatnya. "Apa awak buat kat pejabat saya?" tanya Iyrwan, bernada tinggi. "Hai sayang. Saya call awak tapi awak tak jawab, jadi saya terus datang sini. Saya tau awak sibuk. By the way, saya ada bawakkan makanan tengah hari untuk awak. Mesti awak laparkan." ujar Aliesya sambil mengeluarkan bekas tupperware yang berisi lauk pauk. "Saya dah makan tadi." balas Iyrwan tanpa mempedulikan Aliesya yang bersungguh-sungguh menyediakan makanan tengahhari untuk tunangnya itu. "Tapi..." belum sempat Aliesya memujuk, Iyrwan pantas memotong kata-katanya. "Saya kata saya dah makan, awak dengar tak? Awak bawaklah balik makanan tu semua. Saya dah kenyang." jawab Iyrwan. "Saya masakkan semua ni untuk awak." Iyrwan mulai baran. "Awak tak dengar ke saya cakap apa tadi? Awak tak nampak saya tengah sibuk sekarang? Saya kata balik, baliklah!" tengking Iyrwan. Aliesya terkejut melihat sikap Iyrwan. Selama dia kenal dengan tunangnya itu, tidak pernah sekali pun lelaki itu menengkingnya.

**********************************************************

      "So, kau dengan Fadzley bila nak terikat? Aku pernah cakap kalau aku balik sini, aku nak korang dah ada ikatan kalau tak aku akan rampas balik. Kau nak ke tak Fadzley tu?" tanya Armani dengan niat bergurau. Arissa terdiam mendengar ugutan kawannya. "Aku..." Arissa menunduk sedih. "Ish...aku gurau jelah. Takkan lah aku nak ambik balik apa yang bukan milik aku lagi. Lagipun, aku dah ada Iezwan kan. Sorry ye, aku bergurau je tadi." Armani menjadi serba salah melihat Arissa tiba-tiba muram. "Sebenarnya, aku tak layak dampingi lelaki seperti Fadzley mahupun Iezwan." Armani tercengang mendengar kata-kata Arissa. "Kenapa tiba-tiba kau cakap macam tu?" Arissa terdiam. Armani mulai bingung. "Aku bukan dari golongan berada macam korang. Aku hanya gadis yang datang dari kampung. Hidup aku tak setaraf dengan korang. Aku tak layak." Armani mendekati Arissa. "Apa kau cakapkan ni. Tak baik merendah diri macam tu. Lagipun Fadzley jenis yang tak kisah pun dengan siapa dia berhubungan." Arissa menunduk sedih. Dia teringat kembali pertemuan antara dia dengan seorang gadis yang mengaku bakal tunang Fadzley beberapa minggu yang lepas...

      "So, you are?" tanya gadis berwajah kacukan belanda itu. "Saya Arissa." gadis itu memandang hina penampilan Arissa. "By the way, thanks for coming. Tak sia-sia I godeh hp Fadz dan jumpa number you." Arissa diajak kesebuah cafe yang berdekatan. "Sorry, I lupa kenalkan diri I. I Diana, bakal tunang Fadzley." hati Arissa bagai dipanah petir apabila mendengar ayat terakhir dari gadis yang bernama Diana itu. "Terkejut ke? Let me straight to the point. Actually, perempuan kampung macam you ni tak layak dampingi lelaki seperti Fadzley. And for your infomation, keluarga Fadzley tak suka Fadzley bergaul dengan mana-mana perempuan yang berasal dari keluarga miskin macam you. So, kalau you taknak I ngadu dengan mama Fadzley, lebih baik you jauhkan diri dari Fadzley mulai sekarang." Air mata Arissa mulai bergenang. Hatinya bagai dicarik-carik.

********************************************************

      "Bila lagi kita nak buat double date macam dulu?" tanya Armani kepada Iezwan. "Tunggu Fadzley free nanti lah. Maklumlah, orang busy." Armani mencubit hidung Iezwan kerana kenakalannya. "I'm joking." ujar Iezwan sambil mengusap hidungnya. "I rindu nak berkumpul dengan diorang macam dulu-dulu. Kalaulah I tak pergi UK, mesti sekarang kita dah berkumpul macam selalu." ujar Armani sambil memuncungkan bibirnya. "Kalaulah you tak pergi UK, mesti sekarang kita dah digelar couple of the year." ujar Iezwan sambil tertawa besar. Armani termangu. "I gurau je. Sorry, I buat you tak selesa dengan ucapan I tadi." Iezwan segera memperbetulkan kesalahannya.

      Tiba-tiba telefon pintar Armani berdering dan terpapar nama Fadzley diskrin telefonnya. Armani berfikir panjang untuk menjawab. Semenjak hubungan dia dan Fadzley bukan lagi pasangan kekasih, baru sekali ini Fadzley menghubunginya. Iezwan pura-pura memandang ke arah lain. "Ye Fadz, ada apa-apa masalah ke?" tanya Armani sebaik sahaja mendengar suara Fadzley yang kedengaran cemas di hujung talian. "Sorry Fadz, I takde dekat rumah. I keluar dengan Iez. Maybe telefon Arissa habis bateri kot." jawab Armani. Sebaik sahaja panggilan ditutup, Armani cuba menghubungi Arissa tapi gagal. "Pelik. Tak pernah pulak Arissa off handphone." Iezwan memerhatikan Armani yang sedang bingung memikirkan kawan serumahnya, Arissa. "You okay? Fadzley call tadi?" Iezwan pura-pura bertanya. "Aah, Fadzley call tadi. Dia cari Arissa sebab dia call handphone Arissa tapi tak dapat." Iezwan menggangguk faham. Jauh dari sudut hatinya, dia risau seandainya Fadzley ingin menawan hati Armani semula.

      Sebaik sahaja sampai di rumah, Armani hairan melihat rumahnya gelap gelita. "Arissa keluar dengan Fadzley ke?" Apabila dia membuka lampu, tiba-tiba dia melihat sekeping nota berada di atas meja yang terletak diruang tamu.


'Armani, aku balik kampung. Ada banyak hal yang perlu aku selesaikan di sini. Terima
kasih kerana sudi tumpangkan aku untuk tinggal di rumah kau selama ni. Halalkan makan minum aku. Maafkan aku kalau selama kita kenal, aku banyak menyakitkan hati kau. Kau jaga diri baik-baik. Aku akan selalu doakan kebahagiaan kau. Terima kasih atas segalanya. Mungkin aku takkan balik lagi. Aku akan tinggal di kampung sampai bila-bila. Maafkan aku. Wasalam.'

      Armani terduduk apabila mengetahui bahawa kawan baiknya itu telah pun pulang ke kampung tanpa pengetahuannya. Dia berusaha menghubungi telefon bimbit Arissa tetapi masih gagal. Nombor Fadzley didail. Kepada Fadzley, Armani mengadu segalanya. "I rasa lebih baik kita cari dia esok je. Sekarang dah malam, better you rehat secukupnya." pesan Armani sebelum menamatkan panggilan.

*****************************************************
     "You ada masalah ke? I tengok dari tadi you termenung je." tanya Iezwan yang sejak tadi memerhatikan Armani. "I risaulah tengok kawan-kawan I. Aliesya dengan Iyrwan asyik bergaduh je sejak kebelakangan ni. Arissa pun entah kemana dia menghilang. Kalau ye pun nak balik kampung, on jelah handphone tu. Takdelah Fadzley mencari macam orang gila. I kesian tau tengok diorang." Iezwan mencapai tangan Armani. "You jangan fikirkan sangat pasal diorang. Nanti diorang okaylah tu. Selagi I ada dengan you, I akan cuba tolong kurangkan beban di fikiran you tu." Armani tersenyum mendengar sokongan dari Iezwan.

     "Itu Iyrwan kan?" tanya Armani apabila terlihat kelibat Iyrwan bersama seorang wanita disisinya. "Aah, itu memang Iyrwan tapi...siapa perempuan tu? Jom sergah diorang." ujar Iezwan sambil menarik tangan Armani.

     "Apa abang buat kat sini? Bukannya sekarang waktu kerja ke?" bulat mata Iyrwan melihat Iezwan dan Armani turut berada di situ. "Siapa perempuan ni?" tanya Iezwan. Iyrwan mulai rimas apabila Iezwan bertalu-talu memberi pertanyaan. "Jangan sibuklah. I'm working right now." ujar Iyrwan segera pergi dari situ. Iezwan dan Armani saling berpandangan.

****************************************************

     "Apa masalah awak ni? Saya hanya keluar dengan client saya je. Takkan itupun awak nak fikir saya curang?" tempik Iyrwan apabila Aliesya mulai mencurigainya. "Saya tak cakap awak curang. Tapi bukan sekali ni kawan-kawan saya nampak awak keluar dengan perempuan lain. Kalaupun awak keluar dengan client, takkan sampai berpegang tangan? Apa maksudnya semua tu?" marah Aliesya yang sudah tidak tahan mendengar khabar angin yang mengatakan Iyrwan bermesra dengan perempuan lain. "Awak ada bukti nak tuduh saya buat semua tu?" Aliesya terdiam. Akhirnya Aliesya mengalah dan keluar dari pejabat Iyrwan dengan penuh kemarahan. Iyrwan tersenyum puas.

     Sewaktu Aliesya ingin melintas ke perhentian bas untuk menunggu teksi, tanpa dia sedari sebuah kereta yang sedang laju menghala kearahnya. Aliesya tidak sempat mengelak dan akhirnya kereta tersebut melanggarnya. Orang ramai mulai berkerumun dan salah seorang yang berada disitu telah menelefon ambulan untuk dibawa ke hospital.

     Sebaik sahaja mendapat panggilan dari pihak hospital, Armani segera kesana bersama Iezwan. Armani langsung menangis melihat sahabatnya terlantar bersama wayar-wayar yang berselirat dan kepala yang berbalut sedang terbaring lemah di wad. Apabila dia mengetahui bahawa Aliesya kemalangan berdekatan dengan tempat kerja Iyrwan, dia tahu punca sahabatnya leka ketika sedang melintas.

     Iyrwan sampai setengah jam kemudian selepas dihubungi oleh Iezwan. Sebaik sahaja Armani melihat kelibat Iyrwan, dia terus menampar lelaki itu. "Aku tau semua ni sebab kau. Kau yang buat dia macam ni. Kalau kau tak timbulkan semua masalah ni, Aliesya takkan ada kat sini!" herdik Armani. Untung sahaja Iezwan segera mencegah Armani dari terus memukul Iyrwan, kalau tidak pasti keadaan akan menjadi semakin buruk. "It's not my fault. Dia yang leka." Kemarahan Armani semakin memuncak apabila mendengar kata-kata Iyrwan. Iezwan segera membawa Armani jauh dari Iyrwan. "Kita ke cafe."

     "You okay?" tanya Iezwan. Armani menggangguk lemah. "Thanks." Iezwan tersenyum. "Kalau you takde, I tak tau apa akan jadi dengan I nanti. I tak sanggup tengok keadaan Aliesya macam tu. I tak sangka Iyrwan sekejam ni." Iezwan mendengar tanpa mencelah. Tidak mahu melihat air mata gadis di hadapannya itu jatuh, Iezwan langsung mengelap air mata Armani. "I akan selalu ada untuk you. Jangan nangis lagi ye. Tak manis." Armani termangu melihat Iezwan.

*************************************************
      "What? You kata mama you nak tunangkan you dengan gadis pilihan dia? How about Arissa?" Fadzley terdiam. Dua hari yang lepas, kepulangan orang tua Fadzley ke Malaysia membawa hajat untuk satu-satunya anak tunggal dalam keluarga Tengku Farid dan Syarifah Sofea, orang tua Fadzley. Syarifah Sofea mengenalkan Diana kepada Fadzley sebagai bakal tunangnya. Fadzley membantah keras pertunangan dia dan Diana. Dia mahu Arissa menjadi tunangnya tapi tidak dipersetujui oleh kedua orang tua Fadzley. "Gadis kampung macam dia tak layak jadi sebahagian dari keluarga kita. Mama tak nak Fadzley ada hubungan apa-apa lagi dengan perempuan tu. Diana tersenyum puas dengan rancangan dia untuk menjauhkan Fadzley dengan Arissa.

      "I tak nak bertunang dengan Diana. I dah faham kenapa Arissa selalu mengelak dari I. Dan sekarang I dah tau kenapa Arissa buat keputusan untuk pulang ke kampung. Ini semua kerana Diana. I dapat tau dia berjumpa dengan Arissa dan mengugut Arissa kalau Arissa tak tinggalkan I." Armani menggeleng kepala mendengar cerita Fadzley. "Mama I hanya restui hubungan I dengan perempuan yang setaraf dengan keluarga I." Fadzley mengeluh. "You boleh tolong I?" tanya Fadzley yang tiba-tiba mendapat sebuah idea. Armani terpinga-pinga.

      "Apa? You nak jadi tunang Fadzley?" tanya Iezwan sebaik sahaja Armani memberitahu rancangan Fadzley yang ingin membatalkan pertunangan dia dan Diana. "You serious?" tanya Iezwan berkali-kali. "Ini semua hanya pura-pura je. I cuma nak tolong Fadzley supaya dia tak bertunang dengan Diana." jelas Armani. Iezwan mengeluh berat. "Macam mana kalau Fadzley jatuh cinta semula dengan you?" Armani terdiam. Baginya, Fadzley pernah menjadi orang yang dia sayang. Tak mustahil dia akan jatuh cinta kembali dengan lelaki itu.

*****************************************************

     Pertunangan antara Fadzley dan Armani berjalan lancar. Diana menggumam geram kerana tidak berjaya mengambil hati orang tua Fadzley. Akhirnya gadis itu pulang ke pangkuan keluarganya yang berada di Belanda. Syarifah Sofea, ibu kepada Fadzley mulai suka pada Armani. "Mama rasa pertunangan kamu berdua tak perlu lama-lama, jadi mama dah fikir masak-masak. Dua bulan lagi kamu berdua akan bernikah.” ujar Puan Syarifah. "What?" jerit Armani dan Fadzley serentak.

     "I tak nak kita nikah." ujar Fadzley. "Bukan I yang patut jadi isteri you tapi Arissa. Please Fadz, do something." ujar Armani yang kusut memikirkan cara untuk mengelak dari bernikah dengan Fadzley. "Kita fikirkan sama-sama. Tapi sebelum tu, lebih baik you pergi melawat Aliesya. I dengar dia dah sedar." ujar Fadzley. Armani langsung bergerak menuju ke hospital di mana Aliesya ditempatkan disana.

     "Sorry I lambat. You dah lama sampai?" Iezwan hanya menggeleng. "Macam mana keadaan Aliesya? Fadz kata Aliesya dah sedar." tanya Armani sambil menjengah di pintu bilik Aliesya berada. "Tadi dia dah sedar. Tapi dia dah tidur balik." Armani menggangguk lega. "Macam mana dengan hubungan you dan Fadzley?" Armani terpinga-pinga. "Macam I cakap, pertunangan I dengan Fadzley hanya pura-pura. Tapi...mama Fadzley nak kami bernikah dua bulan lagi." bulat mata Iezwan mendengar. "I nak kena cari Arissa supaya dia boleh gantikan tempat I sebagai tunang Fadzley." Iezwan mulai hilang semangat apabila mengetahui bahawa dua bulan lagi Armani akan menjadi isteri Fadzley sekiranya Arissa tidak kembali.

*****************************************************

     Sebulan berlalu. Aliesya mulai sembuh dan kini dia sudah mampu tersenyum dan berbual seperti biasa. "Kau kenapa? Kau ada masalah ke?" Aliesya mulai merasakan ada yang tak kena dengan sahabatnya. "Eh, aku okay jelah. Kau tu cepat sikit sembuh. Nanti bolehlah kau teman aku shopping macam biasa. Lepas kau sembuh ni, janji dengan aku yang kita akan shopping sampai shopping mall tu tutup. Boleh?" Aliesya tergelak besar mendengar ocehan Armani.

     Sebaik sahaja pulang dari hospital, ibu Fadzley mengajak Armani dan Fadzley untuk pergi fitting baju pengantin. Hatinya langsung tidak berada di situ. Sebolehnya dia mahu berterus terang soal pertunangan pura-pura antara dia dan Fadzley itu. Puan Syarifah bersungguh-sungguh menyiapkan segala kelengkapan untuk hari perkahwinan anak tunggalnya bersama Armani sebulan lagi. Berkali-kali Armani cuba menghubungi Iezwan tetapi telefon bimbit Iezwan tidak aktif. "Fadz, I tak boleh teruskan semua ni." bisik Armani. "Sabarlah. I tengah fikirkan cara lain supaya kita tak bernikah." jawab Fadzley.

     "Please Fadz, I dah tak mampu nak sorok lagi. I tak nak lukakan hati siapa-siapa. Ibu you beriya-iya siapkan semua ni untuk kita. Macam mana kalau dia tau yang I takkan kahwin dengan you nanti? I tak sanggup tengok ibu you sedih." ujar Armani yang sudah buntu mencari jalan. "Kalau macam tu, kita jadikan perkahwinan ni perkahwinan yang sebenar." Armani tercengang. "Fadz, ini bukan masa untuk main-main." Armani mengeluh. "I tak main-main. I pun dah buntu. I tak tau kat mana Arissa sekarang. Dia pun mungkin dah lupakan I." ujar Fadzley. "Kita pernah jadi kekasih. Dan tak salah kalau sekarang kita akan jadi suami isteri. Mungkin you memang ditakdirkan hidup dengan I." Armani terdiam.

*******************************************************

     "Kau serius ke ni?" tanya Aliesya sewaktu berada di dalam bilik persalinan baju. "Aku tak tau apa yang aku buat ni betul atau tak. Aku dah tak boleh buat apa-apa lagi. Fadzley tiba-tiba berubah fikiran. Aku tak tau kenapa dengan dia. Tiba-tiba je setuju kalau aku jadi isteri dia. Aku tau semua ni salah aku sebab setuju dengan rancangan Fadzley. Aku tak berharap banyak. Aku cuma berharap Arissa pulang kesisi Fadzley." ujar Armani sambil menangis teresak-esak.

     "Pengantin dah siap?" Armani hanya menunduk muram. Dia redha walau apapun yang jadi. Hatinya tidak henti-henti memikirkan Iezwan yang dulu selalu ada untuk dia apabila dia dilanda masalah. Kemanakah lelaki itu...? Sejak Armani menjadi tunang Fadzley, Iezwan mulai menjauhkan diri dari Armani.

     Akad nikah akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Armani selalu berharap majlis ini akan terbatal dengan tiba-tiba. Tapi semua itu mustahil terjadi. Dia tidak mahu berharap banyak. Dia cuma inginkan Iezwan berada disisinya saat itu. "Iezwan..." air mata Armani mulai menitik. Mak Andam yang berada disisi Armani mulai panik melihat Armani menangis. "Eh, kenapa ni. Akad nikah belum mula pun lagi. Dah, jangan nangis. Rosak make up nanti." bebel Mak Andam.

     "Perkahwinan ini tidak boleh diteruskan." semua yang berada di situ terdiam. "Saya tak akan izinkan Armani berkahwin dengan Fadzley." Armani langsung menoleh kebelakang apabila mendengar namanya disebut. "Iezwan." Armani langsung menyeka air matanya apabila melihat kelibat Iezwan di situ. "Armani tak akan berkahwin dengan Fadzley. She's mine." Fadzley langsung bangun dari tempat duduknya. "Come on lah bro, Armani dah jadi tunang aku dan dia akan berkahwin dengan aku. Kau takde hak nak halang." ujar Fadzley. "Kau dah lupa pada Arissa ke?" Fadzley terdiam apabila Iezwan membawa keluar Arissa. "Arissa..." Fadzley tergamam melihat kehadiran Arissa di situ. "Arissa mana you pergi selama ni." Fadzley langsung mendapatkan Arissa. "Mama, papa, maafkan Fadzley. Memang betul apa yang Iezwan cakapkan. Perkahwinan ini tak boleh diteruskan. Fadzley tak sepatutnya berkahwin dengan Armani tapi Arissa. Fadz mencintai Arissa. Please ma, pa, restuilah hubungan kami." rayu Fadzley sambil menggenggam tangan Arissa. Tengku Farid dan Syarifah Sofea mulanya tidak bersetuju tapi kerana malu dengan saudara-mara yang hadir akhirnya mereka pasrah dengan keputusan anak lelaki tunggal mereka itu. Akhirnya mereka merestui hubungan Fadzley dan Arissa.

     "Thanks sebab kau sudi pulangkan Armani pada aku." Fadzley tersenyum. "Kan aku dah kata aku pinjam je bukan nak jadikan milik aku selamanya pun. So, kau pulak bila nak propose Armani? Takkan kau nak tunggu dia lamar kau pulak. Be gentleman lah bro." perli Fadzley. Iezwan hanya tersenyum dengan cadangan kawannya itu.

*******************************************************

     Sebuah kotak yang berisi barangan peribadi seseorang telah dicampak di atas meja Iyrwan. "Apa benda semua ni?" tanya Iyrwan dengan berang. "Kalaupun kau stress dengan kerja, tak bermaksud kau boleh lampiaskan kemarahan kau pada Aliesya. Kau ingat dia patung yang tak ada perasaan ke? Ni semua barang-barang yang kau pernah kasi pada Aliesya. Kau dah lupa ke? Kalau kau lupa, kau belek balik barang-barang ni semua. Biar kau ingat balik apa yang kau pernah lalui dengan Aliesya dulu. Jangan menyesal kalau Aliesya tinggalkan kau suatu hari nanti!" marah Armani. Iyrwan mengambil satu persatu barang-barang yang berada di dalam kotak itu sambil mengingati semula waktu pertama kali dia mengenali Aliesya.

     "Iyrwan, tengok tu. Kau tak nak cuba ngorat ke?" Iyrwan sekadar tersenyum dengan cadangan Iezwan. "Perempuan tu nampak je lembut, entah-entah sebenarnya dia garang." ujar Iyrwan cuba mengelak. "Belum cuba belum tau bro." cabar Fadzley yang sedia tahu bahawa Iyrwan seorang yang pantang dicabar. Iyrwan langsung bangun dari tempat duduknya dan mendekati meja di mana ada beberapa orang gadis sedang berbual. "Hi, you look sweety. May I have your phone number?" Iyrwan mulai bengang apabila tidak dilayan. "Sorry, my name is Iyrwan. And you?" sekali lagi Iyrwan tidak mendapat layanan. "Nama dia Aliesya. Dia memang pemalu." ujar kawannya. "Oh nice name. By the way, sebab awak dah perkenalkan kawan awak ni pada saya, sebagai hadiah, ini nombor kawan saya yang sedang duduk di sana tu. Nama dia Fadzley. Dan ini pula nombor phone saya. Nanti tolong bagi pada kawan awak yang bernama Aliesya. Terima kasih." Aliesya hanya diam membisu sambil membaca novel yang dibawa.

     "Perghhh so gentleman!" ujar Fadzley sambil menepuk tangan melihat Iyrwan yang betul-betul menyahut cabarannya tadi. "Sebagai bonus, aku dah bagi nombor phone kau pada kawan dia yang duduk di sebelah dia tu." Fadzley ternganga mendengar kata-kata Iyrwan. "Aku tak suruh pun kau bagi number aku pada kawan dia." Iyrwan pura-pura tidak mendengar rungutan Fadzley. Iezwan yang sejak tadi memerhatikan mereka berdua hanya mampu tertawa besar.

      Seminggu selepas itu, akhirnya Aliesya menghubungi Iyrwan dan mengajak Iyrwan berjumpa. Aliesya yang dia kenali benar-benar seorang gadis yang lembut dan sopan. Semakin hari hubungan mereka semakin rapat sehingga suatu hari Iyrwan mengusulkan untuk mengikat tali pertunangan dengan Aliesya. Sepanjang perhubungan mereka, Aliesya selalu banyak bersabar dengan sikap baran Iyrwan, Setiap kali terjadi perbalahan, pasti Aliesya yang mengalah walaupun pada hakikatnya Iyrwan yang bersalah. Ketika Iyrwan sakit, Aliesya menjaga lelaki itu dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah sedikit pun Aliesya menyakiti hati Iyrwan walaupun Iyrwan sering terlihat keluar dengan kawan-kawan perempuannya yang lain.

      "Aliesya..." Iyrwan mulai sedar kehadiran Aliesya dalam hidupnya sangat bermakna. Dia langsung menghubungi Aliesya untuk berjumpa dengan tunangnya itu.

******************************************************

      "Aliesya!" sapa Iyrwan yang kelihatan termengah-mengah. "Kenapa ni?" tanya Aliesya yang kelihatan terpinga-pinga. "Maafkan saya. Selama ni saya selalu sia-siakan awak." Aliesya semakin bingung melihat sikap Iyrwan. "Iyrwan, jangan buat macam ni. Orang tengok malulah." ujar Aliesya serba salah dengan keadaan sekeliling. "Saya minta maaf. Saya tahu saya bodoh sebab saya abaikan awak selama ni. Saya sayangkan awak." merah muka Aliesya mendengar ucapan Iyrwan. "Will you marry me?" Aliesya tergamam mendengar lamaran Iyrwan di hadapan orang ramai. Dia melihat sekeliling. Semua orang meminta dia untuk mengatakan 'ya' pada lamaran itu. "Asalkan awak janji takkan kecewakan saya lagi." ujar Aliesya. "Saya janji." balas Iyrwan. Akhirnya Aliesya menerima lamaran dari Iyrwan.

      "Sorry bro kitorang lambat." ujar Fadzley sambil menarik kerusi untuk Arissa duduk. "Baguslah korang lambat. Takdelah korang tengok drama swasta tadi. Kalau tak, mesti korang gelakkan aku." Fadzley dan Iezwan terpinga-pinga. "Drama apa?" tanya Armani. Iyrwan melarang Aliesya agar tidak memberitahu siapa-siapa. Aliesya sekadar tersenyum. "Kedekut." ujar Armani sambil memuncungkan bibirnya.

      "Korang orderlah makanan dulu. Aku ada hal sikit." ujar Iezwan sambil pergi meninggalkan kawan-kawannya. Fadzley tersenyum-senyum. Dia sudah menduga bahawa Iezwan telah membuat sebuah rancangan. "Dia nak pergi mana tu?" tanya Iyrwan. Fadzley mengangkat bahu pura-pura tidak tahu menahu. Armani terpinga-pinga sendiri.

      "Hello everybody. Tonight I want dedicated this song for someone that I love so much. Kisah Romantis by Glenn Fredly."

Mengejar dirimu
Takkan ada habisnya
Membuat diriku menggila

Bila hati ini
Menjatuhkan pilihan
Apapun akan kulewati

Hari ini sayang
Sangat penting bagiku
Kau jawaban yang aku cari

Kisah hari ini kan kubagi denganmu
Dengarlah sayang kali ini
Permintaanku padamu

Dan dengarlah sayangku
Aku mohon kau menikah denganku
Ya hiduplah dengan ku
Berbagi kisah hidup berdua
(Habiskan sisa hidup)
(Menikahlah denganku)

Cincin ini sayang
Terukirkan namamu
Begitu juga di hatiku..

Hujan warna-warni
Kata orang tak mungkin
Namun itu mungkin bagiku
Sebuah tanda cintaku..

- Kisah Romantis by Glenn Fredly -

      Semua yang berada disitu bertepuk tangan sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan. "To Armani Sophilea, will you be my love, my girl, my fiancee & my wife forever?" tanya Iezwan di hadapan semua orang. Armani tergamam apabila semua orang memandang ke arahnya. Aliesya menyuruh Armani pergi ke hadapan dan memberi jawapan kepada lamaran Iezwan. Armani teragak-agak tetapi akhirnya dia akur.

      "Truthfully, I could talk about you all day and all night and I'd still have a million more things to say. But too many words become meaningless, so I'll just leave it at you're the most wonderful person I've ever met, and I can't imagine not having you in my life. You know what, loving you was one of the best decision of my life. So, I said yes." ujar Armani. Iezwan langsung mendapatkan Armani yang tidak jauh darinya dan langsung memeluk gadis itu.

      "Siapa kata Iezwan tak gentle?" ujar Fadzley sambil menjeling ke arah Iyrwan. "Tak sangka hari ni je dah dua lamaran terjadi kat cafe ni. Lepas ni cafe ni dah boleh tukar nama jadi Cafe Cinta." kedengaran suara dari meja sebelah. Fadzley menjeling ke arah Iyrwan yang pura-pura khusyuk mendengar lagu. "Abang adik sama je perangai." perli Fadzley. "Nama pun saudara kembar." celah Arissa. Akhirnya mereka tergelak bersama.

END OF PART 2. ^,^

Hasil nukilan oleh: Leenz Armani


P/S: Yeay! Akhirnya siap juga Part 2. Aku rela bersengkang mata sebab nak siapkan cerita untuk part yang kedua ni tau. Bayangkan betapa lembabnya otak aku mencari idea! Btw, aku lega sebab berjaya habiskan cerita ni walaupun cerita ni tak seberapa. Aku menulis pun hanya sekadar suka-suka. Okay, abaikan. Apapun semoga korang enjoy jelah ye. Don't forget to leave your comment okay. But wait, korang pernah dengar lagu Kisah Romantis? Kalau belum, jom dengar 2 versi. Satu dari Glenn Fredly sendiri dan satu lagi dinyanyikan semula oleh sebuah boyband terkenal di Indonesia iaitu SMASH. Dua-dua pun best. Jom dengar! Have a nice day guys!

Kisah Romantis versi Glenn Fredly

Kisah Romantis versi SMASH Indonesia

Okay, chaw chaw!

Wasalam.


Yang sewel,
Leenz