About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

22 June 2015

Cerpen: Kisah Romantis

Kisah Romantis. (Sambungan dari cerpen Aku pergi )

      “Ahhh…finally sampai jugak ke tanah air. I miss you, Malaysia.” ujar Armani sebaik sahaja sampai di airport. Sambil menarik luggagenya, dia tercari-cari bayangan kawan-kawannya yang berjanji ingin menjemputnya di sana sebaik sahaja sampai. “Hmm…mungkin diorang terlupa kot. Takpelah. Aku balik naik cab jelah.” Armani pasrah apabila tiada satupun kawan-kawannya datang menjemput dia di airport. “Miss, may I send you to your home?” tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki yang menawarkan diri untuk menghantar Armani pulang kerumah. “No, thanks.” balas Armani tanpa menoleh. Dengan tiba-tiba luggage Armani dirampas. “Hey, what are you doing!” marah Armani yang terkejut apabila luggagenya di ambil. “I nak hantar you baliklah.” Armani terdiam apabila melihat Ielaki yang mengambil luggagenya itu adalah Iezwan. “You ni main-mainkan I dari tadi ye!” Armani menggumam geram. “Eh, mana ada. I cuma nak usik you je.” gurauan Iezwan mendapat cubitan dari Armani. “Aduhh…I guraulah. Kan dah lama I tak sakat you. By the way….I miss you.” ujar Iezwan sambil menghulurkan 3 kuntum bunga mawar merah kepada Armani. Armani tersipu malu.

      Sepanjang perjalanan pulang kerumah, Armani merasa sedikit janggal berada disamping Iezwan. Tempoh 3 tahun hidup berjauhan, hanya application skype mahupun whatsapp yang mereka gunakan untuk saling berhubung. Segala masalah yang berlaku diantara kawan-kawannya yang lain sering diceritakan oleh Iezwan apabila mereka sama-sama online. “How UK?” tanya Iezwan, memecahkan kesunyian. “Okay, not bad. Rasa macam tak nak balik.” jawab Armani, ringkas. “Tak rindu kat I lah tu.” Armani tercengang. “Er…nothing.” Iezwan segera membetulkan keadaan. Takut dia dianggap bertepuk sebelah tangan, Iezwan langsung menukar topik perbualan.

      “Macam mana dengan Fadzley?” tanya Armani. “Dia okay je. Sekarang dia dah kerja dengan Iyrwan. Kebetulan papa I kena uruskan bisnes dia yang ada di Indonesia, jadi papa minta Iyrwan tolong uruskan syarikat papa yang ada kat sini. So, that why Fadzley diajak kerja dengan Iyrwan.” jelas Iezwan walaupun dia sedikit terkejut apabila Armani bertanyaan khabar Fadzley, bekas teman lelakinya itu. “You tak join sekali?” tanya Armani. “Bidang I bukan pada bisnes. I lebih minat jadi freelancer buat masa sekarang.” jelas Iezwan. “Kalau macam tu, you kerja dengan I jelah.” Iezwan sedikit terkejut apabila diajak bekerja dengan Armani. “Kerja dengan you? Kerja apa? You ada buat bisnes ke?” Iezwan hairan. “Kerja jaga hati I. Hahahaha.” Armani berseloroh. Iezwan menggumam geram tapi kemudian dia tersenyum senang.

**********************************************************

      “Postpone lagi?” tanya Armani mencari kepastian dari Aliesya yang tiba-tiba mengundurkan tarikh perkahwinan dia dan Iyrwan kerana masalah dalaman. “I have no choice. Iyrwan sekarang tengah sibuk uruskan bisnes papa dia. Lagipun dia masih belajar cara-cara nak menguruskan bisnes dengan baik. Jadi aku tak nak ganggu fikiran dia dengan hal perkahwinan.” jelas Aliesya walaupun hatinya sedang rapuh dengan keputusan pengunduran itu. Aliesya pandai menyembunyikan masalah hubungannya dengan Iyrwan. Sejak Iyrwan menguruskan pekerjaan papanya, lelaki itu semakin mengabaikan Aliesya. Apabila diajak berbincang soal hal perkahwinan, Iyrwan langsung kehilangan mood. Aliesya hanya mampu berdiam diri dengan masalah yang dia sedang hadapi.

      “Iyrwan, aku tengok sekarang kau dah jarang ada masa untuk tunang kau, Aliesya tu. Kau tak kesian ke dengan dia?” tanya Fadzley sewaktu keluar makan tengah hari dengan Iyrwan. “Maksud kau? Kau pun nampak kan aku punya sibuk macam mana. Kadang sampai tak ada masa nak keluar dating dengan dia. Buat masa ni, aku nak fokus pada kerja dulu.” jelas Iyrwan. “Masuk ni dah kali ketiga kau undurkan tarikh perkahwinan korang. Aku suggest pada kau, lebih baik kau dahulukan hal yang wajib. Kalau kau asyik melayan kerja je, memang tak akan habislah.” Iyrwan mulai rimas apabila Fadzley mula bercakap soal hal peribadinya. “Aku tahu uruskan hal peribadi aku sendiri. Kau tak payah sibuklah.” jawab Iyrwan sambil pergi meninggalkan Fadzley sendirian.

      “Hai bro! Monyok je muka apehal?” tegur Iezwan sebaik sahaja lihat sahabatnya itu sedang bermuram durja. “Nothing to share.” jawab Fadzley dengan ringkas. “Sombongnya.” ejek Iezwan. Jarang sekali dia melihat Fadzley diam seribu bahasa. Lelaki itu tidak pernah lekang dari sebarang perbualan. “Bro, kau ada masalah dengan Iyrwan ke?” Fadzley memandang Iezwan yang seakan-akan dapat meneka apa yang sedang bermain difikirannya. “Aku tak faham dengan Iyrwan tu. Aku nasihatkan dia benda yang baik, tapi dia macam tak nak terima. Aku kesian dengan hubungan dia dan Aliesya. Dia asyik sibuk dengan kerja dia. Aku suruh dia buat yang wajib dulu, kau tau dia cakap apa? Dia suruh aku jangan sibuk hal dia.” jelas Fadzley yang pada mulanya berat hati ingin berkongsi dengan Iezwan, adik kepada Iyrwan. “Aku pun dah pernah cuba nasihatkan Iyrwan tapi...biarlah. Dia dah besar, dia mesti boleh fikir mana baik mana buruk. Dahlah, kau jangan ambil hati dengan apa yang Iyrwan cakapkan tu.”

*************************************************************

      “Client Encik Iyrwan sedang menunggu di lobi.” pesan Shana, selaku penyambut tetamu. Iyrwan segera ke lobi untuk berjumpa dengan clientnya. “Hai, saya Irdina.” ujar wanita yang berbaju kemeja rapi dan memakai skirt paras lutut itu langsung memperkenalkan dirinya sebaik sahaja berjumpa dengan Iyrwan. Iyrwan memandang Irdina dengan penuh minat. “You dah makan? Kalau belum, jom kita pergi makan sambil kita discuss pasal bisnes kita.” Irdina akur dan hanya mengikut Iyrwan.

      Telefon bimbit Iyrwan berdering berkali-kali tapi tidak dijawab oleh Iyrwan. “Kenapa you tak jawab?” tanya Irdina apabila melihat Iyrwan menamatkan panggilan tersebut. “I tak suka diganggu bila I tengah ada discussion.” Irdina menggangguk faham. Mata Iyrwan tidak lepas pandang wajah Irdina. Entah kenapa hatinya menjadi berdebar-debar apabila berada dekat dengan wanita itu. "You single ke?" suapan Irdina terhenti apabila mendengar pertanyaan Iyrwan. "Sorry?" Iyrwan menyedari kelancangannya langsung menukar topik. "Maksud I, you anak tunggal ke?" Irdina tersenyum apabila Iyrwan segera membetulkan kesalahannya. "Yes, I anak tunggal. That's why daddy I suruh I tolong dia uruskan bisnes keluarga. Mulanya I tak minat pun, tapi kesian pula I tengok daddy I kerja keras untuk bagi keluarga dia makan minum. So, tak salah kot untuk I cuba belajar bidang bisnes. If you don't mind, boleh tak ajar I?" Iyrwan tersenyum lebar mendengar tawaran dari clientnya itu.

      "Encik Iyrwan, Cik Aliesya sedang menunggu Encik di pejabat." Iyrwan terkejut apabila mengetahui Aliesya berada di pejabatnya. "Apa awak buat kat pejabat saya?" tanya Iyrwan, bernada tinggi. "Hai sayang. Saya call awak tapi awak tak jawab, jadi saya terus datang sini. Saya tau awak sibuk. By the way, saya ada bawakkan makanan tengah hari untuk awak. Mesti awak laparkan." ujar Aliesya sambil mengeluarkan bekas tupperware yang berisi lauk pauk. "Saya dah makan tadi." balas Iyrwan tanpa mempedulikan Aliesya yang bersungguh-sungguh menyediakan makanan tengahhari untuk tunangnya itu. "Tapi..." belum sempat Aliesya memujuk, Iyrwan pantas memotong kata-katanya. "Saya kata saya dah makan, awak dengar tak? Awak bawaklah balik makanan tu semua. Saya dah kenyang." jawab Iyrwan. "Saya masakkan semua ni untuk awak." Iyrwan mulai baran. "Awak tak dengar ke saya cakap apa tadi? Awak tak nampak saya tengah sibuk sekarang? Saya kata balik, baliklah!" tengking Iyrwan. Aliesya terkejut melihat sikap Iyrwan. Selama dia kenal dengan tunangnya itu, tidak pernah sekali pun lelaki itu menengkingnya.

**********************************************************

      "So, kau dengan Fadzley bila nak terikat? Aku pernah cakap kalau aku balik sini, aku nak korang dah ada ikatan kalau tak aku akan rampas balik. Kau nak ke tak Fadzley tu?" tanya Armani dengan niat bergurau. Arissa terdiam mendengar ugutan kawannya. "Aku..." Arissa menunduk sedih. "Ish...aku gurau jelah. Takkan lah aku nak ambik balik apa yang bukan milik aku lagi. Lagipun, aku dah ada Iezwan kan. Sorry ye, aku bergurau je tadi." Armani menjadi serba salah melihat Arissa tiba-tiba muram. "Sebenarnya, aku tak layak dampingi lelaki seperti Fadzley mahupun Iezwan." Armani tercengang mendengar kata-kata Arissa. "Kenapa tiba-tiba kau cakap macam tu?" Arissa terdiam. Armani mulai bingung. "Aku bukan dari golongan berada macam korang. Aku hanya gadis yang datang dari kampung. Hidup aku tak setaraf dengan korang. Aku tak layak." Armani mendekati Arissa. "Apa kau cakapkan ni. Tak baik merendah diri macam tu. Lagipun Fadzley jenis yang tak kisah pun dengan siapa dia berhubungan." Arissa menunduk sedih. Dia teringat kembali pertemuan antara dia dengan seorang gadis yang mengaku bakal tunang Fadzley beberapa minggu yang lepas...

      "So, you are?" tanya gadis berwajah kacukan belanda itu. "Saya Arissa." gadis itu memandang hina penampilan Arissa. "By the way, thanks for coming. Tak sia-sia I godeh hp Fadz dan jumpa number you." Arissa diajak kesebuah cafe yang berdekatan. "Sorry, I lupa kenalkan diri I. I Diana, bakal tunang Fadzley." hati Arissa bagai dipanah petir apabila mendengar ayat terakhir dari gadis yang bernama Diana itu. "Terkejut ke? Let me straight to the point. Actually, perempuan kampung macam you ni tak layak dampingi lelaki seperti Fadzley. And for your infomation, keluarga Fadzley tak suka Fadzley bergaul dengan mana-mana perempuan yang berasal dari keluarga miskin macam you. So, kalau you taknak I ngadu dengan mama Fadzley, lebih baik you jauhkan diri dari Fadzley mulai sekarang." Air mata Arissa mulai bergenang. Hatinya bagai dicarik-carik.

********************************************************

      "Bila lagi kita nak buat double date macam dulu?" tanya Armani kepada Iezwan. "Tunggu Fadzley free nanti lah. Maklumlah, orang busy." Armani mencubit hidung Iezwan kerana kenakalannya. "I'm joking." ujar Iezwan sambil mengusap hidungnya. "I rindu nak berkumpul dengan diorang macam dulu-dulu. Kalaulah I tak pergi UK, mesti sekarang kita dah berkumpul macam selalu." ujar Armani sambil memuncungkan bibirnya. "Kalaulah you tak pergi UK, mesti sekarang kita dah digelar couple of the year." ujar Iezwan sambil tertawa besar. Armani termangu. "I gurau je. Sorry, I buat you tak selesa dengan ucapan I tadi." Iezwan segera memperbetulkan kesalahannya.

      Tiba-tiba telefon pintar Armani berdering dan terpapar nama Fadzley diskrin telefonnya. Armani berfikir panjang untuk menjawab. Semenjak hubungan dia dan Fadzley bukan lagi pasangan kekasih, baru sekali ini Fadzley menghubunginya. Iezwan pura-pura memandang ke arah lain. "Ye Fadz, ada apa-apa masalah ke?" tanya Armani sebaik sahaja mendengar suara Fadzley yang kedengaran cemas di hujung talian. "Sorry Fadz, I takde dekat rumah. I keluar dengan Iez. Maybe telefon Arissa habis bateri kot." jawab Armani. Sebaik sahaja panggilan ditutup, Armani cuba menghubungi Arissa tapi gagal. "Pelik. Tak pernah pulak Arissa off handphone." Iezwan memerhatikan Armani yang sedang bingung memikirkan kawan serumahnya, Arissa. "You okay? Fadzley call tadi?" Iezwan pura-pura bertanya. "Aah, Fadzley call tadi. Dia cari Arissa sebab dia call handphone Arissa tapi tak dapat." Iezwan menggangguk faham. Jauh dari sudut hatinya, dia risau seandainya Fadzley ingin menawan hati Armani semula.

      Sebaik sahaja sampai di rumah, Armani hairan melihat rumahnya gelap gelita. "Arissa keluar dengan Fadzley ke?" Apabila dia membuka lampu, tiba-tiba dia melihat sekeping nota berada di atas meja yang terletak diruang tamu.


'Armani, aku balik kampung. Ada banyak hal yang perlu aku selesaikan di sini. Terima
kasih kerana sudi tumpangkan aku untuk tinggal di rumah kau selama ni. Halalkan makan minum aku. Maafkan aku kalau selama kita kenal, aku banyak menyakitkan hati kau. Kau jaga diri baik-baik. Aku akan selalu doakan kebahagiaan kau. Terima kasih atas segalanya. Mungkin aku takkan balik lagi. Aku akan tinggal di kampung sampai bila-bila. Maafkan aku. Wasalam.'

      Armani terduduk apabila mengetahui bahawa kawan baiknya itu telah pun pulang ke kampung tanpa pengetahuannya. Dia berusaha menghubungi telefon bimbit Arissa tetapi masih gagal. Nombor Fadzley didail. Kepada Fadzley, Armani mengadu segalanya. "I rasa lebih baik kita cari dia esok je. Sekarang dah malam, better you rehat secukupnya." pesan Armani sebelum menamatkan panggilan.

*****************************************************
     "You ada masalah ke? I tengok dari tadi you termenung je." tanya Iezwan yang sejak tadi memerhatikan Armani. "I risaulah tengok kawan-kawan I. Aliesya dengan Iyrwan asyik bergaduh je sejak kebelakangan ni. Arissa pun entah kemana dia menghilang. Kalau ye pun nak balik kampung, on jelah handphone tu. Takdelah Fadzley mencari macam orang gila. I kesian tau tengok diorang." Iezwan mencapai tangan Armani. "You jangan fikirkan sangat pasal diorang. Nanti diorang okaylah tu. Selagi I ada dengan you, I akan cuba tolong kurangkan beban di fikiran you tu." Armani tersenyum mendengar sokongan dari Iezwan.

     "Itu Iyrwan kan?" tanya Armani apabila terlihat kelibat Iyrwan bersama seorang wanita disisinya. "Aah, itu memang Iyrwan tapi...siapa perempuan tu? Jom sergah diorang." ujar Iezwan sambil menarik tangan Armani.

     "Apa abang buat kat sini? Bukannya sekarang waktu kerja ke?" bulat mata Iyrwan melihat Iezwan dan Armani turut berada di situ. "Siapa perempuan ni?" tanya Iezwan. Iyrwan mulai rimas apabila Iezwan bertalu-talu memberi pertanyaan. "Jangan sibuklah. I'm working right now." ujar Iyrwan segera pergi dari situ. Iezwan dan Armani saling berpandangan.

****************************************************

     "Apa masalah awak ni? Saya hanya keluar dengan client saya je. Takkan itupun awak nak fikir saya curang?" tempik Iyrwan apabila Aliesya mulai mencurigainya. "Saya tak cakap awak curang. Tapi bukan sekali ni kawan-kawan saya nampak awak keluar dengan perempuan lain. Kalaupun awak keluar dengan client, takkan sampai berpegang tangan? Apa maksudnya semua tu?" marah Aliesya yang sudah tidak tahan mendengar khabar angin yang mengatakan Iyrwan bermesra dengan perempuan lain. "Awak ada bukti nak tuduh saya buat semua tu?" Aliesya terdiam. Akhirnya Aliesya mengalah dan keluar dari pejabat Iyrwan dengan penuh kemarahan. Iyrwan tersenyum puas.

     Sewaktu Aliesya ingin melintas ke perhentian bas untuk menunggu teksi, tanpa dia sedari sebuah kereta yang sedang laju menghala kearahnya. Aliesya tidak sempat mengelak dan akhirnya kereta tersebut melanggarnya. Orang ramai mulai berkerumun dan salah seorang yang berada disitu telah menelefon ambulan untuk dibawa ke hospital.

     Sebaik sahaja mendapat panggilan dari pihak hospital, Armani segera kesana bersama Iezwan. Armani langsung menangis melihat sahabatnya terlantar bersama wayar-wayar yang berselirat dan kepala yang berbalut sedang terbaring lemah di wad. Apabila dia mengetahui bahawa Aliesya kemalangan berdekatan dengan tempat kerja Iyrwan, dia tahu punca sahabatnya leka ketika sedang melintas.

     Iyrwan sampai setengah jam kemudian selepas dihubungi oleh Iezwan. Sebaik sahaja Armani melihat kelibat Iyrwan, dia terus menampar lelaki itu. "Aku tau semua ni sebab kau. Kau yang buat dia macam ni. Kalau kau tak timbulkan semua masalah ni, Aliesya takkan ada kat sini!" herdik Armani. Untung sahaja Iezwan segera mencegah Armani dari terus memukul Iyrwan, kalau tidak pasti keadaan akan menjadi semakin buruk. "It's not my fault. Dia yang leka." Kemarahan Armani semakin memuncak apabila mendengar kata-kata Iyrwan. Iezwan segera membawa Armani jauh dari Iyrwan. "Kita ke cafe."

     "You okay?" tanya Iezwan. Armani menggangguk lemah. "Thanks." Iezwan tersenyum. "Kalau you takde, I tak tau apa akan jadi dengan I nanti. I tak sanggup tengok keadaan Aliesya macam tu. I tak sangka Iyrwan sekejam ni." Iezwan mendengar tanpa mencelah. Tidak mahu melihat air mata gadis di hadapannya itu jatuh, Iezwan langsung mengelap air mata Armani. "I akan selalu ada untuk you. Jangan nangis lagi ye. Tak manis." Armani termangu melihat Iezwan.

*************************************************
      "What? You kata mama you nak tunangkan you dengan gadis pilihan dia? How about Arissa?" Fadzley terdiam. Dua hari yang lepas, kepulangan orang tua Fadzley ke Malaysia membawa hajat untuk satu-satunya anak tunggal dalam keluarga Tengku Farid dan Syarifah Sofea, orang tua Fadzley. Syarifah Sofea mengenalkan Diana kepada Fadzley sebagai bakal tunangnya. Fadzley membantah keras pertunangan dia dan Diana. Dia mahu Arissa menjadi tunangnya tapi tidak dipersetujui oleh kedua orang tua Fadzley. "Gadis kampung macam dia tak layak jadi sebahagian dari keluarga kita. Mama tak nak Fadzley ada hubungan apa-apa lagi dengan perempuan tu. Diana tersenyum puas dengan rancangan dia untuk menjauhkan Fadzley dengan Arissa.

      "I tak nak bertunang dengan Diana. I dah faham kenapa Arissa selalu mengelak dari I. Dan sekarang I dah tau kenapa Arissa buat keputusan untuk pulang ke kampung. Ini semua kerana Diana. I dapat tau dia berjumpa dengan Arissa dan mengugut Arissa kalau Arissa tak tinggalkan I." Armani menggeleng kepala mendengar cerita Fadzley. "Mama I hanya restui hubungan I dengan perempuan yang setaraf dengan keluarga I." Fadzley mengeluh. "You boleh tolong I?" tanya Fadzley yang tiba-tiba mendapat sebuah idea. Armani terpinga-pinga.

      "Apa? You nak jadi tunang Fadzley?" tanya Iezwan sebaik sahaja Armani memberitahu rancangan Fadzley yang ingin membatalkan pertunangan dia dan Diana. "You serious?" tanya Iezwan berkali-kali. "Ini semua hanya pura-pura je. I cuma nak tolong Fadzley supaya dia tak bertunang dengan Diana." jelas Armani. Iezwan mengeluh berat. "Macam mana kalau Fadzley jatuh cinta semula dengan you?" Armani terdiam. Baginya, Fadzley pernah menjadi orang yang dia sayang. Tak mustahil dia akan jatuh cinta kembali dengan lelaki itu.

*****************************************************

     Pertunangan antara Fadzley dan Armani berjalan lancar. Diana menggumam geram kerana tidak berjaya mengambil hati orang tua Fadzley. Akhirnya gadis itu pulang ke pangkuan keluarganya yang berada di Belanda. Syarifah Sofea, ibu kepada Fadzley mulai suka pada Armani. "Mama rasa pertunangan kamu berdua tak perlu lama-lama, jadi mama dah fikir masak-masak. Dua bulan lagi kamu berdua akan bernikah.” ujar Puan Syarifah. "What?" jerit Armani dan Fadzley serentak.

     "I tak nak kita nikah." ujar Fadzley. "Bukan I yang patut jadi isteri you tapi Arissa. Please Fadz, do something." ujar Armani yang kusut memikirkan cara untuk mengelak dari bernikah dengan Fadzley. "Kita fikirkan sama-sama. Tapi sebelum tu, lebih baik you pergi melawat Aliesya. I dengar dia dah sedar." ujar Fadzley. Armani langsung bergerak menuju ke hospital di mana Aliesya ditempatkan disana.

     "Sorry I lambat. You dah lama sampai?" Iezwan hanya menggeleng. "Macam mana keadaan Aliesya? Fadz kata Aliesya dah sedar." tanya Armani sambil menjengah di pintu bilik Aliesya berada. "Tadi dia dah sedar. Tapi dia dah tidur balik." Armani menggangguk lega. "Macam mana dengan hubungan you dan Fadzley?" Armani terpinga-pinga. "Macam I cakap, pertunangan I dengan Fadzley hanya pura-pura. Tapi...mama Fadzley nak kami bernikah dua bulan lagi." bulat mata Iezwan mendengar. "I nak kena cari Arissa supaya dia boleh gantikan tempat I sebagai tunang Fadzley." Iezwan mulai hilang semangat apabila mengetahui bahawa dua bulan lagi Armani akan menjadi isteri Fadzley sekiranya Arissa tidak kembali.

*****************************************************

     Sebulan berlalu. Aliesya mulai sembuh dan kini dia sudah mampu tersenyum dan berbual seperti biasa. "Kau kenapa? Kau ada masalah ke?" Aliesya mulai merasakan ada yang tak kena dengan sahabatnya. "Eh, aku okay jelah. Kau tu cepat sikit sembuh. Nanti bolehlah kau teman aku shopping macam biasa. Lepas kau sembuh ni, janji dengan aku yang kita akan shopping sampai shopping mall tu tutup. Boleh?" Aliesya tergelak besar mendengar ocehan Armani.

     Sebaik sahaja pulang dari hospital, ibu Fadzley mengajak Armani dan Fadzley untuk pergi fitting baju pengantin. Hatinya langsung tidak berada di situ. Sebolehnya dia mahu berterus terang soal pertunangan pura-pura antara dia dan Fadzley itu. Puan Syarifah bersungguh-sungguh menyiapkan segala kelengkapan untuk hari perkahwinan anak tunggalnya bersama Armani sebulan lagi. Berkali-kali Armani cuba menghubungi Iezwan tetapi telefon bimbit Iezwan tidak aktif. "Fadz, I tak boleh teruskan semua ni." bisik Armani. "Sabarlah. I tengah fikirkan cara lain supaya kita tak bernikah." jawab Fadzley.

     "Please Fadz, I dah tak mampu nak sorok lagi. I tak nak lukakan hati siapa-siapa. Ibu you beriya-iya siapkan semua ni untuk kita. Macam mana kalau dia tau yang I takkan kahwin dengan you nanti? I tak sanggup tengok ibu you sedih." ujar Armani yang sudah buntu mencari jalan. "Kalau macam tu, kita jadikan perkahwinan ni perkahwinan yang sebenar." Armani tercengang. "Fadz, ini bukan masa untuk main-main." Armani mengeluh. "I tak main-main. I pun dah buntu. I tak tau kat mana Arissa sekarang. Dia pun mungkin dah lupakan I." ujar Fadzley. "Kita pernah jadi kekasih. Dan tak salah kalau sekarang kita akan jadi suami isteri. Mungkin you memang ditakdirkan hidup dengan I." Armani terdiam.

*******************************************************

     "Kau serius ke ni?" tanya Aliesya sewaktu berada di dalam bilik persalinan baju. "Aku tak tau apa yang aku buat ni betul atau tak. Aku dah tak boleh buat apa-apa lagi. Fadzley tiba-tiba berubah fikiran. Aku tak tau kenapa dengan dia. Tiba-tiba je setuju kalau aku jadi isteri dia. Aku tau semua ni salah aku sebab setuju dengan rancangan Fadzley. Aku tak berharap banyak. Aku cuma berharap Arissa pulang kesisi Fadzley." ujar Armani sambil menangis teresak-esak.

     "Pengantin dah siap?" Armani hanya menunduk muram. Dia redha walau apapun yang jadi. Hatinya tidak henti-henti memikirkan Iezwan yang dulu selalu ada untuk dia apabila dia dilanda masalah. Kemanakah lelaki itu...? Sejak Armani menjadi tunang Fadzley, Iezwan mulai menjauhkan diri dari Armani.

     Akad nikah akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Armani selalu berharap majlis ini akan terbatal dengan tiba-tiba. Tapi semua itu mustahil terjadi. Dia tidak mahu berharap banyak. Dia cuma inginkan Iezwan berada disisinya saat itu. "Iezwan..." air mata Armani mulai menitik. Mak Andam yang berada disisi Armani mulai panik melihat Armani menangis. "Eh, kenapa ni. Akad nikah belum mula pun lagi. Dah, jangan nangis. Rosak make up nanti." bebel Mak Andam.

     "Perkahwinan ini tidak boleh diteruskan." semua yang berada di situ terdiam. "Saya tak akan izinkan Armani berkahwin dengan Fadzley." Armani langsung menoleh kebelakang apabila mendengar namanya disebut. "Iezwan." Armani langsung menyeka air matanya apabila melihat kelibat Iezwan di situ. "Armani tak akan berkahwin dengan Fadzley. She's mine." Fadzley langsung bangun dari tempat duduknya. "Come on lah bro, Armani dah jadi tunang aku dan dia akan berkahwin dengan aku. Kau takde hak nak halang." ujar Fadzley. "Kau dah lupa pada Arissa ke?" Fadzley terdiam apabila Iezwan membawa keluar Arissa. "Arissa..." Fadzley tergamam melihat kehadiran Arissa di situ. "Arissa mana you pergi selama ni." Fadzley langsung mendapatkan Arissa. "Mama, papa, maafkan Fadzley. Memang betul apa yang Iezwan cakapkan. Perkahwinan ini tak boleh diteruskan. Fadzley tak sepatutnya berkahwin dengan Armani tapi Arissa. Fadz mencintai Arissa. Please ma, pa, restuilah hubungan kami." rayu Fadzley sambil menggenggam tangan Arissa. Tengku Farid dan Syarifah Sofea mulanya tidak bersetuju tapi kerana malu dengan saudara-mara yang hadir akhirnya mereka pasrah dengan keputusan anak lelaki tunggal mereka itu. Akhirnya mereka merestui hubungan Fadzley dan Arissa.

     "Thanks sebab kau sudi pulangkan Armani pada aku." Fadzley tersenyum. "Kan aku dah kata aku pinjam je bukan nak jadikan milik aku selamanya pun. So, kau pulak bila nak propose Armani? Takkan kau nak tunggu dia lamar kau pulak. Be gentleman lah bro." perli Fadzley. Iezwan hanya tersenyum dengan cadangan kawannya itu.

*******************************************************

     Sebuah kotak yang berisi barangan peribadi seseorang telah dicampak di atas meja Iyrwan. "Apa benda semua ni?" tanya Iyrwan dengan berang. "Kalaupun kau stress dengan kerja, tak bermaksud kau boleh lampiaskan kemarahan kau pada Aliesya. Kau ingat dia patung yang tak ada perasaan ke? Ni semua barang-barang yang kau pernah kasi pada Aliesya. Kau dah lupa ke? Kalau kau lupa, kau belek balik barang-barang ni semua. Biar kau ingat balik apa yang kau pernah lalui dengan Aliesya dulu. Jangan menyesal kalau Aliesya tinggalkan kau suatu hari nanti!" marah Armani. Iyrwan mengambil satu persatu barang-barang yang berada di dalam kotak itu sambil mengingati semula waktu pertama kali dia mengenali Aliesya.

     "Iyrwan, tengok tu. Kau tak nak cuba ngorat ke?" Iyrwan sekadar tersenyum dengan cadangan Iezwan. "Perempuan tu nampak je lembut, entah-entah sebenarnya dia garang." ujar Iyrwan cuba mengelak. "Belum cuba belum tau bro." cabar Fadzley yang sedia tahu bahawa Iyrwan seorang yang pantang dicabar. Iyrwan langsung bangun dari tempat duduknya dan mendekati meja di mana ada beberapa orang gadis sedang berbual. "Hi, you look sweety. May I have your phone number?" Iyrwan mulai bengang apabila tidak dilayan. "Sorry, my name is Iyrwan. And you?" sekali lagi Iyrwan tidak mendapat layanan. "Nama dia Aliesya. Dia memang pemalu." ujar kawannya. "Oh nice name. By the way, sebab awak dah perkenalkan kawan awak ni pada saya, sebagai hadiah, ini nombor kawan saya yang sedang duduk di sana tu. Nama dia Fadzley. Dan ini pula nombor phone saya. Nanti tolong bagi pada kawan awak yang bernama Aliesya. Terima kasih." Aliesya hanya diam membisu sambil membaca novel yang dibawa.

     "Perghhh so gentleman!" ujar Fadzley sambil menepuk tangan melihat Iyrwan yang betul-betul menyahut cabarannya tadi. "Sebagai bonus, aku dah bagi nombor phone kau pada kawan dia yang duduk di sebelah dia tu." Fadzley ternganga mendengar kata-kata Iyrwan. "Aku tak suruh pun kau bagi number aku pada kawan dia." Iyrwan pura-pura tidak mendengar rungutan Fadzley. Iezwan yang sejak tadi memerhatikan mereka berdua hanya mampu tertawa besar.

      Seminggu selepas itu, akhirnya Aliesya menghubungi Iyrwan dan mengajak Iyrwan berjumpa. Aliesya yang dia kenali benar-benar seorang gadis yang lembut dan sopan. Semakin hari hubungan mereka semakin rapat sehingga suatu hari Iyrwan mengusulkan untuk mengikat tali pertunangan dengan Aliesya. Sepanjang perhubungan mereka, Aliesya selalu banyak bersabar dengan sikap baran Iyrwan, Setiap kali terjadi perbalahan, pasti Aliesya yang mengalah walaupun pada hakikatnya Iyrwan yang bersalah. Ketika Iyrwan sakit, Aliesya menjaga lelaki itu dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah sedikit pun Aliesya menyakiti hati Iyrwan walaupun Iyrwan sering terlihat keluar dengan kawan-kawan perempuannya yang lain.

      "Aliesya..." Iyrwan mulai sedar kehadiran Aliesya dalam hidupnya sangat bermakna. Dia langsung menghubungi Aliesya untuk berjumpa dengan tunangnya itu.

******************************************************

      "Aliesya!" sapa Iyrwan yang kelihatan termengah-mengah. "Kenapa ni?" tanya Aliesya yang kelihatan terpinga-pinga. "Maafkan saya. Selama ni saya selalu sia-siakan awak." Aliesya semakin bingung melihat sikap Iyrwan. "Iyrwan, jangan buat macam ni. Orang tengok malulah." ujar Aliesya serba salah dengan keadaan sekeliling. "Saya minta maaf. Saya tahu saya bodoh sebab saya abaikan awak selama ni. Saya sayangkan awak." merah muka Aliesya mendengar ucapan Iyrwan. "Will you marry me?" Aliesya tergamam mendengar lamaran Iyrwan di hadapan orang ramai. Dia melihat sekeliling. Semua orang meminta dia untuk mengatakan 'ya' pada lamaran itu. "Asalkan awak janji takkan kecewakan saya lagi." ujar Aliesya. "Saya janji." balas Iyrwan. Akhirnya Aliesya menerima lamaran dari Iyrwan.

      "Sorry bro kitorang lambat." ujar Fadzley sambil menarik kerusi untuk Arissa duduk. "Baguslah korang lambat. Takdelah korang tengok drama swasta tadi. Kalau tak, mesti korang gelakkan aku." Fadzley dan Iezwan terpinga-pinga. "Drama apa?" tanya Armani. Iyrwan melarang Aliesya agar tidak memberitahu siapa-siapa. Aliesya sekadar tersenyum. "Kedekut." ujar Armani sambil memuncungkan bibirnya.

      "Korang orderlah makanan dulu. Aku ada hal sikit." ujar Iezwan sambil pergi meninggalkan kawan-kawannya. Fadzley tersenyum-senyum. Dia sudah menduga bahawa Iezwan telah membuat sebuah rancangan. "Dia nak pergi mana tu?" tanya Iyrwan. Fadzley mengangkat bahu pura-pura tidak tahu menahu. Armani terpinga-pinga sendiri.

      "Hello everybody. Tonight I want dedicated this song for someone that I love so much. Kisah Romantis by Glenn Fredly."

Mengejar dirimu
Takkan ada habisnya
Membuat diriku menggila

Bila hati ini
Menjatuhkan pilihan
Apapun akan kulewati

Hari ini sayang
Sangat penting bagiku
Kau jawaban yang aku cari

Kisah hari ini kan kubagi denganmu
Dengarlah sayang kali ini
Permintaanku padamu

Dan dengarlah sayangku
Aku mohon kau menikah denganku
Ya hiduplah dengan ku
Berbagi kisah hidup berdua
(Habiskan sisa hidup)
(Menikahlah denganku)

Cincin ini sayang
Terukirkan namamu
Begitu juga di hatiku..

Hujan warna-warni
Kata orang tak mungkin
Namun itu mungkin bagiku
Sebuah tanda cintaku..

- Kisah Romantis by Glenn Fredly -

      Semua yang berada disitu bertepuk tangan sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan. "To Armani Sophilea, will you be my love, my girl, my fiancee & my wife forever?" tanya Iezwan di hadapan semua orang. Armani tergamam apabila semua orang memandang ke arahnya. Aliesya menyuruh Armani pergi ke hadapan dan memberi jawapan kepada lamaran Iezwan. Armani teragak-agak tetapi akhirnya dia akur.

      "Truthfully, I could talk about you all day and all night and I'd still have a million more things to say. But too many words become meaningless, so I'll just leave it at you're the most wonderful person I've ever met, and I can't imagine not having you in my life. You know what, loving you was one of the best decision of my life. So, I said yes." ujar Armani. Iezwan langsung mendapatkan Armani yang tidak jauh darinya dan langsung memeluk gadis itu.

      "Siapa kata Iezwan tak gentle?" ujar Fadzley sambil menjeling ke arah Iyrwan. "Tak sangka hari ni je dah dua lamaran terjadi kat cafe ni. Lepas ni cafe ni dah boleh tukar nama jadi Cafe Cinta." kedengaran suara dari meja sebelah. Fadzley menjeling ke arah Iyrwan yang pura-pura khusyuk mendengar lagu. "Abang adik sama je perangai." perli Fadzley. "Nama pun saudara kembar." celah Arissa. Akhirnya mereka tergelak bersama.

END OF PART 2. ^,^

Hasil nukilan oleh: Leenz Armani


P/S: Yeay! Akhirnya siap juga Part 2. Aku rela bersengkang mata sebab nak siapkan cerita untuk part yang kedua ni tau. Bayangkan betapa lembabnya otak aku mencari idea! Btw, aku lega sebab berjaya habiskan cerita ni walaupun cerita ni tak seberapa. Aku menulis pun hanya sekadar suka-suka. Okay, abaikan. Apapun semoga korang enjoy jelah ye. Don't forget to leave your comment okay. But wait, korang pernah dengar lagu Kisah Romantis? Kalau belum, jom dengar 2 versi. Satu dari Glenn Fredly sendiri dan satu lagi dinyanyikan semula oleh sebuah boyband terkenal di Indonesia iaitu SMASH. Dua-dua pun best. Jom dengar! Have a nice day guys!

Kisah Romantis versi Glenn Fredly

Kisah Romantis versi SMASH Indonesia

Okay, chaw chaw!

Wasalam.


Yang sewel,
Leenz


No comments:

Post a Comment