Langit senja. (EP: Keluarga)
“Apa yang abang buat ni?” ujar Arifah.
“Ini syarikat saya, suka hati sayalah nak buat apa pun dengan duit tu.” jawab Zaydeen.
“Ye, memang abang ada hak. Tapi abang kena ingat, syarikat ni kita dirikan sama-sama. Abang dah lupa ke?” balas Arifah sambil memberi fail yang tersimpan segala maklumat kewangan.
“Ahhh bisinglah awak ni!” tempik Zaydeen sambil menepis fail tersebut dan langsung berlalu pergi.
“Abanggg!” jeritan Arifah tidak didengari.
“Mama, Ejal rasa Ejal nak cuba cari kerja.” ujar Afrizal, anak lelaki tunggal Arifah dan Zaydeen.
“Kenapa Ejal nak cari kerja kat tempat lain? Ejal tak nak kerja di company papa?” tanya Arifah.
“Err… tapi Ejal tak minat kerja bahagian bisnes macam syarikat papa tu. Bukan bidang Ejal.” jawab Afrizal.
“Syarikat tengah ada masalah, company perlukan orang macam Ejal.” pujuk Arifah.
“Kalau mama nak suruh Ejal ambil alih syarikat papa tu, sorry ma…Ejal belum ready lagi.” ujar Afrizal dengan tegas.
Arifah terpaksa mendiamkan masalah kewangan yang berlaku dalam syarikat yang dia bangunkan bersama suaminya suatu ketika dulu. Zaydeen pula sejak kebelakangan ini terlihat sangat boros dan menyalahgunakan duit syarikat demi kepentingan dirinya sendiri.
“Heyyyy, mana suami kau?” jerkah seorang lelaki berbadan besar dan bermuka bengis tiba-tiba sahaja mendatangi Arifah yang sedang bersiap-siap untuk keluar rumah.
“Encik ni siapa?” tegas Arifah.
“Aku tanya mana suami kau, Zaydeen tu?” ujar lelaki itu.
“Sua…suami saya tak ada kat rumah. Ada hal apa encik cari dia?” tanya Arifah.
“Kau dengar sini, suami kau banyak berhutang dengan aku. Dia janji nak bayar hari ni, mana dia?!” tempik lelaki bengis itu.
Arifah terbungkam. Zaydeen berhutang?
“Woiii, aku tanya mana laki kau, Zaydeen?!” ulang lelaki itu setelah Arifah tidak menjawab.
“Saya…saya tak tahu dia kemana. Dia pun dah lama tak balik rumah. Saya dah cuba hubungi dia dari kelmarin lagi tapi tak dapat, mungkin dia diluar kawasan. Tak pun, macam ni lah… Kalau dia balik nanti, saya akan beritahu dia yang encik ada cari dia dan saya akan suruh dia hubungi encik, boleh?” ujar Arifah.
“Aku tak tahulah kau ni boleh dipercayai ke tak. Tapi takpe, aku tunggu panggilan dia. Dalam waktu terdekat ni, kalau dia tak hubungi aku, kau tahu akibatnya nanti!” ujar lelaki itu sambil menggugut.
Sebaik sahaja lelaki berbadan besar itu pergi, Arifah langsung terduduk. Kakinya tak mampu
berdiri kerana terlalu takut. “Mana abang pergi ni…”
*** *** ***
“Psst…weh, kau tengok lecturer tu. Hensemnya!” ujar Trisya sambil tersenyum.
“Ishh kau ni gatal eh. Dengan lecturer pun kau nak try.” ujar Armani sambil menjeling kearah sahabatnya, Trisya.
“Pagi tadi aku terserempak dengan lecturer tu kat traffic light depan tu. Kereta dia mahal kot!” ujar Trisya dengan penuh kagum.
“Dah kalau duduk rumah berdepan dengan pemandangan pantai sana tu, ofcourselah kereta dia pun mesti mahal-mahal.” ujar Dealara.
“Wehh, mana kau tahu dia duduk sana? Kau stalk dia ke?” tanya Trisya.
“Aku nak stalk dia? Buang masa je.” ujar Dealara.
“Laa, dah tu mana kau tau dia tinggal kat area pantai tu?” sambung Trisya.
“Rumah dia berdekatan je dengan kedai kereta pakcik aku. Selalu je aku terserempak dengan lecturer tu kalau aku ada nak ke kedai pakcik aku tu. Alah, lagipun lecturer tu memang regular customer pakcik aku.” ujar Dealara.
Trisya ternganga mendengar cerita Dealara. Armani pula terlihat tidak berminat untuk ambil tahu.
“Haa kau ni Armani, apsal diam je dari tadi? Kau tak teruja macam si Trisya ni ke?” tegur Dealara.
“Tak pun. Lagipun dia tu lecturer kita. Kita ni pelajar dia. Korang kena sedar tu.” ujar Armani sambil memerhatikan seorang lelaki dari jauh.
“Elehhh dia ni bukannya tak minat dengan lecturer yang kita tengah borakkan tu, tapi tu haaa mata dia tak lekang pandang si anak cina tu. Entah apa yang special sangat la dengan budak tu.” ujar Trisya.
“Ishh mana ada.” tepis Armani.
“Sudahlah. Kitorang tahulah kau suka dengan si Roy tu kan.” usik Dealara.
“Ehh korang ni. Asal main cakap je.” Armani cuba menyembunyikan perasaannya.
“Tapi satu bendalah aku nak cakap pasal Roy tu. Aku dengar-dengar dia ada rapat dengan sorang perempuan kat sini. Dan tak silap aku, dia suka perempuan tu, cuma perempuan tu je anggap dia tak lebih dari seorang kawan. So, aku rasa harapan kau untuk memenangi hati si Roy macam tipisss je.” ujar Dealara.
Armani tertunduk diam. Benar, dulu dia pernah menyukai Roy dalam diam. Namun dia hanya mampu memandang lelaki itu dari jauh sahaja kerana taraf kehidupan mereka yang berbeza. Roy, lelaki mualaf yang berkehidupan sederhana dan pendiam, manakala Armani pula sentiasa berada dalam kalangan anak-anak orang berada.
“Sampai sini je kelas kita hari ni. Class dismissed.” ujar lecturer Bukhori.
Trisya terlihat sedang tersengih-sengih sambil matanya tak lekang memandang lecturer kesayangannya itu.
“Weh, jum kita lepak kat café yang baru buka kat tengah bandar tu?” ujar Dealara.
“Aku tak join kot. Abang aku kejap lagi datang ambil aku.” ujar Armani.
“Alaa… cakap kat abang kau tak payah ambil kau, nanti aku boleh hantar kau balik.” pujuk Dealara.
“Ishhh, mana boleh. Kau pergi jelah dengan Trisya. Lagipun tadi lecturer ada kasi assignment nak kena buat.” ujar Armani mencari alasan.
“Hello girls, okay ke tu? Kenapa tak balik lagi ni?” tegur lecturer Bukhori.
Trisya terdiam apabila lecturer tersebut tiba-tiba menerpa di hadapan mereka.
“Err… ehh Sir buat apa kat sini? Kenapa tak balik lagi?” tanya Dealara.
“Soalan saya dijawab dengan soalan? Actually saya dah nak balik dah ni. Tiba-tiba ternampak you girls masih kat sini, so tak salah kot kalau saya nak tegur?” ujar lecturer tersebut.
“Ahaa memang tak salah pun Sir.” jawab Dealara sambil tersengih.
“By the way Sir… sebenarnya kawan saya ni…” belum sempat Dealara meneruskan kata-katanya, lecturer tersebut langsung mencelah.
“Sebenarnya saya nak jumpa dengan awak kejap, boleh?” ujar lecturer Bukhori sambil menunjukkan kearah Armani.
Trisya dan Dealara saling berpandangan, terkejut apabila lecturer tiba-tiba mencari Armani.
“Saya ke?” tanya Armani.
Lecturer Bukhori menggangguk dan mengajak Armani membuntutinya.
Trisya dan Dealara semakin hairan.
“Korang geraklah dulu. Apa-apa nanti aku text.” ujar Armani.
*** *** ***
Akibat kewangan syarikat semakin berkurang, ramai pekerja telah mengundurkan diri kerana tidak dibayar gaji mengikut waktu yang ditetapkan. Arifah semakin pusing memikirkan masa depan syarikat. Semenjak Zaydeen menghilangkan diri, Arifah satu-satunya waris syarikat yang bertanggungjawab menguruskan segala hutang piutang. Afrizal pula selaku anak sulung dan anak tunggal lelaki dalam keluarga bertindak untuk tidak masuk campur hal syarikat. Apatah lagi sejak dia mendapat tahu bahawa ayahnya telah membuat onar.
“Maaf Ejal, bukan Ejal tak nak bantu mama uruskan syarikat, tapi dengan masalah yang ada ni, Ejal tak rasa Ejal mampu hadap semua ni. Lagipun papa dah cukup banyak menyusahkan kita. Sepatutnya dia yang kena ada dalam situasi ni. Tapi mana papa pergi? Hilang tanpa khabar.” ujar Afrizal.
“Mama pun tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Papa kamu menghilang dengan meninggalkan beban dalam keluarga kita. Berapa ramai lagi akan call mama untuk tuntut hutang lepas ni…” ujar Arifah.
“Ejal memang tak mampu nak bantu mama dalam menguruskan hal syarikat tapi Ejal cuba bantu dari segi kewangan. Selama ni Ejal ada simpan sedikit duit simpanan untuk tampung masa depan kita. Mama pakailah dulu duit tu.” ujar Afrizal sambil mengulurkan buku bank simpanannya.
“Maafkan mama. Mama tak mampu nak senangkan hidup anak-anak mama.” ujar Arifah.
“Mama jangan cakap macam tu. Mama adalah ibu terbaik untuk Ejal dan Armani. Kalau bukan sebab mama, Ejal takkan ada sampai tahap ni. Terima kasih mama yang selama ni bersusah payah besarkan kami dua beradik.” pujuk Afrizal.
Armani tak lekang memandang skrin telefon bimbitnya sambil berbalas whatsapp.
“Armani, sampai bila kau nak diamkan kitorang ni?” tanya Trisya.
Armani terpinga-pinga.
“Ehh, dia pura-pura tak tahu pulak ye. Kau ingat tak hari tu masa kita nak balik, lepas tu lecturer ada panggil kau. Dia nak apa?” tanya Trisya lagi.
“Ohhh pasal tu. Err… tak ada apalah.” jawab Armani acuh tak acuh.
“Aikkk…takkan tak ada apa? Macam pelik je…” balas Dealara.
“Err… korang pun tahu kan aku serabut pasal assignment. Haa maybe pasal tu kot lecturer panggil aku ke bilik dia. Korang jangan nak fikir bukan-bukan pulak.” ujar Armani.
Dealara mula mensyaki ada yang aneh antara Armani dan lecturer Bukhori.
“Kau rasa lecturer kita tu dah berpunya ke belum?” bisik Trisya kepada Dealara yang duduk disebelahnya.
“Kalau tengok dari cara dia melayan kita semua, aku rasa dia masih single. Yelah, kalau orang dah berpasangan ni, tak mungkin dia nak layan kita semesra ni.” ujar Dealara.
“Betul juga tu. Well, kalau dia ada girlfriend, dia takkan layan perempuan lain. Nak jaga hati dan perasan girlfriendlah katakan.” ujar Trisya, menyedapkan hati.
Armani sekadar menjeling kearah kedua sahabatnya yang seronok bergosip.
Lecturer Bukhori terlihat sedang memandang kearah 3 sahabat itu.
“Wehh kita borak kuat sangat ke?” tanya Dealara.
“Ishh mana ada.” ujar Trisya.
“Dah tu kenapa lecturer dari tadi tengok kearah kita je? Macam kita buat salah je.” ujar Dealara.
“Aku rasa dia pandang aku kot. Ishhh malunya aku.” ujar Trisya, tanpa sedar mukanya mula memerah.
“Perasanlah kau ni!” marah Dealara sambil berbisik keras.
Armani dalam diam membalas senyuman lecturer tersebut. Fikirannya mengenang kembali memori waktu pertama kali dia bertemu dengan Bukhori.
“Cik tunggu kejap ye, saya pergi ke dalam ambil brochure kereta yang cik mahukan.” ujar pekerja di kedai kereta F1 Auto.
“Okay baik, saya tunggu kat sini.” ujar Armani.
“Lawa kereta ni kan.” ujar Bukhori.
Armani terdiam disitu.
“Cik boleh suggest pada saya warna kereta yang sesuai untuk saya?” tanya Bukhori.
“Saya bukan…”
“Atau cik suggest pada saya kereta limited paling baru yang ada di sini?” tanya Bukhori lagi.
Armani mengeluh. Sangkaan lelaki itu, dia adalah pekerja di kedai kereta tersebut.
“Cik, kenapa diam je? Nak kerja ke tak ni?” tanya Bukhori.
“Maaf ye cik lama menunggu. Ini brochure yang cik minta tadi.” ujar pekerja yang sedang melayani Armani tadi.
“Eh, awak bukan pekerja kat sini?” tanya Bukhori sambil menunjukkan kearah Armani.
Armani menggeleng sambil menjeling.
“Maafkan saya. Saya ingat awak pekerja baru kat sini tapi rupanya…” ujar Bukhori sambil mentertawakan dirinya sendiri.
“Its not funny.” ujar Armani.
“I know. But I say sorry. Saya Bukhori.” ujar Bukhori sambil menghulurkan salam perkenalan.
Armani merenung tepat ke dalam mata lelaki itu.
“Oh, hi.” jawab Armani dengan dingin sekali.
Bukhori terasa tercabar dengan respon yang diberi oleh Armani. Namun hatinya memberontak ingin mengenali gadis itu dengan lebih dalam.
Beberapa bulan usaha Bukhori untuk mendapatkan hati Armani, akhirnya gadis itu cair juga.
“Saya ingt lagi masa first time saya cuba ngorat awak. Masa tu bukan main sombong lagi ye.” ujar Bukhori.
“Bukan sombong tapi geram. Ada ke patut kita punya segak macam tu pun dia anggap as cardealer staff? Helloooo….” balas Armani.
“Actually saya tahu awak bukan cardealer staff pun. Tu semua ayat nak memancing je. But now, I got that girl.” ujar Bukhori sambil senyum mengusik.
“By the way, tak lama lagi nak masuk semester baru dah. Lepas ni saya dah busy dengan assignment pula. Tak ada masa dah nak dating macam ni. Nanti rindulah…” ujar Armani.
Bukhori tersenyum.
“Kalau rindu kenalah selalu jumpa.” ujar Bukhori.
“Itupun kalau tak busy dengan assignment.” balas Armani.
“Lepas ni kita akan jumpa selalu, sebab…”
Armani terpinga-pinga.
“Sebab saya akan jadi lecturer kat tempat awak belajar.” ujar Bukhori.
Mata Armani terkebil-kebil mendengar berita yang disampaikan Bukhori.
“Seriously?” tanya Armani.
“Yes I am.” Bukhori mengiyakan.
Armani tersenyum bahagia.
“Kenapa diam je hari ni?” tanya Bukhori.
“Kita rahsiakan hubungan kita ni, boleh?” ujar Armani.
“Nanti apa pula diorang cakap pasal kita ni. Pelajar bercinta dengan pensyarah? Lagipun kawan saya sukakan awak. Sebab awaklah, dia semangat nak pergi kelas. Jadi, saya taknak dia hilang semangat kalau dia tahu saya ada hubungan dengan awak.” sambung Armani.
Bukhori terdiam.
“Saya minta satu ni je. Please….” ujar Armani.
“Okay, saya setuju.” akur Bukhori.
*** *** ***
“Mama….” Afrizal tak tahu bagaimana ingin dia khabarkan tentang berita yang dia dengar tentang ayahnya.
“Kenapa ni Ejal?” tanya Arifah.
Afrizal mengeluh.
“Ejal jangan buat mama risau. Kenapa ni?” desak Arifah.
Arifah langsung mengambil keratan akhbar yang berada di tangan Afrizal.
‘Seorang lelaki dilaporkan telah mati dibunuh.’
“Ejal, ini papa kan?” tanya Arifah.
Afrizal terdiam. Matanya mulai berkaca.
“Papa….” Arifah jatuh terduduk apabila mengetahui suaminya yang lama menghilang kini dikhabarkan telah mati dibunuh dengan kejam.
Arifah yang ditemani Afrizal langsung segera ke hospital berdekatan untuk menuntut mayat suaminya.
Semenjak pemergian Zaydeen, Arifah mengalami kemurungan yang berat. Afrizal mengambil cuti bekerja demi menjaga ibunya begitu juga dengan adiknya, Armani.
“Mama…cepat sembuh. Armani taknak kehilangan mama.” ujar Armani.
Arifah hanya terbaring lesu di katil tanpa sebarang respon. Jiwanya benar-benar telah mati.
“Adik tak ada kelas ke?” tanya Afrizal.
“Adik tak nak pergi kelas. Adik nak jaga mama.” ujar Armani.
“Mama akan sembuh, adik jangan risau.” pujuk Afrizal.
Armani redha dan cuba kuat untuk ke kelas.
“Can we talk?” ujar Bukhori melalui pesanan singkat di telefon bimbit.
“Saya ada hal penting nak beritahu awak.” ujar Bukhori sewaktu mereka berdua bertentang mata.
“Apa dia?” jawab Armani, lesu.
“Firstly, salam takziah untuk awak atas pemergian ayah awak.” ujar Bukhori.
Armani sekadar menunduk sedih,
“And the second things… Maafkan saya, saya tak berniat nak menambah kesedihan awak tapi…” Bukhori menarik nafas tinggi.
Armani masih menunggu.
“My parents… diorang nak jodohkan saya dengan wanita pilihan mereka. And I have no choice. Kalau saya tak ikut kata diorang, saya akan kehilangan everything.” ujar Bukhori.
Armani terdiam.
“Maafkan saya. Saya tak berniat nak kecewakan awak. Saya betul-betul minta maaf.” ujar Bukhori.
“Awak takut kehilangan segalanya? Tapi awak tak takut kehilangan saya? Means, awak tak kisah pun kalau kehilangan saya.” ujar Armani, tertawa sambil menangis.
“Bukan macam tu tapi saya…” Bukhori cuba menjelaskan namun ditolak oleh Armani.
“Cukup. Awak tak perlu nak jelaskan apa-apa lagi. Saya faham situasi awak. Dan saya pun tak nak menambah sebab untuk saya terus bersedih. Cukup saya dah kehilangan ayah saya, kehidupan saya dan kini saya dah pun kehilangan orang yang sangat istimewa dalam hidup saya. Saya harap awak adalah sebab terakhir untuk saya bersedih. Mata saya dah penat menangis. Jiwa saya dah letih bersedih.” ujar Armani.
Bukhori tak mampu berkata apa-apa.
“Apa yang boleh saya cakap pada awak… Semoga awak bahagia dengan dia. Saya tak salahkan awak. Mungkin memang dah tertulis takdir kita macam ni. Cuma saya berharap, lepas ni kita masih boleh berkawan.” ujar Armani.
“Terima kasih Armani. Awak memang wanita paling terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya.” ujar Bukhori.
*** *** ***
Pagi itu, Armani ingin ke kelas seperti biasa. Dia sempat singgah ke bilik Arifah untuk melihat keadaan ibunya.
“Selamat pagi mama…” ujar Armani sambil mencapai tangan ibunya. Sejuk macam ais batu.
“Mama…?” Armani cuba menggerakkan tubuh ibunya. Kaku.
“Mama bangun mama.” Armani terlihat cemas apabila ibunya tidak memberi apa-apa respon.
“Abangggggg!” jerit Armani.
Afrizal menerpa masuk kebilik ibunya. Tanpa bertanya, Afrizal langsung meletakkan jari berdekatan dengan hidung ibunya untuk merasai nafas namun kosong. Beralih pula kearah nadi di pergelangan tangan. Tidak berdetak.
Afrizal memandang kearah adiknya. Entah bagaimana ingin dia sampaikan bahawa ibu mereka telah tiada.
Arifah dikhabarkan meninggal dunia dalam tidur.
Afrizal cuba menenangkan adiknya agar tidak terus-terusan menangisi pemergian ibunda tercinta.
“Abang janji abang takkan tinggalkan adik dan akan selalu ada untuk adik.” ujar Afrizal.
Afrizal mengajak Armani berpindah ke tempat lain dengan hasrat dapat memulakan hidup baru dan melupakan segala kisah pahit yang terjadi dalam kehidupan mereka sebelum ini. Armani masih belajar di tempat yang sama. Namun dalam diam Armani cuba bekerja separuh masa di kedai kereta sebagai penjual kereta demi menampung kehidupan mereka dua beradik. Afrizal pula kini membuat pelbagai pekerjaan untuk membayar kembali segala hutang yang ditinggalkan oleh syarikat keluarganya dulu dengan niat agar arwah ibu dan ayahnya tenang di sana.
END PART 1
No comments:
Post a Comment