About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

14 April 2015

Peristiwa "Otak-otak Tisu" dan "Kacang Bersos"

14/04/2015 - 17:33pm
Selasa - Cerah

Hai!

Assalamualaikum.

Halo everyone. Arghhh lamanya tak update blog! Haha. Sebenarnya bukan malas atau lupa password atau apalah cuma tak berkesempatan je nak update blog. Ada  banyak kot yangaku nak update tapi selalu termasuk dalam senarai draft je dan tak pernah di update. Betul, tak tipu.

Back to the topik! Apa kepelik dengan tajuk utama "otak2 tisu dan kacang bersos tersebut?" Ada peristiwa disebaliknya...

Diringkaskan cerita, semalam yang bertarikh 13/4/2015, kekonon aku nak ajak my gegirl aku pergi layan ABC dekat dengan rumah Isha. Sampai je kat warung ABC tu, aku tengok semua orang dok sedut kuah sup la, makan goreng2 la. Persoalannya, mana ABC-nya? Aku tengok si Isha dah sedap landing punggung kat kerusi sambil menunggu orang ambik order dia. Aku dengan Alfie berdiri je sebab senang nak tinggalkan Isha sensorang kat situ. *Lol* Takdelah. Sebab aku tengok macam takde orang je order ABC kat situ so tak jadilah aku nak landing punggung macam Isha. Isha pulak kekonon nak tanya kat orang kedai tu ada ABC ke tak hari tu tapi orang tu bukannya layan si Isha, dia lebih melayan lelaki kat meja sebelah. Ha nampak tak? Kalau lelaki laju je dia melayan! So, Isha pun benganglah. Dah alang2 orang tu buat bodo je dengan kitorang yang macam tak wujud kat situ, kitorang pun blahlah. Duduk lama2 pun bukannya ada orang nak ambik order kitorang pun. Padan muke dia pelanggan dah lari. Huh!

Lepas kitorang blah, si Alfie suggest nak makan chicken pop chop kat Hutan Bandar Mawar, tempat biasa aku pergi makan berdua dengan Alfie kalau si Isha sibuk dengan kerja. Dan rupa-rupanya si Isha tak pernah makan kat situ. Pertama kali dia pergi situ pun masa umur dia kecik lagi. Huiii bertahun lamanya dia tak jejak situ. Alkisahnya dia tak tahu jalan. Kuikuikui.

Bila sampai sana, macam biasalah meja mesti dah penuh dan kenalah tunggu giliran orang lain siap makan dulu. Adalah dalam 5-10 minit kitorang tunggu dan akhirnya barulah kitorang dapat duduk. Meja tu pulak memang tempat paling hujung. Haaaa dapatlah kitorang memekak dan ketawa besar2. Hahahaha.

Lepas order dan sambil tunggu order, datanglah cikedis2 untuk di makan sambil menunggu makanan datang. Cikedis tersebut adalah otak-otak dan kacang rebus. Jengjengjeng...haaa ni yang aku bukak cerita peristiwa disebalik nama pelik seperti title kat atas tu.

Si Isha yang memang jenis tak boleh duduk diam tu pun ambik la satu keping otak-otak dan makan isi dia. Bila dah makan, biasalah la kan daun kelapa yang buat sumbat otak-otak tu sengaja dibiarkan bersepah. Tetibe muncul idea aku suruh Isha sumbat la pape benda konon2 buat macam ada isi otak2 yang belum dimakan pastu letak balik dalam bakul yang diletakkan bersama otak2 yang lain. Kebetulan Isha tengah pegang tisu berwarna pink. Dia pun sumbat tisu tu kat dalam balutan otak-otak tadi tu dan dia buat macam yang aku suruh. Sebab tu dipanggil Otak-otak Tisu. Next, dia rasa pulak kacang rebus. Kopek satu, kopek dua, kopek tiga. Sambil mengunyah sambil tangan dia capai botol sos yang ada kat meja kitorang tu. Korang tau dia buat apa dengan sos tu? Dia pergi tuang sos tu kat kulit kacang yang kosong tu dan dia tutup balik pastu dia letak kat mangkuk yang berisi kacang rebus yang belum dikopek. Adalah dalam dua tiga kali dia buat macam tu. Dan sebab tu diberi nama kacang bersos!

Then, tengah sedap kitorang nikmati chicken chop yang telah selamat mendarat di atas meja kitorang, tetibe...jengjengjeng! Datang pulak cik abang yang menghantar sebakul otak2 dan semangkuk kacang rebus tadi. Orang tu tanya makan berapa otak2 ni? Si Isha diam je. Kekonon buat2 tak makan la. Last2 orang tu kire sendiri. Dan kantoi disitu yang salah satu otak2 dia diletakkan isi tisu. Kitorang buat muka tak bersalah jelah. Bila tibe turn kacang rebus, aku tengok muka si Isha dah cuak. Kejap2 dia jeling kat kacang tu. Kejap2 muke dia pandang chicken chop. Aku pulak hampir nak tergelak tengok expresi si Isha macam tu skali. Wakakaka! Dia cuak bukan apa takut kantoi ada kacang bersos pulak. Tapi mungkin orang tu ingat kacang dalam mangkuk tu tak diusik jadi dia pun bawa lah pergi bersama sebakul otak2 tadi. Makin cuaklah si Isha sebab dia risau kalau2 orang tu tengah gaul2 kacang tetiba ada kacang berisi sos. Tak ke naya orang tu patah balik kat meja kitorang? Si Isha cepat2 suruh kitorang makan dan pergi dari tempat tu sebab dialah dalang disebalik kacang bersos tu. Aku pun cuak jugak sebab kantoi pasal otak2 tisu tu. Elak aku pulak yang kena tuduh letak sos dalam kacang. Tapi dari jauh aku tengok orang tu asyik pandang ke arah meja kitorang. Alamak...dah kantoi ke? Haha belum la kot. Then, masa kitorang pergi bayar makanan kat kaunter, orang tu hantar sebakul otak2 dan semangkuk kacang rebus kat meja orang lain dan sambil dia lalu tu kitorang ada perasan yang orang tu pandang kitorang semacam je. Perghhh makin cuaklah si Isha. Hahaha lepas ambik makanan yang dia tapau, dia terus memecut lari macam lipas kudung pergi kat parking keta.

Berdekak gila kitorang bila flashback balik. Agak2 korang, apa expresi orang tu bila dia tengok ada seketul dua kacang dia yang si Isha letak sos kat dalam dia? Bila ingat balik, berdekak sengsorang. Hahaha aku rasa itulah kali kedua dan terakhir si Isha pergi makan kat situ lepas apa yang dia dah buat dengan kacang tersebut. Silap hari bulan, muka kitorang wanted kat tempat tu nanti kang. Hahaha. Sakit jiwa dapat kawan yang otak dia superrrrr gila, tapi best!

So, Isha...ni untuk kau.


So, ini jelah yang aku nak cerita kat sini. Bagi aku, benda ni kelakar tapi taktau lah bagi korang macam mana. Apapun, hargailah persahabatan korang dengan kawan2 korang walaupun segila apapun perangai kawan korang tu sebab dioranglah yang akan jadi penghibur hati korang bila korang sedih mahupun sunyi suatu hari nanti.

"Appreciate your true friends."

P/S: Tiada gambar mahupun video diruangan kali ini atas permintaan Isha yang takut kantoi dengan tokey kacang rebus tersebut. Kahkahkah!

Okay, chawchaw!

Yang sewel,
Leenz

6 February 2015

Spend time with my girls!

05/02/2015 - 11:07pm
Khamis - Mendung

Hai !

Assalamualaikum.

Lazy sickness is cominggggg! Lamanya tak update blog. Padahal banyak benda kot aku nak cerita kat sini. Bila nak update je, time tu pulak nak kena layan kerjalah, inilah, itulah. Hmmm...

Btw, hari tu kalau tak silap 29 January, I have met my girls! Dan semua tu tak dirancang pun. Aku dengan tiba-tiba wasap diorang ajak keluar. Hahaha last minute memang style aku! Kebetulan Alfie dan si Isha memang cuti, aku sorang je mengadap kerja. *cry* So, aku rasa kalau aku lepak dengan diorang, hilang sikit rasa stress aku.

Memula aku pick up Alfie kat rumah dia then sementara menunggu si Isha bersiap kat rumah, Alfie pun ajak aku pergi sebuah tempat. Jengjengjeng! Korang agak kitorang pergi mane? Hahaha rahsia.

Wefie or Alfie? Haha LOL.
Around pukul 8, disebabkan aku dan Alfie terlalu lama pergi ke tempat rahsia tersebut, Isha yang memang dah siap dari pukul 7 tadi mula merengek kelaparan. Hahaha kesian member aku ni. Setelah bertepuk tampar discuss nak makan kat mana, last-last KFC jadi pilihan si Isha. Memula aku ingat nak belanja tapi tuptup si Alfie pulak keluar duit. Alahai Alfie... *touching*

Yeay KFC!

Wefie!
Dan kami pun makan dengan rakusnya. (over gile!) Kitorang pun makanlah sambil bercerita ini itu. Ni haa aku nak habaq kat korang. Perempuan kalau dah berjumpa dengan kawan perempuan, takde benda lain dah diorang nak cerita kalau bukan pasal marka (boyfriend). Kalau tak pasal boyfriend memasing, mesti ada kaitan dengan lelaki. Aku tak tipuuuu. Tapi, janganlah korang gi tanya pasal boyfriend kat member korang yang belum ada boyfriend. Tak ke naya korang kene sepak terajang nanti. Terguris hati dia tau.

Then lepas bagi perut kenyang, dah taktau nak buat apa dah. Berjalan tanpa arah tujuan. Macam gelandangan pulak dah. Last-last si Isha tetiba cakap pasal aiskrim pasu yang tengah popular kat sosial media yang orang dok post-post gambar pasu kt facebook tu ha. Best sangat ke makan pasu? Rasa tanah ke rasa aiskrim? Kau rasa? Dannnnn akhirnya kitorang pun langkah panjang sampai ke Pandan Uptown (PU) sebab kat sana jelah yang aku tau ada aiskrim pasu ni. Pusing punya pusing sampai satu PU tu kitorang tawaf sebab nak carik kat mana tempat orang jual aiskrim pasu ni. Akhirnya kitorang lost. Give up. Mungkin kedai tu tak bukak hari ni. Oklah, kitorang pun redha jelah. Tapi tidak bagi Isha, dia pun gi tanye orang yang ada kat situ kot-kot diorang tau ke...dannn haaa memang popular gila kot aiskrim pasu ni kat PU. Baru tanya orang tu terus bagitau. Yang bengangnya, gerai orang yang jual aiskrim pasu tu dekat jalan memula kitorang masuk kot! Yang membutakan mata kitorang sebab dia terlindung dengan pokok, padanlah tak perasaan pun kedai tu kat situ. So. apa motif dekat setengah jam dok tawaf satu PU tadi? Jap jap, belum habis lagi penjelajahan untuk mendapatkan aiskrim pasu ni. Sampai je kat sana, nahhh ambik kau beratur sikit punya panjang dah macam orang nak bayar parking ticket kata kauuuu!

Demi sesuap aiskrim pasu!
Tapi disebabkan kitorang dah datang jauh-jauh, nak tak nak terpaksalah beratur jugak.  Melayankan tekak member punya pasal. Dannnn ingatkan aku nak belanja diorang tapi si Isha ni pulak sukarela menawarkan diri untuk belanja kitorang aiskrim pasu ni. Bila giliran aku ni weh?

(Aiskrim pasu / Ice Cream Pots)
So, inilah yang dinamakan Aiskrim Pasu (Ice Cream Pots) yang tengah jadi trend orang-orang dok post gambar pasu bagai tu. Sebenarnya aiskrim yang digunakan tu aiskrim biasa je pun. Topping pulak dia pakai oreo yang di hancurkan, kadang almond, dengan chocolate chips. Ha tu yang korang nampak macam rupe tanah tu. Pastu dia tambah pulak entah daun pudina kot aku rasa, dia letak sebagai hiasan dengan sebatang keropok roll yang belang-belang tu. Haaaaaa siap dah aiskrim pasu! Satu pasu RM5.00. Not bad la. Patutlah jadi viral, rupenye memang unik pun. Aku akui itu.

Haaa betulkan aku cakap kalau jalan dengan diorang ni memang hilang stress aku. Alhamdulillah.

So, lepas kenyang kitorang pun baliklah kerumah memasing dan tidurrrrr. ZzZzZzZzZZzZzz...

Apapun, thanks so much Alfie, Isha sebab belanja aku makan puas-puas hari ni. Kalau hari-hari keluar dengan korang, nanti aku dengan anak gajah pun korang susah nak beza dah. Hahaha. Love you girls!

"Best friend are the people in your life that make you laugh louder, smile brighter and live better."

So, buat masa ni setakat ni dululah aku update. Anytime free, aku bebel kat sini lagi.

Selamat malam dan mimpi indah.

Okay, chawchaw!


Yang sewel,
Leenz

26 January 2015

I lost my voice :(

26/01/2015 - 17:15pm
Isnin - Mendung

Hai !

Assalamualaikum.

Holaaaaa. Aku tanya apa khabar...?  Aku tanya apa khabar...? Semua... (lagak-lagak macam Joe Felizow yow!)

Aku? Khabar tak baik sebab aku terjebak dengan musim demam. *crying*

Aku tau korang pun mengalami simptom yang sama macam aku alami sekarang kan? Cewah simptom bagai kau! No lah. Cuma aku rasa sekarang ni macam ramai pulak orang yang demam. Mungkin sebab cuaca sekarang ni kejap hujan, kejap panas, kejap salji (salji????) kot. So, buat korang yang belum demam tu, take care yourself okay! Make sure korang pun tak jangkit sekali. Seksa separuh mati wooo!

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal demam tapi pasal suara aku hilang. (efek dari demam jugaklah ni) So, what happen with my voice? *shocked* Tapi takdelah sampai jadi bisu, still boleh keluar suara cuma serak-serak basah sikit. Eh tapi serak-serak basah seksi lagi tau berbanding situasi aku ni, nak keluarkan suara rasa separuh mati terseksa tau. Kejap ada, kejap hilang, susah gilalah nak bercakap dengan orang. Sampai orang buat muka pelik sebab nak cuba memahami apa yang aku cuba sampaikan kat diorang. Nampak tak betapa terseksanya aku yang nak bercakap dan betapa susahnya orang nak paham? Aku pun pelik kenapa boleh jadi macam ni? Padahal sebelum ni aku takde batuk-batuk pun. Batuk ngengade tu adelah sikit. Since aku makan ubat (macam gula-gula strepsil) yang aku ambik kat klinik hari tu, terus suara aku jadi macam ni buruk. Garau mengalahkan lelaki. *sigh*

Ingatkan aku sorang je yang rasa macam tu. Rupanya mama aku yang turut ambik ubat yang sama dengan perasa lain pun mengalami apa yang aku alami. Adakah ubat itu memberi efek buruk? Aku pun taktau lah. Tak berapa nak pakar bab-bab ubatan ni. Mungkin aku je kot yang terlalu negative thinking. *efek gagal dapat kelayakan nurse*

Ada orang cakap minum air suam banyak-banyak. Oh nooooo. Aku paling tak suka minum air suam sebab dia suam-suam dan rasa tawar. Tapi disebabkan orang dah bagi nasihat untuk orang sakit macam aku ni kan, nak tak nak aku kena minum jugaklah kan. Dan ada jugak yang suruh minum air limau campur madu. Ahaaaa kalau yang ni feveret aku. Hahaha ngada kan tekak aku ni. Sebab aku rasa kalau aku makan ubat, macam takde efek je. Sakit tak kebah-kebah pun. Sebab tu bila demam je aku tak suka ambik ubat dan makan ubat.

Bila time sakit tekak ni, macam-macam jenis orang pulak ngajak bercakap. Apatah lagi time kerja. Ada saje orang yang aku nak kena call tanya pasal kerja. *sigh* Orang dalam tepon tu pulak ibarat bercakap dengan orang bisu. *LOL* Lebih parah lagi, ada yang menyampah dengar suara "garau" aku ni ha. Siap suruh aku balik rumah dan rehat. *terharu* Haha. Takde beza kot kalau aku kerja dengan duduk rumah. Sebab tekak aku je yang sakit, badan aku still boleh buat kerja. Tapi yang buat aku geram, dah tau aku kehilangan suara, ada pulak yang suruhnya aku call orang ini itu suruh tanya ini itu. Ada jugak orang tak paham bahasa kan! *angry* Hadoilah... orang macam ni aku rasa nak bagi "kamehameha wave" je kat dia. (pengaruh kartun Dragon ball *lol*)

Buat korang-korang yang sakit tekak macam aku ni, jomlah kita kurangkan makan makanan berminyak, pedas dan manis. (Tapi aku makan jugak semua tu *misi gagal*)

Jom checklist petua untuk redakan batuk dan sakit tekak!


  • KERAK NASI:-
    Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  • BUAH PISANG:-
    Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
  • SAYUR PEGAGA:-
    Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
  • MADU LEBAH:-
    Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
Dan untuk korang yang nak kurangkan batuk dan merawat sakit tekak korang tu, jom baca ni:-
  • MENGURANGKAN BATUK
    Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
  • MERAWAT SAKIT TEKAK
    Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Selamat mencuba buat korang. (me also!) Semoga aku dan korang cepat sembuh dan terhindar dari sebarang penyakit lepas ni. Amin.

P/S: Sakit tu kan penghapus dosa. (Insyaallah, mudah-mudahan dengan izin-Nya)

Oh ye, petua di atas ni diambil dari sini :) Thanks to owner / admin! Semoga bermanfaat.

Okay, chawchaw!


Yang sewel,
Leenz