Assalamualaikum.
Sejak nak jadi bini orang ni, menjadi-jadi pulak menu masakan yang aku nak share kat sini. Hahaha. Apa salahnya berkongsi resepi, ye dak? Tak baik kedekut ilmu.
Untuk kali ni, aku nak kongsi resepi Ayam Masak Kicap versi aku. Kalau sebelum ni, aku masak asal boleh je, campak bawang, campak sos ini itu, campak kicap, terus jadi tapi rasa dia kureng sikit la. Jadi untuk nampak sedikit profesional dalam masakan, kita kenalah tau bahan apa yang penting dalam masakan.
Dah, jom mula sediakan bahan-bahan untuk memasak!
Ayam Masak Kicap
Bahan-bahan:-
- Beberapa ketul ayam
- 1 biji setengah bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2/3 ulas bawang kecil (jika perlu)
- 2/3 inci halia
- 1 batang serai
- Beberapa biji lada hitam (jika perlu)
- Minyak masak
- 4 sekawan; bunga lawang, cengkih, ketumbar, kayu manis
- 1 biji bawang besar / bombay (untuk hiasan)
- 1 biji cili merah (untuk hiasan)
- Garam & kunyit; untuk ayam
Cara-cara:-
- Ayam perlu di goreng dahulu (gaulkan bersama kunyit dan garam)
- Kisar / blendkan bahan bawang merah, bawang putih, bawang kecil, halia, serai dan lada hitam.
- Sementara itu, panaskan minyak (sedikit sahaja untuk tumis) di dalam kuali.
- Masukkan 4 sekawan dan tumis sehingga naik bau
- Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali, kacau hingga naik bau.
- Masukkan pula kicap pekat / kicap manis/masin, sedikit sos tomato, sedikit sos tiram dan air asam
- Jangan lupa masukkan sedikit garam untuk penambah rasa (jika perlu)
- Selepas itu, masukkan sedikit air (untuk kuah) dan masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi.
- Potong bawang besar/bombay secara bulatan.
- Masukkan bawang besar yang di potong secara bulatan sebelum api ditutup.
- Masak sehingga ayam menjadi empuk.
- Potong & masukkan cili merah sebagai hiasan.
- Tutup api dan hidangkan.
Siap!
Selamat menjamu selera guys!
Wassalam.
- Leenz
05 Dec 2017 - 6:09pm
No comments:
Post a Comment