Assalamualaikum.
Apa rasanya apabila kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan keburukan, kejahatan, kejahilan?
Let say, dulu korang terkenal dengan sikap kasar, cakap lepas, tiada kelembutan di dalam kata-kata dan apabila korang dah meningkat dewasa, korang pun dah pandai bertutur dengan sopan, lemah lembut dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi even dipijak sedalam mana pun oleh orang-orang di sekeliling korang.
Aku. Mungkin dulu aku berperangai buruk, cakap kasar, tak boleh sabar. Dan orang mula menilai aku dari sifat yang dulu. Tapi semua orang boleh berubah kan? Semua orang layak diberi peluang kan? Begitulah dengan aku. Aku layak diberi peluang untuk berubah. I did it. Aku cuba bersabar dengan karenah orang-orang yang ada di sekeliling aku. Aku cuba bersikap baik dengan semua orang. Tapi orang tetap menilai buruk tentang diri aku. Why? Adakah korang masih diselubungi dengan sifat burukku dulu? Pleaselah. We are matured enough. Boleh tak korang intropeksi diri korang dengan bersikap lebih terbuka? Menerima perubahan diri seseorang dengan fikiran terbuka. Aku akui dulu aku banyak buat silap tapi aku bangkit dari kesilapan aku. Kenapa masih nak menghukum seseorang itu dari masa lalunya?
Apa yang aku nak luahkan kat sini bukan pasal masa lalu aku. Tapi aku cuma rasa sedih apabila ada seseorang cuba menjatuhkan prestasi kerja aku. Teruk Besar sangatkah kesalahan aku sehingga semua orang sering menyalahkan aku? Benarlah kata orang, sekali je kau buat jahat dan kemudian kau berbuat 1001 kebaikan, orang tetap akan nampak kejahatan kita. Walaupun kau menutup semua kesalahan yang lama tu, orang tetap akan mengungkit kembali. Dunia ni memang kejam. Dunia kejam kerana orang-orang yang berada di dalamnya bersifat kejam.
Bila kita buat baik, akan ada orang yang dengki. Bila kita berjaya dalam sesuatu hal, ada orang yang akan cemburu dengan kejayaan kita. Orang itu juga tak jauh dari kita. Kadang-kadang boleh jadi kawan kita sendiri yang tak suka melihat kita berjaya, bahagia. Dan orang-orang sedemikianlah yang akan menjadi racun dalam kehidupan kita. Dia akan mengkhianati kita untuk melihat kita jatuh dari kejayaan yang dikecapi. Supaya orang-orang memandang buruk pada kita. Kemudian dia akan mentertawakan kita dalam diam.
Kadang-kadang aku tak faham dengan jenis orang yang macam ni (buat apa sahaja demi duit). Demi mengejar harta dunia, diorang rela tinggalkan keluarga, rakan dan pekerja. Diorang lebih rela menjaga hati pelanggan berbanding pekerjanya sendiri. Lupakah diorang, tanpa pekerja, diorang pun takkan dapat mengaut keuntungan dari pelanggan. Tanpa pekerja juga, diorang takkan mampu buat semua kerja tu sendirian. Ada juga yang rela bergaduh dengan ahli keluarga sendiri demi kerja. Berbaloi kah? Sanggup memutuskan tali silaturahim demi mengejar harta yang tak bawa kemati. Tapi korang akan mati jika tiada harta. Hmm fikirkanlah.
"Tak mengapa. Bersabarlah. Hari ni hari dia, esok lusa mungkin hari kita." bisik seseorang kepada aku. Ye, mungkin ada benarnya. Walaupun aku selalu berkata bahawa kesabaran aku hampir habis, tapi aku akan cuba. Cuba untuk menunjukkan pada semua orang yang aku masih mampu berusaha untuk mengekalkan apa yang aku dah kecapi sekarang ni. Insyaallah, aku kuat. Mungkin saat ni korang mampu terawa melihat kejatuhan aku, tapi jangan fikir aku akan berhenti setakat ni. Allah itu maha adil. Tersenyumlah kalian selagi kalian mampu. Tertawalah sepuas hati kalian. Allah akan selalu mendengar kata hati orang-orang yang teranaiya. Semoga kejahatan dibalas dengan kebaikan.
Satu je aku nak pesan, jangan mudah percaya dengan orang-orang di sekeliling korang walaupun diorang nampak baik macam mana sekalipun. Kelak korang pulak yang akan dikhianati.
Wasalam.
Leenz
14 Aug 2017 - 11:39am
No comments:
Post a Comment