About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

21 August 2017

Cerbung: Fobia Cinta (Part 2)

Fobia Cinta (Part 2)

 "Nash, aku kena gerak sekarang ni. Karang bini aku bising pulak kalau balik lambat. Esok aku sambung lagi." ujar Naza sambil tergesa-gesa pulang kerumah. "Rindu binilah tu." ujar Nashrin yang sempat mengusik rakan sekerjanya. Selepas Naza berlalu pergi, Nashrin teringat semula tentang apa yang diceritakan oleh Naza. "Eh, itukan..." Nashrin terlihat kelibat Afiera, perempuan yang diceritakan oleh Naza tadi. Afiera terlihat sedang memasuki ke dalam kereta berwarna hitam dengan senyuman. "Itu boyfriend dia ke?" getus hati kecil Nashrin. Semangatnya jatuh merundum apabila mengetahui bahawa perempuan idamannya sudah berpunya. Dia juga langsung mencapai beg sandang dan helmet untuk beransur pulang memandangkan hari semakin gelap.

* * *

   Sebaik sahaja Afiera yang dijemput oleh ayahnya tadi sampai di rumah, kelihatan sebuah kereta berada di hadapan rumahnya. Dia kenal benar dengan pemilik kereta tersebut. "Ayreen, kenapa nak datang tak beritahu aku dulu? Kau dah lama sampai?" tanya Afiera. Ayreen tidak menjawab. "Aku minta maaflah sebab buat kau menunggu lama kat luar ni. Aku baru balik kerja. Kalau kau cakap awal-awal yang kau nak datang, atleast aku boleh minta balik awal tadi. Dah, jom masuk." ujar Afiera sambil menarik tangan sahabatnya. Afiera sedikit hairan melihat sikap sahabatnya yang satu itu. Jarang benar Ayreen terlihat pendiam. Afiera merasakan ada yang tidak kena dengan sahabatnya. "Kau bergaduh dengan family kau lagi kan?" tanya Afiera. Ayreen mengangkat mukanya dan memandang Afiera dengan wajah muram. "Aku dah agak. Habis tu, family kau tau tak yang kau ada kat rumah aku ni?" tanya Afiera lagi. Ayreen sekadar menggeleng. Afiera mulai bercekak pinggang. "Kau tak boleh selalu macam ni Reen. Walaupun teruk mana pun diorang tu, diorang tetap family kau. Diorang berhak tahu kemana kau pergi sebab kau masih di bawah tanggungjawab diorang. Bergaduh macam mana sekalipun, kena bincang baik-baik bukan lari bawa diri macam ni." omel Afiera. Ayreen sedikit terkesan dengan nasihat yang diberi oleh sahabatnya itu. Ayreen sedikit terkesan dengan kata-kata sahabatnya. Tiba-tiba Ayreen menarik hujung lengan baju Afiera. "Ada apa Reen?" tanya Afiera. Hairan melihat perlakuan Ayreen yang mengesot-ngesot bagai kucing meminta makanan. "Kalau dah keluar perangai dia yang macam ni, tak lain tak bukan, laparlah tu." ujar Afiera sambil memandang geram. Ayreen tersengih. "Ha, lain kali kalau nak lari dari rumah, isi perut tu penuh-penuh dulu. Ishhh budak sorang ni...." Afiera membebel sambil berlalu ke dapur untuk melihat bahan-bahan yang boleh dimasak.

   Malam itu, Ayreen mendapat panggilan dari Izran, teman rapat Ayreen. Kepada Izran, Ayreen meluahkan semua perasan kesal terhadap keluarganya. "Pulanglah. Kasihan dengan family awak, jangan buat diorang risau. Dengar nasihat diorang." ujar Izran di hujung talian. Ayreen terdiam. Bukannya dia sengaja ingin membuat keluarganya risau tetapi dia merasa kesal dengan perancangan orang tuanya yang berhasrat ingin menjodohkan dia dengan lelaki pilihan mereka sedangkan dia sudah punya pilihan sendiri. "Saya tak nak kahwin dengan lelaki tu. Saya dah ada pilihan saya sendiri, awak faham tak?" bantah Ayreen. Afiera mendengar perbualan Ayreen dengan temannya yang berada di hujung talian. "Reen nak kahwin ke?" Afiera bermonolog. Sebaik sahaja Ayreen mematikan panggilan, dia sedikit terkejut apabila melihat Afiera berada di belakangnya. "Betul ke?" tanya Afiera. Ayreen terpinga-pinga. "Apanya yang betul?" tanya Ayreen kembali. "Kau nak kahwin." jawab Afiera tanpa basa basi. Ayreen terdiam. Bererti Afiera telah mendengar perbualannya dengan Izran tadi. "Aku tak nak kahwin, tapi family aku yang plan semua ni. Aku tak cintakan lelaki tu. Aku sukakan..." Afiera langsung mencelah. "Izran?" Ayreen menggangguk perlahan, mengiyakan jawapan Afiera. "Kau kena bincang dengan family kau baik-baik pasal ni. Kau beritahu diorang yang kau berhak tentukan pilihan kau sendiri. Kau juga kena kenalkan Izran dengan family kau, kalau tak, diorang pun tak tahu siapa Izran dalam hidup kau." ujar Afiera. Ayreen menunduk sedih. "Sebenarnya... aku pun tak tahu siapa aku di hati Izran." ujar Ayreen. Afiera terlopong. "Maksud kau?"tanya Afiera. "Bagi dia, aku hanya teman rapat dia je, tak lebih dari tu. Aku pun tak pernah beritahu pada dia mengenai perasaan aku terhadap dia. Aku sedar cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan." jelas Ayreen. Afiera mengusap belakang Ayreen, menenangkan hati gadis itu. Mengerti benar dia perasaan hampa dan kecewa sahabatnya itu. Dia juga pernah merasai hal sedemikian, mujur dia sempat membuang perasaan sayangnya pada seorang lelaki yang tidak pernah menyintainya dulu.

* * *

   "Betul, aku nampak dengan mata aku sendiri. Boyfriend dia datang jemput dia pakai kereta hitam." ujar Nashrin, sungguh-sungguh. Naza sedikit hairan dengan cerita Nashrin yang mengatakan Afiera, gadis yang diceritakan tempoh hari sudah mempunyai teman lelaki baru. "Aku tak rasa itu boyfriend dia. Mungkin itu adik dia atau ayah dia." ujar Naza. Nashrin menggangguk faham. "By the way, cerita hari tu sampai mana?"

   "Aku betul-betul ingat yang Kak Huuda tu masih bujang. Rupa-rupanya dah anak satu. Tapi apa motif dia nak bercinta dengan si Am tu?" ujar Hanna. "Laki dia kurang beri perhatian pada dia kot." celah Najwa sambil gelak besar. Hanna turut tergelak, mengiyakan kata-kata Najwa tadi. "Tapi kan, walaupun Kak Huuda tu bini orang, tetap ada orang sukakan dia walhal si Afiera yang masih bujang tu tak laku-laku lagi." ujar Najwa sambil menyambung ketawa. "Siapa suruh dia jual mahal sangat." ujar Hanna.

   Gosip tentang perkahwinan Huuda mulai bertebaran, sehinggalah sampai ke telinga Amrizal sendiri. "Saya tak sangka yang awak sanggup menipu saya selama ni. Awak sedar tak apa yang awak buat?" tempik Amrizal. "Saya tak tipu tapi awak yang tak pernah tanya saya." jawab Huuda. "Cukup. Tak usah berdalih lagi. Saya dah tak nak tambah dosa yang dah sedia ada ni. Jadi, mulai sekarang lebih baik kita buat hal masing-masing." ujar Amrizal. Huuda tidak puas hati. "Tak semudah tu Am." Amrizal terdiam. "Mungkin awak lupa siapa yang tolong awak selama ni." ujar Huuda sambil tersenyum sinis. "Wang ringgit, perhiasan, kereta, awak dah lupa ke semua tu Am?" tanya Huuda. Amrizal menunduk sesal. Kesal kerana menerima bantuan dari orang yang salah. Salahnya juga kerana terlanjur mengambil kesempatan atas kebaikan Huuda yang pada mulanya ikhlas membantu ketika dia sedang dalam kesusahan. Huuda tersenyum puas apabila berjaya mengugut Amrizal.

* * *

   Cerita Naza terhenti apabila dia melihat kelibat lelaki yang telah lama menghilangkan diri kini kembali semula di syarikat lamanya itu. "Majideen kan?" tanya Naza. "Aku rasa tak lama mana kot aku keluar dari company ni, takkan kau dah lupa kat aku pulak?" ujar lelaki bernama Majideen. "Tak lupa cuma takut salah orang. Apa khabar?" ujar Naza sambil bersalaman dengan lelaki berbadan sado itu. "Alhamdulillah baik." Nashrin yang hanya mendengar perbualan mereka berdua sempat menyambut salam dari Majideen tanda hormat. "Aku tak boleh lama ni, aku datang sini pun sebab ada hal. Lain kali kita borak lagi okay." ujar Majideen. Sebaik sahaja Majideen berlalu pergi, Naza menyambung kembali ceritanya. "Sebelum kau tanya, biar aku jawab. Kalau kau nak tahu, lelaki tadi tu pun merupakan salah seorang calon yang telah gagal mengurat si Afiera tu." ujar Naza. Nashrin terlopong. "Saingan berat." gerutu Nashrin. 

   "Korang jangan kacau Afiera sebab Afiera tu milik aku." ujar Amrizal kepada kawan-kawannya. "Untunglah dapat perempuan bujang." sindir rakan sekerja Amrizal. "Sesuai sangatlah, si Fiera tu bujang, kau pun dah lama menduda." sahut seorang lagi rakan sekerja Amrizal. "Cepat-cepatlah masuk minang, takut melepas pulak." ujar rakan sekerja Amrizal sambil menjeling kearah Majideen yang sedang bengang mendengar perbualan mengenai hubungan Amrizal dan Afiera. Majideen bangkit dari tempat duduknya kemudian dia langsung menghempas pintu bilik rehat yang berada di bahagian hujung pejabat. "Apahal dengan mamat tu?" tanya Amrizal. Rakan sekerja Amrizal sekadar tersenyum. Tahu benar mereka bahawa Majideen juga telah lama memendam perasaan terhadap Afiera tetapi gadis itu mentah-mentah menolak cintanya.

   "Jadi semuanya sebab dialah punca kau tolak cinta aku?" tanya Majideen sewaktu dia pergi menemui Afiera di luar pejabat. "Apa abang Deen merepek ni? Punca? Dia? Dia tu siapa?" tanya Afiera, kebingungan. "Alah, tak payah nak sorokkan dari aku. Dia sendiri yang mengaku bahawa kau tu milik dia." ujar Majideen. "Sorokkan apa? Fiera betul-betul tak faham ni. Abang Deen cakap pasal siapa?" tanya Afiera lagi. "Amrizal. Kau sekarang dengan Amrizal, kan?" Afiera terlopong apabila Majideen mengaitkan dirinya dengan lelaki bernama Amrizal. "Ya rabbi. Abang Deen dengar semua ni dari siapa?" tanya Afiera, mencari tahu. "Jadi betullah kau dengan dia sekarang? Oh, patutlah kau taknak dengan aku, rupa-rupanya dah dapat yang lagi muda dari aku. Memilih juga kau ni." ujar Majideen dengan nada kasar. "Fiera rasa abang Deen dah salah faham ni. First, Fiera tolak cinta abang Deen sebab Fiera dah anggap abang Deen ni macam abang Fiera sendiri. Fiera rasa Fiera dah pernah beritahu abang pasal ni kan? The second thing, Fiera dengan Amrizal bukan siapa-siapa. Fiera tak pernah jalin hubungan apa-apa pun dengan dia mahupun lelaki-lelaki yang ada kat pejabat ni. You get it?" jelas Afiera. Majideen terdiam. Kini jelaslah bahawa Amrizal yang mereka cerita. Panas telinga Afiera apabila Amrizal cuba membuat gosip palsu dengan mengatakan bahawa mereka berdua mempunyai hubungan rapat. "Bikin hati panas!" getus hati kecil Afiera.

* * *

   "Apa motif kau buat cerita yang Afiera tu milik kau?" tanya Majideen sewaktu menemui Amrizal. "She's mine." jawab Amrizal, selamba. "Kau tak payah nak berlakon. Aku dah tanya pada dia sendiri dan dia cakap yang dia tak ada hubungan apa-apa dengan kau. Kau jangan nak main-main dengan aku!" tempik Majideen. "Okay, memang kitorang tak ada apa-apa hubungan tapi...aku sukakan dia. Aku tak nak orang lain curi perhatian dia, sebab tu aku cakap dia milik aku." ujar Amrizal dengan nada gugup. Majideen terdiam. Terkesima mendengar pengakuan dari lelaki yang cuba mencuri hati wanita yang pernah dia cintai. Majideen sedikit mengeluh. Ego lelakinya langsung diketepikan. Memandangkan rakan-rakan sekerja yang lain tiada di pejabat, jadi Majideen bebas untuk bersuara. "Kalau betul kau sukakan dia, aku nak kau jaga hati dia betul-betul. Jangan sampai kau buat dia terluka. Kalau aku dapat tahu yang kau cuba mainkan hati dia, kau nampak ni?" ujar Majideen sambil menyuakan penumbuk di hadapan Amrizal. Amrizal menelan air liur. Tahu benar dia dengan sifat baran lelaki itu.

To be continued...

Nukilan oleh: Leenz Armani

P/S: Hmm...disebabkan keterujaan si minah bernama Alfie ni tak menyabar nak baca sambungan dari cerbung Fobia Cinta (Part 1) ni, maka aku pun terpaksalah post dulu untuk Part yang kedua punya. Walaupun tak semeriah macam Part 1, atleast adalah jugakkan. Macam biasa, kita bagi dia teruja sikit-sikit dulu. Hahahaha. Sebenarnya disebabkan kekangan waktu, aku tulis setakat mana yang sempat je. Sambil menunaikan tanggungjawab sebagai kerani cabuk sambil tu aku curik masa untuk menulis. Harap maklum. See you on the next part!

Wasalam.
- Leenz

1 comment: