About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

24 August 2017

CRY

Cry by Rihanna.

I'm not the type to get my heart broken
I'm not the type to get upset and cry
'cause I never leave my heart open
Never hurts me to say goodbye
Relationships don't get deep to me
Never got the whole in love thing
And someone can say they love me truly
But at the time it didn't mean a thing

[Chorus:]
My mind is gone, I'm spinning round
And deep inside, my tears I'll drown
I'm losing grip, what's happening
I stray from love, this is how I feel
This time was different
Felt like, I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
Now I'm, in this condition
And I've, got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

Did it happen when we first kissed?
'cause it's hurting me to let it go
Maybe 'cause we spent so much time
And I know that it's no more
I should've never let you hold me baby
Maybe why I'm sad to see us apart
I didn't give to you on purpose
Can't figure out how you stole my heart

[Chorus]

How did I get here with you, I'll never know?
I never meant to let it get so, personal
And after all I tried to do, to stay away from loving you
I'm broken hearted, I can't let you know
And I won't let it show
You won't see me cry

[x2]
This time was different
Felt like, I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
Now I'm, in this condition
And I've, got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

All my life...



24 Aug 2017 - 10:49am


21 August 2017

Cerbung: Fobia Cinta (Part 2)

Fobia Cinta (Part 2)

 "Nash, aku kena gerak sekarang ni. Karang bini aku bising pulak kalau balik lambat. Esok aku sambung lagi." ujar Naza sambil tergesa-gesa pulang kerumah. "Rindu binilah tu." ujar Nashrin yang sempat mengusik rakan sekerjanya. Selepas Naza berlalu pergi, Nashrin teringat semula tentang apa yang diceritakan oleh Naza. "Eh, itukan..." Nashrin terlihat kelibat Afiera, perempuan yang diceritakan oleh Naza tadi. Afiera terlihat sedang memasuki ke dalam kereta berwarna hitam dengan senyuman. "Itu boyfriend dia ke?" getus hati kecil Nashrin. Semangatnya jatuh merundum apabila mengetahui bahawa perempuan idamannya sudah berpunya. Dia juga langsung mencapai beg sandang dan helmet untuk beransur pulang memandangkan hari semakin gelap.

* * *

   Sebaik sahaja Afiera yang dijemput oleh ayahnya tadi sampai di rumah, kelihatan sebuah kereta berada di hadapan rumahnya. Dia kenal benar dengan pemilik kereta tersebut. "Ayreen, kenapa nak datang tak beritahu aku dulu? Kau dah lama sampai?" tanya Afiera. Ayreen tidak menjawab. "Aku minta maaflah sebab buat kau menunggu lama kat luar ni. Aku baru balik kerja. Kalau kau cakap awal-awal yang kau nak datang, atleast aku boleh minta balik awal tadi. Dah, jom masuk." ujar Afiera sambil menarik tangan sahabatnya. Afiera sedikit hairan melihat sikap sahabatnya yang satu itu. Jarang benar Ayreen terlihat pendiam. Afiera merasakan ada yang tidak kena dengan sahabatnya. "Kau bergaduh dengan family kau lagi kan?" tanya Afiera. Ayreen mengangkat mukanya dan memandang Afiera dengan wajah muram. "Aku dah agak. Habis tu, family kau tau tak yang kau ada kat rumah aku ni?" tanya Afiera lagi. Ayreen sekadar menggeleng. Afiera mulai bercekak pinggang. "Kau tak boleh selalu macam ni Reen. Walaupun teruk mana pun diorang tu, diorang tetap family kau. Diorang berhak tahu kemana kau pergi sebab kau masih di bawah tanggungjawab diorang. Bergaduh macam mana sekalipun, kena bincang baik-baik bukan lari bawa diri macam ni." omel Afiera. Ayreen sedikit terkesan dengan nasihat yang diberi oleh sahabatnya itu. Ayreen sedikit terkesan dengan kata-kata sahabatnya. Tiba-tiba Ayreen menarik hujung lengan baju Afiera. "Ada apa Reen?" tanya Afiera. Hairan melihat perlakuan Ayreen yang mengesot-ngesot bagai kucing meminta makanan. "Kalau dah keluar perangai dia yang macam ni, tak lain tak bukan, laparlah tu." ujar Afiera sambil memandang geram. Ayreen tersengih. "Ha, lain kali kalau nak lari dari rumah, isi perut tu penuh-penuh dulu. Ishhh budak sorang ni...." Afiera membebel sambil berlalu ke dapur untuk melihat bahan-bahan yang boleh dimasak.

   Malam itu, Ayreen mendapat panggilan dari Izran, teman rapat Ayreen. Kepada Izran, Ayreen meluahkan semua perasan kesal terhadap keluarganya. "Pulanglah. Kasihan dengan family awak, jangan buat diorang risau. Dengar nasihat diorang." ujar Izran di hujung talian. Ayreen terdiam. Bukannya dia sengaja ingin membuat keluarganya risau tetapi dia merasa kesal dengan perancangan orang tuanya yang berhasrat ingin menjodohkan dia dengan lelaki pilihan mereka sedangkan dia sudah punya pilihan sendiri. "Saya tak nak kahwin dengan lelaki tu. Saya dah ada pilihan saya sendiri, awak faham tak?" bantah Ayreen. Afiera mendengar perbualan Ayreen dengan temannya yang berada di hujung talian. "Reen nak kahwin ke?" Afiera bermonolog. Sebaik sahaja Ayreen mematikan panggilan, dia sedikit terkejut apabila melihat Afiera berada di belakangnya. "Betul ke?" tanya Afiera. Ayreen terpinga-pinga. "Apanya yang betul?" tanya Ayreen kembali. "Kau nak kahwin." jawab Afiera tanpa basa basi. Ayreen terdiam. Bererti Afiera telah mendengar perbualannya dengan Izran tadi. "Aku tak nak kahwin, tapi family aku yang plan semua ni. Aku tak cintakan lelaki tu. Aku sukakan..." Afiera langsung mencelah. "Izran?" Ayreen menggangguk perlahan, mengiyakan jawapan Afiera. "Kau kena bincang dengan family kau baik-baik pasal ni. Kau beritahu diorang yang kau berhak tentukan pilihan kau sendiri. Kau juga kena kenalkan Izran dengan family kau, kalau tak, diorang pun tak tahu siapa Izran dalam hidup kau." ujar Afiera. Ayreen menunduk sedih. "Sebenarnya... aku pun tak tahu siapa aku di hati Izran." ujar Ayreen. Afiera terlopong. "Maksud kau?"tanya Afiera. "Bagi dia, aku hanya teman rapat dia je, tak lebih dari tu. Aku pun tak pernah beritahu pada dia mengenai perasaan aku terhadap dia. Aku sedar cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan." jelas Ayreen. Afiera mengusap belakang Ayreen, menenangkan hati gadis itu. Mengerti benar dia perasaan hampa dan kecewa sahabatnya itu. Dia juga pernah merasai hal sedemikian, mujur dia sempat membuang perasaan sayangnya pada seorang lelaki yang tidak pernah menyintainya dulu.

* * *

   "Betul, aku nampak dengan mata aku sendiri. Boyfriend dia datang jemput dia pakai kereta hitam." ujar Nashrin, sungguh-sungguh. Naza sedikit hairan dengan cerita Nashrin yang mengatakan Afiera, gadis yang diceritakan tempoh hari sudah mempunyai teman lelaki baru. "Aku tak rasa itu boyfriend dia. Mungkin itu adik dia atau ayah dia." ujar Naza. Nashrin menggangguk faham. "By the way, cerita hari tu sampai mana?"

   "Aku betul-betul ingat yang Kak Huuda tu masih bujang. Rupa-rupanya dah anak satu. Tapi apa motif dia nak bercinta dengan si Am tu?" ujar Hanna. "Laki dia kurang beri perhatian pada dia kot." celah Najwa sambil gelak besar. Hanna turut tergelak, mengiyakan kata-kata Najwa tadi. "Tapi kan, walaupun Kak Huuda tu bini orang, tetap ada orang sukakan dia walhal si Afiera yang masih bujang tu tak laku-laku lagi." ujar Najwa sambil menyambung ketawa. "Siapa suruh dia jual mahal sangat." ujar Hanna.

   Gosip tentang perkahwinan Huuda mulai bertebaran, sehinggalah sampai ke telinga Amrizal sendiri. "Saya tak sangka yang awak sanggup menipu saya selama ni. Awak sedar tak apa yang awak buat?" tempik Amrizal. "Saya tak tipu tapi awak yang tak pernah tanya saya." jawab Huuda. "Cukup. Tak usah berdalih lagi. Saya dah tak nak tambah dosa yang dah sedia ada ni. Jadi, mulai sekarang lebih baik kita buat hal masing-masing." ujar Amrizal. Huuda tidak puas hati. "Tak semudah tu Am." Amrizal terdiam. "Mungkin awak lupa siapa yang tolong awak selama ni." ujar Huuda sambil tersenyum sinis. "Wang ringgit, perhiasan, kereta, awak dah lupa ke semua tu Am?" tanya Huuda. Amrizal menunduk sesal. Kesal kerana menerima bantuan dari orang yang salah. Salahnya juga kerana terlanjur mengambil kesempatan atas kebaikan Huuda yang pada mulanya ikhlas membantu ketika dia sedang dalam kesusahan. Huuda tersenyum puas apabila berjaya mengugut Amrizal.

* * *

   Cerita Naza terhenti apabila dia melihat kelibat lelaki yang telah lama menghilangkan diri kini kembali semula di syarikat lamanya itu. "Majideen kan?" tanya Naza. "Aku rasa tak lama mana kot aku keluar dari company ni, takkan kau dah lupa kat aku pulak?" ujar lelaki bernama Majideen. "Tak lupa cuma takut salah orang. Apa khabar?" ujar Naza sambil bersalaman dengan lelaki berbadan sado itu. "Alhamdulillah baik." Nashrin yang hanya mendengar perbualan mereka berdua sempat menyambut salam dari Majideen tanda hormat. "Aku tak boleh lama ni, aku datang sini pun sebab ada hal. Lain kali kita borak lagi okay." ujar Majideen. Sebaik sahaja Majideen berlalu pergi, Naza menyambung kembali ceritanya. "Sebelum kau tanya, biar aku jawab. Kalau kau nak tahu, lelaki tadi tu pun merupakan salah seorang calon yang telah gagal mengurat si Afiera tu." ujar Naza. Nashrin terlopong. "Saingan berat." gerutu Nashrin. 

   "Korang jangan kacau Afiera sebab Afiera tu milik aku." ujar Amrizal kepada kawan-kawannya. "Untunglah dapat perempuan bujang." sindir rakan sekerja Amrizal. "Sesuai sangatlah, si Fiera tu bujang, kau pun dah lama menduda." sahut seorang lagi rakan sekerja Amrizal. "Cepat-cepatlah masuk minang, takut melepas pulak." ujar rakan sekerja Amrizal sambil menjeling kearah Majideen yang sedang bengang mendengar perbualan mengenai hubungan Amrizal dan Afiera. Majideen bangkit dari tempat duduknya kemudian dia langsung menghempas pintu bilik rehat yang berada di bahagian hujung pejabat. "Apahal dengan mamat tu?" tanya Amrizal. Rakan sekerja Amrizal sekadar tersenyum. Tahu benar mereka bahawa Majideen juga telah lama memendam perasaan terhadap Afiera tetapi gadis itu mentah-mentah menolak cintanya.

   "Jadi semuanya sebab dialah punca kau tolak cinta aku?" tanya Majideen sewaktu dia pergi menemui Afiera di luar pejabat. "Apa abang Deen merepek ni? Punca? Dia? Dia tu siapa?" tanya Afiera, kebingungan. "Alah, tak payah nak sorokkan dari aku. Dia sendiri yang mengaku bahawa kau tu milik dia." ujar Majideen. "Sorokkan apa? Fiera betul-betul tak faham ni. Abang Deen cakap pasal siapa?" tanya Afiera lagi. "Amrizal. Kau sekarang dengan Amrizal, kan?" Afiera terlopong apabila Majideen mengaitkan dirinya dengan lelaki bernama Amrizal. "Ya rabbi. Abang Deen dengar semua ni dari siapa?" tanya Afiera, mencari tahu. "Jadi betullah kau dengan dia sekarang? Oh, patutlah kau taknak dengan aku, rupa-rupanya dah dapat yang lagi muda dari aku. Memilih juga kau ni." ujar Majideen dengan nada kasar. "Fiera rasa abang Deen dah salah faham ni. First, Fiera tolak cinta abang Deen sebab Fiera dah anggap abang Deen ni macam abang Fiera sendiri. Fiera rasa Fiera dah pernah beritahu abang pasal ni kan? The second thing, Fiera dengan Amrizal bukan siapa-siapa. Fiera tak pernah jalin hubungan apa-apa pun dengan dia mahupun lelaki-lelaki yang ada kat pejabat ni. You get it?" jelas Afiera. Majideen terdiam. Kini jelaslah bahawa Amrizal yang mereka cerita. Panas telinga Afiera apabila Amrizal cuba membuat gosip palsu dengan mengatakan bahawa mereka berdua mempunyai hubungan rapat. "Bikin hati panas!" getus hati kecil Afiera.

* * *

   "Apa motif kau buat cerita yang Afiera tu milik kau?" tanya Majideen sewaktu menemui Amrizal. "She's mine." jawab Amrizal, selamba. "Kau tak payah nak berlakon. Aku dah tanya pada dia sendiri dan dia cakap yang dia tak ada hubungan apa-apa dengan kau. Kau jangan nak main-main dengan aku!" tempik Majideen. "Okay, memang kitorang tak ada apa-apa hubungan tapi...aku sukakan dia. Aku tak nak orang lain curi perhatian dia, sebab tu aku cakap dia milik aku." ujar Amrizal dengan nada gugup. Majideen terdiam. Terkesima mendengar pengakuan dari lelaki yang cuba mencuri hati wanita yang pernah dia cintai. Majideen sedikit mengeluh. Ego lelakinya langsung diketepikan. Memandangkan rakan-rakan sekerja yang lain tiada di pejabat, jadi Majideen bebas untuk bersuara. "Kalau betul kau sukakan dia, aku nak kau jaga hati dia betul-betul. Jangan sampai kau buat dia terluka. Kalau aku dapat tahu yang kau cuba mainkan hati dia, kau nampak ni?" ujar Majideen sambil menyuakan penumbuk di hadapan Amrizal. Amrizal menelan air liur. Tahu benar dia dengan sifat baran lelaki itu.

To be continued...

Nukilan oleh: Leenz Armani

P/S: Hmm...disebabkan keterujaan si minah bernama Alfie ni tak menyabar nak baca sambungan dari cerbung Fobia Cinta (Part 1) ni, maka aku pun terpaksalah post dulu untuk Part yang kedua punya. Walaupun tak semeriah macam Part 1, atleast adalah jugakkan. Macam biasa, kita bagi dia teruja sikit-sikit dulu. Hahahaha. Sebenarnya disebabkan kekangan waktu, aku tulis setakat mana yang sempat je. Sambil menunaikan tanggungjawab sebagai kerani cabuk sambil tu aku curik masa untuk menulis. Harap maklum. See you on the next part!

Wasalam.
- Leenz

14 August 2017

Penganiayaan

Assalamualaikum.

Apa rasanya apabila kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan keburukan, kejahatan, kejahilan?

Let say, dulu korang terkenal dengan sikap kasar, cakap lepas, tiada kelembutan di dalam kata-kata dan apabila korang dah meningkat dewasa, korang pun dah pandai bertutur dengan sopan, lemah lembut dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi even dipijak sedalam mana pun oleh orang-orang di sekeliling korang.

Aku. Mungkin dulu aku berperangai buruk, cakap kasar, tak boleh sabar. Dan orang mula menilai aku dari sifat yang dulu. Tapi semua orang boleh berubah kan? Semua orang layak diberi peluang kan? Begitulah dengan aku. Aku layak diberi peluang untuk berubah. I did it. Aku cuba bersabar dengan karenah orang-orang yang ada di sekeliling aku. Aku cuba bersikap baik dengan semua orang. Tapi orang tetap menilai buruk tentang diri aku. Why? Adakah korang masih diselubungi dengan sifat burukku dulu? Pleaselah. We are matured enough. Boleh tak korang intropeksi diri korang dengan bersikap lebih terbuka? Menerima perubahan diri seseorang dengan fikiran terbuka. Aku akui dulu aku banyak buat silap tapi aku bangkit dari kesilapan aku. Kenapa masih nak menghukum seseorang itu dari masa lalunya?

Apa yang aku nak luahkan kat sini bukan pasal masa lalu aku. Tapi aku cuma rasa sedih apabila ada seseorang cuba menjatuhkan prestasi kerja aku. Teruk Besar sangatkah kesalahan aku sehingga semua orang sering menyalahkan aku? Benarlah kata orang, sekali je kau buat jahat dan kemudian kau berbuat 1001 kebaikan, orang tetap akan nampak kejahatan kita. Walaupun kau menutup semua kesalahan yang lama tu, orang tetap akan mengungkit kembali. Dunia ni memang kejam. Dunia kejam kerana orang-orang yang berada di dalamnya bersifat kejam.

Bila kita buat baik, akan ada orang yang dengki. Bila kita berjaya dalam sesuatu hal, ada orang yang akan cemburu dengan kejayaan kita. Orang itu juga tak jauh dari kita. Kadang-kadang boleh jadi kawan kita sendiri yang tak suka melihat kita berjaya, bahagia. Dan orang-orang sedemikianlah yang akan menjadi racun dalam kehidupan kita. Dia akan mengkhianati kita untuk melihat kita jatuh dari kejayaan yang dikecapi. Supaya orang-orang memandang buruk pada kita. Kemudian dia akan mentertawakan kita dalam diam.

Kadang-kadang aku tak faham dengan jenis orang yang macam ni (buat apa sahaja demi duit). Demi mengejar harta dunia, diorang rela tinggalkan keluarga, rakan dan pekerja. Diorang lebih rela menjaga hati pelanggan berbanding pekerjanya sendiri. Lupakah diorang, tanpa pekerja, diorang pun takkan dapat mengaut keuntungan dari pelanggan. Tanpa pekerja juga, diorang takkan mampu buat semua kerja tu sendirian. Ada juga yang rela bergaduh dengan ahli keluarga sendiri demi kerja. Berbaloi kah? Sanggup memutuskan tali silaturahim demi mengejar harta yang tak bawa kemati. Tapi korang akan mati jika tiada harta. Hmm fikirkanlah.

"Tak mengapa. Bersabarlah. Hari ni hari dia, esok lusa mungkin hari kita." bisik seseorang kepada aku. Ye, mungkin ada benarnya. Walaupun aku selalu berkata bahawa kesabaran aku hampir habis, tapi aku akan cuba. Cuba untuk menunjukkan pada semua orang yang aku masih mampu berusaha untuk mengekalkan apa yang aku dah kecapi sekarang ni. Insyaallah, aku kuat. Mungkin saat ni korang mampu terawa melihat kejatuhan aku, tapi jangan fikir aku akan berhenti setakat ni. Allah itu maha adil. Tersenyumlah kalian selagi kalian mampu. Tertawalah sepuas hati kalian. Allah akan selalu mendengar kata hati orang-orang yang teranaiya. Semoga kejahatan dibalas dengan kebaikan.

Satu je aku nak pesan, jangan mudah percaya dengan orang-orang di sekeliling korang walaupun diorang nampak baik macam mana sekalipun. Kelak korang pulak yang akan dikhianati.

Wasalam.
Leenz

14 Aug 2017 - 11:39am

10 August 2017

Cerbung: Fobia Cinta (Part 1)

(Apa itu CERBUNG? Sila baca sampai habis. Have fun!)

Fobia cinta. (Part 1)

  “Weh Nashrin, kau tengok siapa tu?” tanya Naza yang sejak tadi memerhatikan rakan sekerjanya sedang tersenyum melihat seorang wanita. Naza mengekori mata Nashrin. “Oh, perempuan tu.” Nashrin langsung memandang wajah Naza. Merasa seakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Naza mengenai wanita tersebut. “Kau kenal dia ke?” tanya Nashrin. “Tak. Tapi aku ada dengar jugak cerita pasal perempuan tu.” ujar Naza. Nashrin kelihatan teruja untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang Afiera. “Tell me everything about her.” ujar Nashrin, serius. Naza memandang Nashrin dengan penuh hairan.

* * *

  “Fira, ada orang berkenan dengan kau.” ujar Hanna sambil berlari anak kearah Afiera. Afiera tidak melayan. Matanya masih fokus pada fail kerja yang perlu disiapkan petang itu juga. “Wei, kau dengar tak ni? Aku cakap ada orang nak kenal dengan kau.” ujar Hanna sambil mengoncangkan badan Afiera. “Kau nampak tak aku tengah sibuk ni?” ujar Afiera dengan tegas. “Ha inilah punca-punca kaum wanita sekarang kebanyakannya memegang gelaran andartu terhormat.” sindir Hanna. Jari jemari Afiera yang sedang lancar menaip kertas kerja tadi langsung terhenti. Matanya menjeling tajam kearah Hanna yang membuat muka selamba. “Sebelum nak mengata aku, boleh tak kau cermin dulu diri kau tu?” Afiera memulangkan paku buah keras kepada sindiran Hanna tadi. “Amboi, balas balik nampak? Hello, walaupun umur aku lebih tua dari kau, atleast aku ada boyfriend. Bukan macam kau, bujang trang tang tang. Bila ada orang nak kenal dengan kau, kau buat-buat jual mahal. Tak laku sampai ke tua karang, baru tau.” ujar Hanna sambil mengherot-herotkan bibirnya. Bengang dengan sindiran Afiera tadi. Afiera malas mahu berdebat dengan rakan sekerjanya itu. Tahu benar dia dengan sikap Hanna yang tidak mahu kalah dengannya.

  “Aku tak faham betullah dengan perangai si Fira tu. Apa yang susah sangat entah nak bagi peluang pada semua lelaki yang nak kawan dengan dia. Dia ada rupa tapi hati dia macam batu.” ujar Hanna sewaktu keluar makan tengahhari dengan rakan sekerja yang lain. “Weh, jangan-jangan Fiera tu....” belum sempat Najwa, rakan sekerja merangkup kawan baik Hanna meneruskan ayatnya, tiba-tiba bahunya ditepuk oleh Hashima, senior mereka. “Fira tu perempuan normal bukan pecinta kaum sejenis yang macam korang fikirkan. Korang ni kalau tak mengata, memang tak sah kan?” marah Hashima sementara menunggu makanan yang dia beli sedang disiapkan. “Kitorang bukan nak mengata kak, tapi Hanna kesian dengan si Fira tu. Sampai bila dia nak hidup bujang macam tu? Lagipun, dia tu kan anak sulung dalam family dia. Adik dia sendiri dah kahwin, dia pulak tak kahwin-kahwin. Bukannya tak ada lelaki nak kat dia, ramai kak. Tapi dia tu je memilih sangat.” ujar Hanna. Najwa mengiyakan kata-kata Hanna. “Eh, kita sebagai perempuan mestilah kena memilih. Nanti kalau dah tersalah pilih, kita juga yang menyesal kemudian hari, betul tak Najwa?” ujar Hashima. Najwa mengganggukkan pula kata-kata Hashima. “Kau ni dah kenapa Wa? Tadi kau sokong aku, lepas tu kau sokong Kak Ima pulak? Kau ni macam lalang tau tak.” omel Hanna, bengang apabila kata-katanya ditepis oleh Hashima

“Assalamualaikum.”

  Afiera merenung kosong lama skrin telefon pintarnya apabila tiba-tiba dia mendapat pesanan ringkas melalui aplikasi whatsapp dari nombor yang tidak dikenali. “Siapa pulak ni?”


“Waalaikumussalam. Siapa ni?”

   Afiera membalas.

“Your secret admire.”

   Afiera mendengus. Rimas apabila ada orang cuba berteka-teki dengannya. Dia langsung meletakkan telefon bimbitnya di tepi meja dan kemudian menyambung kembali kerjanya.

* * *

  “Nah, untuk kau.” ujar Hanna sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada Afiera. Afiera terpinga-pinga. “Aku tak ada order apa-apa pun tadi.” ujar Afiera sambil menolak pemberian Hanna. “Memanglah tak ada tapi ada orang yang suruh aku berikan makanan ni pada kau. Kau ambil jelah.” desak Hanna. “Siapa dia? Aku tak naklah.” ujar Afiera. “Kau ni memang jenis tak reti bersyukur ke? Cukup baik orang tu sudi tapaukan untuk kau sebab risau nanti perut kau masuk angin. Sudah-sudahlah dengan perangai sombong kau tu.” marah Hanna. Wajah Afiera mulai memerah. Jantungnya berdegup laju. Tangannya terasa panas. Ingin sahaja dia menampar wajah Hanna akibat kelancangan mulut rakan sekerjanya itu. Mujur Hashima yang kebetulan ingin ke meja Afiera langsung menarik Hanna jauh dari situ. “Boleh tak jangan buat kecoh kat sini? Nanti kalau bos dah masuk campur, Hanna yang dapat susah tau. Pergi buat kerja.” tegas Hashima.

“Boleh kita jumpa?”

  Berderau darah Afiera apabila orang yang dikenali sebagai peminat rahsianya tiba-tiba mengajak untuk bertemu.


“Saya tunggu awak di cafe bawah lepas balik kerja nanti. See you soon.”

  Afiera memandang lama pesanan ringkas tersebut. Hatinya teragak-agak untuk menerima pelawaan orang misteri itu. Dalam ragu-ragu, dia juga ingin tahu siapakah yang berada disebalik pesanan ringkas yang dihantar.

  Seperti yang dijanjikan, Afiera turun ke cafe. Dari jauh terlihat seorang lelaki bertubuh tinggi lampai, berkulit putih dan berpakaian kasual. Wajahnya tidak kelihatan kerana lelaki itu sedang membelakangi Afiera. Sewaktu lelaki itu memalingkan wajahnya, Afiera langsung berpura-pura tidak melihat. Tujuannya untuk berjumpa dengan lelaki itu kerana ingin memberi amaran supaya berhenti mengganggunya lagi. Lelaki itu tersenyum melihat Afiera. Dia langsung mendekati Afiera yang tidak jauh dari tempatnya tadi “Awak dah lama sampai?” ujar lelaki itu. Afiera hanya membatukan diri. Namun jantungnya berdegup kencang, risau dirinya akan diapa-apakan. “Jom kita duduk situ.” ujar lelaki itu sambil menunjukkan mejanya tadi. “Tak apalah. Saya cuma nak cakap, tolong jangan kacau saya lagi. Saya rimas dan saya tak berminat untuk kenal dengan awak.” ujar Afiera dengan tegas. “Saya cuma nak jadi kawan awak.” ujar lelaki itu dengan lembut. “I'm not interested.” ujar Afiera sambil berlalu pergi tanpa menoleh kearah lelaki itu.

  Sewaktu Afiera sedang menunggu kenderaan awam untuk pulang kerumah, tiba-tiba sebuah kereta jenis Honda Vios berwarna putih berhenti di hadapannya. Bulat mata Afiera apabila melihat lelaki yang keluar dari perut kereta itu ternyata adalah Khaidir, duda anak tiga yang pernah dikenalkan oleh rakan sekerja Afiera dulu. “Hai sayang, dah nak balik ke? Marilah abang hantarkan...dengan kereta baru abang ni.” ujar Khaidir sambil mengusap-usap kereta Honda-nya itu. Afiera pura-pura tidak mendengar. Lelaki itu mulai mendekati Afiera yang sedang berdiri tegak memandang kearah lain. “Dulu Fiera cakap kalau abang mampu beli kereta ni, Fiera akan terima abang semula.” Afiera mencebik. “Jomlah...” ujar Khaidir sambil menarik tangan Afiera. Afiera terkejut dengan tingkah berani Khaidir. “Lepaskan aku! Kau dengar sini, kau beli kapal terbang sekalipun, aku takkan pernah terima kau.” tegas Afiera. Genggaman Khaidir semakin erat. “Kau jual mahal dengan aku ye.” Khaidir memaksa Afiera untuk masuk kedalam keretanya. “Weh, apahal ni?” tegur seorang lelaki apabila melihat kekecohan tersebut. “Kau jangan masuk campur hal rumah tangga aku.” ujar Khaidir. “Dia bukan siapa-siapa. Tolong saya.” ujar Afiera sedikit menjerit. Apabila mendengar penjelasan Afiera, lelaki itu terus menarik Afiera keluar dari kereta. “Berani kau nak buat onar kat sini. Kau blah sekarang sebelum aku sendiri yang akan campak kau masuk lokap.” Khaidir terdiam dan segera pergi dari situ sebelum dirinya diheret ke balai oleh lelaki yang menolong Afiera tadi. “Siapa lelaki tu?” Afiera sekadar menggeleng pura-pura tidak mengenalinya. “Awak tunggu teksi ke? Kalau awak tak kisah, saya boleh hantar awak balik.” ujar lelaki yang menyelamatkan Afiera itu. Afiera menolak. “Macam mana kalau lelaki tadi datang balik kesini?” Afiera terdiam. Akhirnya dia akur apabila mengingatkan betapa nekadnya Khaidir untuk menculik dirinya. “Nama saya Amrizal, panggil saya Am je.” ujar lelaki tersebut. Afiera menggangguk faham.

* * *

  Semenjak insiden tempoh hari, Afiera menjadi terbuka hati untuk mengenali dengan lebih dekat dengan lelaki bernama Amrizal itu. “Ada orang tu dulu jual mahal, sombong, konon-konon hati dah tak boleh terima lelaki dalam hidup dia. Eh tau-tau je sekarang dah macam belangkas.” sindir Hanna. “Yeke? Maknanya sekarang Fiera dah terima mamat hensem tu lah ye? Ishhh untung badan.” sahut Najwa. Berdesing telinga Afiera mendengar rakan sekerjanya sedang bergosip tentang dirinya. “Daripada korang buang masa dengan mengumpat hal orang lain, lebih baik korang buat amal jariah banyak sikit. Sekurang-kurangnya dapat pahala.” celah Afiera. Najwa terdiam mendengar ayat pedas Afiera.

  Selama tiga bulan hubungan Afiera dan Amrizal berjalan dengan baik, sehinggalah suatu hari datang seorang perempuan yang mengaku dirinya merupakan kekasih Amrizal. “Aku dengar kat office ni ada perempuan cuba kacau boyfriend aku. Kau rasa siapa?” ujar Huuda sambil menjeling kearah Afiera. Huuda merupakan pekerja senior di cawangan anak syarikat tempat Afiera bekerja. “Siapa nama boyfriend akak?” Hanna pura-pura bertanya. “Amrizal. Pekerja di bahagian stor.” ujar Huuda, sengaja nama Amrizal dikuatkan. Hanna pura-pura terkejut walhal dialah yang merancang supaya Afiera digelar perampas. “Laa...Amrizal tu boyfriend akak rupanya. Kalau Hanna tahu Am tu dah ada akak, awal-awal lagi Hanna dah larang dia berkawan dengan Afiera. Eh, terlepas cakap pulak.” ujar Hanna sambil menutup mulut. “Aku dah lama tahu. Dan aku memang sengaja suruh Am ngorat perempuan ni, saja nak uji sejauh mana dia mampu tutup pintu hati dia tu kononnya. Last-last, cair juga.” ujar Huuda sambil bergelak tawa di belakang Afiera. Afiera pura-pura tidak mendengar. Walhal hatinya sudah hancur berderai. “Apa korang buat kat sini? Hanna, pergi balik tempat dan sambung kerja. Huuda, kau pulak buat apa kat sini? Aku panggil kau kesini untuk masuk bilik meeting bukan bergosip dengan diorang ni semua. Cepatlah, meeting dah nak start tu.” ujar Hashima yang sejak tadi memerhatikan Hanna dan Huuda yang ingin mengenakan Afiera.

  Amrizal cuba menghubungi Afiera namun gagal. Dia menemui Afiera di pejabat, tetapi sengaja Afiera menyembunyi diri dari lelaki itu. Dia tidak mahu dirinya digelar perampas seperti yang dirancang oleh Hanna dan Huuda tempoh hari. Biarlah hatinya dilukai untuk kesekian kalinya daripada terus-terusan dipermainkan begini. “Fira, sebenarnya ada benda akak nak minta tolong dengan Fira ni.” ujar Hashima sewaktu dia menemui Afiera secara peribadi. “Selama ni akak perhatikan je gelagat diorang tu untuk kenakan Fira. Akak tahu Fira dengan Am hanya sekadar berkawan. Akak kenal adik akak ni macam mana. Diam-diam Fira, kalau disimbah minyak, confirm diorang akan terbakar.” ujar Hashima. Afiera terharu kerana pada akhirnya ada juga orang yang mengenali dirinya secara peribadi. “Kak Ima nak minta tolong apa tadi?” tanya Afiera, kembali kepada tujuan asal Hashima tadi. “Akak tak tahu nak cakap macam mana. Tapi Fira jangan fikir akak nak pergunakan Fira pula ye. Akak tak ada niat macam tu pun.” ujar Hashima. Afiera memandang hairan dengan apa yang cuba disampaikan oleh kakak seniornya itu. “Fira tahu tak sebenarnya Amrizal tu suami orang?” bulat mata Afiera mendengarnya. “Dia bukannya duda anak dua ke kak?” Hashima menggeleng. Menafikan penyataan tersebut. “Dia masih berstatus suami orang.” Afiera mengeluh panjang. “Huuda tu isteri dia ke?” tanya Afiera, mencari kepastian. “Bukan. Huuda tu cuma lombong emas bagi Amrizal je. Yelah, perempuan tu kan suka menunjuk-nunjuk barang kemas yang dia ada. Bila si Am ni tahu Huuda tu banyak duit, dia kikislah habis-habisan.” ujar Hashima sambil tertawa kecil. Terlopong Afiera mendengar. Afiera juga turut tertawa mendengar cerita Hashima. “Habis tu yang selama ni dia berlagak sangat sampai cakap Fira nak rampas boyfriend dia tu, sebenarnya dialah yang perampas kan?” Hashima menggangguk setuju. “Akak sebenarnya tahu pasal skandal diorang berdua cuma akak malas nak ambil port sangat. Akak nak tengok sejauh mana si Huuda mampu tanggung lelaki kaki kikis macam si Am tu.” Afiera mengekek ketawa. “Habis, isteri Am tu tahu ke pasal ni?” tanya Afiera. “Tahu. Amrizal tu pun dah lama tak balik jenguk isteri dan anak-anak dia. Akak tahu pasal ni pun sebab hari tu isteri dia sendiri yang datang jumpa dengan akak. Masa mula-mula dia datang pejabat ni, akak tak kenal pun dia siapa, tapi bila dia cakap dia nak jumpa Am, terus akak korek cerita. Itulah yang dia cerita pada akak semuanya. Dia datang office ni pun untuk serahkan surat permohonan cerai dari mahkamah pada Am sebab kat sini jelah harapan dia untuk jumpa suami dia tu. Bila ajak jumpa kat luar, macam-macam alasan yang dia beri. Ikutkan, si Am memang tak nak ceraikan isteri dia. Yelah, kalau 'lombong emas' sementara dia tu dah bankrup, atleast dia masih ada 'lombong emas' yang kekal.” ujar Hashima. Sekali lagi Afiera mengekek ketawa mendengar cerita kakak seniornya itu. “Jadi, memandangkan Fira berkawan dengan Am, akak nak minta tolong Fira untuk jumpakan Am dengan isteri dia. Selama ni dia selalu mengelak bila isteri dia nak jumpa. Kesian tau dengan isteri dia.” ujar Hashima. Afiera melepaskan keluhan berat. Bukannya dia tidak mahu menolong tetapi lelaki itu juga telah banyak menyakiti hatinya.

  Amrizal segera datang ke tempat yang telah dijanjikan seperti apa yang tertulis di dalam pesanan ringkas yang dihantar oleh Afiera kelmarin. Dari jauh Afiera menyambut kedatangan lelaki itu dengan senyuman. Beberapa minit selepas Amrizal sampai, mereka berdua didatangi oleh dua orang wanita iaitu Hashima dan isteri Amrizal. Muka Amrizal kelihatan pucat. Afiera pura-pura bingung melihat kehadiran Hashima di meja makan mereka berdua. "Eh, akak pun nak makan kat sini jugak? Aha, apakata akak join kitorang sekali." ujar Afiera. Amrizal terkejut mendengar cadangan gila Afiera. "Eh, tak mengganggu ke ni?" tanya Hashima. "Tak. Duduklah." ujar Afiera sambil tersenyum pahit memandang wajah kedua-dua wanita itu. Hatinya luluh melihat wajah isteri Amrizal. Cantik, lemah lembut, sopan santun dan baik. Dia sendiri tak habis fikir mengapa Amrizal sanggup berbuat sedemikian terhadap isterinya. Apa salah wanita bertudung litup itu? "Fiera belum order makan lagi ke? Hmm...apakata kita berdua pergi buat order dulu." ujar Hashima sambil menarik tangan Afiera supaya dapat memberi ruang pada Amrizal dan isterinya berbincang mengenai hal mereka berdua. Amrizal terlihat cemas. Sebolehnya dia ingin mengelak dari bertentang mata dengan isterinya.

  "Apa awak buat kat sini?" tanya Amrizal apabila tidak dapat menahan diri dari situasi janggal itu. "Awak tanya apa yang saya buat? Awak tu yang buat apa selama ni di belakang saya?" ujar Fateha, isteri Amrizal. Amrizal terdiam. "Baiklah, saya pun malas nak lama-lama kat sini. Saya cuma nak awak tahu yang saya dah penat digantung tak bertali. Siang malam saya cari duit untuk sara hidup saya dan anak-anak sejak awak dah tak pernah kirim duit mahupun nafkah pada kami. Oleh itu, saya dah fikir masak-masak, saya minta awak lepaskan saya dan pulangkan saya pada orang tua saya dengan cara baik." ujar Fateha sambil menghulurkan surat permohonan cerai. Amrizal mati kata. Dia merenung sampul surat yang dihulurkan oleh Fateha tadi. Pasangan suami isteri itu langsung senyap dan berpura-pura tidak saling mengenali apabila Afiera dan Hashima sudah kembali ke meja. Fateha dan Amrizal tidak banyak berbual, dia lebih gemar mendengar perbualan Afiera dan Hashima. Amrizal sedikit kesal kerana temujanjinya bersama Afiera rosak.

  Setelah temujanji tempoh hari diganggu akan kehadiran Hashima dan isteri Amrizal, Amrizal cuba mengajak Afiera keluar lagi tetapi tidak berjaya kerana sekali lagi Afiera cuba menghindarkan diri dari Amrizal. Niatnya tempoh hari juga sekadar ingin pertemukan Amrizal dan isterinya, itupun kerana dia telah merancang dengan Hashima sejak dari awal. "Akak okay?" tanya Afiera apabila melihat wajah Hashima masam mencuka. "Fiera nak tahu sesuatu tak?" mood Hashima langsung berubah selepas Afiera mendatangi mejanya. Afiera tidak tunggu lama, dia langsung menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan Hashima. "Ada khabar baru ke kak?" tanya Afiera dengan penuh teruja. "Tadi kawan akak yang satu pejabat dengan si Huuda tu cerita dengan akak pasal Huuda." Riak wajah Afiera langsung berubah apabila nama Huuda dipetik. "Kenapa lagi dengan perempuan tu?" tanya Afiera. "Sebenarnya Huuda tu pun masih isteri orang." ujar Hashima. Afiera terlopong. "Bila pula dia kahwin?" tanya Afiera, ingin tahu. "Dah lama. Anak pun dah sorang. Tapi itulah...lelaki dia selalu outstation, Huuda ni pulak jarang balik rumah." sambung Hashima. "Habis tu dia duduk mana kalau dia tak balik rumah? Anak dia siapa yang jaga?" tanya Afiera, cemas memikirkan nasib kepada anak musuh ketatnya itu. "Katanya kawan akak ni, Huuda tinggal kat rumah boyfriend dia. Anak dia pulak dia suruh mak dia yang jaga." ujar Hashima. "Wait... Rumah boyfriend dia? Boyfriend dia tu bukannya Amrizal ke? Takkanlah dia dengan Amrizal...." Afiera dan Hashima saling memandang. Apa yang sedang difikirkan oleh Afiera turut difikirkan oleh Hashima juga.

*  *  *

  Huuda datang ke pejabat Afiera dengan muka angkuhnya. "Hai kak, lama tak naik sini?" tanya Hanna apabila melihat kelibat Huuda. "Kau ingat aku nak sangat ke datang sini? Kalau bukan sebab bos korang yang panggil, aku pun tak hinginlah. Jelik aku nak tengok muka perampas boyfriend aku tu ada kat sini." ujar Huuda sambil menjeling ke arah Afiera. Hanna tertawa kecil mendengar sindiran Huuda. Kemudian Huuda mendekati meja Afiera. "Hey perempuan, kau dengar sini ye. Kau jauhi Amrizal, kalau tak..." belum sempat Huuda menghabiskan ayatnya, tiba-tiba Afiera berdiri di hadapan Huuda. "Kalau tak apa? Kau nak ugut aku?" Huuda terdiam apabila Afiera sudah pandai bersuara. "Aku tak faham kenapa orang sekarang ni lebih suka kejar dosa berbanding pahala." sambung Afiera. Hanna terpinga-pinga "Apa yang kau merepek ni?" tanya Huuda. Afiera tersenyum sinis sebelum menyambung ayatnya. "Apa perasaan suami kau ye kalau dia tahu perangai bini dia macam ni? Terutama anak kau yang masih kecil tu. Bila dia dah besar nanti, malu dia kalau dia tau perangai mak dia sehina ni." Hanna ternganga apabila mendapat tahu bahawa Huuda sudah mempunyai suami dan juga anak. Huuda benar-benar tergamam apabila Afiera mengetahui status dirinya yang sebenar. "Aku tak rasa yang Amrizal kesayangan kau tu tahu status diri kau yang sekarang.” ujar Afiera sambil tersenyum puas kerana dapat meluahkan segala perasaan amarah dia terhadap Huuda selama ni. “Akak dah kahwin ke?” tanya Hanna kepada Huuda. Huuda masih tergamam. Dia hairan dari mana Afiera mengetahui tentang status dirinya walhal dia berusaha keras menyembunyikan hal itu dari pengetahuan rakan-rakan sekerjanya. Huuda merasa bengang dan langsung pergi meninggalkan Hanna yang masih terpinga-pinga. Hanna memandang Afiera, mencari jawapan dari pertanyaannya tadi. Afiera hanya sekadar menjeling tajam.

To be continued...

Nukilan oleh: Leenz Armani

P/S: Kalau tengok pada tajuk, mesti korang tertanya-tanya apa itu CERBUNG? Cerbung tu adalah singkatan kepada maksud Cerpen Sambung (bersambung-sambung). Aku dengar perkataan cerbung ni pun since suka baca cerpen-cerpen bersambung yang ditulis karya anak-anak indonesia. Mula-mula aku pun terpinga-pinga juga apa maksud cerbung tu? Rupa-rupanya maksudnya cerpen bersambung. Fuhh kreatif betul diorang buat shortform. Claim it? Haha no need. Oh ya, memandangkan ada seorang pembaca setia aku ni jenis tak menyabar (yelah, kalau nak tunggu aku siapkan 1 cerpen pun belum tentu siap dalam waktu terdekat), aku post apa yang aku dah siap tulis ye. Sambungannya akan menyusul bila idea dah datang semula. Lalala. Times up. Aku ada hal lain nak kena setelkan ni, see you on next update!

Wasalam.
Leenz

10 Aug 2017 - 17:07


8 August 2017

Cerpen: Menghapus Yang Terukir 2

[READ BEFORE: Menghapus Yang Terukir 1]

Menghapus Yang Terukir 2

  “Sudah-sudahlah tu, ambil ni untuk lap air mata awak tu. Malulah kalau orang lain nampak.” ujar Hanif sambil menghulurkan sapu tangan miliknya. Erleenz masih tersedu sedan di dalam kereta Hanif dan di hadapan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dulu. “Saya kan dah cakap kalau awak tak kuat, tak payahlah pergi majlis ni. Hati saya sakit tengok awak sedih macam ni.” Hanif cuba memujuk Erleenz yang sejak tadi tak henti-henti mengalirkan air mata mengenangkan orang yang dia cintai kini telah menjadi milik wanita lain. “Hanif, terima kasih sebab sudi tolong saya.” ujar Erleenz setelah puas menangis. “Saya tolong awak sebab saya tak nak awak terus terluka macam ni. Saya sayangkan awak walaupun saya tahu saya tak kan dapat miliki hati awak lagi.” ujar Hanif sebelum masing-masing diam membisu sepanjang perjalanan menghantar Erleenz pulang.

  “Maafkan saya sebab tak mampu tunggu awak dan berpaling hati pada orang lain.” ujar Erleenz sewaktu dia pergi menemui Hanif sebaik sahaja lelaki itu pulang ke tanah air. Hanif terdiam seketika. Salahnya juga kerana tidak memberi khabar selama 3 tahun sejak dia meninggalkan kekasihnya itu untuk menyambung pengajian di luar negara. “Saya faham. Maafkan saya juga sebab buat awak menunggu lama. Saya terima segala keputusan awak. Tapi saya harap, awak masih boleh terima saya sebagai kawan awak.” ujar Hanif dengan tenang. Erleenz terpana mendengar tutur kata Hanif. Sangkaannya lelaki itu akan memaki hamunnya kerana berpaling tadah. Erleenz mendekati Hanif dan tersenyum sambil menyeka air matanya. Terharu dengan penerimaan Hanif terhadap dirinya. “Terima kasih.”

  “Awak..” Fatin mendekati suaminya sambil membawa segelas minuman. Izkandar membelakangi Fatin tanpa menoleh sedikitpun kearah isteri yang baru dikahwininya itu. “Saya ada bawakan air minuman untuk awak ni. Minumlah sikit.” Fatin memujuk. Izkandar tidak memberi respon. Matanya ralit memandang skrin telefon pintarnya. Gambar seorang perempuan. Fatin sempat mengintai. Dia tersentak apabila melihat gambar wanita yang hadir di majlis perkahwinannya petang tadi. Dia langsung meletakkan gelas berisi air minuman itu di atas meja bersebelahan dengan tempat duduk Izkandar kemudian dia duduk di sebelah suaminya. “Gambar siapa tu?” tanya Fatin. Izkandar hanya menjeling. “Eh, bukan ke itu kawan awak yang datang di majlis kita tadi?” tanya Fatin lagi. Izkandar hanya mendiamkan diri. “Ermm...tak apalah kalau mcm tu, saya nak ke dapur dulu.” Fatin merasakan kehadirannya di situ seakan mengganggu, dia akhirnya bangkit dan berlalu pergi. Mata Izkandar mengekor pemergian Fatin. Izkandar tahu Fatin berkecil hati, tapi dia tidak peduli.

* * *

  “Apa masalahnya kalau Ryfa tidur di rumah Kak Mia? ” tempik Aryffa apabila abangnya tiba-tiba memarahinya kerana tidak pulang kerumah semalaman. “Atleast beritahu.” ujar Arryan, abang kepada Aryffa. “Dah lah. Ryfa malas nak bertekak dengan abang.” ujar Aryffa sambil berlalu namun tangannya lantas ditarik oleh Arryan. “Abang tak suka Ryfa berkawan dengan Mia.” ujar Arryan, tegas. “Do I care?” jawab Aryffa langsung menarik tangannya kembali. Arryan menahan geram. Sudah berkali dia menegaskan Aryffa agar jangan terlalu bergaul dengan perempuan seperti Damia Ariana kerana dia risau jika adiknya itu akan terjebak dengan kehidupan sosial gadis tersebut. Pernah suatu ketika, sewaktu Aryffa membawa Damia datang kerumahnya, Damia terlihat sangat menggoda dengan pakaiannya yang terlalu menjolok mata. “Hai handsome.” tegur Damia dengan suara menggodanya. Arryan masih berdiam diri. Tidak memandang langsung kearah Damia. “You abang Ryfa, kan?” tanya Damia sewaktu Aryffa ke dapur untuk membuat air minuman. “Kau nak apa?” tanya Arryan. “I nak you.” jawab Damia dengan berani memaut lengan Arryan. Arryan langsung menarik tangannya dari dipeluk oleh wanita itu. Dia memandang Damia dari atas sampai bawah dengan pandangan yang menjengkelkan. “Tolong cermin diri tu sikit.” ujar Arryan sambil tersenyum sinis. Damia terdiam. Dia tidak menyangka bahawa dia akan menerima penghinaan sedemikian. “Kak Mia nak kemana?” tanya Aryffa sambil membawa air minuman untuk Damia. “I nak balik.” jawab Damia. “Balik? Kenapa cepat sangat? Ryfa baru je siap buatkan air untuk Kak Mia ni. Minumlah dulu sambil kita borak-borak.” pujuk Aryffa tanpa mengetahui punca Damia ingin pulang kerana dikritik oleh lelaki bernama Arryan. “Tak ada mood. Bye.” ujar Damia, langsung pergi. Aryffa terpinga-pinga sendiri.

  "Hai bakal pengantin!" sapa Iesya sambil menepuk bahu Erleenz. Erleenz tersentak seraya memandang Iesya dengan pandangan kosong. "Kau okay tak ni?" tanya Iesya, hairan melihat sahabatnya itu tiba-tiba menjadi pendiam. "Bakal pengantin tak boleh masam-masam macam ni. Senyum sikit." ujar Iesya sambil mengusik. Erleenz mengeluh dan cuba mengukir senyuman atas permintaan Iesya namun senyumannya terlihat sedih. "Haa macam tu lah baru comel. By the way, giliran Iz dah lepas, kau tu pulak bila lagi nak langsung? Dah lah bertunang dengan Hanif diam-diam je." ujar Iesya. Erleenz merasa bersalah kerana menyembunyikan hal sebenar dari sahabat baiknya itu. "Sya, aku rasa kau patut tahu sesuatu." akhirnya Erleenz bersuara. Iesya kelihatan teruja dengan apa yang bakal Erleenz beritahu. "Sebelum tu, aku nak minta maaf dulu pada kau sebab tak jujur." sambung Erleenz. Isha tekun mendengar. "Aku dan Hanif tak pernah bertunang." Iesya kelihatan terkejut. Iesya cuba mencelah tetapi langsung dipotong oleh Erleenz. “Semua yang kau nampak hari tu semuanya lakonan semata-mata.” Iesya semakin kehairanan. “Kejap. Aku tak faham.” ujar Iesya sambil meneliti jadual kerjanya. “Okay, memandangkan hari ni jadual aku tengah kosong, jadi aku ada banyak masa untuk dengar cerita kau dari mula sampai habis. Ceritakan pada aku juga kemana kau menghilang sebelum tibanya majlis Iz.” ujar Iesya sambil memandang ke dalam anak mata Erleenz yang sudah mulai berkaca. Erleenz menarik nafas panjang. “Sebenarnya aku tak kemana-mana pun. Aku ada je kat rumah sepanjang hari. Aku nak mencari ketenangan. Aku tak nak ada sesiapa pun ganggu aku. Aku perlukan waktu untuk menerima hakikat sebenar yang Iz bukan jodoh aku. Aku cuba sedaya upaya untuk lupakan dia. Tapi...” kata-kata Erleenz terhenti. Hatinya mulai sebak. Dia mulai menundukkan wajah. Malu untuk memperlihatkan wajahnya yang sudah dibasahi dengan linangan air mata. “Aku dah cuba Sya, tapi aku tak mampu. Rasa sayang aku pada dia terlalu kuat. Aku tak mampu...” sambung Erleenz dengan teresak-esak. Isha memeluk tubuh kecil sahabatnya itu sambil mengelus lembut belakangnya. Dia faham benar perasaan Erleenz terhadap Izkandar sejak dari zaman mereka belajar bersama lagi. Tapi dia juga bukanlah siapa-siapa untuk menghalang takdir yang telah ditetapkan. “Kemudian Hanif pulang ke tanah air dengan niat untuk menghalalkan hubungan kami tapi aku terpaksa berterus terang pada dia tentang perasaan aku. Aku dah tak cintakan dia lagi. Mulanya dia susah nak terima tapi akhirnya dia faham. Pada dia, aku ceritakan segala-galanya tentang perasaan aku terhadap Iz termasuk mengenai majlis pernikahan Iz dan pasangannya. Hanif juga yang menawarkan diri untuk berlakon menjadi tunangan aku dengan tujuan agar aku terlihat bahagia walaupun pada hakikatnya hati aku hancur, benar-benar hancur.” sambung Erleenz. Iesya mulai simpati mendengar cerita sahabatnya. Dia yang pada awalnya berfikir bahawa sahabatnya itu benar-benar telah menemui kebahagiaannya sendiri ternyata semua itu hanyalah lakonan untuk menutup luka di hati. “Tapi Leenz... Iz dah jadi milik orang lain. Kau kena lupakan dia. Aku tak sampai hati tengok kau sedih macam ni. Kau kena move on, Leenz. Kumbang bukan seekor.” pujuk Iesya.

* * *

  “Encik Ryan, inilah staf baru yang saya ceritakan pada Encik Ryan tempoh hari. Dia akan duduk di bahagian editor dan akan bekerja di bawah pimpinan Encik Alias, selaku ketua editor.” ujar Faryna, setiausaha Arryan. “Assalamualaikum. Nama saya Erleenz Amani. Berumur 26 tahun. Saya masih baru dalam bidang ni tapi saya mohon tunjuk ajar dari Encik Ryan dan rakan-rakan sepejabat yang lain.” ujar Erleenz sambil memberi salam perkenalan kepada semua pekerja yang berada di situ. Ada juga yang tersenyum gatal memandang Erleenz. Selepas sesi perkenalan selesai, Arryan langsung masuk kepejabatnya. Tiada sekelumit senyuman pun terukir di wajahnya. “Nampak macam garang je. Entah-entah dia memang bengis. Ishhh seram.” bisik Erleenz sendirian. “Bos kita tu memang hari-hari macam tu. Muka dia tak pernah berubah. Sejak dari awal aku masuk kerja, jarang benarlah nak tengok senyuman dia. Yang aku dengar hari-hari, tu pekikan dia. Entah apalah yang best sangat kerja marah-marah orang ni.” sampuk Alana, jiran semeja Erleenz. Erleenz sedikit terkejut apabila mendengar suara pekikan dari pejabat Arryan. Sangkaannya benar, majikannya itu seorang berhati dingin. Harap muka je hensem!

   Erleenz duduk berseorangan di dalam pejabat sewaktu semua orang telah keluar makan tengahhari. Memandangkan dia pekerja baru disitu, jadi dia harus mencuri masa untuk belajar sedikit demi sedikit mengenai bidang pekerjaan barunya itu. Tanpa dia sedar, ternyata majikan bengisnya, Arryan juga masih berada di dalam pejabat. Erleenz segera menyorok di bawah meja agar tidak dimarahi tanpa sebab. Dari jauh dia mendengar bunyi tapak kasut seseorang sedang berjalan ke arah pintu masuk pejabat Arryan. “Hai sayang!” jerit seorang wanita. Arryan terkejut melihat Damia berada di hadapan pintu pejabatnya. “Apa kau buat kat sini?” tanya Arryan, sedikit membentak. “You tak keluar lunch ke? Kebetulan, I ada bawakan makanan tengah hari untuk you. I tau you mesti laparkan?” ujar Damia sambil mengambil tempat di sebelah Arryan. “Aku tak lapar. Aku tanya, apa kau buat kat pejabat aku ni?” tanya Arryan dengan nada marah. “I nak teman you makanlah.” jawab Damia. “Aku dah kata aku tak lapar. Kau balik sekarang.” arah Arryan tanpa berlembut. Damia masih ingin membantah tetapi Arryan langsung memotong. “Aku suruh kau blah, kau blahlah!” jerit Arryan. Erleenz yang sedang mencuri dengar, terketar-ketar sendirian di bawah meja. “Mampu ke aku bertahan kerja kat sini? Dengan majikan yang macam bapak singa ni? Aku tak yakin...” bisik hati kecil Erleenz. Damia bengang apabila dihalau tanpa belas oleh Arryan. Dia menghentak-hentakkan kakinya tanda tidak puas hati. “Aku tak akan putus asa untuk curi perhatian dari kau, Arryan!” ujar Damia sebelum berlalu pergi. Erleenz yang tidak tahu apa-apa hanya mampu terpinga-pinga. “Dah macam dalam drama pula, ada perempuan gedik menagih cinta pada lelaki hensem macam bos aku ni.” Erleenz tergelak sendiri tanpa dia sedar Arryan sedang berdiri di sebelah mejanya sambil melihat kelakuan Erleenz di bawah meja. Erleenz terkejut apabila dia melihat sepasang kaki. Sewaktu dia ingin keluar dari persembunyiannya, kepalanya terhentak sedikit. Erleenz menjadi tidak tentu arah apabila mengetahui pemilik kaki tersebut ternyata adalah majikannya sendiri. “En...Encik Arryan buat...buat apa kat sini...?” tanya Erleenz sambil terketar-ketar. Arryan berdiri sambil berpeluk tubuh dengan wajah seriusnya walhal dia hampir tergelak sewaktu kepala Erleenz terhentak tadi. “Awak tu buat apa kat bawah meja? Awak ingat ni kat tadika ke nak main sorok-sorok?” ujar Arryan dengan tegas. “Bukan macam tu. Saya ingat tadi saya nak study sikit pasal kerja saya ni. Saya kan baru lagi kat sini.” jawab Erleenz. “Inikan lunch hour. Waktu makan tengahhari, bukan waktu untuk fikir pasal kerja.” ujar Arryan, sedikit lembut. “Saya tahu tapi...” Erleenz cuba mencari alasan. “Tak ada tapi-tapi lagi. Ni untuk awak. Makan sampai habis. Kalau tak nak, awak boleh buang ke dalam tong sampah.” ujar Arryan sambil meletakkan sebuah mangkuk berisi nasi dan lauk pauk yang dibawa oleh Damia tadi. Belum sempat Erleenz bersuara, Arryan sudah pun kembali kepejabatnya. “Rezeki jangan ditolak.” ujar Erleenz sambil tersenyum lebar. Kebetulan perutnya juga sedang minta diisi. Persepsi Erleenz terhadap Arryan serta merta berubah. Lelaki yang dia sangka panas baran itu ternyata lembut hati juga.

* * *

   "Sayang, bangunlah..." kejut Fatin dengan lembut. Izkandar langsung membelakangi Fatin. Sejak berkahwin, belum pernah Izkandar menunjukkan sikap penyayang terhadap isterinya. Walaupun sering makan hati dengan sikap dingin Izkandar, namun Fatin tetap menjalankan tanggungjawab menjaga makan minum dan pakai untuk suaminya. Kedengaran Fatin melepaskan keluhan berat. Dia sendiri tidak tahu di mana silapnya sepanjang menjadi isteri Izkandar. Adakah dia merupakan batu penghalang di sebalik hubungan Izkandar dan Erleenz? Fatin mengambil tempat di sebelah Izkandar yang sedang membelakanginya. “Awak, saya sedar saya bukanlah isteri yang sempurna di mata awak. Saya tak pernah minta apa-apa pun dari awak sepanjang perkahwinan kita. Saya tahu awak tak pernah cintakan saya. Tapi tak apa, saya faham. Lagipun perkahwinan kita ni bukan atas dasar suka sama suka. Cuma kali ni saya mohon pada awak, saya mohon tolonglah layani saya selayaknya seorang isteri. Walaupun tak ada rasa cinta sedikitpun di hati awak pada saya, atleast hormatilah saya sebagai isteri awak. Saya juga manusia biasa. Saya ada hati, ada perasaan. Tolong jangan buat saya macam tak wujud di mata awak. Saya pun bukanlah sempurna sangat tapi saya cuba. Saya cuba untuk jadi isteri yang terbaik bagi awak.” ujar Fatin. Izkandar yang pura-pura tidur mendengar semua keluhan itu tanpa menjawab. Dia terkesan mendengar kata-kata isterinya itu. Benar, dia tidak melayani wanita itu selayaknya seorang isteri. Dia tidak membenci, tetapi dia cuma tidak mahu perasaannya terhadap Erleenz hilang begitu sahaja. Hanya nama Erleenz yang selalu bermain di fikirannya. Dia masih tak mampu untuk melupakan perasaan cinta terhadap sahabat lamanya itu. Fatin mengeluh lagi apabila Izkandar tetap tidak memberi apa-apa reaksi terhadap keluhannya. Dia langsung bangun dan keluar dari bilik Izkandar dengan perasaan hampa. Selepas Fatin keluar, barulah Izkandar membuka mata dan mengelamun seketika.

  “Hai, buat apa tu?” tegur Izkandar yang sejak tadi memerhatikan Erleenz yang sedang khusyuk menulis. Erleenz tidak menjawab, sebaliknya dia terpinga-pinga memandang wajah Izkandar yang sedang tersengih. “Sorry, lupa nak kenalkan diri. Saya Izkandar.” ujar Izkandar sambil menghulurkan salam. Erleenz tidak membalas salam malah dia langsung menyambung penulisannya tanpa mempeduli akan kehadiran Izkandar di situ. “Kita satu grouplah.” sambung Izkandar lagi apabila menyedari dirinya sedang diabaikan. Jari jemari Erleenz terhenti dari menaip. “Since when?” tanya Erleenz, dingin. “Laaa....bukan ke pensyarah dah bahagikan ahli kumpulan masing-masing masa kuliah tadi.” jawab Izkandar. Erleenz mengangkat bahu. Dia bingung seketika. Mana tidaknya, sepanjang kuliah, fikirannya mengelamun jauh mengenangkan kekasih hati yang jauh di perantauan. “Tak apalah. Yang penting, kita berdua satu group presentation.” Izkandar menyedapkan hati. “Berdua je?” tanya Erleenz lagi. “Sebenarnya kita berempat tapi lagi dua orang tadi dah tarik diri sebab diorang nak join group lain.” jelas Izkandar. “Kalau macam tu awak pun pergilah join group lain.” ujar Erleenz dengan selamba. “Eh, mana boleh. Kalau saya keluar, kesianlah kat awak kena buat kerja sorang-sorang nanti.” pujuk Izkandar. “Kesian kat saya ke atau tak ada orang nak geng dengan awak?” sindir Erleenz. Izkandar hanya mampu tersengih. Terkesan dengan sindiran Erleenz. “Erleenz.” ujar Erleenz sambil menghulurkan salam perkenalan sebagai balasan untuk salam dari Izkandar yang tidak berbalas tadi. Izkandar menyambut dengan senang hati. Sejak Izkandar ditempatkan satu grup dengan Erleenz, hubungan mereka menjadi rapat. Malah mereka juga digelar belangkas oleh salah seorang lagi sahabat mereka, Iesya. “Korang berdua ni jangan sampai aku kahwinkan karang. Macam belangkas.” seloroh Iesya.

  Rindunya terhadap Erleenz tidak terbendung. Sejak dia berkahwin dengan Fatin, Erleenz tidak pernah lagi menghubunginya. Adakalanya ingin sahaja dia menghubungi Erleenz tetapi dia risau akan mengganggu hubungan Erleenz dan tunangannya pula. “Tapi tak salahkan kalau aku sekadar nak bertanya khabar dia?” tanya Izkandar pada dirinya sendiri. Izkandar langsung mencapai telefon bimbitnya dan cuba menghubungi gadis itu. Hatinya lega apabila panggilan berjawab. “Hallo?” kedengaran suara perempuan cina di hujung talian. “Hello, Erleenz ke ni?” tanya Izkandar dengan ragu-ragu. “Haiya...lu salah olang maa...” jawab perempuan cina tersebut. Izkandar tergamam. “Oh, sorry ya.” Izkandar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia terpinga-pinga. “Sejak bila dia tukar nombor?” Izkandar mengeluh berat.

* * *

   Arryan sejak dari tadi memerhatikan Erleenz yang sedang khusyuk bekerja dari dalam pejabatnya. Sekejap dia tersenyum sendiri, sekejap dia terdiam. Senyuman di wajahnya tiba-tiba hilang apabila mengingati kembali kata-kata orang tuanya. “Mama dah buat keputusan untuk jodohkan kamu dengan calon pilihan kami.” ujar Tengku Amizah, ibu kandung Arryan. Bulat mata Arryan mendengarnya. “Apa ni mama? Tak ada ribut, tak ada angin, tiba-tiba je nak jodohkan Ryan?” bantah Arryan. “Apa mama fikir anak mama ni tak laku ke sampai nak jodohkan dengan perempuan pilihan mama tu?” marah  Arryan. “Mama cuma tak mahu Ryan pilih perempuan yang salah.” ujar Tengku Amizah. “Ma, Ryan dah besar. Ryan berhak tentukan pilihan Ryan sendiri.” sambung Arryan. “Yes, you are. Tapi mama tak nak Ryan kahwin dengan perempuan sembarangan. Jatuh martabat family kita nanti.” ujar Tengku Amizah yang lebih mementingkan taraf hidup keluarga. Arryan malas mahu berdebat. Dia harus segera mencari calon supaya mamanya berhenti dari menjodohkan dengan gadis yang tidak dia sukai. “Awak dah makan?” tanya Arryan sewaktu melihat Erleenz berseorangan di mejanya ketika waktu makan tengahhari. Erleenz sedikit terkejut apabila ditegur oleh majilkannya. “Belum lagi Encik Arryan. Masih ada kerja yang belum saya siapkan.” ujar Erleenz. “Saya rasa saya pernah beritahu awak peraturan dalam pejabat ni. Lunch hour masa untuk rehat, bukan bekerja. Lagipun kerja ni tak akan pernah habis.” tegas Arryan sambil tak lepas memandang Erleenz. Erleenz tidak berani untuk mengangkat muka. Risau akan dimarahi tanpa sebab. “Dah, jom pergi lunch.” ujar Arryan tanpa menunggu persetujuan dari Erleenz. Erleenz yang terpinga-pinga akhirnya akur. Risau juga kalau dia menolak, nasibnya akan bertambah buruk kelak.

  “Kenapa Encik Arryan tiba-tiba ajak saya lunch sama ni?” Erleenz cuba beranikan diri untuk memulakan perbualan. “This is lunch hour. No need to be formal. Just call me Ryan.” ujar Arryan sambil menyuap makanan. Erleenz menelan air liur. Hairan dengan sikap majikannya yang sering berubah-ubah. Sekejap marah, sekejap lembut. “Dah ada boyfriend?” pertanyaan Arryan membuatkan Erleenz tersedak dengan tiba-tiba. Arryan segera menghulurkan tisu kepada Erleenz. Dia juga turut membantu membersihkan bibir Erleenz yang sedikit comot. Erleenz terkejut melihat perlakuan Arryan. Dia langsung meminta diri untuk ke tandas. Sah majikannya dah sasau!

  “Ehem-ehem...” tegur Alana sambil mengendeng Erleenz. “Ye Alana, kenapa?” tanya Erleenz. “Tadikan, masa aku pergi lunch, aku ada ternampak satu pasangan ni. Bukan main mesra lagi tau diorang. Siap main lap-lap mulut.” Erleenz terkedu. Adakah Alana melihat aksi romantis antara dia dan Arryan tadi? “Then?” Erleenz cuba berlagak tenang. “Then, aku hairanlah...selama ni diorang tak nampak macam saling mengenali pun. Tuptup kat luar bukan main mesra lagi. Kau rasa-rasa, diorang tu bercinta ke?” tanya Alana. “Kau cerita pasal apa ni? Kalau cerita kau tu sekadar nak buang masa aku, aku malas nak dengar. Aku banyak kerja nak kena siapkan ni. Kau pun ada kerja kan? Lebih baik kau pergi siapkan sebelum bapak singa tu mengamuk tengok kau kehulur hilir macam ni.” ujar Erleenz, pura-pura sibuk. Alana tersengih melihat Erleenz yang mulai tidak tentu arah. “Yelah, bapak singa tu lah yang kau suka goda.” sindir Alana sebelum berlalu pergi. Telinga Erleenz terasa panas. Ingin sahaja dia membalas kata-kata rakan sepejabatnya itu kerana sering menyebar gosip namun risau pula jika prestasi kerjanya menurun gara-gara hal sedemikian. Adalah lebih baik dia mengambil jalan untuk berdiam diri sahaja.

* * *

  Kelihatan Iesya sedang mundar mandir di kaki lima di hadapan bridal seperti yang dijanjikan. “Manalah si Nazriel ni. Jenuh menunggu.” omel Iesya. Setelah lambat setengah jam, barulah Nazriel muncul dengan muka tak bersalah. “Apsal awak lambat sangat ni? Penat saya tunggu tau.” marah Iesya. “Maaflah, saya ada hal sikit tadi.” jawab Nazriel. “Itu jelah yang awak tahu. Maaf, maaf, maaf. Saya dah penat nak terima maaf awak tu.” sambung Iesya. “Ha...akhirnya datang pun korang berdua.” ujar Sofi, selaku pemilik bridal merangkup wedding planner untuk majlis Iesya dan Nazriel. Nazriel terbeliak mata apabila melihat wajah pemilik bridal tersebut.  Dia tidak menyangka bahawa pemilik bridal itu merupakan kenalan kepada Iesya. “Wait a minute. I rasa I macam pernah nampaklah muka calon tunang you ni Iesya.” ujar Sofi sambil meratapi wajah Nazriel. “Kalau tak silap I, muka ni pernah datang kesini dengan seorang perempuan cantik.” Iesya terdiam mendengar kata-kata Sofi. “Perempuan?” Wajah Nazriel mulai pucat. “You dah salah orang ni. Fyi, this is my first time to be here. Well, kat dunia ni kan kita ada 7 rupa yang sama, mungkin yang you nampak tu sepanduk dua rupa I kot.. Kan sayang?” celah Nazriel sambil menarik nafas lega apabila Iesya tidak mensyaki apa-apa selepas mendengar penjelasan Nazriel. “Ok, whatever. Jadi, kita nak mula dari mana ni?” tanya Sofi sambil memegang sebatang pen dan buku nota untuk mencatit.

  Sepanjang perbincangan, mata Nazriel hanya tertumpu pada telefon bimbitnya. Iesya sempat memerhati gerak geri Nazriel. “Awak, boleh tak awak jangan main handphone and fokus pada perbincangan kita ni.” bisik Iesya. Nazriel segera menyimpan telefon bimbitnya. Risau kalau nanti telefon bimbitnya dirampas oleh Iesya. “Ok fine.” Tiba-tiba telefon bimbit Nazriel berbunyi. “Sorry, I kena jawab panggilan ni sekejap.” ujar Nazriel sambil menjauhkan diri dari Iesya dan Sofi. “Ye sayang, kejap lagi I pergi jumpa you. I tengah ada discussion ni. I will call you back.” ujar Nazriel di hujung talian. Tanpa disedari, Iesya terdengar perbualan Nazriel. Hatinya hancur apabila mendengar Nazriel menyebut panggilan sayang dengan orang yang berada di dalam talian itu. Sebaik sahaja Nazriel meletakkan panggilan, dia terkejut apabila melihat Iesya berada di belakang dan telah mendengar segala-galanya. Wajahnya menunjukkan bahawa dia memerlukan penjelasan dari lelaki itu. Nazriel terperangkap dengan permainannya sendiri. “Jadi saya rasa kita dah tak perlu nak bincang apa-apa lagi.” ujar Iesya. “Guys, kenapa lama sangat ni? Jom kita sambung.” rungut Sofi. “Tak apalah Sofi, I nak cancelkan semuanya.” tegas Iesya. Nazriel terdiam. Sofi pula terpinga-pinga. “Sya, you tak bergurau dengan I kan?” tanya Sofi. “I'm serious. Everything is over now. I dah tak ada apa-apa kaitan lagi dengan mamat playboy ni.” ujar Iesya sambil menunjuk ke arah Nazriel. Sofi cuba memahami apa yang sedang berlaku antara Iesya dan Nazriel. “Oh ye Sofi, tadi you cakap you macam pernah nampak muka ni datang ke bridal you kan? I rasa you tak salah orang. Jadi, you uruskanlah hal diorang berdua. I tak nak ambil tahu lagi dah. Anyway Sofi, I minta maaf sebab dah banyak menyusahkan you but thank you so much atas kerjasama you selama ni. I appreciate it so much.” ujar Iesya sebelum meminta diri untuk pergi. Selepas Iesya berlalu pergi, Sofi bercekak pinggang sambil memandang tajam kearah Nazriel kerana lelaki itu telah melukakan hati kawan baiknya.

* * *
  “Aku dah agak dah yang si Nazriel takkan pernah berubah.” ujar Iesya sambil menangis teresak-esak di bahu Erleenz. Sewaktu dia menghubungi Erleenz, suaranya bagai tersekat. Dia langsung kerumah Erleenz dan menceritakan segala hal mengenai hubungannya dengan Nazriel kepada Erleenz. Erleenz berusaha memujuk Iesya sebagaimana Iesya pernah memujuknya sewaktu dia cuba melupakan Izkandar. “Kumbang bukan seekor. Ramai lagi lelaki yang lebih layak jaga hati kau. Kau macam tak kenal dengan si Nazriel tu. Dari dulu aku memang tak suka dia sebab aku tau dia tu playboy.” ujar Erleenz. “Aku ingat dia dah berubah apatah lagi bila dia sungguh-sungguh nak bawa aku jumpa dengan orang tua dia. Tapi janji tinggal janji.” ujar Iesya sambil merengek. “Sudahlah tu. Membazir air mata kau je menangis sebab lelaki tak guna tu. Atleast, kau patut bersyukur tau sebab dah nampak perangai sebenar dia sebelum kau bawa hubungan korang kearah yang lebih serius. By the way, apakata kita keluar cuci mata. Manalah tau kot-kot nanti terjumpa jodoh lain.” ujar Erleenz sambil berseloroh. Iesya sekadar akur sahaja dengan cadangan Erleenz.

  Sewaktu Erleenz sedang ralat melihat telefon bimbit, tanpa sedar dia terlanggar bahu seorang gadis. “Auchhhh! Apa ni? Buta ke?” marah gadis yang dilanggar itu. “Maaf, saya tak sengaja.” ujar gadis itu. “Tak sengaja konon. You tahu tak baju I ni mahal? Kalau koyak, I nak you ganti!” ujar gadis tersebut dengan angkuh. Erleenz menggumam geram. Malas ingin berdebat dengan budak bawah umur, dia langsung berlalu pergi meninggalkan gadis itu. “Eeiii...! I belum habis cakap lagi!” jerit gadis tadi. “Berlagak betul budak-budak sekarang ni. Beli baju pun guna duit mak bapak, ada hati nak suruh ganti. Tak malu betul.” omel Erleenz. Iesya sekadar tersengih mendengar omelan Erleenz. Sedang asyik berbual dengan Iesya, tiba-tiba langkah Erleenz terhenti. Matanya tak lepas memandang lelaki yang berada di hadapannya itu. Iesya yang berjalan di sebelah Erleenz tadi hairan apabila melihat Erleenz tiada di sebelahnya. Dia berpatah balik mendapatkan Erleenz tetapi langkahnya juga terhenti apabila melihat sepasang kekasih yang cintanya terhalang sedang bertentang mata. “Iz....” Erleenz cuba melarikan pandangan dan pura-pura tidak melihat. Izkandar pantas menarik tangan Erleenz agar gadis itu tidak melarikan diri darinya lagi. “Lepaskan tangan saya.” ujar Erleenz. “Not this time.” balas Izkandar. “Iz, please.” rayu Erleenz. Akhirnya Izkandar melepaskan genggaman tangannya. “Kenapa awak cuba mengelakkan diri dari saya? Nombor lama pun awak dah tak pakai.” tanya Izkandar. Erleenz hanya terdiam. Sebolehnya dia tidak mahu berjumpa mahupun tersempak dengan lelaki ini lagi. Luka di hatinya masih belum sembuh sepenuhnya. "Saya bukan nak melarikan diri dari awak tapi saya..." Erleenz cuba menahan sebak sewaktu berhadapan dengan Izkandar. Iesya yang memerhatikan kedua sahabatnya itu dari jauh langsung mendekati Erleenz. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Erleenz saat itu. "Kita memang dah tak boleh jadi macam dulu. You are married now Iz. Nanti apa kata isteri awak kalau dia tengok kita rapat walaupun sekadar hubungan persahabatan." jelas Erleenz sambil melarikan pandangannya. "Hi Iz. Macam mana kehidupan selepas kahwin?" tiba-tiba Iesya mencelah. Izkandar hanya membalas dengan senyuman tawar. "Eh Leenz, tadi tunang kau si Hanif tu call aku. Dia cakap dia dah on the way kesini." ujar Iesya. Erleenz terpinga-pinga dengan kata-kata Iesya. "Apsal dia call kau pulak?" tanya Erleenz, bingung. Iesya sempat mencuit Erleenz, memberi isyarat bahawa dia sedang cuba menyelamatkan keadaan dengan pura-pura berlakon. "Kau dah lupa ke yang handphone kau hilang? Sebab tu lah dia contact aku." omel Iesya. Erleenz semakin memahami jalan cerita yang sedang Iesya reka. Izkandar sekadar mendengar perbualan kedua sahabat itu. "Iz, kita orang ada double date ni. Kalau kau ada bawa isteri kau, jomlah join kita orang sekali." ujar Iesya. Erleenz hanya terdiam mendengar cerita rekaan Iesya. Sedangkan hanya ada mereka berdua sahaja dan keduanya itu tidak mempunyai pasangan. "Tak apalah. Saya ada hal ni. Korang berdua have fun. I got to go. Jumpa lagi." ujar Izkandar dan kemudian berlalu pergi dengan perasaan hampa. "Mana kau dapat idea gila tu Sya?" tanya Erleenz. Iesya tersengih-sengih. Bangga dengan bakat menipunya. "Patutnya kau berterima kasih pada aku tau sebab dah selamatkan kau dari melalak depan mamat tu tadi." ujar Iesya, sempat memerli Erleenz. "Yelah, terima kasih kerana memahami." jawab Erleenz, acuh tak acuh. Tiba-tiba Erleenz terdiam. Puas Iesya berbual dengannya tapi tidak didengari. “Weh Leenz, penat mulut aku membebel sorang-sorang dari tadi.” tegur Iesya apabila Erleenz tidak memberi respon. “Aku rindukan dia, Sya...” ujar Erleenz sambil menahan sebak. “Kita balik sekaranglah ye?” ujar Iesya sambil memimpin sahabatnya.

* * *

  “Awak balik dengan siapa hari ni? Saya tak nampak pun awak drive kereta pagi tadi.” tanya Arryan sewaktu dia melihat Erleenz yang sedang menunggu pengangkutan awam di pinggir jalan. “Saya balik naik teksi. Pagi tadi kawan saya yang hantarkan saya ke pejabat.” jawab Erleenz. “Kalau macam tu, biar saya hantar awak balik.” ujar Arryan sambil membukakan pintu kereta untuk Erleenz. Erleenz terkedu melihat perlakuan Arryan. “Eh, tak apalah Encik Arryan. Saya boleh balik sendiri.” ujar Erleenz sambil menolak dengan lembut. “Dah lewat malam ni, bahaya kalau awak balik sorang-sorang. Marilah saya hantarkan awak balik.” pujuk Arryan lagi. Erleenz serba salah. Akhirnya dia akur. Risau juga dia jikalau tiada pengangkutan awam yang lalu di situ. “Apa bezanya bahaya di luar tu dengan dalam kereta ni.” omel Erleenz sendirian. “Saya bukan lelaki yang jahat.” celah Arryan. Erleenz terdiam apabila omelannya tadi didengari oleh Arryan. “Maafkan saya Encik Arryan, saya tak bermaksud untuk...” Arryan langsung mencelah lagi. “Ini bukan waktu bekerja. No more 'Encik'. Rimaslah dengar.” rungut Arryan. Erleenz terdiam apabila majikannya itu mulai melenting. Erleenz tidak berani ingin bersuara lagi. “Soalan saya tempoh hari, awak masih belum jawab.” ujar Arryan, memulakan perbualan. Erleenz terpinga-pinga. “Soalan yang mana satu?” tanya Erleenz, mencari kepastian. “Berapa banyak soalan yang saya pernah tanya pada awak? Okay tak apa, saya ulang lagi sekali. Awak dah ada boyfriend?” ujar Arryan sambil mengulang semula soalan yang pernah dia tanyakan pada Erleenz. Erleenz menggigit bibirnya. Pentingkah dia untuk dia menjawab soalan tersebut? “Awak tahu tak, salah satu punca kes cabul yang berlaku di dalam kereta, inilah puncanya...” ujar Arryan sambil menunjuk tepat kearah bibir Erleenz. Erleenz terkejut mendengar fakta yang diberi oleh Arryan. Dia langsung mengepam bibirnya. “Awak gigit bibir macam tadi tu seolah-olah nak menggoda lelaki. Awak jangan lupa, saya ni pun lelaki normal.” ujar Arryan. Erleenz semakin takut dengan percakapan majikannya itu. Dia mulai berpeluk tubuh, risau di apa-apakan. Arryan menjeling. Kemudian dia tertawa sinis. “Saya belum gila nak buat benda yang bukan-bukan pada anak dara orang. Abaikan apa yang saya merepek tadi.” ujar Arryan.

  Sebaik sahaja sampai di rumah sewa kawan baiknya, Iesya, Erleenz merasa sedikit lega. Erleenz terkejut apabila Arryan tiba-tiba membukakan pintu kereta untuknya. “Err...terima kasih sebab hantarkan saya.” ujar Erleenz sambil menundukkan wajahnya. Malu apabila diperlakukan seperti seorang puteri. “Soalan saya tadi masih belum dijawab.” Arryan menahan Erleenz supaya gadis itu tidak mengelak dari pertanyaan yang sama. Erleenz mengeluh. "Okay okay, saya jawab. Untuk pengetahuan awak, saya tak ada boyfriend, tak ada kekasih, tak ada tunang mahupun suami, puas hati?" jawab Erleenz sambil mendengus. Arryan tertawa kecil. “Good!” ujar Arryan sambil memetik jari. Erleenz terpinga-pinga. “Mulai hari ni, saya yang akan jadi boyfriend awak.” sambung Arryan. Bulat mata Erleenz mendengarnya. “Dah, pergi masuk rumah. Nanti awak masuk angin. Good night my girlfriend.” belum sempat Erleenz ingin mengeluarkan kata-kata, Arryan langsung masuk ke dalam kereta dan terus berlalu pergi. Erleenz bingung sendiri. Adakah dia sedang bermimpi? Iesya menongol di muka pintu apabila mendengar omelan Erleenz. “Kau dah kenapa?” tanya Iesya yang hairan melihat Erleenz bagai orang hilang arah. Jalannya juga terhuyung hayang seperti orang sedang angau.

  Keesokan paginya, Erleenz ketempat kerja dengan mata panda. Disebabkan lamaran mengejut dari majikannya malam kelmarin membuatkan dia tidak dapat tidur dengan lena. “Hai Erleenz, lemau semacam je aku tengok kau ni. Pagi-pagi kenalah segar. Barulah ada semangat nak buat kerja.” ujar Alana. “Aku mengantuklah. Semalam aku insomnia.” ujar Erleenz dengan lemah longlai. Kepalanya terasa berat. Sewaktu dia ingin berjalan ke ruang rehat, tiba-tiba dia rasa pitam dan tidak semena-mena dia jatuh pengsan. Kebetulan, Arryan yang baru sampai kepejabat langsung mendapatkan Erleenz yang sudah terlantar. Dia segera mengangkat Erleenz dan bawa masuk ke dalam keretanya untuk dibawa ke hospital terdekat. Para pekerja di pejabat itu sedikit terkejut melihat keprihatinan majikan mereka terhadap Erleenz, staff baru disitu. “Encik jangan risau, dia hanya perlukan sedikit rehat.” ujar doktor yang merawat Erleenz. Arryan menarik nafas lega. “Jadi saya dah boleh bawa dia pulang?” tanya Arryan. Doktor tersebut hanya menggangguk setuju

* * *

  “Awak ni buat saya risau je. Kalaulah jadi apa-apa pada awak tadi... Hishhh!” Arryan mengomel sendirian. Erleenz yang berada di tempat duduk penumpang akhirnya terjaga. Dalam mamai, dia melihat sekelilingnya. Hampir sahaja dia ingin menjerit apabila melihat Arryan berada di sebelahnya. “Macam...macam mana saya boleh ada dalam kereta awak ni? Bukan ke tadi saya ada di pejabat? Apa awak dah buat pada saya?” ujar Erleenz dengan penuh perasaan gelisah. “Saya buat apa yang sepatutnya lelaki buat pada perempuan macam awak.” ujar Arryan sambil tersenyum nakal. Erleenz sempat mengecek tubuhnya jika ada tanda-tanda dicabul. Arryan tertawa besar melihat Erleenz yang mulai tidak tentu arah. “Awak dah tak boleh lari dari saya. Awak dah jadi milik saya sepenuhnya.” ujar Arryan sambil menyambung ketawa. Erleenz pura-pura ingin menangis. Arryan akhirnya terdiam apabila usikannya membuatkan Erleenz  hampir menangis. “Saya bergurau je tadi. Janganlah nangis. Nanti banjir kereta saya. Spare part dah lah mahal.” ujar Arryan sambil berseloroh. Erleenz tidak jadi menangis, laju sahaja tangannya menepuk peha Arryan. PANG! “Aduhhhhhh! Sakitlah!” jerit Arryan sambil menggosok pehanya yang terasa panas. “Kalau rasa nak kena lagi sebelah, berguraulah macam tadi.” ujar Erleenz dengan muka serius. Arryan terdiam. Tidak berani ingin melawan. Risau jika pehanya yang sebelah lagi ditepuk dengan kasar. “Saya minta maaf.” ujar Arryan sambil menatap wajah Erleenz. Erleenz pula terdiam dan langsung memandang kearah lain. Merah mukanya apabila ditenung sedemikian.

* * *
  “Hanif kan?” tegur seorang wanita sewaktu melihat kelibat Hanif di sebuah cafe. “Yes I am. You ni siapa?” tanya Hanif. “Mira. Hasmira Yusof, your classmate masa kat oversea dulu.” ujar wanita bernama Hasmira itu. “Oh my gosh, what happen to you, Mira? Dulu you bukan main bulat lagi, tapi sekarang...” Hanif kehilangan kata apabila melihat perubahan tubuh badan serta penampilan baru Hasmira, gadis yang pernah digelar chubby kerana mempunyai saiz badan yang sangat besar. Tapi kini gelaran itu seakan tidak padan dengan tubuhnya yang sudah langsing bak model. “Beautiful.” bisik hati kecil Hanif. Jantungnya berdetak laju. Mira melambaikan tangannya. Menyedarkan Hanif dari lamunan. "You okay tak ni?" tanya Mira sambil tergelak kecil melihat wajah bingung Hanif. "Okay, let me guess... You mesti nak tahu mana pergi lemak-lemak yang selalu menemani I tu kan?" ujar Mira. Hanif mengangguk laju. "What if you belanja I minum. So, kita boleh borak lama sikit." ujar Mira. Laju sahaja Hanif membuka kerusi untuk Mira.

   Erleenz langsung bergegas ke tempat di mana Izkandar sedang menunggu kehadirannya selepas puas dia merayu untuk berjumpa dengan gadis itu. "Maaf saya terlambat." ujar Erleenz sambil termengah-mengah. Izkandar memandang Erleenz sambil tersenyum. "Terima kasih sudi datang jumpa saya." ujar Izkandar. "Apa yang awak nak cakapkan? Cepatlah. Saya tak boleh lama ni." ujar Erleenz. "Saya rindukan awak." ujar Izkandar sambil menarik Erleenz kedalam pelukannya namun sempat ditolak oleh Erleenz. "Apa ni Iz..." Erleenz terlihat kesal. "Saya cintakan awak sejak dari dulu lagi." sambung Izkandar. Erleenz cuba mengelak dari bertentang mata dengan Izkandar. "Dah terlambat. Lupakanlah perasaan awak tu Iz." ujar Erleenz. "Tak boleh. Saya tak boleh lupakan awak. Awak cinta pertama saya." Erleenz mati kata kerana bukan Izkandar seorang yang pernah memendam perasaan tetapi dia juga. "You're married now. Awak dah ada isteri. Isteri awak lebih layak menerima cinta awak bukan saya." ujar Erleenz sambil memalingkan wajahnya. Tidak mahu Izkandar melihat matanya yang berkaca. "Saya boleh kahwin lebih dari satu." ujar Izkandar. Erleenz langsung menjeling. "Yes, you're right. Tapi saya tak bodoh untuk menyakiti hati wanita lain dengan menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat awak. Saya bukan perempuan murahan yang terhegeh-hegeh nak rampas suami orang." ujar Erleenz dengan tegas. Izkandar terkedu. "Kalau macam tu, saya akan ceraikan dia." ujar Izkandar. Erleenz beristighfar panjang. "Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni? Sudahlah Iz. Kita memang tak ada jodoh. Buang semua perasaan awak terhadap saya. Dan belajarlah mencintai isteri awak. Bahagiakan dia. Beri dia peluang untuk merasai kasih sayang dari suaminya sendiri. Sorry to say this, yes I do love you but we're not meant together." ujar Erleenz dengan tenang walaupun hatinya mulai sebak untuk mengatakan semua itu. Izkandar menunduk sedih. Hati Erleenz benar-benar sudah beku untuknya. Izkandar melepaskan keluhan berat sebelum dia akur akan kehendak Erleenz.

  “Ryan, mari duduk sini kejap. Ada hal yang mama nak beritahu.” ujar Tengku Amizah. Arryan mengambil tempat di sebelah mamanya. Dia sempat menjeling kearah Damia yang berada di sebelah Aryffa. Damia tersenyum sinis memandang Arryan. “Ryan, ini Damia. Mama dah bincang dengan Damia yang kami akan hantar rombongan peminangan hujung minggu nanti.” ujar Tengku Amizah. Bulat mata Arryan mendengarnya. “Ma, Ryan dah pernah cakap dengan mama pasal ni.” bisik Arryan. “Mama dah tak nak tunggu lagi. Mama dah beri tempoh yang lama untuk Ryan cari calon Ryan sendiri.” Aryffa tersenyum lebar apabila rancangannya untuk menjodohkan Damia dengan abangnya hampir berjaya. “Ok fine. Tapi bukan dengan perempuan ni.” ujar Arryan, tegas sambil menunjuk kearah Damia. Damia terdiam. “Dan kau, aku dah pernah warning kau supaya jauhkan diri dari aku.” ujar Arryan sambil memandang tajam kearah Damia. “Tak apalah aunty, Mia rasa Mia memang tak layak dampingi anak aunty. Lebih baik Mia balik je daripada Mia rasa sakit hati macam ni.” ujar Damia sambil berpura-pura sedih. “Mia, jangan cakap macam tu. Mia calon yang paling layak sekali. Mia jangan ambil hati ye dengan apa yang Ryan cakapkan tadi.” ujar Tengku Amizah. Mujur Arryan telah berlalu pergi sebelum Damia memulakan dramanya, jika tidak pasti wanita itu sudah diseret keluar kerana mencari simpati. Damia tersenyum puas kerana berjaya mengambil hati orang tua Arryan.

* * *

  “Yes, I on my way now.” ujar Fazryzal sambil menolak luggage. Matanya mencari-cari kelibat adik angkatnya yang telah lama ditinggalkan. “Abang, sini!” Fazryzal mencari-cari suara jeritan tersebut. Dari jauh dia melihat seorang gadis melambai-lambai kearahnya. “Ish, takkanlah yang tu...” Fazryzal teragak-agak. Kelihatan gadis itu semakin mendekatinya. “Amboi, mentang-mentang dah bertahun duduk kat sana, sampai dah lupa kat adik.” ujar gadis itu. “Awak ni siapa?” tanya Fazryzal. Gadis itu langsung mencubit pinggangnya. “Tanya lagi siapa, ni Iesyalah. Iesya Aintasha! Adik abang sendiri pun abang dah tak kenal? Sedihlah macam ni.” ujar Iesya. Fazryzal menggosok-gosok matanya. “Serius ke ni? Adik abang yang debab dulu dah jadi secantik ni?” ujar Fazryzal. Sekali lagi pinggangnya dicubit. “Kalaulah abang tahu adik abang ni sekarang membesar dengan cantik, abang dah masuk minang awal-awal tau.” ujar Fazryzal, berseloroh. “Elehh, mengadalah.” Iesya tersipu malu. “Dah, jom balik.” sambung Iesya. “Kejaplah. Teman abang makan dulu. Makanan dalam flight tadi tak sedap.” ujar Fazryzal. Iesya menjeling tajam. “Whatever, yang penting abang belanja.” ujar Iesya sambil tersengih.

  Erleenz ralat mengemas barang-barangnya. Buku-buku rujukan yang dia gunakan sewaktu belajar dulu diasingkan untuk diderma pada orang yang lebih memerlukan. Ketika dia sedang menyusun buku-buku tersebut, tiba-tiba sekeping gambar terkeluar dari helaian buku. Erleenz mengambil dan menatap gambar tersebut. “Iz...” gambar yang diambil oleh Iesya sewaktu dia, Iesya dan Izkandar sedang belajar bersama. Di dalam gambar itu, Izkandar terlihat memandang Erleenz dengan penuh makna. Tiba-tiba air mata Erleenz mengalir. Perasaan rindunya pada lelaki itu tak terbendung. Bohong seandainya dia mengatakan bahawa dia sudah tidak mempunyai perasaan terhadap lelaki bernama Izkandar itu. Meskipun dia telah berusaha keras untuk membuang jauh-jauh perasaannya itu, namun rasa cintanya pada Izkandar masih berbaki. “You gave me so much memories...”

  “Mira, you belum cerita pada I lagi kenapa tiba-tiba you balik sini?” tanya Hanif sewaktu dia menemani wanita itu keluar membeli belah. “I just miss my hometown.” jawab Mira. “Really? Is not about him, right?” tanya Hanif lagi. Langkah Mira terhenti apabila Hanif cuba membangkitkan soal masa lalunya. “Him?” Mira pura-pura tidak mengerti “I tahu cerita mengenai cinta you dan bekas kekasih you dulu terhalang oleh orang tua dia sebab orang tua dia lebih pentingkan paras rupa, dan sekarang you balik sebab you nak buktikan pada diorang yang you pun mampu berdiri sebaris dengan model antarabangsa. Betul tak apa yang yang I cakapkan tadi, semuanya sebab dia kan?” Mira terdiam dengan pertanyaan Hanif. “Hanif...you know how much I love him. I belum pernah jumpa lelaki macam dia yang boleh terima diri I seadanya. Walaupun dulu I gemuk, I hodoh, tapi dia tetap setia di sisi I.” ujar Mira. Hanif merasa sedikit cemburu kerana lelaki bertuah itu masih dicintai wanita secantik Mira. “Hanif, you rasa dia masih cintakan I tak?” Hanif terdiam. Sebolehnya dia tidak mahu wanita di hadapannya itu bersama lelaki lain kerana sejak pertama kali berjumpa dengan Mira dulu, dia telah jatuh cinta dengan wanita itu. Hanif tidak menjawab, dia langsung meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan Mira yang sedang bingung memikirkan perasaannya terhadap bekas kekasihnya.

*  *  *

  “Awak dah gila ke?” tempik Erleenz apabila Arryan tiba-tiba menyatakan hasrat untuk membawanya berjumpa dengan ibu dan bapa Arryan. “Yes I am. Saya memang gilakan awak sebab tu saya nak awak jumpa dengan parents saya lepas tu kita kahwin.” ujar Arryan. Erleenz ternganga mendengar cadangan tidak masuk akal Arryan. “Stop it Ryan. Kita baru je kenal tak sampai setahun pun. Awak tak tahu apa-apa mengenai saya dan saya pun belum cukup kenal dengan diri awak.” jelas Erleenz. “Apa salahnya kita ambil tahu semua tu lepas kita dah kahwin nanti.” ujar Arryan sambil tersengih. Erleenz melepaskan keluhan. “Atleast...beri saya masa untuk fikirkan pasal ni. Kahwin ni bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Bila suka, kahwin, bila tak suka, cerai. Saya tak suka macam tu. Sebab tu saya cakap kita kena betul-betul kenal siapa pasangan kita supaya tiada erti penyesalan antara kita.” ujar Erleenz. Arryan mulai serius. “Erleenz, sejak pertama kali awak hadir dalam hidup saya, saya yakin awaklah satu-satunya yang saya mahukan. Saya selalu cuba untuk tarik perhatian awak supaya awak sedar kewujudan saya. Yes, I did it. Bila saya cakap saya nak awak jadi milik saya, saya tak pernah main-main. Sekian lama saya tutup pintu hati saya, tapi semenjak saya mengenali awak, hati saya terbuka kembali dan kini dah jadi milik awak sepenuhnya. Erleenz Amani, I do love you. I really really love you. So...” ujar Arryan sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. “Sudi tak awak kahwin dengan saya?” sambung Arryan sambil melamar Erleenz dengan menghulurkan sebuah kotak berisi sebentuk cincin. Erleenz tergamam. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia tidak menyangka lelaki ini mampu membuatnya terpana dengan kata-katanya tadi. “Kita dah lambat ni, baik kita gerak sekarang.” ujar Erleenz, sengaja mengubah topik. Arryan bengang apabila Erleenz tidak memberi jawapan kepada lamarannya tadi. Arryan menyimpan kembali kotak berisi cincin itu dan langsung memandu pergi seperti yang diminta oleh Erleenz. Erleenz membuang pandangnya keluar tingkap kemudian dia tersenyum bahagia apabila mengenangkan lamaran Arryan tadi. Dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki itu benar-benar serius dalam ucapannya.

  Iesya bergegas pulang ke kampung apabila mendapat panggilan dari adiknya yang mengatakan bahawa ibunya jatuh sakit. Sebaik sahaja sampai, Iesya melihat jiran tetangga sudah memenuhi rumah orang tuanya. Iesya menjadi cemas, belum sempat mengangkat beg pakaian yang berada di dalam kereta, Iesya langsung masuk kerumah mendapatkan ibunya. “Ibuuuuu....jangan tinggalkan Iesya!” jerit Iesya sambil berlari masuk kedalam rumah. “Ya Allah, budak sorang ni dah kenapa terjerit-jerit. Malulah dengan jiran-jiran.” ujar ibu Iesya. “Ibu tak apa-apa ke? Ibu dah sembuh? Ibu dah sihat?” tanya Iesya sambil membelek-belek muka ibunya. “Bila masa ibu sakit? Ibu sihat je ni.” ujar ibu Iesya. Irene, adik Iesya sedang ketawa terbahak-bahak di dalam bilik. Iesya mulai bengang. Orang-orang yang berkunjung kerumahnya tersenyum memerhatikan gelagat anak beranak itu. Apatah lagi melihat Iesya berlari mendapatkan ibunya yang dikhabarkan sedang sakit tenat. “Ireneeeeeee! Ishh memang nak kena budak ni!” ujar Iesya sambil mencari-cari kelibat adiknya yang suka menyakat. “Lariii...” ujar Irene apabila Iesya menemuinya sedang menyorok di dalam bilik.
“Ibu, kenapa ramai sangat orang datang rumah kita tadi? Raya kan lambat lagi, takkanlah ibu nak buat open house sebelum raya pula? Puasa pun belum.” tanya Iesya. “Astagfirullahalazim. Irene tak ada beritahu apa-apa pada kamu ke?” Irene menggigit bibir. Tahu dirinya bakal dimarahi. “Ada. Dia cakap ibu jatuh sakit. Dia suruh Iesya balik kampung. Itu yang Iesya balik kelam kabut ni. Bila Iesya dah sampai, Iesya tengok ibu sihat walafiat je.” ujar Iesya. Zaharah, ibu kedua beradik itu sudah mulai bercekak pinggang. “Irene doa ibu sakit ye?” soal Zaharah. Irene tersengih. Mengakui kesalahannya kerana berbohong. “Kenapalah kamu ni suka sangat menyakat kakak kamu. Kakak kamu tu dah lah tengah darah manis, kalau jadi apa-apa pada dia sepanjang perjalanan tadi macam mana? Kan ibu dah suruh Irene beritahu perkara sebenar pada kakak. Hishh budak ni, suka benar dia anaiya orang.” omel Zaharah. Iesya terpinga-pinga apabila ibunya menyebut mengenai darah manis. “Apa maksud ibu darah manis? Ada apa-apa yang Iesya tak tahu ke?” tanya Iesya. “Ibu dah suruh Irene beritahu pada kamu semalam. Lain pulak yang dia cakap. Ginilah, semalam ada orang datang meminang kamu. Ibu tengok budaknya baik, sopan. Ibu berkenan. Jadi ibu dah terima peminangan tu. Hari ni ibu ada buat makan-makan sikit sebab semalam ibu tak sempat nak jemput jiran-jiran dan buat apa-apa sebab peminangan tu pun datang tiba-tiba. Iesya pun tak ada beritahu ibu pasal ni.” jelas Zaharah. Iesya terkesima mendengar cerita ibunya. “Macam mana Iesya nak beritahu sedangkan Iesya pun tak tahu apa-apa. Siapa yang datang minang, siapa yang ibu maksudkan, Iesya kenal orangnya pun tidak. Iesya memang tak tahu apa-apa langsung.” ujar Iesya. Zaharah pula menjadi bingung. Sangkaanya yang datang meminang anak sulungnya itu merupakan salah seorang kenalan Iesya. “Habis tu macam mana dia boleh kenal dengan anak ibu ni? Dia sendiri mengaku yang dia sukakan Iesya.” ujar Zaharah. “Jangan-jangan secret admire kakak kot? Untunglah secret admire hantar rombongan meminang...” usik Irene. Iesya menjeling tajam. “Siapa nama lelaki tu, ibu? Orangnya macam mana? Ibu ada gambar dia?” tanya Iesya. “Ibu minta maaf, ibu tak sempat nak ambil gambar dia. Tapi orangnya memang elok. Segak bergaya. Sopan dan berbudi bahasa. Sebab tu ibu tak sampai hati nak tolak peminangan dia.” Iesya melepaskan keluhan. Pasrah dengan apa yang telah ditentukan. “Fazley. Nama tunang kakak tu Fazley.” celah Irene. Semakin panjang keluhan Iesya apabila nama yang disebut tidak dia kenali.

  “Kak Mia?” tegur Aryffa sewaktu terserempak dengan Damia yang sedang asyik melayani teman lelakinya. Damia terkejut melihat Aryffa dan dia langsung melepaskan pelukan teman lelakinya itu kerana tidak mahu Aryffa salah faham. “Apa semua ni Kak Mia?” tanya Aryffa. “Ini...dia ni kawan akak je.” ujar Damia, terketar-ketar. “Kawan sampai berpeluk pinggang bagai?” Damia terdiam dengan pertanyaan bakal adik iparnya itu. “Ryfa tak sangka macam ni rupanya perangai sebenar Kak Mia. Padanlah abang benci sangat dengan Kak Mia. Kalau Ryfa tahu dari awal, Ryfa pun takkan pernah setuju untuk jodohkan Kak Mia dengan abang Ryan. Ryfa jijik!” Damia langsung menampar wajah Aryffa kerana kelancangan gadis itu. “Aku paling tak suka orang lain hina aku. Hey, kau dengar sini. Kalau bukan kerana dendam aku pada keluarga kau, aku pun tak hinginlah nak kahwin dengan abang kau! Dan disebabkan keluarga kau, keluarga aku dah jatuh muflis. Aku dah tak ada apa-apa lagi. Puaslah hati korang?!” tempik Damia. “Kak Mia silap. Keluarga Kak Mia jatuh muflis disebabkan kecuaian Kak Mia yang salah guna harta keluarga Kak Mia sendiri bukan sebab keluarga Ryfa.” balas Aryffa. Damia jatuh terduduk apabila mengenangkan kembali kesalahannya yang telah banyak menyalah gunakan harta keluarganya demi kemewahan dirinya. Keluarganya diisytihar muflis kerana tidak mampu menanggung beban hutang. Demi mencari sesuap nasi, Damia sanggup menggoda mana-mana lelaki kaya untuk mendapatkan keuntungan. Misi terakhirnya untuk berkahwin dengan Arryan sekaligus membolot harta rakan kongsi ayahnya dulu  juga ternyata gagal. Impiannya untuk hidup mewah musnah.

*  *  *

  Selepas Aryffa menceritakan perihal mengenai sikap sebenar Damia kepada mamanya, Tengku Amizah sedikit terkejut dan merasa kesal kerana terlalu mudah mempercayai seseorang yang tidak dia kenali dengan baik. Tengku Amizah meminta maaf kepada anak lelaki sulungnya, Arryan kerana memaksa berkahwin dengan perempuan yang tidak dia cintai. Demi menebus kesalahan, Tengku Amizah mengizinkan Arryan untuk memilih calon isteri pilihan hatinya sendiri. “Seriously mama?” Tengku Amizah menggangguk sambil tersenyum. Jarang benar dia melihat anak lelaki sulungnya itu tersenyum bahagia seperti sekarang. “Lain macam je Ryfa tengok abang sekarang.” celah Aryffa yang berada di sisi Tengku Amizah. “Apanya yang lain? Biasa je.” ujar Arryan. “Mama perasan tak sekarang ni abang lebih banyak tersenyum berbanding dulu asyik masam je muka dia.” tanya Aryffa kepada Tengku Amizah. Tengku Amizah mengiyakan kata-kata anak perempuannya. Arryan malas mahu mencelah. Dia lebih senang menikmati sarapan paginya sambil membaca akhbar.

  Fazryzal tidak lepas memandang wajah muram Iesya. Sekejap gadis itu mengeluh. “Kenapa ni? Patutnya orang berdarah manis ni bahagia je tau. Ini ridak, muram 24 jam je abang tengok.” ujar Fazryzal. “Iesya tak tahulah patut ke tidak Iesya terima lelaki yang Iesya tak kenal tu sebagai calon hidup Iesya.” ujar Iesya dalam dilema. Fazryzal tersenyum mendengar keluhan adik angkatnya. “Kalau dah jodoh, Iesya lari jauh mana pun, dia tetap akan kembali pada Iesya. Sudahlah, adik abang ni tak payahlah risau sangat. Kalau lelaki tu baik, apa salahnya Iesya terima dia sebagai teman hidup Iesya.” nasihat Fazryzal. Iesya mengeluh lagi. “Alamak...!” Iesya terkesima mendengar jeritan Fazryzal. “Kenapa?” Iesya cemas. “Kejap lagi abang ada photoshoot. Kalau abang sampai lambat, nanti abang tak dapat bergandingan dengan model-model yang cantik dan seksi tu.” ujar Fazryzal. “Cantik? Seksi? Abang kalau tak pergi, tak boleh ke?” tanya Iesya. “Mana boleh. Peluang macam ni bukan selalu dapat. Bila abang dapat bergambar dengan model-model tu, manalah tahu lepas ni abang dapat keluar dengan diorang ke...” ujar Fazryzal sambil tersenyum nakal. “Ishhh...miangnya abang ni. Model tu semua tak hingin pun kat abang. Abang je perasan lebih.” omel Iesya. “Eleh...jeles ke?” Iesya mencebik apabila Fazryzal mengusiknya. “Dah, abang pergi dulu. Bye!” ujar Fazryzal. “Kenapalah aku rasa selesa sangat bila ada dekat kau? Dan bila kau jauh dari aku, aku rasa rindu...” Iesya bermonolog selepas Fazryzal pergi dengan tergesa-gesa.

  Fatin cuba menarik perhatian Izkandar dengan berpura-pura sakit. “Awak demam ke?” tanya Izkandar apabila hairan melihat isterinya berselubung dengan selimut. Fatin tidak menjawab. “Mari saya hantar awak pergi klinik.” Fatin langsung membuka mata apabila Izkandar ingin membawanya ke klinik berdekatan walhal dia tidak sakit. “Tak payah. Saya dah makan ubat tadi.” laju sahaja Fatin menjawab. “Awak nak keluar ke?” tanya Fatin sewaktu melihat Izkandar sedang bersiap. Izkandar mengganguk iya. “Boleh tak nanti awak tapaukan makanan untuk makan malam? Saya tak larat nak masak.” tanya Fatin. “Awak nak makan apa?” tanya Izkandar pula. “Apa saja yang suami saya belikan, saya akan makan.” jawab Fatin sambil sempat melemparkan senyuman. Izkandar cepat-cepat mengalihkan pandangan kearah lain. Fatin tersenyum nakal apabila berjaya mengenakan suaminya. Sejak kebelakangan ini, Izkandar sudah mulai melayani Fatin selayaknya seorang isteri meskipun ada ketika suaminya itu bersikap dingin.

  Kedatangan Mira di banglo milik keluarga Arryan sekaligus menjadi tanda tanya. “Takkanlah aunty dah lupa dengan Mira? Saya Hasmira Yusof, gadis yang cintanya dulu dihalang oleh aunty kerana paras rupa saya yang gemuk dan hodoh.” ujar Mira sambil mengenalkan dirinya pada Tengku Amizah. Tengku Amizah ternganga apabila melihat perubahan gadis yang dulunya pernah dia herdik kerana paras rupa yang tidak setaraf dengan anak lelaki tunggalnya, Arryan. “Kenapa aunty diam? Aunty terpana dengan rupa saya yang sekarang? Aunty tak percaya yang perempuan hodoh dulu tu mampu berubah?” ujar Mira dengan angkuh. “Jadi apa tujuan kamu datang kesini?” tanya Tengku Amizah. “Tujuan saya? Saya kembali semula kesini sebab saya nak tuntut apa yang aunty pernah halang dulu.” ujar Mira. “Apa maksud kamu?” Secara kebetulan, Arryan turun dari tingkat atas selepas mendengar perbualan mamanya bersama seorang perempuan. Sangkaannya Erleenz datang kerumah untuk berjumpa dengan mamanya. “Hai sayang!” sapa Mira sambil menarik tangan Arryan. “Saya nak Arryan.” ujar Mira sambil memeluk lengan Arryan. Arryan terpinga-pinga dan cuba melepaskan pelukan Mira. “Kau ni siapa?” marah Arryan sambil merentap tangan Mira. “You dah lupa kat I ke?” tanya Mira. Arryan memerhatikan wajah Mira. Apabila dia merenung wajah Mira, fikirannya langsung teringat kembali pada kekasih lamanya dulu. “Mi...mira? Hasmira?” Mira tersenyum lebar apabila Arryan masih mengingati dirinya. “Yes, I Hasmira, your girlfriend.” ujar Mira sambil cuba memaut lengan Arryan semula namun sempat dielak oleh Arryan. “No. You are not my girlfriend anymore.” jawab Arryan. “Well, I admit that you are beautiful girl now, tapi sayangnya sikap kamu pun dah berubah. Yes, dulu kamu gadis yang baik, sopan and low profile but now...you are too arrogant. I don't think my son will accept you back. Look at to your attitude.” celah Tengku Amizah yang jelik melihat sikap terhegeh-hegeh Mira. Mira bengang apabila dipermalukan oleh kedua anak beranak itu. Dia langsung berlari keluar dari banglo tersebut. Arryan menjadi serba salah apabila memperlakukan wanita yang pernah dia cintai dulu sedemikian rupa. Arryan langsung berlari mendapatkan Mira yang tidak jauh dari situ. “Mira, I'm so sorry. Saya sedar apa yang saya dan mama saya katakan tadi sangat keterlaluan. Saya minta maaf bagi pihak mama saya.” ujar Arryan. Langkah Mira terhenti apabila mendengar suara Arryan. Arryan cuba mendekati Mira. “Look at me, Mira.” ujar Arryan, meminta Mira supaya tidak membelakanginya. Mira memusingkan badan dan menatap wajah lelaki yang pernah dia cintai dulu, lelaki yang sangat dia rindui selama ini. “Awak tak rindukan saya ke?” tanya Mira. Arryan terdiam. “I'm sorry, I have no feeling towards you anymore.” jawab Arryan sambil mengalihkan pandangan matanya. Tidak berani melihat mata Mira yang mulai berkaca. “Sampai hati you. I berusaha keras untuk berubah supaya parents you dapat terima I semula tapi apa yang I dapat?” marah Mira sambil menahan sebak di hatinya. “Saya tak minta awak berubah. Saya tak peduli macam mana pun rupa awak dulu. Saya sayangkan awak seadanya. 3 tahun awak hilangkan diri dari saya. Bagai nak gila saya cari awak. 3 tahun juga saya tutup pintu hati saya kerana awak.” balas Arryan. “I miss you so much.” tidak semena-mena Mira langsung memeluk Arryan. Tanpa disedari, sewaktu Mira sedang memeluk Arryan, Erleenz baru sahaja sampai di hadapan rumah keluarga Arryan di mana drama antara Arryan dan Mira sedang berlangsung. Erleenz terkejut melihat Arryan berpelukan dengan gadis lain. Arryan menyedari kedatangan Erleenz langsung menolak tubuh Mira. “Erleenz...” Arryan cuba mengejar Erleenz tetapi tidak berjaya kerana Erleenz terlebih dahulu telah memandu pergi dengan perasaan kecewa. Mira tersenyum puas apabila aksinya dilihat oleh teman wanita Arryan.

*  *  *

  Izkandar jatuh sakit selepas bekerja selama 48 jam tanpa henti. Kerana tuntutan kerja, dia rela bekerja tanpa rehat sehinggalah kertas kerjanya berjaya disiapkan. Selama Izkandar jatuh sakit, Fatinlah yang merawatnya. Walaupun dia tidak rela Fatin menguruskan dirinya namun dia terlalu lemah untuk menolak. “Alhamdulillah, habis pun bubur ni. Awak laparkan sebenarnya?” usik Fatin. Izkandar hanya terdiam. “Okay, sekarang masa untuk makan ubat. Lepas makan ubat, awak tidur ye. Rehat secukupnya.” ujar Fatin sambil menghulurkan ubat dan air minuman. Izkandar sempat menjeling kearah Fatin. Entah kenapa dia merasakan bahawa dia terlalu kejam pada isterinya selama ini walhal wanita itu begitu baik terhadap dirinya. Sewaktu Fatin ingin meninggalkan bilik, Izkandar sempat mencapai tangan isterinya. “Terima kasih.” ujar Izkandar sambil tersenyum. “Terima kasih untuk apa?” tanya Fatin. “Sebab jaga saya.” jawab Izkandar. Fatin hanya membalas dengan senyuman. Selepas Fatin keluar dari bilik, Izkandar mulai mengelamun. Sudah terlalu lama dia mengabaikan perasaan wanita itu. Walaupun dia tidak pernah melayani isterinya itu dengan baik, wanita itu tetap sabar dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

   “Apa? Iesya nak putuskan hubungan?” Fazryzal terkejut apabila Iesya memberitahu bahawa dia nekad untuk membatalkan pertunangan dia dan lelaki yang tidak dia kenali itu. “Iesya tak boleh buat macam ni. Iesya kena terima takdir yang dah ditentukan. Iesya tak fikir ke dengan perasaan orang tua Iesya bila diorang tahu pasal ni? Kesian diorang. Percayalah cakap abang, apa yang orang tua kita dah tentukan, itulah yang akan bahagiakan Iesya suatu hari nanti.” ujar Fazryzal. “Tapi Iesya tak cintakan dia.” bantah Iesya. “Cinta atau tak, itu boleh disemai lepas kahwin nanti.” pujuk Fazryzal lagi. “Abang takkan faham. Perasaan Iesya tak boleh dipaksa.” marah Iesya sambil berlalu pergi. Fazryzal sengaja membiarkan gadis itu menangis sendirian. Tidak jauh dari tempat duduknya, dia lihat sebuah majalah yang mempunyai gambar dirinya bersama seorang model perempuan. Sayangnya, gambar model perempuan tersebut telah diconteng oleh Iesya. Fazryzal tergelak besar melihat gambar tersebut. Kelihatan bahawa Iesya tidak suka abang angkatnya didekati wanita lain. Fazryzal tersenyum apabila mengetahui perasaan sebenar Iesya.

Arryan puas memujuk Erleenz yang merajuk kerana melihat insiden dirinya dipeluk oleh Mira. “Saya datang rumah family awak dengan niat nak jumpa orang tua awak tapi ini yang saya dapat?” marah Erleenz. “Awak dah salah faham. Perempuan tu bukan siapa-siapa bagi saya. Dia yang terhegeh-hegeh datang pada saya semula. Saya dah lama lupakan dia.” jelas Arryan. “Please, trust me. I only love you. Only you sayang.” pujuk Arryan lagi. Erleenz terkesan dengan pujukan Arryan. Tidak salah jika dia memaafkan lelaki itu dan beri peluang. Sewaktu sesi pujuk rayu berlangsung, kebetulan Mira yang sedang berjalan sendirian terserempak dengan Arryan. “Hai, you buat apa kat sini?” sapa Mira sambil memaut lengan Arryan tanpa segan silu. Erleezn terkejut melihat perlakuan wanita yang begitu berani menyentuh bakal suaminya. Erleenz langsung meleraikan pelukan tersebut dan berdiri di sebelah Arryan kerana tidak mahu bakal suaminya itu disentuh oleh wanita lain apatah lagi wanita yang berada di hadapannya itu. Dia menjeling tajam kearah Mira. Mira tersenyum sinis apabila perlakuannya tidak disenangi Erleenz. “You tak nak kenalkan I dengan perempuan ni ke?” tanya Mira kepada Arryan. “Sayang, ni Mira dan Mira, ni Erleenz.” ujar Arryan sambil bersikap acuh tak acuh. “Oh, jadi dia ni lah punca you lupakan I? Well, kalau nak dibandingkan dia dengan I, I more better than her. Ryan, perempuan macam ni yang you pilih? Come on, you have everything. Takkan perempuan macam ni nak digandingkan dengan you? I tak rasa parents you suka dengan pilihan you kali ni. You pun tak malu ke ambil 'bekas' I?” ujar Mira sambil mengejek Erleenz. Tidak semena-mena satu tamparan hinggap di pipi gebu milik Mira. Mira tergamam. Dia tidak menyangka Arryan nekad menamparnya. “Sekali lagi kau hina dia, aku takkan teragak-agak untuk tampar kau lagi.” Erleenz juga terkejut melihat tindakan Arryan. Mira menggumam geram kerana bengang ditampar di hadapan Erleenz. Dia langsung berlalu pergi kerana malu apabila orang-orang sekeliling sedang mengata dirinya. Erleenz juga mengajak Arryan pergi dari situ agar tidak menjadi buah mulut orang ramai kerana insiden tadi.

  Mira langsung pergi mendapatkan Hanif dan meluahkan segalanya dengan hasrat dapat meraih simpati dari lelaki itu. Hanif bergegas menemui Mira apabila Mira memberitahu dirinya ditampar oleh Arryan, bekas kekasih Mira. Puas dia memujuk hati gadis itu supaya melupakan perasaan pada Arryan dan cuba menerima dirinya.

*  *  *

  Pihak lelaki meminta agar dipercepatkan tarikh perkahwinan dia dan Iesya. Iesya semakin bingung. Dia sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan agar semua ini dibatalkan. Puas Fazryzal memujuk agar meneruskan perkahwinan tersebut. “Abang ada benda nak beritahu pada Iesya.” ujar Fazryzal, serius. Iesya menunggu dengan penuh debaran. “Abang akan berkahwin.” hati Iesya bagai dipanah petir. Entah kenapa dia merasa tidak gembira mendengar khabar baik itu. Sudahlah tarikh perkahwinannya dipercepatkan, kini dia mendapat berita bahawa abang angkat kesayangannya itu pula bakal berkahwin. “Siapa perempuan tu?” tanya Iesya tanpa memandang wajah abangnya. Fazryzal tersenyum melihat perubahan riak wajah Iesya. “Dialah perempuan paling cantik yang pernah abang miliki. Lepas kahwin nanti, abang akan kenalkan dia pada Iesya. Yang paling penting, abang nak Iesya ada pada majlis abang nanti tau.” ujar Fazryzal. Iesya sudah tiada mood untuk mendengar perancangan perkahwinan abangnya. Hatinya bagai disiat-siat. Entah siapalah wanita bertuah yang bakal menjadi suri hati si model bernama Fazryzal Faryzs.

  Izkandar mendatangi pejabat Fatin dengan membawa sejambak bunga. “Tin, ada lelaki cari kau kat lobi.” ujar Farah, selaku rakan sekerja Fatin. Fatin terpinga-pinga. Selama dia bekerja di situ, belum pernah ada lelaki ingin berjumpa dengannya. Sebaik sahaja Fatin turun ke lobi, dia melihat kelibat Izkandar sedang berdiri di hadapan meja penyambut tetamu. “Awak ke orangnya?” tanya Fatin, mencari kepastian. Izkandar sekadar tersenyum. “Awak buat apa kat sini?” bisik Fatin. Jambangan bunga yang dipegang tadi langsung diberi kepada Fatin. Fatin tergamam. “Untuk saya?” tanya Fatin. Izkandar menggangguk sambil tersenyum. “Tanda terima kasih dari saya kerana awak dah jaga saya dengan baik selama ni.” ujar Izkandar. Fatin terharu. Lidahnya menjadi kelu. Selama dia berkahwin, belum pernah lelaki itu melemparkan senyuman manis padanya sekaligus bersikap romantik sedemikian. “Jom lunch sama.” Fatin langsung bersetuju dengan ajakan suaminya. Dia merasa sangat bahagia melihat perubahan sikap Izkandar terhadapnya. Tiada lagi layanan dingin dari suaminya.

  Semenjak kecewa dengan layanan yang diberi oleh Arryan, hidup Mira mulai menjadi tidak terurus. Hatinya remuk redam kerana cintanya ditolak mentah-mentah oleh Arryan demi perempuan bernama Erleenz. Hanif pula tidak bosan menemani Mira selama wanita itu memerlukannya. Meskipun tempat tinggal mereka jauh, Hanif rela memandu berjam-jam asalkan dapat menenangkan hati wanita yang dia cintai itu. “You tak perlu buat semua ni. I boleh uruskan diri I sendiri.” ujar Mira. “Look at yourself. Serabut. Tak terurus. Sampai bila you nak seksa diri you macam ni? You sengaja buat diri you sakit dengan harapan Ryan akan risaukan you? Enough Mira. Tak ada gunanya you buat semua ni. Dia pun dah tak pedulikan you. Dia dah ada kebahagiaan dia sendiri, untuk apa lagi you kejar dia? Get your own happiness, Mira. Wake up!” omel Hanif. “Selama ni hanya dia yang mampu buat I happy, buat I rasa bahagia. Tapi selepas family dia masuk campur, I kehilangan dia, I kehilangan kebahagiaan I. Tak ada orang boleh buat I bahagia selain dari dia.” ujar Mira sambil teresak-esak seperti anak kecil. “Then, what about me?” tanya Hanif. Esakan Mira terhenti apabila mendengar soalan Hanif. “Bukan tak ada orang boleh bahagiakan you tapi you yang tak nak buka pintu hati you untuk orang lain. You masih nak simpan hati you untuk orang yang dah tak pandai hargai perasaan you.” marah Hanif. Mira terkejut apabila nada suara Hanif berubah. “I feel so stupid. I do everything for her but she don't know how to appreciate it. I tak nak berharap banyak. Cukuplah you tahu yang I sayangkan you. I tak suka tengok you menangis bila hati you terluka. It's hurt me a lot.” Mira terdiam mendengar keluhan hati Hanif. “Rasanya dah tak ada apa-apa lagi yang I nak cakapkan. Dan I rasa kehadiran I dalam hidup you selama ni pun cuma menambahkan masalah bagi you. Jadi I...” belum sempat Hanif meneruskan kata-katanya, Mira langsung memeluk Hanif dari belakang. “Tolong jangan pergi dari hidup I. I need you.” rayu Mira. Hanif terkedu. Hanif cuba melepaskan diri tetapi pelukan Mira semakin erat. “Please Hanif...” Hanif mengalah. Hanif membalas pelukan Mira.

  Erleenz merasa gelisah sebaik sahaja sampai di hadapan banglo milik keluarga Arryan. Jantungnya hampir luruh. Selama dia berkawan dengan Arryan, baru hari ini dia memiliki kekuatan untuk bertemu dengan bakal keluarga mertuanya itu. Mengikut apa yang pernah diceritakan oleh Arryan bahawa mama Arryan menginginkan bakal menantu yang setaraf dengan keluarga mereka, sedangkan Erleenz hanya datang dari keluarga biasa-biasa sahaja. “Sayang fikir apa tu?” sapa Arryan yang sejak tadi memerhatikan buah hatinya yang sedang resah gelisah. “Apakata kita tunda dulu perjumpaan ni. Saya belum bersedia lagi.” ujar Erleenz. Arryan tertawa kecil. “Apa lagi yang awak belum bersedia? Semalam bukan main beria awak nak jumpa dengan parents saya, tiba-tiba hari ni nak tunda pulak? Awak jangan nak mengada, kita pun dah sampai depan rumah family saya. Jom turun.” ujar Arryan sambil membukakan pintu kereta untuk Erleenz. Erleenz tidak mahu berganjak dari tempat duduknya. “Saya kira sampai tiga, kalau awak tak nak keluar, saya dukung awak sampai masuk kedalam rumah.” ugut Arryan. Terjegil mata Erleenz mendengar ugutan dari Hanif. Dia langsung keluar dari kereta sebelum Arryan mula mengira. Arryan sudah terkekek-kekek melihat reaksi Erleenz. Erleenz membuat muka apabila mengetahui dirinya sedang disakat. “I'm sorry.” pujuk Arryan.
Sewaktu berhadapan dengan bakal mertuanya iaitu mama kepada Arryan, jantung Erleenz berdegup kencang. Erleenz hanya mampu menunduk kebawah, tidak berani untuk bertentang mata dengan wanita separuh usia itu. “So, ini ke calon bakal menantu mama tu?” tanya Tengku Amizah kepada Arryan. “You are...?” Erleenz langsung mencelah. “Nama saya Erleenz. Saya berasal dari Johor. Saya kerja sebagai kerani biasa di sebuah syarikat swasta dan saya...” Tengku Amizah tertawa kecil. Erleenz tergamam. Apa yang sedang ditertawakan? “Bertenang. Saya cuma nak tahu nama awak je. Lagipun awak bukannya sedang diinterview kerja pun.” ujar Tengku Amizah sambil menghabiskan tawanya tadi. Erleenz terlopong. Sangkaannya wanita itu akan memarahinya. “Erleenz Armani, am I right?” Erleenz sedikit terkejut apabila Tengku Amizah mengetahui nama penuhnya. “How you know my full name?” tanya Erleenz. “Your parents merupakan usahawan yang berjaya and awak pula seorang kerani biasa yang bekerja di syarikat milik Arryan merangkup penulis novel part time.” ujar Tengku Amizah. Erleenz tergamam apabila Tengku Amizah tahu serba sedikit mengenai dirinya yang orang lain tak pernah tahu. “My daughter love your writing.” ujar Tengku Amizah. Erleenz sedikit teruja kerana tidak menyangka ada juga yang suka membaca penulisannya walhal dia menulis sekadar meluang waktu. “Thank you. I'll appreciate it so much.” ucap Erleenz sambil menunduk hormat. “Kenapa saya tak pernah tahu yang bakal isteri saya ni seorang penulis?” celah Arryan. “Because you never asked about that.” jawab Erleenz. Tengku Amizah sempat memanggil anak perempuannya, Aryffa untuk berkenalan dengan calon kakak iparnya. “You pernah langgar I kan?” tanya Aryffa sebaik sahaja melihat wajah Erleenz yang pernah melanggarnya di mall beberapa bulan yang lepas. Erleenz terdiam. Dia tidak menyangka bahawa ingatan gadis itu masih kuat mengenai insiden di mana waktu itu Erleenz ralat dengan telefon bimbitnya sehingga terlanggar seorang gadis dan kemudian gadis itu mengomel dengannya. Belum habis diomel, Erleenz berlalu tanpa mempeduli keadaan gadis itu, malah dia juga sempat membebel mengenai sikap angkuh gadis yang dia langgar. Arryan hairan kerana tiba-tiba sahaja Aryffa menyerang Erleenz dengan soalan sedemikian. “Salah orang kot.” jawab Erleenz, sengaja tidak mahu mengeruhkan keadaan. “Tak, mata I tak salah. I masih ingat muka you.” ujar Aryffa, tidak puas hati. “Okay, let me clear about this. If I get wrong, I'm so sorry. Mungkin saya tak sengaja, tak perasan, tak sedar, tak...” Arryan langsung mencelah kata-kata Erleenz. “Enough. I don't know what happen between you and my sister, but please stop it. Anggap je semua ni dah selesai. Okay?” ujar Arryan, meleraikan keadaan. “By the way, Aryffa...abang nak kenalkan Ryfa dengan calon isteri abang. Namanya Erleenz. Erleenz Armani.” ujar Arryan. Aryffa terkedu apabila mendengar nama penulis kegemarannya. Matanya terkebil-kebil melihat Erleenz. Erleenz tersenyum memandang wajah bingung Aryffa. “Sayang, inilah satu-satunya adik perempuan saya yang sangat garang. Nama dia Aryffa Alesya. Kalau rasa-rasa dia ni merimaskan, harap maklum, dia masih budak belasan tahun. Bawah umur lagi.” seloroh Arryan. Aryffa langsung menepuk peha abangnya tanda protes. Erleenz tergelak kecil melihat karenah kedua beradik itu. “By the way, she's more better than your ex's.” bisik Aryffa kepada abangnya.

*  *  *

  Iesya pulang ke kampung untuk menyelesaikan hal-hal yang tertangguh sebelum tiba hari bahagianya. Jiran tetangga mulai memenuhi rumah keluarganya untuk datang bergotong royong. Sepanjang berada di kampung, Iesya lebih gemar memerapkan diri di dalam bilik. Hatinya berbelah bahagi. Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba dia mendapat pesanan ringkas dari abang angkatnya melalui aplikasi whatsapp.

“Selamat pengantin baru! Semoga kekal hingga ke anak cucu.”


Iesya mendengus geram selepas membaca pesanan ringkas yang dihantar. “Kenapalah kau ni susah sangat nak faham perasaan aku! Aku sayangkan kau tak tak!” jerit Iesya tanpa dia sedar dia tertekan butang yang merekodkan pesanan suara kepada Fazryzal. Fazryzal yang menerima pesanan suara itu tersenyum lebar mendengarkannya.

  Iesya menelefon Erleenz dengan harapan sahabatnya itu dapat menenangkan hatinya. Dia menceritakan segalanya mengenai perjodohan yang dirancang juga perasaannya terhadap abang angkatnya sendiri. Erleenz menyatakan bahawa kisah hidup Iesya seakan menerima nasib yang sama seperti Erleenz di mana dulu Erleenz mencintai sahabatnya sendiri iaitu Izkandar tetapi dia tidak dapat memiliki lelaki itu kerana lelaki itu telah dijodohkan dengan wanita pilihan keluarganya. Erleenz hanya mampu memujuk Iesya agar menerima jodoh yang telah ditentukan. “Kadang-kadang yang terbaik itu bukan milik kita.” ujar Erleenz di akhir perbualan.

  Erleenz keluar bersama Arryan untuk mencari barang-barang hantaran untuk majlis yang perkahwinan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Sedang asyik Erleenz dan Arryan berjalan dari satu kedai ke satu kedai, tiba-tiba mereka berdua terserempak dengan Mira dan Hanif. Mesra, berpegangan tangan. Erleenz terkejut melihat Hanif kini bersama wanita yang pernah ditampar oleh Arryan. “Dah move on?” pertanyaan pertama yang keluar dari mulut Hanif sewaktu dia melihat Erleenz sedang bahagia bersama Arryan. “What past is past, right?” jawab Erleenz, faham benar akan pertanyaan Hanif tadi adalah mengenai perasaannya terhadap Izkandar. Mira hairan melihat kedekatan Erleenz dan Hanif. Begitu juga dengan Arryan. Mira langsung memaut lengan Hanif, menunjukkan perasaan tidak senang melihat kedekatan antara Erleenz dan Hanif. “Sorry, sebelum terlupa... Saya nak kenalkan, ini Arryan. Ryan, ini Hanif, kawan lama saya.” ujar Erleenz, sengaja dia tidak mahu mengenalkan Hanif sebagai bekas kekasihnya, risau Arryan akan menarik muka. Arryan menyalami Hanif. “Arryan...kalau tak silap aku, dulu kau satu course dengan Mira masa kat oversea dulu kan?” Hanif pura-pura bertanya. “You are...Hanif Asyraf?” tanya Arryan. Hanif mengiyakan. Mana mungkin Arryan lupa akan lelaki yang pernah cuba mencuri perhatian buah hatinya, Mira waktu zaman belajar dulu. “So, finally...kau dapat juga tawan hati dia. Aku cuma nak pesan, jaga dia baik-baik. Bahagiakanlah dia sebab aku dah tak mampu nak buat semua tu untuk dia sekarang.” ujar Arryan. Hanif tersenyum bangga. Bertahun lamanya dia menunggu hati wanita idamannya itu terbuka untuknya. Manakala Erleenz dan Mira pula masing-masing kelihatan tidak berpuas hati. “Tak sangka pulak hari tu ada orang tu cakap kita ambil bekas dia, but look at now...” ujar Erleenz sambil memandang Mira dan Hanif. “Apa maksud kau?” tanya Mira. “Hanif tu bekas aku juga. So, adil kan?” sindir Erleenz. Merah muka Mira apabila Erleenz memulangkan semula kata-kata yang pernah dia beri pada Erleenz. Sebelum Erleenz dan Arryan berlalu pergi, Erleenz sempat menjemput Hanif dan Mira untuk hadir ke majlis perkahwinannya tidak lama lagi. Mira terkilan apabila mendapat tahu bahawa Arryan akan berkahwin. Akhirnya Mira pasrah bahawa Arryan bukan lagi miliknya. Dia juga sempat meminta maaf dan mengucapkan tahniah kepada Erleenz dan Arryan.

*  *   *

  Iesya terlihat lesu dan muram walhal dia sudah pun siap dihias oleh mak andam. “Dik, kenapa muram je ni? Pengantin tak boleh muram gini, nanti hilang seri. Cuba senyum sikit.” ujar Mak Andik selaku mak andam yang ditugaskan untuk menyiapkan pengantin. Iesya sekadar tersenyum tawar. Hati dan jiwanya menerawang jauh memikirkan abang angkat tersayang yang katanya dia juga bakal bernikah pada tarikh yang sama. “Aku cintakan kau tapi...” monolog hati kecil Iesya. Sewaktu dia diberitahu bahawa pengantin lelaki sudah pun sampai, jantung Iesya berdegup kencang. Untuk pertama kalinya dia akan bertentang mata dengan bakal suaminya itu. Sepanjang dia bergelar tunangan kepada lelaki misteri tersebut, tidak pernah sekalipun dia mengambil tahu bagaiman rupa tunangnya apatah lagi mendengar suara. Iesya sudah pun berada di pelamin kecil yang terletak di ruang tamu di mana tempat akad nikah akan dilaksanakan. Lelaki misteri itu membelakangi Iesya membuatkan Iesya tidak dapat melihat wajah bakal suaminya. Rela atau tidak, Iesya akhirnya pasrah. Segalanya sudah terlambat untuk berpatah balik. Mungkin bukan jodohnya dengan orang yang dia cintai iaitu Faryzal Faryzs. Makcik-makcik yang berada di majlis tersebut sempat mengusik Iesya dengan memuji ketampanan bakal suaminya itu. “Untunglah kau Sya dapat suami persis model. Bertuah badan.” ujar jiran tetangga ibu Iesya. “Kenapa aku tak pernah tahu yang kawan aku ni bakal berkahwin dengan model? Hensem pulak tu. Ishh...nasib je aku dah ada si Arryan.” bisik Erleenz, mengusik sahabat baiknya. Dalam perasaan gelisah, dia sempat menyenggol lengan Erleenz kerana membuatkan dirinya semakin tidak tentu arah. Hensem? Model? Sekacak manakah lelaki itu? Adakah persis Faryzal?Jiwanya meronta-ronta untuk melihat lelaki misteri yang berhajat untuk menjadi suaminya itu. Sebaik sahaja akad nikah selesai, lelaki misteri itu mendekati Iesya untuk menyarungkan cincin pernikahan. Iesya yang sejak tadi menunduk kebawah langsung mendongak apabila mendengar suara Faryzal. “Assalamualaikum isteriku.” ujar Faryzal sambil tersenyum. Iesya terlopong. “Apa abang buat kat sini?” tanya Iesya. “Buat apa? Abang datang nak sarung cincin pada Iesyalah ni.” jawab Faryzal. “Tapi...abangkan patutnya nikah hari ni?” tanya Iesya lagi. Faryzal tertawa kecil. “Kakak ni dah kenapa? Akad nikah tadikan dah selesai.” tanya Irene, bingung dengan pertanyaan dari kakaknya itu. “Betul tu. Dan sekarang sayang pun dah sah jadi isteri abang.” ujar Faryzal sambil menyarungkan cincin ke jari manis Iesya. Iesya yang kelihatan bingung tadi akhirnya mengucap syukur kerana apa yang dia impikan menjadi kenyataan. Air matanya hampir menitis kerana terlalu bahagia. Walaupun hatinya sempat menggumam geram kerana dipermainkan, tetapi dia tidak kisah asalkan dia dapat menggapai kebahagiaan yang dia inginkan selama ini. “Terima kasih abang.” ujar Iesya sambil menyalami tangan suaminya, Faryzal Faryzs. “Tahniah sahabatku.” ucap Erleenz. “Lepas ni turn kau pulak.” usik Iesya. Erleenz tersenyum sipu.

  “Dah tiba masanya untuk aku buang semua kenangan ni.” ujar Erleenz sambil menatap kotak berisi memori antara dia dan Izkandar dulu. “Maafkan saya Iz...” ujar Erleenz tanpa dia sedar air matanya mengalir. Bukan mudah untuk Erleenz buang semua kenangan yang pernah tercipta antara dia dan lelaki yang pernah dia cintai itu. Demi menjaga hati Izkandar, Erleenz tidak mahu menjemput lelaki itu datang ke majlis akad nikahnya. Risau seandainya lelaki itu kembali menggores hatinya. Kini genap seminggu Erleenz menjadi isteri yang sah kepada Arryan. Dia sangat bersyukur kerana perkahwinannya mendapat restu kedua-dua belah pihak. Selepas selesai kedua-dua belah majlis, Erleenz sempat berkenalan dengan saudara-mara belah suaminya. Tiba-tiba Erleenz terpandang kelibat Izkandar di rumah ibu mertuanya itu. Erleenz tidak lepas pandang sehingga mencuri perhatian Arryan. “Awak tengok siapa tu?” tegur Arryan. Erleenz sekadar menggeleng. Arryan memandang lelaki yang dilihat oleh isterinya tadi. “Mari saya kenalkan awak dengan sepupu jauh saya.” ujar Arryan sambil menarik tangan Erleenz. Erleenz sedikit hairan dengan sepupu jauh yang dimaksudkan oleh Arryan tadi. “Iz, sini jap.” ujar Arryan. Erleenz sedikit terkejut apabila Arryan memanggil nama Izkandar. Bermakna tadi dia tidak salah lihat? Izkandar yang ditemani isterinya datang mendekati Erleenz dan Arryan. “Selamat pengantin baru.” ujar isteri Izkandar sambil bersalaman dengan Erleenz. “Apa khabar bro?” sapa Arryan sambil bersalaman dengan Izkandar. “Alhamdulillah sihat.” jawab Izkandar sambil menjeling kearah Erleenz. Erleenz menjadi tidak tentu arah. Sebolehnya dia mahu mengelak dari bertentang mata dengan lelaki itu. “Sayang, inilah sepupu jauh yang saya cakapkan tadi. Izkandar namanya. Dan di sebelah dia tu isteri dia.” ujar Arryan. Erleenz sekadar tersenyum tawar. Dia cuba mengelak dari melihat mata Izkandar. “Kenapa saya cakap dia sepupu jauh, sebab dia ni jenis susah nak berjumpa dengan saudara mara dia kat sini.” sambung Arryan. “Sekarang dah jumpa kan?” balas Izkandar. “Dah ada isi ke?” tanya Erleenz kepada Fatin, isteri Izkandar. Fatin menggangguk sambil tersenyum. “Patutlah berseri-seri. Tahniah.” puji Erleenz sambil berbual kosong dengan Fatin. Kini dia yakin bahawa Izkandar benar-benar telah move on dari masa lalunya. Harapannya untuk pergi jauh dari hidup Izkandar kini meleset apabila dia mendapat tahu bahawa Izkandar merupakan salah satu saudara kepada suaminya. “Tahniah, semoga bahagia hingga ke Jannah.” ucap Izkandar sebelum meminta diri untuk pulang. “Saya janji saya akan jaga awak dengan sepenuh hati saya. I love you.” ujar Arryan, seakan memahami apa yang cuba disembunyikan oleh isterinya. “I love you too.”

TAMAT.

Hasil Nukilan: Leenz Armani

P/S: Alhamdulillah, setelah berkurun lamanya meninggalkan penulisan yang hampir terkubur, but now I'm back bebeh. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa nak buat sambungan untuk cerpen di atas ni. Adakah aku masih belum move on? Hmm...tepuk dada tanyalah pada hati. Hehe. Just kidding. I'm moving on but ambil masa jugak kan? Bukan mudah nak lupakan apa yang pernah terukir dalam kenangan. Just appreciate the memories and learning from the past even its bitter or sweet. By the way, thank you for those people who make my life very meaningful in many ways. I love you all. Enjoy this song! Bye.

Takkan Bersatu - Dicky SMASH ft. Princey PJ

Everything got so weird, there’s nothing left today
what happen like you say, and ending like this way

Berat saat harus berjalan
tanpa dirimu hampa ku rasa (ku rasa)
kosong itu yang aku rasakan
bagaikan langit tiada berbintang (berbintang)

Saat ini ku sadari kita takkan pernah bisa menyatu
saat itu ku merasa semua tak lagi bermakna

Takkan mungkin lagi, tak mungkin lagi
memiliki dirimu kini
takdir memilih kita takkan bersatu

Tapi harus kamu sadari benar
ku merindukan kamu, kasih
tak dapat sedetik pun menghapusnya

Sepi itu yang ku rasakan
saat melangkah tanpa dirimu (dirimu)
apa yang harus aku perbuat
agar dirimu jadi milikku (milikku)

Saat ini ku sadari kita takkan pernah bisa menyatu
saat itu ku merasa semua tak lagi bermakna

Takkan mungkin lagi, tak mungkin lagi memiliki dirimu kini
takdir memilih kita takkan bersatu
tapi harus kamu sadari benar ku merindukan kamu, kasih
tak dapat sedetik pun menghapusnya

Everything got so weird, there’s nothing left today
what happen like you say, and ending like this way

Takkan mungkin lagi, tak mungkin lagi memiliki dirimu kini
takdir memilih kita takkan bersatu
tapi harus kamu sadari benar ku merindukan kamu, kasih
tak dapat sedetik pun menghapusnya.

Wasalam.
Leenz

08 Aug 2017 - 18:14